Tukar Tiub |
- NASI PANGGUNG KELMARIN
- DOK ROK CHETONG - GAPO?
- BUDAYA DEMO DI SANA SINI
- KONSENSUS NASIONAL
- MENDAFTAR KULIAH FALSAFAH
- MENONTON SEJARAH
- PAKATAN RAKYAT 52%
- KLIP KLASIK
Posted: 26 Jan 2014 07:23 PM PST NASI PANGGUNG KELMARIN Jalan Panggung semalam penuh sesak, sesak dengan anak muda, sesak dengan warga tanpa rumah, dari seluruh pelusuk tanah malaya, datang bertemu, meraikan bersama makanan itu keperluan semua Menu dan para penyumbang hari ini:- Tim Dapur Jalanan - Pasta Ikan Tim Kolej Berjaya - Onde - Onde, Dadih Tim Syed Syahir - Roti Canai // Air Mineral Tim Politeknik Nilai - Roti Tim Waris design Lab - Pinggan // cawan Kak Yatt & Famili - Buah Appple // Snack Aisyah Awek Cun - Buah Limau Pyanhabib the towkey air Para penyumbang tenaga; yang sibuk, buat sibuk, buat ramai, buat meriah :- Ikhwan the master chef, Faz, Nabilah, Asyraf, Fateha dan kawan2 Fiz, Hussin dan kawan - kawan dari Berjaya Kolej Haziq dan mamat2 hensem dan awek2 cun dan pensyarah2 dari politeknik Nilai Kawan-kawan dari Waris Design Lab Hazman, Zarif,dan awek2 cun dari MSU Ohana Melati & mamat- mamat cool dari geng kotak dan kawan-kawan yang bersama meraikan Dapur Jalanan hari ini! TERIMA KASIH SEMUA Jangan segan2 nak datang jumpa semua minggu hadapan Minggu hadapan berTema: MERAH bersempena Tahun Baru Cina Gong Xi Fa Cai! Happy Chinese New Year! Untuk makluman semua: bermula Februari nnt (2 Februari 2014) Dapur Jalanan akan berdapur di jalan panggung bermula jam 5.30 ptg. maklumat info, sila cari dan tekan like Facebook page DapurJalanan KualaLumpur dan follow twitter: dapurjalananKL yang mahu menyumbang boleh masuk ke akaun dapur jalanan 1479-0000917-05-1 spkl collective - Untuk yang ingin sama-sama potong bawang, potong atau sumbang makanan atau apa-apa nak disumbang boleh tekan number dibawah Pakwan = 013-4315356 atau Hadikhalid = 012-6648873 Dapur Jalanan Kuala Lumpur *Makanan Adalah Hak Anak Semua Bangsa* 26 Januari 2014 GONG HEE FATT CHAI Note Baju kuning group dari politeknik Nilai (40orang) Baju hitam group "waris design Lab" dari UITM ------------ |
Posted: 26 Jan 2014 06:59 PM PST KOMENTAR TUKAR TIUB pergi melawat sambil belajar ada salah satu cara bagaimana menteri united malays national organisation rembat duit negara justeru anak muda wajib memberi jawapan yang tepat kepada kerja jahat ini kerana dunia ini akhirnya adalah milik anak muda
KUALA LUMPUR: Menteri Besar Terengganu, Ahmad Said perlu menjelaskan siapakah menanggung perbelanjaan dan tujuan lawatan ke Antartika. "Kita minta dia tampil berikan penjelasan. Berapakah belanja, siapa sponsor, apakah tujuan lawatan itu? "Adakah lawatan ke Antartika boleh menyebabkan harga barang turun dan jadi murah," ujar Pengerusi Pimpinan PKR Terengganu, Azan Ismail dipetikKeadilanDaily. Pada 15 Januari lepas, media melaporkan Ahmad mengetuai lawatan ke Antartika selama 15 hari anjuran Kementerian Sains, Teknologi dan Inovasi melalui inisiatif Yayasan Diraja Sultan Mizan (YDSM). Orang ramai dinasihat pakai baju tebalKota Bharu: Orang ramai dinasihatkan memakai pakaian tebal berikutan fenomena perubahan cuaca kepada sejuk terutama sekitar jajahan Kuala Krai di negeri ini. »
KUALA LUMPUR: Isu lawatan Menteri Besar Terengganu ke benua Antartika memasuki episod baru apabila Yayasan DiRaja Sultan Mizan (YDSM), 24 Januari lalu menafikan ia menganjurkan lawatan Datuk Seri Ahmad Said ke Antartika.
KAH KAH KAH KAH KAH KAH KANG KONG ----------- |
Posted: 26 Jan 2014 06:00 PM PST LAGI DI TEGAH LAGI RAMAI YANG TURUN Protes 'kandar sayur' di PP hari iniOrang ramai pelbagai kaum hari ini berkumpul di Sunway Carnival Mall, Pulau Pinang bagi menyatakan bantahan terhadap kenaikan harga barang dan kos sara hidupKAH KAH KAH KAH KAH KAH KAH KAH KAH woit...LAGI B UGHAH... LAGI MELAWAN... kah kah kah KAH KAH KAH ANAK MUDA BANGUN MELAWAN ------------- |
Posted: 26 Jan 2014 05:00 PM PST PERUTUSAN KHAS UNTUK RAKYAT MALAYSIA 26 JANUARI 2014, SUNWAY HOTEL KE ARAH SEBUAH KONSENSUS NASIONAL 1. Lebih empat bulan sudah berlalu sejak kita menyambut Hari Merdeka dan Hari Malaysia. Namun menyambut hari-hari bersejarah ini kurang maknanya jika kita tidak mengamati kerangka lebih besar bagi negara kita di kala ini. 2. Perlu saya tekankan betapa pentingnya kerangka lebih besar ini. 3. Inilah sebabnya saya mengambil peluang untuk memberikan satu perutusan bukan sahaja untuk kalian yang hadir di majlis ini, tetapi untuk seluruh rakyat Malaysia di dalam dan juga di luar negara. 4. Yang saya maksudkan dengan 'seluruh rakyat Malaysia' adalah keseluruhan keluarga anak Malaysia - tanpa mengira kaum, agama, kumpulan budaya mahupun bahasa ibunda; tidak kira sama ada anda menetap di Semenanjung atau di Sabah dan Sarawak; dan tanpa mengira pendirian politik. 5. Tidak kira sama ada anda bersama Pakatan Rakyat atau Barisan Nasional, atau anda tidak bersama kedua-duanya, atau anda bebas ataupun menjauhi politik, saya tujukan perutusan ini kepada seluruh warga Malaysia. 6. Perutusan ini dilakar dengan penuh rasa cinta terhadap nusa dan bangsa, tanpa rasa benci terhadap sesiapa. Ianya dikarang dengan nawaitu penuh harapan, dan bukannya dipenuhi dendam kemusnahan. Ianya dikarang agar semua termasuk diri saya sendiri akan membawa intipatinya pulang dan disebarkan kepada keluarga, jiran tetangga, sahabat handai, dan sanak saudara agar kita sebagai satu umat akan dapat maju ke hadapan. 7. Di awal kalam saya ada menyebut tentang menyambut Hari Merdeka dan Hari Malaysia dan bagaimana untuk memaknai hari-hari bersejarah itu. Pertama sekali, ianya merupakan sambutan hak-hak kita sebagai warga negara seperti yang termaktub dalam Perlembagaan Persekutuan, sebuah dokumen kenegaraan yang dipersetujui bersama oleh pimpinan negara di kala kita merdeka. 8. Perlembagaan ini bukan hanya kata-kata. Ia adalah sebuah dokumen berdaulat yang dizahirkan daripada satu persetujuan di kalangan para pemimpin yang mewakili pelbagai komuniti yang tinggal di tanah air tercinta ini. 9. Ia menjamin hak kita kepada kehidupan dan kebebasan, kepada kebebasan bersuara, berhimpun dan berkesatuan. Ia menegaskan kesaksamaan rakyat di bawah naugan undang-undang dan menjamin kebebasan beragama. 10. Prinsip-prinsip ini wajib dihormati semua komuniti, sama ada mereka dari kalangan majoriti mahupun minoriti. Prinsip-prinsip ini wajib disanjung tinggi ahli-ahli politik dalam percakapan dan perilaku sama ada mereka berkuasa mahupun di kalangan pembangkang. Semua kumpulan masyarakat sivil, badan-badan bukan kerajaan, dan semua organ-organ negara wajib mematuhi hak-hak di dalam perlembagaan ini. 11. Identiti Malaysia sebagai sebuah negara berbilang kaum cukup terikat dengan keeratan silaturrahim di kalangan semua kaum yang tinggal di bumi tercinta ini. Jika keutuhan silaturrahim ini tercalar, maka identiti kita sebagai warga Malaysia juga bakal terhapus. 12. Maka, selepas 56 tahun merdeka pertalian silaturrahim ini bukan sahaja wujud malah bertambah kukuh dan erat. Namun, mutakhir ini, beberapa keadaan dan kejadian telah mengakibatkan silaturrahim ini, yang merupakan tiang seri identiti kita, semakin renggang. 13. Malah kejadian-kejadian ini seperti semakin menjadi-jadi hingga kelihatan seperti mampu menggugat perpaduan. Walaupun perpaduan di kalangan kita belum lagi musnah, bak kata pepatah, mencegah lebih baik daripada mengubati. 14. Kita tidak boleh leka. Ini kerana kita sedang menyaksikan tindakan beberapa pihak yang sedang berusaha sedaya upaya untuk membawa negara ke ambang kemusnahan. 15. Kita sebenarnya belum menyaksikan usaha sebegini rupa semenjak kejadian-kejadian yang berlaku sebelum tercetusnya tragedi 13 Mei 1969. Suara-suara kebencian dan kemarahan, suara-suara berprasangka buruk dan penuh syak wasangka, dan suara-suara kemusnahan dan kebobrokan yang cuba menghancur-leburkan keharmonian, kerjasama dan persefahaman yang telah kita bina dari runtuhan tragedi ini. 16. Saya menggesa seluruh rakyat Malaysia untuk bangkit dan bersuara. Biarlah suara-suara rakyat yang penuh rasa hormat dan mahabbah, suara-suara yang penuh timbang rasa dan kepercayaan, suara-suara perpaduan dan integrasi mengalahkan suara-suara sumbang yang penuh kebencian, dendam kesumat, perbalahan dan kemusnahan. 17. Kita perlu mengubah halatuju kita dari arah polarisasi yang menjadi-jadi menuju arah penyepaduan yang lebih jitu. Kita perlu hentikan semangat perkauman yang keterlaluan, hentikan budaya menghasut persengketaan dan kebencian terhadap penganut agama, dan merapatkan silaturrahim sesama kita di dalam semangat perpaduan. 18. Para pemimpin dari kedua-dua belah pihak perlu mengenepikan isu kepartian dan menunjukkan semangat kepimpinan sejati untuk meleraikan ketegangan ini dan berusaha memperbaiki keadaan. Konsensus nasional 19. Maka telah tiba waktunya untuk kita semua mencapai satu konsensus nasional terhadap isu-isu yang teramat penting ini yang mendatangkan impak terhadap identiti kita sebagai sebuah bangsa dan negara. 20. Dengan memegang kukuh pada semangat perlembagaan, semua pihak perlu berhenti mempersoal kedudukan utama agama Islam sebagai agama bagi Persekutuan. 21. Dalam menegaskan kedudukan Islam dan mengakui bahawa orang Islam merupakan majoriti penduduk di negara ini, kita mesti menolak tanggapan bahawa Islam sedang terancam. Kita mesti menolak tanggapan bahawa wujudnya satu konspirasi jahat untuk merubah status Islam sebagai agama bagi Persekutuan kepada satu agama yang lain. 22. Pada masa yang sama kita perlu memperakui hak-hak yang termaktub dalam perlembagaan terpakai buat semua agama lain di tanah air kita. Kita adalah sebuah negara yang mempunyai pelbagai komuniti agama. Dari sudut ini, penganut agama Buddha, Taoisme, Kristian, Hindu, Sikh dan penganut-penganut agama etnik lain perlu diberi kebebasan untuk mengamalkan agama mereka sebagaimana yang mereka pilih. 23. Dalam menuju konsensus ini, marilah kita memberi tumpuan kepada perkara-perkara yang amat mustahak untuk negara kita maju ke hadapan. 24. Marilah kita bekerjasama untuk mengatasi masalah-masalah dalam isu tadbir urus, ketelusan dan kebertanggungjawapan. Tidak kira di peringkat Pusat mahupun di negeri-negeri, marilah kita menetapkan iltizam untuk menghapuskan barah rasuah yang menghantui kita. 25. Masalah kenaikan harga barang tidak mengenal batas kepartian. Oleh itu, marilah kita berganding bahu untuk meningkatkan kebajikan rakyat dan mencari jalan penyelesaian yang tidak terus mendatangkan beban. 26. Daripada kita mengutuk isu-isu keselamatan negara berdasarkan khayalan kita, marilah kita membantu pasukan polis untuk membanteras jenayah dan dengan langsungnya membuatkan tempat tinggal kita, sekolah-sekolah kita, malah pusat-pusat membeli belah kita lebih selamat. 27. Adalah menjadi tanggungjawab moral kita, khusus di kalangan kita yang telah dipilih untuk mewakili rakyat, untuk melangkaui batas kepartian dan berganjak menuju suatu konsensus nasional demi membawa Malaysia ke hadapan. 28. Tugas kita terhadap negara, yang jelas lebih mustahak dari tugas kita terhadap parti, memaksa kita memikul cabaran ini. Kita mesti mengukuhkan azam dan mengumpul keseluruhan kekuatan moral kita demi memastikan kejayaan bersama. Terima kasih. ANWAR IBRAHIM KETUA PEMBANGKANG PARLIMEN MALAYSIA -------------- |
Posted: 26 Jan 2014 04:30 AM PST MENDAFTAR SEKARANG kelasfalsafah@gmail.com TIAP KHAMIS kelas bermula jam 9:00 malam khamis 6 febuari 2014 di universiti bangsar utama 52c jalan kemuja bangsar utama belakang stesen lrt bangsar LUAR KUALA LUMPUR sila layari radio bangsar utama untuk mendengar kuliah ----------- |
Posted: 26 Jan 2014 12:30 AM PST KLIP WAJIB TONTON klip cult klasik untuk semua jenerasi ----------- |
Posted: 25 Jan 2014 10:00 PM PST WASPADA kerajaan najib rosmah hanya menang dengan tipu OBAMA bulan april ini obama akan melawat malayaia jika najib menanda tangani penjanjian jual malaysia maka perjanjian ttpa ini adalah penjanjian haram kerna najib dan rosmah tidak mewakili majoriti rakyat malaysia ------------- |
Posted: 25 Jan 2014 07:30 PM PST KANG KONG klip kang kong remix klip lenggang kang kong akan menjadi klip klasik sepanjang zaman selagi ada you tube selagai ada internet anak cucu cicit kita akan melihat klip ini hanya bezanya mereka tidak sedar mereka tidak faham apa latar belakang klip klip ini SELAMAT MENONTON ----------- |
You are subscribed to email updates from Tukar Tiub To stop receiving these emails, you may unsubscribe now. | Email delivery powered by Google |
Google Inc., 20 West Kinzie, Chicago IL USA 60610 |
Tiada ulasan:
Catat Ulasan