MIMPI SENJA |
Posted: 08 Jan 2014 09:51 PM PST Forza Michael Schumacher! Kebanyakan dari kita masih lagi terkejut dengan berita bahawa juara 7 kali Formula 1, Michael Schumacher mengalami kecederaan serius di kepala setelah satu kemalangan bermain ski pada 29 Disember tahun lepas. Doktor telah meletakkan beliau di dalam keadaan koma untuk meningkatkan peluang untuk hidup. Dengan 91 kemenangan di dalam Formula 1, Schumi telah melakar nama sebagai salah satu lagenda bidang lumba permotoran dan menjadi piawaian yang mesti di atasi oleh para pelumba lain. Kini beliau melakar nama sebagai aktivis kemanusiaan dengan memperjuangkan isu-isu kemiskinan, perhambaan kanak-kanak dan keselamatan jalan raya. Malah penglibatan beliau sebagai duta UNICEF telah menggalakkan penyertaan lebih ramai personaliti dan selebriti sekaligus meningkatkan profail usaha-usaha kemanusiaan PBB. Schumi juga sebenarnya dekat dengan Malaysia dan Asia Tenggara secara amnya. Beliau sememangnya tertarik dengan keindahan dan hospitaliti Langkawi dan kerap bercuti ke sana. Beliau pernah menyumbang sehingga 10 juta dolar untuk tabung tsunami Asia, satu jumlah yang lebih besar dari kebanyakan sumbangan yang dibuat oleh negara-negara penyumbang. Persona profesional Schumi menampilkan watak yang serius dan kompetitif namun bagi yang mengenali beliau secara dekat, Schumi adalah seorang suami dan ayah yang penyayang yang gemar bergurau dan berkelakar, sifat yang kadangkala dipersaksikan kepada masyarakat awam. Peminat beliau pastinya masih ingat gurauan beliau yang muncul sebagai The Stig, pemandu handalan misterius di dalam rancangan automotif BBC, Top Gear. Beliau juga pernah muncul sebagai watak kereta Ferrari di dalam filem animasi Cars terbitan Disney-Pixar. Adalah sesuatu yang ironi untuk mendapati Schumi di dalam keadaan parah setelah kemalangan di lapangan ski meskipun beliau saban minggu mempertaruhkan nyawa di sirkit perlumbaan. Mungkin ianya adalah satu peringatan dari Allah swt kepada kita semua bahawa ketentuan ajal maut adalah sesuatu yang tidak dapat dijangka dan menjadi kemestian untuk kita lebih menghargai amanah kehidupan. Semoga Schumi segera sembuh dan boleh terus berlumba di dalam menjadikan dunia ini tempat yang lebih baik. Forza Michael Schumacher! Dari peminat anda di Malaysia, Ir. Hj. Khairil Nizam Khirudin, Naib Ketua Pemuda DPPM sumber |
Penyamun paksa nenek seks oral Posted: 08 Jan 2014 08:16 PM PST IPOH – Seorang nenek trauma dipaksa melakukan seks oral terhadap seorang lelaki dalam satu kejadian samun di sebuah kebun sayur di Bercham, hari ini. Dalam kejadian kira-kira jam 11.30 pagi itu, mangsa berusia 74 tahun bersendirian melakukan rutin harian memeriksa sayur-sayur ditanamnya. Sinar Harian difahamkan, seorang lelaki berusia 20-an menghampiri mangsa dari arah belakang sebelum memulas tangan dan meragut rantai leher, merampas cincin emas serta anting-anting emas yang dipakainya. Suspek turut merampas dompet berisi wang tunai RM250 yang disimpannya dalam poket baju mangsa. Suspek kemudiannya mengambil kesempatan membuka baju mangsa dan turut membuka seluarnya sebelum mengarahkan mangsa melakukan seks oral terhadapnya. Mangsa bagaimanapun melawan dan berkeras tidak mahu melakukan aksi tidak senonoh itu. Tindakan mangsa yang terus cuba melawan berjaya menyelamatkannya apabila suspek mengambil keputusan melarikan diri dengan mengayuh basikal milik mangsa. Sementara itu, Ketua Polis Daerah Ipoh, Asisten Komisioner Sum Chang Keong mengesahkan kejadian itu dan disiasat mengikut Seksyen 392 Kanun Keseksaan. -sinar harian |
You are subscribed to email updates from Mimpi Senja To stop receiving these emails, you may unsubscribe now. | Email delivery powered by Google |
Google Inc., 20 West Kinzie, Chicago IL USA 60610 |
Tiada ulasan:
Catat Ulasan