MIMPI SENJA |
- ZINA : Guru Besar dan Guru Wanita diarah bela diri
- Macai umno marah 'mulut Najib' disuap kangkung
- Oh Kangkung
ZINA : Guru Besar dan Guru Wanita diarah bela diri Posted: 16 Jan 2014 09:54 PM PST
KOTA BHARU - Seorang guru besar dan guru sebuah sekolah rendah di Pasir Mas diarah Mahkamah Tinggi Syariah di sini, semalam supaya membela diri atas tuduhan mukadimah zina, April lalu. Perintah dibuat Hakim Syarie, Nik Najib Che Hassan terhadap guru besar berusia 54 tahun dari Kampung Perupok, Chetok, Pasir Mas, dan pasangan berusia 26 tahun dari Taman Lubok Jong, daerah sama. Lelaki tersebut didakwa melakukan perbuatan mukadimah zina iaitu berada di atas tubuh seorang perempuan yang bukan isteri atau muhramnya dalam keadaan separuh bogel dalam sebuah kereta Perodua Kancil pada jam 8.30 malam, 28 April lalu. Wanita tersebut pula didakwa atas tuduhan sama dalam keadaan separuh bogel dengan memakai t-shirt tetapi seluar ditanggalkan serta berada di bawah badan lelaki tersebut masa dan tarikh yang sama. Perbuatan dilakukan dengan di tempat duduk hadapan dalam sebuah kereta yang dipakir di bahu Lebuh raya Pasir Mas-Rantau Panjang, Kampung Gaung, Pasir Mas. Pada prosiding semalam, pihak pendakwaan berjaya menimbulkan prima facie kes pada keputusan pada akhir kes pendakwaan. Peguam mereka, Yuslan Yusof bagaimanapun memohon tarikh lain berikutan kedua-dua anak guamnya belum bersedia untuk perintah itu. Nik Najib kemudian bersetuju dan menetapkan sebutan semula pada 27 Mac depan. Kedua-dua ditahan dalam serbuan kakitangan Pejabat Agama daerah itu. Kes dikendalikan, Timbalan Pendakwa Syarie (Kanan), Norhasney Ridhwan Hassan. -Sinar Harian |
Macai umno marah 'mulut Najib' disuap kangkung Posted: 16 Jan 2014 10:05 AM PST Selepas pelbagai parodi, jenaka dan ejekan, sensasi kenyataan 'kangkung' Perdana Menteri Datuk Seri Najib Razak kini dikaitkan dengan isu kaum pula. Penulis blog pro-Umno terkenal Dr Novandri Hassan Basri (kanan) hari ini menyelar tindakan Anggota Dewan Undangan Negeri (ADUN) Lee Khai Loon yang tampil dengan flashmobmemperolokkan kenyataan Najib itu. Lee bersama sekumpulan penyokong Pakatan Rakyat sebelum ini berkumpul di Bukit Mertajam dengan replika besar muka Najib yang disumbat mulutnya dengan 10kg kangkung sebagai tanda bantahan terhadap kenaikan kos sara hidup. Bagaimanapun, selepas ejekan besar-besaran di alam maya, termasuk dilaporkan media antarabangsa seperti BBC, tindakan itu nampaknya mengundang kemarahan penyokong BN. "Cina Pakatan pembangkang semakin melampau dan kurang ajar nampaknya," tulis Dr Novandri dalam tulisannya Dr Mim hari ini. "Ini yang dilakukan oleh PKR di Machang Bubuk, Pulau Pinang yang menghina DS Najib Razak, perdana menteri Malaysia secara terbuka dengan menyumbat kangkung ke mulut replika perdana menteri!" Dr Novandri berkata, langkah itu menggambarkan "kerendahan moral mencerminkan bangsa yang seperti tidak berpelajaran, malah berkelakuan seperti kanak-kanak" "Nampaknya, pakatan pembangkang sengaja mahu menguji kesabaran penyokong-penyokong BN. And it's not funny anymore. (Dan ia tidak lagi lucu.)" - malaysiakini |
Posted: 15 Jan 2014 11:23 PM PST
Kangkung pada tahun ini lebih popular berbanding sayur-sayur seperti sawi, bayam dan kobis. Berdasarkan carian di Yahoo, Google mahupun Bing, pastilah sayur jenis ini dikaitkan dengan resepi, manfaat, dan lain-lain. Jarang sekali kangkung mendapat perhatian meluas kecuali setelah diangkat martabatnya oleh Perdana Menteri Najib dalam ucapannya baru-baru ini. Kangkung kelihatannya telah menempati status yang tinggi setelah prestasinya merudum gara-gara budak meninggal kerana batang kangkung yang dimakan mengandungi lintah yang kemudiannya membiak dalam perut kanak-kanak itu. Sayur yang mengandungi banyak vitamin A, B, C dan K ini sedap jika dimasak tumis. Manfaat kangkung antaranya mengurangi haid, keputihan di faraj, mual bagi ibu hamil dan melancarkan air mani. Sudah tentu ini tiada kaitan dengan prestasi kehidupan seks (rujuk sinihttp://beta.malaysiakini.com/news/245025 Pengambilan gula berlebihan boleh menjejaskan kehidupan seks seseorang)! Mujur juga naik turun barang tidak dikaitkan sekali lagi dengan ketetapan Allah (sebagai Melayu Islam dan bukan penduduk Pulau Pinang, saya dibenarkan menyebut kata ini.). Kangkung bukan sahaja menjadi subjek pada era moden tetapi juga subjek dalam Hikayat Hang Tuah, bilamana dengan kebijaksanaan yang ada pada Hang Tuah, dia melihat Maharaja China, yang tiada sesiapapun dibenarkan melihat wajahnya. Ketika rombongan Hang Tuah ke China hendak dijamu makan, Hang Tuah telah menyatakan bahawa orang Keling makan sayur, daun kayu dan buah kayu yang tidak dikerat dan dibiarkan panjang-panjang. Ketika makan, Hang Tuah telah mendongakkan kepala. Pada masa itulah beliau dapat melihat Maharaja China yang duduk dalam mulut naga emas bersisik. Jelas, kebijaksanaannya telah menyelamatkan dirinya daripada dipenggal, dengan subjek yang sama bagaimanapun ia menunjukkan kecetekan pemimpin negara kita pada masa ini. Datuk Seri Najib dilaporkan mengatakan tentang penurunan sesetengah barang, kangkung yang sebelum ini naik kini turun, "Dalam suratkhabar, saya baca, ada yang dah turun,. Kangkung dulu naik sekarang dah turun." (rujuk paparan video di sini http://www.youtube.com/watch?v=E7EOmv1GkM0) Sambil menyifatkan ramai yang tidak memuji kerajaan dan bila harga naik, mereka menyalahkan kerajaan. Ini menurutnya tidak adil. Tidak sedikit yang menjadikan topik ini untuk datang dengan gambar di baju kemeja, instagram, whatsapp dan sebagainya sebagai bahan jenaka. Bukan sahaja berita ini menjadi buah mulut di media alternatif tetapi juga BBC News. Kejadian ini bukan sesuatu yang membanggakan apabila Perdana Menteri Malaysia yang dijuluki dengan gelaran Bapa Transformasi, hanya mampu mengubah kedudukan kangkung tetapi tidak status rakyatnya yang dihimpit kenaikan barang dan kurangnya kuasa beli. Kenaikan tarif elektrik, minyak petrol, gula, makanan, tambang bas – semua ini menaikkan kos hidup. Pengangkutan, perumahan, pendidikan adalah bidang kuasa kerajaan pusat. Ini menunjukkan kegagalan pentadbiran Perdana Menteri bukan sahaja dalam mendapatkan legitimasi rakyat tetapi juga menguruskan kewangan dan perbelanjaan negara – sangat bertentangan dengan bapanya, Tun Abdul Razak, Bapa Pembangunan yang berupaya meningkatkan taraf hidup golongan luar bandar dan membangunkan ekonomi negara melalui Rancangan Buku Hijau (20 Disember 1974). Kangkung dan Rancangan Buku Hijau walaupun kedua-duanya menyentuh sektor pertanian tetapi mempunyai kesan berbeza ke atas rakyat Malaysia – di bandar, pinggir bandar dan kampung – sama ada mereka menggemari nasi goreng kampong, kangkung goreng belacan atau yong tau fu. Sikap bena tak bena menyebabkan pernyataan kurang bijak seperti "Tiada aduan bukti rakyat malaysia sokong kenaikan harga", "jangan makan ayam sekiranya harga ayam mahal", "pengguna jalan raya boleh memilih untuk menggunakan jalan biasa lain sekiranya menganggap kenaikan tol terlalu tinggi", "Harga barang adalah ketetapan Allah". Ini bukanlah kenaikan harga 20 sen atau 50 sen, air teh ais kurang gula atau kopi O, tetapi kesan domino yang dihadapi oleh pengguna terutamanya mereka yang bergantung pada bahan asasi seperti gula, sayuran, minyak petrol. Yang dikhuatiri dalam gelak tawa dan sorak sorai kita tentang ucapan kangkung (baca: kata adj), kita terlupa akan penting dan gentingnya perbelanjaan negara diurus dengan baik agar kesannya tidak ditanggung rakyat yang menghabiskan hidup menyelesaikan hutang negara. Dan dalam keriuhan "kangkung" ini, semoga lagu Lenggang Kangkung yang menjadi hiburan ketika kanak-kanak tidak pula menjadi punca konflik tuntutan warisan budaya Malaysia Indonesia yang banyak berkongsi sejarah dan budaya dalam satu tamadun yang besar. Perkelahian yang sia-sia tidak diperlukan terutama dalam negara yang kononnya aman didiami pelbagai etnik. Justeru, marilah kita memanjatkan kesyukuran kerana Malaysia masih aman. – Roketkini.com |
You are subscribed to email updates from Mimpi Senja To stop receiving these emails, you may unsubscribe now. | Email delivery powered by Google |
Google Inc., 20 West Kinzie, Chicago IL USA 60610 |
Tiada ulasan:
Catat Ulasan