Ahad, 26 Januari 2014

DIALOG RAKYAT

DIALOG RAKYAT


Perlukah Polis Syarie?

Posted: 26 Jan 2014 06:36 AM PST


Oleh Amin Iskandar


Pengumuman Datuk Seri Ahmad Zahid Hamidi pada Jumaat bahawa Kementerian Dalam Negeri (KDN) dan Jabatan Kemajuan Islam Malaysia (Jakim) akan bekerjasama menubuhkan Unit Polis Syarie sebagai langkah menyelesaikan isu-isu berkaitan penguatkuasan dan perundangan Islam adalah sesuatu yang membimbangkan.

Menurut Ahli Parlimen Bagan Datoh itu, KDN mendapat persetujuan Jakim untuk menubuhkan unit itu, yang antara lain akan mempunyai anggota polis berkelulusan ijazah dan ijazah sarjana serta ditempatkan di Jakim.

"Umat Islam di Malaysia kini berhadapan dengan pelbagai cabaran antaranya penggunaan kalimah Allah oleh Kristian, fahaman Syiah, ajaran sesat dan tuntutan keterlaluan oleh Gabungan NGO-NGO Hak Asasi Manusia (Comango).

"Mengenai isu kalimah Allah, mengapa mereka (golongan Kristian) masih berdegil dan tidak menghormati keputusan Mahkamah... penggunaan kalimah Allah dalam Bible hanya dibenarkan di Sabah dan Sarawak dan bukannya di Semenanjung Malaysia," katanya seperti dilaporkan agensi berita Bernama.

Tanpa sebarang perbincangan dan perdebatan awam terlebih dahulu mengenai peranan unit ini, menteri mengumumkan Malaysia akan mempunyai Polis Syarie.

Unit ini akan memainkan peranan mengawal tingkahlaku umat Islam dari perspektif Syariah yang dipegang kerajaan dan belum tentu saya dan anda bersetuju dengannya.

Entah mengapa penguatkuasa Islam yang sudah bernaung di bawah jabatan-jabatan agama tidak mencukupi.

Apakah Polis Syarie ini tugasnya antara lain untuk menembak pasangan-pasangan muda yang berkasih di taman-taman bunga?

Apakah Polis Syarie ini antara lain bertugas untuk menangkap umat Islam yang tidak ke masjid semasa waktu solat?

Saya secara peribadinya pernah melihat bagaimana polis-polis Syariah menjalankan tugas di Aceh, Indonesia.

Pada ketika itu saya bertugas untuk satu misi pemantauan pilihan raya antarabangsa di daerah berkenaan.

Sedang saya berjalan di pekan Biruen bersama rakan setugas wanita berasal dari Thailand dan juga penterjemah kami, tiba-tiba kami dikepung oleh sekumpulan lelaki bermotosikal.

Rupa-rupanya mereka ini adalah polis Syariah dan kami dikepung kerana rakan saya itu tidak memakai tudung.

Nasib baik kami mempunyai penterjemah yang merupakan warga Aceh.Setelah menyemak pasport rakan saya dan mengesahkan beliau merupakan warga Thailand, barulah kami dilepaskan.

Menurut penterjemah saya, polis Syariah ini antara lainnya bertugas untuk menahan umat Islam yang tidak solat Jumaat, pasangan belum bernikah berasmara dan pelbagai lagi salah laku.

Lihatlah betapa tidak coolnya Aceh dengan adanya polis Syariah, kehidupan beragama rakyat juga diatur oleh negara.

Apakah kerajaan Malaysia sudah tidak waras untuk menyusahkan lagi kehidupan umat Islam di negara ini yang sudah sedia susah dengan sistem dua perundangan – sivil dan Syariah.

Mengapa perlu kerajaan campur tangan dalam kehidupan harian umat Islam? Tidak cukup-cukup lagikah dengan apa yang sedia ada?

Bukankah lebih baik daripada membazirkan wang pembayar cukai menubuhkan Unit Polis Syarie, ia digunakan untuk menjaga kebajikan rakyat seperti dilakukan negara-negara kafir di Eropah dengan menyediakan rumah percuma (bukan mampu milik) kepada rakyat mereka yang tidak berumah.

Inilah malangnya menjadi Melayu-Islam di Malaysia, anda ditindas kiri dan kanan.

Anda diberikan ilusi "anda istimewa" kerana Melayu itu Islam dan Islam itu Melayu walhal ia hanya terpakai jika anda rapat dengan golongan pembesar.

Lebih malang lagi, dalam isu Polis Syarie ini, tidak akan ada pemimpin politik Islam yang berani menyuarakan bantahan walaupun mereka tidak bersetuju.

Ini kerana takut hilang undi daripada majoriti umat Islam di negara ini yang kini sedang dilanda fenomena "Arabisasi".

Terdapat perbezaan besar di antara Arab dan Islam. Jangan kita salah faham

PKFZ: Tubuh Suruhanjaya Siasatan, AG letak jawatan

Posted: 26 Jan 2014 06:28 AM PST

Azuan Ab Rahman


KUALA LUMPUR : Suruhanjaya Siasatan Diraja (RCI) perlu ditubuhkan bagi menyelesaikan kes melibatkan skandal Zon Bebas Pelabuhan Klang (PKFZ) setelah peguam negara didakwa gagal membawakan kes tersebut ke mahkamah baru-baru ini.

Ahli Parlimen Bayan Baru, Sim Tze Tzin berkata, penubuhan suruhanjaya itu penting supaya isu melibatkan penyelewengan terbesar  itu dapat dipertanggungjawabkan kepada seseorang.

sim tze tzim"Ini isu ketelusan dalam tatakelola, isu berhubung wang rakyat yang telah dilesapkan.

"Jadi satu suruhanjaya perlu ditubuhkan bagi menjalankan siasatan berhubung skandal tersebut supaya keadilan bagi 29 juta rakyat Malaysia dapat dicapai.

"Rakyat mahu tahu siapa yang terlibat melesapkan wang rakyat itu, pihak yang bertanggung jawab dalam skandal bernilai RM12.5 bilion itu perlu dihadapkan ke muka pengadilan dan dipertanggungjawabkan," tegas beliau.

Ketika ditanya berhubung dakwaan bahawa Peguam Negara, Tan Sri Abdul Gani Patail gagal menyediakan bukti dan asas yang kuat bagi membawa kes tersebut ke mahkamah, Sim mendesak Gani bertanggungjawab dan melepaskan jawatannya.

"Kita lihat banyak kes melibatkan kepentingan negara gagal dibawa dengan baik oleh Peguam Negara, seperti kes melibatkan Pulau Batu Putih dan kes melibatkan PKFZ ini sendiri.

"Sebagai contoh,  di luar negara, apabila seseorang Peguam Negara itu gagal membawa sesuatu kes melibatkan kepentingan negara, dia akan melepaskan jawatannya, jadi Ghani perlu ambil tanggungjawab serupa," tegas Sim lagi.

Zahid Hamidi Pun Mahu Dua Kementerian Seperti Hishammuddin

Posted: 26 Jan 2014 06:19 AM PST




Oleh Shahbudin Husin


Selepas berjaya menubuhkan unit polis syarie dengan kerjasama Jabatan Kemajuan Islam atau Jakim untuk menyelesaikan isu-isu berkaitan penguatkuasaan dan perundangan Islam, Menteri Dalam Negeri, Ahmad Zahid Hamidi mengorak selangkah lagi memperluaskan tugas anggota polis dengan memberinya peranan memantau harga-harga barang pula.

Langkah yang dilakukan bukan bertujuan menidakkan peranan Kementerian Perdagangan Dalam Negeri, Koperasi dan Kepenggunaan yang diketuai oleh Hasan Malek itu, menurut Zahid lagi akan dilakukan dengan menghantar anggota polis berpakaian biasa dan berlakon sebagai pelanggan untuk memantau harga barang dan mengambil tindakan mengikut bidang kuasa yang ada.

Menurut Ahmad Zahid lagi, pihaknya telah membuat kajian mengenai harga yang dibeli oleh pemborong sebenarnya adalah murah tetapi apabila dijual dengan harga melampau kepada peruncit, maka peruncit terpaksa menaikkan harga barang yang mereka jual.

Beliau juga menambah, tindakan pihak polis memantau harga barang ini bukan bertujuan mengganggu peniaga tetapi semata-mata dilakukan atas dasar keprihatinan terhadap kenaikan harga barang yang menjadi rungutan ramai sekarang.

Hebatkan Zahid Hamidi sejak beliau mengetuai Kementerian Dalam Negeri? Macam-macam idea beliau ada.

Walaupun kadar jenayah meningkat setiap hari dan jika kita membaca akhbar, menonton televisyen atau meninjau berita di media sosial, kita akan mendapati bermacam-macam jenayah seperti ragut, rompak, pecah rumah, curi kenderaan, bunuh dan sebagainya, berlaku hampir setiap saat di sekeliling kita.

Di mana-mana saja jenayah boleh berlaku dan seolah-olah penjenayah sentiasa saja berada di sekeliling kita dan hanya menunggu waktu yang sesuai atau kita cuai sedikit, maka berlakulah jenayah.

Di samping kita menghargai tugas dan peranan polis yang sentiasa berusaha gigih mahu mengurangkan kadar jenayah serta menjadikan semua orang rasa selamat untuk ke mana-mana, alasan yang sering diberi mengapa jenayah terus berlaku ialah kerana polis masih kekurangan anggota berbanding jumlah rakyat negara ini.

Ahmad Zahid sendiri pernah berkata, bahawa polis tidak boleh dipersalahkan dalam peningkatan kadar jenayah kerana seorang anggota polis di sesuatu kawasan di negara ini berkhidmat untuk 700 penduduk berbanding di negara maju seperti Amerika Syarikat di mana seorang anggota polis hanya berkhidmat kepada 35 orang penduduk sshaja.

Amatlah malang sebenarnya, tidak lama selepas Ahmad Zahid mengakui polis di negara kita kekurangan anggota untuk membendung janayah, beliau sebaliknya mahu menambahkan beban kerja polis untuk memantau harga barang pula. Sebagai menteri KDN, sebaiknya Zahid hanya fokus kepada tugas dan peranan polis yang hakiki saja, bukannya menambahkan lagi beban tugas mereka.

Walaupun tujuannya mengarahkan polis untuk melaksanakan kerja memantau harga barang ini seperti cuba memperlekeh ketidakupayaan Hasan Malek berperanan sebagai menteri yang bertanggungjawab kepada pengguna serta mengesahkan lagi gelaran "menteri cap ayam" yang diberikan oleh pelbagai pihak sebelum ini, daripada menambahkan beban kerja anggota polis, adalah lebih baik beliau mengusahakan supaya ditambah anggota polis dan seterusnya berupaya membendung peningkatan kadar jenayah yang lebih menjadi kebimbangan ramai.

Lagi pula dalam hal kenaikan harga barang, Najib juga sudah mengarahkan Pemandu melakukan makmal kajian mengenainya dan Muhyiddin pula sudah diberikan peranan mengetuai jawatankuasa kabinet mengenai kenaikan harga barang. Selain KPDNKK yang diarahkan bertindak lebih tegas oleh Najib, Kementerian Pertanian yang banyak berurusan dengan pembekal juga telah diminta mengambil langkah perlu menambah bekalan apabila harga barang meningkat. Dalam masa yang sama Pemuda UMNO juga turut menubuhkan skuad pemantau harga barang di seluruh negara. Terdapat juga ramai Ahli Parlimen yang dilaporkan menubuhkan skuad pemantau harga barang di kawasan masing-masing.

Pendek kata, sudah banyak pihak yang terlibat dan berperanan mengenai kenaikan harga barang ini. Tidak perlulah Zahid Hamidi mahu menumpang sama "political mileage" dalam isu kenaikan harga barang ini, walaupun kita mungkin boleh memahami keghairahannya mahu turut sama berperanan adalah seiring dengan cita-cita untuk menaik setakuk lagi dalam karier politiknya.

Dengan melebarkan sayap polis menjadi pemantau harga barang dah sebelum ini berjaya menubuhkan unit polis syarie, Zahid mungkin bukan saja sedang cuba memberitahu umum tentang cita-cita politiknya tetapi juga untuk menyindir Najib supaya memberikannya dua kementerian sepertimana sepupu Najib iaitu Hishammuddin yang diberikan Kementerian Pertahanan dan Kementerian Pengangkutan meskipun hampir tercicir dalam perebutan Naib Presiden UMNO.

Dari segi keberkesanan dan keupayaan menjalankan tugas, memanglah Zahid lebih baik dan berupaya berbanding Hishammuddin tetapi dalam politik kadangkala tidak semua boleh diminta-minta dan ditonjol-tonjolkan. Selain Perdana Menteri sendiri mungkin ada "favouritisme" tersendiri, berlebih-lebihan menonjol diri juga boleh mengundang bahaya.

Bagaimanapun, dalam menjaga KDN ini adalah lebih baik Zahid Hamidi memperkemas peranan polis, menambah kebajikan dan menambah jumlah anggota polis bagi menjadikan kehidupan rakyat lebih terjamin dan selesa daripada segi keselamatannya daripada memberi kerja tambahan yang bukan-bukan kepada anggota polis.

Terlampau ghairah dalam perkara yahg bukan-bukan akan lebih mengingatkan rakyat kepada janjinya mahu mendedahkan dalang pencerobohan Lahad Datu yang belum ditunaikan dan isu Syiah yang didakwanya terhadap Mat Sabu juga belum terungkai sehingga kini. Itu belum lagi ketegasan dan kegarangannya yang turut mula dipertikai seolah-olah hanya sebelum pemilihan UMNO saja.

Tambang bas naik, SPAD jangan tuding jari pada ibu bapa

Posted: 26 Jan 2014 06:13 AM PST

Oleh: Manivanan Gowin


Beban kenaikan tambang bas sekolah yang ditanggung oleh ibu bapa sejak sekian lama, menjadi semakin berat ekoran kenyataan dangkal dari Tan Sri Syed Hamid Albar, Pengerusi Suruhanjaya Pengangkutan Awam Darat (SPAD) yang mendakwa bahawa kenaikan tambang bas sekolah itu berpunca daripada kesanggupan ibu bapa membayar harga kenaikan tersebut.

Sebelum ini Persekutuan Persatuan Bas Sekolah Malaysia (PPBSM) tetap akan menaikkan surcaj tambang bas sekolah bermula Januari ini sebanyak 40%, walaupun SPAD masih tidak membuat keputusan tentang tambang baru bas sekolah.

bas sekolahAmat mengecewakan apabila Tan Sri Syed Hamid Albar membuat alasan semata-mata untuk melepaskan diri daripada perkara berbangkit tersebut.

Tan Sri Syed Hamid Albar turut menyatakan sebab SPAD tidak dapat mengambil tindakan terhadap pengusaha bas sekolah atas kenaikan tambang awal sebelum keputusan dibuat, sebagai kegagalan ibu bapa melaporkan kepada SPAD tentang hal yang berlaku. Maka atas sebab demikian, SPAD terpaksa menutup sebelah mata atas isu ini.

Jika Ibu Bapa Enggan Bayar, Adakah Kerajaan Sediakan Pengangkutan Alternatif Buat Murid-Murid?

Situasi yang berlaku tidaklah serumit seperti yang didakwa Pengerusi SPAD. Sekiranya ibu bapa ini enggan menuruti dan membayar jumlah kenaikan tambang bas sekolah sebanyak 40% ini, adakah kerajaan akan menyediakan pelan pengangkutan alternative buat murid-murid sekolah ini?

Persoalan ini yang perlu dilontarkan kepada Pengerusi SPAD dan seterusnya Kementerian Pengangkutan dan Datuk Seri Hishammudin Tun Hussein.

Sikap lepas tangan dan tutup sebelah mata SPAD dan kerajaan berkaitan masalah bebanan rakyat ini bukanlah perkara baru. Mereka lebih berminat untuk mengatasi kerugian pengusaha bas sekolah, berbanding mengambil kira bebanan yang terpaksa ditanggung oleh ibu bapa yang rata-ratanya berpendapatan rendah dan sederhana.

manivanan gowinSPAD hanya mampu mengeluarkan kenyataan menyalahkan ratusan ribu ibu bapa berbanding menguatkuasakan larangan kenaikan tambang bas sekolah sebelum keputusan berbuat demikian dipersetujui oleh SPAD sendiri.

Maknanya Persekutuan Persatuan Bas Sekolah Malaysia (PPBSM) ini pada bila-bila masa boleh menaikkan tambang bas sekolah tanpa perlu merujuk kepada keputusan SPAD.

Jika isunya adalah kenaikan harga diesel di pasaran, bukankah kerajaan harus mengambil langkah meningkatkan subsidi bagi menurunkan harga minyak diesel agar bebanan itu tidak ditanggung oleh ibu bapa?

Ibu bapa tidak mempunyai pilihan lain untuk menghantar anak-anak ke sekolah, atas faktor jarak dan juga kebanyakkan ibu bapa kini bekerja bagi menampung perbelanjaan bulanan.

SPAD Seharusnya Bertegas Dengan Pengusaha, Bukan Salahkan Ibu Bapa.
Menyedari setiap warganegara berhak mendapat yang terbaik dalam negara ini, m
ana-mana pihak samada pengusaha bas sekolah dan juga ibu bapa masing-masing tidak seharusnya menanggung beban atas salah tadbir ekonomi yang dijana oleh kerajaan.

Desakan tentang tambang bas sekolah ini tidak berniat untuk membiarkan pengusaha bas sekolah menanggung kerugian atas kenaikan kos operasi seperti yang mereka dakwa, tetapi sebagai mengambil kira juga tekanan dan beban ibu bapa dalam isu ini.

Ibu bapa pula pastilah tidak mahu anak-anak mereka mengalami masalah dengan pengangkutan bas sekolah yang lebih selamat berbanding membiarkan anak-anak berjalan kaki atau mengayuh basikal ke sekolah.

Atas tekanan itu, ibu bapa terpaksa menutup mata dan membayar kenaikan tambang bas sekolah dan itu tidak boleh diambil kira sebagai satu bentuk persetujuan oleh Tan Sri Syed Hamid Albar.

SPAD seharusnya bertindak mengikut common sense, dan bukan Zero Logical Sense serta peka dengan isu yang berkait rapat dengan matlamat penubuhannya.

Alasan tidak menerima aduan dan seolah-olah ibu bapa bersetuju dengan kenaikan tambang adalah mengolah persetujuan ramai bahawa perkara ini bukan masalah. SPAD harus segera bertindak ketika menyedari masalah dan bukannya menunggu rungutan atau aduan.

Kerana itu yang harus ditegaskan adalah ibu bapa tidak wajar dipersalahkan kerana 'terpaksa' membayar tambang bas sekolah yang tinggi.

SPAD dan Kementerian Pengangkutan harus mencari formula terbaik bagi mengelakkan kerugian pada pengusaha, dan juga tidak menambah beban pada ibu bapa yang sedia terbeban dengan ekonomi semasa.

* Manivanan Gowin adalah Ahli Parlimen Kapar

MB: RM100 juta sudah diperuntuk baiki jalan pada 2013

Posted: 26 Jan 2014 06:10 AM PST

Oleh : AFEEQA AFEERA


SHAH ALAM : Kerajaan Negeri akan mengadakan perbincangan bersama pihak berkuasa tempatan (PBT) di Selangor untuk mengatasi kerosakan jalan raya berlubang dan berlopak yang boleh menyebabkan kemalangan.

Menteri Besar, Tan Sri Abdul Khalid Ibrahim, berkata masalah jalan raya berlubang adakalanya tidak boleh dielakkan berikutan keadaan cuaca yang tidak menentu.

IMG_1830aKatanya lebih RM100 juta telah diperuntukkan sehingga tahun 2013 untuk kerja-kerja menaiktaraf jalan raya dan lebuh raya yang selamat bagi keselesaan pengguna.

"Saya ingin berbincang dengan PBT bagaimana kita dapat atasi masalah jalan berlubang dan berlopak yang memberi kesan dan menyebabkan kemalangan.

"Meskipun ratusan juta ringgit telah diperuntukkan untuk membaiki jalan raya, tetapi selepas enam bulan lubang yang ditampal akan rosak semula. Saya akan cuba selesaikan masalah itu," katanya dalam sidang media selepas merasmikan kempen keselamatan jalan raya di tempat letak kereta Stadium Shah Alam, pagi tadi.

Dalam pada itu, Abdul Khalid turut menyambut baik pengajuran kempen oleh Jabatan Keselamatan Jalan Raya (JKJR) Selangor hari ini kerana ia boleh membantu orang ramai supaya lebih berwaspada ketika berada di jalan raya.

Katanya langkah itu dapat memberi kesedaran kepada pengguna jalan raya supaya lebih menghargai nyawa berikutan peningkatan jumlah kematian yang semakin serius sejak tahun lalu.

"Setiap tahun sekurang-kurangnya 6,000 kemalangan maut berlaku di jalan raya dan angkanya dilaporkan semakin meningkat.

"Justeru kempen ini sangat penting terutama di hari perayaan kerana pada waktu itu orang ramai akan menjelajah ke seluruh negara dan kita harap mereka akan sentiasa berhati-hati," katanya lagi.EZY

Kajian MIER: Selangor capai status pendapatan perkapita ‘Negara Maju’ menjelang 2016

Posted: 26 Jan 2014 06:08 AM PST

Oleh: NAZLI IBRAHIM


 Bandar Shah Alam


 SHAH ALAM : Negeri Selangor dijangka mencapai status pendapatan per kapita menepati definisi 'negara maju' menjelang 2016 meninggalkan Kerajaan Pusat yang mensasarkannya pada 2020 nanti.

Exco Kebajikan dan Hal Ehwal Wanita, Rodziah Ismail, berkata rumusan itu diperolehi berdasarkan data kajian Malaysia Institut of Economic Research (MIER) yang dibentangkan panel institut kajian itu dalam pemungkiman Menteri Besar bersama Exco Kerajaan Negeri dan Ketua-ketua Jabatan baru-baru ini.

Sebelum ini, MIER pada sesi taklimat itu menyatakan bahawa Selangor dijangka mencapai pendapatan per kapita menepati definisi " negara maju" dengan mengandaikan Senario A (Model Ekonomi Baharu) dan Senario C (berdasarkan prestasi pertumbuhan historikal Selangor).

Malah, bersandarkan dua senario yang sama, Keluaran Dalam Negeri Kasar (KDNK) Selangor diunjurkan berkembang masing-masing pada kadar 6.8 peratus dan 6.5 peratus secara purata di antara 2013 dan 2023.
DSC_8581
"Ini bukan sekadar kenyataan seronok nak bercakap tetapi dari ukuran dan kajian yang dah dibuat. Kita berlari lebih laju dan jauh ke hadapan.

"Kalau dahulu Selangor menyumbang satu perlima pendapatan negara melalui cukai tetapi sekarang sumbangan Selangor sudah bertambah besar kepada satu perempat," kata Rodziah.

Rodziah berkata demikian selepas beliau merasmikan Program Hormat Diri Anda yang dianjurkan Exco Hal Ehwal Wanita Selangor,semalam.

Rodziah memberitahu, kajian sama juga menunjukkan bahawa pendapatan purata bagi keluarga golongan sederhana yang mempunyai empat ahli keluarga di Selangor ketika ini berjumlah RM5,753 sebulan.

Kata beliau lagi, Kerajaan Negeri ketika ini sedang giat melipat gandakan usaha bagi membantu meningkatkan lagi pendapatan golongan berpendapatan rendah kepada sasaran pendapatan isi rumah minimum RM4,000.EZY

Mangsa banjir di Beaufort meningkat

Posted: 26 Jan 2014 06:00 AM PST


Mangsa banjir di Beaufort meningkat
 

KOTA KINABALU - Bilangan mangsa banjir di dua pusat pemindahan banjir di Beaufort, 97 kilometer dari sini, meningkat kepada 228 orang berbanding cuma 10 orang semalam.

Pegawai Daerah Beaufort Mohd Sahid Othman ketika dihubungi Bernama berkata sebanyak 208 orang dari Kampung Lago dan Kampung Suasa ditempatkan di pusat pemindahan banjir di Kampung Suasa manakala 20 orang lagi di pusat pemindahan banjir di Dewan Pa Musa.

"Proses memindahkan 218 mangsa banjir ke kedua-dua pusat pemindahan berkenaan bermula kira-kira jam 3 petang semalam. Keadaan mereka di pusat-pusat pemindahan itu baik di bawah seliaan agensi kerajaan berkaitan," katanya.

Mohd Sahid yang juga Pengerusi Jawatankuasa Bencana Daerah berkata paras Sungai Padas pada pagi ini meningkat kepada 9.06 meter melebihi paras bahaya, 8.70 meter.

Katanya pihaknya menjangkakan ada lagi pemindahan petang ini sekiranya hujan yang turun sejak pagi semalam berterusan.

Selain menggunakan pengangkutan darat untuk membuat pemantauan, pihaknya turut menggunakan bot, memandangkan sudah banyak jalan raya ke kampung-kampung ditenggelami air. - Bernama

Fomca: Tak perlu polis tangani isu harga barang

Posted: 26 Jan 2014 05:53 AM PST


MUHAMMAD SHA'ANI ABDULLAH MUHAMMAD SHA'ANI ABDULLAH


SHAH ALAM - Gabungan Persatuan Pengguna Malaysia (Fomca) hari ini menegaskan tidak perlu ada campur tangan pihak polis untuk memantau harga barang sebaliknya memperkasakan institusi yang terlibat dengan isu tersebut sudah mencukupi.

Timbalan Presidennya, Muhammad Shaani Abdullah berkata, walaupun usaha kerajaan melibatkan unit Polis Diraja Malaysia (PDRM) itu adalah untuk membantu menyelesaikan masalah kenaikan harga barang, namun ianya dilihat tidak akan berkesan.

Menurutnya, kementerian berkaitan dan pemimpin akar umbi adalah individu paling layak untuk memastikan perkara tersebut tidak berlaku di samping kesedaran pengguna sendiri untuk mengambil tindakan supaya tidak tertipu.

"Saya rasa penglibatan polis untuk turut sama pantau harga barang ini tidak perlu, kita tak perlu bebankan mereka kerana mereka ada tugas yang lebih besar.

"Cukup sekadar pemimpin di peringkat akar umbi termasuk ketua kampung, penghulu, pejabat daerah, majlis kerajaan tempatan, KPDNKK dan NGO, namun pengguna juga perlu mempunyai pengetahuan mengenai harga barang yang sebenar dan mengambil tindakan memboikot.

"Apa yang penting lebih baik kita perkasakan institusi sedia ada yang berkelayakan menangani perkara itu," katanya kepada Sinar Harian Online, hari ini.

Semalam, media melaporkan PDRM akan membantu KPDNKK memantau harga barang keperluan khususnya makanan di pasar borong dan premis perniagaan, kata Menteri Dalam Negeri, Datuk Seri Dr Ahmad Zahid Hamidi.

Ahmad Zahid berkata, PDRM akan membantu menangani tindakan peruncit dan pemborong yang menaikkan harga barangan sewenang-wenangnya.

"Kita tidak akan menghantar pasukan berpakaian seragam untuk memantau tetapi anggota (polis) yang berpakaian biasa dan berlakon sebagai pelanggan untuk memantau harga barang dan mengambil tindakan mengikut bidang kuasa yang kita ada," katanya.

Dalam pada itu, Muhammad Shaani juga berkata, berdasarkan pengalaman yang ada dalam usaha untuk menangani harga barang itu menunjukkan tiada tindakkan yang meyakinkan dilakukan walaupun ramai pihak yang dikerahkan kerajaan untuk melakukan pemantauan.

"Apa yang boleh dilakukan? Kalau boleh ambil tindakkan pun terhadap harga barangan kawalan, tapi sekarang barangan kawalan pun sudah tidak banyak.

"Ini lagi satu kenyataan kerajaan yang mengelirukan rakyat, semua nak (agensi) nak ambil tindakan, apa tindakan yang diambil untuk masalah itu?

"Kami sudah empat puluh tahun berdepan dengan perkara itu, kami tahu tak ada undang-undang untuk dikenakan untuk isu kenaikan harga barang, kecuali terlalu tinggi," jelasnya.

Anwar: Hentikan budaya menghasut

Posted: 26 Jan 2014 05:51 AM PST


Anwar Ibrahim Ketua Umum PKR, Datuk Seri Anwar Ibrahim bercakap dalam sesi Dialog Anak Muda di Sunway Resort Hotel, hari ini. - Foto Sinar Harian oleh ZULFADHLI ZAKI


PETALING JAYA - Rakyat digesa supaya bersama-sama dalam menyatupadukan kembali perpaduan kaum sepertimana yang termaktub dalam perlembagaan.

Ketua Umum PKR, Datuk Seri Anwar Ibrahim berkata, usaha ke arah itu perlu memandangkan perpaduan yang dikecapi kini semakin renggang.

"Mutakhir ini, beberapa kejadian telah mengakibatkan silaturrahim yang merupakan tiang seri identiti kita semakin renggang.

"Malah, kejadian seperti ini semakin menjadi-jadi hingga mampu mengugat keamanan. Walaupun perpaduan di kalangan kita belum musnah namun ianya tidak boleh dibiarkan," katanya pada satu majlis di Bandar Sunway, di sini.

Katanya lagi, masyarakat juga perlu menghentikan semangat perkauman dan budaya menghasut yang keterlaluan demi menjernihkan kembali silaturrahim sesama bangsa.

"Para pemimpin parti politik misalnya perlu mengenepikan kepentingan politik dan menunjukkan semangat kepimpinan sejati untuk meleraikan ketegangan ini," katanya.

Mengulas tentang dakwaan wujud konspirasi jahat untuk menganggu gugat status Islam selaku agama rasmi Persekutuan oleh segelintir pihak, beliau menolak tanggapan tersebut.

"Islam telah termaktub sebagai agama rasmi dalam perlembagaan.

"Namun, perlu diingat kita juga merupakan sebuah negara demokrasi yang mengamalkan kebebasan beragama kepada rakyatnya," katanya.

Selain itu, Anwar yang juga ahli Parlimen Permatang Pauh turut menuntut setiap rakyat supaya sentiasa bersatu dan bekerjasama dalam menangani kenaikan kos sara hidup serta harga barangan.

"Kita perlu berganding bahu untuk meningkatkan kebajikan rakyat dan mencari jalan penyelesaian yang tidak terus mendatangkan beban," katanya.

Mengulas lanjut, beliau berharap semua perkara yang dinyatakan dapat direalisasikan demi membawa perubahan lebih baik kepada Malaysia.

Protes 'kandar sayur' di PP hari ini

Posted: 26 Jan 2014 01:12 AM PST

MALAYSIAKINI





Orang ramai pelbagai kaum hari ini berkumpul di Sunway Carnival Mall, Pulau Pinang bagi menyatakan bantahan terhadap kenaikan harga barang dan kos sara hidup.


Mereka membawa kain rentang dan melaungkan slogan menentang cukai barangan dan perkhidmatan (GST), menuntut harga penurunan harga barangan keperluan asas serta mengejek kenyataan kangkung perdana menteri.

"Kangkung turun" antara laungan yang kedengaran dalam perhimpunan itu.

Selain kangkung, pelbagai sayur-sayuran turut dikandar ke perhimpunan itu, sekali gus menjadikannya penuh warna warni.

Wakil rakyat pembangkang Lee Khai Loon yang terkenal dengan flash mob kangkungnya sebelum ini turut kelihatan, selain Pengarah Strategi PKR Rafizi Ramzli dan exco Pulau Pinang Dr Afif Bahardin.

Kerajaan Kelantan disaman RM230 juta?

Posted: 26 Jan 2014 01:03 AM PST

MSO


Kerajaan Kelantan pimpinan Ahmad Yaakub menghadapi satu lagi masalah apabila hari ini kontrektor dari Korea, Dae Hanguru Infra dikatakan akan mengemukakan saman sebanyak RM230 juta terhadap Perbadanan Menteri Besar Kelantan (PMBK) dan syarikat pengurusan, Baldah Toyyibah yang mengendali urusan pembinaan lebuh raya rakyat (Lerek) apabila kontreknya untuk membina lebuh raya itu dibatalkan.

Kontrektor Korea itu dikatakan telah mengeluarkan peruntukan sebanyak RM5.448 juta untuk perbelanjaan awal urusan pembinaan lebuh raya berkenaan. Bagaimana pun kontrek pembinaan itu dibatalkan begitu sahaja apabila kerajaan Kelantan berubah pimpinan dari Nik Abdul Aziz Nik Mat kepada Ahmad Yaakub dan pengendalinya syarikat Baldah Toyyiban berpindah tangan daripada Husam Musa kepada orang lain.

Peranan Husam menguruskan projek berkenaan ditarik balik dan diganti dengan orang lain apabila Ahmad Yaakub menjadi MB.

Ekoran itu pengurusan baru mengendali projek berkenaan telah mengenepikan kontrektor dari Korea itu tanpa berbincang dan memikirkan risiko di sebalik pembatalan itu.

Hari ini khabarnya kontrektor berkenaan telah mengemukakan saman menuntut ganti rugi sebanyak RM230 juta.

Sudah pasti hal-hal sebegini dapat dielakkan kalau pihak tertentu khasnya Ahmad Yaakub sebagai MB bijak menguruskan masalah ini dan tidak mudah memperlecehkan pihak lain.

Hari ini projek pembinaan lebuh raya berkenaan masih menjadi tanda tanya apakah ia jadi atau pun tidak. Selepas mengenepikan kontrektor dari Korea itu pihak kerajaan telah melantik IcoBound Sdn Bhd yang kononnya ada kerjasama dengan IDB untuk membina lebuh raya berkenaan. Hal ini pernah diumumkan oleh Mohd Amar Nik Abadullah yang lebuh raya itu menelan belanja sebanyak RM669 juta dan akan siap tahun 2016.

Bagaimana pun sebulan lepas kerajaan Kelantan telah membuang syarikat IcoBound berkenaan dan telah mengadakan tander terbka untuk pembinaan projek yang sangat dinanti-nantikan oleh rakyat Kelantan itu.

Saman dikemukakan kontrektor dari Korea itu memberi masalah baru kepada kerajaan Ahmad Yaakub. Sekiranya mahkamah membenarkan tuntutan itu ia boleh menyebabkan kerjaaan Kelantan akan bankrup.

Kenaikan Harga Minyak Naik Lagi 2014? Jual Minyak RON 95 Kepada Rakyat Miskin Sahaja (Ikut Jenis Kereta)! Setuju?

Posted: 26 Jan 2014 12:55 AM PST


Harga Minyak 2014



Kenaikan Harga Minyak Naik Lagi 2014 : Mungkin ada benarnya, cadangan kalangan rakyat Malaysia supaya mereka yang menjawat jawatan menteri ini disaring semula dan perlu melalui ujian IQ terhadap diri mereka supaya mereka yang dilantik untuk memimpin & mengurus negara adalah kalangan yang benar-benar berkelayakan.

Berita Semasa tidak pasti mengapa Tengku Adnan bercakap soal minyak? Apa kelayakan & kapasiti beliau untuk bercerita  mengenai minyak?

Kenaikan Harga Minyak Naik Lagi 2014 : Mekanisme Baru Jual Minyak RON 95

  • Kenaikan Harga Minyak Naik Lagi 2014 : Minyak RON95 hanya dinikmati oleh golongan berpendapatan rendah bagi mengurangkan perbelanjaan kerajaan dan memastikan semua subsidi kerajaan dinikmati rakyat Malaysia yang layak sahaja
  • Kenaikan Harga Minyak Naik Lagi 2014 : Contohnya, mengenakan kenaikan hanya kepada mereka yang mampu. Seseorang mungkin memandu (Toyota) Alphard atau pun Mercedes (Benz) tetapi mereka masih menggunakan petrol RON95.
  • Kenaikan Harga Minyak Naik Lagi 2014 : Mengekang negara jiran dari Singapura dan Thailand serta warga asing yang bekerja di negara ini daripada menikmati kadar bahan api dengan harga subsidi
  • Pada masa ini harga minyak RON95 adalah RM2.10 seliter iaitu 63 sen disubsidikan kerajaan manakala harga minyak RON97 berada pada kadar RM2.80 seliter bergantung kepada apungan terurus harga bulanan ditentukan oleh kuasa pasaran.
  • Inisiatif kerajaan ini dilakukan demi masa depan negara dan tidak menggunakan pendekatan populis yang bakal memusnahkan masa depan negara
Kenaikan Harga Minyak Naik Lagi 2014 : Bukankah cakap terus-terang itu lebih baik. Mahu umumkan kenaikan harga minyak naik 2014 tidak lama lagi bukan (SEPERTI DI SINI)? Bukankah lebih baik untuk peringkat awal, dilaksanakan mekansime di mana terdapat pengawalan yang lebih ketat bagi rakyat asing membeli minyak di Malaysia? Bagi Berita Semasa jikalau langkah seperti ini berjaya dilaksanakan, barulah diperluaskan untuk kelompok sasaran pula.
Harga Minyak RON 95 2014
Berjaya Dikesan (Lokasi) : R&R ayer keroh pada 11/1/2014

Hakikatnya? Dengan orang Singapore yang isi minyak RON95 pun tidak boleh dibendung, masih mahu bercita-cita besar untuk mengawal penjualan minyak mengikut pendapatan rakyat Malaysia? Erm…..

Buktikan kepada rakyat terlebih dahulu. Jikalau dapat bendung penjualan minyak kepada warga asing,, boleh syukur nikmat. Banyak peratus penjimatan yang dapat kerajaan kumpul daripada mekanisme sebegitu rupa. Apa pandangan anda pula mengenai langkah terbaru kerajaan mengenai Kenaikan Harga Minyak Naik Lagi 2014 selepas ini dan juga cara penjualan minyak RON 95 kepada anda?

Debat jelaskan kekeliruan rakyat

Posted: 26 Jan 2014 12:50 AM PST


 Noh Omar  
Noh Omar


SHAH ALAM - Perdebatan Hujah Isu Kalimah ALLAH Dari Perspektif Perundangan perlu diteruskan bagi memberi maklumat kepada masyarakat mengenai penggunaan kalimah ALLAH.


Salah seorang ahli panel, Datuk Seri Noh Omar berkata, ini kerana banyak kenyataan  yang dikeluarkan berkaitan kalimah ALLAH boleh mengelirukan rakyat.

"Masih ramai yang tidak faham dengan penggunaan kalimah ALLAH terutamanya dari sudut perundangan. Jadi, melalui debat ini, hasilnya nanti kita mahu supaya umat Islam bersatu dan tidak lagi keliru mengenai isu ini," katanya kepada Sinar Harian, semalam.

Noh berkata, isi perdebatan beliau juga tidak akan sesekali menyentuh aspek penggunaan kalimah ALLAH dari sudut hukum dan akidah.

Sebaliknya, kata beliau, bab hukum dan akidah perlu diserahkan kepada pihak yang berautoriti.

"Kita debat dari perspektif undang-undang saja. Isu ini timbul pun berkaitan dengan tindakan undang-undang.

"Walaupun Khalid tidak memiliki latar belakang undang-undang, tetapi nampaknya beliau sering mengeluarkan kenyataan berhubung kalimah ALLAH. Namun, dengan kepakaran dimiliki moderator dalam bidang undang-undang, kita harap debat ini akan berjalan dengan lancar," katanya.

Nik Aziz terkenang sikap 'degil' Harun, Azizan

Posted: 26 Jan 2014 12:48 AM PST


Nik Abdul Aziz Nik Mat Nik Abdul Aziz Nik Mat


SHAH ALAM - Mursyidul Am Pas, Datuk Nik Abdul Aziz Nik Mat hari ini menyifatkan dua pejuang parti itu, Allahyarham Datuk Harun Taib dan Tan Sri Azizan Abdul Razak sebagai individu yang 'degil'.

Mengenali kedua Allahyarham ini secara dekat, Nik Aziz berkata, kedua-dua pemimpin itu sanggup bersusah payah mengikuti program yang dianjurkan Pas walaupun dalam keadaan uzur.

"Almarhum (Harun) dan Ustaz Azizan kedua-duanya saya kenal sebagai orang yang sangat degil.

"Degil melawan kesakitan untuk terus datang mesyuarat sekalipun dalam situasi yang sangat uzur," ujarnya menerusi laman sosial Facebook miliknya.

Tambah Nik Aziz, pemergian Harun ke rahmatullah masih memberi kesan kepada dirinya ekoran sifat gigih yang ditunjukkan bekas pemimpin parti itu.

Kelmarin, Harun, 71 telah menghembuskan nafas terakhirnya di Hospital Sultanah Nur Zahirah (HSNZ) pada jam 12.17 pagi.

Anak Allahyarham, Hilmi Harun yang juga Ahli Dewan Undangan Negeri (Adun) Manir berkata, bapanya meninggal dunia akibat kegagalan fungsi organ dalaman disebabkan penyakit kencing manis yang dihidapi.

"Arwah sudah menghidap penyakit strok sejak 2010, tapi tahun terakhir ini kencing manis makin teruk dan serangan kuman sudah semakin merebak dan boleh dikatakan merebak ke buah pinggang walaupun keadaan darah dan jantungnya stabil," katanya.

Sementara Azizan pula meninggal dunia September lalu selepas lebih empat bulan mengalami masalah kesihatan yang serius.

Menerusi Facebooknya, Nik Aziz turut meminta masyarakat mendoakan kesejahteraan kedua-dua pemimpin itu yang telah kembali mengadap Ilahi.

"Saya harap semua pendokong perjuangan Islam pun tidak putus-putus mendoakan pimpinan yang telah pergi selama-lamanya ini.

"Sesungguhnya masa mereka telahpun tiba, semoga apabila masa kita tiba nanti, kita pergi di dalam keimanan dan ketaatan kita yang tidak berbelah bahagi kepada ALLAH SWT," katanya lagi.

Mizz Nina hanya nyanyi depan wanita

Posted: 26 Jan 2014 12:45 AM PST


Mizz Nina Mizz Nina
 

PENYANYI Shazrina Azman atau Mizz Nina membuat keputusan untuk mengadakan persembahan nyanyian di hadapan penonton wanita sahaja.

Isteri kepada vokalis kumpulan Hujan itu, memutuskan perkara itu sekembalinya selepas mengerjakan haji pada November lalu.

Katanya, keputusan untuk tidak melibatkan penonton lelaki ketika mengadakan persembahan dibuat atas kesedaran sendiri.

"Saya akan menyanyi di hadapan penonton wanita saja. Keputusan itu saya buat selepas berhijrah.

"Suami menyokong keputusan saya. Saya tidak menyesal meninggalkan bidang muzik kerana sudah puas mengecapinya.

"Kini, saya ingin memberikan perhatian kepada butik dan juga syarikat produksi yang ditubuhkan sejak setahun lalu," katanya yang dipetik dalam satu portal berita hari ini.

Harga barang naik: Bekas bos NST dakwa pemimpin persenda rakyat ‘cetek akal’

Posted: 26 Jan 2014 12:40 AM PST

OLEH MD IZWAN


Kadir kesan kerana ada pemimpin yang tidak sensitif dengan perasaan rakyat yang terpaksa bergelut dengan kenaikan kos sara hidup. – Gambar The Malaysian Insider. Kadir kesan kerana ada pemimpin yang tidak sensitif dengan perasaan rakyat yang terpaksa bergelut dengan kenaikan kos sara hidup. – Gambar The Malaysian Insider. 



 Datuk A Kadir Jasin menyifatkan pemimpin yang mempersendakan kesulitan rakyat dalam berdepan dengan kenaikan harga barang sebagai "cetek akal".

Tanpa menamakan individu tertentu secara spesifik, bekas Ketua Pengarang Kumpulan New Straits Times Press itu menegaskan, isu kenaikan harga adalah suatu yang serius dan sesuatu realiti dihadapi rakyat bawahan ketika ini.

"Kenaikan harga adalah suatu yang sangat serius, sesiapa yang mempersendakannya adalah cetek akal.

"Kenyataan sesetengah pemimpin tentang kenaikan harga, sesiapa yang mempersendakannya adalah berfikiran cetek," kata Kadir kepada The Malaysian Insider bagi mengulas isu kenaikan harga barang yang menjadi keluhan rakyat.

Isu kenaikan harga barang tidak terbendung susulan pengurangan subsidi oleh kerajaan Barisan Nasional (BN) dan pengumuman kenaikkan tarif elektrik berkuatkuasa 1 Januari lalu.

Pentadbiran Perdana Menteri Datuk Seri Najib Razak menerima kritikan keras daripada rakyat dan pemimpin parti sendiri ekoran keputusan tidak popular itu yang dilakukan secara drastik.

Program Rasionalisasi Subsidi yang dilakukan pentadbiran Najib didakwa meningkatkan kos sara hidup dengan peningkatan kos bahan api, kenaikan tarif elektrik, dan pengenalan Cukai Barangan dan Perkhidmatan (GST) yang akan berkuatkuasa pada April 2015.

Secara tidak langsung mengakui tekanan yang dihadapi kerajaan, Najib selepas mesyuarat Majlis Tertinggi (MT) Umno pada Jumaat mengumumkan peruntukan RM20 juta bertujuan menstabilkan harga barang di pasaran.

"Adakah jumlah peruntukan 20 juta itu memadai untuk menstabilkan kenaikan harga barang yang begitu meluas?

"Saya ingat satu hari rakyat Malaysia membelanjakan berbilion untuk beli minyak, beli makanan, bayar bil elektrik dan bayar tol. Jadi, adakah 20 juta itu memadai?" soal Kadir mengulas tentang peruntukan yang diumumkan Najib itu.

Kadir turut menggesa kerajaan supaya bertegas dalam isu kenaikan harga barang dengan mengenakan hukuman lebih berat.

"Tak cukup dengan menyeret peniaga ke mahkamah kerana proses ini mengambil masa yang agak panjang.

"Lebih berkesan jika perniagaan mereka ditutup ataupun disita jika mereka didapati membuat keuntungan berlebihan dan menyorok barang," katanya.

Dalam pada itu wartawan veteran itu juga mahu kerajaan sedia ada mementingkan hak rakyat dan bukannya bersikap seperti kerajaan sepenuh masa dalam menangani isu-isu yang dibangkitkan.

"Malah saya berasa Umno wajib bercakap bagi pihak rakyat dan jangan hanya bercakap seolah-olah Umno adalah kerajaan sepenuh masa.

"Umno bermula daripada rakyat, maka Umno wajib ambil berat tentang hak rakyat," katanya.

Kadar inflasi di Malaysia melonjak daripada 2.9% pada November kepada 3.2% pada Disember 2013, berpunca daripada pengurangan subsidi dan dijangka meningkat pada tahun 2014.

Kadar tersebut adalah yang tertinggi sejak November 2011, purata peningkatan setiap tahun inflasi naik daripada 1.9% pada November kepada 2.1% pada Disember.

Kenaikan harga bahan api, tarif elektrik, air dan gula, antara lain mewujudkan kesan domino yang menyebabkan harga barang-barang lain turut meningkat.

Putrajaya juga sebelum ini mengumumkan beberapa langkah pengurangan penjimatan susulan kritikan tidak berjimat ketika rakyat dibebani dengan kenaikan harga barang.

Di antaranya adalah mengurangkan elaun hiburan dan perjalanan menteri serta pegawai kanan kerajaan selain membekukan pengubahsuaian pejabat.

Rampasan Bible: Jais beri laporan selepas Tahun Baru Cina, kata Abdul Khalid

Posted: 26 Jan 2014 12:38 AM PST

THE MALAYSIAN INSIDER

 


























Laporan Jabatan Agama Islam Selangor (Jais) mengenai hasil siasatan rampasan sejumlah naskah Bible berbahasa Melayu dalam serbuan ke atas Persatuan Bible Malaysia di Damansara 2 Januari lepas dijangka siap seminggu selepas sambutan Tahun Baharu Cina.

Menteri Besar Tan Sri Abdul Khalid Ibrahim (gambar) berkata pihaknya meminta Jais menyiasat secara teliti dan berharap ia dapat diselesaikan dalam masa terdekat.

"Kita sudahpun menulis surat kepada Kementerian Dalam Negeri mengenai isu ini dan mereka secara lisan bagi tahu walaupun bersetuju dengan cara-cara benarkan Bible versi bahasa Melayu dilakukan, tetapi itu tertakluk kepada negeri.

"Saya masih menunggu jawapan secara bertulis (dari Kementerian Dalam Negeri) berhubung perkara ini," katanya kepada pemberita selepas merasmikan Kempen Keselamatan Jalan Raya sempena sambutan Tahun Baharu Cina 2014 peringkat negeri Selangor di Shah Alam hari ini.

Abdul Khalid juga meminta penjelasan dari pihak berkuasa terlibat mengenai kemasukan bible versi bahasa Melayu yang dirampas Jais menerusi Pelabuhan Klang.

"Saya diberitahu bible ini diimport. Jadi kalau masuk ke Pelabuhan Klang, sudah tentu kerajaan negeri tak ada kuasa jagaan, itu saya hendak cuba tanya," katanya.

Dalam perkembangan lain, Abdul Khalid menafikan dakwaan sesetengah pihak yang mengatakan beliau semakin tertekan berikutan isu pengguguran Timbalan Presiden PKR, Azmin Ali sebagai anggota lembaga pengarah Perbadanan Kemajuan Negeri Selangor. - Bernama

Kalimah Allah: Selangor sedia nasihati bukan Muslim hormat enakmen

Posted: 26 Jan 2014 12:30 AM PST

Oleh Farah Eliana Mohd Adnand
 
 
Post Pic
 
 
 
KUALA LUMPUR: Kerajaan Selangor bersedia untuk menasihatkan penganut bukan Islam untuk menghormati Enakmen Agama Bukan Islam Selangor (Kawalan Penyebaran Kepada Umat Islam) 1988 yang melarang mereka daripada menggunakan kalimah Allah.
 
Menteri Besar Tan Sri Abdul Khalid Ibrahim berkata sekiranya kerajaan persekutuan mengambil pendirian bible yang menggunakan kalimah Allah boleh diedarkan, kerajaan Selangor akan mengambil tindakan susulan.
 
"Kerajaan persekutuan seharusnya memberitahu kami bahawa ia tidak ada sebarang kebimbangan untuk buku-buku ini berada di Selangor. Jadi…kita akan menasihati penduduk bahawa ada enakmen syariah terhadap penggunaan perkataan Allah terhadap bukan Muslim," kata beliau kepada pemberita.
 
Beliau berkata pihak berkenaan juga akan dinasihati untuk tidak mempamerkan buku-buku sedemikian "dan dikenakan tindakan merampas (buku),"
 
Semalam, Perdana Menteri Datuk Seri Najib Tun Razak menegaskan perjanjian penyelesaian 10 perkara membabitkan pengedaran Bible Bahasa Melayu adalah tertakluk kepada Perlembagaan Persekutuan dan undang-undang syariah di peringkat negeri.
 
Justeru walaupun penggunaan kalimah Allah dibenarkan di Sabah dan Sarawak, ia dilarang di beberapa negeri termasuk Selangor yang mempunyai enakmen undang-undang berkaitan.
 
Meskipun Najib memberi penjelasan itu, Khalid masih menyifatkan bahawa  Putrajaya masih berdolak-dalih dalam isu itu.
 
Pada awal bulan ini, Jabatan Agama Islam Selangor (JAIS) merampas kira-kira 300 naskah Bible yang mengandungi kalimah Allah daripada pejabat Persatuan Bible Malaysia (PBM) di Damasara.
 
Tindakan itu dibantah oleh pihak gereja yang merujuk kepada Perjanjian 10 Perkara sebagai bukti penganut Krisitian boleh menggunakan kalimah Allah.
 
Bagaimanapun pakar undang-undang dan wakil NGO Islam menegaskan perjanjian itu adalah tertakluk kepada undang-undang negeri mengenai  Islam.
 
Mereka menegaskan larangan penggunaan kalimah Allah oleh bukan Islam adalah sah dan selaras dengan peruntukan perlembagaan.
 
Dalam pada itu Khalid berkata JAIS hanya akan memulangkan bible kepada PBM sekiranya naskah buku suci Kristian itu tidak diperlukan dalam sebarang tindakan mahkamah yang bakal diambil.
 
"Kerajaan negeri akan meminta pihak JAIS mempercepatkan proses siasatan bagi menyelesaikan isu rampasan Bible dan penggunaan kalimah Allah," kata Khalid.
 
Bagaimanapun beliau berkata kerajaan negeri tidak akan mencampuri urusan siasatan tersebut bagi memastikan ia berjalan lancar.
 
"Jadi kami akan biarkan mereka uruskan perkara itu,. Kami cuma nasihatkan agar siasatan dijalankan dengan lebih cepat mengikut jangka masa pengadilan," tambah beliau selepas mengedarkan limau mandarin sempena Tahun Baru Cina di Pasar Pagi Alam Damai, di sini hari ini.

Haron Din stabil di IJN

Posted: 26 Jan 2014 12:27 AM PST

ANTARAPOS.COM
Post Pic

KUALA LUMPUR: Keadaan kesihatan Timbalan Musyidul Am Pas, Datuk Dr. Haron Din yang menerima rawatan di Institut Jantung Negara (IJN) sejak semalam dilaporkan stabil.
 
Satu sumber memberitahu, beliau berada dalam stabil dan sedarkan diri dan bukannya kritikal seperti digembar-gemburkan sesetengah pihak.
 
Dalam pada itu, menurut status yang dimuat naik di laman facebook 'Tuan Guru Dato' Dr. Haron Din (Official)' 22 jam lalu, keadaan beliau beransur pulih tetapi masih mendapatkan rawatan kerana kesihatan yang sedikit terganggu.
 
Sementara itu, Ahli Jawatankuasa Pas Pusat, Datuk Amiruddin Hamzah ketika dihubungi berkata, perkembangan terkini mengenai keadaan Haron belum diketahui dengan pihak keluarga Haron meminta kerjasama semua pihak supaya memberi ruang kepadanya untuk berehat.
 
Sementara itu, bekas Perdana Menteri, Tun Dr. Mahathir Mohamad adalah antara pemimpin yang melawat Haron di IJN hari ini.

Blogger UMNO Kangkungkan Najib, Mahu Najib Letak Jawatan Segera

Posted: 25 Jan 2014 09:27 PM PST

KELAB GREENBOC


Desakan supaya Perdana Menteri Najib Tun Razak meletakkan jawatannya semakin mendapat momentum di kalangan blogger pro- Umno, menndakan satu isyarat terhadap wujudnya usaha bersepadu dari dalam parti UMNO sendiri untuk mengeluarkan Perdana Menteri keenam itu dari Seri Perdana.

Panggilan nama yang jelek seperti "Najib kangkung" dan "PM tidak berguna" sedang menjadi buah mulut di kalangan para blogger pro- Umno seperti OutSyed The Box, The Unspinners dan Apanama sejak bulan lalu, dan mereka tidak menunjukkan tanda-tanda akan surut ke belakang.

"Saya harap Najib boleh membaca tulisan kami. Letak jawatan dan pergi berambus .... Kita akan melihat beliau terburai tidak lama lagi ... Hari demi hari manusia kangkung itu akan dihiris dan dipotong-potong jadi buah dadu. Oleh orangnya sendiri, " demikian tulis blogger terkenal Syed Akbar Ali di dalam satu postingnya minggu lepas.

Blogger Apanama pula menulis pada 8 Jan: "Kerajaan / kepimpinan hari ini kelihatan lebih teruk daripada kepimpinan zaman gelap Abdullah Ahmad Badawi ...

"Lebih baik Najib ambil tahu apa yang berlaku di peringkat akar umbi. Saya khuatir bahawa jika anda gagal untuk mencerna sentimen / fikiran / kesetiaan Kerajaan / penyokong kuat BN di kalangan rakyat, anda akan terpaksa turun seperti mana Pak lah telah lalui."

Serangan siber dari kalangan ahli Umno ini adalah imbauan terhadap tekanan serupa yang telah mereka lakukan ke atas bekas Perdana Menteri Abdullah Badawi pada tahun 2007; penulis blog pro- Umno yang sama mendakwa peletakan jawatan Abdullah dahulu adalah hasil-usaha mereka di dalam "konpsirasi membawa beliau turun".

Penganalisis politik tidak menafikan bahawa tulisan blogger berkenaan mempengaruhi 'cara masyarakat siber melihat pemimpin mereka, menggambarkan Najib, sepertimana ke atas Pak Lah, sebagai orang yang bebal yang terpisah daripada realiti.

Namun Profesor Dr James Chin dari Sunway Monash University berkata adalah tidak mungkin Najib akan turun sebagaimana cara Abdullah turun meskipun wujud serangan maya ini, kerana ketika ini belum ada calon yang sesuai yang sedang menunggu bagi menggantikan Najib.

"Apa yang blogger itu tulis mungkin mencerminkan sentimen beberapa ahli dalam Umno, yang mahu Najib meletakkan jawatannya. Tetapi pada masa ini, ia kelihatan belum mungkin Najib dapat diturunkan.

"Oleh kerana dalam Umno, nampaknya beluam ada sesiapa yang sesuai untuk mengambil alih peranan Perdana Menteri. (Timbalan Perdana Menteri) Muhyiddin ( Yassin ) tidak dilihat sebagai cukup mampu untuk menjawat jawatan itu," demikian kata penganalisis politik itu kepada FMT.

Beliau menegaskan bahawa jika Muhyiddin telah dilihat sebagai calon yang berpotensi, blogger tersebut tentu sudah melancarkan serangan pada pemilihan Umno tahun lalu, di mana waktu itu wujud peluang terbuka untuk Muhyiddin menjatuhkan Najib.

Apa yang dikehendaki oleh blogger pro- UMNO dan "tuan yang membiayanya" mahu, menurut Chin, ialah kebangkitan semula era Mahathir dan politik "orang-kuat".

"Blogger ini diupah oleh kem pro-Mahathir dalam Umno yang mahu seorang pemimpin yang kuat seperti Mahathir yang boleh menekan mereka yang menentang dengan menggunakan Akta Keselamatan Dalam Negeri.

"Tetapi mereka hidup dalam mimpi. Di dalam struktur yang Umno ada sekarang, tidak mungkin lagi untuk Umno melahirkan seorang menteri yang sedemikian, "kata Chin.

Sementara itu, Profesor Agus Yusoff dari Universiti Kebangsaan Malaysia berkata desakan untuk Najib meletakkan jawatan oleh para blogger pro-UMNO hanya akan mendapat perhatian jika ia adalah sebahagian daripada seruan yang lebih luas yang dibuat oleh masyarakat terbanyak.

"Masalahnya ialah bahawa ia hanyalah satu percikan yang lemah. Ia hanya setitis air yang jatuh ke lautan. Ia hanya akan mempunyai kesan jika seruan itu juga dibuat oleh pemimpin-pemimpin negara, oleh intelektual, rakyat kelas menengah, penjawat awam dan golongan elit politik, "kata Agus.

"Pada ketika ini, saya melihat tidak ada kesan ke atas landskap politik," katanya.

Tambahnya penulis blogger pro- Umno yang anti- Najib ini boleh mendapat pengaruh yang lebih jika mereka memusatkan kegagalan Najib berasaskan isu-isu, dan bukan terhadap hal-hal peribadi.

"Tetapi saya tidak fikir buat masa ini ia cukup untuk mempengaruhi pendapat orang ramai, kecuali jika blogger Umno tersebut bekerjasama dengan NGO-NGO lain dalam usaha bersepadu untuk membawa Najib turun, " kata Agus. -FMT/Terjemahan bebas oleh GB

Kangkung Kena Buang Kerja Lagi ??

Just last week some Pemandu Pengkhianat deliberately tweeted Kangkung as the 'Former Prime Minister'.

Today's Utusan Online has done something similar.

First they have put a picture of Muhyiddin Yassin ABOVE that of Kangkung. Imagine that - the TPM preceding the PM.

Then Utusan "mistakenly' addresses Najib as TPM - Timbalan Perdana Menteri. Please see the picture below.


I hope Najib can see the writing. Just resign and go. We are going to see more of this type of 'mishaps' happening more and more. This is typical Malay politics. 'Death by a thousand cuts'.

We are going to see him unravelling soon. Someone should keep track of all these happenings. Day by day the Kangkung fellow is going to be sliced and diced. By his own people.

Its your choice bro. You are responsible for what happens to you as a result of your own actions.
-syedoutsidethebox

Elak kenyataan ‘kurang bijak’, menteri wajib jalani latihan media

Posted: 25 Jan 2014 09:12 PM PST

OLEH DIYANA IBRAHIM DAN YISWAREE PALANSAMY


Najib berharap langkah yang diambil mampu memperbaiki imej para menteri Kabinet di mata rakyat. – Gambar The Malaysian Insider. Najib berharap langkah yang diambil mampu memperbaiki imej para menteri Kabinet di mata rakyat. – Gambar The Malaysian Insider.  



Datuk Seri Najib Razak sudah mewajibkan latihan media kepada menteri Kabinetnya untuk mengelakkan kenyataan "kurang bijak" yang menyebabkan pentadbirannya menjadi bahan jenaka di kalangan rakyat Malaysia, kata satu sumber.

Imej perdana menteri penggal kedua itu tercalar disebabkan kenyataan kurang bijak beberapa menterinya sehingga menjadi bahan lawak yang menjatuhkan "air muka" Putrajaya, kata satu sumber kepada The Malaysian Insider.

"Perdana menteri mahu semua menteri menjalani latihan media untuk elak kenyataan-kenyataan kurang bijak terus dikeluarkan," kata satu sumber dengan syarat namanya dirahsiakan merujuk kepada arahan Najib kepada anggota Kabinet.

"Kita tak nak imej Putrajaya rosak kerana kenyataan-kenyataan seperti Ku Nan dan Hasan Malek," tambahnya.

Sumber itu merujuk kepada kenyataan Menteri Perdagangan Dalam Negeri, Koperasi dan Kepenggunaan Datuk Seri Hasan Malek dalam satu wawancara bersama akhbar milik Umno Utusan Malaysia yang mengatakan rakyat di negara ini seharusnya mensyukuri kerana mempunyai pemimpin ikhlas yang memberi keutamaan terhadap rakyatnya mengatasi kepentingan lain.

Manurut Hasan, biarpun keputusan kerajaan menaikkan harga barangan dan perkhidmatan dikritik hebat, rakyat perlu memahami ia dilakukan untuk kebaikan jangka masa panjang iaitu bagi mengukuhkan kedudukan fiskal kewangan negara.

Kenyataan itu hadir selepas Putrajaya memulakan langkah memotong subsidi dan menaikkan harga barang sehingga menyebabkan majoriti rakyat merasakan keperitannya.

Menteri Wilayah Persekutuan Datuk Seri Tengku Adnan Tengku Mansor turut "diserang" akibat menyelar pemilik hartanah Kuala Lumpur yang membantah kenaikan harga cukai pintu.

"Anda mahu kami menilai hartanah anda sekitar 0.1% untuk 21 tahun?" Saya tidak kisah.
Terpulang," kata Ahli Parlimen Putrajaya itu sambil menambah kenaikan cukai itu membantu pemilik hartanah yang mahu menjual atau menyewa aset mereka.

"Saya tidak tahu mengapa ramai yang suka memutar-belitkan isu ini berlebihan. Anda kena beritahu rakyat bahawa kenaikan ini bagus untuk mereka," katanya.

Seorang menteri Kabinet mengesahkan terdapat arahan daripada Najib semasa mesyuarat lalu agar semua jemaah menteri menjalani kursus dan seminar tentang bagaimana untuk berhadapan dengan media.

Menurutnya, latihan, seminar dan kursus adalah perkara biasa yang dihadiri seseorang menteri dan bukan kerana kelemahan beliau atau rakan-rakannya.

"Kursus bagi pihak menteri sentiasa ada, semua mesti hadir berhubung KPI. Banyak perkara kita dikehendaki untuk hadir dari semasa ke semasa demi meningkatkan ilmu," kata seorang anggota Kabinet yang tidak mahu dinamakan ketika ditemui selepas mesyuarat Majlis Tertinggi (MT) Umno pada Jumaat.

"Dalam mesyuarat hari itu kita bincangkan perkara yang hanya perlu diambil tindakan. Tapi tidak ada kertas khas untuk arahan tersebut," katanya merujuk kepada mesyuarat Kabinet minggu lalu.

Menteri Hasan Malek juga mengesahkan latihan media akan diadakan bagi anggota Kabinet tidak lama lagi.

"Tidak lama lagi, kena tingkatkan penyampaian media kami," katanya tanpa mahu mengulas lanjut.
Penyelarasan subsidi yang dijalankan Putrajaya selepas Pilihan Raya 2013 dibantah orang ramai termasuk pembangkang Pakatan Rakyat (PR).

Langkah Putrajaya merasionalisasikan subsidi dilihat pakar ekonomi sebagai tindakan bijak untuk mengekang defisit negara, namun pengenalan Cukai Barangan dan Perkhidmatan (GST), kenaikan tarif elektrik dan tol termasuk pemansuhan subsidi gula dan kenaikan kos bahan api menerima respon negatif rakyat yang merasai peningkatan kos sara hidup.

Malah, kajian Pusat Kajian Demokrasi dan Pilihan Raya Universiti Malaya (Umcedel) hujung tahun lalu mendapati, tanpa sebarang tindakan yang tepat, isu kenaikan kos harga barang, peningkatan kos bahan api  bakal menjadi penentu Barisan Nasional (BN) untuk menghadapi Pilihan Raya Umum ke-14 (PRU14).

Kenyataan Hasan agar rakyat Malaysia bersyukur dengan tindakan kerajaan menyelaraskan subsidi dikritik hebat pengguna laman sosial Facebook dan Twitter yang mengatakan kenyataan menteri itu menambahkan lagi "kepedihan" yang mereka tanggung akibat pelbagai kenaikan harga barangan dan perkhidmatan.

"Rakyat, bersyukurlah, berjimatlah. Same old same old. Lebih baik diam jelah daripada buat statement genius camni," kata pengguna Facebook Jihani Azhar sebagai respon kepada kenyataan Hasan itu.

Sementara seorang lagi pengguna Facebook Wilman Shah pula berkata: "Melingkupkan negara dikatakan ikhlas?....Memang sah dia ni menteri cap ayam....".

Dalam sebuah video yang dimuatnaik bertarikh 12 Januari di laman sosial Youtube, Najib mempersoalkan mengapa kerajaan dipersalahkan tatkala harga barang naik tetapi ketika harga turun tidak pula dipuji.

"Bila harga barang naik, sawi naik, kangkung naik. Ada masa dia naik, ada masa dia turun.

"Hari ini saya baca dalam surat khabar ada yang dah turun. Kangkung dulu naik sekarang dah turun, bila dah turun kenapa tak puji kerajaan, masa naik dipersalahkan kerajaan. Ini tidak adil," kata Najib yang dipetik berkata dalam video tersebut.

Kenyataan Najib itu dicemuh ramai pihak sehinggakan kangkung menjadi perkataan disebut-sebut dan mendapat liputan media antarabangsa seperti British Broadcasting Corporation (BBC).

Dalam mempertahankan Najib, Tengku Adnan mengatakan pihak yang memainkan isu kangkung ini bodoh, tidak mengetahui maksud di sebaliknya dan menjauhi budaya ketimuran.

Menteri Wilayah Persekutuan itu berkata, apa yang dimaksudkan Najib adalah kangkung sejenis sayuran yang murah dan boleh ditanam di merata tempat.

"Saya sudah beritahu mereka ini bodoh. Main isu kangkung ini bodoh. Dia tidak tahu konotasi maksudnya kerana kangkung ini jenis sayuran yang murah dan boleh ditanam di merata-rata.

"Apa yang Najib persoalkan adalah mengapa (sayuran) ini pun boleh turun naik tetapi mereka ini bodoh tidak ikut (budaya) ketimuran. Ikut cara Barat memburuk-burukkan dan memfitnah," katanya minggu lepas di Kuala Lumpur

‘Johor Menerajui’ menuju Nusajaya dan Putrajaya

Posted: 25 Jan 2014 09:06 PM PST

 
HARAKAHDAILY 


KUALA LUMPUR: Kepimpinan Pakatan Rakyat dengan sokongan penuh semua wakil yang dipilih rakyat baik di peringkat Parlimen atau Dewan Undangan Negeri, komited dengan peranan dan misi 'Johor Menerajui'.

Ini bagi meletakkan Johor sebagai negeri barisan hadapan Pakatan Rakyat di Semenanjung Malaysia pada Pilihan Raya Umum Ke-14 dalam usaha Pakatan Rakyat menuju Nusajaya dan Putrajaya.

Demikian penegasan Pesuruhjaya PAS Johor, Aminolhuda Hassan, Pengerusi DAP negeri, Liew Chin Tong dan Timbalan Setiausaha Agung PKR negeri Steven Choong dalam kenyataan bersama.

Menurut mereka, menyedari cabaran dan tugas itu, keutamaan pertama kepimpinan Pakatan Rakyat Johor adalah untuk merangka satu strategi dalam tempoh satu bulan bagi menawan lapan kerusi marginal parlimen dan lapan kerusi marginal dewan undangan negeri Barisan Nasional di Johor.

Berikut kenyataan penuh mereka.

Kepimpinan Pakatan Rakyat terdiri daripada PAS, PKR dan DAP, dengan sokongan penuh semua wakil PR yang dipilih rakyat baik di peringkat Parlimen atau Dewan Undangan negeri, komited dengan peranan dan misi "Johor Menerajui" bagi meletakkan Johor sebagai negeri barisan hadapan Pakatan Rakyat di Semenanjung Malaysia pada Pilihan Raya Umum Ke-14 dalam usaha Pakatan Rakyat menuju Nusajaya dan Putrajaya.

Menyedari cabaran dan tugas itu, keutamaan pertama kepimpinan Pakatan Rakyat Johor adalah untuk merangka satu strategi dalam tempoh satu bulan bagi menawan lapan kerusi marginal parlimen dan lapan kerusi marginal dewan undangan negeri Barisan Nasional di Johor.

Kerusi marginal ialah kerusi yang dimenangi dengan 55% undi atau kurang dari itu. Berdasarkan keputusan Pilihan Raya Umum 2013 dan persempadanan semula kawasan waktu ini, terdapat 8 kerusi marginal parlimen Barisan Nasional.
Terdapat 8 kerusi marginal dewan undangan negeri Barisan Nasional.

Ketika mengusahakan strategi bagi menawan 8 kerusi marginal parlimen dan 8 kerusi marginal dewan undangan negeri Barisan Nasional, Pakatan Rakyat Johor hendaklah turut memastikan diperkukuh 5 kerusi parlimen PR, terutamanya 3 kerusi marginal Batu Pahat, Bakri dan Kluang serta 18 kerusi dewan Undangan Negeri PR.

Satu mesyuarat kebangsaan/negeri peringkat tertinggi Pakatan Rakyat akan diadakan di Johor bulan hadapan untuk  memulakan kempen "negeri barisan hadapan" PR Johor dalam menuju ke Nusajaya dan Putrajaya pada PRU14.

PR Johor mencadangkan satu mesyuarat peringkat tertinggi dengan BN Johor bagi meyakinkan rakyat Malaysia bahawa tidak akan berlakunya satu lagi rusuhan kaum 13 Mei

Bersesuaian dengan moto "Johor Menerajui", Pakatan Rakyat Johor mengusulkan satu mesyuarat peringkat tertinggi dengan Barisan Nasional Johor bagi meyakinkan rakyat Malaysia bahawa tidak akan berlakunya satu lagi rusuhan kaum 13 Mei di negara ini.

Pakatan Rakyat Johor menyokong sepenuhnya daya usaha kepimpinan kebangsaan Pakatan Rakyat yang terdiri daripada PKR, PAS dan DAP menawarkan tanda perdamaian kepada Perdana Menteri dan kepimpinan Barisan Nasional untuk diadakan Mesyuarat Kemuncak antara kepimpinan BN dan PR untuk meyakinkan Rakyat Malaysia bahawa semua tindakan akan diambil oleh Barisan Nasional dan Pakatan Rakyat untuk memastikan tidak akan berlaku satu lagi rusuhan 13 Mei, sebagaimana yang dirancang oleh sesetengah pihak yang tidak bertanggungjawab.

Pakatan Rakyat Johor menyokong sepenuhnya kennyataan bahawa sekiranya gabungan BN dan PR bersatu memastikan tidak akan berlakunya satu lagi 13 Mei, tidak akan ada kumpulan atau gerakan di Malaysia yang mampu berkonspirasi untuk mewujudkan satu lagi 13 Mei.

Kami menyokong sepenuhnya rasa cinta dan patriotisme pemimpin PR daripada PAS, PKR dan DAP disebalik daya usaha Sidang Kemuncak Kepimpinan BN-PR dan menggesa mesyuarat Majlis Tertinggi BN malam ini melangkaui pertimbangan parti dan peribadi untuk memastikan bahawa Sidang Kemuncak Kepimpinan BN-PR dapat diadakan dengan jayanya bagi menghantar mesej yang jelas dan nyata kepada semua rakyat Malaysia dan dunia – bahawa rakyat Malaysia, tidak kira kaum, agama, kawasan dan kecenderungan politik bersatu bagi memastikan kejayaan Malaysia sebagai sebuah negara bersatu, harmoni, aman dan toleran serta tidak akan menerima atau bertoleransi dengan mana-mana cubaan jahat dari mana-mana kumpulan yang cuba untuk melemahkan dan memusnahkan negara Malaysia dengan mengapi-apikan kebencian, konflik dan ketegangan antara kaum serta agama, melaga-lagakan antara kaum, agama dan sesama rakyat Malaysia!

Kami percaya bahawa majoriti rakyat Malaysia, baik Melayu, Cina, India, Kadazan, Iban atau Orang Asli, sama ada ahli parti politik di dalam gabungan Barisan Nasional atau Pakatan Rakyat, mahu melihat perpaduan, keamanan dan toleransi terus menjadi ciri-ciri pembangunan bangsa di Malaysia dan membenci sebarang perbuatan mengapi-apikan kebencian, konflik dan ketegangan antara kaum serta agama. Malah, kami mengecam mana-mana pihak yang mahu mewujudkan semula atau mengugut untuk mewujudkan satu lagi 13 Mei di Malaysia.

Adalah satu ide yang baik sekiranya daya usaha untuk Sidang Kemuncak Kepimpinan BN-PR di peringkat kebangsaan turut diadakan di peringkat negeri, dan inilah sebabnya mengapa PR Johor mengambil inisiatif untuk mengusulkan Sidang Kemuncak untuk pemimpin BN-PR Negeri Johor.

Ini merupakan satu cabaran yang mendesak untuk dihadapi oleh semua rakyat Malaysia yang cintakan negara tidak mengira parti politik, kerana pengkhianat yang cuba untuk memusnahkan Malaysia dengan satu lagi 13 Mei sudahpun memulakan tahap kedua konspirasi mereka bagi melancarkan satu lingkaran keganasan seperti mana yang dapat dilihat melalui peningkatan hasutan kebencian, konflik, dan ketegangan agama di Pulau Pinang bersama dengan insiden keganasan yang amat dikesali.

Kepimpinan Pakatan Rakyat Johor bersedia untuk mengadakan Sidang Kemuncak Johor untuk pemimpin BN-PR pada bila-bila masa, bergantung kepada respons kepimpinan BN Johor.

Antartika: Berapa belanja ‘eksplorasi saintifik’ MB Terengganu?

Posted: 25 Jan 2014 09:02 PM PST

 

HARAKAHDAILY 


KUALA LUMPUR: Isu lawatan Menteri Besar Terengganu ke benua Antartika memasuki episod baru apabila Yayasan DiRaja Sultan Mizan (YDSM), 24 Januari lalu menafikan ia menganjurkan lawatan Datuk Seri Ahmad Said ke Antartika.
         
Setiausaha Kerja YDSM Mohd Azrul Ismail  dalam satu kenyataan kepada agensi berita Bernama menegaskan bahawa lawatan ke Antartika itu bukan anjuran YDSM malah tiada kaitan dengan program yayasan.
         
Menurut Mohd Azrul, yayasan itu hanya menjalankan kerja amal bagi memberi sumbangan ke arah meningkatkan taraf sosioekonomi, kesejahteraan hidup dan pendidikan rakyat, selain melakukan program penyelidikan sejarah, pembangunan seni warisan serta pemuliharaan alam sekitar negeri itu.
         
Sehubungan itu dakwaan kononnya YDSM bertanggung jawab menganjurkan lawatan itu hanyalah rekaan pihak-pihak tertentu menjadikan tujuan sebenar lawatan itu diragui umum.

Pada 15 Jan lalu, Pejabat Menteri Besar Terengganu dalam satu kenyataan media mengumumkan pemergian Ahmad dan rombongannya ke Antartika selama 15 hari. Program itu didakwa dianjurkan Kementerian Sains, Teknologi dan Inovasi melalui inisiatif YDSM.
         
Menurut Pejabat MB Terengganu, lawatan itu bertujuan membuka laluan bagi membantu kerajaan menubuhkan sebuah stesen penyelidikan bersama Instituto Antartico Chileno (INACH).

Pelbagai pihak termasuk PAS Terengganu mempersoalkan lawatan Ahmad Said ke benua Antartika di saat negeri itu baru sahaja pulih daripada bencana banjir dan sumber negeri sepatutnya disalurkan kepada program yang lebih bermanfaat bagi mengurangkan beban yang ditanggung rakyat.

Terengganu walaupun diakui kaya dengan hasil negeri terutamanya sumber minyak, namun taraf sosioekonomi rakyatnya tidak seimbang dengan kekayaan dimiliki negeri. Terengganu masih dikelompokkan dalam kategori negeri-negeri miskin dan memiliki jumlah penduduk miskin tegar yang tinggi berbanding negeri-negeri lain di Semenanjung.

Oleh kerana itulah, kecenderungan pemimpin negeri yang dilihat lebih teruja dengan projek-projek mewah dan berprestij seperti Piala Monsun, Masjid Kristal dan kini lawatan ke Antartika mengundang kritikan umum.

Bagaimanapun program lawatan mewah Mohd Said itu mendapat sokongan Pemuda Umno. Exco Pemuda Umno pusat Mohd Iskandar Jaafar menyifatkan kritikan pelbagai pihak terhadap lawatan Mohd Said itu berpunca daripada perasaan dengki dengan pencapaian kerajaan negeri.

"Eksplorasi saintifik" Menteri Besar  selama 15 hari ke Antartika, kata Iskandar bertujuan membuka laluan untuk membantu kerajaan menubuhkan sebuah stesen penyelidikan bersama INACH.
  
Dengan bersemangat, Iskandar berkata tohmahan dan cakap-cakap sinis oleh pembangkang mengenai lawatan itu lebih merupakan satu usaha jahat yang menafikan keperluan kepada pengembangan ilmu saintifik pada masa hadapan.
  
Katanya misi ke Antartika sudah pastinya akan memberikan banyak maklumat dan pengalaman berguna yang bakal diperolehi melalui kajian-kajian yang  dilaksanakan.
  
"Saya menyokong penuh lawatan kerja Menteri Besar ke Antartika bersama rombongan negara di bawah Kementerian Sains, Teknologi dan Inovasi melalui inisiatif Yayasan Penyelidikan Antartika Sultan Mizan," katanya dalam satu kenyataan.

Namun setelah penafian dibuat YDSM, tidak diketahui sama ada Iskandar masih terus mahu menyokong "eksplorasi saintifik" yang dipenuhi pelbagai tanda tanya itu.
  
Minat pemimpin negara terhadap benua Antartika tercetus di era awal pentadbiran Dr Mahathir Mohamad. Dr Mahathir pernah menimbulkan isu Antartika ketika berucap di sesi ke-37 Pertubuhan Bangsa-Bangsa Bersatu (PBB) pada September 1982.

Pada sidang kemuncak Negara-Negara Berkecuali, Mac 1983, Malaysia telah berjaya mendapatkan pengesahan anggota persidangan untuk menggesa PBB membuat satu kajian menyeluruh mengenai Antartika dalam sesi ke-38 PBB.

Lanjutan daripada desakan itu satu ketetapan telah diambil dalam sesi ke-38 PBB supaya Setiausaha Agong membuat satu kajian yang menyeluruh mengenai isu Antartika termasuk 'Antartika Treaty System' dan pengagihan sumber-sumber asli yang terdapat di situ.

Pengurusan mengenai hal ehwal Antartika dibuat oleh negara yang menjadi ahli Antartika Treaty (Disember 1959).

Keanggotaan Malaysia dalam Triti Antartika bermula pada 31 Oktober 2011. Malah saintis dan penyelidik Malaysia telah menjalankan penyelidikan di benua tersebut sejak tahun 1999 sehingga 2010 dan 62 ekspedisi saintifik telah diadakan melibatkan 60 penyelidik.
Keanggotaan Malaysia dalam Triti Antartika membolehkan saintis negara terbabit secara langsung dalam semua penyelidikan yang dijalankan di benua Antartika. Artikel ke-2 Triti juga memberi kebebasan kepada anggota Triti untuk menjalankan kerja kajian dan penyelidikan di Antartika secara bebas.
Namun minat yang ditunjukkan Mohd Said terhadap kerja-kerja para saintis menimbulkan tanda tanya memandangkan negara sudah mempunyai institusi-institusi penyelidikan yang telahpun melaksanakan beberapa kajian di benua tersebut.
Penafian YDSM terhadap penglibatannya dalam 'eksplorasi saintifik' itu juga menimbulkan lebih banyak tanda tanya.
Menjadi kewajipan kepada Mohd Said untuk menjelaskan perkara sebenar tentang eksplorasi itu; objektif dan kepentingannya untuk rakyat Terengganu serta kos keseluruhan yang ditanggung kerajaan negeri.
Ingatan dua bekas Menteri Kewangan, Tengku Razaleigh Hamzah dan Tun Daim Zainuddin agar pemimpin kerajaan berusaha mengekang pemborosan ketika rakyat diseru supaya berjimat cermat juga perlu diberi perhatian. 

Pemuda PAS gesa Khalid-Azmin berhenti berbalah

Posted: 25 Jan 2014 08:59 PM PST

OLEH THE MALAYSIAN INSIDER


Suhaizan menegaskan bahawa perbalahan yang berlaku tidak memberikan keuntungan kepada Pakatan dan rakyat Selangor. - Gambar The Malaysian Insider. 



Suhaizan menegaskan bahawa perbalahan yang berlaku tidak memberikan keuntungan kepada Pakatan dan rakyat Selangor. - Gambar The Malaysian Insider.Selepas sekian lama mendiamkan diri dalam persengketaan di antara Tan Sri Abdul Khalid Ibrahim dan Mohamed Azmin Ali di Selangor, PAS akhirnya bersuara melalui sayap pemudanya yang meminta kedua-dua pemimpin PKR itu berhenti berbalah kerana ia memberikan imej negatif kepada Pakatan Rakyat (PR).

Ketua Pemuda PAS Suhaizan Kaiat berkata, pada ketika ini rakyat Malaysia sedang dihimpit kesempitan kos sara hidup akibat tatakelola serta urus tadbir negara oleh kerajaan Barisan Nasional (BN) dan perbalahan yang berlaku di Selangor tidak sedikit pun membantu apa-apa.

"Kerajaan negeri Selangor pimpinan PR sewajarnya memberikan keutamaan serta fokus yang tidak berbelah-bahagi ke arah isu-isu kebajikan dan kesejahteraan rakyat. Ia akan menjadi cerminan perbezaan antara pentadbiran PR berbanding Umno-BN; bukannya mempertajamkan lagi konflik dalaman yang hanya akan meruntuhkan tanggapan baik rakyat terhadap Pakatan," kata Suhaizan dalam satu kenyataan kepada The Malaysian Insider hari ini.

"Ini langsung tidak memberikan keuntungan kepada Pakatan bahkan tidak akan memberi sedikitpun manfaat kepada rakyat Selangor. Kerajaan PR Selangor seharusnya peka terhadap perkara ini dan kembali menggerakkan agenda kerajaan negeri berlandaskan 'rakyat centric'. Inilah garis jelas perbezaan antara kerajaan pimpinan Pakatan berbanding Umno-BN."

Menurut ketua pemuda PAS penggal pertama itu, sebarang isu dalaman perlu diselesaikan segera mengikut saluran parti dan tidak wajar sama sekali dibiarkan melarat sehingga menghakis persepsi baik terhadap Pakatan yang dibina selama ini.

"Di peringkat nasional pula, 53% undi popular yang berjaya diraih Pakatan dalam PRU13 yang lalu seharusnya memberikan keinsafan kepada kita bahawa lebih separuh daripada keseluruhan rakyat Malaysia menaruh harapan yang tinggi kepada Pakatan untuk membawa reformasi dalam pentadbiran negara.

"Teguran ini bukan soal Pemuda PAS ingin 'menjaga tepi kain orang' tetapi menjadi tanggungjawab kami sebagai komponen dalam PR untuk mengutarakan nasihat dan teguran kearah memastikan survival jangka panjang kerajaan negeri ditadbir Pakatan serta kemaslahatan rakyat," katanya.

Konflik di antara Abdul Khalid dan Azmin timbul kembali baru-baru ini selepas kontrak Timbalan Presiden PKR itu sebagai Ahli Lembaga Pengarah Perbadanan Kemajuan Negeri Selangor (PKNS) dihentikan.

Abdul Khalid pada Jumaat memaklumkan kedudukan Azmin dan Setiausaha Kerja PKNS Norita Mohd Sidek dalam perbadanan negeri itu diserahkan kepada Setiausaha Kerajaan Negeri (SUK) Datuk Mohammed Khusrin Munawi dan menambah.keputusan itu turut bergantung kepada pengarah kewangan negeri Selangor.

Ahli Parlimen Kuala Langat Abdullah Sani daripada PKR berkata, Norita berdepan dengan penganiayaan setelah ditukarkan ke pejabat SUK tanpa melalui siasatan lanjut.

Katanya, bekas Pengurus Besar PKNS Datuk Othman Omar tidak wajar dipersalahkan atas keputusan untuk tidak meneruskan kedudukan Mohamed Azmin sebagai ahli lembaga pengarah kerana kuasa terletak di tangan menteri besar.

"Saya tidak nampak perkara ini salah PKNS. Jawatan Azmin perlu segera dikembalikan kerana kontraknya tamat pada 2015. Ini namanya melucutkan jawatan. Saya tidak nampak pelucutan jawatan Azmin ini sebagai satu usaha mengemaskini pentadbiran kerana beliau adalah ahli lembaga pengarah," katanya.

Utusan gesa Anwar belajar daripada pelakon porno Jepun Maria Ozawa

Posted: 25 Jan 2014 08:07 PM PST

OLEH MD IZWAN


Bintang porno, Maria Ozawa bersikap lebih terbuka apabila dihalang daripada memasuki Indonesia suatu ketika dahulu. - Gambar punchingthewallsofreality.com. 
Bintang porno, Maria Ozawa bersikap lebih terbuka apabila dihalang daripada memasuki Indonesia suatu ketika dahulu. - Gambar punchingthewallsofreality.com. 



Utusan Malaysia hari ini membandingkan Datuk Seri Anwar Ibrahim dengan bintang porno Jepun Maria Ozawa yang pernah dihalang masuk ke Indonesia suatu ketika dahulu kerana bantahan pertubuhan bukan kerajaan (NGO) Islam.

Menurut kolumnis Awang Selamat, Ozawa lebih berjiwa besar apabila tidak menyalahkan pemerintah Indonesia kerana dihalang masuk ke negara tersebut berbanding Anwar yang menyalahkan kerajaan Jepun dan Wisma Putra.

Pada tahun 2009 Ozawa atau dikenali sebagai Miyabi dihalang masuk ke negara Islam terbesar itu selepas menerima bantahan daripada NGO Islam republik tersebut.

"Dia sedikit pun tidak menyalahkan pihak Indonesia mahupun promoternya. Miyabi sedar bahawa dia yang menjadi punca permasalahan.

"Awang tertarik dengan sikap terbuka Miyabi walaupun dia dilabel sebagai tidak bermoral kerana kariernya itu, pelakon lucah lebih tahu menerima hakikat," kata Awang Selamat dalam edisi Ahad Utusan Malaysia, Mingguan Malaysia hari ini.

Anwar mendakwa ada pihak yang menjadi dalang bagi kegagalannya memasuki Jepun bulan lepas. Anwar mendakwa ada pihak yang menjadi dalang bagi kegagalannya memasuki Jepun bulan lepas. Dalam pada itu, Awang Selamat juga mengecam Anwar kerana mengambil sikap menunding jari kepada kerajaan tanpa menyiasat terlebih dahulu.

"Penyakit beliau yang suka menyalahkan pihak lain atas kesalahan dan masalah diri sendiri, nampaknya belum pulih.

"Anwar perlu menjadi warga global yang bertanggungjawab. Mahu masuk ke negara lain, patuhilah peraturan termasuk untuk bekas banduan seperti dikuatkuasakan di Jepun," katanya lagi.

Pada 19 Januari baru-baru ini, Anwar dihalang memasuki Jepun oleh pihak imigresen negara tersebut.

Anwar yang dikatakan tiba di Lapangan Terbang Antarabangsa Narita pada jam 6.45 pagi bukan sahaja gagal melepasi pemeriksaan imigresen bahkan diarah pulang menaiki penerbangan pertama dari Tokyo.

Ketua Pembangkang yang juga ahli Parlimen Permatang Pauh itu kemudiaan mendesak Kementerian Luar memberi penjelasan tentang tindakan tersebut dan mempersoalkan peranan Wisma Putra dalam episod penuh skandal ini membabitkan "laporan terbaru" yang menyebabkan beliau dihalang masuk.
Putrajaya menafikan sebarang penglibatan dalam halangan tersebut dan menyifatkan dakwaan oleh Anwar  sebagai tidak berasas.

Dalam pada itu juga, Kedutaan Jepun juga mengesahkan Ketua Umum PKR itu memerlukan kebenaran khas bagi mengunjungi negara matahari terbit itu kerana beliau pernah dipenjarakan di Malaysia.

Jurucakap kedutaan Tomoko Nagai berkata, Anwar sebelum ini memasuki Jepun pada 2011 dan 2012 melalui kebenaran khas dan kedatangannya baru-baru ini tidak melalui proses tersebut.

Tiada ulasan: