MIMPI SENJA |
- Demo Kangkung Umno P. Pinang pagi tadi bertukar kecoh
- Dulu Sultan Melaka .... kini muncul pula 'Permaisuri' Melaka
- Janji nak bagi 50, masa nak tunai janji macam celaka - Peserta himpunan aman bantah penghinaan terhadap Najib @ Penang
- Tarian punggong lebih teruk dari flash mob kangkung - DSAI
- [KERETA BARU] Suprima S Super Premium Dilancar Dengan Ciri 'Sporty'
Demo Kangkung Umno P. Pinang pagi tadi bertukar kecoh Posted: 18 Jan 2014 11:09 PM PST Seorang lelaki diserang peserta protes di depan pejabat pusat khidmat Adun Machang Bubuk, di Alma, Pulau Pinang, pagi tadi. Looi Sue-Chern, TMI Satu lagi pusingan protest terhadap Ahli Dewan Undangan Negeri (Adun) Machang Bubuk, Lee Khai Loon diadakan di Alma, Pulau Pinang, di depan pusat khidmatnya, pagi ini. Kejadian hari ini tidak sebersih protes semalam apabila seorang lelaki dikasari peserta protes itu. Difahamkan lelaki terbabit berkata sesuatu yang menimbulkan kemarahan peserta protes ketika beliau berjalan ke arah motosikalnya di seberang Jalan Alma. Dalam sekelip mata, beliau dikelilingi kira-kira 50 peserta. Kelihatan ada yang memegang, menolak dan memukulnya dengan helmet yang dipakainya. Jeritan kata-kata kesat kedengaran dilemparkan kepada lelaki itu ketika kumpulan protes semakin marah. Anggota polis yang bersedia berkawal memerhatikan protes itu dengan cepat masuk campur dan menarik keluar lelaki terbabit daripada khalayak yang sedang berkerumun itu. Kumpulan yang marah itu tetap mengekori lelaki itu ketika beliau ditemani polis ke kereta peronda. Keadaan masih tegang walaupun selepas kereta peronda meninggalkan lokasi. Beberapa peserta protes memaki hakum lelaki itu kerana dituduh berkata "Melayu bodoh". Ketika situasi kelihatan hampir hilang kawalan, khalayak it diarahkan bersurai dan pulang oleh beberapa pemimpin Melayu di tempat kejadian. Terdahulu, protes itu diadakan di tempat yang sama di mana Lee menganjurkan flash mob kangkung Rabu lalu, dan pada hari ini, patung dengan gambar Lee yang bersaiz A4 dibakar, dipijak dan diludah. Seorang lelaki kelihatan mendedahkan punggungnya ke arah gambar itu. Kumpulan protes membabitkan kira-kira 300 orang itu juga membakar beberapa kad manila dan sepanduk menghentam Lee dan partinya di depan pusat khidmat Adun PKR itu. Beberapa sepanduk ditampal di tingkap lot kedai kosong di bawah pusatnya yang berada di tingkat satu. Protes sejam itu bermula kira-kira jam 12.30 pagi dengan pemimpin daripada Umno Pulau Pinang, organisasi bukan kerajaan Kongres Melayu Pulau Pinang dan Pekida Pulau Pinang yang membuat ucapan berapi-api membela Najib, di mana analogi kangkungnya baru-baru ini menjadi tumpuan jenaka alam siber. Lee sebelum ini mengetuai flash mob dan menyumbat kangkung ke dalam patung berupa Najib. |
Dulu Sultan Melaka .... kini muncul pula 'Permaisuri' Melaka Posted: 18 Jan 2014 10:48 PM PST MELAKA: Raja Noor Jan Shah Raja Tuah yang mendakwa dirinya Sultan Melaka dan kini berada dalam tahanan polis bukan satu-satunya individu yang bersaing untuk merebut takhta di negeri itu. Seorang 'permaisuri' dari Seri Kembangan, Selangor telah melabelkan Raja Noor Jan Shah sebagai berlagak semata-mata dan mendakwa suaminya, anak kelahiran Melaka berusia 48 tahun yang sepatutnya mewarisi takhta Kesultanan Melayu Melaka. Bonda Ratu Kuasa Alam Tan Sri Sharifah Norlaini Kesemua Dinegeret (Ratu Kepulauan Melayu), warga Indonesia dengan keturunan Turki- Acheh itu juga menuntut Ketua Menteri Melaka, Datuk Seri Idris Haron memberikan ikrar taat setia kepadanya dan mengadakan mesyuarat dengan pegawai-pegawai beliau untuk membincangkan bagaimana untuk memulihkan Kesultanan Melayu Melaka yang telah berlalu. Dia membuat percubaan pertama untuk bertemu Idris di pejabatnya di Seri Negeri di sini dua minggu lalu, tetapi tidak berjaya. Hidhir Yusof, yang mendakwa dirinya sebagai pembantu peribadi 'permaisuri' berkata ratu mempunyai kuasa luar biasa dan memberi amaran bahawa dia boleh membuat sumpahan ke atas Melaka jika marah. "Dia boleh memanggil ribut angin dan hujan yang tidak berhenti-henti jika tidak dapat menahan kesabarannya. "Oleh itu, lebih baik ketua menteri bertemu dengannya dan mendengar rahsia Kesultanan Melaka yang tidak sabar-sabar untuk didedahkan kepada beliau," kata Hidhir ketika dihubungi, Sabtu. Ketika ditemui, Idris mengakui bahawa 'permaisuri' tersebut dan Hidhir cuba untuk bertemu beliau di pejabat. "Mereka datang dan bertemu saya untuk membincangkan mengenai Kesultanan Melaka pada masa kita telah berusaha memberantas royalti palsu di Melaka. "Saya memberitahu mereka bahawa saya sibuk dengan kerja dan meminta mereka untuk bertemu pembantu saya jika mereka mempunyai apa-apa perkara kukuh untuk berbincang," kata Idris yang menambah bahawa darjah kebesaran yang diberikan selain daripada Gabenor Melaka dianggap tidak sah taraf, dan penerima anugerah tersebut akan dihalang oleh kerajaan daripada menerima apa-apa gelaran asal.- mStar |
Posted: 18 Jan 2014 05:23 AM PST nyesal aku mintak cuti hari ini ... janji nak bg 50, tp jnji lain, buatnya lain .. stakat mkn xpyhla .. ms mntak tlg bkn main merayu, masa nk tunai jnji mcm claka.. lain kali kau brhimpun la sndiri.. nak bela mlayu .. mlayu jugak kau kncing..jgn ingt aku xtau sapa kapo lbih .. puihhh.!!! Lepas berhimpun, bantah Hina Najib KANGKUNG .. mereka dapat "Rempah kari" Tepung dan Beras, Selamat Hari Thaipusam Buat Najib KANGKUNG. Baca, fikir dan nilai .. tak sedaq-sedaq lagi asyik kena mohong dengan penganjur Perhimpunan Pembela Maruah Najib Razak ini yang berlangsung padi tadi di Dataran Sunway Seberang jaya, Pulau Pinang. - MS - Dah tau puak2 haramjadah tu xboleh pakai , yang hang dok p join depa buat apa. Lantak la kat hang walau pun perasaan simpati aku tu ada .... lain kali ingat la na - sumber |
Tarian punggong lebih teruk dari flash mob kangkung - DSAI Posted: 18 Jan 2014 04:00 AM PST Tarian punggong lebih teruk dari flash mob kangkung - DSAI Ketua Umum PKR, Datuk Seri Anwar Ibrahim mempertahankan flash mob yang mengejek Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Tun Razak yang menggunakan 'kangkung' untuk menjelaskan isu kenaikan harga. Ia dianjurkan oleh ADUN Machang Bubuk, Lee Khai Loon, di kawasan pasar malam di Alma, Bukit Mertajam Rabu lalu. Anwar berkata Pemuda Umno dan NGO hak Melayu PERKASA pun telah menghina pemimpin Pakatan Rakyat tetapi hanya segelintir sahaja yang telah membantah. Menurutnya, tarian punggung oleh kumpulan pro-kerajaan yang terdiri daripada veteran tentera di hadapan bekas penyelaras BERSIH, Datuk S Ambiga pada 2012, lagi teruk daripada flash mob 'kangkung'. "Kenapa tidak ada bantahan apabila tarian punggung itu dilakukan? Adakah perbuatan itu betul dari segi agama atau pelakuan (moral)" tanya Anwar yang juga ahli Parlimen Permatang Pauh ketika ditemui semasa lawatan ke Sungai Lembu semalam. "Anda tidak boleh mempertahankan itu (tarian punggung) berbanding dengan apa yang (Lee) Khai Loon lakukan," katanya. Rabu Rabu, kira-kira 15 orang menyertai flash mob membantah inflasi yang semakin meningkat, dengan menyumbat kangkung ke dalam mulut ternganga replika Najib yang diperbuat daripada styrofoam. Pemimpin Umno mengecam Lee sebagai "kurang ajar, kebudak- budakan, bermentaliti rendah, serta tidak wajar sebagai seorag wakil rakyat" kerana menghina pemimpin nombor satu negara itu, dan menuntut Lee memohon memohon maaf atas tindakannya itu. Manakala ADUN Pulau Betong, Farid Saad pula meminta Ketua Menteri Lim Guan Eng dan pemimpin Pakatan supaya mengambil mengambil tindakan terhadap Lee. Farid menyokong Najib dengan berkata ucapan perdana menteri diambil di luar konteks sedangkan beliau hanya bermaksud walaupun harga barangan keperluan meningkat, tetapi yang lainnya turun, seperti kangkung. Najib telah menjelaskan kenyataannya, dengan berkata beliau menggunakan sayur-sayuran sebagai contoh mengenai bagaimana kuasa pasaran menentukan harga makanan. - malaysiakini Ahli Dewan Undangan Negeri (Adun) Machang Bubuk dari PKR Lee Khai Loon mengatakan tidak salah mengkritik Perdana Menteri Datuk Seri Najib Razak dan tindakannya menyuap kangkung ke replika Perdana Menteri bukanlah satu penghinaan. Katanya, pertunjukan "I Love Kangkung" pada Rabu lalu adalah satu simbolik menuntut perdana menteri supaya lebih prihatin terhadap beban kehidupan rakyat jelata yang semakin berat akibat daripada kenaikan harga barang. "Saya ingin menegaskan bahawa tindakan menjemput perdana menteri untuk makan kangkung tidak membawa maksud untuk menghina sesiapa. Saya tidak faham mengapa Umno dan penyokong mereka menyamakan tindakan tersebut sebagai satu tanda penghinaan. "Kenyataan kangkung yang dibuat Perdana Menteri telah menunjukkan bahawa kerajaan persekutuan seolah-olah bersikap lari daripada tanggungjawab mengawal harga barangan. "Dengan itu, seluruh media sosial serta media massa telah penuh dengan pelbagai komedi dan sindiran berasaskan kangkung untuk menyindir perdana menteri," katanya dalam satu kenyataan hari ini. Hari ini, Bernama melaporkan lebih 3,000 peserta menyertai perhimpunan mengecam tindakan biadab Lee dan sekumpulan penyokong DAP menyumbat kangkung ke dalam mulut patung menyerupai Perdana Menteri di sebuah pasar malam di Machang Bubuk pada Rabu. Timbalan Pengerusi Badan Perhubungan Umno Pulau Pinang, Datuk Seri Reezal Merican Naina Merican berkata perhimpunan itu bertujuan membantah tindakan menghina Najib dan merupakan amaran keras kepada pihak tidak bertanggungjawab yang secara berterusan menghina Melayu dan agama Islam. Lee berkata tindakan segelintir pihak yang menjadikan dirinya sebagai kambing hitam terhadap isu kangkung menunjukkan sikap tidak memandang serius kemarahan rakyat yang semakin panas. Katanya, sebagai seorang wakil rakyat yang dipilih, beliau perlu bertanggungjawab dan berani bersuara melalui acara itu yang mencerminkan pandangan awam. "Kerajaan Persekutuan yang lama diterajui oleh Umno-Barisan Nasional (BN) telah menyebabkan hutang negara meningkat setiap tahun, defisit kewangan dan akhirnya mangsanya adalah rakyat biasa yang perlu menanggung akibat tersebut. "Pemimpin Umno-BN perlu memandang serius tentang masalah kenaikan harga barang dan mengenal pasti puncanya seperti amalan rasuah, ketirisan dan pemborosan oleh kerajaan persekutuan, pengurusan ekonomi yang lemah serta berpihak kepada syarikat besar," katanya. Ketua Penerangan Majlis Pimpinan Negeri PKR Pulau Pinang itu berkata akan teruskan mengadakan program komuniti untuk membantah cukai barangan dan perkhidmatan (GST) serta kenaikan harga barang pada masa akan datang supaya suara rakyat dapat disalurkan melalui pelbagai medium. – 18 Januari, 2014. -TMI |
[KERETA BARU] Suprima S Super Premium Dilancar Dengan Ciri 'Sporty' Posted: 17 Jan 2014 11:24 PM PST MELAKA: Proton Holdings Bhd (Proton) pada Sabtu melancarkan varian baharu Proton Suprima yang diberi nama Suprima S Super Premium, yang menampilkan ciri-ciri lebih 'sporty' berbanding varian terdahulu. Timbalan Ketua Pegawai Eksekutif Kumpulan Proton Datuk Lukman Ibrahim berkata varian ketiga yang menampilkan dua warna iaitu 'Fire Red' dan 'Solid White' itu dijual pada harga RM87,929.45. "Suprima S Super Premium yang merupakan produk terbaik Proton, dilengkapi pelbagai ciri yang lebih komprehensif dari segi pencapaian, gaya, keselamatan, pemanduan dinamik dan canggih," katanya kepada pemberita selepas majlis pelancaran varian tersebut di Karnival Jualan Proton di Pusat Dagangan Antarabangsa Melaka. Beliau berkata Suprima S Super Premium dilengkapi rim 'sporty' 17 inci, kerusi kulit dan body kit R3 dan enjin 1.6 liter turbo tujuh kelajuan serta ciri pemanduan dan pengendalian Lotus yang dinamik. Katanya Proton Suprima S Super Premium turut dilengkapi Teknologi HPF (Hot Press Forming) yang memberi perlindungan yang lebih baik, enam beg udara selain dianugerah penarafan keselamatan lima bintang Program Penilaian Kereta Baharu Australiasia (ANCAP). Lukman berkata dengan pelancaran varian terbaharu itu, pembeli tidak perlu membuat ubah suai pada kereta mereka untuk memiliki kenderaan yang lebih sporty dan memberi nilai pulangan yang lebih berbanding varian sebelumnya. Beliau berkata Proton menyasarkan untuk menjual 750 unit varian itu setiap bulan, sama seperti dua varian terdahulu iaitu 'executive' yang dijual pada harga RM76,338 dan premium RM79,638. "Kita telah berjaya menjual lebih 2,000 unit varian 'executive' dan premium sejak dilancarkan pada Ogos tahun lepas," katanya. Diskaun RM1,888 diberikan kepada pembeli yang membuat tempahan pada Karnival Jualan Proton yang berlangsung selama tiga hari bermula semalam, dan pengunjung boleh memandu uji varian terbaharu itu di karnival tersebut. BERNAMA |
You are subscribed to email updates from Mimpi Senja To stop receiving these emails, you may unsubscribe now. | Email delivery powered by Google |
Google Inc., 20 West Kinzie, Chicago IL USA 60610 |
Tiada ulasan:
Catat Ulasan