Sabtu, 1 Februari 2014

ALHUSSEYN

ALHUSSEYN


Nak tahu sebab sebenar mereka marah sangat PRK Kajang?

Posted: 31 Jan 2014 04:50 PM PST


Menurut Ketua Penerangan Dewan Ulama PAS Datuk Dr Mohd Khairuddin Aman Razali , kedudukan Menteri Besar adalah keputusan yang dibuat oleh parti Islam, melalui presidennya Datuk Seri Abdul Hadi Awang. 

  "Berterusan mempersoalkan Khalid sebagai Menteri Besar bermakna mereka mempersoalkan kebijaksanaan presiden kita," katanya lagi.

Tidak ada sebab untuk menggantikan Khalid sebagai MB kerana beliau telah mentadbir negeri dengan jayanya. 

 Jika terdapat keperluan untuk menggantikan jawatan tertinggi itu, ia akan lebih mudah diberikan semula kepada PAS, dengan melantik pesuruhjaya Selangor , Iskandar Abdul Samad, yang merupakan seorang Ahli Dewan Undangan Cempaka dan exco negeri. 

 Katanya lagi, bahawa sebab sebenar di sebalik langkah itu adalah untuk menggantikan Menteri Besar PKR dan untuk mengelakkan kedudukan itu diambil oleh PAS.

Sepatutnya, kedudukan Menteri Besar milik PAS kerana ia memegang majoriti kerusi di negeri ini dengan 15 kerusi, selain dari sekutu yang lain, DAP, juga dengan 15 kerusi. PKR mempunyai 13 kerusi. 

Kenyataan Khairudin ini mendapat pujian wartawan Sinarharian ~ Ketegasan yang ditunjukkan oleh blok Dr Khairuddin, Nasrudin dan Mohd Sany adalah yang terbaik untuk parti itu mempertahankan hak mereka yang mempunyai 15 anggota di Dun Selangor berbanding PKR yang pada masa ini hanya 13 kerusi. Sila baca di sini
 
 Saya tidak berapa pasti samada Ketua Penerangan Dewan Ulama PAS ini benar-benar mahu mempertahankan Khalid sebagai Menteri Besar dalam isu  PRK Kajang ini atau kerana kepentingan sesuatu? Bak kata orang, ada udang di sebalik batu ....

Walau apapun sebelum saya komen mengenai kenyataan garang Khairudin diatas tadi, terlebih dahulu perlu dinyatakan bahawa PAS dan DAP sokong Anwar tanding di Kajang

 DAP berjanji akan bekerja keras untuk memenangkan Anwar dan mengisytiharkan sokongannya itu tanpa syarat! Tidak sebagaimana Pemuda PAS yang walaupun memberi akuan akan bantu tetapi seolah-olah macam terpaksa sahaja kerana banyak songelnya di sini


 Menyentuh kenyataan Khairudin, pertamanya perlu diperbetulkan mengenai apa yang beliau katakan : " .... bahawa kedudukan Menteri Besar adalah keputusan yang dibuat oleh parti Islam, melalui presidennya Datuk Seri Abdul Hadi Awang."

Tetapi apa yang kita semua sedia maklum perlantikan itu adalah atas keputusan bersama termasuk DAP yang ada 15 kerusi (sama dgn PAS). Bukan semata-mata keputusan yang dibuat oleh PAS sebagaimana dakwaan Khairudin.

 Tetapi kenapa DAP memberikan restunya untuk PKR menerajui Selangor walaupun cuma mempunyai 14 kerusi, sedangkan PAS mempunyai 15? Umumnya, kita dinyatakan dengan alasan bahawa 'prestasi Khalid adalah baik.

 Kalaulah itu alasan yang sebenarnya, tidakkah PAS boleh membantah atas perkiraan bilangan kerusi yang lebih itu? Dan kalau PAS yang jadi MB, mungkin akan jadi lebih baik lagi...

 Namun saya merasakan  bahawa DAP terpaksa condong kepada PKR lantaran mahu menghukum PAS diatas kerja sabotaj yang PAS lakukan di Kota Damansara. PKR sepatutnya  boleh dapat satu kerusi di situ dan menjadikannya jumlah 15 kerusi kalau Presiden PAS tidak terpengaruh dengan hasutan menantunya lalu mengeluarkan watikah untuk PAS bertanding sama.




 Maka yang demikian, Khairudin janganlah nak mendabik dada dengan dakwaannya bahawa PAS berhak untuk jadi MB di Selangor. Dan tak payahlah mengungkap kata-kata yang sebagimana yang sering diguna pakai pencacai Umno ~ "Berterusan mempersoalkan Khalid sebagai Menteri Besar bermakna mereka mempersoalkan kebijaksanaan presiden kita" Sebagai seorang yang faqeh, beliau sepatutnya berasa malu diatas kerja-kerja khianat yang PAS lakukan di Kota Damansara pada PRU 13 lalu

Benarkah Presiden PAS kita tu bijaksana ketika beliau mengeluarkan watikah / lesen untuk mengkhianati rakan sendiri dan memenangkan Umno di situ?
  Korang perasan tak kenapa statement yang merah dan diboldkan kat atas itu? Sekali imbas kita merasakan bilangan 13 kerusi PKR itu adalah satu kesilapan angka sahaja kerana PKR mempunyai 14 kerusi sebenarnya kan?

 Tetapi kesilapan yang mungkin disengajakan itu boleh jadi 'kenyataan' sekiranya PAS memboikot PRK Kajang dan memberikan undi mereka kepada BN nanti! PAS Selangor dah mula mahukan sangat kerusi MB  di sini 

  Khairudin dan sewaktu dengannya berkata PRU ini hanya membazir wang dan tenaga rakyat dan berbagai …. Hoi! Bukankah Umno/BN membazir duit rakyat lebih banyak lagi dan hari-hari depa buat kerja pembaziran ini....

Jangan pula nanti ada yang kata "Masih ada lagi saki baki pengikut  Hasan Ali yang sangat mengidamkan ....  SUMBER

Tiada ulasan: