MIMPI SENJA |
- Nurul Izzah mohon fasakh
- 2 anggota polis mengaku salah berkhalwat
- Aktivis anti-Lynas bergelut dengan pengawal di KLCC
- Ada Berani: Ayuh MP BN undi tidak percaya kepada Najib..!!!
- Rogol kekasih bawah umur
Posted: 22 Jan 2014 10:40 PM PST Naib Presiden PKR, Nurul Izzah Anwar dikatakan memfailkan permohonan cerai secara fasakh terhadap suaminya selepas perkahwinan selama 10 tahun. Permohonan berkenaan dikatakan dibuat pada Disember tahun lalu di Mahkamah Syariah. Nurul Izzah, 33, bagaimanapun ketika ditemui sempena Sidang Strategi Asli ke-16 hari ini enggan mengulas lanjut isu berkenaan. "Terima kasih kerana menghormati privasi saya," katanya, yang bergegas pergi selepas perbincangan berkenaan politik baru Malaysia selesai. Suami kepada anak Ketua Pembangkang, Datuk Seri Anwar Ibrahim itu, Raja Ahmad Shahrir Iskandar, 35 dikatakan menerima notis berkenaan pada 16 Januari dan memohon penangguhan perbicaraan cerai di mahkamah, Isnin lalu. Pasangan itu mendirikan rumah tangga pada Mei 2003 dan mempunyai dua anak. Bagaimanapun, sumber memberitahu The Malaysian Insider kedua-dua Nurul Izzah dan Raja Ahmad Shahrir masih lagi suami isteri yang sah. - 23 Januari, 2014.- TMI |
2 anggota polis mengaku salah berkhalwat Posted: 22 Jan 2014 07:44 PM PST
KUALA SELANGOR - Gara-gara berdua-duaan di dalam sebuah rumah tanpa hubungan sah, pasangan kekasih yang juga anggota polis berpangkat sarjan dan pegawai penyiasat trafik dihadapkan ke Mahkamah Syariah Kuala Selangor, semalam. Tertuduh, Mohd Che' Puteh Omar, 28, dan pasangannya, Zainurul Azilawaty Azizan, 31, mengaku bersalah selepas pertuduhan dibacakan di hadapan Hakim Syarie, Shukran Yusof. Kedua-dua tertuduh yang berasal dari Johor itu faham dengan pertuduhan yang dibacakan dan mengaku bersalah berkhalwat di sebuah rumah di Taman Paduka, di sini pada jam 5.55 pagi pada 19 Ogos 2013 lalu. Mereka dipercayai sudah bertunang ketika itu didakwa mengikut Seksyen 29(1)(a) dan (b) Enakmen Jenayah Syariah (Selangor) 1995 yang boleh dihukum denda maksimum RM3,000 atau penjara maksimum dua tahun atau kedua-duanya sekali. Bagaimanapun tertuduh memohon rayuan supaya hukuman diringankan dengan alasan mereka sudah bernikah dengan sah pada Disember 2013 lalu manakala Zainurul kini mengandung. Pegawai Pendakwa Syarie Jabatan Agama Islam Selangor (Jais), Shafezan Rusli memberitahu mahkamah, tertuduh faham dengan pertuduhan dan masing-masing menjawat jawatan berlatarbelakangkan penguatkuasaan. "Mereka ini lebih arif dengan undang-undang dan meskipun penjawat awam namun moral mereka dipertikaikan. Sewajarnya hukuman setimpal diambil bagi memberi pengajaran orang ramai di luar sana," katanya. Mahkamah kemudiannya menjatuhkan hukuman denda sebanyak RM3,000 atau 60 hari penjara jika gagal membayar denda berkenaan. |
Aktivis anti-Lynas bergelut dengan pengawal di KLCC Posted: 22 Jan 2014 08:23 AM PST Kekecohan termasuk tarik menarik antara berlaku pihak keselamatan di KLCC dan aktivis Himpunan Hijau di Pusat Konvensyen Kuala Lumpur, yang mana akan berlangsungnya sambutan Hari Australia malam ini. Himpunan Hijau, diketuai Wong Tack hadir menuntut kilang nadir bumi Lynas ditutup dan mendesak bahan itu dibawa pulang ke Australia. Kira-kira 30 aktivis mulanya berhimpun di kawasan air pancut KLCC kira-kira 6 petang sebelum berarak ke pusat konvensyen itu 15 minit kemudian. Sewaktu Wong Tack memasuki pusat tersebut, beliau dihalang oleh pegawai keselamatan menaiki tangga tetapi beliau berkeras menaikinya menyebabkan beliau ditarik. Pergelutan itu menyebabkan halangan yang dibuat pihak keselamatan sedikit terburai dan membolehkan peserta lain menaiki tangga menuju ke dewan tersebut. Bahkan, terdapat beberapa peserta itu turut ditarik bagi mengelakkan mereka menuju dewan sambutan kemerdekaan yang menurut mereka ditaja oleh syarikat Lynas. Malah, kain rentang yang memberi tempoh sehingga 22 Jun depan supaya Lynas menutup operasinya di Malaysia, terkoyak akibat direntap oleh pihak berkuasa tempat itu. Apabila sampai di tingkat tiga, Wong Tack sekali lagi dihalang beberapa pihak keselamatan dengan menutup pintu. Tetamu panik Namun, Wong Tack dan beberapa peserta berjaya menerobos dengan masuki pintu lain yang tidak dikawal. Dalam kekecohan itu, kedengaran beberapa peserta lain melaung supaya Lynas ditutup. Mereka juga menaikkan poster menolak sisa nadir bumi itu. Beberapa peserta bantahan itu turut duduk - berdekatan meja pendaftaran majlis - sebagai bantahan mereka terhadap sambutan itu malam ini. Hal demikian menyebabkan Pengurus Keselamatan Suruhanjaya Tinggi Australia di Malaysia Llyod Laughlin masuk campur dan cuba menenangkan Wong Tack sekali gus cuba mendengar mesej yang ingin disampaikan oleh kumpulan tersebut. Hasil perbincangan akhirnya, peserta dibenarkan berada berhimpun di luar dewan tanpa melakukan sebarang gangguan sekalipun sebelum itu mereka duduk dan mengibarkan kain rentang serta poster membantah operasi kilang nadir bumi itu. Pintu masuk ke dewan tersebut berjaya dikawal rapi oleh pihak keselamatan. Tetamu yang telah pun tiba di situ kelihatan terkejut dan panik dengan kekecohan yang berlaku, sekalipun pihak keselamatan berkawal di situ. Jarak antara peserta yang duduk dengan meja pendaftaran adalah sejauh 15 meter sahaja. Demo besar 22 Jun Wong Tack dalam perbincangannya menjelaskan kedatangan mereka tidak bermaksud melakukan kekecohan sebaliknya pihaknya ingin menyampaikan mesej kepada bantahan terhadap Lynas. Beliau berkata, Himpunan Hijau menuntut supaya kerajaan Australia atau pihak suruhanjaya menghormati pendirian rakyat Malaysia yang membantah operasi Lynas. "Kami memberi masa tujuh hari kepada kedutaan untuk memberi respon terhadap tuntutan kami. Kami mahu Lynas keluar dari Malaysia," kata Wong Tack kepada Llyod. Beliau juga bertanyakan kepada Llyod sama ada pihaknya sedia menerima nadir bumi di bawa pulang ke negara itu. Llyod tidak menjawabnya dan berjanji akan membawa semua tuntutan mereka ke pihak kerajaan Australia atau suruhanjaya. Dalam perbincangan itu juga, Wong Tack turut berkata, lautan manusia akan berhimpun di Gebeng, Kuantan pada 22 Jun depan bagi menutup kilang tersebut. "Sehubungan itu, kita mahu Australia, sebagai negara maju bertindak sesuai dengan mendengar suara rakyat dan berperikemanusiaan," katanya yang kemudiannya mengakhiri perbincangan dan kemudiannya bersalaman. Dalam sidang media kemudiannya, Wong berharap kerajaan Australia memberi jawapan positif terhadap tuntutan mereka.- Malaysiakini |
Ada Berani: Ayuh MP BN undi tidak percaya kepada Najib..!!! Posted: 22 Jan 2014 05:35 AM PST Rabu, 22 Januari 2014KUALA LUMPUR: Ketua Penerangan PAS Pusat, Datuk Mahfuz Omar menyeru ahli-ahli Parlimen Barisan Nasional (BN) berganding bahu dengan ahli-ahli Parlimen Pakatan Rakyat (PR) untuk mengemukakan undi tidak percaya kepada Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Tun Razak. Demi kepentingan negara dan rakyat, katanya, Malaysia tidak mampu lagi mempunyai Perdana Menteri 'kangkung'. "Adakah ini Perdana Menteri yang sepatutnya disokong? "Bolehkah ahli-ahli Parlimen BN bergabung dengan kami daripada PR untuk mengemukakan undi tidak percaya kepada Najib? "Saya tanya demi kepentingan negara dan rakyat," katanya. Mahfuz berharap mereka dapat mengambil keputusan yang lebih bermanfaat kepada rakyat dan negara. "Daripada terikut-ikut gerombolan kangkung yang kononnya berjihad mempertahankan Perdana Menteri 'kangkung', lebih baik berjuang membebaskan negara ini dari Perdana Menteri seperti itu," katanya lagi. Bagi Mahfuz, Malaysia bukan sahaja mempunyai perdana menteri bertaraf kangkung malah mempunyai kabinet yang menjadi bala besar kepada negara ini. "Kabinet Malaysia tidak berkualiti. Mereka menjadi ahli kabinet atas ihsan (Perdana Menteri, Datuk Seri) Najib (Tun Razak) dan (isterinya, Datin Seri) Rosmah (Mansor). "Oleh itu hidup mereka hanyalah untuk membodek atau 'jack-up' Najib dan Rosmah sahaja. Mereka akan berlumba-lumba memuji dan menyokong inisiatif kangkung Najib," katanya. Itulah kualiti Perdana Menteri dan kabinet Malaysia, katanya. "Ia adalah sesuatu yang amat sedih - bala besar kepada negara," kata Mahfuz. |
Posted: 22 Jan 2014 12:45 AM PST
KOTA BHARU - Seorang pelayan kedai makan dihukum penjara enam tahun oleh mahkamah sesyen di sini, semalam, selepas didapati bersalah merogol kekasihnya, tahun lalu. Tidak cukup dengan itu, Mohd Johari Razmi, 25, turut dikenakan dua sebatan oleh Hakim, Mohd Yusoff Yunus. Tertuduh didakwa merogol remaja berusia 14 tahun sebulan itu di sebuah pondok di Kampung Wakaf Mek Zainab di sini, pada jam 10 pagi, awal Januari 2012. Pada prosiding semalam, peguam, Ilyas Mohd Noor memohon hukuman ringan dikenakan terhadap tertuduh berikutan anak guamnya itu sudah insaf dan memberi kerjasama yang baik sepanjang kes dibicarakan. Namun, Timbalan Pendakwa Raya negeri, Nor Hamizah Ghazali memohon hukuman berat, mengambil kira kepentingan awam melebihi diri tertuduh. "Jarak umur tertuduh dengan mangsa juga terlalu jauh. Tertuduh sepatutnya melindungi mangsa dan bukan mengambil kesempatan di atas kedaifannya," katanya. Hukuman diputuskan mengikut Seksyen 376(1) Kanun Keseksaan. Bagaimanapun, Mohd Yusoff membenarkan penguatkuasaannya ditangguhkan seperti dimohon tertuduh melalui Ilyas dengan syarat rayuan difailkan semalam dan jamin berjumlah RM20,000 dijelaskan. -sinar harian |
You are subscribed to email updates from Mimpi Senja To stop receiving these emails, you may unsubscribe now. | Email delivery powered by Google |
Google Inc., 20 West Kinzie, Chicago IL USA 60610 |
Tiada ulasan:
Catat Ulasan