Selasa, 7 Januari 2014

Tukar Tiub

Tukar Tiub


BILIK SULIT KE PAHANG

Posted: 07 Jan 2014 07:33 PM PST



PENGUMUMAN
teater bukan teater
akan mementaskan bilik sulit

KEMAMAN- 24  januari
KUANTAN - 25- januari
TEMERLOH- 26 januari

semua warga diwilayah ini
di jemput datang buat ramai

sila ikuti tukar tiub
untuk mengetahui tempat pementasan


SESUDAH PAHANG
bilik sulit akan ke pulau pinang
kemudian kembali ke kuala lumpur
sebelum bilik sulit
dibawa ke london selama satu bulan

-----------

ANAK MUDA BURHAH

Posted: 07 Jan 2014 07:00 PM PST







NOTA
berbughah bughah lah kamu
sebelum kamu berguling guling
kah kah kah

PTPTN nafi mansuh bayaran

Ipoh: Perbadanan Tabung Pendidikan Tinggi Nasional (PTPTN) menafikan peminjam tidak perlu membayar balik pinjaman seperti yang disebarkan dalam laman sosial Facebook. 

Pengerusinya, Shamsul Anuar Nasarah menegaskan, pihaknya tidak pernah mengeluarkan arahan itu dan menyifatkan maklumat yang tersebar adalah khabar angin oleh mereka yang tidak bertanggungjawab.


Kita tidak pernah membuat keputusan sedemikian kerana setiap dasar kerajaan berkaitan PTPTN akan diputuskan pada peringkat Kabinet. Justeru, kita minta pihak yang memainkan isu ini tarik semula kenyataan di laman sosial mereka sebelum kita ambil tindakan tegas.
ANAK MUDA  BANGGA
BERBUGHAH

KAH KAH KAH
KAH KAH KAH

KAH KAH KAH

woit..TAK KAN TAK FAHAM MAKNA TERSIRAT... kah kah kah..

 kah kah...ERTINYA.. ANAK MUDA TAK MAHU BAYAR...kah kah 

 kah kah..ERTINYA ANAK MUDA BANGUN MELAWAN... kah kah

kah kah..ERTINYA ANAK MUDA NAK BER BUGHAH... kah kah

KAH KAH KAH
KAH KAH
KAH

woit....NAK AMBIL TINDAKAN TEGAS... kah kah kah..

kah kah kah...LANCHOW BERANI... CUBALAAA... kah  kah..

kah kah kah..LAGI RAMAI YANG BUGHAH... kah kah kah..

 kah kah.. BERBUGHAH DAN BERGULING GULING...  kah kah


-----------

DAPUR JALANAN MINTA DERMA

Posted: 07 Jan 2014 06:30 PM PST




MAKLUMAT UMUM 
kepada semua pembaca tukar tiub
adalah ingin  diberitahu tentang aktiviti
DAPUR JALANAN

disetiap petang ahad
satu kumpulan anak muda
dari sekitar kota kuala lumpur
yang belajar dan tak belajar
akan memasak makanan panas
di kelab bangsar utama

makanan ini akan diagihkan  percuma kepada
lebih dari 200 warga kota tanpa tempat tinggal
yang sering kita lihat berligar
dalam kota kuala lumpur

setiap minggu 
anak anak muda ini
akan membelanjakan tak lebih dari 200 ringgit
untuk menyediakan masakan
mereka juga mendapat bantuan makanan minuman
dari ramai hamba allah yang turut sama membantu
justeru
semua yang datang
mendapat makanan panas

JUSTERU
anak anak muda dapur jalanan ini
kali ini meminta bantuan 
untuk meneruskan kerja amal 
besarlah hati mereka jika ada para pembaca yang budiman
sanggup menghulurkan derma 
sebanyak 10 ringgit atau  lebih
ke dalam tabung mereka

DAPUR JALANAN
mengucap terima kaseh
kepada semua yang membaca maklumat ini
dan
kepada yang akan menderma

  NASI PANGGUNG
setiap petang ahad
jam 6:00 petang

 KERJA AMAL 
pelajar  dan anak muda

ANAK SEMUA BANGSA





SATU JEMPUTAN FORUM


---------

BATU KERAS PUTRAJAYA

Posted: 07 Jan 2014 06:00 PM PST



PENGUMUMAM
sempena pembukaan
batu keras di putrajaya
kumpulan nasyid terulung 
akan mengadakan persembahan
dan
 PELANCARAN ALBUM 2014
DI  BATU KERAS
PUTRAJAYA


MEKAH ADA BATU HITAM
SINGAPURA ADA BATU PUTEH
PUTRAJAYA ADA BATU KERAS


----------

SIAPA DIA KETUA AGAMA INI?

Posted: 07 Jan 2014 05:30 PM PST







KAH KAH KAH

KAH KAH KAH
KAH KAH KAH

DARI FACE BOOK
Kalau anda beragama Islam, anda tidak boleh redha makhluk yang menggunakan lebel ketua agama Islam tp dalam masa yang sama memburukkan imej agama dengan terlibat dengan dosa2 besar seperti arak.

-----------

BATU KERAS DI PUTRAJAYA

Posted: 07 Jan 2014 05:00 PM PST




PUTRAJAYA:Permohonan untuk membuka cawangan Hard Rock Cafe di sini hanya diluluskan jika ia mematuhi syarat-syarat ditetapkan termasuk tiada penjualan minuman keras dan menampilkan persembahan hiburan yang berlandaskan Islam.

KUALA LUMPUR:Bagi PAS, katanya pembukaan kelab eksklusif seperti Hard Rock Cafe bukan sahaja tidak boleh di Putrajaya bahkan ditempat-tempat lain kerana ia mengundang masalah sosial

KAH KAH KAH
KAH KAH KAH
KAH KAH KAH


woit... BUKAN MAHU REDA KEMARAHAN.... kah kah kah...

kah kah kah... MENGOLAH PEESETUJUAN ORANG RAMAI... kah kah kah..

kah kah kah..SEKALI GUS GEROMBOLAN DILIHAT ALIM WARAK... kah kah kah..

mekah ada BATU HITAM
singapura ada BATU PUTEH
putrajaya  ada BATU KERAS






--------

BERGULING GULING KETAWA

Posted: 07 Jan 2014 06:30 AM PST









DARI FACE BOOK


Adusssss.... gua dah tak larat nak gelak guling2 lagi dah dengan umno/bn laknatullah nih...

Nak buka HardRock Cafe Putrajaya Islamic style.... label Islam mesti ada Nasyid... hahahaha...

Dalam waktu yang sama tambah lagi 178 permit perjudian utk tahun 2014..., semata2 nak kutip cukai bagi menampung kantong negara yang dah kering kontang sekaraang ini.

Kebinatangan apakah yang cuba ditampilkan oleh umno/bn laknatullah ini.... lu orang nampak tak muka2 munafikun al kafirun dalam negara Islam ini... hahahaha... Khalifahnya bernama Najib Razak....!!!!
KAH KAH KAH
KAH KAH KAH
KAH KAH KAH
woit... DI MEKAH ADA BATU HITAM.... kah kah kah..
kah kah kah.... DI PUTRAJAYA ADA BATU KERAS... kah kah kah


--------------

REVOLUSI MESIR DI BAJAK

Posted: 07 Jan 2014 05:30 AM PST







KOMENTAR TUKAR TIUB
revolusi anak muda mesir di bajak
cita cita dan niat untuk mendirikan
mesir yang demokratik  telah dibajak

mesir akan kembali ke zaman sadat
mesir akan kembali ke zaman mubarak

apa yang dapat dipelajari?

kaum pemodal
kaum kapitalis
tidak akan menyerah dengan senang
kaum pemodal akan mencari
wakil baru
wakil baru yang diyakini orang ramai

babak kaum  tani mesir
babak kaum buruh mesir
memburuh menjadi hamba firaun
memburuh menjadi hamba pasha
memburuh menjadi hamba kapitalis
memburuh menjadi hamba tentera
masih berterusan

semangat tamarod
semangat anak muda
tidak akan dapat dipatahkan

          TERUSKAN LAGI

Report: Egypt's Sisi to Run for President: Egypt's defense minister expected to step down to pave the way for his nomination in the upcoming presidential elections, says local media.


--------

SULTAN SHAH AL-TUKAR TIUB

Posted: 07 Jan 2014 12:30 AM PST





YA AMPOOON YA MAULANA
beta  
sultan shah al-tukar tiub  
dengan ini bertitah 
untuk menyokong tuan hamba  dari gombak untuk jadi raja
jadi lah raja 
beta tak akan halang
jadi raja  apa sekali pun 
beta tak kan halang

rakyat saentero dunia tidak akan menghalang
tuanku raja melaka dari  menjadi raja
jadi lah

hanya satu sahaja  tanda ingatan
buatlah kerja
carilah rezeki dengan titik peloh sendiri
jangan nak minta duit kerajaan
jangan nak minta duit rakyat
jangan nak minta projek
jangan makan tanggung berak canggung

pakailah apa sahaja gelaran yang tuanku mahu
beri dan jual lah derajat kerajaan gombak dan melaka
sebanyak yang tuanku mahu
tapi bila nampak lampu merah
dijalan raya 
mesti berehnti

PENGUMUMAN
dengan ini 
sultan shah al-tukar tiub
menitahlkan semua
pembaca tukar tiub
untuk bersetia menerima
sultan gombak sultan melaka
sebagai raja yang shah
dengan cap mohor tukar tiub
amin

PANGLIMA MAT BISUL

YA AMPOON SULTAN GOMBAK BATU LIMA
istana kayangan baginda sultan gombak
di belakang kedai ong tai kim
depan lee rubber lama
lorong kiri kemudian belok kanan
istana belum ada number lagi
-- 


 -------

TANYA MUFTI NAPA TAK TANYA

Posted: 07 Jan 2014 12:00 AM PST





SIAPA DAPAT 
KOMISEN SCORPENE

Anwar Ibrahim: Bila yang kaya merompak, mengapa mufti diam
Ketua Umum Parti Keadilan Rakyat (PKR),  Anwar Ibrahim turut mengecam Mufti Perak, Harussani Zakaria yang mendakwa peserta himpunan Turunkan Kos Sara Hidup (Turun) baru-baru ini sebagai "bughah" dan halal darah mereka.
Anwar mempersoalkan pendirian Mufti Perak itu ketika rakyat Malaysia terbeban dengan pelbagai kenaikan harga barangan dan perkhidmatan.
"Bila orang kaya rompak, tindas rakyat, kamu diam. Saat rakyat tertindas di bawah, kamu cela. Kamu mewakili siapa sebenarnya.


KAH KAH KAH

KAH KAH KAH

KAH KAH KAH

KENAPA MUFTI TAK TANYA
1- siapa upah sirul dan azilah bunuh altantuya?
2- siapa dapat komisen jual beli kapal selam scorpene?
3- napa tak tanya mana anak rosmah dapat duit juta juta?
4- napa tak tanya sapa rembat duit projek lembu?
5- napa tak tanya kenapa harga gula naik?


------------

ANWAR PUN BOLEH DIGULINGKAN

Posted: 06 Jan 2014 09:00 PM PST




KAH KAH KAH
BERGULING GULING


KOMENTAR TUKAR TIUB
heboh tentang guling berguling
sebenarnya mengguling  bukan satu yang pelik

muhyiddin dan mahathir telah berjaya
menggulingkan dolah badawi

najib razak telah berjaya menggulingkan nizar

warga bukit katil telah berjaya menggulingkan ali rustam
nurul izzah telah berjaya menggulingkan shahrizat jalil
mahathir anak lelaki iskandar kutty berjaya menggulingkan anwar
dr jeya berjaya menggulingkan samy velu

guling berguling satu pekara biasa



Kalau Anwar tak betul pun kita GULINGKAN


PUCHONG - "Kalau Anwar tidak betul pun kita gulingkan," demikian kata Ahli Majlis Pimpinan Pusat PKR, Dr Syed Husin Ali.

Menurut beliau, tindakan itu tidak terhad kepada PKR sebaliknya ia juga wajar dilakukan oleh perwakilan mana-mana parti jika melihat pucuk pimpinan parti tidak berada di landasan yang betul.

"Kita wajib gulingkan pemimpin kalau sudah tidak betul, walaupun saya sendiri dan Datuk Seri Anwar Ibrahim.

"Kalau lihat pemimpin sudah tidak betul, kita wajib gulingkan mereka (pemilihan)," katanya dalam ucapan di Centre For Reform, di sini, hari ini.

Jelas Syed Husin, ahli dan perwakilan parti wajib memberi teguran dan kritikan kepada pimpinan utama dalam membawa pembaharuan dalam hala tuju parti.

Menurutnya, kritikan juga perlu dilakukan sepanjang masa bagi membolehkan parti menambah baik kelemahan sedia ada agar diterima rakyat dan kekal relevan di negara ini.

Tambah beliau, kelemahan parti pemerintah hari ini apabila pemimpin mereka enggan menerima kritikan dan teguran sekali gus membuktikan sistem feudal masih kekal dan menebal dalam pentadbiran negara. - Sinar Harian


BERGULING GULING
KAH KAH KAH
---------

JEMPUTAN FORUM

Posted: 06 Jan 2014 08:00 PM PST




PELANCARAN BUKU DAN FORUM

PANEL FORUM

1 - meredith l. weiss - minah pengarang
2 - rafizi ramli
3 - hishamuddin rais
4 - saifuddin abdullah


TARIKH : 13 January 2014 (Monday)
MASA : 8:00 pm
TEMAPAT  Dewan Perhimpuan China Kuala Lumpur


Buku dilancar oleh : Maria Chin Abdullah - Pengerusi Bersih

BUKU - Electoral Dynamics : Findings from grassroots 


JEMPUTAN
semua di jemput datang
semua dijemput buat ramai

-----------

Tiada ulasan: