Ahad, 2 Februari 2014

Addin

Addin


Umno Takut Hadapi Anwar Di Kajang.. Ini Buktinya

Posted: 02 Feb 2014 08:00 AM PST

Dalam kesibukan orang ramai membahaskan tindakan betul atau salah Datuk Seri Anwar Ibrahim bertanding kerusi DUN Kajang, terdengar amaran keras dari dalam Umno.

Umno dan kononnya pertubuhan bukan kerajaan (NGO ) memulakan kempen mereka untuk menyekat Anwar daripada mendapat akses kepada para pengundi – bukti yang menunjukkan kebimbangan mereka yang sangat nyata.

Dari Perlis ke Johor, setiap muslihat telah dijalankan terhadap pembangkang. Pada masa tertentu, pengaruh istana digunakan dan kadang- kala bekerjasama dengan pihak berkuasa agama.Bagaimanapun,  taktik undang-undang yang sering digunakan oleh Umno.

Justeru, ini yang nampaknya terjadi kepada kejadian di Kajang di mana Anwar dihalang daripada memberi tazkirah di sebuah masjid di Impian Saujana, Kajang yang dikatakan atas arahan daripada Majlis Agama Islam Selangor (Mais).

Datuk Seri Anwar Ibrahim sepatutnya memberikan tazkirah sebelum Jumaat manakala Ketua Peneraangan PKR, Dr Muhd Nur Manuty sepatutnya memberi khutbah Jumaat.

"Tetapi selepas solat subuh pada 30 Januari, pihak masjid memberitahu kami bahawa mereka telah ditekan oleh Mais untuk menghentikan acara tersebut. Justeru, ahli jawatankuasa masjid tidak berani untuk meneruskan perancangan awal itu.

"Jadi kami terpaksa cepat mencari masjid lain," kata sumber itu, yang juga adalah sebahagian daripada pasukan Anwar, menjelaskan bagaimana program ini kemudiannya berpindah dari masjid Impian Saujana ke masjid kariah di Batu 10 Cheras, yang merupakan sebahagian daripada kawasan Kajang. 

Ini  juga bagaimanapun turut disekat oleh Mais di saat-saat akhir.Sumber itu berkata, Mais dan Jabatan Agama Islam Selangor (Jais) mengancam untuk menangkap Anwar jika beliau menyampaikan tazkirah sambil menekankan bahawa beliau tidak mempunyai tauliah untuk memberi kan ceramah atau khutbah di masjid-masjid di Selangor.

Disebabkan halangan  itu, Anwar, Muhd Nur, Menteri Besar Selangor Tan Sri Abdul Khalid Ibrahim dan para pemimpin Pakatan Rakyat yang hadir, solat di Masjid Kariah.Mereka kemudian bercakap kepada jemaah selepas solat .Sudah tentu, terdapat undang-undang negeri yang mengatakan ucapan tersebut tidak dibenarkan. 

Tetapi jelas menunjukkan ia hanya terpakai kepada pihak atau mereka yang tidak diingini.Ini juga telah berlaku kepada pemimpin-pemimpin pembangkang yang lain dan pendakwah atau pensyarah yang tidak selari dengan Umno atau kumpulannya yang sekali gus mencerminkan betapa penghormatan diinstitusikan dan feudal  dicemari sebuah parti nasional Melayu.

Apapun, ia terpulang kepada Anwar dan sekutunya yang mengatakan pencalonan beliau adalah bagi menghalang senario tersebut daripada berlaku – bahawa semua agensi dan jabatan akan digunakan oleh Umno untuk menawan semula negeri terkaya di Malaysia daripada PR.

Dalam erti kata lain, ia adalah tindakan bahawa kerajaan Selangor diancam dan beberapa jabatan bertindak tepat apabila mereka bertindak tidak selari dengan kerajaan negeri.

Dan ia menjelaskan mengapa banyak agensi dan jabatan yang menegaskan bahawa mereka bebas daripada mana-mana pihak politik, sebenarnya melakukan yang sebaliknya sehingga menjejaskan pihak lain dan juga rakyat Selangor.

Keadaan tidak mudah bagi Anwar atau pembangkang tetapi  pihak berkuasa terbabit perlu tahu bahawa tindakan mereka hanya akan membuatkan masyarakat menyalahkan Umno dan menyokong pihak lawan.

Sememangnya ia suatu kedegilan, begitu juga pihak berkuasa apabila mereka mengabaikan kebebasan mereka dan bertindak menentang rakyat. ~tmi


Iklan C (ii)






Bekas Menteri Dedah Pekung Umno

Posted: 02 Feb 2014 04:07 AM PST

Bekas Timbalan Menteri Pengajian Tinggi Datuk Saifuddin Abdullah (gambar) mengakui Umno-Barisan Nasional lebih awal melakukan pembazirkan dalam pilihan raya kecil (PRK) sekaligus menolak dakwaan parti itu yang menuduh Pakatan Rakyat (PR) hanya membuang duit rakyat bagi mengadakan PRK Kajang.

Katanya ini adalah ketika PRK di kawasan Parlimen Kuala Selangor dan DUN Permatang pada tahun 1997 apabila Menteri Perdagangan Dalam Negeri dan Hal Ehwal Pengguna ketika itu, Datuk Abu Hassan Omar meletakkan jawatan menggantikan Tan Sri Muhhamad Taib sebagai Menteri Besar Selangor.

Saifuddin berkata situasi yang berlaku dahulu apabila Muhammad terpaksa melepaskan jawatanya kerana berdepan  dengan pertuduhan di mahkamah Australia ekoran kegagalannya mengisytiharkan wang tunai sebanyak RM2.4 juta ketika meninggalkan Lapangan Terbang Antarabangsa Brisbane pada Disember 1996.

Abu Hassan kemudiannya meletakkan jawatan sebagai anggota Parlimen Kuala Selangor untuk bertanding di kerusi DUN Permatang yang ketika itu disandang Datuk Jamaluddin Adnan.

Pada PRK 29 Mei 1997 itu, BN berjaya mengekalkan kedua-dua kerusi di mana Jamaluddin menerajui kawasan Parlimen Kuala Selangor dan Abu Hassan dilantik menjadi Menteri Besar pada 6 Jun.

"Kalau hendak dikatakan membazir, maka Umno lebih awal membazir kerana berlaku dua (PRK) di Selangor suatu ketika dahulu iaitu Parlimen Kuala Selangor dan DUN Permatang."Ini bermakna bukan kali pertama ada wakil rakyat letak jawatan bagi memberi laluan PRK diadakan," katanya memetik dalam portal Detik Daily.

Beliau berkata demikian dalam sebuah diskusi "Demokrasi di Malaysia" anjuran kerajaan negeri Kelantan di Dewan Konvensyen, Kelantan Trade Centre (KTC) malam tadiSelain beliau, anggota Parlimen Shah Alam  Khalid Samad turut diundang sebagai speaker manakala Prof Madya Datuk Dr Mohammad Agus Yusoff bertindak sebagai moderator .

Beliau berkata lagi, bukan sesuatu yang pelik apabila berlaku perletakan jawatan wakil rakyat bagi memberi laluan kepada PRK dengan memberi contoh apa yang berlaku di Perak pada pilihan raya umum 2008.Khalid juga mempertahankan tindakan Ketua Umum PKR Datuk Seri Anwar Ibrahim yang memutuskan untuk bertanding dalam PRK Kajang.

Beliau menegaskan penyertaannya itu bagi memperkukuhkan parti itu dan mendakwa Umno kini berhempas pulas merampas Selangor selepas misi mereka pada pilihan raya umum lepas tidak menjadi kenyataan.

"Datuk Seri Anwar Ibrahim dibawa untuk memperkukuhkan kedudukan Pakatan di Selangor. Dengan kedudukan sebagai wakil rakyat, beliau boleh berperanan dengan lebih rasmi lagi.

Sebelum ini beliau tidak boleh bertindak secara rasmi kerana tidak ada kedudukan di peringkat DUN," katanya.Malam semalam di hadapan kira-kira 500 penduduk tempatan Permatang Pauh, Anwar memberi penjelasan mengenai keputusannya bertanding pada PRK Kajang.

Anwar berkata, sejak beberapa bulan negeri itu diserang beberapa isu yang menguji kepimpinannya seperti isu Allah apabila Jabatan Agama Islam Selangor (Jais) menyerbu Persatuan Bible Selangor  serta isu  air di mana pelantikannya sebagai Adun dilihat mampu menangkis ribut tersebut yang tidak boleh dilakukan menteri besar sedia ada Tan Sri Abdul Khalid Ibrahim.

Katanya, Selangor perlu menjadi negeri model PR yang mampu bertahan dengan pelbagai propaganda dan tekanan berterusan daripada Putrajaya."Ada banyak program ditangguhkan atau dilengahkan. 

Seperti isu air, Khalid sudah melakukan sebaik mungkin di bawah kuasanya tetapi masih belum berjaya. Sama juga dengan beberapa perkara yang berada di bawah kuasa persekutuan.

"Khalid sudah menunjukkan kemampuan dan keberkesanannya dalam beberapa bidang tetapi masih ada perkara yang berada di luar keupayaannya," katanya.Lee Chin Cheh daripada PKR meletak jawatan sebagai Adun Kajang Isnin lalu dan keesokan harinya Anwar diumumkan sebagai calon dalam PRK yang masih belum diumumkan.

Pencalonan Anwar menyebabkan spekulasi tersebar luas bahawa Anwar sedang meninjau untuk mengambil alih tugas menteri besar Selangor daripada Khalid untuk menyelesaikan pertelingkahan antara Khalid dengan Pengerusi PKR Selangor dan Adun Bukit Antarabangsa, Azmin Ali. ~tmi

Iklan C (ii)




Laluan Anwar Untuk Menjadi MB Selangor Semakin Sukar.. Ini Sebabnya

Posted: 02 Feb 2014 12:08 AM PST

Program kempen Datuk Seri Anwar Ibrahim di Kajang mendapat halangan sejak hari pertama lagi daripada pihak berkuasa agama negeri iaitu Majlis Agama Islam Selangor (Mais) dan Jabatan Agama Islam Selangor (Jais).

Halangan ini membayangkan kesukaran untuk Anwar bergerak ke kerusi menteri besar Selangor.Ia dilakukan dengan cara menyekat Anwar menemui penduduk Kajang menggunakan masjid yang terletak di bawah pentadbiran Mais.

Mais didakwa mengugut akan menangkap Anwar jika dia memberikan tazkirah di sebuah masjid di Selangor pada hari pertama kempen.Ia berlaku apabila pasukan kempen Anwar merancang untuk membolehkan Anwar menyampaikan tazkirah sebelum solat Jumaat di Masjid Batu 10, Cheras pada Jumaat lalu.

"Pada pagi Jumaat kami mendapat panggilan bahawa Mais dan Jais akan menangkap Anwar dan Dr Muhd Nur Manuty sekiranya membaca khutbah dengan alasan tidak ada tauliah," kata sumber daripada pasukan kempen Anwar melalui Facebooknya.

Anwar dan Ketua Penerangan PKR, Dr Muhd Nur Manuty dijadualkan bertemu penduduk Kajang di Masjid Batu 10 pada Jumaat lalu.Berdasarkan perbincangan dengan pengurusan masjid, Anwar dijadualkan memberikan tazkirah di situ manakala Muhd Nur menyampaikan khutbah Jumaat.

Akibat halangan itu, Anwar tidak boleh memberikan tazkirah dan Muhd Nur juga tidak boleh membaca khutbah di masjid berkenaan.Sebelum itu, pasukan kempen Anwar merancang untuk berbuat demikian di Masjid Impian Saujana, Kajang namun dihalang oleh Mais.

"Awalnya masjid bersetuju namun selepas subuh 30 Januari, pihak nazir memberitahu mereka menerima tekanan daripada Mais. Mereka tidak berani melaksanakan program kami. 

Kami lantas mencari masjid lain," kata sumber itu.Kerusi DUN Kajang kosong susulan peletakan jawatan Ahli Dewan Undangan Negeri (Adun) Lee Chin Cheah daripada PKR. 

Sehubungan itu, Menteri Besar Selangor, Tan Sri Abdul Khalid Ibrahim mengumumkan PKR memilih Anwar sebagai calonnya di situ.Pengumuman itu turut disertai oleh pemimpin PAS dan DAP yang menyokong keputusan itu.

Mengikut perancangannya, Anwar dijangka dilantik menjadi menteri besar Selangor bagi menggantikan Abdul Khalid.

Bekas Hakim Mahkamah Rayuan, Datuk Mohd Noor Abdullah sebelum ini berkata Sultan Selangor, Sultan Sharafuddin Idris Shah mempunyai kuasa mutlak dalam menentukan pelantikan individu yang layak menjadi menteri besar negeri itu.

Beliau berkata, kuasa itu diperuntukkan dalam Artikel 51, Undang-undang Tubuh Kerajaan Negeri Selangor 1959."Sultan Selangor mempunyai kuasa mutlak dalam dua perkara dan boleh membuat keputusan tanpa perlu nasihat iaitu yang pertama dalam hal pemilihan menteri besar dan kedua, pembubaran Dewan Undangan Negeri.

"Dalam membuat keputusan menyentuh kedua-dua perkara itu, sultan tidak perlu bertindak atas nasihat sesiapa," katanya. ~tmi


Iklan C (ii)




Penduduk Kajang Menggelupur?

Posted: 01 Feb 2014 08:18 PM PST

Kali terakhir Kajang dikaitkan dengan ahli politik terkenal ialah ketika bekas Menteri Kesihatan, Tan Sri Lee Kim Sai mewakili kawasan itu sebagai Ahli Parlimen Hulu Langat.

Itu kira-kira 20 tahun lalu dan ketika MCA sangat berkuasa.Minggu lalu, penduduk Kajang mendapati mereka berpeluang diwakili oleh seorang lagi pemimpin terkenal, Datuk Seri Anwar Ibrahim, yang dikatakan akan menggantikan Menteri Besar Selangor, Tan Sri Abdul Khalid Ibrahim jika ketua umum PKR itu menang pilihan raya kecil.

Reaksi terhadap berita itu bercampur baur tetapi prospek mempunyai ketua pembangkang sebagai Ahli Dewan Undangan Negeri (Adun) menyebabkan ia dibincangkan di semua tempat termasuk sembang di kedai kopi, di ruang tamu rumah dan tempat beribadat mencetuskan keterujaan di kalangan penduduk, dan membangkitkan persoalan mengapa Anwar memilih bandar itu, yang terkenal dengan sate dan penjara persekutuan di Sungai Jelok.

Sementara ramai penduduk bandar di selatan ibu kota Kuala Lumpur itu terkejut dengan alasan pilihan raya kecil diadakan, perbualan mereka kini bertukar kepada kelebihan yang bakal diterima jika menerima pemimpin yang berani sebagai Adun.

"Kim Sai banyak berjasa kepada Kajang dan Hulu Langat sepanjang tiga penggal menjadi ahli Parlimen di sini. Sekurang-kurangnya beliau memastikan hospital Kajang mempunyai banyak pakar," kata Alan Yeo, 52, yang sudah lama menetap di Kajang.

"Saya pasti semua orang mahu menteri besar jadi Adun di tempat mereka. Masalah tidak akan hilang sehari selepas dia dipilih tetapi sekurang-kurangnya Anwar dan pegawainya akan berusaha untuk menyelesaikan," katanya dan menambah khidmat pembersihan Majlis Perbandaran Kajang (MPKJ) tidak cemerlang sejak kebelakangan ini.

Kajang adalah satu daripada tiga DUN dalam kawasan Parlimen Hulu Langat, dua lagi ialah Semenyih dan Dusun Tua."Anwar sebagai menteri besar bermakna semua jenis isu dalam bandar ini boleh diselesaikan. 

Saya pasti dana akan diperolehi untuk menyelesaikan masalah kesesakan dalam bandar dan jalan keluar pada waktu puncak," kata ahli perniagaan, Abdul Munir.Calon Pilihan Raya Kecil DUN Kajang akan berusaha mendapatkan undi dalam kawasan urban meliputi 9,300 hektar itu ketika kempen. 

Jaringan jalan agak baik dan masa perjalanan daripada satu tempat ke tempat lain ialah kira-kira 90 minit, tanpa kesesakan.Perjalanan dalam kawasan itu menunjukkan pembangunan pesat, terutama banyak kawasan perumahan yang baru di kawasan pinggir sempadan Kuala Lumpur dan pusat pentadbiran Putrajaya.

Bandar itu mempunyai dua pusat beli-belah iaitu Metro Kajang dan Metro Point, dua pasar raya besar, ibu pejabat MPKJ yang baru dan menyebabkan pertumbuhan statistik – ia menjadi antara kawasan paling cepat membangun di Selangor dengan peningkatan populasi tahunan 9% dan menjadi salah satu kawasan perumahan popular di negeri itu, menurut laman web hartanah.

Kawasan perumahan mewah seperti Ridgeview, Twin Palms, Sri Banyan dan Jade Hills melonjakkan harga hartanah di Kajang sejak beberapa tahun lalu.Ketua Bahagian MIC Hulu Langat, M Kalai Arasu, berkata sistem MRT Lembah Klang bermula di Kajang dan ini akan menambah lagi kelebihan Kajang. Laluan 51 km itu akan melalui Lembah Klang dan berakhir di Sungai Buloh."Laluan baru MRT akan masuk ke dalam bandar. 

Di Kajang sendiri, akan ada tiga hentian dan ini akan mempercepat pembangunan bandar dan kesesakan dalam tempoh beberapa tahun akan datang," katanya.Ia juga termasuk dalam pelan induk hebat Kuala Lumpur kerana lokasinya berada di tengah-tengah antara tiga bandar utama – Kuala Lumpur, Seremban dan Putrajaya.

Pengerusi Rukun Tetangga Sungai Chua Sektor C, Chen King Chong, berkata pembangunan pesat itu juga menimbulkan beberapa masalah yang perlu selesaikan oleh bakal Adun."Pada masa ini, masalah terbesar ialah kesesakan lalu lintas kerana populasi meningkat berikutan kawasan perumahan bertambah.

"Ini menyebabkan jalan keluar masuk serta jalan dalam bandar turut sesak pada hampir setiap masa. Waktu punca melanda Kajang hampir setiap masa sepanjang hari termasuk Ahad," katanya.Ketua Sekretariat PKR Kajang, Hamzah Hassan, berkata kadar pembangunan tidak seiring dengan kesesakan lalu lintas dalam bandar.

"Pembangunan di sini memang hebat tetapi mereka tidak berfikir mengenai peningkatan trafik dan merancang sesuatu untuk mengatasinya."Jadi kini penduduk Kajang merana kerana terpaksa berdepan kesesakan lalu lintas setiap hari kerana tiada tindakan diambil untuk memperbaiki jalan di sini," katanya.

Kalai berkata, selain kesesakan di Kajang, pengguna jalan raya tidak gembira kerana mereka dipaksa membayar tol di laluan dari Kajang ke Kuala Lumpur."Kami dikelilingi lebuh raya dan terpaksa membayar tol setiap kali keluar dari Kajang ke Kuala Lumpur. 

Ia agak mahal. Tidak ada jalan bebas tol," katanya merujuk kepada lebuh raya Kajang Ring Road atau Lebuhraya Silk yang dibuka beberapa tahun lalu untuk memudahkan perjalanan ke Semenyih dari Lebuhraya Kuala Lumpur – Seremban dan beberapa bahagian lain tanpa perlu masuk ke bandar Kajang.

Chen berkata, penduduk Kajang lega apabila kadar tol di Lebuhraya Kajang-Cheras dipotong separuh, dua tahun lalu."Ia agak membantu sebelum ini, tetapi sekarang saya boleh bayangkan bagi sesetengah orang, mereka terasa juga beban terutama dengan peningkatan kos sara hidup," katanya dan menambah rancangan Putrajaya untuk menaikkan kadar tol bakal menjadi isu ketika pilihan raya kecil.

Kalai berkata, ramai penduduk miskin di Kajang yang terasa kesan kenaikan beberapa barangan asas baru-baru ini seperti petrol, gula dan kadar tarif elektrik."Makanan yang biasanya hanya berharga RM2.50 di Kajang kini meningkat RM4.50. harga sate juga kini meningkat lebih RM1 secucuk di beberapa tempat.

"Ramai yang tahu bahawa barangan di pasar basah Kajang adalah antara yang paling mahal dalam negara," katanya.Peningkatan populasi di Kajang datang bersama pertambahan kadar jenayah, dan menyebabkan lebih banyak pasukan peronda kejiranan ditubuhkan untuk meningkatkan keselamatan di kawasan perumahan.

Chen, yang menjadi sebahagian daripada kumpulan peronda, berkata polis melantik Rukun Tetangga daripada kawasan perumahan untuk membantu dalam program pencegahan jenayah."Sebagai rakyat, kami cuba bantu apa yang termampu. Saya dilahirkan dan membesar di sini," katanya.

Kajang mempunyai 38,965 pengundi berdaftar. Pengundi Melayu ialah sebanyak 49% sementara Cina (41%) dan India (10%).Populasi Cina kebanyakan berada di kawasan Sungai Chua sementara orang Melayu di Sungai Sekamat, Sungai Kantan dan sepanjang kampung di Jalan Cheras. 

Masyarakat India pula bertaburan di sekitar kawasan Kajang tetapi kebanyakannya berada di Sungai Jelok.Dalam Pilihan Raya Umum 2013, bekas Adun Kajang, Lee Chin Cheh memperolehi 19,571 undi diikuti calon MCA-Barisan Nasional, Lee Ban Seng dengan 12,747 undi dan Mohamad Ismail (Berjasa) 1,014 undi.Tiga lagi calon bebas yang bertanding di kerusi DUN itu serta Berjasa hilang wang deposit masing-masing. ~tmi


Iklan C (ii)




Berita Tergempar Untuk Kem BN Di PRK Kajang

Posted: 01 Feb 2014 05:21 PM PST

Menteri Belia dan Sukan, Khairy Jamaluddin Abu Bakar tidak membenarkan jaguh badminton negara, Datuk Lee Chong Wei dijadikan calon pada Pilihan Raya Kecil (PRK) Dewan Undangan Negeri (DUN) Kajang.

Khairy Jamaluddin berkata, Lee adalah harta negara dan tidak boleh disentuh untuk tujuan PRK DUN Kajang.Beliau berkata demikian melalui akaun Twitternya ketika mengulas cadangan parti komponen Barisan Nasional yang ingin meletakkan Lee sebagai calon di Kajang.

"Tolong jangan sentuh Lee Chong Wei."Dia adalah harta negara. Sebagai menteri sukan saya tidak benarkan," tulisnya sebagai membalas pertanyaan seorang pengikutnya di laman itu, seperti dilaporkan Sinar Harian, hari ini.

Sebelum ini, akhbar melaporkan Ketua Umno Bahagian Padang Besar, Datuk Zahidi Zainul berpendapat MCA perlu meletakkan calon popular untuk mengatasi Anwar dan mencadangkan Lee sebagai calonnya.

Semalam media melaporkan, Presiden MCA, Datuk Seri Liow Tiong Lai menyenarai pendek calon yang akan bertanding di DUN Kajang, Selangor.

Ketika ditanya media mengenai pemilihan Lee, Tiong Lai bagaimanapun enggan mengulas mengenai  perkara itu. ~tmi


Iklan C (ii)




Tiada ulasan: