Selasa, 7 Januari 2014

WARTAWAN RASMI LAMAN REFORMASI

WARTAWAN RASMI LAMAN REFORMASI


ADAKAH KEJADIAN INI BERLAKU DI NEGARA KITA?

Posted: 07 Jan 2014 05:32 AM PST



Petunjuk tahun baru buat Najib

Posted: 07 Jan 2014 04:48 AM PST

SILA LETAK JAWATAN


Najib dianggap perdana menteri paling halimunan, tiada kelihatan di waktu rakyat betul-betul memerlukannya. - gambar The Malaysian Insider, 7 Januari, 2014.  
Najib dianggap perdana menteri paling halimunan, tiada kelihatan di waktu rakyat betul-betul memerlukannya. - gambar The Malaysian Insider, 7 Januari, 2014.

Hari ini Januari 7, 2014. Seminggu sudah berlalu dan suasana di Malaysia masih seperti tahun lepas.
Perbalahan yang sama, isu yang sama dan penyelesaian yang sama. Tiada kemungkinan berterusan, atau "Endless Possibilities", di sini.Nampaknya Putrajaya perlu menukar atau meluaskan pandangan.
Berikut disertakan beberapa petunjuk bagi Perdana Menteri Datuk Seri Najib Razak yang akan meneraju
tahun 2014, lapan bulan selepas memenangi Pilihanraya 2013 dan jawatannya sebagai  presiden Umno yang masih tidak tercabar.

1. Sila duduk di rumah
Bagi mana-mana ahli politik, hanya tunggu masa sahaja sebelum mereka menjadi bahan lawak rakyat. Tun Abdullah Badawi sendiri dapat merasakan masanya akan berakhir sebaik sahaja beliau mula dipanggil kaki tidur, 'Mr Sleepy',  'Slumberjack', dan sebagainya.

Pedulikan yang beliau menghidap apnea tidur. Di minda rakyat, yang membezakan era Abdullah ialah kenyataan bahawa beliau sering tertidur ketika bertugas.

Dalam masa yang singkat, pihak yang berkecuali juga turut menggunakan pelbagai panggilan untuk merujuk
Abdullah. Sejak itu, perdana menteri pada masa itu meluangkan lebih masa mempertahankan dirinya daripadatugas mentadbir.

Najib sudahpun hampir ke tahap itu. Pengkritik menganggapnya perdana menteri paling halimunan, tiada kelihatandi waktu rakyat betul-betul memerlukannya. Walaupun belum sampai ke skala pemberontakan penuh, tetapi penyokongnya sendiri tertanya-tanya tentang tabiat menghilangnya setiap kali adanya krisis di Malaysia.

Beliau suka melancong. Hong Kong, Las Vegas, Monaco, Sydney, London. Kebanyakan masa, untuk urusan rasmi, tetapi beliau juga mempunyai kecenderungan untuk bercuti luar negara atau menyambut tahun baru di luarMalaysia.

Jadi apabila isu seperti serbuan Jais ke atas Persatuan Bible Malaysia meletup, beliau tidak dapat
dihubungi. Bila beliau akhirnya membuka mulut, masanya sudah terlambat, dan terlalu banyak kata-kata provokatif sudah dilemparkan.

Para pengkritik juga setuju, walaupun Najib ada di Malaysia, beliau terus membisu dalam berhadapan dengan isu sensitif, takut terkena penangannya. Sedih tapi benar.
Namun, tak perlulah kita berangan. Sebagai permulaan, cuba kurangkan bercuti dan melancong supaya apabila bercakap tentang sesuatu isu, tidaklah kedengaran seperti pelancong.

2. Usahlah bercakap seperti pelancong.

Akhirnya Najib bersuara tentang serbuan Jais ke atas Persatuan Bible Malaysia. Beliau menyeru untuk bertenangdan berdialog. Baiklah. Lebih baik lagi jika beliau dapat angkat gagang telefon dan sampaikan pesanan tersebutkepada timbalannya, Tan Sri Muhyiddin Yasin, yang tampak terlalu gembira menggalakkan perangai samsengUmno Selangor.Ketenangan dan dialog. Setiap seruan untuk berdialog diketepikan Umno, Perkasa dan jabatan Islam di bawah kawalan Umno.

Perdana Menteri meminta rakyat menunggu keputusan Mahkamah Persekutuan atas isu kalimah Allah, dan
akur kepadanya. Di sinilah masalahnya.

Selapas Mahkamah Rayuan memutuskan bahawa akhbar mingguan Katolik Herald tidak boleh menggunakan kalimah Allah, bukankah beliau sendiri berkata keputusan itu hanya melibatkan Herald?
Jika mengikut hujah tersebut, keputusan yang bakal dibuat Mahkamah Persekutuan tidak akan mempunyai kesan terhadap tindakan pegawai Jais yang merampas 300 Bible Bahasa Malaysia.

Apa yang jelas adalah: dengan menyerbu dan merampas kitab suci, Jais telah melanggar penyelesaian 10-perkaraantara kerajaan Najib dan penganut Kristian. Tiang perjanjian tersebut adalah keputusan kerajaan yangmembenarkan impot dan pengedaran Bible Bahasa Malaysia.
Jadi adakah Najib sudah terkeliru atau beliau lupa tentang isu sebenar di hadapan Mahkamah Persekutuan dankesan serbuan Jais? Apapun alasannya, perdana menteri kita umpama pelancong yang baru berjinak
dengan isu-isu Malaysia.


3. Barisan Nasional (BN) jauh terasing dari rakyat biasa


Mereka tidak peduli. Inilah menteri dan ahli politik yang berbelanja mewah dengan majlis dan
jamuan. Mereka tidak dapat faham apa hebohnya, dan mengapa portal berita dan rakyat Malaysia terkejut dengan perbelanjaan majlis perkahwinan mahupun sambutan harijadi yang memakan belanja beratus-ratus ribu ringgit.Beginilah cara mereka hidup sekian lama. Cerut berharga beribu ringgit. Jam tangan RM300,000. Kereta mewahRM1 juta. Apartment RM10 juta di London.

Tiada rasa takut apabila rakyat Malaysia bertanya soalan asas ini: bagaimana menteri dengan gaji
RM20,000 sebulan dapat hidup dalam kemewahan seperti bintang Hollywood, atau David Beckham?
Mereka tidak merasa jelak atau berdosa berbelanja besar sedangkan sebuah keluarga biasa ditimpa beban peningkatan kos sara hidup.

Pemimpin Umno/BN, dari peringkat paling rendah sehingga yang paling tinggi, merasakan diri mereka kebal kerana pilihanraya umum dan pilihanraya parti  sudah berakhir dan mereka bergelumang dalam kuasa untuk tiga tahun lagi.

Kelak mereka akan mula melontarkan janji manis mereka, sambil berkempen untuk kembali berkuasa penggal seterusnya. Sehingga itu, mereka akan berada di Putrajaya sementara rakyat Malaysia bergelut mengharungi tahun 2014.

Chandra tarik balik kenyataan berunsur fitnah terhadap Anwar

Posted: 06 Jan 2014 11:11 PM PST

Chandra tarik balik kenyataan berunsur fitnah terhadap Anwar

(Azuan Ab Rahman)
KUALA LUMPUR 7 JAN: Presiden Pergerakan Keadilan Sedunia (JUST), Dr Chandra Muzaffar hari ini menarik balik kenyataan berunsur fitnah yang dibuatnya terhadap Ketua Umum KEADILAN, Datuk Seri Anwar Ibrahim.
ChandraPenarikan balik kenyataan tersebut dibuat Chandra di Kamar 3, Mahkamah Tinggi Sivil, Kompleks Mahkamah Jalan Duta di Kuala Lumpur pada pendengaran Kes Saman RM10 Juta yang difailkan Anwar terhadap Chandra lebih 5 tahun lalu.
"Pihak defendan dengan ini menarik balik keseluruhan perkataan-perkataan seperti yang dinyatakan di dalam perenggan 4(I)B dan 4(II)B di dalam pernyataan tuntutan terpinda," ujar peguam Firuz Hassan, yang mewakili Chandra di hadapan Hakim Datuk Nik Hasmat Nik Mohammad bagi memohon penyelesaian terhadap kes saman berkenaan.
Anwar Pada 6 Mac 2008 mendakwa Chandra telah membuat komen berunsur fitnah terhadapnya dalam satu forum bertajuk "Malaysia Decides 2008″ anjuran Star Publication Berhad di Menara Star,Petaling Jaya pada Mac 2008.
Kenyataan berunsur fitnah oleh Chandra itu kemudian disiarkan oleh akhbar The Star dengan tajuk "Disaster if Anwar is PM" (Mala Petaka Besar,Anwar Chandra Jika Anwar Jadi PM).
Pada penghakiman hari ini, Anwar hadir dengan diwakili Peguam N.Surendran dan Latefa Koya.

Anwar: Kenapa Harussani diam ketika rakyat ditindas?

Posted: 06 Jan 2014 04:28 AM PST

Anwar: Kenapa Harussani diam ketika rakyat ditindas?

Ketua Umum KEADILAN, Datuk Seri Anwar Ibrahim mempersoalkan pendirian mufti Perak, Tan Seri Harussani Zakaria ketika rakyat Malaysia terbeban dengan pelbagai kenaikan harga barangan dan perkhidmatan.

"Bila orang kaya rompak, tindas rakyat, kamu diam. Rakyat yang tertindas di bawah, kamu cela. Kamu mewakili siapa sebenarnya? kata Anwar pada program pidato The Asian Renaissance di Centre for Reform Democracy & Social Initiatives, semalam.

"Ini tidak adil. Sepatutnya dengar dulu penjelasan daripada orang yang datang demonstrasi sebelum memutuskan hukuman," tegasnya.

Kata Anwar, Harussani gopoh dan keterlaluan menuduh peserta himpunan membantah kenaikan harga barang pada malam tahun baru 2014 di Dataran Merdeka sebagai bughah dan dihalalkan darahnya untuk dibunuh.

"Walaupun ini pendapat peribadi mufti , tapi kena ingat. Pendapat ini keterlaluan.

"Masalah orang dicincang (dibunuh) di Mesir, di Syria berpunca daripada pendapat yang sebegitu. Memang bahaya," katanya.
Anwar: Kenapa Harussani diam ketika rakyat ditindas?  Ketua Umum KEADILAN, Datuk Seri Anwar Ibrahim mempersoalkan pendirian mufti Perak, Tan Seri Harussani Zakaria ketika rakyat Malaysia terbeban dengan pelbagai kenaikan harga barangan dan perkhidmatan.

Warga asing pasar malam naik tocang

Posted: 06 Jan 2014 03:51 AM PST

KES KURANG AJAR........

Sesetengah warga asing yang bekerja di pasar malam memaki hamun pelanggan yang tawar menawar.--Gambar hiasan
Sesetengah warga asing yang bekerja di pasar malam memaki hamun pelanggan yang tawar menawar.--Gambar hiasan
 
Pekerja-pekerja asing yang 'menguasai' pasar kini tak ubah seperti tauke apabila pembeli boleh dimaki sesuka hati ketika membeli barang-barang terutama barangan basah.
"Kalau tak mahu beli jangan pegang lama-lama. Nanti kalau rosak ikan tu siapa mau ganti? Kita mau jual pun susah."
Itu antara jeritan yang terpaksa diterima oleh orang tempatan di kebanyakan pasar yang semakin dimonopoli oleh warga asing.  Jawab salah, tak jawab pun salah. Daripada bergaduh, lebih baik diam dan akur sahaja apa yang dilakukan oleh warga asing terhadap orang tempatan.
Seorang suri rumah yang mahu dikenali sebagai Dahlia berkata, tawar menawar di pasar juga kini perlu dibuat lebih berhati-hati.
"Kalau kita tawar berlebihan, apa yang kita dapat adalah maki hamun. Ada yang berani kata kalau tak ada duit janganlah beli ikan mahal. Beli sahaja ikan murah.

"Sakit hati saya bila warga asing cakapbegitu dengan kita. Tapi apa nak buat sebab mereka yang menjaga pasar dan kalau kita marah pun, kita yang akhirnya akan dapat malu sebab mereka ramai dan boleh jerit balik dengan kita," katanya.

Bercerita tentang pengalaman, kata Dahlia, keadaan dulu dengan sekarang amatlah jauh bezanya.
"Dulu walaupun orang Cina yang berniaga, masih ada budi bahasa kerana mereka orang tempatan. Kita boleh bergurau lagi waktu membeli.

"Sekarang ni kita pulak yag kena ikut rentak peniaga warga asing. Walaupun mereka ni hanya pekerja tetapi mereka berlagak seperti tauke dan tidak ada langsung rasa hormat dengan pelanggan," ujarnya.

Seorang lagi pembeli, Norita Osman berkata, dia tidak minat untuk membeli lauk pauk di pasar yang pekerjanya warga asing.

"Tak sukalah tengok cara mereka melayan pelanggan. Biadap dan kurang ajar. Mereka ni langsung taka da rasa timbang rasa dan kalau nak marah pun ikut suka dia.
"Saya lebih selesa beli di pasar raya sebab selain bersih, masih terdapat pekerja tempatan yang ada budi Bahasa bila berurusan dengan pelanggan," jelasnya.

Norita yang bertugas sebagai guru menyarankan kerajaan agar memantau pekerja-pekerja asing yang diambil bekerja di pasar-pasar bagi memastikan mereka sedar diri bahawa ini bukan negara mereka.--MalaysiaGazette



Zahid Hamidi Singkir Ketua Setiausaha KDN?

Posted: 04 Jan 2014 08:00 PM PST

Zahid Hamidi Singkir Ketua Setiausaha KDN?

Di suatu majlis kenduri di Shah Alam tengah hari tadi saya berbual-bual dengan dua orang pegawai di bawah Kementerian Dalam Negeri (KDN). Seorang pegawai polis dan seorang pegawai Imigresen.

Entah macam mana tiba-tiba keluar cerita nama Abdul Rahim Mohamad Radzi (foto) yang mengumumkan kononnya KDN ada 10 bukti grea B mengenai pembabitan Mohamad Sabu dengan faham Syiah, telah tidak lagi berada di pejabat KDN sebagai Ketua Setiausaha (KSU).

Menurut pegawai polis itu Abdul Rahim telah diberhentikan dua tiga hari lepas. Pegawia polis itu tidak menyebut siapa pengganti Abdul Rahim, cuma menyebut Rahim diberhentikan kerana menteri tidak mahukan dia lagi.

Kemudian semasa berbual dengan pegawai Imigresen, beliau menceritakan hal yang sama. Katanya dia sendiri terkejut dengan pertukaran Rahim itu. Katanya dia mengetahui apabila semasa menghadiri mesyuarat jabatannya beliau diberitahu oleh rakannya di jabatan berlainan yang Abdul Rahim sudah tidak menjadi KSU di KDN lagi.

Menurut pegwai ini pertukaran itu pada 1 Januari lepas dan orang baru dari mengganti Rahim adalah dari Kementah, Kementeri Pertahanan mengisi tempat Rahim itu.

Kedua pegawai berkenaan tidak mengetahui ke mana Rahim dicampak, tetapi ada kemungkinan dia dinaikkan pangkat untuk membolehkan berlaku 'pembuangan' dari KDN. Proses naik pangkat adalah diplomasi dalam membaung atau memecat atau menunkar pegawai tinggi kerajaan.

Baru-baru ini Abdul Rahim dianggap telah menjadi galang ganti kepada Ahmad Zahid Hamidi apabila mendedahkan dakwaan penglibatan Mohamad Sabu dengan fahaman Syiah. Tindakan Abdul Rahim mengambil alih tugas Zahid itu memelikkan pemerhati politik kerana yang mencanangkan isu itu Zahid bukannya pegawai kerajaan.

Jarang berlaku KSU di mana-mana kementerian diarah atau mengambil tugas mendedahkan isu politik yang dibangkit oleh menteri.

Gara-gara itu ada orang menganggap Zahid Hamidi ada agenda tertentu dengan membuat arahan itu kepada bekas KSU itu agar imej bekas KSU itu tercemar.

Apakah ianya sebuah permainan licit Zahid Hamidi? Kalau iya betapa dahsyatnya campur tangan politician dalam pentadbiran negara. ~mso 

A very happy new year! Mariah Carey is paid £1m to sing three hits for playboy son of Sultan of Brunei (a week after receiving £600,000 to perform for Angola dictator)

Posted: 04 Jan 2014 06:55 PM PST

A very happy new year! Mariah Carey is paid £1m to sing three hits for playboy son of Sultan of Brunei (a week after receiving £600,000 to perform for Angola dictator)

By Simon Cable

With a fortune estimated at some £300million, Mariah Carey could probably have afforded to take New Year's Eve off.
Then again, it seems there were a million more reasons not to.
The singer is rumoured to have been paid almost £1million to perform at a private celebration in London for the son of the Sultan of Brunei. 
Scroll down for video
Mariah Carey is thought to have been paid as over £900,000 to perform at the party hosted by Prince Azim
Mariah Carey is thought to have been paid as over £900,000 to perform at the party hosted by Prince Azim

Miss Carey was said to have been handed $1.5million – around £910,000 – to sing several songs during the party at the five-star Dorchester Hotel.
She is understood to have performed around three hits, including Always Be My Baby, and lead a chorus of Auld Lang Syne, much to the delight of the crowd.
Miss Carey had been invited to appear by Prince Azim, the billionaire 31-year-old playboy son of the Sultan of Brunei. The pair have been friends for a number of years.

The star reportedly sang three hits and led a chorus of Auld Lang Syne
The star reportedly sang three hits and led a chorus of Auld Lang Syne

The singer, her husband and their two children, along with members of her entourage, were flown from the US by private jet, before the family was put up in the £5,000-a-night Harlequin Suite at the prestigious hotel, which is owned by the Brunei Investment Agency.
Miss Carey, 43, performed alongside veteran star Diana Ross at the New Year's Eve event, where other guests included model Jerry Hall and actresses Sophia Loren and Faye Dunaway.
One member of the crowd, Ross Candy, wrote on Twitter: 'What a night! Mariah Carey and Diana Ross singing us in to 2014. Thank you Prince Azim for such an incredible night!'
Prince Azim is known for his lavish star-studded parties, and his 30th birthday in 2012 was attended by the likes of Elizabeth Jagger, Raquel Welch and Pamela Anderson.
A representative for Miss Carey confirmed the singer had performed at the party, but would not confirm the fee.
They said: 'It was a private party so we don't discuss the fee. Mariah has known Prince Azim for many years.
They are friends and have done a lot of charity work together.'
Asked how many songs she performed, they added: 'I don't have any more details.' Still, even at £1million, the appearance was relatively cheap by some stars' standards.
Last week it emerged the singer was paid an estimated $1million to perform for Angolan President Josè Eduardo Dos Santos.
The show was sponsored by Unitel, a mobile-phone company owned by Dos Santos' daughter, Isabel.
Human rights campaigners were outraged by the news, claiming the leader had murdered and exploited the African country's people for his own gain.
The singer came under fire last week for performing in front of the Angolan president and his family for a reported £600,000 fee
The singer came under fire last week for performing in front of the Angolan president and his family for a reported £600,000 fee

The singer posted this photograph with her husband Nick Cannon and their two children on New Year's Eve
The singer posted this photograph with her husband Nick Cannon and their two children on New Year's Eve

The singer famously apologised after performing for notorious dictator Colonel Muammar al-Gaddafi before he was killed during the Arab Spring uprising in 2011.
US band The Eagles was once reportedly paid £3.5million by an unknown benefactor to play one song, Hotel California, at a private party in New York, while American billionaire David Bonderman paid The Rolling Stones around £3.5million to perform for an hour at his 60th birthday party in 2002.
Since releasing her first album in 1990, Miss Carey has sold more than 100million records worldwide, making her one of the best-selling artists of all time.

“Kuasa SPRM & polis Sarawak di tangan Taib Mahmud?

Posted: 04 Jan 2014 03:52 AM PST

"Kuasa SPRM & polis Sarawak di tangan Taib Mahmud?

taib-mahmudKUCHING  4 JAN: Ratusan laporan kepada polis dan Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) dibuat rakyat Sarawak terhadap Ketua Menteri Tan Seri Taib Mahmud berkenaan isu rasuah, rampasan hak tanah adat dan salahguna kuasa.

Namun, sehingga kini Ketua Menteri paling lama di Asia Tenggara itu masih bebas tanpa sebarang siasatan, kata Exco Angkatan Muda KEADILAN, Zulhaida Suboh.

"SPRM & PDRM. Di mana kuasa jabatan anda? Adakah di tangan Taib atau kamu ditunggang Taib?, kata Zulhaida dalam kiriman di Facebooknya.

Beliau mengulas penahanan setiausaha Angkatan Muda KEADILAN (AMK) Sarawak, Yusoff Baharuddin ketika dalam perjalanan menghantar penyelaras Solidariti Anak Muda Malaysia (SAMM) CheguBard ke Lapangan Terbang Antarabangsa Kuching 31 Disember lalu.

zulhaida_suboh
Zulhaida (tiga dari kiri) selepas proses ikat jamin


Zulhaida hari ini bersama penyelaras SAMM Kuching, Azan Akma ditemani peguam Dominique Ng menjadi penjamin Yusoff yang direman tiga hari di IPD Simpang 3, Kuching, Sarawak
Lanjutan itu, Zulhaida mengingatkan pegawai SPRM dan Polis bahawa gaji mereka dibayar dari wang rakyat daripada cukai.

"Itu adalah wang rakyat yang minta pembelaan dan menuntut keadilan," katanya.

Dalam pada itu, penyelaras SAMM Kuching, Azan Akma berkata pihaknya kesal kerana polis mengamalkan pilih kasih apabila begitu pantas menangkap aktivis tetapi membisu dengan setiap ancaman terhadap pimpinan Pakatan Rakyat.


"Apakah kerana tulisan beliau di laman sosial atau keterlibatan beliau dengan kempen Nyah Taib yang dilancar SAMM, maka beliau ditangkap dan direman hingga 3 hari?, soal Akma.

Dorong rakyat lakukan keganasan, Harussani mesti disiasat

Posted: 03 Jan 2014 02:53 AM PST

Dorong rakyat lakukan keganasan, Harussani mesti disiasat


fariz_musa
Laporan polis dibuat terhadap Harussani dibuat hari ini oleh Jingga 13
KUALA LUMPUR 3 JAN: NGO Jingga 13 menggesa siasatan dibuat terhadap mufti Perak. Tan Seri Harussani Zakaria yang mendorong melakukan keganasan, kecederaan termasuk pembunuhan.
Ketua penyelaras Jingga 13, Fariz Musa menggesa polis menyiasat Harussani dibawah seksyen 503 dan 505 (c) Kanun Keseksaan berdasarkan kenyataan 'menghalalkan darah' peserta himpunan yang membantah kenaikan harga barang 31 Disember lalu.
"Kenyataan tersebut adalah jenayah apabila berbaur menghasut dan mendorong rakyat melakukan keganasan, kecederaan termasuk melakukan pembunuhan terhadap mereka yang hadir ke himpunan itu," kata Fariz selepas membuat laporan polis di IPD Dang Wangi.
Katanya, kenyataan Harussani bersifat jahat dan boleh menimbulkan ketegangan.
fariz musaBerita Harian semalam melaporkan Harussani sebagai berkata, semua peserta perhimpunan pada 31 Disember lalu sepatutnya ditangkap kerana menderhaka kepada kerajaan dan 'dihalalkan darah golongan bughah (pemberontak)'.
"Tan Sri Harussani wajar bertanggungjawab dan bersifat matang dalam mengeluarkan fatwa. Jika Harussani seorang yang waras, beliau sewajarnya meletakkan jawatan sebagai mufti Perak.
"Kerana kini (Harussani) dilihat bukan sahaja sebagai boneka kerajaan Umno-BN, tetapi memalukan institusi mufti yang seharusnya dihormati dan disegani rakyat," kata Fariz.

DR ASRI JAWAB MUFTI NYANYUK NI..ANTARA BUGOH DAN DALAM DEMONTRASI

Posted: 02 Jan 2014 03:38 AM PST








 Mufti ini ikut angin cam lalang.Dulu masa PR perintah Peark sokong kemain.Lepas jatuh pecah tembelang...adoiii..




Najib, Rosmah terbang bercuti ke LA, Sydney?

Posted: 01 Jan 2014 01:09 AM PST

Najib, Rosmah terbang bercuti ke LA, Sydney?

KUALA LUMPUR 1 Jan: Gosip atau cakap-cakap politik, barangkali ada kebenarannya, apatah lagi jika ia ditulis atau dibicarakan oleh individu yang memiliki hubungan rapat dengan ahli-ahli politik.
Tokoh wartawan, A Kadir Jasin, dalam tulisan di blognya pada 30 Disember lalu menimbulkan soalan ke mana perdana menteri, Datuk Seri Najib Razak dan isterinya, Datin Seri Rosmah Mansor ketika sambutan tahun baru.
Najib RosmahDalam tulisannya, Kadir menulis- ketika orang ramai berhimpun di Dataran Merdeka bagi memprotes kenaikan harga barang dan kos sara hidup, Najib tiada di Malaysia untuk mendengar tuntutan mereka.

"Ketika penunjuk perasaan, menentang kerajaan, menuntut itu dan ini, mereka perlu tahu bahawa perdana menteri, Mohd Najib Abdul Razak, tiada di sini untuk mendengar tuntutan mereka secara langsung," tulis Kadir diblognya, kadirjasin.blogspot.com.

Menurut Kadir, maklumat diperolehi menyatakan Najib berada di luar negara ketika sambutan tahun baru walaupun pada awalnya dinafikan kumpulan 'Penasihat Komunikasi Najib' (CAG).

Katanya, dalam satu kiriman di blognya bertajuk "Wanita Chief and the Grandmaster" pada 11 Disember lalu, seorang bernama Zainol memberi komen Najib dan isterinya, bercuti ke Los Angeles (LA) dan terbang ke Sydney, Australia sempena tahun baru.

"…Dia kata Najib akan pergi cuti di LA dengan Isteri… Mereka terbang dari LA ke Sydney nak tengok matahari naik di Sydney.

"Jam itu kita masih tidor di Malaysia. Lepas itu mereka akan terbang dari Sydney pergi ke Las Vegas untuk tengok kali kedua matahari naik. Sebab Amerika satu hari lambat dari Australia," komen itu dipetik Kadir.

Menurut Kadir, beliau mengirimkan pesanan ringkas (SMS) kepada 'anggota CAG' untuk bertanyakan kebenaran perkara itu, namun ia dinafikan.

Bagi mengesahkan ia bukan sekadar gossip atau fitnah, Kadir  pada 30 Disember lalu mengirim SMS kepada Setiausaha Najib, Tengku Sharifuddin Tengku Ahmad yang mengesahkan Najib ke luar negara dan tugasnya diambil alih oleh timbalannya, Tan Sri Muhyiddin Yassin.

Kadir menambah, beliau juga bertanya kepada editor dua buah akhbar, salah seorangnya juga anggota 'CAG' melalui SMS, bagi mengetahui sekiranya ada kenyataan rasmi dibuat.

Editor berkenaan kemudian mengesahkan bahawa tiada kenyataan rasmi dikeluarkan, namun enggan namanya dipetik.

Kadir yang sebelum ini dianggap bekas orang kuat  Tun Mahathir Mohamad mencuri perhatian apabila menyindir Najib dan isterinya, Rosmah Mansor di blognya.

Secara sinis beliau mencadangkan Rosmah dilantik ke jawatan menteri, malah ke jawatan perdana menteri kerana peranannya mengambil tugas menteri-menteri kabinet.

Ia ekoran pujian Najib terhadap isterinya itu pada Perhimpunan Agung Umno awal Disember lalu, selepas mendapat kritikan menggunakan jet kerajaan untuk lawatan peribadi ke luar negara.


Tulisan Kadir itu, dilihat oleh ramai pemerhati politik sebagai serangan awal terhadap kepimpinan Najib dan mewakili pandangan bekas perdana menteri, Tun Dr Mahathir Mohamad.



Turunkan Najib kalau tak turun harga barang – Rafizi

Posted: 01 Jan 2014 01:07 AM PST

Turunkan Najib kalau tak turun harga barang – Rafizi

NajibKUALA LUMPUR 1 JAN: Pengarah Strategi KEADILAN, Rafizi Ramli memberi amaran supaya Perdana Menteri kerajaan minoriti, Datuk Seri Najib Tun menurunkan harga barangan segera.
Menyifatkan tahun 2014 sebagai tahun paling teruk dalam sejarah Malaysia, Rafizi menyeru anak muda bersedia untuk terus melawan kezaliman pemerintahan Barisan Nasional.
"Najib potong RM1,600 dari gajinya. Tapi ambil berpuluh juta dari wang kita dan kuncu-kuncunya membazirkan wang rakyat.
"Najib, Rosmah dan Barisan Nasional tidak kenal bahasa baik. Mereka hanya kenal bahasa demonstrasi seperti hari ini," kata Rafizi ketika ditemui di himpunan Turun di Dataran Merdeka, malam tadi.
raf
Rafizi berucap di Dataran Merdeka
Beberapa hari lalu, Rafizi dalam satu kenyataan medianya berkata, Jabatan Perdana Menteri (JPM) masih mempunyai sejumlah RM6.8 bilion simpanan dana misteri meskipun Perdana Menteri mengumumkan pemotongan 10 peratus elaun bulanan.
Tindakan tersebut menurutnya hanya satu reaksi kerajaan bagi meredakan kemarahan rakyat berikutan kenaikan harga barangan dan perkhidmatan baru-baru ini.

SIAPA DR ABDUL RAHIM GHOUSE-SIRI YANG MENDEDAHKAN PENGLIBATAN BELIAU DALAM GERAKAN REFORMASI SEHINGGA SEKARANG

Posted: 31 Dec 2013 06:18 PM PST

Siri-siri yang akan mendedahkan pengalaman,pendirian,peranan beliau dalam era Reformasi sehingga sekarang.Banyak pihak yang meletakkan beliau sebagai seorang jutawan yang akhirnya menjadi pelarian kerana adanya mainan politik antara Mahathir dan Anwar hingga ke hari ini.

Namun generasi muda perlu memahami dan mengenali siapa Dr Abdul Rahim Ghouse dan peranan beliau di dalam war room PKR , Ahli-ahli Umno mengetahui beliau ketika dizaman Mahathir dan Anwar Ibrahim, namun generasi muda kini tertanya-tanya apakah peranan beliau disebalik tabir.

Pihak crew WRLR akan mendedahkan siapakah Dr Abdul Rahim Ghouse dan apakah peranan beliau semasa beliau  berada diluar negara akibat dari tekanan regim Mahathir.

TUNGGU.

SIRI AKHIR : SEORANG YANG GILA GLAMOUR DAN TAMAK

Posted: 31 Dec 2013 06:09 PM PST




Ia akhirnya masih menunjukkan bahawa tidak semua orang mungkin mentafsirkan filem sebagai satu pengajaran moral, dengan cara yang nampaknya dicadangkan oleh Rosmah Mansor.

Malah , filem Wolf  Of The Wall Street mungkin menjadi kejayaan untuk alasan yang menunjukkan bahawa  ia merupakan seorang yang amat gilakan  glamourises  dan sangat tamak , perbelanjaan yang tinggi, kesombongan dan perbuatan yang songsang melampau.

Orang-orang akan tertarik untuk menonton Leonardo di Caprio  yang membuat  duit berbilion-bilion dollar dalam menerima tawaran dalam bentuk rasuah dan terlibat dalam tingkah laku yang tidak bermoral , tidak diajar tentang kejahatan mengsonglap wang  yang begitu besar tetapi untuk melarikan diri  dari  dunia yang  mempercayai  kekayaan tidak terhad.

Filem-filem seperti ini, ia secara meluas berhujah , tidak membawa mesej Krismas. Sebaliknya mereka merosakkan dan mereka menggalakkan lebih ramai orang untuk mencuba nasib mereka dalam dunia kewangan yang tidak bertanggungjawab.



'glamour' of greed

Ini adalah bagaimana majalah GQ merumuskan projek:
' glamor ' dan  tamak
"Apabila Wall Street keluar pada tahun 1987, ia terkenal dan bagaimana inspirasin  orang-orang tertentu untuk pergi ke dalam perbankan, walaupun perkara  itu buruk .

Dengan itu, apa yang ada dalam fikiran, dan ramai yang mudah terpengaruh mungkin mahu menjauhkan diri dari Martin Scorsese The Wolf Of Wall Street: dari filem bercorak trailer sahaja, terdapat cukup aksi yang memaparkan  seseorang yang   suka mempamerkan  kekayaan untuk memacu krisis kewangan .

Strippers , masih mampu memandu  Ferrari, kapal layar  ,perbelanjaan sebanyak  $ 26,000 untuk parti dan makanan (" ia adalah satu pihak pihak ") dan mempunyai wang yang cukup untuk menenggelamkan  kapal layar dan masih mempunyai banyak ganti dan kewangan .


Persembahan juga dilihat luar biasa, dengan Yunus Hill terutamanya , begitu menarik perhatian sebagai pembantu naif Leonardo DiCaprio .Dimana perlumbaaan bagi merebut  Oscar tahun depan sudah berada dalam perancangan. "

Oleh yang demikian. Oleh kerana keuntungan box office  dibahagikan  beramai- untuk pengeluaran ini , berdasarkan sikap tamak dan tidak bermoral , Red Granite Pictures tetap akan berdiri dengan  tiadanya perubahan sikap melainkan sikap  tamak dan haloba , dan ianya hanya akan berjaya jika melainkan ianya menentang arus.

Memandangkan kekayaan yang didapati haram, hidup yang suka mempamerkan kekayaan  dan pautan perniagaan misteri yang menyokong sekian banyak wang daripada rejim pemerintah BN Malaysia , ia pasti semua  orang akan menceritakan sebagai topik yang sesuai untuk menjelaskan bagaimana  syarikat filem Red Granite menceburkan diri ke dalam perniagaan perfileman.




Walaupun apa sekali pun , ironi yang pastinya ialah pada terkenalnya sikap boros  Rosmah Mansor.


With Adam Scott from Red Granite's first money spinner "Friends With Kids"

Dengan Adam Scott dari "kepala  pemusing wang" yang  utama Red Granite ini " Kawan Dengan Kanak-kanak."


LIVE DARI BUTTERWORTH

Posted: 31 Dec 2013 06:58 AM PST


SATIM DIMAN DIBELASAH

Posted: 30 Dec 2013 11:37 PM PST


“Mana anak Rosmah dapat banyak duit beli kondo?

Posted: 30 Dec 2013 10:08 PM PST

"Mana anak Rosmah dapat banyak duit beli kondo?

(Ainudin Othman)
Riza_AzizPETALING JAYA 30 DIS: Anak Datin Seri Rosmah Mansor, Riza Shahriz Abdul Aziz perlu menjelaskan kepada umum sumber kewangannya sehingga boleh membeli unit kondominium USD33.5 juta (RM110 juta) di New York seperti dilaporkan portal Sarawak Report.

"Berdasarkan gaji beliau yang bekerja dengan KPMG dan HSBC London selama lapan tahun, memang tidak logik beliau mampu beli kondo semahal itu.

"Kecuali gajinya mencecah berjuta-juta ringgit sebulan, baru dia mampu membeli kondo tersebut menggunakan duitnya.

"Saya jangkakan jumlah yang beliau boleh simpan dalam setahun berdasarkan gaji beliau selepas ditolak perbelanjaan adalah sebanyak RM 150 000 sahaja," katanya dalam satu sidang media di Pejabat KEADILAN.

Kata Rafizi, Riza juga perlu menjelaskan penglibatan beliau dalam bidang pelaburan perfileman di Hollywood dengan jumlah yang besar.

"Beliau menceburi bidang pelaburan perfileman menggunakan wang pelabur dari Asia dan Timur Tengah.
"Jadi, kita nak tahu siapa pelabur dalam syarikatnya yang mempunyai wang sebanyak itu dan bermurah hati memberinya wang membeli kondo tersebut.

"Mengikut laporan yang kita baca dalam Sarawak Report dan lain-lain, cara beliau melabur tidak secara konvesional iaitu memerlukan sokongan bank, jaminan dan lain-lain," ujarnya.


Tambah Rafizi, beliau akan mendapatkan penjelasan lanjut daripada 1Malaysia Development Berhad (1MDB) berikutan ada laporan yang mengaitkan penglibatan syarikat tersebut dalam isu ini.


"Saya akan dapatkan penjelasan. Walaupun berdasarkan pengalaman saya, amat sukar untuk memperoleh jawapan daripada pihak 1MDB," katanya.


RAFIZI AKAN SAMAN BLOGGER INI

Posted: 30 Dec 2013 05:56 AM PST

Kenaikan kos sara hidup jejas kenaikan gaji dan bonus, kata DAP

Posted: 29 Dec 2013 11:24 PM PST

Kenaikan kos sara hidup jejas kenaikan gaji dan bonus, kata DAP

December 30, 2013
Setiausaha Agung DAP Lim Guan Eng (gambar) mendakwa tindakan kerajaan menaikkan kos sara hidup termasuk membiarkan korupsi menyebabkan negara bukan sahaja berdepan inflasi bahkan  terpaksa menerima hakikat bahawa ia akan menjejaskan peluang kenaikan gaji dan bonus kepada 14.4 juta pekerja pada tahun 2014.
Ahli Parlimen Bagan itu berkata, kenaikan harga tol, tarif elektrik dan sebagainya memberikan kesan negatif hingga mengakibatkan inflasi.
Menurut Lim, biarpun  berlakunya kenaikan gaji dan bonus namun ia tidak seiring peningkatan kos yang akhirnya menyebabkan kehidupan rakyat Malaysia semakin sukar."Berdasarkan kajian Persekutuan Majikan Malaysia (MEF), ia mendedahkan daripada 257 buah syarikat yang mempunyai lebih daripada 13,000 majikan, pekerja berjawatan eksekutif boleh menjangkakan kenaikan sebanyak 5.63% secara puratanya dan 5.65% bagi bukan eksekutif," katanya dalam satu kenyataan hari ini.

Memburukkan lagi keadaan, korupsi yang semakin kronik di negara ini juga menyumbang kepada kesengsaraan rakyat apabila ia telah merencatkan penjanaan ekonomi negara.

Beliau berkata, penyelewengan itu menyebabkan negara kehilangan wang berjumlah RM1.2 trilion pada 2012 sepertimana yang dinyatakan dalam laporan Kewangan Global Intergriti (GFI).
"Kenyataan Menteri Jabatan Perdana Menteri Datuk Paul Low menafikan hakikat aliran keluar wang haram sebagai hanya RM1 bilion daripada rasuah dan RM34 bilion bagi jenayah membuktikan beliau telah hilang kredibiliti setelah menjadi menteri," katanya.

Lim turut menyelar pelaksanaan polisi gaji minimum pada 2014 yang meletakkan kadar RM900 di Semenanjung Malaysia dan RM800 untuk Sabah dan Sarawak.

Bagaimanapun polisi tersebut akhirnya telah menyamakan gaji yang diterima pekerja asing dan tempatan.
Tambahan pula kata Ketua Menteri Pulau Pinang itu, Malaysia mengalami kerugian akibat pekerja asing yang menghantar duit pulang ke negara asal.

"Ini berikutan jumlah yang diberitahu Timbalan Menteri Kewangan Datuk Ahmad Maslan, menyatakan kiriman wang ke luar negara meningkat sekali ganda iaitu daripada RM10 bilion pada 2009 kepada RM20 bilion.
"Dan angka tersebut dijangka naik apabila gaji minimun dilaksanakan dan pertambahan itu amat membimbangkan," katanya.

Beliau pada masa yang sama berkata, rakyat Malaysia membuat keputusan betul menolak kepimpinan kerajaan BN dengan memberi peluang Pakatan Rakyat (PR) meraih undi popular sebanyak 51% berbanding BN yang hanya memperoleh 47%.

Tindakan menaikkan harga barang dan perkhidmatan sekaligus meningkatkan kos sara hidup telah menghancurkan kepercayaan yang diberikan olej  47% pengundi BN.
Lim turut membidas kerajaan BN yang berterusan membiarkan gejala rasuah dan kroni parti tersebut mengaut keuntungan hasil negara.

"Apakah etika kuasa dan justifikasi kerajaan persekutuan apabila bertindak menaikkan kos sara hidup walhal mereka enggan melaksanakan pembidaan tender secara terbuka dan kompetitif malah tidak mahu mendedahkan berapa aset yang dimiliki.

"Di manakah moralnya apabila kerajaan BN dilihat tidak mempunyai kemahuan politik memerangi rasuah membiarkan kroni dan keluarga BN terus mencuri duit rakyat ketika rakyat sedang bergelut dengan kenaikan harga dan hutang sebanyak 83.5 % daripada hasil Keluaran Kasar Dalam Negara (KDNK) yang merupakan antara kedua tertinggi di Asia?" soalnya. – 30 Disember, 2013.

SIRI 8: TINDAKAN MAHKAMAH

Posted: 29 Dec 2013 06:38 PM PST



TINDAKAN MAHKAMAH

Sementara itu, tidak semua pujian daripada pertubuhan  FILEM Hollywood mengenai syarikat ini . Salah satu syarikat pengeluaran utama, Motion Picture Perbadanan Syarikat ( MPCA) , menyaman Red Granite Pictures  kerana pelanggaran perjanjian kerana mengutamakan   filem utama yang lain dan oleh kerana ia telah ' dibeli daripada masalah ', sebuah filem  komedi 90-an yang  popular  iatu Dumb dan Dumber .

Kes tersebut berterusan dan telah mendapat liputan meluas dalam media dan MPCA  tentang kemahiran dan tahu bagaimana- pendatang baru yang membeli / meniru  idea asal mereka :


"using money from the Malaysian PM's family" to squeeze them out...

"Dengan menggunakan wang daripada keluarga Malaysia PM" memerah/mendesak  mereka keluar ...

"Macfarland and Aziz's misconduct and hubris will cause them to crash and burn"
" Macfarland dan Aziz  telah melakukan salah laku dan keangkuhan mereka akan menyebabkan Red Granite menghadapi zaman yang sukar"



Dalam pemendapan undang-undang mereka pengeluar , iaitu veteran Steve Stabler dan Brad Krevoy yang memiliki MPCA mempunyai perkataan keras untuk Aziz dan McFarland, yang mereka katakan mereka berhutang ratusan ribu untuk kerja-kerja asal pada filem tersebut:

    " McFarland dan [ Aziz ] kekurangan pengalaman yang diperlukan untuk berjaya menghasilkan gambar bergerak sendiri. Walaupun Red Granite nampaknya mempunyai wang keluarga dari [ Aziz ] , Red Granite tidak akan berjaya dengan wang semata-mata kerana McFarland dan [ Aziz ] 's pengalaman menghasilkan gambar bergerak sepanjang tempoh singkat mereka dalam industri terdiri daripada cavorting di kelab malam dengan Paris Hilton dan menjoli makan malam tempahan di kelab malam mewah di New York dan Los Angeles. " Macfarland dan Aziz salah laku dan keangkuhan akan menyebabkan mereka terhempas dan terbakar "




Ia adalah serangan yang menguatkan  bukti  hubungan jelas dengan Jho Low. Rakyat Malaysia akan berminat untuk melihat bahawa pihak-pihak yang menghadiri parti-parti yang di hoskan oleh Jho Low kelihatan telah juga dikaitkan dengan Riza Aziz , menurut pemendapan ini.

Sesungguhnya pada nama akauntabiliti dan ketelusan rakyat Malaysia adalah disebabkan oleh penjelasan yang jelas tentang hubungan antara kedua-dua lelaki ini Low dan Riza  dan sama ada Najib Razak yang terlibat?



Appealing to greed and envy?
Merayu disebakan oleh ketamakkan dan kesombongan
Ia adalah serangan yang menguatkan  bukti  hubungan jelas dengan Jho Low. Rakyat Malaysia akan berminat untuk melihat bahawa pihak-pihak yang menghadiri parti-parti yang di hoskan oleh Jho Low kelihatan telah juga dikaitkan dengan Riza Aziz , menurut pemendapan ini.

Sesungguhnya pada nama akauntabiliti dan ketelusan rakyat Malaysia adalah disebabkan oleh penjelasan yang jelas tentang hubungan antara kedua-dua lelaki ini Low dan Riza  dan sama ada Najib Razak yang terlibat?

Ini bukan kurangnya kerana pinjaman awam yang besar dan kontroversi yang telah dibangkitkan bagi pihak Najib ( yang juga Menteri Kewangan) dan bank pembangunan 1MDB beliau , di mana Jho dikatakan begitu meluas dilaporkan telah terlibat.




SIRI 7: PROJEK KESAYANGAN NAJIB

Posted: 29 Dec 2013 06:14 PM PST



 Low yang membawa kawannya Leonardo di Caprio dan projek filemnya tentang  Gambar dan 'modern day Caligula' kepada syarikat  Red Granite Pictures dan Riza Aziz?

Jika benar , ia melemparkan perspektif baru kearah Jho Low dengan projek  puppet kesayangan Najib Razak  diberi nama 1MDB Malaysia, bank pembangunan, yang telah membabitkan berbilion-bilion  ringgit  wang yang tidak didedahkan , termasuk  bon swasta  yang diatur oleh , antara lain nya , Goldman Sachs.
Pelaburan 1MDB telah semakin kontroversi, memberi tumpuan kepada membeli sehingga syarikat  lama , yang muncul menjadi nilai dipersoalkan dalam membangunkan negeri di dalam Malaysia .

Salah satu pelabur yang terlibat dalam 1MDB ialah profil Timur Tengah usaha rendah Petro- Arab , yang juga pembeli apabila keluarga Taib yang dijual daripada pegangan kontroversi mereka dalam UBG bank pada tahun 2011.

Jho Low sendiri sebelum ini telah terlibat dalam UBG , sebagai Pengarah pada 2008 selepas belian saham utama, bagi pihak syarikat milik Abu Dhabi Majestic Masterpiece.

Anak  muda Pulau Pinang ini  membuat banyak sambungan hebat , kedua-duanya di Hollywood dan Timur Tengah (terutamanya Abu Dhabi ), didakwa dibuat melalui rangkaian sebagai seorang pelajar Harrow Wharton Business School di Amerika Syarikat.

Tetapi dengan gaya hidup yang tinggi, suka mem pamerkan kekayaan  beliau yang telah terutamanya  yang dibawa Jho Low  telah menarik kepada perhatian orang ramai di Malaysia . Beliaulah yang nampaknya mendahului rekod untuk perbelanjaan tinggi dalam kelab malam New York , membeli champagne untuk semua tetamu berkumpul.

Jho Low juga membuatkan  oaring  terkejut dengan kemewahannya semata-mata menganjurkan sebuah  parti untuk teman wanita di atas kapal layar di Taiwan dan sekali lagi menarik perhatian  orang ramai apabila dia berpesta  bersama Paris Hilton dan dilihat secara berlebih-lebihan.
One of the 'billionaires', 20 something Jho Low owns Jynwell Capital
Salah seorang  ' jutawan ' , berusia 20an . Jho Low memiliki Jynwell Capital



Di mana, ramai mungkin tertanya-tanya jika pautan kepada pemain politik utama di Malaysia dan persahabatan dengan langkah - anak Perdana Menteri mungkin akaun untuk akses mudah  ialah melalui Jho Low kepada pendapatan pelaburan atau sesungguhnya jika dia adalah manusia  "paling hadapan" front man untuk  mengekses  melalui orang lain ?







Tiada ulasan: