Kelab Greenboc |
Astaghfirullah, Rupa-rupa Ada Bukti Bergambar Yang Lebih Dasyat! Posted: 09 Jan 2014 01:15 AM PST Layakkah mereka bergelar Ketua Agama Islam? Menurut Perkara 3 Perlembagaan Persekutuan, Raja-Raja adalah Ketua Agama Islam bagi negeri masing-masing, manakala Yang di-Pertuan Agong ialah Ketua Agama Islam bagi negeri baginda, negeri yang tidak mempunyai Raja dan Wilayah-wilayah Persekutuan. Peruntukan sama wujud dalam perlembagaan negeri. Peranan Raja-raja sebagai Ketua Agama Islam adalah merupakan suatu tradisi yang menjadi amalan sejak zaman Kesultanan Melayu Melaka lagi. Ia juga merupakan satu hak dan tanggungjawab Raja-raja untuk memelihara kesucian Agama Islam. Sebagai contoh, di dalam sumpah jawatan Yang di-Pertuan Agong ada disebut ikrar baginda untuk memelihara kesucian Agama Islam. “…Dan lagi Kami berikrar mengaku dengan sesungguh dan dengan sebenarnya memeliharakan pada setiap masa Agama Islam” – Petikan sumpah jawatan Yang di-Pertuan Agong).
Bukan hanya Yang di-Pertuan Agong, malah semua Raja-raja Melayu berikrar untuk memelihara kesucian Agama Islam semasa mengangkat sumpah. Kita sebagai rakyat pula sentiasa diingatkan untuk mentaati Raja-raja. Setiap kali khutbah Jumaat dibacakan, lazimnya dalam doa kedua khutbah ada dibacakan doa untuk Raja-raja dan pasangan mereka, pewaris takhta serta putera puteri Sultan dan cucu-cucu baginda.
Bukan setakat doa kepada Raja-raja, tetapi khutbah Jumaat juga disediakan teks untuk mengingatkan rakyat untuk mentaati Raja, contohnya khutbah Jumaat Negeri Perlis pada 18 Mei bertajuk “Raja Berdaulat, Perlembagaan Dijunjung, Sejahtera Rakyat, Negeri Disanjung”. Sebelum itu, pada 13 April pula, khutbah Jumaat yang dikeluarkan JAKIM adalah bertajuk “Seri Paduka baginda Yang di-Pertuan Agong Tonggak Perpaduan Ummah”. Sememangnya rakyat sentiasa diingatkan Raja-raja adalah Ketua Agama Islam di bumi Malaysia ini dan oleh itu perlu menumpahkan taat setia yang tidak berbelah bagi. Persoalannya, apakah sebenarnya peranan Raja-raja Melayu sebagai Ketua Agama Islam? Adakah hanya berperanan berbuka puasa di Masjid-masjid atau merasmikan masjid dan surau yang baru? Artikel Cicit Daeng bertarikh 23 Julai 2012 bertajuk Jauhi Pintu Raja kata Imam Syafi’i menyingkap kisah Raja Arab Saudi dan kaum kerabatnya yang tidak terlepas daripada melakukan maksiat dan salah-laku yang bertentangan dengan ajaran Islam walaupun digelar Custodian of the Two Holy Mosques atau Penjaga Dua Masjid Suci. Di Arab Saudi atau di bumi Malaysia ini, sama saja tingkah laku Raja-raja Melayu yang merupakan Ketua Agama Islam, begitu juga dengan kaum-kerabat mereka. Jika Raja Arab dan kerabatnya melakukan maksiat dan kemudiannya berselindung disebalik jubah mereka, tiada bezanya Raja-raja Melayu dan kerabatnya yang melakukan maksiat dan kemudiannya berselindung disebalik baju Melayu dan songkok – terus nampak islamik! Tidak banyak untuk dibicarakan dalam blog entry kali ini. Biarlah gambar-gambar yang berbicara dengan sendirinya. Diharapkan Perkasa akan terus memperjuangkan taat setia dan sanggup ke titisan darah yang terakhir bagi melindungi Raja-raja Melayu, seperti yang dijanjikan semasa perisytiharan perhimpunan “Raja Berdaulat Kasih Dijunjung” pada 29 April yang lalu.
AWAS 18SX
Tatkala rakyat negeri Selangor sedang menadah tangan meng’amin’kan doa untuk Raja Muda Selangor pada setiap hari Jumaat, mungkin pada masa itu baginda sedang bergembira di disko dan membasah tekak dengan minuman champagne Moët & Chandon. Mungkin juga tatkala khutbah Jumaat dibacakan untuk mengingati rakyat jelata untuk mentaati Raja-raja Melayu kerana mereka itulah Ketua Agama Islam bagi negeri-negeri di bumi Malaysia ini, mungkin pada masa itu baginda sedang sibuk melakukan maksiat dan salah-laku yang bertentangan dengan ajaran agama Islam. Raja sebagai Ketua Agama Islam di Malaysia dan diamanahkan kepada mereka menjaga kesucian agama Islam. Dimanakah dan benarkah kesucian Islam terjaga dan adakah mereka berkelakuan sebagai seorang Islam yang sebenarnya? Tidak berniat menuding jari kepada semua raja-raja tetapi bukti berupa gambar yang anda lihat tidak seteruk mana mata kami melihat dan teramat memalukan dan menjijikan untuk dipertontonkan kepada semua. Walaupun begitu kesedaran harus wujud bahawa masyarakat & rakyat Malaysia jemu dengan mainan kata-kata dan berlagak seperti Khalifah Islam oleh mereka dan kononya menjaga kesucian Islam tetapi kerana mereka juga terpalit hina kesucian Islam. Satu Contoh dari Beratus Keping Gambar Pesta Seks & Arak Nantikan pendedahan siapakah lelaki yang terlondeh seluarnya dan aksi sebenar beliau. Walaupun ada raja yang tidak terlibat dalam skandal dan menjalankan tanggungjawab mereka sebgagai Ketua Agama Islam Negeri mereka.Tetapi lebih ramai Raja dan bakal raja yang bersifat kurang senonoh yang bakal menduduki Jawatan Tertinggi Ketua Agama Islam di Malaysia. Memandangkan ianya bulan ramadhan, maka kami tidak akan mendedahkan bukti bergambar (18SX) seperti Pesta Seks melibatkan Raja & rakan-rakannya dalam keadaan yang mabuk, Raja berkelakuan seperti seorang “Gay” dan lain-lain lagi. Nantikan pendedahan seterusnya yang bakal membuka mata rakyat Malaysia dan kita hanya akan malu tertunduk menyembah manusia bergelar raja yang bersifat seperti itu. Jelas mereka adalah golongan yang berpura-pura memelihara Islam tetapi adalah perosak kesucian Islam itu sendiri. Sumber: kualalumpurpost.net ULASAN GB Pendedahan di atas sungguh dasyat dan mengerikan! Nampaknya tak payah dikristiankan oleh kalimah Allah yang dikatakan disalahgunakan oleh orang Kristian untuk mengkristiankan orang Melayu, tetapi perangai "mereka" sudah lebih hebat dari orang Kristian sendiri. Ummu Salamah Radiallahu `anha berkata: aku mendengar Rasulullah Salallahu `alaihi wa sallam bersabda: "Apabila maksiat sudah merajalela di kalangan umatku, Allah akan menurunkan siksa dari sisi-Nya kepada mereka secara merata…" -HR. Ahmad dll. Hadith Sahih SECARA MERATA bermaksud "yang tak berdosa" (termasuklah kita semua ini) pun akan ditimpa bencana akibat perbuatan orang berdosa, kerana kelalaian dan keengganan orang yang tidak berdosa mencegah kemungkaran orang yang berbuat dosa. | ||||||||||||||||||||
[PANAS] Foto Yang Menggemparkan - Siapa Rasmikan Hard Rock Cafe Melaka? Posted: 08 Jan 2014 05:01 PM PST Foto ini berlegar di alam siber satu dua hari ini. Ia begitu menggemparkan! Foto ini adalah majlis perasmian Hard Rock Kafe Melaka berhampiran Jonker Street di Jalan Hang Jebat, Bandar Hilir sekitar pertengahan tahun lepas. Gempar kerana kelihatan majlis perasmian itu disempurnakan dengan pemotongan reben oleh Sultan Selangor, Sultan Sharafuddin Idris Shah yang kini menjadi tumpuan kerana titahnya mengarahkan supaya penggunaan kalimah Allah di dalam `Bible' dihentikan dan dengan sebab titah itu JAIS telah menyerbu dan merampas 321 salinan bible dalam bahasa Melayu dan 10 naskah lagi dalam bahasa Iban dari sebuah gereja di Selangor. Majlis perasmian itu juga dihadiri oleh Ketua Menteri Melaka, Datuk Idris Haron, bekas Ketua Menteri, Datuk Seri Mohd. Ali Rustam dan Pengerusi Hard Rock Cafe Enterprise (M) Sdn. Bhd., Tan Sri Syed Yusof Tun Syed Nasir. Masyarakat siber rata-rata mempersoalkan bagaimana Sultan yang gigih memperjuangkan kalimah Allah boleh merasmikan sebuah cafe yang terlarang di dalam Islam kerana Hard Rock Cafe Melaka adalah di antara cawangan yang menghidangkan menu termasuk arak kepada para pengunjungnya. Lebih menyedihkan lagi Ketua Menteri Melaka yang baru Datuk Idris Haron kini mempromosikan moto BERKAT, CEPAT & TEPAT... apakah Hard Rock Cafe juga "membawa berkat" untuk rakyat negeri Melaka? Hello JAIS, Hello JAIM, Hello JAKIM, Hello UMNO...... talian terputus... |
You are subscribed to email updates from KELAB GREENBOC To stop receiving these emails, you may unsubscribe now. | Email delivery powered by Google |
Google Inc., 20 West Kinzie, Chicago IL USA 60610 |
Tiada ulasan:
Catat Ulasan