Khamis, 2 Januari 2014

Tukar Tiub

Tukar Tiub


KETAWA PAGI JUMAAT

Posted: 02 Jan 2014 06:27 PM PST





KAH KAH KAH
ketika pesta berguling guling berlangsung
macam macam sms berterbangan
awal awal ada sms mengatakan
keretapi api dan lrt tutup

kemudian salepas jam 10 malam
ramai  yang berada di dataran
menerima sms
ajak rempuh masuk
ke dataran merdeka jam 11:00

semua ini kerja provokasi
semua ini kerja polis

paling lawak ialah
sms yang dihatar ke pada hishamuddin rais
ancaman untuk bunuh
anak dan isteri hishamuddin rais
kah kah kah

woit
hishamuddin rais tak ada bini
hishamuddin rais tak ada anak
lain kali buatlah kajian dulu
kalau nak mengancam
kah kah kah

ANCAMAN
TALIPON BIMBIT CAP AYAM
milik hishamuddin rais


------

AL-FATIHAH

Posted: 02 Jan 2014 06:15 PM PST




AL- FATIHAH


Penyair, Suhaimi Muhammad meninggal dunia di Manjoi

Kuala Lumpur: Penyair dan Penerima Anugerah Penulisan Asia Tenggara (SEA Write) 1995, Suhaimi Muhammad, 80, meninggal dunia kerana sakit tua di rumahnya di Jalan Tempua, Manjoi, Ipoh, kira-kira jam 4.15 pagi tadi



---------

JAIS BUKAN WAKIL ALLAH

Posted: 02 Jan 2014 06:00 PM PST






Isu Rampasan Bible oleh JAIS

Parti Keadilan Rakyat (KEADILAN) menyatakan rasa perihatin untuk melihat konflik yang timbul antara JAIS dengan Persatuan Bible Malaysia dapat diselesaikan dengan segera dalam suasana yang harmoni, adil dan jujur. Konflik dan ketegangan yang melanda negara masa kini menampakkan dengan jelas bahawa perhubungan dan persefahaman rakyat Malaysia yang majmuk – pelbagai agama dan etnik – masih berada ditahap meresahkan dan membimbangkan serta perlu kepada usaha penyelesaian yang segera. 

Justeru, KEADILAN menawarkan diri untuk mengambil inisiatif bagi mempertemukan semua pihak yang terlibat duduk dalam satu meja perundingan. Kami berpendapat salah faham, prejudis dalam kalangan sebahagian penganut-penganut agama Islam dan Kristian seperti yang telah berlaku kebelakangan ini boleh diselesaikan secara praktis dan harmoni meskipun terdapat beberapa halangan. 

Amalan tersebut bertepatan dengan perintah Allah (SWT) seperti yang termaktub di dalam al-Qur'an: 

"..Dan juga bermesyuaratlah dengan mereka dalam urusan peperangan dan keduniaan. Kemudian apabila kamu telah berazam (sesudah mesyuarat untuk membuat sesuatu), maka bertawakallah kepada Allah (SWT), Sesungguhnya Allah Maha Mengasihi orang-orang yang bertawakkal kepadaNya." 
(Surah Ali 'Imran: 159). 

"Serulah ke jalan Tuhanmu wahai Muhammad dengan hikmat kebijaksanaan dan nasihat pengajaran yang baik dan berdebatlah (berdialog) dengan mereka dengan cara yang lebih baik." 
(Surah An-Nahl : 125)

KEADILAN yakin pendekatan berhikmah dalam menangani isu-isu keagamaan adalah cara yang terbaik bagi mengelakkan ketegangan antara penganut-penganut agama Islam dan Kristian di negara ini berterusan. Sesungguhnya ketegangan hidup beragama adalah bertentangan dengan prinsip-prinsip beragama, Perlembagaan Malaysia dan amalan demokrasi. 

Justeru, antara perjuangan utama KEADILAN adalah untuk menjamin kedamaian hidup beragama berasaskan nilai-nilai keadilan sejagat dan juga perlembagaan negara. Bagi mencapai tujuan di atas, KEADILAN sentiasa menganjurkan supaya disuburkan budaya interaktif untuk mewujudkan iklim yang kondusif  ke arah kesejahteraan rakyat dan kestabilan negara.

KEADILAN berharap dialog dan perunding yang bakal dianjurkan nanti akan dapat:

Menyuburkan kesedaran dan kefahaman mengenai kepentingan budaya dialog antara masyarakat Malaysia yang majmuk ke arah Malaysia yang aman dan makmur.

Menyediakan medan sesuai yang bersifat interaktif untuk para peserta saling mengenali sebagai asas komunikasi positif dan bermanfaat untuk masyarakat pelbagai agama.

Mengumpul pandangan secara objektif berkaitan keresahan dan kebimbangan sebenar masyarakat pelbagai agama untuk diusahakan jalan penyelesaian terbaik oleh semua pihak.

KEADILAN berharap semua pihak yang terlibat tidak terperangkap dengan agenda musuh yang mahu melihat hidup aman dan tolaransi beragama menjadi musnah. Masyarakat berbilang agama di Malaysia selama ini telah berjaya membina suasana harmoni, saling hormat menghormati dan bertolak ansur. 

Dr Muhammad NurManuty
KetuaPenerangan PKR

-------------

ADA MAT BARU MUNCUL

Posted: 02 Jan 2014 05:38 PM PST




PENGUMUMAN
telah terbukti bahawa 
penyakit dolah badawi
telah menjangkiti najib razak

kini najib telah menjadi mat ngantok
lebih buruk dari itu
mat ngantok juga 
telah jadi
 mat senyap sunyi

najib tak bersuara
najib tak kata apa apa
walau negara sedang nazak
mat senyap terus sunyi

justeru 
hanya ada seorang menteri
yang terus hidup 
hanya seorang menteri yang terus bersuara
nama nya  hasan malek
maka sososk ini lah
yang perlu kita sama sama  di nobatkan
sebagai perdana menteri baru



TUN ABDUL ZZZZZ


DATUK SERI ZZZZ


CALON PERDANA MENTERI
NOTA
hasan malek tidak tidoo
hasan malek sekurang kurangnya
mengeluarkan pendapat
apa pendapat itu
satui cerita lain
kah kah kah



---------

DEMO PETANG SABTU

Posted: 02 Jan 2014 05:00 PM PST



BERHIMPUN JAM 2:00
SABTU 4 HARIBULAN
HADAPAN MAJLIS PEGUAM
BERGERAK KE DATARAN MERDEKA

PROTES PENSIL MERAH : KERAJAAN PERLU HENTI GUNA UNDANG-UNDANG UNTUK TUTUP KEPINCANGAN PENTADBIRAN

Susulan penggantungan akhbar The Heat baru-baru ini, sekumpulan pengamal media yang bergerak atas nama Gerakan Media Marah (GERAMM) telah mengumumkan akan mengadakan perhimpunan aman Protes Pensil Merah pada 4 Januari ini sebagai simbolik membantah tindakan kerajaan yang jelas mengekang kebebasan media.

Laporan muka depan The Heat yang mengaitkan Perdana Menteri Najib Razak dengan amalan berbelanja secara mewah ini bukan sekadar menyebabkan akhbar tersebut digantung tetapi turut menzahirkan realiti bahawa di saat rakyat sengsara berdepan dengan pelbagai beban kenaikan, pimpinan tertinggi negara masih tegar berbelanja secara mewah dan boros.

Di samping isu kekangan terhadap media yang kelihatan semakin ketara, isu pokok yang sebenarnya cuba ditutup oleh kerajaan adalah kemelut kenaikan kos sara hidup yang semakin meningkat dari hari ke hari. Tatkala rakyat dihimpit dan dibebankan dengan pelbagai kenaikan, kerajaan dilihat seolah-olah tidak mempedulikan rungutan massa, sebaliknya muncul beberapa anggota kabinet kerajaan yang mengeluarkan kenyataan memperlekeh dan meremehkan kesengsaraan yang ditanggung rakyat.

Rentetan demonstrasi yang menyaksikan hampir 10 ribu rakyat turun ke jalan raya pada malam menyambut tahun baru 2014 kelmarin, kerajaan seharusnya bertanggungjawab dan menjawab segala persoalan yang menimbulkan keresahan di kalangan rakyat khususnya yang menyentuh isu penggunaan dana awam secara boros dan culas.

Pendedahan seumpama yang dilakukan oleh akhbar The Heat dan juga liputan-liputan media lain tentang kecenderungan kerajaan berbelanja secara boros ini perlu dibahas dan didedahkan ke pengetahuan khalayak. Isu ini bukan sekadar berkisar tentang kebebasan media bahkan turut melibatkan kepentingan rakyat terbanyak khususnya pada masa sekarang di mana akses kepada maklumat adalah hak asasi kepada setiap rakyat.

Justeru, saya juga menyokong sepenuhnya Protes Pensil Merah pada 4 Januari ini yang digerakkan oleh GERAMM dan akan turut serta menggerakkan khalayak khususnya anak-anak muda dalam menuntut kebebasan media dan membantah tindakan kerajaan menyalahgunakan undang-undang bertujuan untuk menutup kepincangan mereka dalam pentadbiran dan pengurusan ekonomi negara.
  
AMIRUDIN SHARI
Setiausaha
Majlis Pimpinan KEADILAN
Negeri Selangor

WATAWAN BERDEMO SABTU INI
 


----------

USTAZ COOL 2013

Posted: 02 Jan 2014 06:30 AM PST





KOMENTAR TUKAR TIUB
ustaz wan ji telah di senaraikan sebagai
ustaz paling cool 2013

kalau tak yakin dengan keputisan tukar tiub
sila baca face boook ustaz ini

DARI FACE BOOK
-------------------
Sebelum ini, aku dah cakap berpuluh2 kali, tp kali ni nak ulang balik je.

esebuah negara kalau nak maju, kena buang dua institusi;

1. Raja
2. Jabatan mufti.
Like ·  ·  · 2 hours ago · 


---------

APA ITU MUFTI

Posted: 02 Jan 2014 05:30 AM PST







KOMENTAR TUKAR TIUB
apa itu mufti?


  • MP: Harussani mufti tak ada umatHafiz Yatim & Abdul Rahim Sabri |4:27PM Jan 2
    Pemimpin Pemuda Pakatan membidas mufti Perak yang berkata, semua peserta perhimpunan 31 Disember lalu patut ditangkap kerana menderhaka dan "dihalalkan darah golonganbughah 
    (pemberontak)".

Ulama PAS kecam Harussani 'sangat jahil' selepas 'fatwa' darah halal ke atas peserta himpunan

Kenyataan Mufti Perak Tan Sri Harussani Zakaria yang melabel peserta perhimpunan anti-kenaikan harga baru-baru ini...SELANJUTNYA

Mahasiswa Islam desak Mufti Perak minta maaf atas kenyataan darah peserta Turun 'halal'

Persatuan Mahasiswa Islam Universiti Malaya (PMIUM) mendesak Mufti Perak Tan Sri Harussani Zakaria (gambar) memohon...
KAH KAH KAH
KAH KAH KAH
KAH KAH KAH

woit....LAST KOPEK DARI SAM AMK.... kah kah kah..

kah kah kah... MUFTI TAK ADA UMAT... kah kah kah..

kah kah kah... TERBAIK .. TER FUNNY... kah kah kah..

kah kah kah...KALAU MACAM ITU ...kah kah kah..

kah kah kah...  MAT  POIN  PUN BOLEH JADI MUFTI..kah ah kah..

kah kah kah... DIN JEPUN  PUN  LAYAK JADI MUFTI... kah kah kah..

kah kah kah... KUTU BAH  PADA DINDING.... kah kah kah..

kah kah kah... KUTU BAH JUAL AIR  LIUR...kah kah kah..

kah kah kah..SEMUA KLIM ON LINE DENGAN TUHAN...kah kah kah..

kah kah kah..SEMUA KLIM WAJIL ALLAH DI DUNIA... kah kah kah...



----------

KAKI BODEEEK

Posted: 02 Jan 2014 01:43 AM PST




KAKI BOOOODEEEK
 Enam Lagi NGO Buat Laporan Polis Bantah Himpunan Guling Kerajaan

ALOR SETAR, 31 Dis (Tiewnama)ma) -- Enam badan bukan kerajaan (NGO) dalam kawasan Parlimen Kuala Kedah dan Alor Setar pada Selasa membuat laporan polis mendesak kerajaan tidak bertolak ansur dengan penganjur Himpunan Guling Kerajaan.

Wakil Gagasan Generasi Gemilang Parlimen Kuala Kedah (Gagah), Perkasa, Gabungan Pelajar Melayu Semenanjung (GPMS), Persatuan Bekas Tentera Malaysia (PBTM), Persatuan Ibu Tunggal dan Persatuan Veteran Umno, membuat laporan serentak di Balai Polis Kuala Kedah pada 11.30 pagi ini.

Jurucakap NGO tersebut,  Abdul Mutholib Harun berkata tindakan tegas perlu dikenakan termasuk melucutkan kerakyatan penghasut himpunan itu di bawah Akta Hasutan.

"Beribu laporan telah dibuat terhadap penganjur himpunan itu. Kerajaan khususnya Kementerian Dalam Negeri tidak boleh lagi berlembut dengan penganjurnya yang disifatkan sebagai pengkhianat bangsa dan negara.

 
KAH KAH KAH
KAH KAH KAH
KAH KAH KAH

woit... 6 EKOR KAKI BODEEEK TERLAMBAT... kah kah kah..

kah kah kah.... BERGULING GULING DAH SELESAI.... kah kah kah..

kah kah kah..KENDURI DAH LANGSUNG.... kah kah kah 

woit... NAK BOOOODEK... BOOOODEEK BETUL BETUL...kah kah kah..

kah kah kah... BUAT  LAPORAN POLIS AWAL AWAL... kah kah kah..

kah kah kah.. BUAT LAPORAN SEKARANG...UNTUK 1 MEI... kah kah kah..

kah kah kah..BARU MASYUUUK  UNTUK ANAK DAN BINI... kah kah kah


--------

DARI JELEBU KE MANCHESTER

Posted: 01 Jan 2014 09:30 PM PST








KE JELOBAK KE JOLOBU
TUAI PADI TIGO TANGKAI
MEMANG HEBAT POMPUAN JOLOBO
IDEALOJI TAK AKAN DI SALAI

DARI JELEBU KE MANCHESTER

Pagi Khamis 28 November 2013 kota London sedang dibalut musim sejuk. Dari tingkap hotel aku ternampak ibu, ayah dan kakak sedang menghantar anak-anak ke sekolah. Mereka semua berbalut gebu. Semua berjalan dengan cepat. Semua dalam kesejukan. Selesai sarapan aku ingin ke internet.

Cik Gu Kamar telah menunggu aku di ruang tamu. Dia terus bertanya apakah ada jawapan dari Tuan Pegawai Polis tentang suratnya. Aku mati akal kerana  si Wartawan Martin Evans telah memberi tahu bahawa dari petang kelmarin hingga ke sebelah malam  tidak ada jawapan dari pihak polis.

" Kalau tak dapat jumpa... saya akan tunggu... di London..." Kata-kata ini terhambur dari seorang Kakak yang sedang mencari Adiknya. Bila aku dengar ayat ini dari mulut Cik Gu Kamar aku menjadi kecut. Dengan segera aku memegang bahu Cik Gu Kamar dan merayu agar dia bersabar. Sebenarnya aku tak sanggup lagi duduk dalam kota London yang amat sejuk. Dalam kepala aku ialah  Brickfield bukan Victoria Station.

Aku memujuk Cik Gu Kamar untuk berehat dibilik. Dan aku berjanji jika ada berita aku akan mengetok pintu bilik. Dia bersetuju. Suasana ini memberikan aku  masa untuk  melayari internet. Aku menyewa internet hotel kerana aku kurang arif tentang cara untuk menggunakan internet dibilik. Sewanya 3 pound atau 15 ringgit untuk satu jam.

Sedang aku berinternet  Martin muncul. " I have good news..."  Inilah bunyi ayat yang aku tunggu-tunggu. Aku mengetuk pintu bilik Cik Gu Kamar dan memberitahu bahawa Adiknya Siti Aishah telah bersetuju untuk berjumpa. Cik Gu Kamar  macam tak percaya apa yang aku suarakan. Aku terangkan bahawa berita ini datang dari Pegawai Polis yang telah menalipon Martin. Aku melihat wajah Cik Gu Kamar masih dalam kesangsian kini bertukar  menjadi  ceria dan gumbira.  Akhirnya dapat juga Sang Kakak bertemu  dengan Sang Adik yang telah berpuluh puluh tahun menghilangkan diri.

Tetiba aku dapat panggilan talipon dari   Pegawai Diplomat  Kedutaan Malaysia. Mereka meminta Cik Gu Kamar bersedia  dalam masa 20 minit.  Aku paling gumbira kerana aku rasa apa  yang 'tertangguh'  semenjak  tahun 1991 kini telah selesai. Hutang panggilan talipon dari Abang Siti Aishah ketika aku menjadi warga Brixton pada tahun  1991 kini langsai. Aku ke internet dan terus memecah berita di TukarTiub.

Cik Gu Kamar sudah bersedia. Ditangan Cik Gu Kamar  terjenjeng sebuah beg kecil  yang dibawa khas dari Jelebu. Aku tahu apa isi dalam beg itu. Beg ini untuk Siti Aishah. Kereta DC dari Keduataan menjalar di tepi hotel. Dua Diplomat yang aku kenali  semenjak kelmarin keluar. Kami berjabat tangan. Aku memimpin Cik Gu Kamar ke pintu kereta.

' Cik Hishamuddin tak perlu bersama.... tunggu kami di Pejabat Duta...' Ayat akhir dari  Nik Aziz Nik Razak Pegawai Kounselor Kedutaan sebelum mereka beredar membawa Cik Gu Kamar pergi entah ke mana.

Martin menalipon dari pejabat Daily Telegraph meminta aku datang  ke Pejabat  Duta sesudah makan tengan hari. Bila aku sampai ke Pejabat Duta – Martin telah sedia menunggu.  Sebagai wartawan Martin ingin menjadi pemberita pertama bersoal jawab dengan Cik Gu Kamar.  Diplomat  Murid Tua dari MCKK melayan kami dengan Nasi Lemak dan Teh Tarik. Si Diplomat ini membawa kami  melihat-lihat ruang pejabat. Semua untuk membunuh masa. Martin dan aku menunggu dengan harapan Cik Gu Kamar akan sampai kembali ke Pejabat Duta sesudah bertemu dengan Adiknya.

Tunggu punya tunggu – Si Diplomat menasehatkan  agar kami menunggu di hotel.  Kami bersetuju. Martin pulang ke pejabat dan aku terus mengambil keretapi bawah tanah ke Oxford Street.  Jalan ini adalah tempat membeli belah paling ulung di London. Memang sibuk. Memang berasak-asak. Tetapi aku bukan datang 'bershopping'. Aku ingin the Riding House Street  - tempat aku bersekolah - yang tidak jauh dari Oxford Street. Aku ingin melihat kembali  fakulti filem tempat aku belajar dahulu.  

Ketika Cik Gu Kamar dalam kereta  dibawa entah dimana aku menapak jejak jejak  lama aku. Tempat aku  belajar. Tempat aku berkerja sebagai  pelayan di Soho. Panggung-panggung yang selalu aku lawati. Aku juga  ke Piccadilly untuk merasakan aroma sambutan Hari Kelahiran Nabi Isa. Akhirnya  aku  ke   China Town untuk mencari Nasi Itik.

Kota London masih kota London tetapi kini penuh dengan  warga dari Eropah Timur. Aku yakin jelas  tentang ini kerana hampir kesemua pekerja di hotel aku menumpang  berasal dari Bulgaria,  Rumania atau Poland. Dua puluh tahun dahulu mereka ini 'rare' – kalau dapat kekasih dari Poland – untuk anak muda pada zaman itu adalah tanda kejayaan. Tetapi bukan ini naratif  yang ingin aku kesahkan

Pulang dari Oxford Street aku merasa amat letih. Tetiba aku mendapat pesan ringkas dari Nik Aziz.  Si Nik ini  ada bersama mengiringi  Gu Kamar untuk  pergi ke tempat yang masih rahsia.  SMS dari Nik: Saudara tak perlu tunggu kami. Kami berjalan jauh. Mungkin  pulang jam 2:00 pagi.

 Wow!  Kemana agaknya Cik Gu Kamar telah di bawa.  Mereka meninggalkan  hotel sebelum tengah hari.  Kini belum jam 9 malam.  Tempat rahsia dimana pertemuan ini berjalan. Diwilayah mana agaknya Sang Kakak sedang bertemu dengan Si Adik. Aku cuba berfikir tetapi aku merasa letih dan terus tidor awal.

Esoknya aku bersendirian di sarapan pagi. Sedang aku  menikmati English Breakfast tetiba Cik Gu Kamar muncul. Aku gumbira kerana inilah masa yang aku aku tunggu-tunggu. Aku mahu mendengar apa yang telah berlaku kelmarin. Bagaimana Siti Aishah? Dimana mereka bertemu? Akulah yang menjadi perawai saheh orang pertama mendengar kesah ini. Lebih awal dari Dean dan Martin.

 
' I regret...maybe I made a mistake..' Inillah kata-kata yang pertama keluar dari mulut Cik Gu Kamar pada pagi itu. Aku membesarkan mata. Tidak faham hujung pangkal.

Sambil menghirup teh Cik Gu Kamar bersurah tentang apa yang telah berlaku. Dia telah bertemu dengan adiknya Siti Aishah di satu tempat rahsia. Disatu bangunan  memerlukan naik bertangga. Di luar kota London. Pertemuan disaksikan oleh 10 orang pegawai polis - 8 polis lelaki dan 2 polis perempuan.

Aku terus bertanya dimana? Cik Gu Kamar - orang Jelebu ini amat cekap. Walau pun tidak diberitahu tetapi dari tingkap kereta dia ternampak tulisan MANCHESTER di diarah jalan. Apakah pertemuan berjalan di wilayah Manchester. Aku sendiri tidak pasti.Tempat pertemuan hingga hari ini masih rahsia. Hah hah.. Dari Jelebu ke Manchester.

Aku bertanya apakah ada gambar yang diambil dalamn pertemuan itu? Jawabnya hanya satu sahaja dari talipon bimbit polis perempuan. Itu pun gambar yang membelakangi  Si Aishah. Ini gambar bersejarah. Aku rasa Daily Telegraph dan media kota London hingga  ke hari masih lagi tercari-cari akan gambar ini.

Aku bertanya bagaimana Aishah? Pertanyaan ini seolah-olah aku juga telah  mengenali sosok  Marxist yang bernama Siti Aishah ini. Kenapa Sang Kakak menyesal? Apa kesilapan Sang Kakak? Cik Gu Kamar memberitahu bahawa Adik  'tidak menayangkan emosi'.

'I cried when I met her... she just hold on to me .. maybe just  to make me happy..' Ini kata-kata Cik Gu Kamar yang tak berani aku terjemahkan kerana aku takut ianya akan membawa pengertian yang lain. Biarkan ayat-ayat ori ini dirakam untuk sejarah.

Esoknya Sabtu - pagi kami berangkat pulang. Aku mengucapkan selamat tinggal kepada Martin dan kota London. Di Heathrow wartawan Malaysia telah sedia menunggu. Nik Aziz dari kedutaan juga hadir sama. Dia membantu kami.  Kami juga disambut oleh Pegawai MAS dan kami dijemput diruang tamu untuk sarapan  pagi sekali lagi.

'  Dia.. agak aggresive..' ini kata-kata dari Nik Aziz ketika kami sedang sarapan. Sebenarnya menurut Nik Aziz perjalanan hampir 6 jam ke tempat yang dituju. Mereka bertukar kereta dua kali untuk tidak diekori wartawan. Bapak Duta datang sama tapi setengah jalan pusing kembali ke London.  Tempat dituju terlalu jauh. Pak Duta ada  temu janji jam 8:malam.

'  Cik Gu Kamar agak agresif terhadap Aishah... saya ada memerhatikan sama dari tempat tersorok...mereka bertemu bukan 40 minit tapi hampir dua jam...' Nik membetulkan fakta. Ertinya ada dua orang Diplomat Malaysia ini telah sama melihat Siti Aishah yang telah tidak menghubungi kaum keluarga semenjak tahun 1970. Aku mendengar surah dari Nik. Aku juga mendengar surah dari Cik Gu Kamar. Banyak pekara berligar-ligar dalam kepala aku.

Akhirnya aku berterima kaseh kepada Nik Aziz dan Pegawai MAS dan terus masuk ke pesawat. Dalam kepala aku tidak ada apa lagi  yang aku fikirkan. Aku hanya ingin sampai ke Brickfield sekali lagi.

Hari ini masih ramai yang bertanya: Apakah Siti Aishah ini akan pulang ke Malaysia? Apakah Aishah ini masih Melayu? Aku tidak dapat memberi jawapan. Aku hanya mengeluarkan kembali apa yang Cik Gu Kamar katakan kepada aku.  Bukan tugas aku untuk menjawab. Buatlah rumusan sendiri satelah membaca perenggan  akhir ini.

Bila Cik Gu Kamar bertanya  tentang Islam Aishah menjawab ' I have lots of Muslim friends in London. There are also mosques in London...' Bila ditanya ' Do you love me and the family..'. Aishah menjawab: ' Why do you love me... there are many people  in the world that you could also love.." (TT)


KE JELOBAK KE JOLOBU
TUAI PADI TIGO TANGKAI
MEMANG HEBAT POMPUAN JOLOBO
IDEALOJI TAK AKAN DI SALAI
 
 NOTA
tulisan ini telag disiarkan
dalam SUARA KEADILAN terbaru
sesiapa ingin melanggan akhbar mingguan ini
sila pukul talipon
03-92-21-10-45.




-----------

MENUNGGU LEDAKAN FUKUSHIMA

Posted: 01 Jan 2014 09:09 PM PST




BANJIR DI KUANTAN
MUSTAHIL
TAK BANJIR DI GEBENG
 LEDAKAN RADIO AKTIF
lihat apa terjadi di fukushima
hanya menunggu masa untuk meledak

lihat apa terjadi di gebeng
3 telah diberitakan mati

tak ada bala cari bala
tak ada racun cari racun

inilah dia kerajaan rosmah najib
bukan saja zalim tetapi bodoh juga

KOLAM IKAN TALAPIA
DI GEBENG

IS THE GOVERNMENT STOCKPILING IODINE IN PREPARATION FOR FUKUSHIMA MELTDOWN?

Anthony Gucciardi
by 
January 1st, 2014
Updated 01/01/2014 at 1:33 pm

Following the revelation that The Department of Health and Human Services has ordered 14 million doses of potassium iodide to be available by no later then the first of February, it is easy to see that the same federal government responsible for silently raising the allowable limits of radiation in the food supply and turning off key radiation counters positioned in the west coast may now silently be preparing for a future Fukushima meltdown.
Read more: http://www.storyleak.com/government-stockpiling-iodine-fukushima-meltdown/#ixzz2pDKj1jHA

SATU MEI
HARI BURUH SEDUNIA

---------

NAJIB DAN ROSMAH BERTAMBAH SUWEY

Posted: 01 Jan 2014 08:08 PM PST





  • 2014: Tahun gelap buat Najib, Umno dan BN

    02-01-2014 HARAKAHDAILY
    2014: Tahun gelap buat Najib, Umno dan BNKUALA LUMPUR: Ramai yang menganggap 2014 adalah tahun sengsara buat rakyat berikutan kenaikan harga barang dan perkhidmatan yang berpunca daripada kelemahan Najib dan kabinetnya mengurus negara.
  • Dalam masa yang sama, sambutan kedatangan tahun baru 2014 juga bagaikan suatu malapetaka buat Najib. 
    Menurutnya, jika tahun-tahun sebelumnya, kedatangan tahun baru disambut dengan kegembiran, keriangan dan percikan bunga api yang bergemerlapan tetapi pada tahun ini ia dimulakan dengan demonstrasi Turun di Dataran Merdeka bagi membantah kenaikan harga barang serta kos sara hidup yang kian meningkat.




KAH KAH KAH
KAH KAH KAH
KAH KAH KAH


woit.. KAH KAH KAH.... kah kah kah..

 kah kah...INI HARAKAH YANG CAKAP.... kah  kah..

kah kah..INI SUARA DARI PARTI TERBESAR DI MALAYSIA... kah kah..

kah kah kah... SAHEH NAJIB SUWEY... kah kah kah...

kah kah kah..MALAPETAKA SUDAH SAMPAI... kah kah kah..

kah kah kah.. SATU MEI HARI BURUH .... kah kah kah..

kah kah kah... SATU MEI BERGULING GULING.... kah kah kah


HARI RAKYAT MARAH

-----------

MARI KETAWA TAHUN BARU

Posted: 01 Jan 2014 07:00 PM PST







PELUANG DENGAN BIDADARI
Saya setuju dengan kebanyakan senarai cool dan poyo TT kecuali: (1) Melancap & pakai kondom - Setelah menikmati seks dengan perempuan yang cantik tanpa kondom, melancap akan menjadi poyo kerana seks dengan perempuan cun adalah paling best dan paling cool didunia ini. Saya sangat kasihan kat TT kerana beliau sudah tua tetapi masih bujang dan terpaksa melancap.

Ini semua salah Tukang Jual Agama yang membenarkan yang mampu mengambil sampai 4 orang isteri sedangkan purata lelaki dan perempuan di dunia ini adalah 101 lelaki dan 100 perempuan. Bila 1 orang lelaki mengambil seramai 4 orang isteri, 3 orang lelaki lain akan hilang peluang untuk berkhawin kerana jodoh mereka sudah dikebas oleh 1 orang lelaki.

Ajaran ini menyebabkan TT tidak berpeluang berkahwin kerana jodohnya sudah lama dirampas oleh pengikut-pengikut Tukang Jual Agama. Bila mati kelak TT tak ada peluang mengeseks dengan 72 bidadari di syurga kerana beliau tak berserban & tak pergi ke surau macam Zulkifili Noordin. (2) on COOL DAN POYO
Publish | Delete | Spam
Mat Cool Bin Mat Poyo
on 1/2/14



-----------

Tiada ulasan: