Rabu, 15 Januari 2014

MIMPI SENJA

MIMPI SENJA


PKNS kata mesyuarat exco putus gugur Azmin

Posted: 15 Jan 2014 06:09 PM PST


Perbadanan Kemajuan Negeri Selangor (PKNS) berkata keputusan untuk menamatkan jawatan Timbalan Presiden PKR, Mohamed Azmin Ali sebagai ahli PKNS dibuat oleh mesyuarat exco.

Setiausaha Kerja PKNS, Norita Mohd Sidek berkata, jawatan Azmin ditamatkan melalui surat bertarikh 8 Januari lalu, sebenarnya dibuat selaras dengan mesyuarat exco pada 13 November dan disahkan pada 4 Disember tahun lalu.

"Merujuk kepada isu jawatan YB Mohamed Azmin Ali sebagai Ahli Perbadanan PKNS yang dilaporkan di media, PKNS ingin mengesahkan bahawa kami telah mengutus surat bertarikh 8 Januari 2014 kepada YB Mohamed Azmin Ali bagi memaklumkan bahawa tempoh jawatan beliau ditamatkan selaras dengan keputusan Mesyuarat Majlis Kerajaan Negeri (MMKN) Selangor pada 13 November 2013 dan disahkan oleh MMKN pada 4 Disember 2013.

"PKNS juga ingin memaklumkan bahawa kuasa melantik ahli perbadanan adalah di tangan MMKN (mesyuarat exco) dan bukan di tangan pengurus besar selaras dengan klausa 4(1) enakmen penubuhan PKNS," katanya dalam satunkenyataan ringkas lewat malam tadi.

Kenyataan ini sama sekali berbeza dengan penjelasan Menteri Besar Tan Sri Abdul Khalid Ibrahim semalam bahawa ia dibuat atas arahan Pengurus Besar PKNS Othman Omar yang bakal menamatkan khidmat hujung bulan ini.

Bercakap dalam sidang media selepas mesyuarat exco semalam, Khalid berkata, surat pengguguran Azmin itu dikeluarkan oleh Othman dan exco menerimanya selepas Azmin juga menerima keputusan itu.

PKR Selangor sebelum itu menuntut penjelasan Khalid berhubung pengguguran Azmin itu atas alasan mereka tidak dimaklumkan awal dan ia bertentangan dengan keputusan kongres PKR tahun lalu yang memutuskan semua lantikan politik, termasuk pengguguran perlu mendapat sokongan parti.

Kenyataan terbaru PKNS ini sekaligus dilihat bakal menyemarakkan lagi kehangatan dalam PKR menjelang kongres pemilihan parti itu tidak berapa lama lagi. - Malaysiakini

Jururawat, 25 dikurung dirogol oleh Romeo Siber

Posted: 15 Jan 2014 03:13 AM PST

Subang Jaya: Seorang jururawat berusia 25 tahun terpaksa mengambil masa empat hari untuk mencari jalan meloloskan diri daripada menjadi 'tawanan' seorang Romeo Siber yang mengurungnya di sebuah rumah di Seksyen 19.
Mangsa yang dikurung sejak Sabtu lalu dan tidak mempunyai akses untuk menghubungi orang luar, berjaya melarikan diri kira-kira jam 4 pagi semalam selepas menemui kunci pendua rumah itu hasil usahanya sejak dia mula dikurung suspek. 
Dalam keadaan keletihan, mangsa juga dilapor terpaksa berjalan hampir 200 meter sebelum dibantu orang awam yang menghantarnya ke Balai Polis Subang Jaya bagi membuat laporan mengenai kejadian itu.



Menurut sumber, sepanjang dikurung, mangsa mendakwa dirogol beberapa kali oleh lelaki berusia lewat 40-an itu, selain gambar bogelnya turut dirakamkan lelaki terbabit.

Difahamkan Romeo Siber yang hanya bekerja sebagai pemandu di sebuah syarikat swasta itu juga dipercayai sudah memperdaya sekurang-kurangnya tiga wanita muda melalui Facebook (FB) sejak enam bulan lalu dengan menggunakan modus operandi sama. - myMetro

Rakam video suri rumah mandi

KUALA LUMPUR: Seorang pegawai eksekutif mengaku tidak bersalah di Mahkamah Majistret di sini atas tuduhan merakam video seorang suri rumah yang sedang mandi tanpa berpakaian di sebuah kondominium, empat hari lalu.
Izwar Efendi Taswar, 32, didakwa melakukan perbuatan itu terhadap mangsa berusia 20 dengan niat mengaibkan kehormatan mangsa.Perbuatan itu didakwa dilakukan di dalam bilik air di sebuah kondominium di Bandar Sri Permaisuri, dekat sini, jam 11.52 pagi pada 11 Januari 2013.

Bagi perbuatan itu, tertuduh didakwa mengikut Seksyen 509 Kanun Keseksaan yang memperuntukkan hukuman penjara maksimum lima tahun atau denda atau kedua-duanya, jika sabit kesalahan.
Foto

Pendakwaan dijalankan Timbalan Pendakwa Raya Tan Siew Ping manakala tertuduh yang hadir memakai baju T merah dan berseluar pendek paras lutut tidak diwakili peguam.

Terdahulu, Tan menawarkan jaminan sebanyak RM10,000 terhadap tertuduh dengan syarat tambahan tertuduh dilarang mendekati mangsa dan keluarganya serta pasport diserah kepada mahkamah.

Rakan tertuduh yang ingin menjamin mangsa bagaimanapun memohon jumlah jaminan itu dikurangkan.

Majistret Saifulakmal Said kemudian membenarkan tertuduh dijamin RM5,000 dengan seorang penjamin dan membenarkan permohonan syarat tambahan oleh pihak pendakwaan.

Sebutan untuk melantik peguam ditetapkan pada 14 Februari ini. - myMetro

Tiada ulasan: