Rabu, 15 Januari 2014

RAKYAT MARHAEN

RAKYAT MARHAEN


Murtad kerana kemiskinan, bukan kerana ‘Allah’

Posted: 15 Jan 2014 09:03 PM PST

Jawhar digesa mengurangkan birokrasi dalam urusan pengagihan wang zakat selaras dengan semangat maqasid syariah. 

PETALING JAYA:  Seorang pendakwah bebas, Wan Ji Wan Hussin mendakwa bahawa umat Islam murtad dan keluar dari ajaran Islam bukan kerana mereka terkeliru dengan penggunaan kalimah Allah oleh golongan bukan Islam.
Ia sebaliknya berlaku kerana individu – individu tersebut dibelenggu oleh kemiskinan. Lebih menghairankan ialah mereka juga tidak mendapat bantuan Pusat Zakat dan jabatan jabatan berkaitan Islam.
"Dakwaan bahawa seseorang itu murtad kerana keliru dengan kalimah Allah adalah kenyataan tidak berfakta.
"Setakat ini tiada laporan menyatakan seseorang murtad kerana keliru dengan penggunaan kalimah Allah oleh Kristian," kata Wan Ji yang berkelulusan sarjana dalam bidang maqasid syariah.
"Ada gelandangan Islam masuk Kristian dengan rela hati tanpa dakwah Kristian kerana mudah menerima bantuan gereja," tambah beliau yang pernah bertemu orang Melayu yang murtad secara rela hati.
"Mereka merasa seolah-olah seperti bola yang ditendang semasa memohon wang zakat," kata beliau lagi.
Isu kalimah Allah hangat diperkatakan setelah Mahkamah Rayuan membenarkan permohonan menghentikan penggunaan kalimah Allah oleh akhbar Katolik, The Herald dalam bulan Oktober tahun lalu.
Read More / Baca Lagi >>

FB Najib dilanda komen kangkung pula...

Posted: 15 Jan 2014 08:59 PM PST

Laman facebook Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Tun Razak pagi ini dilanda dengan begitu banyak komen video yang membicarakan topik 'kangkung'.

Dalam status terkini dalam profail facebook beliau yang berkaitan sambutan Maulidur Rasul Peringkat Kebangsaan yang dimuat naik 14 Januari lalu, telah diserang dengan video parodi kangkung.

Sebanyak 1,556 komen dimuat naik sehingga pagi ini, kebanyakannya video parodi menyindir tindakan beliau yang didakwa begitu 'bangga' dapat menurunkan harga pasaran kangkung sehingga dirasakan dapat meringgankan beban rakyat.

Antara komen yang begitu ketara menyindir Najib Razak adalah video 'New lenggang kangkung remix ft Najib' yang mana memaparkan klip video Najib berkaraoke dan menari tarian tradisional dalam sebuah majlis rasmi telah diubah dengan mengarapkan beberapa kesan grafik serta berlatarkan lagu Lenggang-lenggang kangkung.
Read More / Baca Lagi >>

Hikayat seorang ‘raja’ dan Mahkamah Keadilan Antarabangsa

Posted: 15 Jan 2014 08:27 PM PST

Mohd Hazmi Mohd Rusli

Baru-baru ini, negara digemparkan dengan kemunculan seorang individu bernama Raja Noor Jan Shah Ibni Al-Marhum Raja Tuah Shah yang mengaku dirinya sebagai Sultan Melaka yang "diiktiraf" oleh Mahkamah Keadilan Antarabangsa (ICJ). Adakah ini suatu petanda Malaysia bakal mempunyai 10 negeri yang bersultan?
SEJARAH MELAKA
Kepulauan Melayu atau Nusantara adalah sebuah kawasan yang terbentang luas dan Semenanjung Melayu terletak di tengah-tengah wilayah ini. Sejak berkurun lamanya, kuasa politik rumpun Melayu tertumpu di Pulau Sumatera menerusi kerajaan Srivijaya dan setelah kejatuhan empayar maritim ini pada kurun ke-12, Nusantara telah berpaksikan kerajaan Majapahit di Pulau Jawa.
Susulan kejatuhan Majapahit pada kurun ke-14, Kesultanan Melayu Melaka telah diasaskan oleh Parameswara pada tahun 1400, putera Melayu Hindu yang bersusur galur daripada pemerintah kerajaan Srivijaya yang tidak lagi berkuasa pada ketika itu.
Menerusi pengasasan Melaka, kuasa politik utama di Nusantara beralih dari Pulau Jawa ke Semenanjung Melayu. Melaka berkembang menjadi pusat perdagangan yang terkenal di Asia dan berjaya membentuk sebuah empayar maritim yang masyhur dan disegani.
Kekayaan dan kegemilangan Melaka berterusan selama 110 tahun sebelum empayar ini jatuh tersungkur dibedil Portugis pada tahun 1511. Di dalam ekspedisi kelolaan Alfonso D' Albuquerque, kedaulatan Melaka telah tersirna dan Sultan Melaka pada ketika itu, Sultan Mahmud Shah, terpaksa melarikan diri untuk membina semula kekuatan empayarnya yang telah runtuh.
Baginda menjadikan Bentan sebagai ibu negerinya yang baru dan telah beberapa kali cuba untuk menyerang Portugis di Melaka. Pada tahun 1526, Portugis memusnahkan Bentan menyebabkan Sultan Mahmud terpaksa melarikan diri ke Kampar, Riau, Sumatera dan akhirnya, mangkat di sana.
Putera-putera baginda, Raja Alauddin II dan Raja Muzaffar, masing-masing menjadi sultan-sultan di negeri-negeri yang pernah berada di bawah naungan Melaka, yakni, Johor dan Perak. Maka, dengan itu, berakhirlah kedaulatan empayar Melaka yang pernah menjadi titik fokus politik dan ekonomi Nusantara.
MASIH WUJUDKAH SULTAN MELAKA?
Read More / Baca Lagi >>

Kos Sara Hidup: Jawatankuasa khas bukan penyelesai masalah...rakyat bukan bahan uji kaji pemerintah...!!!

Posted: 15 Jan 2014 07:50 PM PST

SHAH ALAM - Tindakan kerajaan menubuhkan Jawatankuasa Khas Menangani Kos Sara Hidup bukan penyelesaian mengurangkan beban rakyat, sebaliknya membuktikan kerajaan tiada perancangan sebelum melaksanakan sesuatu perkara.

Setiausaha Agung Persatuan Pengguna Islam Malaysia (PPIM), Datuk Dr Maamor Osman berkata, kerajaan tidak sepatutnya menjadikan dasarnya sebagai uji kaji yang akhirnya tidak membawakan apa-apa manfaat sama ada untuk rakyat mahupun negara.

"Bila tubuh jawatankuasa ini seperti kerajaan ini ahli bomba, bila ada kebakaran kita akan padam, dan perkara itu berulang-ulang tanpa ada penyelesaian yang baik.

"Apa guna kerajaan yang yang mempunyai begitu ramai menteri kabinet sehinggakan terpaksa menubuhkan jawatankuasa," katanya kepada Sinar Harian.

Kata beliau, kaedah terbaik bagi menangani kenaikan harga barang bukan dengan tubuhnya jawatan kuasa, tetapi perlu bermula dengan kerjasama antara kementerian.

"Contohnya Kementerian Pertanian, Kementerian Perdagangan Dalam Negeri Koperasi dan Kepenggunaan (KPDNKK) bersama Kementerian Perdagangan Antarabangsa dan Industri (MITI) perlu bergandingan antara satu sama lain mencari kaedah terbaik mengurangkan bebanan kenaikan harga.

Read More / Baca Lagi >>

Najib's 'KANGKUNG' economics

Posted: 15 Jan 2014 07:43 PM PST


The price of kangkung has fallen! At least our prime minister has read of such a report in the newspapers.
Suddenly kangkung has become the king of all vegetables in the market, thanks to the government's saving grace. Finally we see hope in the Malaysian economy.
Najib's 'KANGKUNG' economicsSo, Najib talked in elated spirit that while prices of all other items have soared and everyone is pointing his finger at the poor government, at least kangkung is cheaper now and Malaysians should by right be thankful to the government.
Why not?
We have cheap kangkung on our dining tables, every meal of it, and the inflationary pressure seems to have somewhat been relieved. Who knows other stuffs will just follow suit.
From this day on, kangkung will no longer be cooked in the one and only kangkung belacan way. New culinary styles may be developed around kangkung, something like roti kangkung, kangkung spaghetti, kangkung burger... You name it.
The magic veg
Kangkung could as well make it to the rank of our national dish, a perfect manifestation of Malaysia's culinary diversity!
A "kangkung economics" discipline should also be installed at economic schools in our local universities, offering indepth analyses on how the government has successfully brought down the price of kangkung under mounting inflationary pressure, and how the kangkung price has helped mitigate the inflationary pressure and lifted the national economy.
Read More / Baca Lagi >>

Barang naik: SAMM seru pengguna FB hantar mesej ‘#Kangkung 1 Malaysia’ di FB Najib

Posted: 15 Jan 2014 07:41 PM PST

SHAH ALAM 16 JAN: Solidariti Anak Muda Malaysia (SAMM) mengajak lebih ramai pengguna laman sosial, Facebook menyatakan protes terhadap dasar Kerajaan Pusat yang menyebabkan peningkatan kos sara hidup rakyat dengan menaip mesej ringkas, '#Kangkung 1 Malaysia' di akaun rasmi Facebook Perdana Menteri (PM).
Pengarah Propaganda SAMM, Edy Noor Reduan, berkata kempen itu dijalankan sebagai kesinambungan ke atas kesedaran sendiri orang ramai yang terbeban ekoran peningkatan harga perkhidmatan dan barangan keperluan.
"Sebenarnya sekarang pun sudah ramai yang berani menyatakan bantahan secara terus dan berani ke Facebook PM dan ini satu perkembangan baik kerana rakyat semakin berani dan sedar mereka dipermainkan.
"Kalau dahulu mungkin orang ramai teragak-agak untuk menghantar mesej protes di Facebook PM tetapi sekarang tidak lagi, malah ada lebih berani menghamburkan kemarahan secara terbuka, sindiran dan bermacam lagi. Ini berlaku disebabkan hilang rasa hormat bila rakyat mula tertekan.
"Bila semakin tertekan, akhirnya rakyat bukan sahaja berani turun ke jalan raya malah bila tiba masanya dengan sendirinya mereka berani untuk turun berdemo secara aman di Putra Jaya sekalipun," kata Edy Noor ketika dihubungi Selangor Kini.
Mengulas lanjut, perkembangan isu kos sara hidup ini ditambah burukkan lagi dengan sikap pemimpin BN sendiri yang gemar mengamalkan tabiat suka membazir dan bermewah tatkala rakyat disuruh mengikat perut untuk berjimat cermat.
Read More / Baca Lagi >>

Kangkung: Najib malukan negara di seantero dunia

Posted: 15 Jan 2014 07:39 PM PST

"Kangkung di tepi paya…"

Segala puji-pujian bagi kerajaan Umno-BN di bawah kepimpinan Najib Razak,  Perdana Menteri dan Menteri Kewangan tersohor sekian alam.
  
Walaupun satu dunia sudah heboh memperkatakan perihal kenyataan terdangkal alaf ini dari seorang yang bertaraf ketua kerajaan dan memiliki pula, katanya, ijazah ekonomi perindustrian serta mendakwa membaca ribuan buku, namun rasanya belum terlambat untuk saya turut menumpang semangkuk.
  
Saya telahpun menulis perihal ini dalam akhbar bercetak Harakah keluaran akan datang tetapi dari perspektif berbeza dan merujuk komoditi dalam kenyataan Najib sebagai 'ikan'.

Saya akui tidak begitu mendengar atau lebih tepat lagi mengambil endah apa yang dikatakan oleh Najib sebagaimana disiarkan Buletin Utama TV3 malam itu.  Ini kerana sejak sekian lama, malah sejak beliau mengetuai Pemuda Umno atau lama sebelum itu lagi, saya tidak pernah mengambil apa yang dikatakan oleh beliau secara serius.  Bagi saya, kata-kata Najib ibarat gendang kosong – bunyi kuat, isi tiada.
  
Secara kebetulan sahaja hidangan maka tengahari saya hari ini adalah kangkung belacan dan ikan selar kecil masak asam pedas.  Nak beli asparagus atau ikan tenggiri, itu bukan standard saya dan standard kebanyakan rakyat Malaysia.  Kalau pemimpin Umno mungkinlah, tetapi kalau orang Umno yang bekerja biasa-biasa, rasanya sama sahaja.
  
Memanglah dua tiga hari ini satu dunia sibuk bercakap pasal kangkung, termasuk oleh akhbar arus perdana antarabangsa.  Seorang perpustakawan, merupakan kenalan lama saya dari Ontario, Kanada menulis emel dan bertanya 'What is happening to the Malaysian PM? Is he sure he is okay?" Saya hanya menjawab email tersebut dengan akronim popular 'LOL'.
Read More / Baca Lagi >>

Kangkung: Takdir Tuhan atau usaha kerajaan, tanya Dr Asri

Posted: 15 Jan 2014 07:38 PM PST

KUALA LUMPUR: "Dalam kemeriahan rakyat membicarakan tentang kangkung sehingga dijadikan tajuk penghibur rakyat, saya rasa ada beberapa soalan yang lebih serius patut dikemukakan.

"Pada persepsi kerajaan penurunan kangkung takdir Tuhan semata atau usaha kerajaan?" tanya bekas Mufti Perlis, Datuk Dr Mohd Asri Zainul Abidin menerusi facebooknya DrMAZA.com.

Justeru, ujarnya jika ia satu usaha kerajaan, sebab musabab, boleh atau tidak kaedah yang telah berjaya menurunkan harga kangkung diguna pakai ke atas sayuran dan keperluan asasi rakyat yang lain.

Baginya, mungkin kerajaan boleh kongsi formula yang membolehkan harga kangkung turun untuk ahli-ahli ekonomi mengkaji formula itu untuk dilaksanakan ke atas bahan-bahan yang lain.

"Ini mungkin membantu," tulisnya lagi.

Senyap dalam isu besar, Kabinet "Cap Ayam" tidak sokong punca Najib "Kangkung" lemah..!!

Posted: 15 Jan 2014 07:37 PM PST

Sikap memekakkan telinga Datuk Seri Najib Razak mengenai isu-isu utama ditambah pula dengan Kabinet yang tidak memberikan sokongan padu dilihat antara sebab utama mengapa Perdana Menteri dilihat sebagai lemah dan tidak berkuasa, kata penganalisis politik.
Ini diburukkan lagi oleh tiadanya  pendirian tegas dalam  menangani isu-isu yang sedang panas termasuk agama dan kaum serta pengurusan ekonomi yang sedang menyelubungi negara ini, kata penganalisis politik.
Mereka juga menegaskan, tidak ingat bilakah lagi seorang perdana menteri pernah menghadapi cemuhan daripada orang ramai sedemikian rupa selain yang dihadapi Najib sekarang.
Ini jelas digambarkan apabila Najib bercakap sesuatu perkara, menterinya sendiri kemudian akan menyangkalnya, kata Ketua Eksekutif Institut Demokrasi dan Hal Ehwal Ekonomi (Ideas) Wan Saiful Wan Jan.
Paling teruk, apabila Najib terus berdiam diri dan bukan menangani dengan kenyataan tegas, katanya.
Beliau mengambil kes Akta Keselamatan Dalam Negeri (ISA) sebagai contoh, Wan Saiful berkata Najib yang berjanji untuk memansuhkannya di samping undang-undang pencegahan zalim yang lain semasa beliau mula mengambil alih jawatan Perdana Menteri pada tahun 2009.
"ISA telah dimansuhkan pada tahun 2012 tetapi kini terdapat pihak-pihak tertentu yang menyeru untuk ia diperkenalkan semula termasuk ketua polis negara.
"Daripada berdiri secara kolektif sebagai satu suara, Kabinet Najib seolah-olah berpecah kepada empat. Setiap orang mempunyai pendapat mereka tersendiri.
"Oleh itu, orang ramai mempunyai persepsi Najib lemah kerana katanya Najib tidak dilihat mempunyai kata putus," Wan Saiful memberitahu The Malaysian Insider.
Dalam menghadapi cabaran sebegini, Wan Saiful berkata Najib perlu tegas dan mengambil tindakan terhadap ahli-ahli Kabinet yang berbeza pendapat dengannya atau kerajaan.
"Pada dasarnya seluruh Kabinet perlu berenang atau tenggelam bersama-sama, ia tidak seharusnya menjadi kes setiap orang orang ada hak masing-masing.
Read More / Baca Lagi >>

Kerana Malu Isu "PM Kangkung", Kerajaan 47% BN Sekat Akses Artikel BBC.

Posted: 15 Jan 2014 06:56 PM PST

Pengguna internet khasnya Twitter sedang kecoh memerli kerajaan kerana menghalang akses ke artikel "kangkung" dalam laman berita antarabangsa, BBC.
Kekecohan bermula apabila wartawan daripada BBC, Charlotte Pritchard bertanya kepada rakyat Malaysia sama ada artikel itu boleh dibaca ataupun tidak.
Pengguna internet merungut apabila menghadapi kesukaran membaca artikel itu yang turut memerli kerajaan Malaysia ekoran kenyataan Perdana Menteri Datuk Seri Najib Razak tentang harga kangkung baru-baru ini.
Posting terakhir daripada Pritchard mengatakan bahawa BBC di London tidak mempunyai sebarang masalah mengakses artikel tersebut.
Pengguna Twitter dengan gelaran @belon1986 berkata, "Kami boleh mengakses semua berita di BBC Trending tapi bukan berita Kangkung. Sangat memalukan!"
Satu lagi pengguna Twitter dengan gelaran @AshgailYu menyifatkan langkah ini sebagai sangat "menyedihkan".
Pengguna Twitter @steventsh pulah memerli kerajaan Najib dengan sindiran "ianya akan menyelesaikan segala masalah" merujuk kepada langkah kerajaan untuk menghalang artikel itu.
Bagaimanapun, pengguna internet masih boleh membaca artikel itu melalui laman Google Search dengan menekan "Cached" di simbol "tekan bawah" bersebelahan URL artikel tersebut.
Read More / Baca Lagi >>

BULLSHIT NAJIB! Don't blame us, blame yourself & Umno for Malaysia's INABILITY TO COMPETE

Posted: 15 Jan 2014 06:52 PM PST

BULLSHIT NAJIB! Don't blame us, blame yourself & Umno for Malaysia's INABILITY TO COMPETEPrime Minister Najib Razak is wrong to blame Malaysians for the country's standing, in comparison to Japan and South Korea. He says Malaysia is not as developed and economically advanced as those two countries are because Malaysians lack strong will and fighting spirit.
This is bullshit.
He should instead blame his own party, Umno, and its partners in the ruling Barisan Nasional (BN) coalition. If it were not for the New Economic Policy (NEP) and its continued existence to this day, almost a quarter-century past its original termination date of 1990, we would not be in the state we're in now.
The NEP triggered a massive brain drain that is now recognised as one of the factors weakening our hopes of becoming an advanced nation.
The NEP came to be abused by Umnoputras to enrich themselves at the expense of the nation's welfare. Its negative spin-offs include cronyism, rent-seeking, widespread corruption – all of which retard national development.
Najib knows all this. Why does not he admit it? Why does not he instead blame the people who deserve to be blamed?
With regard to his point about Malaysians lacking strong will and fighting spirit, he need only look at how hard some of our citizens work, and how determined they are to give their children a better life despite the odds against them, to see that Malaysians – or, at least, a percentage of them – do have a strong will and a fighting spirit.
He says he saw a documentary showing why South Koreans are so successful – "Their students attend school in the morning, go for extra classes in the afternoon, do revision at night and sleep only at 11pm." Well, that also describes the daily routine of many Malaysian students who are forced to excel – in order to get places in good universities, mostly overseas. And through scholarships, which they can't get from their own government.
Read More / Baca Lagi >>

TG Nik Aziz: Saya dan Ahmad berbeza

Posted: 15 Jan 2014 06:45 PM PST

Nik Abdul Aziz Nik Mat
KOTA BHARU - Bekas Menteri Besar Kelantan, Datuk Nik Abdul Aziz Nik Mat berkata, rakyat tidak boleh membandingkan pentadbiran penggantinya, Datuk Ahmad Yakob dengan dirinya yang menerajui Kelantan lebih 20 tahun.

Mursyidul Am Pas itu berkata, setiap pemimpin mempunyai pendekatan sendiri dan Ahmad, selaku pemimpin berpengalaman, tahu apa yang perlu dilakukannya.

"Susah saya nak kritik peribadi orang, cuma apa yang saya boleh kata, nak cari orang yang sama tidak dapat. Mesti ada perbezaan, lemah di sini, baik di situ. Kita doakan beliau melaksanakan yang terbaik," katanya kepada Sinar Harian selepas majlis  sambutan hari kelahirannya yang ke 83 di Institut Pemikiran Tok Guru (IPTG), semalam.

Ahmad, yang mengambil alih pentadbiran Kelantan selepas PRU13 pada 5 Mei lalu dikritik beberapa pihak berikutan beberapa tindakannya  yang berbeza dan dirasakan tidak lantang seperti  Nik Aziz.

Nik Aziz berkata, semasa beliau menjadi menteri besar, Ahmad menerima latihan yang cukup, termasuk ditugaskan untuk menggantikannya dalam pentadbiran dan acara-acara kerajaan.

"Beliau macam anak murid saya, semasa saya ada. Banyak tugasan yang saya serah kepada beliau, termasuk menjawab soalan dalam Dun. Dalam pentadbiran dia cukup faham," katanya.
Read More / Baca Lagi >>

Lagu Ini Khas Di Tujukan Kepada Datuk Seri Najib Serta Menteri Dan Timb.Menteri Hal Ehwal Pengguna

Posted: 15 Jan 2014 05:26 PM PST

Kenaikan Gaji: Mampukah Serap Lonjakan Harga Barang, Kos Sara Hidup + GST!

Posted: 15 Jan 2014 04:54 PM PST

gaji 2014 naik
Persoalannya sekarang, usaha kerajaan dalam tempoh sedekad yang lalu untuk naik gaji rakyat Malaysia masih ditakuk lama. Faktanya, Malaysia antara yang terkebelakang melibatkan kenaikan gaji rakyat Malaysia jika dibandingkan dnegan Indonesia, Thailand, Brunei dan Singapura jauh sekali untuk dibandingkan.
Bagi tempoh 10 tahun yang terkahir berdasarkan laporan Bank Dunia, Pertumbuhan gaji rakyat Malaysia hanyalah berada di sekitar 2.6% setiap tahun. Inflasi?
Inflasi pun berada di antara 2%-3%. Maknanya….dengan kenaikan kos sara hidup di Malaysia sekarang ini ditambah dengan pelbagai pengumuman kenaikan harga dan kos serta tidak lupa juga pengenalan pada angka mendadak iaitu 6% bakal memberikan impak besar untuk rakyat Malaysia boleh membuat simpanan bersih setiap bulan selepas ini.
Sebenarnya kerajaan Malaysia mempunyai pengaruh besar untuk menetapkan paras gaji rakyat Malaysia baik di gaji kakitangan awam ataupun gaji kakitangan swasta yang melibatkan 3 aspek. Apa dianya 3 aspek tersebut?

Semakan Gaji Kakitangan Awam VS Tangga Gaji Sektor Swasta

gaji kakitangan awam1) Pertama, Tangga gaji & skim gaji kakitangan awam ditentukan oleh kerajaan. Kakitangan awam adalah merupakan kumpulan pekerja yang begitu besar dalam tenaga buruh di Malaysia. Oleh itu tangga gaji kakitangan awam akan sentiasa menjadi rujukan dan penanda aras bagi tangga gaji kakitangan swasta sepertimana yang diamalkan selama ini oleh kalangan industri & majikan.
Apabila syarikat membuat "benchmarking" samada gaji yang bakal mereka tawarkan kepada pekerja mereka berpatutan atau tidak, mereka sebenarnya akan merujuk kepada kumpulan terbesar pekerja yang cukup berpengaruh di Malaysia iaitu gaji kakitangan awam. Jikalau gaji kakitangan awam rendah, syarikat pun akan ikut sama. Begitulah sebaliknya apa yang berlaku di Malaysia hari ini.
"What you set for civil servants definately becomes comparative benchmarking to the private sector"
Jadi, kerajaan mempunyai pengaruh untuk naik gaji rakyat Malaysia dengan cara memberikan kenaikan gaji kakitangan awam naik. Tetapi janganlah naik gaji Ketua Setiusaha Negara (KSN), naik gaji golongan bawahan ini. Jangan naik di atas sana.
Oleh itu semakan semula tangga gaji & skim gaji kakitangan awam memberikan pengaruh gaji keseluruhan pekerja di Malaysia. Setuju? Seterusnya…
Read More / Baca Lagi >>

Mesir: Polis, tentera kempen senyap untuk Zionis Al-Sisi

Posted: 15 Jan 2014 04:50 PM PST

Polis, tentera kempen senyap
KAHERAH - MESIR. Hari kedua dan terakhir untuk mengundi menentukan Perlembagaan baru di Mesir terus sengit, sehari selepas lebih 10 orang terbunuh semalam.

Jurucakap kerajaan sementara berkata, kawalan keselamatan terus dipertingkatkan bagi mencari pungutan suara sekali gus membuka ruang kepada ketua angkatan tentera pimpinan Jeneral Abdel Fattah Al-Sisi untuk memegang jawatan Presiden.

Dilaporkan oleh wartawan Al Arabiya yang berada di lokasi pengundian, jumlah mereka yang keluar mengundi amat kecil di pinggir Kaherah seperti di daerah Zamalik dan Suez.

"Keadaan ini disebabkan ramai penduduk di pinggir Kaherah merupakan menyokong kuat bekas Presiden Mohamed Mursi sekali gus menyaksikan mereka memboikot pungutan suara tersebut," katanya.

Menurutnya, terdapat segelintir tentera dan polis yang berkawal di pusat mengundi berkempen secara senyap mahukan penduduk mengundi 'ya' untuk memberi kemenangan di pihak mereka.

"Ramai yang memberi undi percaya buat Al-Sisi selepas mereka 'termakan' tawaran daripada bakal presiden itu," katanya.

ICJ: Sijil pengiktirafan 'Sultan Melaka' palsu

Posted: 15 Jan 2014 04:46 PM PST

MELAKA - Mahkamah Keadilan Antarabangsa (ICJ) mengesahkan sijil pengiktirafan sebagai waris kesultanan Melayu Melaka milik Noor Jan Tuah adalah palsu.

Ketua Menteri Melaka, Datuk Seri Idris Haron berkata, pejabat Yang Dipertua Negeri Melaka telah menerima surat daripada pihak ICJ di the Hague, Belanda, pada September tahun lalu menyatakan Noor Jan sebagai pembohong.
  
"Kenyataan Noor Jan adalah pembohong besar jelas dinyatakan dalam pengakuan pihak ICJ yang ditulis kepada kami," katanya selepas mempengerusikan mesyuarat Exco kerajaan negeri di Seri Negeri di sini, semalam.
  
Baru-baru ini, Idris menerima surat daripada Noor Jan yang mahu perbincangan dilakukan bagi mendapatkan pengiktirafan sebagai 'Sultan Melaka' kerana mendakwa beliau telah mendapat pengiktirafan daripada ICJ.
  
Noor Jan, 57, bagaimanapun ditahan polis pada 10.50 pagi kelmarin di jeti Anjung Batu, Umbai dekat sini sebelum sempat menaiki bot ke Pulau Besar untuk melakukan aktiviti bersama pengikutnya.

Kos Sara Hidup: Kenaikan tambang bas sekolah tidak dapat dielak..!!

Posted: 15 Jan 2014 04:34 PM PST

Kenaikan tambang bas sekolah tidak dapat dielak  
Sebahagian pengusaha bas sekolah daerah Hilir Perak hanya mengenakan tambang yang diluluskan oleh kerajaan sejak Ogos 2009 lagi.
TELUK INTAN - Persatuan Bas Sekolah Hilir Perak mengakui terpaksa menaikkan kadar tambang bas bagi menampung kos perkhidmatan lain selaras dengan kenaikan minyak yang diumumkan kerajaan.

Pengerusinya, P Selvaraju berkata, meskipun memahami keresahan ibu bapa, namun kenaikan tambang lebih kurang 20 peratus itu dianggap tepat pada masanya bagi mengelak pengusaha menanggung kerugian lebih besar.

Menurutnya,  pengusaha bas sekolah di daerah ini juga  dalam  keadaan  tersepit kerana mereka perlu naikkan harga tambang  bas sekolah atau mereka terus menerus menanggung kerugian.

"Tambang yang ditetapkan mengikut kawasan itu juga sebenarnya tidak membebankan apatah lagi ia kenaikan pertama dilakukan pengusaha dalam tempoh lima tahun bermula 2009 lalu.

"Sebelum ini, pengusaha bas menetapkan harga tambang bas kurang daripada yang ditetapkan  oleh Lesen Perlesenan Kenderaan Perdagangan (LPKP) yang menaikkan harga pada Ogos 2009 lagi.

"Kami faham dengan situasi keluarga murid, pengusaha bas sekolah Daerah Hilir Perak tidak menaikkan harga tersebut sehinggalah pada Januari 2014, selepas lima tahun membantu mereka," katanya kepada pemberita, disini, semalam.

Selvaraju berkata, harga yang ditetapkan oleh LPKP sejak Ogos 2009 dengan kadar RM27.43 bagi kilometer (KM) pertama dan RM2.02 setiap km berikutnya bagi kawasan bandar.
Read More / Baca Lagi >>

Kos Sara Hidup: Jumlah Pinjaman Tak Berbayar Kad Kredit Rakyat M'sia Pada Tahap Tidak Membimbangkan ..??

Posted: 15 Jan 2014 04:31 PM PST

KUALA LUMPUR: Jumlah pinjaman tidak berbayar bagi kad kredit oleh rakyat Malaysia berada pada tahap yang tidak membimbangkan, kata Timbalan Menteri Kewangan, Datuk Ahmad Maslan.

"Dilihat daripada hutang tidak berbayar, hutang kad kredit hanyalah 4.1 peratus daripada jumlah hutang isi rumah.

"Hutang isi rumah adalah 85.7 peratus daripada jumlah kadar keluaran dalam negara kasar (KDNK) dan ia bukan satu perkara yang merunsingkan kerana pinjaman tidak berbayar (NPL) kini berada pada tahap 1.4 peratus berbanding 98.6 peratus yang membayar mengikut masa yang ditetapkan," kata Ahmad Maslan.

Bercakap kepada pemberita selepas mendengar taklimat pendidikan kewangan dan pengurusan kredit rakyat Malaysia pada Rabu, beliau berkata hutang membeli rumah adalah yang tertinggi iaitu sebanyak 44.3 peratus, diikuti hutang kenderaan 17.3 peratus dan hutang peribadi 16.8 peratus.

Masalah utama hutang tidak terkawal berpunca daripada perancangan kewangan yang lemah iaitu sebanyak 22.8 peratus berbanding 4.4 peratus yang menyebutkenaikan kos sara hidup sebagai sebab utama hutang tidak terkawal.

Ahmad berkata, seramai 248, 491 individu telah mengikuti sesi kaunseling kewangan dan daripada jumlah itu, 100,871 terlibat dengan program pengurusan kredit yang dikelolakan oleh Agensi Kaunseling dan Pengurusan kredit (AKPK).

Read More / Baca Lagi >>

Being extravagant and recklessly wasteful

Posted: 15 Jan 2014 04:23 PM PST

Economic adviser Abdul Wahid Omar must knock some sense into premier Najib and the rest of the 'spendthrift BN politicians' to spend wisely.

The regular Malaysians are having it hard, having to deal with an expensive cost of living and at the same time being dictated to about their religion, that too by politicians who are hopelessly ignorant and insensitive in more ways than one.
That the start of 2014 has been turbulent for Malaysians in general and the non-Malays in particular is an understatement.
With the ruling Barisan Nasional government displaying zero empathy in relating to the hard-pressed rakyat's plight in surviving the harrowing escalating cost of living, the people are left to their own devices to do what is best for them.
As such, Malaysians who are already bogged down with the challenge of coping with the onslaught of hardships can do without the sardonic remarks made particularly by the BN MPs.
Leading the way is the country's prime minister Najib Tun Razak whose inability to feel for the rakyat has further worsened matters.
While the rakyat back home suffers, Najib decided to enjoy himself abroad. It seems both he and wife Rosmah Mansor were overseas during the Christmas and New Year period.
However, keeping in mind today's harsh reality and the people's struggle to get a grip over the rising cost of just about everything, from electricity tariffs to the proposed LRT 'platform fees', leaders like Najib should exercise wisdom each time he begins to open his mouth to address the rakyat, his intentions whatsoever.
Bad enough that the Najib-Rosmah indulgences come at the expense of the taxpayers welfare. Unfortunate for the nation that Najib is one leader who fails to take cognisance from past mistakes.
Prodigal Najib
The premier was recently lambasted by the very rakyat whose well-being he assured would be top priority.
Read More / Baca Lagi >>

Kos hidup: Rakyat Malaysia berada di jurang kehancuran

Posted: 15 Jan 2014 04:11 PM PST

KUALA LUMPUR: Rakyat Malaysia sedang berhadapan krisis peningkatan kos hidup setiap tahun yang sangat ketara dan memberi kesan kepada indeks kebahagiaan keluarga.

"Kerajaan Malaysia hari ini gagal menjadikan Malaysia negara berkebajikan dan hidayah tetapi menjadi negara 'jibayah' percukaian," kata Ketua Penerangan Dewan Ulamak PAS Pusat, Dr Mohd Khairuddin Aman Razali at-Takiri kepada Harakahdaily.

Menurutnya, tiga perbelanjaan utama isi rumah menurut satu tinjauan meningkat pada tahun 2010 iaitu pertamanya utiliti, keduanya makanan dan ketiganya minuman termasuklah juga restoran dan hotel menunjukkan peningkatan yang ketara sebanyak dua digit.

Contohnya, kata beliau perbelanjaan isi rumah terhadap utiliti meningkat sebanyak 15.1%, manakala perbelanjaan terhadap makanan dan minuman tidak beralkohol meningkat sebanyak 13%.

Katanya lagi, pProgram rasionalisasi subsidi yang dilancarkan oleh Perdana Menteri hakikatnya tidak releven dengan perkembangan sosio ekonomi semasa.

"Daripada pemerhatian kesan rasionalisasi subsidi ini, golongan menengah yang menetap di kawasan bandar adalah mereka yang menerima tekanan kuat perubahan ini," ujarnya yang juga Ahli Parlimen Kuala Nerus.
Read More / Baca Lagi >>

Demonstrasi 'kangkung' bantah kenaikan harga

Posted: 15 Jan 2014 04:05 PM PST

 
 Satu demonstrasi kecil malam tadi ekoran kenaikan harga barang-barang keperluan, telah disuntik dengan sendaan berkaitan dengan kenyataan 'Perdana Menteri Datuk Seri Najib Tun Razak mengenai "kangkung".

Kira-kira lima belas orang berhimpun di pasaran malam di Jalan Alma, Bukit Mertajam dengan menbawa gambar besar kepala Najib dengan mulutnya ternganga yang disumbat dengan 10kg kangkung.

Menurut ADUN Machang Bubok, Lee Khai Loon, sayuran itu ditanam di rumah seorang penyokong dan ia sebagai simbol bantahan rakyat terhadap kenaikan kos sara hidup kerana dasar-dasar kerajaan.

"Kerajaan persekutuan mempunyai tanggungjawab untuk mengawal dan mencegah kenaikan harga yang telah membebankan rakyat. Najib tidak harus meminta rakyat jangan menuding jari kepada kerajaan," katanya.

Ahad lalu, Najib bercakap mengenai bagaimana kerajaan tidak patut dipersalahkan kerana harga ikan dan sayur-sayuran yang tidak menentu, yang menurutnya bergantung kepada cuaca.
Read More / Baca Lagi >>

Tarik Balik Saman Bukti UMNO Amal Demokrasi Sebenar, Demikian Hujah Kangkung Razali Ibrahim

Posted: 15 Jan 2014 04:00 PM PST

Dalam mingggu ini UMNO telah menarik balik dua kes saman mahkamahnya. Yang pertama, saman terhadap Ahli Parlimen Batu, Tian Chua berhubung isu Lahad Datu dan yang kedua, saman terhadap Setiausaha Agung Pas, Mustaffa Ali berkaitan penyebaran video seks yang dikaitkan dengan pemimpin Pas tersebut.

Ramai yang meluahkan rasa kecewa dan marah atas tindakan UMNO menarik balik kedua-dua saman yang seolah-olah memperlihatkan UMNO berjiwa kecil dan pengecut dalam menegakkan kebenaran dan berhujah di mahkamah.

Saman-saman sudah menjadi perkara biasa sekarang ini dan pemimpin PR juga sering mengemukakan saman terhadap UMNO, pemimpinnya atau akhbar yang dimiliki UMNO. Tetapi dalam setiap saman yang mereka failkan, mereka akan bertahan dengan pendirian yang dipegang sampai ke titisan darah yang terakhir.

Sementara banyak kes yang dimenangi oleh mereka, namun jika kalah pula, mereka akan merayu lagi ke peringkat mahkamah yang lebih tinggi. Semua ini memperlihatkan kekentalan jiwa perjuangan dalam menegakkan kebenaran.

Apabila UMNO menarik balik kedua-dua saman itu, bukan saja ramai yang marah dan kecewa malah melihat ianya sebagai tanda UMNO sudah semakin luntur jiwa perjuangannya, sedangkan sebelum ini begitu berdegar-degar dan bersemangat memfailkan kes di mahkamah.

Bagaimanapun bagi Ahli MT UMNO yang juga Timbalan Menteri di Jabatan Perdana Menteri, Razali Ibrahim tindakan menarik balik saman itu membuktikan UMNO mengamalkan demokrasi sebenar.

Malah dalam hujahnya, beliau berkata, kedua-dua pemimpin PKR dan Pas yang ditarik balik samannya itu sepatutnya malu dengan sikap keterbukaan dan pemaaf yang diamalkan oleh UMNO.

Hahahaha...masuk akalkah alasan Razali ini?
Read More / Baca Lagi >>

KANGKUNGKU POPO

Posted: 15 Jan 2014 08:04 AM PST



SEBUAH JANJI DICAPATI...

Posted: 15 Jan 2014 07:55 AM PST

 
 

Bukti UMNO@BN Pembohong - Mana Bantuan Persekolahan RM150?

Posted: 15 Jan 2014 07:48 AM PST

So sahihla yang BN masih mengekalkan jumlah bantuan persekolahan sebanyak RM100. Bukan seperti yang dijanjikan menerusi manifesto mereka iaitu rm150 yang diwar2kan secara berleluasa dalam kempen PRU ke 13 pada tahun lepas.
Lepas neh mesti dorang akan bagi alasan. Alah.. BN kata bantuan akan dinaikkan secara berperingkat. Sabar la. Bukan terus2 nak bagi rm150 kannnn..
Yelah tueeeeeeeee
Kangkung pun tak percaya alasan korang. Apatah lagi rakyat.

Tiada ulasan: