RAKYAT MARHAEN |
- Gerak Kerja Politik Mahathir Memang Selalu Bermula Dengan Penafian
- "Adakah hari-hari akhir Najib sudah hampir tiba?"
- ‘Kerajaan perpaduan’ Najib: Jangkaan Presiden PAS benar belaka...
- Najib’s Reconciliation Plan: What Animal is that?
- PRK Dun Kajang: Rafizi mohon maaf pada pengundi
- Anwar ke Kajang beri penerangan lepas Tahun Baru Cina
- Anwar: Ke arah merealisasikan perpaduan mantap
- Badi kerusi MB Selangor
- Bekas Lombong: Jalan di Desa Pandan merekah
- SPR: Kos PRK semakin meningkat
- Dakwa SAMM Ke Mahkamah Bukti Nyata Putrajaya Bohong!
- Anwar sah alamatnya di Kajang
- PRK Dun Kajang: Presiden Reformis mahu cabar Anwar
- 'Eloklah 'orang tua' ini bersara...'
- Pemilik hartanah KL masih tidak gembira dengan cukai taksiran DBKL
- Anwar taruh nasib bertanding di Kajang, kata penganalisis
- Almarhum Ustaz Dato Harun Taib: Peringatan buat semua
- PRK Dun Kajang: Apakah Abdul Hadi juga tidak setuju dengan Anwar?
- PRK DUN KAJANG: ANWAR HILANG KREDIBILITI......
- Rakyat Selangor ada hak memilih untuk jadi kuda tunggangan siapa pun.!!
- Kemelut Pilihanraya Kecil Kajang ..!!
- Selesai segera isu kaum dan agama
- Kabinet 47% BN setuju rekonsiliasi nasional dengan Pakatan, tetapi bukan kerajaan perpaduan..!!
- The Melayu Dilemna in UMNO
- Tun M: Politik sekarang tertumpu rebut kekayaan
Gerak Kerja Politik Mahathir Memang Selalu Bermula Dengan Penafian Posted: 29 Jan 2014 08:57 PM PST Bekas Perdana Menteri, Mahathir Mohamad menafikan beliau adalah orang yang memainkan peranan di belakang gerakan mahu menjatuhkan Perdana Menteri, Najib Razak sebagaimana yang didakwa oleh Pengarah Strategik PKR, Rafizi Ramli dan juga sudah sekian lama menjadi percakapan umum. Bagi Mahathir, anggapan mengenai penglibatan dirinya hanyalah tafsiran Rafizi semata-mata. Rafizi mengaitkan gerakan mahu menjatuhkan Najib itu untuk mempertahankan keputusan meletakkan Anwar Ibrahim bertanding dalam pilihanraya kecil DUN Kajang dengan menyifatkan setelah Najib ditumbangkan oleh kumpulan yang ditunjangi oleh Mahathir, gerakan seterusnya ialah memastikan Selangor yang dianggap mutiara kepada negara dapat dijadikan milik BN pula. Dengan Anwar bertanding di DUN Kajang dan seterusnya menjadi MB Selangor, Pakatan Rakyat lebih mempunyai kekuatan untuk memastikan negeri Selangor dalam dakapannya, demikian antara hujah yang diberian Rafizi. Gerakan mahu menggulingkan Najib yang dikaitkan dengan Mahathir sebenarnya bukanlah rahsia lagi UMNO. Selain Kadir Jasin dan beberapa blogger pro Mahathir semakin mempertingkatkan serangan dan kritikan terhadap Najib dengan antaranya menggelar Najib "PM Kangkung", mereka juga meminta PM segera berundur atau berambus bagi mengelakkan BN hilang kuasa dalam PRU 14 nanti. Deretan kelemahan yang kian ketara, sikapnya yang tidak berubah, lembik, terlalu dikawal oleh penasihat, membiarkan isteri dan keluarga campurtangan dalam urusan kerajaan serta pelbagai lagi, meyakinkan banyak pihak bahawa BN lebih mungkin untuk tewas dalam pilihanraya akan datang jika beliau terus kekal sebagai PM. Read More / Baca Lagi >> | ||
"Adakah hari-hari akhir Najib sudah hampir tiba?" Posted: 29 Jan 2014 07:16 PM PST | ||
‘Kerajaan perpaduan’ Najib: Jangkaan Presiden PAS benar belaka... Posted: 29 Jan 2014 07:09 PM PST Presiden PAS, Datuk Seri Abdul Hadi Awang adalah orang yang mencadangkan Kerajaan Perpaduan atau Kerajaan Tanpa Pembangkang selepas letih menghadapi pilihan raya kecil demi pilihan raya kecil selepas Pilihan Raya Umum 2008. Beliau berkata, semua yang terpilih dalam pilihan raya perlu memberikan tumpuan kepada khidmat kepada rakyat dan melupakan titik bengit politik. Namun, apabila wakil perdana menteri, Datuk Seri Ahmad Zahid Hamidi mahu menemuinya untuk membincangkan versi baru gagasan ini iaitu "Rekonsiliasi Nasional" di London awal bulan ini, Abdul Hadi tidak mahu menyertainya. Ia amat mengejutkan namun terbukti ketidakyakinan Abdul Hadi terhadap kekuatan Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Razak untuk mengadakan kerajaan perpaduan ternyata benar. Ini dibuktikan melalui kenyataan yang dibuat Najib selepas mesyuarat Kabinet semalam. Dalam kenyataan itu, Najib berkata:"Dalam mesyuarat Kabinet hari ini, menteri saya dan saya meneliti rancangan untuk menubuh dan mempromosikan suasana yang kondusif dan membantu mempromosikan rekonsiliasi nasional menerusi perpaduan dan konsensus dalam negara." Najib menggariskan empat perkara dalam rekonsiliasi nasional tersebut dan akan bertanggungjawab sebagai ketua dalam mencapai matlamat demi kebaikan untuk negara. "Rancangan rekonsiliasi nasional itu akan berasaskan empat kunci utama iaitu sosial, politik, kerajaan dan hubungan antarabangsa dan melihat pada masa depan, saya akan mengetuai pelaksanaan perubahan ini dengan harapan membawa semua rakyat Malaysia berada dekat antara satu sama lain," kata Najib. Read More / Baca Lagi >> | ||
Najib’s Reconciliation Plan: What Animal is that? Posted: 29 Jan 2014 06:48 PM PST The government's national reconciliation plan will be based on four key thrusts, namely social, political, government and international relations, Prime Minister Najib Abdul Razak said. Najib said in a statement that the cabinet members at their meeting today examined a plan to develop and promote an environment that was conducive to and would help promote national reconciliation through unity and consensus in the country. He said the government's plan was based on democratic principles.However, Najib said, the plan did not include the formation of any sort of unity government."We were given a strong mandate by the people to govern at the last general election and we intend to do so. However, we must look at becoming more inclusive in our activities and events. "We are open to talking to all parties and we can use Parliament, including the setting up of bi-partisan committees to discuss issues affecting national unity," he said. Najib said he mooted the idea of national reconciliation after the the last general election, but various parties were not responsive to his appeals to come together. "The legitimacy of the elections were even questioned by them and it was proven to be baseless. I am now heartened to see that the Opposition is calling for a consensus and I am sure they will welcome this new development," he said. "Unlike vague ideas about a consensus, the government's national reconciliation plan will be based on four key thrusts, namely, social, political, government and international relations and going forward. Read More / Baca Lagi >> | ||
PRK Dun Kajang: Rafizi mohon maaf pada pengundi Posted: 29 Jan 2014 06:42 PM PST SHAH ALAM – Pengarah Strategi PKR, Rafizi Ramli memohon maaf kepada pengundi di Kajang sekiranya pilihan raya kecil (PRK) Dun Kajang nanti membazirkan wang mereka. Menurutnya, tidak dinafikan PRK itu pasti akan mengambil wang rakyat dan ruang awam pada masa rakyat melalui kesusahan ekonomi. "Tidak ada alasan membazirkan wang rakyat dan untuk itu saya mohon maaf dan parti bersedia dihukum pengundi di Kajang. "Saya mengaku bertanggungjawab menyusun langkah politik itu dan mengakui tidak ada penjelasan yang dapat meredakan kemarahan rakyat terhadap langkah ini tetapi meminta masa dan ruang mewajarkannya," katanya dalam satu kenyataan. Beliau juga memohon maaf atas perbezaan pendapat dalam PKR yang dilihat berpuak-puak dan mengecewakan rakyat serta menjelaskan ia sedang ditangani bagi mengelak pengalaman sama seperti dalam PR di Kedah sebelum ini. Read More / Baca Lagi >> | ||
Anwar ke Kajang beri penerangan lepas Tahun Baru Cina Posted: 29 Jan 2014 06:40 PM PST PETALING JAYA 29 JAN: Ketua Umum KEADILAN, Datuk Seri Anwar Ibrahim akan ke DUN Kajang selepas sambutan Tahun Baru CIna untuk memberi penerangan kepada pengundi berhubung rasional diadakan pilihan raya kecil di kawasan itu. "Saya tahu perlu ada penjelasan lebih lanjut. Saya akan lakukan dalam masa terdekat. Orang (pengundi) tuntut penjelasan. "Kita tahu mengapa, kerana ada sedikit keresahan. Saya akan ke Kajang. Akan ada (program) penerangan. Selepas sambutan Tahun Baru Cina," kata Anwar kepada pemberita pada sidang media di ibu pejabat KEADILAN, hari ini. Anwar berkata beliau akan menemui pimpinan DAP dan Pas dalam masa terdekat bagi menjelaskan lebih lanjut tentang langkah mengosongkan kerusi di Kajang. "Kita kena turun dan terangkan. Ia perkara biasa dalam proses demokratik. Ini (PRK) bukannya kali pertama. Media arus perdana (ulas) seolah ia tak pernah berlaku sebelum ini," jelasnya. Dalam pada itu, kata Anwar, pandangan semua pihak diraikan meskipun wujud persoalan mengapa beliau menyertai PRK ketika suasana politik dalam keadaan 'tenang'. "Ada yang secara objektif memberi pandangan. Saya tawarkan diri untuk beri penerangan. Bukan sahaja kepada penduduk Kajang, bahkan Selangor dan rakyat Malaysia," katanya. | ||
Anwar: Ke arah merealisasikan perpaduan mantap Posted: 29 Jan 2014 06:40 PM PST Walaupun ada tanda-tanda yang memungkinkan berlaku semula peristiwa sedemikian, namun aku masih yakin bahawa peristiwa hitam tidak akan berulang lagi di Malaysia. Aku amat optimis tentang hal ini. Namun kerisauan tetap ada. Dan eloklah para pemimpin negara berwaspada dan bertindak sebelum berlakunya peristiwa yang tidak diingini itu. Sebetulnya perpaduan antara rakyat Malaysia sudah begitu mentap menjelangnya PRU13 yang lalu. Ikhlas aku katakan yang aku tidak pernah lagi melihat perpaduan yang sebegitu di kalangan rakyat Malaysia. Melayu, Cina, India dan jikalau di Sabah dan Sarawak pula tentulah ditambah dengan Iban, Kadazan, Bidayuh dll. Pendek kata ternampak sesuatu yang cukup meyakinkan kita bahawa sebenarnya Bangsa Malaysia telah wujud. Bukanlah hanya cakap-cakap kosong yang selalu kita dengar yang mengatakan tentang eratnya perpaduan antara kaum-kaum di negara ini. Aku tertarik dengan kenyataan daripada J. Steen dari Blog Anilneeto.com bertarikh 17 Mei 2013 . Aku sertakan petikannya, " I was at the JB rally. The atmosphere was simply incredible. This rally witnessed the true spirit of one Malaysia in action. I have never seen a more rousing rendition of our national anthem than the one sung at the end of this rally. People of all races, young and old, drenched, some perched on rooftops and trees singing loudly in unison. The incessant blare of the vuvuzelas is still ringing in my ears. Blackout tee shirts were being sold like hot cakes from the 25 plus stalls…….." Read More / Baca Lagi >> | ||
Posted: 29 Jan 2014 06:38 PM PST Ketika negara bersiap sedia untuk berdepan dengan satu lagi pilihan raya kecil, kali ini dicetuskan oleh satu langkah taktikal PKR, spekulasi sama ada Tan Sri Abdul Khalid Ibrahim akan kekal sebagai menteri besar (MB) Selangor semakin hangat diperkatakan. Read More / Baca Lagi >>Jika Ketua umum PKR Datuk Seri Anwar Ibrahim menang pilihan raya kecil DUN Kajang dan menggantikan Abdul Khalid sebagai MB, maka Abdul Khalid bukanlah MB Selangor yang pertama diminta memberi laluan atas sebab-sebab politik. Terdapat sekurang-kurangnya empat MB sebelumnya yang terpaksa mengosongkan jawatan mereka berikutan kontroversi dan tekanan daripada parti politik mereka sendiri. Datuk Harun Idris (1964-1976) Setelah berkhidmat sebagai MB selama 12 tahun, Datuk Harun Idris terpaksa melepas jawatannya apabila beliau berdepan dengan tuduhan rasuah. Peranan Harun dalam rusuhan kaum 13 Mei 1969 telah beberapa kali dipersoalkan, tetapi beliau terselamat daripada gelombang tekanan pesaingnya untuk kekal sebagai MB bagi penggal kedua. Tetapi pada tahun 1976, beliau telah dipecat dari Umno dan kemudiannya didakwa atas tuduhan rasuah kerana didakwa menyalahgunakan wang negeri. Berikutan itu, beliau menjalani hukuman penjara enam tahun dan mendapat pengampunan dari Yang di-Pertuan Agong tidak lama kemudian. Beliau merupakan MB Selangor yang paling lama berkhidmat. Tan Sri Ahmad Razali Mohd Ali (1982-1986) Ipar kepada bekas perdana menteri Tun Dr Mahathir Mohamad, Tan Sri Ahmad Razali, merupakan seorang tokoh yang tidak popular dalam Umno Selangor dan hanya bertahan satu penggal sahaja selepas dilantik sebagai menteri besar oleh Mahathir sendiri Penggal pentadbirannya dicemari oeh satu insiden yang dilaporkan berlaku semasa satu mesyuarat Umno di Kampung Pandan di mana seorang perwakilan membaling kerusi ke arahnya. Pada tahun 1983, setahun selepas mengambil alih jawatan MB, pentas tempat beliau melancarkan perayaan Thaipusam di Batu Caves roboh, dan mencederakan 34 orang. Beliau meletak jawatan pada 1986 selepas empat tahun menjadi MB untuk memberi laluan kepada Tan Sri Muhammad Muhammad Taib . Tan Sri Muhammad Muhd Taib (1986-1997) Seorang tokoh yang sangat popular dalam Umno Selangor, walaupun dibelenggu pelbagai kontroversi, Tan Sri Muhammad Muhd Taib menjadi MB selama 11 tahun sehinggalah beliau didakwa di Australia kerana tidak mengisytiharkan wang yang dibawanya berjumlah RM3.8 juta. Muhd Taib meletak jawatan selepas beliau didakwa walaupun mahkamah kemudian mendapatinya tidak bersalah, berdasarkan hujah bahawa beliau "tidak faham bahasa Inggeris" dan dengan itu tidak tahu tentang undang-undang yang tidak membenarkan wang tunai dibawa masuk ke Australia. Muhd Taib juga dilaporkan kahwin lari dengan anak perempuan Sultan Selangor ketika beliau menjadi MB dan mereka didakwa berkahwin di Thailand. Pasangan itu telah bercerai. Menjelang pilihan raya umum ke-13, beliau menyertai PAS dan berkempen untuk parti pembangkang. Datuk Abu Hasan Omar (1997-2000) Datuk Abu Hasan Omar mungkin mempunyai cerita yang hampir sama dengan keadaan semasa di Selangor. | ||
Bekas Lombong: Jalan di Desa Pandan merekah Posted: 29 Jan 2014 06:36 PM PST Keadaan rekahan yang berlaku di jalan berhampiran tapak projek pangsapuri servis di Desa Pandan kelmarin, sebelum ia ditutup dengan simen oleh pihak kontraktor. - Foto Sinar Harian Ia dipercayai berpunca daripada kerja-kerja projek pembinaan pangsapuri servis 32 tingkat, sejak lima bulan lalu yang terletak di tengah-tengah kawasan rumah kedai di situ. Tinjauan Sinar Harian petang kelmarin mendapati terdapat rekahan sepanjang kira-kira 30 kaki, di laluan berhampiran pengadang projek di atas tempat letak kereta bahu jalan. Keretakan juga dikesan di laluan tengah antara dua-dua hala namun kenderaan masih bebas melalui jalan itu. Jurulatih terapi berkuda, Muthu, 47, berkata dia menyedari kejadian itu pada pagi kelmarin namun ketika itu rekahan masih tidak besar. Menurutnya, bimbang berlaku sebarang perkara tidak diingini, dia bertindak memaklumkannya ke pejabat pemaju yang hanya terletak berhadapan dengan tempat rekahan. "Saya fikir mereka boleh ambil tindakan awal dengan meletakkan tanda larangan dan menutup kawasan terjejas. "Namun sehingga waktu petang saya lalu di sini, tiada sebarang tindakan dilakukan malah kereta masih diletakkan di bahu jalan dan laluan masih dibuka kepada awam," katanya. Sementara itu pekerja swasta, Ishak Ismail, 46, berkata, dia amat terkejut dengan keadaan itu kerana ia merupakan jalan yang sering dilaluinya lebih 13 tahun menetap di kawasan berkenaan. | ||
SPR: Kos PRK semakin meningkat Posted: 29 Jan 2014 06:30 PM PST KERAJAAN membelanjakan lebih RM11 juta bagi melaksanakan 16 pilihan raya kecil (PRK) selepas PRU12 yang lalu. Dianggarkan sekitar antara RM318,000 dan RM1.3 juta diperlukan bagi melaksanakan sesebuah PRK. Kebiasaannya PRK diadakan jika terdapat kerusi kawasan itu dikosongkan akibat kematian atau keuzuran, namun terdapat juga kekosongan berlaku bagi memenuhi tuntutan politik semasa. Sinar Harian menerusi wartawan Robiatuladawiyah Abd Rashad sempat mendapatkan sedikit penjelasan daripada Pengerusi Suruhanjaya Pilihan Raya (SPR), TAN SRI ABD AZIZ MOHD YUSOF mengenai kriteria menjadi calon dan kos mengurus bagi sesebuah PRK. Apakah kriteria bagi seseorang calon untuk bertanding kerusi Dun? Seperti biasa, beliau mestilah warganegara Malaysia, beralamat di negeri yang ingin ditandingi, berumur lebih 21 tahun, sempurna akal, tidak muflis, tidak memegang jawatan berpendapatan dan tidak pernah di penjara melebihi satu tahun (tetapi boleh bertanding selepas tamat hukuman). Boleh Tan Sri jelaskan mengenai syarat yang memerlukan calon beralamat di negeri yang ingin di tandingi itu? Alamat kad pengenalan calon mestilah di negeri tersebut, contohnya dalam kes kekosongan Dun Kajang. Mana-mana calon yang ingin bertanding, perlu beralamat di Selangor. Ada yang mengatakan calon bagi Dun perlu menjadi pemastautin di kawasan itu, ada tempoh tertentu untuk seorang itu dianggap pemastautin di kawasan itu? Tidak perlu, peraturan hanya mengatakan beralamat di negeri tersebut dan tidak ada tempoh masa dinyatakan. Pada hari penamaan calon, alamat yang didaftarkan pada kad pengenalan itu yang diambil, tidak kiralah sama ada beliau baru sehari menukar alamat atau sebagainya. Contoh Datuk Seri Anwar Ibrahim mahu bertanding di Kajang, maka alamat kad pengenalannya mesti di Selangor. Cuma pencadang dan penyokong sahaja perlu menjadi pemastautin tetap di kawasan itu. Berapakah kos anggaran sesebuah PRK? Pada masa sekarang ini anggaran sudah melebihi RM1 juta. Contoh PRK terbaru di Dun Sungai Limau dan Besut melebihi RM1 juta. Tan Sri boleh jelaskan apakah faktor yang melibatkan perbelanjaan sesebuah PRK? Kos ini melibatkan banyak faktor, ia bergantung kepada besar kawasan, bilangan pengundi, kawasan bandar atau luar bandar. Read More / Baca Lagi >> | ||
Dakwa SAMM Ke Mahkamah Bukti Nyata Putrajaya Bohong! Posted: 29 Jan 2014 06:29 PM PST Chegubard' Mengaku Tidak Bersalah Anjur Perhimpunan KUALA LUMPUR: Ketua cabang PKR Rembau Badrul Hisham Shaharin atau 'Chegubard' mengaku tidak bersalah di Mahkamah Sesyen di sini atas pertuduhan menganjurkan perhimpunan pada malam ambang tahun baharu pada Rabu. Chegubard, 35, yang juga Pengerusi Solidariti Anak Muda Malaysia (SAMM)didakwa bersama-sama Pengerusi Solidariti Mahasiswa Malaysia (SMM) Mohamed Bukhairy Mohamed Sofian, 23, dan Pengarah Propaganda SAMM, Edy Nor Reduan, 33. Mohamed Bukhairy dan Edy Nor turut mengaku tidak bersalah atas pertuduhan sama iaitu menganjurkan perhimpunan membantah kenaikan harga barang dan Cukai Barang dan Perkhidmatan (GST) di Dataran Merdeka, Jalan Raja di sini antara 9 malam 31 Dis 2013 hingga 1 pagi 1 Jan lepas. Mereka didakwa gagal memberitahu Ketua Polis Dang Wangi 10 hari sebelum tarikh perhimpunan tersebut. Mereka didakwa melanggar perintah mengikut Seksyen 9(1) Akta Perhimpunan Aman 2012 dan boleh dihukum mengikut Seksyen 9(5) akta sama yang dibaca bersama Seksyen 34 Kanun Keseksaan, yang membawa hukuman denda maksimum RM10,000. Timbalan Pendakwa Raya Suhaimi Ibrahim menawarkan jaminan RM5,000 dengan seorang penjamin bagi setiap mereka yang didakwa. Kesemuanya didakwa sebagai orang kena saman (OKS) dan ketika pertuduhan dibacakan 'Chegubard', Mohamed Bukhairy dan Edy Nor berdiri di luar kandang tertuduh. Peguam Eric Paulsen yang mewakili ketiga-tiga OKS bagimanapun memohon anak guamnya dijamin dengan bon peribadi kerana kes itu hanyalah kes saman dan jumlah yang dipohon oleh Suhaimi adalah terlalu tinggi serta membebankan. Hakim Azman Mustapha kemudian membenarkan setiap OKS diikat jamin dengan bon peribadi RM5,000 tanpa cagaran dan menetapkan 27 Feb untuk sebutan. BERNAMA
| ||
Posted: 29 Jan 2014 06:10 PM PST SHAH ALAM - Ketua Pembangkang, Datuk Seri Anwar Ibrahim mengesahkan spekulasi bahawa dirinya menggunakan alamat di Kajang seperti yang didakwa oleh sesetengah pihak. Katanya, alamat yang tertera di dalam kad pengenalannya itu turut merujuk kepada kediaman bapanya. "Ya, saya menggunakan alamat di Kajang dan saya rasa perkara itu tak menimbulkan persoalan," katanya dalam sidang media, semalam. Dalam kenyataan sama, beliau berkata, keputusan bertanding dalam Pilihan Raya Kecil (PRK) Dun Kajang adalah sebagai langkah permulaan dalam menawan Putrajaya, selepas gagal dalam pilihan raya umum yang lalu. Selain itu, katanya, sekiranya menang di Kajang, misi pertamanya adalah untuk menjadikan Selangor sebagai sebuah negeri contoh dalam semua aspek. "Dalam perbincangan awal, konsensusnya kita perlu bergerak dan meluaskan tahap pencapaian sebagai sebuah negeri sederhana namun menonjol dalam semua aspek," katanya. Read More / Baca Lagi >> | ||
PRK Dun Kajang: Presiden Reformis mahu cabar Anwar Posted: 29 Jan 2014 06:08 PM PST SHAH ALAM - Presiden Gerakan Reformasi Rakyat Malaysia (Reformis), Ramlan Abu Bakar mahu mencabar Ketua Umum PKR, Datuk Seri Anwar Ibrahim dalam PRK Dun Kajang akan datang. Ramlan berkata, keputusan dibuat setelah melihat politik kotor yang diamalkan oleh Anwar sehingga melibatkan kesusahan rakyat Selangor. Menurutnya, Anwar melakukan politik jijik apabila ingin merampas kuasa secara halus dari Menteri Besar, Tan Sri Abdul Khalid Ibrahim dan hanya mementingkan diri sendiri demi politik. "Saya (Reformis) akan mencabarnya habis-habisan dalam pilihan raya nanti dan ini adalah platform terbaik kepada Reformis untuk mendedahkan kelemahan Anwar dan pentadbiran kerajaan negeri Selangor," katanya kepada Sinar Harian, semalam. Read More / Baca Lagi >> | ||
'Eloklah 'orang tua' ini bersara...' Posted: 29 Jan 2014 06:05 PM PST Menjawab soalan pemanggil mengenai beliau tidak sepatutnya meletakkan jawatan sebagai perdana menteri sebelum mencapai Wawasan 2020, Tun Dr Mahathir Mohamad berkata ketika beliau masih menjadi perdana menteri, ramai berpendapat eloklah 'orang tua' ini bersara dan memberi peluang kepada yang muda. "Suara-suara ini semakin lantang, walaupun tidak begitu jelas kepada semua orang tetapi saya sedar bahawa tiap seorang yang duduk terlalu lama di satu jawatan akan dibenci oleh orang lain walau apa pencapaian sekalipun," katanya ketika ditemubual menerusi program Dalam Radar Khas terbitan Bernama Radio24 semalam. "Ada yang berpendapat, jika diadakan pertukaran kepimpinan, negara akan menjadi lebih maju sebab itu pada 2004 (pilihan raya umum), kita dapati sokongan rakyat jauh lebih baik (kepada pemimpin Barisan Nasional) daripada kepada saya sendiri," katanya. Beliau berkata harapan mereka ialah kepimpinan baru itu akan membawa perubahan yang lebih baik tetapi apabila dilihat dasar-dasar yang dibawa kepimpinan baharu itu tidak begitu baik dan prestasi merosot, rakyat hilang kepercayaan. Read More / Baca Lagi >> | ||
Pemilik hartanah KL masih tidak gembira dengan cukai taksiran DBKL Posted: 29 Jan 2014 06:03 PM PST Pemilik hartanah di Kuala Lumpur mungkin lega apabila kadar cukai taksiran bagi setengah tahun pertama kekal tidak berubah, tetapi mereka menganggap ia hanya langkah menyedapkan hati kerana cadangan peningkatan cukai yang akan berkuatkuasa Julai ini membabitkan penilaian hartanah mencecah sehingga 35%. Setiausaha Persatuan Penduduk Bangsar Baru, Prem Kumar Nair, berkata perkara itu dimaklumkan oleh Dewan Bandaraya Kuala Lumpur (DBKL) kepada beberapa penduduk yang memfailkan bantahan terhadap cadangan kenaikan cukai itu menerusi satu mesyuarat antara DBKL dengan kira-kira 100 penduduk Bangsar Baru pada 15 Januari lalu. "Jika jumlah baru akan jadi lebih tinggi daripada maksimum 35%, ia adil, tetapi perkara itu belum lagi diberitahu secara bertulis," katanya kepada The Malaysian Insider. Presiden Persatuan Penduduk Bukit Bandaraya, Datuk Mumtaz Ali, berkata penduduk di kejiranannya diberitahu bahawa cukai taksiran bagi Januari hingga Jun dikekalkan. "Kami difahamkan bahawa bayaran cukai bagi enam bulan pertama sama seperti sebelum ini. DBKL memberitahu mereka akan dengar semua bantahan yang dihantar dan hasil keputusannya dijangka pada April," katanya. Beliau berkata, DBKL memaklumkan bahawa jika penduduk masih tidak berpuas hati dengan cukai taksiran baru apabila diumumkan nanti, mereka boleh membuat rayuan atau menggunakan tindakan perundangan. Read More / Baca Lagi >> | ||
Anwar taruh nasib bertanding di Kajang, kata penganalisis Posted: 29 Jan 2014 06:02 PM PST Datuk Seri Anwar Ibrahim mengambil risiko tinggi apabila mengambil keputusan untuk bertanding dalam Pilihan Raya Kecil Dewan Undangan Negeri (DUN) Kajang dalam keadaan kes liwat beliau masih lagi tergantung, kata penganalisis politik dan peguam. Mereka berkata, senario di Pakatan Rakyat akan menjadi sukar jika Mahkamah Rayuan membatalkan keputusan membebaskan Anwar dalam kes liwat beliau. "Akan ada pilihan raya kecil di Permatang Pauh dan Kajang bahkan kerusi Menteri Besar Selangor juga akan kosong," kata penganalisis politik dari Universiti Monash Malaysia, Profesor James Chin. "Keadaan huru-hara yang lebih besar akan berlaku jika beliau adalah menteri besar. Penyabitan beliau akan menghasilkan huru-hara untuk negeri itu," katanya. Chin berkata, Anwar mempunyai "kuasa bintang" dan seharusnya tidak mempunyai masalah untuk memenangi kerusi Kajang jika tidak ada sabotaj dalaman oleh ahli partinya. Bagaimanapun, katnaya, kebanyakan pengundi di Kajang tidak akan berfikir secara rasional mengenai gambaran yang lebih besar. Read More / Baca Lagi >> | ||
Almarhum Ustaz Dato Harun Taib: Peringatan buat semua Posted: 29 Jan 2014 04:47 PM PST | ||
PRK Dun Kajang: Apakah Abdul Hadi juga tidak setuju dengan Anwar? Posted: 29 Jan 2014 04:40 PM PST Ahli dan penyokong PAS tidak perlu keliru dengan pelan transisi penggantian Menteri Besar Selangor yang dilakukan secara tektikal dengan meletakkan Anwar Ibrahim bertanding di DUN Kajang yang telah dikosongkan oleh penyandangnya Lee Chin Cheh dua hari lepas.
Mohamad Sabu selepas mengadakan sidang akhbar bersama Anwar Ibrahim pagi tadi menegaskan PAS tidak akan memboikot pilihan raya berkenaan. Manakala Mustapa Ali pula memberi amaran agar ahli PAS tidak membuat kenyataan bersifat spekulatif. Sebaik nama Anwar diumumkan sebagai calon pada pilihan raya kecil Kajang beberapa pemimpin kecil PAS telah membuat kenyataan sumbang dan mengkritik tektikal itu. Ada yang memberi ancaman untuk memboikotkan pilihan raya berkenaan ada yang mengatakan ia satu pengkhianatan demokrasi dan sebagainya. Bagaimana pun kenyataan dan pandangan itu walaupun dikreditkan jawatan ia bersifat peribadi dan sampah. Tampaknya mereka yang lancang membuat kenyataan mendahului kepimpinan parti, tidak memahami rukun-rukun berpersatuan. Jauh sekali untuk membaca peta politik yang dilakar Anwar Ibrahim. Sehingga hari ini Presiden PAS, Abdul Hadi Awang masih belum memberi apa-apa komen. Sikap diam diri Abdul Hadi ini tidak sukar untuk difahami. Mungkin beliau juga menolak pelan berkenaan? Boleh jadi juga beberapa kerat pemimpin PAS itu berani mengeluarkan kenyataan bercanggah dengan semangat Pakatan Rakyat kerana berpandukan kepada pendirian Abdul Hadi sebelum ini yang tidak setuju Anwar Ibrahim mengganti Khalid Ibrahim. Abdul Hadi dikatakan berminat untuk menamakan wakil rakyat PAS. Nama disebut ialah Iskandar Abdul Samad pesuruhjaya PAS Selangor kini. Read More / Baca Lagi >> | ||
PRK DUN KAJANG: ANWAR HILANG KREDIBILITI...... Posted: 29 Jan 2014 04:37 PM PST Membaca sejarah lampau, teringat kisah sewaktu DS Anwar dipecat dari Kjaan dan Umno serta diaibkan. Hari pertama dipecat, di antara yg terawal berkunjung menziarahi DS Anwar di rumahnya adalah Almarhum Us Fadzil Noor Presiden PAS. Ketika itu, ramai pimpinan PAS dan ahli PAS yg tidak setuju Almarhum Fadzil Noor bertemu Anwar atas sebab, pertama, itu masalah dalaman Umno dan Anwar. Kedua, mereka kata Anwar dulu dlm Umno serang PAS maka tak wajar Almarhum Us Fadzil cuba berbaik dgn Anwar. Ketika itu Almarhum Us Fadzil sanggup hilang 'imej dan kredibiliti' sebagai Presiden PAS kerana dikritik oleh beberapa pimpinan dan ahli PAS sendiri. Namun, Us Fadzil ada sebab mengapa beliau bertemu DS Anwar. Hujah utamanya adalah biarpun Anwar dulunya menentang PAS, tapi sekarang Anwar telah dizalimi dan wajib Anwar dibantu. Ketika itu ramai yg berkata apa faedahnya dan untungnya Us Fadzil berbuat demikian? Nah, Us Fadzil kini telah tiada. Apakah untungnya perbuatan Us Fadzil berpuluh tahun dulu kpd PAS? PAS amat hebat sekarang malahan disokong semua kaum, letak bertanding di mana saja PAS punyai harapan baik. Bukan kerana Anwar sebenarnya, tetapi kerana kebijaksanaan Almarhum Us Fadzil yg sanggup dikritik hebat dan korbankan kredibilitinya sebagai Presiden demi untuk partinya. Menyedihkan, Almarhum tidak sempat lama melihat kemajuan PAS. Sekarang, baru kita terfikir langkah Almarhum dulu itu amat tepat sekali. | ||
Rakyat Selangor ada hak memilih untuk jadi kuda tunggangan siapa pun.!! Posted: 29 Jan 2014 04:34 PM PST Spekulasi Anwar jadi Menteri Besar itu tidak dapat di hilangkan kerana 'PKR engineered by-election' ini adalah yang sangat mengejutkan ramai dan tidak bersetuju jika 'orang luar' datang bermaharajalela di Selangor. PAS merupakan parti yang tidak begitu enak menanti kedatangan PRK ini kerana ramai pemimpin-pemimpin PAS di bawahan telah membuat berbagai-bagai kenyataan yang tidak menyeronokan PKR khususnya Anwar Ibrahim. Tuan Ibrahim Tuan Man, Naib Presiden PAS menyatakan dengan jelas, yang PAS bersetuju dengan Anwar untuk menjadi ADUN di Kajang tetapi tidak begitu menyokong jika Anwar menjadi Menteri Besar. Ramai di antara pemimpin Muda PAS di peringkat pertengahan dan bawahan menunjukkan rasa curiga tentang tindakan PKR membawa pengundi Kajang untuk terbabit dengan pilihanraya kecil ini. Walaupun pimpinan PAS secara rasminya memberikan sokongan terhadap pilihanraya kecil ini, tetapi dibawah-bawahan sokongan itu tidaklah begitu keadaannya. Bagi saya pendukung PAS mempunyai sebab yang kuat untuk merasa sangsi sebagai parti yang lebih besar dan mempunyai wakil yang lebih besar dari PKR di Selangor. Ramai yang merasakan PKR 'is taking PAS for granted' seperti yang dialami oleh PAS dalam pilihanraya yang lalu. PAS mungkin tidak dirundingkan dahulu kerana PKR mungkin beranggapan yang PAS adalah parti yang sabar dan parti itu hanya sebagai parti yang 'disuruh pergi, dipanggil datang' sahaja oleh PKR. Sebagai sebuah parti, PAS tentulah ada maruahnya sendiri. Ahli-ahli PAS yang berjumpa dengan saya berkata yang mereka bukannya kaldai politik sesiapa. PKR yang bermasalah kenapa bawa rakyat dan PAS sama-sama terlibat dalam penyelesaian permasalahan PKR itu. "DAP bolehlah dibawa kemana-mana kerana parti itu adalah kembiri politik negara. Mundar mandir untuk mencari jalan untuk menjadi kerajaan" kata salah seorang pemimpin PAS pertengahan yang berjumpa saya petang semalam. "Letih melayan Anwar ni" katanya tegas. Read More / Baca Lagi >> | ||
Kemelut Pilihanraya Kecil Kajang ..!! Posted: 29 Jan 2014 04:30 PM PST Apabila tersiar berita ADUN Kajang Lee Chin Cheah (CC Lee) melepaskan jawatannya kelmarin, warga Selangor terkejut beruk. Ramai yagn diberitahu bahawa perletakan jawatan itu tidak lah seperti yang diterangkan oleh CC Lee "untuk memantapkan pentadbiran PKR...." Kejutan itu menjadi lebih lebih besar apabila tempat itu akan disisi oelh Anwar Ibrahim, ketua umum PKR untuk membolehkan beliau naik menjadi menteri besar menggantikan khalid Ibrahim. Berita itu menjadi tandatanya besar kerana warga Selangor terutama sekali orang Melayu Selangor tidak fikir itu satu strategi bijak di pihak Anwaar Ibrahim. Kalau punca perletakan jawatan itu adalah untuk menyelesaikan kemelut yagn menghantui Khalid Ibrahim dan Azmin, tentulah ia menampakkan strategi Anwar yang pincang. Kerana sebagai seorang ketua umum Anwar boleh mengarahkan Azmin sebagai yang lebih muda daripada Khalid untuk berhemah dan mengambil jalan mengalah kepada orang yagn lebih berusia darinya., Soalnya sekarang warga Selangor sudah pandai menelah dan pandai menganalisa apakah muslihat sebenarnnya kenapa CC Lee boleh sanggup melpaskan jawatan itu. Elok kita kaji penilaian mereka: 1. Semasa Pilihanraya umum ke-13 dahulu, Anwar Ibrahim telah melantik Azmin Ali sebagai Pengarah Pilihanraya. Dia punyai kuasa untuk memilih siapa yang dia suka untuk bertanding mewakili PKR. Cuma di kerusi tertentu, seperti untuk meletakkan Khalid Ibrahim, dia terpaksa akur kepada arahan Anwar Ibrahim. Ini bermakna hampir semua wakil rakyat PKR sudah termakan budi kepada azmin ali . Apa kata "Boss AA" ada kalanya lebih utama daripada apa kata Anwar Ibrahim ataupun "Pak Shiekh" 2. Semasa PRU-12 dahulu ramai calon PKR adalah mereka yang pernah menganggortai ABIM semasa pertubuhan Angkatan Belia Islam itu dipimpin oleh Anwar Ibrahim. Akan tetapi pada PRU-13, ramai calon PKR adalah daripada JIM (Jemaah Islamiah Malaysia) Antara emreka yagn dikenal pasti sebagai anggota JIM adalah Zuraidah Kamaaruddin, Fauziah Salleh, Saifuddin Nasution dan banyak lagi. 3. Selalunya penegerusi perhubungan negeri mana-mana parti politik dipegang oeh orang yang menjadi menteri besar di sesuatu negeri, melainkan berlaku sedikit pergeseran yang tidak tenteram dalam parti itu. Selangor sudah terbukti sebagai sebuah parti yang berjaya dikuasai PKR di bawah pentadbiran Khalid Ibrahim. Tetapi jawatan Pengerusi Perhubungn Negeri dipegang oleh Azmin Ali dan bukan oelh Khalid. Ini merupakan satu tolak-ansur yagn dibuat oleh Wan Azizah dan Anwar. 4. Azmin Ali adalah orang nombor dua dalam pucuk kepimpinan PKR. Khalid Ibrahim hanya jauh di bawah dalam bentuk ranking heiraki kepimpinan. Kerana itu Azmin telah berjaya mendesak Anwar Ibrahim agar dia diberikan kuasa memilih wakil PKR dalam melantik ahli majlis perbandaran dan penyelaras DUN. Ini bermakna Khalid mempunyi bidang kuasa yang lebih kecil daripada Azmin dalam menentukan siapa yang patut mewakili rakyat Selangor dalam setiap majlis bandaran dan penyelaras DUN diSelangor. Malangnya Azmin membuat lantikan sesuka hatinya. Sebagai contoh, seseorang anggota PKR yang menetap di Rawang dipilih untuk menjadi anggota Majlis Bandaran Ulu Selangor.tentu ramai orang yang marah. 5. Satu ketika dahulu, Setiausaha Khalid di Pejabat Menteri Besar ialah YB Nik Nazmi. Sekarang dia dilantik menjadi Timbalan Speaker. Dengan perlantikan itu Azmin boleh tahu apa yang bergolak dalam pejabat Khalid. Ini dipermudah dengan adanya litar kemera 'close-circuit TV' di pejabat Khalid. Apabila kes ini terbongkar, Khalid bertindak mengenepikan Nik Nazmi dan melantik seorang wanita bernama Faekah menggantikan tempat Nik Nazmi. Sebagai insan yang menjalankan tugas Faekah ternyata layak digelar daripada wanita besi Malaysia. Dia mepunyai sikap "no nonsense". Kerana itu dia telah dilantik menjadi CEO MBI Selangor (Menteri Besar Selangor Incorporated). 6. Perlantikan Faekah ke jawatan itu membuatkan Azmin melenting, kerna mengikut perjanjian dahulu dialah orangnnya yang mempunyai kuasa melantik siapa juga yang patut memegang jawatan penting dalam pentadbiran selangor. | ||
Selesai segera isu kaum dan agama Posted: 29 Jan 2014 04:22 PM PST A Shukur Harun Pelbagai pihak kini sedang memerhatikan dengan cemas segala perkembangan yang berlaku di tanah air, yang dilihat sangat membimbangkan. Ini akibat segala isu yang berbangkit menuju ke arah maraknya api perkauman dan pertentangan agama sedang dibakar oleh pihak tertentu yang mempunyai pelbagai kepentingan dan keadaan ini sangat mencemaskan. Kini selepas lebih enam bulan PRU13, isu perkauman masih dimainkan dalam pelbagai variasi dan bentuk. Semuanya ini sangat membimbangkan. Sehubungan itu, NGO Islam mengalu-alukan usaha Pakatan Rakyat untuk duduk bersama Umno/BN bagi membincangkan isu perkauman dengan segera bagi mencari formula terbaik demi memelihara kesejahteraan rakyat negara ini. Presiden Angkatan Belia Islam Malaysia (Abim), Amidi Abd Manan, berkata saranan Pakatan Rakyat itu wajar disambut oleh BN sekiranya mereka benar-benar ikhlas mahu menjaga kesejahteraan rakyat negara ini. Katanya, Umno terutamanya wajar menerima cadangan itu kerana sering dilihat membakar api perkauman, jika benar-benar memikirkan kesejahteraan negara. Beliau berkata, emosi rakyat sedang dibakar dengan api perkauman, maka sebelum ia menjadi tidak terkawal wajar pihak yang terlibat terutama pemimpin parti politik duduk bersama berbincang. Menurut Abim, cadangan Pakatan Rakyat itu adalah satu tindakan yang menunjukkan kematangan berpolitik dan wajar disambut oleh Umno BN. Read More / Baca Lagi >> | ||
Kabinet 47% BN setuju rekonsiliasi nasional dengan Pakatan, tetapi bukan kerajaan perpaduan..!! Posted: 29 Jan 2014 04:05 PM PST Putrajaya akhirnya menyambut pelawaan Pakatan Rakyat (PR) apabila bersetuju mengadakan rekonsiliasi nasional dengan gabungan pembangkang tersebut namun bukan kearah pembentukan kerajaan perpaduan, kata Datuk Seri Najib Razak (gambar) hari ini. Keputusan tersebut dicapai selepas perdana menteri selesai berbincang dalam satu mesyuarat Kabinet hari ini. "Dalam mesyuarat Kabinet hari ini, menteri saya dan saya meneliti rancangan untuk menubuhn dan mempromosikan suasana yang kondusif dan membantu mempromosikan rekonsiliasi nasional menerusi perpaduan dan konsensus dalam negara," kata Najib dalam satu kenyataan hari ini. "Rancangan rekonsiliasi nasional itu akan berasaskan empat kunci utama iaitu sosial, politik, kerajaan dan hubungan antarabangsa dan melihat pada masa depan, saya akan mengetuai pelaksanaan perubahan ini dengan harapan membawa semua rakyat Malaysia berada dekat antara satu sama lain," kata Najib. Najib juga yakin PR akan menyambut cadangan tersebut terutamanya selepas Ketua Pembangkang Datuk Seri Anwar Ibrahim membuat tawaran sama baru-baru ini. "Saya terharu dengan gesaan pembangkang yang mencadangkan satu konsensus dan saya yakin mereka akan mengalu-alukan perkembangan terbaru ini," katanya. Read More / Baca Lagi >> | ||
Posted: 29 Jan 2014 03:51 PM PST By David Teoh The original United Malay National Organisation (UMNO) was formed in 1948 under the leadership of Onn Jaafar, the father of Malaysia's third Prime Minister and grandfather of the present Defence Minister, Hishamuddin, as the poltical organisation representing the Malays in the fight for independence from British colonial rule. UMNO's membership represents the Malay people from all walks of life, from Malay royalty like the first prime Minister, Tunku, a Kedah prince, Malays in public services, and ordinary people living in the kampongs. As a people, the Malays, the orang-orang Melayu, are a gentle race, religious, culturally tied to traditions of humilty and polite bearings, and an accomodating and hospitable nature. It is this trait that allows the later arrivals of Chinese and Indian immigrants to be accepted as co-countrymen living in harmony as a Malayan nation. Over the years, there were inter-marriages between the local Malays, especially women, with Indian men, many of whom were then more educated in the English language, many getting out of their low caste Indian heritage by converting to Islam or Christianity. The Indian Muslims by their conversion to the Islamic religion have according to Malaysia's unique Constitution, claim the right to be a Malay. The Indian Muslims, also known as "mamak"s, by virtue of their education and qualifications, have inter-married with Malay women and recognised by the accomodating Melayu people as bumiputras. And there arise the Melayu Dilemna. The mamaks do not carry the gentle character of the real Malay peoples, generally smarter and more assertive, reflecting their Indian part of their character, and trying to be more Malay than the orang-orang Melayu, particularly in the area of politics in order to be accepted and recognised. Many joined the ruling political party, UMNO and have gained prominent leadership positions not only in the party, but many in government, civil services, and all areas of society, except, the two major institutions of the Malaysian nation, namely, the Monarchy and the Armed Forces. The original Melayu not only have to contend with the "mamaks", but even more insidious, the newer arrivals from Indonesia. Belonging to the greater Austro-Melanesian race that make up the Nusantara peoples in South Thailand, Peninsular Malaya, Indonesia and the Philippines, Many Malays particularly in the west coast states of Selangor and Negeri Sembilan, Johore, are more recent arrivals from Indonesia, a clear example being the former Menteri Besar of Selangor, Khir Toyo and even current Home Minister, Zahid Hamidi. The Malays of Indonesia heritage as shown by the Chow Kit road traders do not have the character traits of the orang-orang Melayu found throughout Peninsular Malaya. Typical of migrants starting a new life in a new environment, the Indonesian Malays tend to be more aggressive and assertive in order to strive for a living, similar to the Chinese and Indian migrants before. UMNO as the ruling party attracts both the Mamaks and the Indo-Malays more than the Islamic party, PAS. And the rise in influence of these two groups within UMNO have changed the character of UMNO since the the formation of UMNO BARU by Dr. Mahathir, who defeated the Kelantanese royalty, Tengku Razaleigh for control of the Malay ruling party. | ||
Tun M: Politik sekarang tertumpu rebut kekayaan Posted: 29 Jan 2014 03:48 PM PST KUALA LUMPUR - Tun Dr Mahathir Mohamad menyifatkan senario politik pada masa ini lebih tertumpu untuk merebut kekayaan dan tidak lagi menumpukan kepada tugas sebenar sebagai ahli politik. Bekas perdana menteri berkata berada dalam parti politik bukan untuk mengayakan diri tetapi sebaliknya mempunyai tanggungjawab untuk membangunkan negara. "Apabila kita semua miskin, kita bersatu padu kerana kita perlu pertahan diri kita. Sekarang ini, negara kita agak lebih kaya daripada dahulu dan kekayaan ini mempengaruhi kita dan masing-masing ingin merebut kekayaan dan tidak lagi menumpukan kepada tugas sebenar sebagai ahli politik dan parti politik. "Kita berada dalam parti politik bukan untuk mengayakan diri tetapi untuk membangunkan negara dan daripada pembangunan itu, kita akan dapat bahagian kita dan pihak lain akan dapat bahagian mereka. "Jika kita guna kuasa politik untuk diri kita, ini salah. Ini bukan tujuan politik sebenarnya, politik adalah berkenaan pentadbiran negara memajukan negara tetapi ada yang mendapat kuasa, salahgunakan kuasa itu untuk kepentingan diri. Ini yang menjadi masalah sekarang," katanya ketika ditemu bual menerusi program Dalam Radar Khas terbitan Bernama Radio24 di sini hari ini. Menjawab soalan pemanggil mengenai beliau tidak sepatutnya meletakkan jawatan sebagai perdana menteri sebelum mencapai Wawasan 2020, Dr Mahathir berkata ketika beliau masih menjadi perdana menteri, ramai berpendapat eloklah 'orang tua' ini bersara dan memberi peluang kepada yang muda. "Suara-suara ini semakin lantang, walaupun tidak begitu jelas kepada semua orang tetapi saya sedar bahawa tiap seorang yang duduk terlalu lama di satu jawatan akan dibenci oleh orang lain walau apa pencapaian sekalipun. "Ada yang berpendapat, jika diadakan pertukaran kepimpinan, negara akan menjadi lebih maju sebab itu pada 2004 (pilihan raya umum), kita dapati sokongan rakyat jauh lebih baik (kepada pemimpin Barisan Nasional) daripada kepada saya sendiri," katanya. Read More / Baca Lagi >> |
You are subscribed to email updates from RAKYAT MARHAEN To stop receiving these emails, you may unsubscribe now. | Email delivery powered by Google |
Google Inc., 20 West Kinzie, Chicago IL USA 60610 |
Tiada ulasan:
Catat Ulasan