Generasi Pewaris Khilafah |
Kenaikan Harga Ujian dari Allah Posted: 01 Jan 2014 09:15 PM PST Assalamualaikum dan salam sejahtera kepada semua readers Mutakhir ini kecoh pasal kenaikan harga barang yang melambung tinggi dan kenaikan tarif eletrik air dan sebagainya. Hamba sekadar memberikan pandangan dan saranan secara peribadi berdasarkan pemerhatian hamba terhadap apa yang berlaku sebelum ini dan pada masa sekarang. Kenaikan tarif eletrik, air , harga barang makanan dan sebagainya adalah disebabkan oleh kita sendiri. Mana tidaknya disebabkan oleh kelalaian dan kecuaian kita dalam mengendalikannya menyebabkan berlaku pembaziran yang berleluasa. Tak perlu nak tuding jari pada orang lain tapi kita tuding jari pada diri kita sendiri. Apa yang kita buat sebelum berlakunya kenaikan. Harga makanan mahal sebenarnya bukan masalah yang besar bahkan ianya memberi peluang kepada kita untuk melaksanakan sunnah Nabi SAW. Kita nie sebenarnya dah banyak melupakan sunnah Nabi SAW bahkan kita banyak mewarisi sunnah Syaitan yang suka kepada pembaziran dan pemborosan. Kenaikan tarif eletrik dan air pun sama juga disebabkan oleh kita. Tak kiralah siapa pun kita, ianya berpunca dari kita sendiri. Kalau kita tak cuai dan lalai dalam penggunaan segala nikmat yang diberikan oleh Allah nescaya perkara-perkara yang sebegini pasti akan dapat diatasi dengan sebaiknya. Kita sepatutnya mengutamakan apa yang perlu diutamakan. Sebagaimana dalam satu Hadis Nabi SAW ada dinyatakan" Tinggalkan apa yang mengusutkan kepada perkara yang tidak mengusutkan" dan daripada sebagai muhasabah daripada hadis tersebut kita dapat ambil ialah: 1. Utamakan perkara yang perlu dan tinggalkan perkara yang tidak perlu. 2. Utamakan keperluan berbanding kemahuan. 3. Utamakan keperluan dan ikut kemampuan |
You are subscribed to email updates from Minda Assirkami To stop receiving these emails, you may unsubscribe now. | Email delivery powered by Google |
Google Inc., 20 West Kinzie, Chicago IL USA 60610 |
Tiada ulasan:
Catat Ulasan