RAKYAT MARHAEN |
- Mursi supporters clash with police at Cairo University
- MACC proposed to make living beyond means illegal
- Pemimpin dan kerajaan jangan hanya pandai nasihat rakyat...tapi mereka bermewah..!!
- Samseng Umno Tumbuk Timb.Menteri: Terpulang kepada AG untuk ambil tindakan.....jeng..jeng...!!
- Aktivis kempen Bantah SPPBS diugut, diberi surat amaran
- Perangi Rasuah: Ambiga cabar PM isytihar harta
- Rakyat Dan Negeri Miskin: MB Terengganu membazir kunjungi Antartika..!!
- Terima kasih kangkung: Isu sebenar telah dikembalikan
- Kangkung Index Is Possible
- Pertembungan ego jejaskan imej PKR
- Najib must face up to KANGKUNG-GATE, not trigger more WORLD LAUGHTER by blocking BBC site
- YANG KAYA DAN YANG MISKIN.."SAYA SUKA MAKAN KANGKUNG"
- Hukum Beri 'SALAM', 'AKUM', 'ASKUM',..'ASKRIM!' - Ustaz Azhar Idrus
- Orang Asli Kg Kelaik rayu bantuan dapatkan sumber air bersih
- Ambiga Sreenevasan: Malaysia Is A Highly Corrupt Nation, We Cannot Run Away From That
- Perangi rasuah: Ambiga cabar Najib isytihar harta... ada berani...!!!
- Najib kata tak patut permain isu 'kangkung'..!!!
- Roadshow "Pendidikan" Umno Selangor provokasi kemarahan umat Islam
- Debat Bukan Budaya: Noh sedia debat isu kalimah ALLAH
- Malaysia Kita: Kemaruk goyang pondan
- Lakonan kontot UMNO@BN dalam drama GIAT MARA mengkantoikan diri sendiri..
- NIAT Ringkas & Betul Dalam TAKBIRATUL IHRAM - Ustaz Azhar Idrus
- Sisa Mani Keluar Selepas Mandi Wajib - Ustaz Azhar Idrus
- AL KISAH KANGKUNG DI MALAYSIA..!!
- Malaysia Kita: Suspek kes bunuh 3 beradik ditahan reman
Mursi supporters clash with police at Cairo University Posted: 16 Jan 2014 08:47 PM PST | ||
MACC proposed to make living beyond means illegal Posted: 16 Jan 2014 08:44 PM PST | ||
Pemimpin dan kerajaan jangan hanya pandai nasihat rakyat...tapi mereka bermewah..!! Posted: 16 Jan 2014 08:41 PM PST KUALA DUNGUN - Kehidupan rakyat yang semakin terhimpit dengan kenaikan harga barangan menuntut mereka lebih bijak mengawal perbelanjaan. Namun dalam usaha kerajaan menasihati rakyat supaya mengamalkan perbelanjaan berhemah, pemimpin kerajaan juga perlu memikul tanggungjawab yang sama. Adun Sura, Wan Hapandi Wan Nik berkata, dalam situasi ekonomi yang kini dilihat tidak banyak menyebelahi rakyat, sesetengah pemimpin masih lagi mengamalkan gaya hidup mewah tanpa menyedari wang yang dibelanjakan itu sebenarnya adalah wang rakyat. "Ada pemimpin sanggup berbelanja besar untuk projek pembinaan kurang berfaedah, bil penginapan yang tinggi dan makan di restoran bertaraf bintang sedangkan rakyat disuruh berjimat serta mencari makanan alternatif jika makanan itu naik harga," katanya selepas menyampaikan limau kepada masyarakat Tionghoa di pekan lama Kuala Dungun, dekat sini, pagi kelmarin. Read More / Baca Lagi >> | ||
Samseng Umno Tumbuk Timb.Menteri: Terpulang kepada AG untuk ambil tindakan.....jeng..jeng...!! Posted: 16 Jan 2014 08:37 PM PST SHAH ALAM - Kertas siasatan berhubung insiden seorang ahli Pemuda Umno Hulu Selangor yang didakwa menumbuk Timbalan Menteri Pendidikan II, P. Kamalanathan (gambar) sudah diserahkan kepada Jabatan Peguam Negara. Perkara itu disahkan oleh Ketua Polis Selangor, Datuk Mohd Shukri Dahlan. Difahamkan laporan diserahkan kepada pejabat Peguam Negara, kelmarin. "Kita telah merakamkan keterangan lelaki yang didakwa menumbuk timbalan menteri. "Keterangan itu berserta dengan hasil siasatan kita telah diserahkan kepada Jabatan Peguam Negara," beliau dipetik sebagai berkata. Malah Mohd Shukri berkata, kini terpulang kepada Peguam Negara untuk mengambil sebarang tindakan. Ketua Pemuda Umno, Khairy Jamaluddin semalam berkata, pihaknya tidak boleh mempertahan tindakan Muhammad Rizuan Suhaimi yang juga seorang guru. Beliau berkata, apa jua sebab atau tekanan yang dihadapi Penolong Setiausaha Pemuda Umno Hulu Selangor itu, tindakan agresif dengan menumbuk Kamalanathan tidak patut berlaku. Read More / Baca Lagi >> | ||
Aktivis kempen Bantah SPPBS diugut, diberi surat amaran Posted: 16 Jan 2014 08:31 PM PST KUALA LUMPUR 17 JAN: Penggerak kempen 'Kami Mahu SPPBS Dimansuhkan', Mohd Nor Izzat Mohd Johari membuat laporan polis ekoran kebocoran maklumat peribadi diri dan keluarganya. Dalam satu kenyataan Mohd zzat berkata, kebocoran dan penyebaran maklumat peribadi dan keluarganya dilakukan selepas dia disoal siasat Jabatan Pendidikan Negeri Pahang, 6 Januari lalu. "Saya dan keluarga merasa tidak selesa dan lebih berhati-hati kerana khuatir keselamatan kami sendiri," laporan Izzat dipetik. Beliau membuat laporan polis di IPD Jerantut, Pahang, 14 Januari lalu. Kata Izzat, maklumat peribadinya dibocorkan oleh individu pemilik laman Facebook yang menggunakan nama Raggie Lee yang disyaki salah seorang pegawai Pejabat Pendidikan Daerah Jerantut. "Saya tidak tahu apa bentuk ancaman yang bakal berlaku. Sebagai langkah berhati-hati, saya mengambil keputusan membuat laporan Polis," kata Izzat yang juga Ketua Penaja Suara Guru-Masyarakat Malaysia (SGMM). Sementara itu, Laman Facebook 'Kami Mahu SPPBS Dimansuhkan' menyatakan, pengendali laman yang juga merupakan guru telah menerima surat peringatan amaran dari Pejabat Pendidikan Daerah. "Admin telah dikenakan tindakan tatatertib berupa surat amaran kerana menentang dasar. "Kementerian Pendidikan Malaysia telah membuat aduan 24 Disember 2013," kenyataan tersebut dipetik. | ||
Perangi Rasuah: Ambiga cabar PM isytihar harta Posted: 16 Jan 2014 08:29 PM PST Perdana Menteri Najib Abdul Razak dicabar supaya mengisytiharkan hartanya bagi menunjukkan komitmen pentadbirannya dalam memerangi rasuah. Ketika membuat cabaran itu, bekas pengerusi bersama BERSIH 2.0, Datuk S Ambiga juga berpendapat bahawa Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) mesti diketuai seorang yang boleh memaksa perdana menteri mengisytiharkan hartanya. Di samping itu, katanya, ketua SPRM itu juga mesti bersedia untuk meletak jawatan jika berlaku campurtangan dalam kerjanya. Ketua SPRM itu juga, tambah Ambiga, mesti sanggup untuk menyiasat perdana menteri. Manakala perdana menteri pula seorang yang akan mengatakan bahawa dia bersedia untuk disiasat dan mengisytiharkan hartanya, kata Ambiga dalam satu ucapan malam tadi. Ambiga berkata demikian semasa pelancaran badan pemantau anti-rasuah yang baru - Pusat untuk Memerangi Rasuah dan Kronisme (C4). Sejak kebelakangan ini, tekanan meningkat ke atas SPRM supaya menggunakan sepenuh kuasanya untuk membasmi rasuah besar oleh golongan elit politik. Read More / Baca Lagi >> | ||
Rakyat Dan Negeri Miskin: MB Terengganu membazir kunjungi Antartika..!! Posted: 16 Jan 2014 08:21 PM PST Lawatan kerja Menteri Besar Terengganu Datuk Seri Ahmad Said ke Antartika satu "pembaziran besar" yang tidak bertepatan dengan keadaan rakyat yang sering diingatkan untuk "mengikat perut", kata DAP. Setiausaha Publisiti Kebangsaan DAP Tony Pua mempersoalkan rasional di sebalik lawatan 15 hari yang akan diketuai oleh Ahmad. "Pertamanya, bagaimana lawatan 15 hari menggunakan kapal persiaran mewah memberi faedah kepada Malaysia? Jika saintis Malaysia terlibat dalam kajian perubahan iklim, mereka boleh mengkaji kesan pembalakan yang berlaku di Malaysia. Pejabat Menteri Besar mengumumkan lawatan itu dalam satu kenyataan semalam yang dianjurkan oleh Kementerian Sains, Teknologi dan Inovasi dengan kerjasama Yayasan Diraja Sultan Mizan. Kenyataan itu turut menyebut lawatan kerja berkenaan bertujuan membantu kerajaan dalam menubuhkan pusat kajian bersama Instituto Antarctico Chileno. "Lawatan ini membantu Malaysia dalam kajian perubahan iklim yang sejak akhir-akhir ini menjadi semakin tidak menentu. "Lawatan eksplorasi saintifik ini merupakan lawatan susulan Sultan Terengganu, Sultan Mizan Zainal Abidin ke Antartika pada Oktober 2011 dalam usaha melihat lebih banyak universiti tempatan terlibat dalam kajian di sana," menurut kenyataan itu. Read More / Baca Lagi >> | ||
Terima kasih kangkung: Isu sebenar telah dikembalikan Posted: 16 Jan 2014 08:18 PM PST Oleh Ahmad Lutfi Othman Semasa rata-rata masih terasa "penat", khususnya ibu bapa yang terpaksa berbelanja lebih untuk keperluan anak-anak memasuki sesi persekolahan baru 2014, macam-macam kontroversi panas berkaitan agama pula timbul. Dalam tulisan minggu lalu, saya menukilkan beberapa reaksi pembaca yang tidak selesa apabila isu sebenar -- kenaikan kos hidup -- seolah-olah mahu ditutup atau disamarkan dengan persoalan lain, yang memang nampak kritikal dan urgent tetapi seolah-olah direkayasa. Ada yang bernada emosi, marah-marah sambil mengingatkan agar Harakah jangan terpesong daripada "perjuangan" sebenar, ketika media lain membakar sentimen dan melarikan perhatian umum. Semangat demonstrasi aman Turun, menuju Dataran Merdeka pada malam tahun baru, yang menuntut penyelesaian segera punca keresahan rakyat yang gelisah dengan pelbagai kenaikan kos hidup itu, nampaknya seperti cuba dipadamkan. Sebelum itu, saya berbesar hati untuk merakamkan penghargaan tinggi kepada ibu bapa, sebahagiannya berpendapatan sederhana rendah, yang tetap meletakkan prioriti tinggi kepada kualiti pendidikan agama anak-anak mereka, biarpun terpaksa berbelanja di luar kemampuan. Mereka bersusah-payah menghantar anak-anak ke sekolah rendah dan menengah agama swasta -- tidak terkecuali maahad tahfiz -- dengan yuran bulanan agak tinggi, paling minimum RM200 (walaupun bagi keperluan sekolah berkenaan, ia hanya "cukup makan" menampung keperluan), hanya atas satu keyakinan, yakni memastikan anak-anak diasuh sempurna di bawah sistem pendidikan Rabbani. Juga syukur dan terima kasih. Kenyataan sensasi Perdana Menteri, Najib Razak semasa menghulurkan bantuan kepada mangsa banjir di Kemaman, 12 Januari lalu, telah mengembalikan perhatian umum terhadap isu sebenar yang mengasak kehidupan rakyat. Laman sosial meriah sekali apabila dipenuhi posting yang begitu menarik dan menghiburkan. Mereka mengulas kenyataan Najib mengenai penurunan harga kangkung secara kreatif sekali. Malah, ucapannya itu "diolah" seperti lirik sebuah lagu yang menyenangkan, ditambah pengulangan yang mengundang ketawa berpanjangan. "Eloklah hang tengok video Najib itu, lega sikit stress dan boleh kurangkan serabut di kepala," usik seorang rakan selepas menyedari saya terlambat mengikuti "video kangkung" itu. Read More / Baca Lagi >> | ||
Posted: 16 Jan 2014 08:15 PM PST A Kadir Jasin THE PRIME Minister, Mohd Najib Abdul Razak's kangkung story has been so widely discussed, lampooned and satirized that I need not add a word more. Bloggers, their debaters, the news portals, the facebook and twitter account holders have done such a fine job that it leaves no room for me to put in my two cents worth of thought. Still I do not want to miss the opportunity to contribute my two cents worth of something in praise of this humble plant. So let me talk about kangkung and what we can do to honour it. Wikipedia's entry describes kangkung (Ipomoea aquatica) as a semi-aquatic tropical plant grown as a leaf vegetable. It is found throughout the tropical and subtropical regions of the world, although it is not known where it originated. This plant is known in English as Water spinach, River spinach, Water morning glory, Water convolvulus, or by the more ambiguous names "Chinese spinach", "Swamp cabbage" and "Kangkong" in Southeast Asia. By what name it goes, kangkung is easily the most widespread plant and the most loved vegetable in our country. It is so popular that it inspired a song aptly called "lenggang-lenggang kangkung". Kangkung is easily grown on the ground or in pots. But there is a species that grows wild in rivers, streams, irrigation canals and ponds.
| ||
Pertembungan ego jejaskan imej PKR Posted: 16 Jan 2014 08:13 PM PST Apa sangat jawatan Ahli Lembaga Pengarah PKNS bukan boleh dibawa menyamun "Ini bukan soal jawatan. Apa sangat jawatan Ahli Lembaga Pengarah PKNS bukan boleh dibawa menyamun. Selain kerana kedua mereka ini memang ego besar, barangkali juga terselindung agenda lain, samada di pihak Azmin atau Khalid," kata seorang pemerhati. "Jika seorang pemimpin yang ada jawatan sebagai Ahli Parlimen dan Timbalan Presiden parti boleh "dipecat" dari jawatan Ahli Lembaga Pengarah PKNS, bayangkan jika status cuma sekadar penyokong tegar, ketua ranting atau ketua cabang parti sahaja. Apa pandangan ahli PKR?" ujarnya lagi Bagaimana agaknya jika Pakatan Rakyat yang diterajui PKR memerintah negara. apakah tidak akan berlaku pertembungan ego antara pemimpin PKR dengan PAS atau DAP sedangkan di kalangan mereka juga tidak boleh berkompromi? | ||
Najib must face up to KANGKUNG-GATE, not trigger more WORLD LAUGHTER by blocking BBC site Posted: 16 Jan 2014 08:11 PM PST The incident of BBC's "kangkung" article being inaccessible raised red flag on Putrajaya's commitment to Internet and social media freedom, which is crucial for Pakatan Rakyat victory in the next General Election. We were appalled at the news that an article on BBC's website entitled "#BBCtrending: Be careful what you say about spinach" has been inaccessible temporarily by some of the Telekom Malaysia (TM) users and appeared to be restored only after a public outcry on social media. Despite Malaysian Communications and Multimedia Commission (MCMC) earlier denial, the fact that TM did not deny blocking the article and in its statement said "TM wishes to reiterate that issues of national content blocking should be directed MCMC" indicated that there was indeed instruction from "above". Is MCMC trying to cover up? Instead of attempting to sweep the matter under the carpet, we urge MCMC to come out clean and explain the incident in an honest manner. The Minister of Communication and Multimedia Dato Sri' Ahmad Shabery Cheek should step-in to investigate the matter, find those who are guilty of it and make them responsible. Selective prosecution, selective blocking - what next? Such incident of selective blocking of sites for political reasons is unacceptable and should not be repeated. It sends an urgent signal to Pakatan Rakyat on Putrajaya's sincerity in honoring its commitment to no censorship under the Multimedia Super Corridor's Bill of Guarantees, especially in the face of even stiffer competition in GE14. With the mainstream media being tightly controlled by the Barisan Nasional government under Printing Presses and Publication Act 1984 as shown clearly by the suspension of The Heat, the Internet will be the main campaigning channel for Pakatan Rakyat in GE14. Higher penetration, good news for Pakatan, bad news for BN Good news for us is that according to Finance Ministry Economic Report 2013/2014, the number of Internet users Malaysia is expected to grow to 25 million in 2015, which is more than 85% of the total population of Malaysia. As of now, one out every three minutes spent online is on social networking in Malaysia. | ||
YANG KAYA DAN YANG MISKIN.."SAYA SUKA MAKAN KANGKUNG" Posted: 16 Jan 2014 08:04 PM PST | ||
Hukum Beri 'SALAM', 'AKUM', 'ASKUM',..'ASKRIM!' - Ustaz Azhar Idrus Posted: 16 Jan 2014 07:54 PM PST | ||
Orang Asli Kg Kelaik rayu bantuan dapatkan sumber air bersih Posted: 16 Jan 2014 07:53 PM PST | ||
Ambiga Sreenevasan: Malaysia Is A Highly Corrupt Nation, We Cannot Run Away From That Posted: 16 Jan 2014 07:50 PM PST | ||
Perangi rasuah: Ambiga cabar Najib isytihar harta... ada berani...!!! Posted: 16 Jan 2014 07:49 PM PST | ||
Najib kata tak patut permain isu 'kangkung'..!!! Posted: 16 Jan 2014 05:31 PM PST Mengulas isu yang ditimbulkan sesetengah pihak susulan penjelasannya sebelum ini berhubung harga barang, Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Tun Razak berkata perkara itu tidak patut dipermainkan. Menurutnya, sayuran itu hanyalah contoh barangan yang digunakan ramai orang. "Saya suka makan kangkung, anda semua suka makan kangkung... (sebab itu) saya beri contoh yang semua orang makan. "Kalau saya beri contoh seperti burung puyuh, orang tertentu sahaja makan. "Tidak seharusnya contoh itu dipermainkan oleh sesiapa kerana saya beri contoh sebagai prinsip 'supply and demand' (penawaran dan permintaan) yang tentukan harga sebahagian daripada barang makanan yang kita tidak kenakan harga kawalan," katanya. Ahad lalu, Najib bercakap mengenai bagaimana kerajaan tidak patut dipersalahkan kerana harga ikan dan sayur-sayuran yang tidak menentu, yang menurutnya bergantung kepada cuaca. Tambahnya, pengkritik menyalahkan kerajaan kerana harga makanan yang mahal tetapi tidak pernah memuji kerajaan apabila harga turun, dengan memetik kangkung sebagai contohnya. Kenyataan beliau itu menjadi bahan ejekan di Internet. Sensasi ekoran ucapan perdana menteri berhubung penurunan harga kangkung kemudiannya menarik perhatian media antarabangsa apabila agensi berita BBC bawah segmen trending beritanya, melaporkan bagaimana Najib dikritik kerana mengeluarkan kenyataan itu. Kementerian diarah tegas Berucap di majlis jamuan malam bersama perdana menteri anjuran Kongres India Muslim Malaysia (Kimma) di ibunegara malam tadi, Najib berkata beliau telah mengarahkan Kementerian Perdagangan Dalam Negeri, Koperasi dan Kepenggunaan (KPDNKK) supaya lebih tegas terhadap peniaga yang menaikkan harga barang sesuka hati. Read More / Baca Lagi >> | ||
Roadshow "Pendidikan" Umno Selangor provokasi kemarahan umat Islam Posted: 16 Jan 2014 05:29 PM PST Sebanyak 30 roadshow "pendidikan" yang dirancang Umno mungkin bertujuan untuk mendapatkan sokongan untuk parti, tetapi ia hanya akan menyebabkan kemarahan dan kebencian terhadap bukan Islam, menurut pandangan para ahli Parlimen Selangor daripada Pakatan Rakyat (PR). Ahli Parlimen PAS Khalid Samad (gambar) bersama-sama Rafizi Ramli (PKR) dan Charles Santiago (DAP) berkata, ia adalah strategi Umno untuk mendapatkan semula sokongan daripada Melayu. "Ini yang diingini Umno. Mereka mahu mewujudkan keadaan di mana umat Islam berasa diancam oleh orang bukan Islam," Khalid memberitahu The Malaysian Insider. Rafizi yang juga ahli Parlimen Pandan menambah: "Ia sengaja direka untuk membangkitkan kemarahan dan kebencian terhadap orang bukan Islam." Roadshow berkaan akan melibatkan penyertaan 22 bahagian Umno di Selangor akan digunakan sebagai platform untuk mendidik umat Islam berkenaan peruntukan Enakmen 1988 Agama Bukan Islam Selangor (Kawalan Penyebaran Di kalangan umat Islam) undang-undang yang melarang bukan Islam di negeri tersebut daripada menggunakan kalimah Allah dan 34 perkataan bahasa Arab lain. Yang pertama telah diadakan di Sekinchan malam tadi. "Matlamat akhir Umno adalah untuk mewujudkan situasi di mana orang Islam akan berasa terancam," kata Khalid. Read More / Baca Lagi >> | ||
Debat Bukan Budaya: Noh sedia debat isu kalimah ALLAH Posted: 16 Jan 2014 05:16 PM PST SABAK BERNAM – Pengerusi Umno Selangor, Datuk Seri Noh Omar menyatakan kesediaan beliau berdebat isu kalimah ALLAH dari sudut perundangan dengan mana-mana pemimpin Pakatan Rakyat (PR). Noh berkata, beliau sedia berdebat demi memelihara kesucian kalimah suci itu daripada terus digunakan oleh penganut agama lain kerana ia jelas menimbulkan sentimen kemarahan dalam kalangan umat Islam. Katanya, debat yang dicadangkannya itu nanti perlu dianjurkan badan bebas seperti dikendalikan Sinar Harian dalam siri wacana yang dianjurkan akhbar itu sebelum ini. "Saya sanggup, saya boleh (berdebat), tetapi dari segi perundangan, akidah dan agama. "Suruh Sinar (Harian) buat (anjurkan) wacana dan saya sedia untuk berdebat dengan pemimpin pembangkang dalam isu kalimah ALLAH ini," katanya. Beliau berkata demikian selepas Majlis Perasmian Sambutan Maulidur Rasul anjuran Umno Bahagian Sungai Besar, di Sekin Hotel Sekinchan, di sini, malam kelmarin. | ||
Malaysia Kita: Kemaruk goyang pondan Posted: 16 Jan 2014 05:05 PM PST Kangar: Ketika majoriti umat Islam sibuk berselawat dan melakukan pelbagai ibadat sempena Maulidur Rasul Selasa lalu, sekumpulan warga emas di sebuah kampung di sini pula asyik berjoget dengan mak nyah di satu pesta joget lambak. Pesta yang bermula jam 1 pagi itu bukan saja mencemarkan kemuliaan sambutan Hari Keputeraan Nabi Muhammad SAW, malah turut memalukan penduduk lain di kampung berkenaan kerana ia dilakukan secara terbuka di depan sebuah rumah penduduk. "Difahamkan juga, semua mak nyah itu yang berpakaian seksi dibawa khas dari Kedah dan mereka turut diiringi lima atau enam pemuzik tradisional yang mengalunkan muzik latar," katanya. SEORANG mak nyah asyik berjoget dalam sebuah pesta. Menurutnya, kumpulan mak nyah itu seperti pelayan pelanggan (GRO) yang menjadi teman menari kepada 20 lelaki kampung berkenaan yang berusia 50-an dan 60-an. | ||
Lakonan kontot UMNO@BN dalam drama GIAT MARA mengkantoikan diri sendiri.. Posted: 16 Jan 2014 05:04 PM PST TV3suku dan seluruh Media Lidah Biawak UMNO-BN masih cuba 'memanaskan' isu PUSAT GIAT MARA. Satu persatu pemimpin UMNO keluar TV buat kenyataan menuduh Kerajaan Selangor tidak mementingkan pendidikan rakyat dan tidak bertanggungjawab. Mereka nampaknya telah MEMBODOHKAN DIRI SENDIRI sebab dalam masa yang sama pihak pengurusan dan guru2 serta pelajar tidak ada apa apa masalah serta konflik dalam isu ini kerana mereka faham APA YANG BERLAKU sebenarnya. Too much retrorik politik dalam UMNO sampai sanggup menipu rakyat diluar sana untuk MENUTUP KESALAHAN SENDIRI.. Menyentuh sedikit berkaitan isu Pusat Giat Mara Selayang yang heboh diperkatakan ditutup oleh kerajaan negeri oleh UMNO-BN sebelum ni, sikap UMNO yang seolah-olahnya jaguh orang melayu tetapi HIPOKRIT dengan sekian lama membiarkan pusat latihan Giat Mara yang memberi latihan kepada anak bangsa dalam keadaan TIDAK SAH STATUS TANAH dan juga KEADAAN BANGUNAN DAN KEMUDAHAN SERBA KEKURANGAN. Diminta kepada UMNO supaya berhenti hipokrit dalam memperjuangkan bangsa dan agama seperti mana yang mereka laung-laungkan tetapi buktikanlah dengan tindakan walaupun memang diragui akan keikhlasan dan keupayaan mereka. Read More / Baca Lagi >> | ||
NIAT Ringkas & Betul Dalam TAKBIRATUL IHRAM - Ustaz Azhar Idrus Posted: 16 Jan 2014 04:59 PM PST | ||
Sisa Mani Keluar Selepas Mandi Wajib - Ustaz Azhar Idrus Posted: 16 Jan 2014 04:58 PM PST | ||
AL KISAH KANGKUNG DI MALAYSIA..!! Posted: 16 Jan 2014 08:04 AM PST | ||
Malaysia Kita: Suspek kes bunuh 3 beradik ditahan reman Posted: 16 Jan 2014 07:45 AM PST |
You are subscribed to email updates from RAKYAT MARHAEN To stop receiving these emails, you may unsubscribe now. | Email delivery powered by Google |
Google Inc., 20 West Kinzie, Chicago IL USA 60610 |
Tiada ulasan:
Catat Ulasan