RAKYAT MARHAEN |
- Najib Razak patut belajar daripada Erdogan tegas dalam hal ehwal antarabangsa
- MB Selangor: Kerajaan PR komited laksana reformasi pentadbiran
- Pertempuran kuasai Putrajaya bermula & berakhir di Johor
- Kondo mewah: Keluarga Najib kebal daripada siasatan SPRM
- Thousands protest against corruption in Turkey
- Turkish bizarre: MPs throw tablets, punch colleagues in heated brawl
- Iraqi army shells Falluja
- Ustaz Ahmad Marzuk Shaary | Kuliah Jumaat 10 Jan 2014
- Maulid - Pentas Ratusan Ribu Pada Musim Harga Barang Naik - Dato Dr MAZA
- Dialog Kenaikan Kos Sara Hidup
- Kenaikan Harga Barang Cabaran Utama Rakyat
- Masyarakat Iban Sarawak selar diam seribu bahasa PM 47% BN pada rampasan Bible
- 200 pekerja Nepal cuba merusuh di Pokok Sena
- Utusan Malaysia dakwa MB Selangor dayus
- Kembalikan Tun M dalam kerajaan BN, bukan ISA - ZAM
- Najib lemah, bekas menteri mahu Tun M dikembalikan
- Wasatiyah Najib tercalar jika masih iktiraf judi
- Alahai ekonomi rakyat Malaysia...
- Ust Rosli Jabar - Rasulullah Diutus Utk Membawa Kita Ke Jalan Yg Selamat
- Ust YO Kemaman - Jadikan Rasulullah Ikutan Yang Terbaik Utk Kita
- TG Nik Aziz seru sokongan penuh kepada penggantinya
- Ketika Umno sibuk program mewah, PAS potong 20% gaji Adunnya
- BERJIMAT CARA PEMIMPIN UMNO....
- TS Khalid khianati aku janji?
- Holy Water tak akan tukar Muslim jadi Kristian - Dr Mujahid
Najib Razak patut belajar daripada Erdogan tegas dalam hal ehwal antarabangsa Posted: 11 Jan 2014 09:19 PM PST SHAH ALAM 12 JAN: Perdana Menteri Datuk Seri Najib Razak patut belajar daripada ketegasan prinsip Perdana Menteri Turki, Tayyip Erdogan dalam hal ehwal antarabangsa yang khususnya melibatkan kepentingan umat Islam. Pengerusi Lajnah Antarabangsa Pemuda PAS, Dr Raja Ahmad Al His, berkata banyak perkara yang wajar dicontohi Najib bukan sahaja dari sudut ketegasan prinsip Edorgan itu, tetapi juga kejayaan pentadbiran beliau. Katanya, dunia melihat bagaimana lantangnya Erdogan mengutuk keras kerajaan kudeta Mesir sewaktu tumbangnya Dr Morsi ditangan rejim As Sisi. Erodgan juga lantang mengutuk malah mengirimkan bantuan terhadap rakyat Syria ketika Basyar Asad membunuh rakyatnya sendiri. "Erdogan adalah satu-satunya pemimpin negara yang begitu lantang mengkritik Amerika Syarikat dan sekutunya Israel dalam dasar luar mereka yang begitu zalim. "Erdogan juga tanpa gentar mengisytiharkan mahu mengembalikan pemerintahan Uthmaniyyah di negaranya yang masih berkarat dengan fahaman sekularisme," katanya dipetik dari Harakah Daily. Dari aspek itu katanya, Malaysia di bawah pimpinan Najib dilihat jauh ketinggalan malah sering menikus bila berhadapan isu antarabangsa yang melibatkan kepentingan Amerika dan Israel. Beliau berkata demikian mengulas kehadiran Erdogan ke Malaysia kelmarin dalam misi mengukuhkan hubungan dua hala antara kedua-dua negara. Raja Iskandar berkata, Erdogan berjaya mengubah landskap politik dan ekonomi negaranya dari negara yang ketinggalan menjadi negara maju yang disegani di dunia. Read More / Baca Lagi >> |
MB Selangor: Kerajaan PR komited laksana reformasi pentadbiran Posted: 11 Jan 2014 09:19 PM PST PETALING JAYA 12 JAN : Menteri Besar, Tan Sri Abdul Khalid Ibrahim yakin bahawa visinya untuk mereformasikan budaya pentadbiran selaras dengan kehendak rakyat. Abdul Khalid berkata, sejak berlakunya tsunami politik Pilihan Raya Umum ke-12 pada 2008, pimpinan Pakatan Rakyat (PR) terus bekerja keras bagi membuktikan kerajaan baru yang dipilih rakyat jauh lebih baik daripada Barisan Nasional (BN). Atas dasar itu, katanya, pelbagai program kebajikan dilaksanakan bagi memenuhi keperluan rakyat yang sebelum ini diabaikan termasuk pemulihan projek perumahan terbengkalai seperti di Bukit Botak, Selayang. "PR dipilih rakyat atas dasar reformasi yang dibawanya untuk mengamalkan sistem pentadbiran lebih telus, berintegriti, adil dan bebas daripada amalan rasuah. "Namun rakyat kini bukan mahu dengar sahaja, mereka mahu lihat reformasi itu dizahirkan dan itulah yang kita lakukan," kata Abdul Khalid. Beliau berkata demikian ketika menyampaikan ucapan sewaktu Majlis Ulang Tahun ke 53 Rotary Club Petaling Jaya (RCPJ) yang diadakan di Hotel Empire di sini, malam tadi. Read More / Baca Lagi >> |
Pertempuran kuasai Putrajaya bermula & berakhir di Johor Posted: 11 Jan 2014 09:18 PM PST Sehubungan itu beliau menyifatkan usaha menawan Johor bagi menawan Putrajaya dalam PRU14 adalah cabaran terbesar yang perlu ditanggapi Pakatan Rakyat dan menjadi isu penting dibincangkan dalam Konvensyen Negeri DAP di Batu Pahat, hari ini.. Kit Siang yang juga Ahli Parlimen Gelang Patah berkata, Pakatan Rakyat telah meleburkan status Johor sebagai "negeri selamat" untuk BN dengan memenangi 5 kerusi parlimen dan 18 kerusi negeri. Beliau menyifatkan kejayaan itu sebagai pencapaian yang wajar dibanggakan jika diambil kira jumlah sumber yang dikeluarkan oleh BN untuk memenangi pilihan raya di negeri itu. "Namun pencapaian itu tidak mencukupi. Untuk mencapai matlamat menawan Putrajaya dalam PRU14, Pakatan perlu menetapkan sasaran untuk memenangi separuh daripada kerusi parlimen di Johor. "Untuk mencapai sasaran ini, kita perlu terlebih dahulu mempertahankan kawasan marginal kita (Bakri dan Batu Pahat) dan kawasan yang baru dimenangi (Kluang, Kulai dan Gelang Patah). "Setelah itu, kita mesti melakukan gerak menyerang untuk menawan kawasan marginal BN, iatu Segamat, Sekijang, Labis, Ledang, Muar, Tebrau, Pasir Gudang dan Pulai," ujarnya. Menurut Kit Siang (gambar), jika Pakatan Rakyat berjaya memenangi semua kawasan marginal BN sebelum ini, ia mampu mengumpul 13 daripada 26 kerusi yang dipertandingkan dalam PRU13. Bagi mencapai matlamat itu, beliau menggariskan enam daripada 12 strategi yang pernah diutarakan sebelum ini iaitu:
|
Kondo mewah: Keluarga Najib kebal daripada siasatan SPRM Posted: 11 Jan 2014 09:17 PM PST KUALA LUMPUR 12 JAN: Keluarga Datuk Seri Najib Razak akan terus kebal daripada siasatan Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) sekiranya suruhanjaya itu masih diletakkan di bawah Jabatan Perdana Menteri. Pengerusi Solidariti Anak Muda Malaysia, Badrul Hisham Shaharin berkata demikian ketika mengulas isu kekayaan melampau anak Datin Seri Rosmah Mansor yang dilapor membeli satu unit kondominium mewah berharga RM110 juta (USD33.5 juta) di New York. "SPRM sekarang berada di bawah (Jabatan) Perdana Menteri. Bagaimana ia nak menyiasat keluarga perdana menteri yang rasuah, sedang perlantikan ketuanya pun berada di tangan Perdana Menteri," katanya ketika dihubungi. Badrul atau lebih dikenali sebagai Chegu Bard, berkata, ini bukan kali pertama isu berkaitan keluarga Perdana Menteri itu didedahkan dan diketahui umum. "Dahulu sebelum PRU 13 saya ada dedahkan tentang isu mengenai stesyen jana kuasa IPP di Prai yang melibatkan Riza Shahriz. Sebelum ini didedahkan juga isu pembelian cincin RM 24 juta Rosmah Mansor, dan tiada penafian yang dilakukan oleh beliau (Rosmah). Read More / Baca Lagi >> |
Thousands protest against corruption in Turkey Posted: 11 Jan 2014 09:16 PM PST |
Turkish bizarre: MPs throw tablets, punch colleagues in heated brawl Posted: 11 Jan 2014 09:15 PM PST |
Posted: 11 Jan 2014 09:15 PM PST |
Ustaz Ahmad Marzuk Shaary | Kuliah Jumaat 10 Jan 2014 Posted: 11 Jan 2014 09:14 PM PST |
Maulid - Pentas Ratusan Ribu Pada Musim Harga Barang Naik - Dato Dr MAZA Posted: 11 Jan 2014 08:58 PM PST |
Dialog Kenaikan Kos Sara Hidup Posted: 11 Jan 2014 08:55 PM PST |
Kenaikan Harga Barang Cabaran Utama Rakyat Posted: 11 Jan 2014 08:53 PM PST |
Masyarakat Iban Sarawak selar diam seribu bahasa PM 47% BN pada rampasan Bible Posted: 11 Jan 2014 07:53 PM PST Masyarakat Iban Sarawak menyelar Perdana Menteri Datuk Seri Najib Razak kerana berdiam diri terhadap rampasan lebih Bible berbahasa Melayu dan Iban di Persatuan Bible Malaysia (BSM), Petaling Jaya pada 2 Januari lalu. Gempuru Besai Sarawak, kumpulan yang mendakwa mewakili 6,000 penutur Iban di Borneo, berkata serbuan Jabatan Agama Islam Selangor (JAIS) jelas melanggar penyelesaian 10 perkara oleh kabinet. "Masyarakat Kristian Iban memandang serius terhadap perdana menteri, yang menandatangani perjanjian 10 perkara, tetapi berdiam seribu bahasa terhadap pencerobohan hak-hak Kristian Iban terhadap kebebasan beragama," kata Paderi Greman Ujang, jurucakap kumpulan itu. Dalam kenyataannya hari ini, Greman menggesa kabinet memberi jaminan bahawa Bible berbahasa Iban dan bahan-bahan pengajaran lain Kristian dalam bahasa itu tidak akan diganggu oleh mana-mana agensi penguatkuasaan negeri. "Ini jaminan yang dilafazkan di hadapan nenek moyang kami pada permulaan Malaysia," kata Greman lagi. |
200 pekerja Nepal cuba merusuh di Pokok Sena Posted: 11 Jan 2014 07:52 PM PST Sekumpulan pekerja kilang papan di Pokok Sena dekat Alor Setar cuba merusuh dan mencetuskan kekecohan malam tadi setelah berang dengan tindakan majikan yang tidak mengendahkan seorang rakan mereka yang dipercayai mengalami sesak nafas. Kejadian kira-kira 9 malam itu dipercayai melibatkan kira-kira 100 hingga 200 orang pekerja kilang terbabit yang berhimpun di hadapan pintu pagar rumah majikan mereka bagi meminta majikan supaya mengambil tindakan segera bagi menyelamatkan rakan mereka yang sesak nafas di asrama pekerja. Majikan tersebut yang bimbang berlakunya sesuatu setelah melihat para pekerja asing itu berkumpul beramai-ramai, enggan keluar untuk bertemu dengan kumpulan pekerja itu. Pekerja-pekerja warga Nepal itu kemudian naik berang setelah mendapati rakan mereka yang sesak nafas itu telah mati ekoran kelewatan majikan mengambil tindakan segera. Bagaimanapun polis yang tiba kira-kira 20 minit kemudian berjaya meleraikan kumpulan pekerja kilang terbabit dan menghubungi hospital untuk mengesahkan kematian salah seorang rakan mereka itu. Read More / Baca Lagi >> |
Utusan Malaysia dakwa MB Selangor dayus Posted: 11 Jan 2014 07:36 PM PST Menteri Besar Selangor, Tan Sri Abdul Khalid Ibrahim dituduh dayus kerana tidak mempertahankan Jabatan Agama Islam Selangor (Jais) dalam isu rampasan Injil, kecam akhbar milik Umno, Utusan Malaysia hari ini. Dalam edisi Mingguan Malaysia hari ini, Awang Selamat menuduh Khalid tunduk dan takut kepada rakan komponen dalam Pakatan Rakyat (PR). "Nampaknya Khalid sekali lagi membenarkan dirinya tunduk kepada tekanan DAP selain terbawa-bawa pendekatan liberal PKR. Awang mempersoalkan sikap Khalid yang tidak tegas dalam cubaan tiga Ahli Dewan Undangan Negeri (Adun) Selangor yang mahu meminda Enakmen Agama Bukan Islam (Kawalan Perkembangan di Kalangan Orang Islam). "Keputusan Mahkamah Rayuan dalam isu tersebut juga sudah jelas. Menteri besar jenis apakah beliau? "Sepatutnya Khalid lantang menyanggah cubaan berbahaya tiga wakil rakyat DAP yang mahu Enakmen Agama Bukan Islam (Kawalan Perkembangan di Kalangan Orang Islam) Selangor 1988 dipinda," katanya. Awing berkata, Khalid dayus kerana bersubahat dengan pemimpin bukan Islam dalam Pakatan melibatkan isu kalimah Allah. "Khalid tidak boleh menjadi dayus dan kelihatan bersubahat dengan pemimpin DAP memudaratkan kepentingan Islam," katanya. Read More / Baca Lagi >> |
Kembalikan Tun M dalam kerajaan BN, bukan ISA - ZAM Posted: 11 Jan 2014 07:35 PM PST SHAH ALAM - Bekas Perdana Menteri, Tun Dr Mahathir Mohamad perlu dikembalikan dalam kerajaan bukannya Akta Keselamatan Dalam Negeri (ISA), kata bekas Menteri Penerangan Tan Sri Zainuddin Maidin. Beliau berkata, kepimpinan Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Tun Razak dilihat lemah apabila diancam daripada sudut perkauman, agama dan tekanan ekonomi. Menurutnya, kehadiran Dr Mahathir diyakini mampu memulihkan keyakinan rakyat terhadap kepimpinan hari ini. "Kehadiran Dr Mahathir bukan sahaja mampu memulihkan kekusutan yang timbul pada hari ini, tetapi juga kepada BN untuk menghadapi PRU14," katanya. Zainuddin berkata, aura Dr Mahathir masih kuat sehingga ke hari ini apabila generasi muda juga tertarik dengan setiap pandangan yang diutarakan bekas perdana menteri itu. Ditanya adakah Najib benar-benar dalam keadaan tertekan sehingga perlu bekas pemimpin negara itu duduk bersama dalam barisan kepimpinan hari ini, beliau berkata, kenyataan dua pemimpin iaitu Timbalan Menteri Dalam Negeri, Datuk Dr Wan Junaidi Tuanku Jaafar dan Ketua Polis Negara, Tan Sri Khalid Abu Bakar supaya ISA dikembalikan membuktikan betapa seriusnya ancaman keselamatan dalam negara. "Kenyataan mereka ini dipandang berat oleh seluruh rakyat dan perdana menteri perlu memikirkan langkah yang tepat dalam menangani masalah ini. "Sekalipun ISA dikembalikan, jika tiada ketegasan politik dalam melaksanakan secara bijak, berani dan tegas, maka ISA tidak berkesan," katanya. |
Najib lemah, bekas menteri mahu Tun M dikembalikan Posted: 11 Jan 2014 06:42 PM PST KUALA LUMPUR: Bekas Menteri Penerangan Tan Sri Zainuddin Maidin tanpa berselindung lagi mengaskan bahawa kepimpinan Datuk Seri Najib Razak sangat lemah. Kelemahan itu katanya sangat ketara apabila tiada ketegasan dalam tindakan berdepan ancaman daripada sudut perkauman, agama dan tekanan ekonomi. Kenyataan itu dilontarkannya bersekali dengan cadangan agar bekas Perdana Menteri, Tun Dr Mahathir Mohamad perlu dikembalikan dalam kerajaan. Kata beliau, cadangan pihak tertentu agar Akta Keselamatan Dalam Negeri (ISA) dikembalikan semula, bukan penyelesaian kepada kelemahan Najib itu. Namun yang lebih tepat adalah membawa kembali Dr Mahathir ke dalam kabinet negara. "Kehadiran Dr Mahathir bukan sahaja mampu memulihkan kekusutan yang timbul pada hari ini, tetapi juga kepada BN untuk menghadapi PRU14," katanya dipetik Sinar Harian. Read More / Baca Lagi >> |
Wasatiyah Najib tercalar jika masih iktiraf judi Posted: 11 Jan 2014 06:41 PM PST Syariah di negara ini sekali lagi dihina dan diperlekeh oleh penganut Islam sendiri apabila sebuah kerajaan yang dipimpin oleh kaum Iam kerajaan meluluskan tambahan permit cabutan judi kepada Syarikat Magnum, Damacai dan Sports Toto. Gerakan Sokong Syariah melihat perkara ini sebagai suatu yang amat serius. Ketiga-tiga syarikat perjudian ini akan mengadakan cabutan khas melibatkan 22 hari Selasa sepanjang tahun 2014 yang mana menyaksikan tahun ini sebagai tahun naik kos sara hidup dan rakyat digesa hidup secara wasatiyah (sederhana). Ini bermaksud terdapat tambahan sebanyak 66 kali cabutan nombor ekor untuk diperjudikan di Semenanjung Malaysia untuk tahun ini sahaja. Malah untuk Sabah dan Sarawak, jumlah cabutan adalah lebih banyak kerana terdapat 3 lagi syarikat perjudian NFO yang hanya beroperasi di Sabah dan Sarawak. Tema sambutan Maulidur Rasul tahun 1435H atau tahun 2014 yang jatuh pada 14 Januari 2014 bersamaan dengan 12 Rabiulawal 1435H ialah "WASATIYYAH TONGGAK KESATUAN UMMAH". Tema ini adalah amat baik dan bertepatan dengan sikap cintakan syariah. Mengapa penulis memberi komen begitu? Perhatikan hadis di bawah. Imam Ahmad meriwayatkan dari Abu said Sabda Rasulullah SAW: Nabi Nuh a.s akan dipanggil pada hari kiamat lalu baginda berkata Labbaik dan Sa'daik wahai tuhan. Lalu dikatakan kepada Nabi Nuh a.s "adakah kau telah menyampaikan?" Nabi Nuh a.s berkata "ya". Lalu ditanya kepada umatnya,"adakah dia telah menyampaikan kepada kamu?". Mereka berkata :"Tidak ada peringatan yang datang kepada kami". Lalu Allah s.w.t bertanya kepada Nabi Nuh a.s : "siapa saksimu?". Nabi Nuh a.s berkata : " Muhamad dan umatnya". Lalu umat Nabi Muhammad s.a.w menjadi saksi bahawa Nabi Nuh a.s telah menyampaikan."Dan Rasul(Muhammad) menjadi saksi atas ( perbuatan) kamu" (Rasulullah kemudian membaca ayat ini) Itulah yang dimaksudkan oleh Allah SWT di dalam Quran "Dan demikian (pula) kami telah menjadikan kamu (umat Islam) umat yang adil(wasatan)dan pilihan agar kamu menjadi saksi atas (perbuatan) manusia dan agar Rasul menjadi saksi atas (perbuatan) kamu". (Al Baqarah 143) Read More / Baca Lagi >> |
Alahai ekonomi rakyat Malaysia... Posted: 11 Jan 2014 05:11 PM PST Jika tindakan pengurangan hutang ini tidak dilakukan, pengkadaran kredit negara di mata dunia akan terus merudum dan tidak mustahil Malaysia bakal menyertai senarai negara membangun yang keupayaan mereka menjelaskan ansuran diragukan. Tidak kurang juga mengatakan kenaikan harga barangan dan perkhidmatan berpunca dari kerajaan sendiri adalah untuk menyelamatkan sekian banyak dana agar ia dapat digunakan untuk membiayai BRIM, lain-lain pemberian one-off (sekaligus) serta kos semakan gaji atau bonus kakitangan awam – yang mana semuanya dilihat sebagai langkah populis dalam usaha mengelakkan sokongan rakyat/pengundi BN dari terus terhakis. Tentu sekali terdapat pula tekaan lebih nakal mengatakan kerajaan BN berbuat demikian agar lebihan dana berkenaan dapat diagihkan kepada syarikat-syarikat (dibaca juga, pemilik syarikat) yang mempunyai hubungan istimewa dengan pemimpin Umno-BN. Spekulasi seperti ini melahirkan pula spekulasi lain betapa matlamat menaikkan harga barangan dan perkhidmatan secara maharajalela itu mempunyai kesan 'gergaji tiga mata' – maksudnya keuntungan kepada syarikat/pemilik syarikat, habuan untuk sesiapa yang bertanggungjawab meluluskan kenaikan harga dan sumbangan untuk parti bagi pelbagai tujuan. Sementara spekulasi terakhir ini tidak berasas dan tidak boleh dibuktikan secara objektif, tetapi pada waktu sama sukar juga untuk menolaknya begitu sahaja. Read More / Baca Lagi >> |
Ust Rosli Jabar - Rasulullah Diutus Utk Membawa Kita Ke Jalan Yg Selamat Posted: 11 Jan 2014 05:04 PM PST |
Ust YO Kemaman - Jadikan Rasulullah Ikutan Yang Terbaik Utk Kita Posted: 11 Jan 2014 05:04 PM PST |
TG Nik Aziz seru sokongan penuh kepada penggantinya Posted: 11 Jan 2014 04:43 PM PST Mursyidul Am PAS, Datuk Nik Abdul Aziz Nik Mat meminta semua ahli PAS memberikan sokongan penuh kepada pengganti beliau Datuk Ahmad Yakob yang kini menjadi Menteri Besar Kelantan. "Beliau merupakan anak murid saya yang sejati. Segala gerak-geri saya sudah disalin kepada dia. Maka dia tahu apa yang dia buat," katanya mengenai Ahmad yang menggantikan beliau, dipetik daripada Utusan Malaysia. Nik Aziz menjadi menteri besar Kelantan selama 23 tahun. Ketika pentadbirannya, Kelantan berbangga kerana tidak ada seorang pun pemimpinnya yang bersalah kerana rasuah dan salah guna kuasa. Ramai termasuk beliau yang cuba difitnah tetapi dibersihkan oleh Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysian (SPRM) yang dikawal Putrajaya. Dalam wawancara itu, Nik Aziz meminta semua ahli PAS menyokong pengganti beliau kerana Ahmad menjadi timbalannya sudah lama dan semua masalah serta urusan khususnya dalam Dewan Undangan Negeri (DUN), beliau yang jawab. Read More / Baca Lagi >> |
Ketika Umno sibuk program mewah, PAS potong 20% gaji Adunnya Posted: 11 Jan 2014 04:42 PM PST Ketika pimpinan Umno di peringkat pusat terus dengan acara mewah mereka, kerajaan Kelantan akan terus mengekalkan dasar pemotongan elaun 20% Ahli Dewan Undangan Negeri (Adun) dari PAS untuk dikumpulkan sebagai dana khas bagi membantu rakyat di peringkat akar umbi. Menteri Besar, Datuk Ahmad Yakob, berkata langkah itu diambil bagi membantu golongan berpendapatan rendah yang berhadapan dengan krisis kenaikan harga barang. Beliau berkata, dana yang dikumpulkan itu akan disalurkan mengikut keperluan dalam program khidmat masyarakat dan tidak akan digunakan untuk menjalankan program parti. Read More / Baca Lagi >> |
BERJIMAT CARA PEMIMPIN UMNO.... Posted: 11 Jan 2014 04:39 PM PST |
Posted: 11 Jan 2014 04:32 PM PST Pengerusi Badan Perhubungan UMNO negeri, Datuk Seri Noh Omar berkata, tindakan Abdul Khalid yang mengeluarkan dua arahan baharu kepada Jabatan Agama Islam Negeri (JAIS) jelas bertentangan dengan aku janji beliau iaitu mahu memelihara kesucian dan keagungan Islam sebagai agama rasmi negeri dan kepercayaan umatnya daripada diganggu gugat mana-mana pihak. Dalam hubungan ini katanya, Menteri Besar sepatutnya membela JAIS yang merupakan sebuah agensi menjaga kesucian agama Islam di negeri ini dan bukannya melakukan sebaliknya. "Serbuan itu dibuat untuk melindungi kesucian kalimah Allah yang mahu digunakan oleh agama lain di negeri ini dan dibuat berlandaskan Enakmen Agama Bukan Islam (Kawalan Perkembangan Di Kalangan Orang Islam) Selangor 1988. "Sebaliknya, Abdul Khalid mengeluarkan arahan terbaharu kepada JAIS mengarahkan pemulangan Bible yang dirampas dalam serbuan di Petaling Jaya pada Khamis lalu dan mewajibkan agensi itu memaklumkan kepada mereka sebelum membuat apa-apa serbuan," katanya. Beliau berkata demikian kepada pemberita selepas menghadiri majlis Perjumpaan Pemaju Masyarakat Tabika dan Taska Permata Kemas di Politeknik Shah Alam di sini hari ini. Noh turut menyifatkan pengeluaran arahan tersebut sebagai satu tindakan yang tidak menghormati undang-undang. "Arahan itu menunjukkan bahawa kerajaan negeri pakatan pembangkang cuba masuk campur urusan penguatkuasaan undang-undang negeri. Read More / Baca Lagi >> |
Holy Water tak akan tukar Muslim jadi Kristian - Dr Mujahid Posted: 11 Jan 2014 04:24 PM PST Tanggapan bahawa seorang Muslim akan menjadi Kristian jika terkena 'holy water' (air suci penganut Kristian) atau menjejakkan kaki ke dalam gereja adalah karut, kata Ahli Parlimen Parit Buntar, Dr Mujahid Yusof Rawa. "Tidak wujud langsung pergi ke gereja tiba-tiba jadi Kristian. Ini adalah karut. "Ada yang kata kalau orang Kristian bagi 'holy water' - sekali minum, 'habis'. "Kita mungkin ketawa, tetapi cuba fikir kembali berapa ramai di luar sana mempercayainya?" katanya dalam satu forum di ibu negara semalam. Beliau bercakap kepada kira-kira 150 orang yang terdiri daripada penganut pelbagai agama di forum "Polemik 'Allah' dan rampasan Bible: Antara undang-undang dan sensitiviti agama, anjuran Dewan Pemuda PAS Lembah Pantai. Mujahid yang merupakan ketua biro perpaduan nasional PAS berkata kerisauan yang sama turut wujud di kalangan orang Islam terhadap penggunaan kalimah 'Allah' oleh penganut Kristian. |
You are subscribed to email updates from RAKYAT MARHAEN To stop receiving these emails, you may unsubscribe now. | Email delivery powered by Google |
Google Inc., 20 West Kinzie, Chicago IL USA 60610 |
Tiada ulasan:
Catat Ulasan