Anak Sungai Derhaka |
- Anwar dicalonkan di Kajang, UMNO Permatang Pauh pulak meroyan kata Blogger UMNO
- Chong Wei calon BN di Kajang?.. Ini jawapan Chong Wei..
- Terbukti akhirnya.. Noh Omar hanya cakap besar..
Anwar dicalonkan di Kajang, UMNO Permatang Pauh pulak meroyan kata Blogger UMNO Posted: 01 Feb 2014 12:30 AM PST Ini adalah ulasan oleh seorang Blogger Pro UMNO yang membidas UMNO Permatang Pauh kerana meroyan bila Anwar Ibrahim dinamakan sebagai calon untuk PRK DUN Kajang baru-baru ini.. Dalam satu sidang media baru-baru ini, Ketua Bahagian UMNO yang baru Mohd Zaidi Hj Mohd Said atau lebih dikenali dengan nama Cikgu Zaidi mengumumkan akan mendedahkan kepada semua pengundi di Kajang siapakah Anwar Ibrahim sebenarnya. Ini bertujuan untuk membantu menjana kemenangan bagi calon BN dalam PRK Kajang itu.. kononnya.. Bagi aku kenyataan media itu hanyalah satu kenyataan media golongan gila publisiti kerana jika perkara yang hendak didedahkan itu boleh mempengaruhi pengundi, ianya sepatutnya digunakan oleh UMNO untuk merampas Permatang Pauh. Malangnya... dipercayai kerana pendedahan mereka itu berdasarkan 'auta' bukannya 'fakta' mereka akan menggunakannya di Kajang untuk membohongi pengundi di sana. Kalau bukan 'auta' kenapa tidak didedahkan kepada pengundi di Permatang Pauh?.. takut pecah tembelang ke? Itu pendapat aku... dan ini pula pendapat seorang Blogger Pro UMNO mengenai sidang media UMNO Permatang Pauh itu.. Sehingga kini rakyat Marhean yang tinggal serta mengundi di Permatang Pauh membisu seribu bahasa. Mungkin dah mendapat azimat serta amanah dari langit Anwar akan membela rakyat didalam apa jua kesusahan yang mereka hadapi. MKP gelak sampai sakit perut bila yang memperjuangkan nasib orang melayu serta UMNO permatang pauh bersuara. Masih relevan lagikah UMNO disana. Rakyat memandang serta melihat apa saja yang dilakukan oleh pemimpin. Mendapat kepercayaan rakyat amat sukar sekali jika masih ditakuk lama dan tidak mahu berubah. Kalau dah berubah memang bagus. Menyakinkan Pengundi di Permatang Pauh diibaratkan bermimpin disiang hari. Kah..Kah.. Kah.. Tepat sekali bila MKP katakan "Menyakinkan Pengundi di Permatang Pauh diibaratkan bermimpin disiang hari.".. Lagi apa katanya bacalah di SINI Ini kenyataan Media dari sidang media itu.. panjang berjela tapi isinya hampas.. Keputusan ahli Parlimen Permatang Pauh , Dato Seri Anwar Ibrahim untuk bertanding PRK DUN Kajang merupakan satu lagi 'perlekehan demokrasi' secara terang-terangan yang di tunjukkan oleh Ketua Umum Pakatan Rakyat ini.Selepas Permatang Pauh , Penanti kini menjalar pula ke Kajang.Segala yang berlaku ini adalah semata-mata memenuhi nafsu serakah insan bernama Anwar Ibrahim yang tidak ada batas kepuasannya. Kesimpaulan dari kenyataan media ini ialah.. penulis kenyataan media itu jelas kurang cerdik kerana gagal membezakan tugas Ahli Parlimen dan ADUN.. |
Chong Wei calon BN di Kajang?.. Ini jawapan Chong Wei.. Posted: 31 Jan 2014 10:00 PM PST Semalam, Ketua UMNO Bahagian Padang Besar, Datuk Zahidi Zainul Abidin mencadangkan MCA meletakkan Chong Wei sebagai calon BN di DUN Kajang kerana populariti jaguh badminton dunia itu mampu menandingi populariti Datuk Seri Anwar Ibrahim. Zahidi yang juga Ahli Parlimen Padang Besar berkata, pemilihan Chong Wei sebagai calon juga dapat mengalihkan pelbagai isu yang melanda negara sekarang. Mengulas cadangan itu Presiden MCA, Datuk Seri Liow Tiong Lai berkata MCA tidak menolak kemungkinan tersebut kerana populariti Chong Wei mungkin boleh membantu memberikan kemenangan kepada BN di kerusi tersebut. "Tidak kira siapa calon pun, kita bersikap terbuka. Kita akan pilih calon yang boleh menang. "Kriteria penting yang perlu ada pada calon itu ialah semangat untuk berkhidmat, prihatin kepada rakyat, semangat BN yang kental dan dapat memberikan pembangunan," katanya ketika ditemui pemberita dalam majlis Rumah Terbuka MCA sempena Tahun Baru Cina di Wisma MCA di sini hari ini. Ini jawapan Chong Wei yang tak tahu menahu tentang cadangan itu.. KUALA LUMPUR 31 Jan. - Jaguh badminton negara, Datuk Lee Chong Wei terkejut ketika diajukan soalan tentang cadangan beberapa pihak supaya beliau bertanding dalam Pilihan Raya Kecil Dewan Undangan Negeri (DUN) Kajang. Menurut Chong Wei, beliau langsung tidak mengetahui tentang cadangan agar beliau menukar haluan dan mencuba nasib melawan Ketua Umum Parti Keadilan Rakyat (PKR), Datuk Seri Anwar Ibrahim di gelanggang politik. " Saya tidak tahu apa-apa dan tidak pernah dimaklumkan pula tentang cadangan untuk meletakkan saya sebagai calon di kawasan tersebut," katanya ketika dihubungi di sini hari ini. Beliau berkata demikian ketika diminta mengulas tentang desas-desus mengatakan beliau dan Presiden MCA, Datuk Seri Dr. Liow Tiong Lai adalah dua nama yang disebut kemungkinan menjadi calon Barisan Nasional (BN) Pilihan Raya Kecil DUN Kajang ~ Utusan |
Terbukti akhirnya.. Noh Omar hanya cakap besar.. Posted: 31 Jan 2014 07:40 PM PST Setelah marah-marah kerana debat beliau dengan Khalid Samad dibatalkan oleh Sinar Harian, Datuk Sri Noh Omar tidak menyertai forum dengan Ketua Pemuda PAS malam tadi. Forum anjuran RTM yang dijadualkan disertai oleh beliau itu hanya disertai bekas Ketua Wira Perkasa merangkap Exco Pemuda Umno, Armand Azha. Hasilnya dalam forum malam tadi, Suhaizan Kaiat terpaksa berdepan dengan tiga yang lain iaitu moderator dan dua lagi penal termasuk Armand. Semasa Sinar Harian membatalkan debat beliau dengan ahli parlimen Shah Alam, Noh Omar telah datang ke pejabat Sinar Harian dengan marah-marah kerana kononnya beliau sudah bersedia dengan debat itu. Dalam forum malam tadi, Suhaizan membuat penegasan untuk memberikan sokongan penuh kepada calon PKR di Kajang, Datuk Seri Anwar Ibrahim. Beliau mengaku, Pemuda PAS memberikan kenyataan agak keras kerana keliru dengan perletakan jawatan Adun Kajang. Namun selepas mendapat penjelasan, mereka mengambil keputusan untuk menyokong penuh pencalonan Anwar di situ. Katanya, semua pihak perlu ingat PAS adalah sebuah parti yang terbuka kepada pandangan dan teguran daripada ahli-ahlinya tetapi akan patuh dan wala' selepas keputusan diambil oleh pucuk pimpinan parti ~ The Malaysian Insider |
You are subscribed to email updates from Anak Sungai Derhaka To stop receiving these emails, you may unsubscribe now. | Email delivery powered by Google |
Google Inc., 20 West Kinzie, Chicago IL USA 60610 |
Tiada ulasan:
Catat Ulasan