Rabu, 29 Januari 2014

MIMPI SENJA

MIMPI SENJA


Khairy tertekan dengan langkah PKR

Posted: 29 Jan 2014 10:53 PM PST

jANUARY 29, 2014
Ketua Pemuda Umno, Khairy Jamaluddin Abu Bakar tidak dapat menyembunyikan tekanan dengan langkah politik PKR hari ini. Rakyat secara umum mengetahui PKR, dengan dukungan Parti Islam SeMalaysia (PAS) dan Parti Tindakan Demokratik (DAP) bersetuju bersama atas semangat Pakatan Rakyat untuk meletakkan Ketua Umum Keadilan, Datuk Seri Anwar Ibrahim sebagai calon Dewan Undangan Negeri (DUN) N25 Kajang, yang kosong akibat peletakan jawatan Lee Chin Cheh.
Reaksi pantas Khairy Jamaluddin sebagai selebriti media sosial dijangka, dengan segera memperolok-olokkan Anwar atas keputusan tersebut yang secara jelas mendedahkan bahawa Umno Barisan Nasional cuba mengalihkan perhatian rakyat yang berminat untuk mengetahui senario politik di Selangor ini. Saya tidaklah memandang berat komen kosong Khairy Jamaluddin tersebut, tetapi inilah bentuk tekanan awal yang dizahirkan oleh pimpinan Umno Barisan Nasional.
Sejak awal lagi, Umno Barisan Nasional cuba membina persepsi negatif terhadap perkembangan tersebut melalui tweet dan sebaran media sosial kerana menyedari impak penyertaan Anwar ke dalam kancah politik Selangor secara khususnya, yang hampir pasti memberi pukulan lebih hebat kepada mereka pada masa ini sudah tidak lagi relevan di Selangor.
Anwar mahu jadikan Selangor sebagai model pentadbiran di Putrajaya
Memang wujud tekanan dan persepsi berbeza daripada semua golongan, dan PKR berbesar hati untuk menerima perbezaan tersebut. Benar akan berlaku sebuah pilihan raya kecil yang menurut sesetengah pihak, sebagai membazirkan wang rakyat, namun, meneliti keperluan dan permintaan untuk menyediakan perkhidmatan lebih efektif kepada rakyat, maka Anwar mengambil langkah progresif dan berani sebagai persediaan Selangor menjadi model pentadbiran di Putrajaya kelak.
Tindakan ini mungkin tidak popular, tetapi PKR yakin ia adalah strategi terbaik dan penuh perancangan serta dedikasi supaya apa yang diperjuangkan selama ini kembali ke landasan yang tepat dan ini adalah harga yang perlu dibayar untuk sebuah perubahan.
Anwar Ibrahim dan PKR komited dengan janji untuk sebuah pentadbiran yang lebih telus dan berani walaupun berdepan kritikan dan teguran.
Pentadbiran Pakatan Rakyat yang memasuki usia enam tahun di Selangor serta Pulau Pinang bukanlah sepertianak kecil yang merangkak.This child is growing, dan bersedia menempuh fasa baru yang lebih matang dan mencabar.
Anwar kini adalah pemimpin, yang bersedia berkongsi pengalaman luasnya di dunia politik untuk manfaat bersama rakyat Selangor. Kini, beliau berpeluang berperanan lebih jelas dalam pentadbiran Pakatan Rakyat Selangor.
Hubungan Pakatan Rakyat erat dan tidak mudah goyah
PKR menelusuri 15 tahun penubuhannya dengan isu dan cubaan politik yang pelbagai. Malah dari tempoh waktu itu, 6 tahun parti ini membina setiakawan dan pakatan yang erat dengan PAS dan DAP. PKR menerima baik perbezaan pendapat dan yakin bahawa hubungan ini sangat erat dan tidak mudah goyah dek satu lagi cubaan politik baru.
Saya menyedari wujud usaha untuk menggeserkan hubungan erat dalam Pakatan Rakyat, namun meyakini bahawa setiakawan yang terbina sejak penggal lalu akan menjadi sandaran untuk Pakatan bersama menempuh sekali gus meningkatkan kembali pemahaman dan keyakinan rakyat terhadap matlamat kami.
Iltizam untuk memberikan reformasi pentadbiran kepada rakyat Malaysia, nyata mengatasi segala-galanya. PKR bersama PAS dan DAP tidak akan layu dek kerana label dan momokan kosong yang menjadi acahan Umno Barisan Nasional bagi mengalih isu semasa.
Khairy, dalam peranan sebagai Ketua Pemuda Umno dan Menteri Belia Sukan tidak harus ghairah menjadi populis, sedangkan pentadbiran kerajaan persekutuan Umno Barisan Nasional lebih tenat dan melupakan kepentingan dan kebajikan rakyat.
Khairy boleh memilih untuk menghiburkan pengikutnya di laman sosial dan menjadi selebriti politik, tetapi jangan sesekali cuba menyembunyikan tekanan dan keresahan dengan penyertaan Anwar ke DUN Selangor. Tekanan Khairy begitu dirasai, dan saya yakin tekanan ini sedang membara dan sedikit masa lagi Umno Barisan Nasional akan berhabis-habisan menyerang peribadi calon PKR di N25 Kajang.
PKR komited untuk terus melawan bagi menjadi pemangkin perjuangan rakyat. Lawan tetap lawan! – 29 Januari, 2014.- TMI

Dalam suasana getir, PAS hulur semangat setiakawan kepada Anwar, kata Salahudin

Posted: 29 Jan 2014 07:37 PM PST

JANUARY 30, 2014
Sokongan PAS kepada pencalonan Datuk Seri Anwar Ibrahim di DUN Kajang adalah semangat setiakawan, kata Naib Presiden PAS, Salahudin Ayub. Gambar fail.Sokongan PAS kepada pencalonan Datuk Seri Anwar Ibrahim di DUN Kajang adalah semangat setiakawan, kata Naib Presiden PAS, Salahudin Ayub. Gambar fail.Tindakan PAS memberikan sokongan penuh kepada pencalonan Datuk Seri Anwar Ibrahim untuk Pilihan Raya Kecil Dewan Undangan Negeri (DUN) Kajang adalah untuk menunjukkan semangat setiakawan ketika parti rakannya itu sedang menghadapi masalah.
Naib Presiden PAS, Salahudin Ayub dalam satu kenyataannya hari ini berkata:"Adalah penting di saat-saat sukar begini PAS terus dilihat sebagai rakan yang setia dalam persahabatan."
Kenyataan ini dibuat Salahudin ketika pelbagai kenyataan dibuat oleh pemimpin muda PAS bagi membantah apa yang belaku berikutan peletakan jawatan Adun Kajang.
Setiausaha Perhubungan PAS Selangor, Mohd Khairudin Othman, berkata PAS Selangor akan menghantar calonnya sendiri jika Tan Sri Abdul Khalid Ibrahim meletakkan jawatan dan kenyataan itu menjadi tajuk muka depan akhbar harian.
Kenyataan Nasrudin Hassan iaitu bekas ketua pemuda PAS (yang dibuat atas nama ahli PAS Indera Mahkota), Pengarah Pilihan Raya Pemuda PAS, Sany Hamzan; serta ketua Pemuda PAS Selangor dan Gombak tidak mendapat tempat dalam media tetapi memberikan lambang besar terhadap apa yang berlaku di kalangan akar umbi.
Kenyataan seorang AJK Pemuda PAS Selayang, Zuhdi Mat Piah yang mengungkit cadangan Ketua Dewan Ulama PAS, allahyarham Harun Taib agar tahaluf siasi dengan PKR dikaji sangat menarik dalam situasi dan mood yang ada di kalangan ahli PAS sekarang.
Ia melambangkan sikap sesetengah ahli dan penyokong PAS bahawa mereka sangat kesal dengan apa yang berlaku.
Salahudin menyertai sidang media Pakatan Rakyat semalam ketika Menteri Besar Selangor, Tan Sri Khalid Ibrahim mengumumkan Anwar sebagai calon Pakatan di Kajang.
Pilihan raya kecil itu akan diadakan berikutan peletakan jawatan Adun PKR, Lee Chin Cheh. Tindakan ini menimbulkan kemarahan akar umbi Pakatan termasuk sebahagian ahli PAS.
Sehubungan itu, penyertaan Salahudin dalam sidang media pengumuman Anwar sebagai calon Kajang secara tidak langsung tidak disenangi oleh sebahagian ahli PAS.
Salahudin sedar hal ini apabila berkata:"Isu ini mencetuskan reaksi yang sangat kontroversi tidak seperti pilihan raya kecil sebelum ini kerana amat sukar untuk memahamkan rakyat biasa tentang isu dalaman parti khususnya.
"Rakyat begitu marah dan keadaan ini pastinya meletakkan PKR dan Datuk Seri Anwar Ibrahim dalam keadaan yang begitu sukar dan memerlukan sokongan dan dukungan.
"Dalam keadaan seperti ini saya rasa pastinya PAS terus menunjukkan sikap jiwa besarnya untuk menghulurkan tangan bagi membantu apa saja cara dan pendekatan untuk memastikan kejayaan Pakatan Rakyat mempertahan kerusi DUN Kajang," kata Salahudin dalam kenyataan itu.
Beliau berkata, sekiranya PAS tidak berpuas hati dengan beberapa isu dan masalah dalaman yang melibatkan Pakatan Rakyat, PAS akan menggunakan saluran sewajarnya untuk menyatakan sikap dan pendirian. – 30 Januari, 2014. TMI

PRK Kajang : Azmin pujuk PAS Selangor

Posted: 29 Jan 2014 01:15 AM PST





KAJANG 29 Jan - Pengerusi Parti Keadilan Rakyat (PKR) Selangor, Azmin Ali segera mengambil tindakan memujuk parti PAS Selangor setelah menyedari parti Islam tersebut tidak senang hati dengan tindakan PKR yang membelakangkan sekutunya susulan isu peletakan jawatan ADUN Kajang, Lee Chin Cheh.

Timbalan Presiden PKR itu berkata beliau telah menghubungi Pesuruhjaya PAS Selangor, Iskandar Abdul Samad bagi meminta bantuan jentera PAS dalam Pilihan Raya Kecil(PRK) DUN Kajang.

"Saya hubungi Iskandar Samad pada pagi tadi, berbincang panjang dan esok saya akan bertemu sekali dengan Iskandar dan pimpinan PAS Selangor.


"PAS dengan pertemuan dengan Datuk Mustaffa Ali dua hari lalu turut memberikan komitmen," katanya ketika berucap semasa sesi taklimat bersama jentera PKR di sini, hari ini.

Tambah Azmin lagi, sokongan itu bagi memastikan kelancaran kempen dan jentera pilihan raya bagi mengekalkan kerusi PKR di kawasan terbabit.

Katanya, PKR akan berbincang secara serius untuk mendapatkan kerjasama dalam Pakatan Rakyat yang akan diterjemahkan dalam tenaga dan gerak kerja di dalam PRK kali ini.
alt
Semalam, Ketua Dewan Pemuda Pas, Nasruddin Hasaan Tantawi meluahkan  rasa tidak puas hati beliau mengenai perletakkan jawatan penyandang ADUN Kajang Lee Chin Cheh dilaman sosial Facebook dan Twitternya.

Nasruddin Hasaan berkata, pilihanraya adalah medan rakyat memilih pemimpin dan pemimpin telah dipilih dengan penuh pengorbanan dan kepercayaan.

"Tiba-tiba sahaja ada pilihanraya kecil, tidak ada kematian dan tidak ada keuzuran. Sesuka hati meletak jawatan untuk membolehkan pilihanraya kecil diadakan bagi memberi laluan pada seseorang yang lain. Macam main- main sahaja!

"Pilihanraya adalah medan rakyat memilih pemimpin dan pemimpin telah dipilih dengan penuh pengorbanan dan kepercayaan. Perbuatan sengaja meletakkan jawatan setelah mendapat mandat rakyat adalah satu langkah khianat pada amanah," katanya

Nasruddin Hasaan turut berkata, malang bagi ADUN Kajang yang mengabaikan amanah dan mempersiakan penuh pengorbanan dan kepercayaan.

"Perbuatan sengaja meletakkan jawatan setelah mendapat mandat rakyat adalah satu langkah khianat pada amanah. Sungguhpun tidak lompat parti ia adalah tidak wajar. Kalau lompat parti, maka itu adalah dosa berganda," katanya

Tiada ulasan: