Rabu, 22 Januari 2014

RAKYAT MARHAEN

RAKYAT MARHAEN


Najib Tidak Akan Berubah

Posted: 22 Jan 2014 08:49 PM PST

Walaupun jangka masa PRU 14 masih ada empat tahun lebih daripada sekarang, tetapi sudah ramai yang bercakap mengenai kemungkinan UMNO bakal kalah dalam pilihanraya itu. Bekas Menteri Kewangan, Daim Zainuddin yang pandangannya mengenai politik jarang tersasar, secara terbuka berkata, BN akan kehilangan kuasanya jika PRU 14 diadakan dalam suasana seperti sekarang di mana kelemahan kepimpinan Najib Razak begitu ketara dan diperkatakan oleh ramai orang.

Tokoh Wartawan Negara, A Kadir Jasin pula membayangkan tiga senario yang bakal berlaku iaitu sama ada Najib berubah, beliau ditukarkan jika gagal berubah dan jika tiada apa-apa yang berubah, BN akan tewas dalam pilihanraya akan datang.

Seorang lagi bekas wartawan iaitu Zainuddin Maidin yang juga merupakan bekas Menteri Penerangan, tidak jemu-jemu menyarankan agar bekas Perdana Menteri, Mahathir Mohamad diberikan semula kuasa dan pengaruh dalam kerajaan, dengan terbaru mencadangkan agar dilantik sebagai Menteri Mentor bagi membantu Najib, suatu gambaran hakiki bahawa kepimpinan Najib begitu lemah dan tidak bermaya sehingga Mahathir yang sudah berusia 89 tahun dan lebih 10 tahun bersara, dirasakan perlu dipanggil semula untuk menyuntik "ubat kuat" kepada Najib.

Read More / Baca Lagi >>

Bahaya sokongan agamawan

Posted: 22 Jan 2014 08:45 PM PST

Oleh Mohamad Sabu
Rakyat marah bila pemerintah zalim, boros, menindas dipertahan
"DAN (terhadap) Firaun yang menguasai bangunan- bangunan yang handal kukuh? (Semuanya itu ialah) orang-orang yang telah bermaharajalela di negeri (masingmasing). Lalu mereka melakukan dengan banyaknya kerosakan dan bencana di negeri-negeri itu. Dengan yang demikian, Tuhanmu mencurahkan ke atas mereka berbagai paluan azab." (Maksud, Surah Al-Fajr; Ayat 10-13)


Pengajaran daripada al-Quran tentang sifat thagut, melampui batas, bermaharajalela, melakukan kerosakan di atas muka bumi, dan di atas keterlaluan, kekejaman, kezaliman, penindasan, maka Allah azabkan sesuatu kaum, sesuatu pemerintah di suatu tempat itu yang dikisahkan di dalam al- Quran terlalu banyak. Kisah-kisah dan pengajaran yang diperolehi daripada sejarah yang silam. Ciri-ciri kejatuhan sesebuah kerajaan atau empayar adalah serupa sahaja sama ada metodologi, sebab musabab kejatuhan sesebuah kerajaan. Kita berbangga dengan pembinaan Tembok Besar China, tetapi untuk menyiapkan tembok besar itu, berlaku sistem perhambaan dan penindasan terhadap para pekerja oleh maharaja-maharaja China yang menguasai pemerintahan pada masa itu.
Untuk menyiapkan piramid, ataupun binaan-binaan yang begitu kukuh, sudah tentulah melalui sistem perhambaan, kerahan tenaga yang digunakan oleh Firaun untuk menunjukkan kebesarannya, kehebatannya dengan menindas rakyat dan menghabiskan harta rakyat untuk membina kemegahan pemerintahan Firaun.
Ciri-ciri kejatuhan kerajaan Rom, ciri-ciri kejatuhan kerajaan Uthmaniyah Turki, ciri-ciri kejatuhan kerajaan Islam Moghul di India, jikalau dilihat daripada sudut sejarah, ia adalah sama, iaitu apabila pemerintah melakukan segala bentuk kezaliman, pembaziran, menunjuk-nunjuk kehebatan menguasai pembangunan dan membina mahligai-mahligai pemerintahan.
Maka rakyat telah hilang daya juang untuk mempertahankan pemerintah, apabila diserang dari dalam atau dari luar.
Read More / Baca Lagi >>

Selesaikan masalah Melayu dengan Melayu dahulu, baru selesaikan isu dengan semua pihak

Posted: 22 Jan 2014 08:31 PM PST

Ketua Umum PKR, Anwar Ibrahim dan penasihat DAP telah secara terbuka mahu berunding dengan parti-parti dalam kerajaan untuk penyelesaian isu perkauman, ekonomi dan berbagai-bagai isu yang berkaitan dengan negara dan keselamatannya. Unjuran ini telah dilakukan oleh kedua-dua parti Pakatan ini beberapa ketika dahulu dan sekarang ia timbul lagi sekali. Walau bagaimanapun Najib tetap mendiamkan diri tanpa membuat apa-apa reaksi terhadap cadangan PKR dan DAP itu.
UMNO pernah mencadangkan untuk berbincang dengan PAS, tetapi yang menyambutnya adalah Anwar Ibrahim. Saya pernah menulis komen semasa itu dan menganggap unjuran Anwar itu sebagai yang lain yang digeletek, yang lain pula yang terasa gelinya. Pendirian PKR dan DAP ini berubah selepas pilihanraya umum yang lalu setelah tidak mencapai cita-cita dan hajat untuk berkuasa di Putrajaya.
Sebelum pilihanraya yang lalu kedua-dua parti ini tidak mahu untuk tunduk kepada kenyataan yang negara ini, orang melayu menjadi penentunya. Tetapi oleh kerana terlalu takbur dan begitu yakin yang mereka akan menguasai Putrajaya, mereka agak angkuh dan ramai yang tidak dapat menelan keangkuhan mereka semasa itu.Melayu rasa tercabar dan merasakan terhina dengan sikap pihak lain yang begitu menolok mata ketika itu.
Hanya apabila 'sudah terantuk baru mereka hendak tengadah' dan barulah mereka sedar bahawa impian mereka untuk menjadi tuan rumah di komplek Putrajaya itu, hanyalah 'mimpi di siang hari'. Sesungguhnya tidak ada rundingan terjadi tanpa melibatkan pemimpin UMNO. Sebelum itu kita telah menyaksikan betapa hebatnya pimpinan seperti pimpinan muda-muda dalam DAP yang tidak pandai untuk bersikap lembut terhadap orang melayu terutamanya kepada yang sudah berumur.
Read More / Baca Lagi >>

Terus asak bubar SPR, jangan berhenti!

Posted: 22 Jan 2014 08:25 PM PST

Pastinya bukan bekas Timbalan Menteri Pengajian Tinggi, Saifuddin Abdullah yang memulakan desakan agar ahli Suruhanjaya Pilihan Raya (SPR) terutama pengerusinya, Abdul Aziz Yusof meletakkan jawatan.

Tuntutan sama telah dikemukakan sejak lama oleh pemimpin dan aktivis oposisi, juga NGO yang prihatin dengan kepincangan perjalanan demokrasi di negara kita. Namun begitu, ia hampir tidak menjadi berita lagi.

Pakatan Rakyat sentiasa serius dengan isu ketempangan pilihan raya, terutama sikap SPR yang bertindak seolah-olah "satu lagi komponen parti dalam BN". Ahli-ahli SPR seperti menjadi agen parti pemerintah dan memudahkan Umno-BN mengalahkan seteru politik mereka dalam setiap kali pilihan raya.

Selain itu, NGO seperti Bersih misalnya, berulang kali, sama ada sebelum PRU13 mahupun sebelumnya, membuat desakan agar seluruh ahli-ahli SPR meletakkan jawatan serta-merta bagi membolehkan satu jawatankuasa baru yang memenuhi aspirasi rakyat dapat dibentuk.

Pengerusi baru Bersih 2.0, Marina Chin menuntut agar semua ahli SPR dipecat kerana masyarakat awam sudah kehilangan keyakinan kepada mereka. Katanya, petisyen akan dilancar selepas ini untuk membuat tuntutan itu dan diserahkan kepada Yang di-Pertuan Agong.

Bagaimanapun, apabila kejengkelan terhadap badan pengendali pilihan raya itu  turut disuarakan oleh pemimpin kerajaan seperti Saifudin, seperti ada sedikit kejutan sehingga Pengerusi SPR, Abd Aziz mengajak pemimpin Umno yang tidak berpuas hati berbincang secara tertutup.
Read More / Baca Lagi >>

Bunuh Nursyafiqah: Apakah kita mahu ‘bala’ lebih dahsyat?

Posted: 22 Jan 2014 08:19 PM PST

KUALA LUMPUR: PAS Terengganu merakamkan ucapan takziah kepada keluarga dan saudara mara mangsa susulan penemuan mayat kanak-kanak perempuan Nursyafiqah Adawiyyah Abdullah berumur 2 tahun di sebuah rumah beralamat Lot 8428 Taman Permint Sri Paka, Dungun.

 "Mewakili seluruh rakyat negeri Terengganu, PAS merasa terkejut dan kesal dengan kejadian jenayah berat; rompak, rogol dan bunuh yang menjadi semakin dekat dengan kejiranan setiap keluarga di negeri Terengganu dan negara kita Malaysia amnya," ujar Pesuruhjaya PAS negeri, Ustaz Satiful Bahri Mamat dalam satu kenyataan.

Berikut ialah kenyataan media beliau yang juga Adun Paka.

Susulan penemuan mayat kanak-kanak perempuan Nursyafiqah Adawiyyah Binti Abdullah berumur 2 tahun di sebuah rumah beralamat Lot 8428 Taman Permint Sri Paka, PAS merakamkan ucapan takziah kepada keluarga dan saudara mara mangsa terbabit.

Mewakili seluruh rakyat negeri Terengganu, PAS merasa terkejut dan kesal dengan kejadian jenayah berat; rompak, rogol dan bunuh yang menjadi semakin dekat dengan kejiranan setiap keluarga di negeri Terengganu dan negara kita Malaysia amnya.

Selepas kejadian pembunuhan peniaga nasi kukus di Paka pada 13 Ogos 2013, dua lelaki bertopeng bersenjatakan sepucuk pistol dan parang telah menyamun stesyen minyak di Rantau Abang.

Di peringkat nasional pada tahun lalu, sebanyak 23 kes tembak telah dilaporkan berlaku dalam tempoh empat bulan, antara April hingga Julai.

Walaupun 'Ops Cantas' dilaporkan berjaya mengurangkan kadar jenayah berat, namun Polis Terengganu terpaksa menubuhkan pasukan khas bagi menyiasat dua kes tembak yang sangat mengejutkan, berlaku dalam tempoh 48 jam di Hulu Terengganu dan Besut, pada awal bulan ini.
Read More / Baca Lagi >>

Rakyat jadi mangsa igauan status negara maju

Posted: 22 Jan 2014 08:18 PM PST

KUALALUMPUR: Impian status negara maju sepatutnya memberi nilai tambah kebahagiaan hidup kepada rakyat namun yang berlaku adalah sebaliknya, kata Ketua Penerangan Dewan Ulamak PAS Pusat, Datuk Dr Mohd Khairuddin Aman Razali at-Takiri (gambar).

"Hari ini ia menjadi igauan ngeri rakyat kerana mereka akhirnya menjadi mangsa yang mesti dikorbankan menerusi peningkatan kos sara hidup yang tidak terkawal," ujarnya yang juga Ahli Parlimen Kuala Nerus dalam satu kenyataan, sebagaimana di bawah.

Impian status negara maju sepatutnya memberi nilai tambah kebahagiaan hidup kepada rakyat namun yang berlaku adalah sebaliknya. Hari ini ia menjadi igauan ngeri rakyat kerana mereka akhirnya menjadi mangsa yang mesti dikorbankan menerusi peningkatan kos sara hidup yang tidak terkawal.

Empat bulan selepas Pilihan Raya Umum Ke-13 (September), Perdana Menteri telah mengumumkan kenaikan harga petrol RON95 dan diesel sebanyak 20 sen. Sebulan selepas kenaikan itu (Oktober), harga pula dinaikkan sebanyak 34 sen. Menjelang tahun 2014 (Disember), Kementerian Tenaga, Teknologi Hijau dan Air telah mengumumkan kenaikan tarif elektrik sebanyak 4.99 sen.

Adakah 'pakej kenaikan' ini munasabah?

Walaupun perbahasan kenaikan ini agak kompleks, cukuplah jika ia dikatakan adalah berpunca daripada polisi rasionalisasi subsidi untuk mengurangkan beban kewangan awam demi untuk mengejar status negara maju dan berpendapatan tinggi 6 tahun lagi.
Read More / Baca Lagi >>

Khai Loon: Di antara reputasi sebagai Adun dan aktivisme

Posted: 22 Jan 2014 07:55 PM PST


Adun Machang Bubuk, Lee Khai Loon ketika ditemubual di pejabat pusat khidmatnya di Alma, Pulau Pinang.  – Gambar The Malaysian Insider oleh Hasnoor Hussain, 23 Januari, 2014.Adun Machang Bubuk, Lee Khai Loon ketika ditemubual di pejabat pusat khidmatnya di Alma, Pulau Pinang. – Gambar The Malaysian Insider oleh Hasnoor Hussain, 23 Januari, 2014.Acara menyuapkan kangkung sedikit sebanyak menaikkan nama Ahli Dewan Undangan Negeri (Adun) Machang Bubuk, Lee Khai Loon dari PKR untuk penggal pertamanya sebagai wakil rakyat meskipun berdepan dengan ancaman pertumpahan darah.
Lee berkata, tindakannya itu sebagai satu cara kreatif menghantar mesej kepada Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Razak dengan memberikan contoh kangkung.
"Melalui cara kreatif itu, kita boleh menggalakkan rakyat tampil memperjuangkan perkara yang salah.
"Ramai memberi respon positif terhadap acara itu dengan mengatakan ia satu acara yang menarik dan menyeronokkan. Ia seperti mendapat kuasa. Kita tidak harus menyuarakan pandangan hanya di Facebook tetapi tampil untuk didengari," katanya.
Beliau berkata, pertunjukannya itu bukan satu-satunya cara kreatif membidas kenyataan kangkung Najib tetapi ramai yang melakukannya melalui Facebook dan Twitter.
Katanya, tugasnya sebagai wakil rakyat ialah berbicara tentang isu berkaitan rakyat seperti kenaikan harga barang.
"Jelas objektif acara itu terpesong oleh pihak tertentu," katanya kepada The Malaysian Insider.
Lee berkata, Umno memanipulasi objektif acara itu dengan mendakwanya memalukan Najib, orang Melayu dan agama Islam yang sememangnya dinafikan.
Read More / Baca Lagi >>

Mangsa Fitnah Dan Kezaliman: Kontraktor dakwa cedera dipukul polis dalam tahanan

Posted: 22 Jan 2014 07:53 PM PST

 
Apabila seorang kontraktor dari Kedah datang atas kehendaknya sendiri ke Balai Polis Kubang Pasu untuk membantu siasatan satu kes rogol Disember tahun lepas, dia sedikit pun tidak menjangka akan melalui satu tragedi buruk yang akan menghantuinya seumur hidup.

Zul Hilmi Abdul Rahman, 32, ditahan reman pada hari berikutnya, 12 Disember, dan ditempatkan di dalam lokap, di mana dia mendakwa dipukul dengan kejam oleh tiga anggota polis - dua lelaki dan seorang wanita - selama dua jam dan membiarkannya dalam kesakitan, tanpa rawatan perubatan.

Zul Hilmi hadir di balai polis tersebut pada 11 Disember, selepas diberitahu bahawa polis mahu menemuinya bagi membantu siasatan satu kes rogol tetapi dia sebaliknya ditahan dan disenaraikan suspek.

Dia kemudian mendapat tahu bahawa wanita yang tidak dikenali, telah membuat laporan polis yang mendakwa bahawa sebuah kereta dengan nombor plat keretanya terlibat dalam jenayah itu.

Zul Hilmi berkata dia mahu keadilan kerana mendakwa telah dipukul oleh polis yang didakwanya mahu memaksanya mengaku melakukan jenayah yang tidak dilakukannya.

Dia mendakwa dipukul di bawah kaki dengan batang paip PVC yang tebal dan sebanyak dua kali - 18 dan 16 kali - selama dua jam, pada hari pertama dia ditahan di lokap.

Menurutnya, tangannya diikat dan mereka menumbuk dan menendangnya, menyebabkan kecederaan kepada kaki, bahu kiri, skrotum (bahagian sulit) dan usus besar.

"Saya tidak dapat bernafas," katanya Zul Hilmi yang terbaring di katil dalam kesakitan, dengan isterinya, Nur  Othman di sebelahnya semasa ditemui di rumahnya di Alor Setar malam tadi.

Zul Hilmi berkata akibat kejadian itu pada 12 Disember tahun lepas, dia dan tidak lagi dapat bekerja untuk menyara keluarganya, termasuk ibu bapanya.

Read More / Baca Lagi >>

Anak lelaki Rosmah digugur dari senarai pencalonan Oscar

Posted: 22 Jan 2014 07:49 PM PST

 
Membeli hak dan membiayai pembikinan sesebuah filem sebenarnya tidak melayakkan seseorang itu menjadi seorang produser.

Ini menurut pandangan Academy of Motion Picture Arts and Sciences Hollywood.

Berikutan itu, dalam apa yang dilihat sebagai "satu tindakan yang jarang berlaku", semalam Akademi itu menggugurkan nama Riza Aziz - anak tiri Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Tun Razak - daripada senarai pencalonan Oscar bagi kategori filem terbaik bagi filem Wolf of Wall Street.

Sebaliknya, senarai produser yang dicalonkan bagi filem berharga AS$100 juta itu ialah pengarah Martin Scorcese, pelakon utama Leonardo DiCaprio, rakan kongsi perniagaan Riza, Joey McFarland dan rakan Scorsese, Emma Tillinger Koskoff.

Senarai produser yang dicalonkan bagi filem Wolf of Wall Street itu dimuktamadkan oleh Akademi tersebut semalam, seminggu selepas pencalonan yang lain diumumkan.

Hari Australia kecoh dengan kehadiran aktivis Himpunan Hijau

Posted: 22 Jan 2014 07:44 PM PST

PR sokong bersih desak SPR letak jawatan

Posted: 22 Jan 2014 07:40 PM PST

Ceramah Animasi: Aurat

Posted: 22 Jan 2014 06:49 PM PST

Kritik lawatan MB T'ganu ke Antartika kerana dengki kata Pemuda Umno

Posted: 22 Jan 2014 06:48 PM PST

KUALA TERENGGANU: Tindakan pembangkang yang sering melemparkan tuduhan dan mengkritik pentadbiran Menteri Besar Datuk Seri Ahmad Said didakwa kerana dengki dengan pencapaian kerajaan negeri di bawah pimpinannya.
  
Kritikan terbaru ialah mengenai lawatan eksplorasi saintifik Menteri Besar  selama 15 hari ke Antartika bertujuan membuka laluan untuk membantu kerajaan menubuhkan sebuah stesen penyelidikan bersama Instituto Antartico Chileno (INACH).
  
Exco Pemuda Umno pusat Mohd Iskandar Jaafar berkata tohmahan dan cakap-cakap sinis oleh pembangkang mengenai lawatan itu lebih merupakan satu usaha jahat yang menafikan keperluan kepada pengembangan ilmu saintifik pada masa hadapan.
  
Katanya misi ke Antartika sudah pastinya akan memberikan banyak maklumat dan pengalaman berguna yang bakal diperolehi melalui kajian-kajian yang  dilaksanakan.
   
"Saya menyokong penuh lawatan kerja Menteri Besar ke Antartika bersama rombongan negara di bawah Kementerian Sains, Teknologi dan Inovasi melalui inisiatif Yayasan Penyelidikan Antartika Sultan Mizan," katanya dalam kenyataan di sini semalam.
  
Beliau berkata demikian bagi mengulas kenyataan beberapa pemimpin pembangkang berkaitan lawatan kerja dan eksplorasi ke Kutub Selatan yang diketuai Ahmad yang dipersoalkan rasionalnya selain didakwa hanyalah satu ekspedisi makan angin. - Bernama

TQ NAJIB: KANGKUNG KINI SUDAH SAMA TARAF DENGAN AYAM ....RM7 SEKILO!

Posted: 22 Jan 2014 06:43 PM PST


"Kangkung dulu naik, sekarang ini dah turun. Bila turun apa pasal tak puji kerajaan? Bila naik salahkan kerajaan. Ini tidak adil" ...

Ok lah .. sebab Najib mau rakyat puji kerajaan maka sebagai rakyat di negara ini, ingin nak lafazkan kata-kata pujian paling tinggi kepada kerajaan UMNO/BN pimpinan Najib Razak kerana ada negeri di Sarawak sudah mulai jual kangkung dengan harga yang hampir sama dengan ayam .. RM7 sekilo.

Jangan salahkan kerajaan UMNO/BN yang terkenal seantaro dunia sebagai kerajaan yang tiada cacat celanya yang berketuakan seorang maksum keramat hidup.

Harga kangkung naik sebab salah rakyat yang suka makan kangkung seperti juga tambang bas naik salah rakyat juga.

Dalam Malaysia selagi UMNO memerintah kesemua perkara yang membebankan rakyat bukannya salah kerajaan UMNO/BN tetapi rakyat.

UMNO/BN tidak boleh dipersalahkan malahan wajib diberikan pujian dan ucapan terima kasih.. Terima kasih UMNO/BN .. Terima Kasih banyak-banyak.
.. Siapalah rakyat tanpa UMNO/BN .. Dimanakah Malaysia tanpa Najib Razak.

ISU KALIMAH ALLAH: Noh Omar Vs Khalid Samad - 27hb.Jan.2014 (Isnin)

Posted: 22 Jan 2014 04:04 PM PST


AHLI PERKASA DAN PEKIDA DITAHAN POLIS KERANA MENYERANG DAN MEMUKUL PEGAWAI PEJABAT DAERAH

Posted: 22 Jan 2014 03:55 PM PST




Polis menahan tujuh lelaki bagi membantu siasatan kes pegawai Pejabat Daerah dan Tanah Barat Daya dikasari semasa operasi meroboh premis penjaja di Jalan Hassan Abas, Teluk Bahang di George Town semalam.
  
Ketua Jabatan Siasatan Jenayah Pulau Pinang SAC Mazlan Kesah berkata kesemua lelaki berumur antara 30 dan 36 tahun itu ditahan antara pukul 10.30 pagi dan 3 petang ini di sekitar Teluk Bahang.
  
"Kesemua lelaki itu bukan peniaga tetapi penduduk tempatan kawasan itu dan kami sedang mempertimbang keperluan mendapatkan perintah tahanan reman," katanya kepada pemberita di George Town hari ini.
  
Dalam kejadian jam 10.15 pagi semalam, seorang pegawai Pejabat Daerah dan Tanah Barat Daya cedera ringan di kepala dan leher dipercayai terkena tumbukan apabila lebih 80 penduduk dan pemilik gerai menghalang anggota penguatkuasa memasuki kawasan itu untuk merobohkan gerai-gerai penjaja di sepanjang kiri dan kanan bahu jalan berkenaan.

Penunjuk perasaan tutup pejabat kerajaan Thailand

Posted: 22 Jan 2014 03:51 PM PST


Penunjuk perasaan tutup pejabat kerajaan 

PATTANI - THAILAND. Penyokong-penyokong Jawatankuasa Pembaharuan Demokrasi Rakyat (PDRC) di tiga wilayah selatan Thailand yang menunjuk perasaan telah bertindak menutup pejabat kerajaan sebagai tanda sokongan kepada rakan-rakan di Bangkok di hari pertama dikri darurat dilaksanakan di ibu negara itu.
 
Seawal 7.00 pagi semalam, penunjuk perasaan telah berkumpul di pintu masuk utama Pejabat Kerajaan di Pattani yang turut menempatkan Pejabat Gabenor wilayah Pattani, bagi menyekat pegawai kerajaan dari masuk untuk memulakan tugas.
 
Pegawai kerajaan dan orang ramai yang hendak berurusan dengan mereka terpaksa pulang.
 
Pada jam 10 pagi penunjuk perasaan yang datang dari semua daerah di wilayah Pattani berarak ke pejabat kerajaan di Bandar Pattani antaranya pejabat Datuk Bandar, pejabat syarikat telekomunikasi, pejabat tanah, pendidikan dan lain-lain untuk "meminta kerjasama" pegawai kerajaan serta pekerja pulang ke rumah dan menutup pejabat selama tiga hari.
 
Ini sebagai tanda sokongan kepada ketua PDRC, Suthep Thaugsuban.
   Read More / Baca Lagi >>

Malaysia Kita: Lelaki direman kes bakar kekasih, anak

Posted: 22 Jan 2014 03:45 PM PST



LELAKI yang ditahan reman bagi membantu siasatan kes bakar kekasih, anak di Setapak kelmarin.



KUALA LUMPUR - Polis menahan seorang penganggur bagi membantu siasatan kes bakar sebuah rumah yang didiami oleh teman wanitanya di Perumahan Awam, Desa Rejang, Setapak di sini kelmarin.
Timbalan Ketua Jabatan Siasatan Jenayah Kuala Lumpur, Asisten Komisioner Khairi Ahrasa berkata, lelaki berusia 27 tahun itu ditahan di rumahnya di Taman Desa Bernam Indah, Hutan Melintang, Perak kira-kira pukul 3 pagi semalam.
"Dalam tangkapan tersebut, kita menemui satu plastik lutsinar mengandungi dadah dipercayai ganja seberat 2.15 gram bersama lelaki tersebut.

Malaysia Kita: Luluh hati nenek cucu dibunuh dengan zalim

Posted: 22 Jan 2014 03:42 PM PST

Dungun: "Sebagaimana zalimnya cucu saya dibunuh, saya mahu orang yang melakukannya menerima hukuman setimpal," kata Semek Hitam, 58, nenek kanak-kanak perempuan berusia dua tahun yang dipercayai dibunuh sebelum mayatnya ditemui dalam sebuah rumah kosong di Taman Permint Paka Fasa Dua, Paka dekat sini, kelmarin.
Lebih membuatkannya pilu, Semek berkata, dia menjaga cucu sulungnya yang dikenali sebagai Nursyafiqah itu sejak mangsa dilahirkan di rumahnya di Kampung Tebing Tembah, di sini.

"Kali terakhir saya bertemu cucu September tahun lalu sebelum dia dan ibunya berpindah ke belakang Sekolah Menengah Kebangsaan Paka atas alasan ingin berdikari.

"Saya cuba menghalangnya (anak), tetapi dia tetap berkeras dan sejak itu saya tidak pernah berjumpa mereka," katanya ketika ditemui, semalam.
FotoJENAZAH Nursyafiqah dibawa untuk dikebumikan, semalam.

Semek berkata, dia hanya mengetahui mengenai kematian cucunya menerusi televisyen malam kelmarin sebelum disahkan seorang ahli keluarganya.

Malaysia Kita: Ibu, kekasih ditahan bunuh anak

Posted: 22 Jan 2014 03:40 PM PST


MAYAT Nursyafiqah (gambar kecil) dibawa keluar dari Hospital Sultanah Nur Zahirah, Kuala Terengganu selepas dituntut warisnya semalam.


KUALA TERENGGANU – Ibu kanak-kanak yang ditemui mati dibunuh di sebuah rumah kosong di Taman Permint Fasa Dua Seberang Paka, Dungun kelmarin merupakan antara empat individu yang ditahan bagi membantu siasatan berhubung kematian mangsa itu.
Ketua Jabatan Siasatan Jenayah negeri, Asisten Komisioner K. Manoharan berkata, keempat-empat individu terbabit ditahan di sekitar Kuala Paka antara pukul 1.30 petang kelmarin hingga pukul 1.30 pagi semalam.
Menurut beliau, suspek pertama yang merupakan kekasih kepada ibu mangsa ditahan dalam keadaan khayal akibat mengambil dadah, kira-kira dua jam sebelum mayat Nursyafiqah Adawiyyah Abdullah, 2, ditemui pada pukul 3.30 petang.

Murid ingkar ke sekolah SJKT Seaport baharu boleh disingkir..!!

Posted: 22 Jan 2014 03:36 PM PST


Jabatan Pendidikan Negeri (JPN) Selangor mengingatkan ibu bapa murid sekolah Jenis Kebangsaan Tamil (SJKT) Seaport, Kampung Lindungan, Petaling Jaya bahawa anak mereka menghadapi risiko disingkir daripada sekolah jika terus ingkar dan gagal hadir ke sekolah baharu.
Pengarahnya Datuk Mahmud Karim (gambar) dalam kenyataan hari ini berkata Kementerian Pendidikan akan membantu ibu bapa berkenaan untuk menempatkan anak-anak mereka ke sekolah berdekatan jika terdapat ibu bapa yang tidak mahu menghantar anak-anak mereka ke sekolah baharu.
"Dengan perpindahan SJKT Seaport ke tapak dan bangunan baharu bermula sesi persekolahan 2014, maka operasi persekolahan di tapak dan bangunan yang lama telah ditutup dan diberhentikan sepenuhnya.
"Tindakan yang diambil ini juga adalah berdasarkan penetapan dan prosedur pihak berkuasa tempatan khususnya dalam aspek keselamatan," katanya.
Jelas Mahmud, JPN Selangor tidak akan bertanggungjawab sekiranya berlaku sebarang musibah atau bencana yang boleh menjejaskan keselamatan murid di bangunan lama SJKT Seaport di Kampung Lindungan, Petaling Jaya.
Read More / Baca Lagi >>

Proses Peralihan Kuasa: Bekas menteri cadang Dr Mahathir jadi mentor, selesai masalah Najib lebih teruk dari Pak Lah..!!

Posted: 22 Jan 2014 03:35 PM PST

Bekas menteri Kabinet, Tan Sri Zainuddin Maidin menggesa Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Razak menjadikan bekas bosnya Tun Dr Mahathir Mohamad seperti Lee Kuan Yew selepas bersara di Singapura supaya dapat  kembali berkuasa dan berpengaruh.
Bekas menteri penerangan itu berkata, ketegasan Dr Mahathir dalam menangani isu ekonomi, agama dan hubungan antara kaum perlu dicontohi Najib.
"Najib boleh memimpin tetapi beliau memerlukan sokongan moral daripada Dr Mahathir untuk menguatkan kedudukan.
"Ia supaya terus dapat memimpin dan berjaya memulihkan keyakinan rakyat serta menangani isu semasa yang dibangkitkan mungkin di luar jangkaan," kata Zainuddin atau lebih mesra dengan nama Zam dalam satu wawancara bersama The Malaysian Insider.
Pentadbiran Najib selepas berakhir Pilihan Raya Umum 5 Mei berdepan dengan situasi paling genting, terdesak untuk memulihkan ekonomi serta pada masa sama perlu mengharmonikan semula hubungan antara kaum dan agama.
Hubungan antara kaum dan agama sejak Najib mengambil alih tampuk pemerintah berada pada tahap kritikal.
Pertikaian di antara kumpulan Islam dan bukan Islam berhubung isu kalimah Allah masih berlarutan.
Zainuddin yang juga seorang bekas wartawan mahu pentadbiran Najib lebih cepat dan menangani isu yang dibangkitkan sebelum ia melarat menjadi lebih buruk.
"Saya rasa Najib perlu menangani perkara-perkara yang rakyat tidak puas hati dengan pantas, cekap dan menyakinkan.
"Beliau mesti tidak biarkan tekanan tersebut berpanjangan, terutama daripada NGO. Tetapi sedangkan tindakan daripada kerajaan pun tidak kelihatan oleh rakyat, ini yang lebih banyak menghakis keyakinan rakyat," katanya.
Read More / Baca Lagi >>

AJStream leads: Images of pigs censored in Malaysia, Facebook may experience a decline in users by

Posted: 22 Jan 2014 03:26 PM PST

U.S. flags burned in Cairo protest

Posted: 22 Jan 2014 03:25 PM PST

Kiev war zone: Mass riots in Ukraine on January 22

Posted: 22 Jan 2014 03:24 PM PST

Tiada ulasan: