Kelab Greenboc |
- Jika UMNO Pulau Pinang Jujur, Buat Demo Suruh Najib Berundur
- Filem Anak Rosmah Diharamkan DI Malaysia Kerana Lucah & Untuk Tutup Skandal?
- YB Fuziah Mahu Heret Blogger Pro-UMNO Kerana Memfitnahnya
- [ISU KANGKUNG] Salah Najib Sendiri, UMNO Tidak Wajar Melenting..
Jika UMNO Pulau Pinang Jujur, Buat Demo Suruh Najib Berundur Posted: 19 Jan 2014 12:53 AM PST Umno marah bila ada orang bagi makan kangkung kepada perdana menteri Umno Pulau Pinang dilaporkan marah dan meradang dengan acara memberi makan kangkung kepada patung perdana menteri Najib Razak dua tiga hari lepas. Kemarahan itu disuarakan beberapa orang pemimpin Umno negeri itu yang mengecam perbuatan memberi makan kangkung itu sebagai biadab. Satu laporan polis oleh Umno Bahagian Bukit Mertajam juga dibuat agar polis menyiasat acara itu yang melibatkan Adun Machang Bubuk, Lee Khai Loon. Timbalan Pengerusi Badan Perhubungan Umno negeri, Reezal Merican Naina Merican berkata tindakan Adun daripada PKR itu sangat keterlaluan. Beliau bertanya apakah dosa perdana menteri sehingga diperlakukan demikian rupa, sedangkan cara itu tidak dapat membantu menyelesaikan kos sara hidup. Seorang lagi pemimpin Umno Pulau Pinang, Musa Shaikh Fadzir berkata banyak lagi cara lain boleh dilakukan, bukan dengan menyumbatkan kangkung ke dalam mulut patung Najib Razak. Dua tiga hari kepas sekumpulan anak-anak muda telah mengadakan tunjuk perasaan sambil membawa patung berupa Najib Razak dan menyumbatkan dengan seberkas kangkung hijau ke mulutnya. Acara itu dibuat sebagai menempelak Najib Razak yang mengambil contoh bukan semua harga barangan naik, sebaliknya harga kangkung sudah turun. Perbandingan Najib itu menyebabkan beliau diejak dipersenda begitu teruk sekali sampai mendapat perhatian BBC. Gambar acara memberi Najib makan kankung itu dimasukkan ke dalam Facebook secara meluas yang bagi pandangan sesetengah pihak ia menghina perdana menteri. Sebenarnya perbuatan kumpulan berkenaan tidak perlu pun dilayan. Mereka hanya menyumbat kangkung kepada patung Najib saja dan tidak lebih dari itu. Kalau kejadian itu tidak diungkit ia dilupakan begitu saja tanpa mendapat perhatian umum. Kejadian seperti itu bukan pelik kerana sebelum ini bermacam-macam replika berupa pemimpin dilakukan dengan cara lebih 'beruk' lagi dari itu. Tidak terkecuali pemimpin Umno, pemimpin DAP, Pas dan PKR juga diperlakukan demikian rupa. Gambar Anwar Ibrahim pernah dibakar. Gambar Karpal Singh juga dibakar begitu juga degan gambar Lim Kiat Siang. Gambar Tokguru Nik Aziz diadunkan dengan tubuh babi, dan ada gambar Nik Aziz dengan Haji Hadi di banner dipancut kencing. Tetapi mereka tidak memberi apa-apa reaksi. Mereka meneriam itu sebagai vandalisme politik. Nampaknya bila kena giliran Umno mereka melenting macam buah guli jatuh ke simen. Tenanglah duhai Umno, kalau gambar pemimpin pembangkang boleh diperlakukan dengan cara lebih huduh dari itu kenap tidak dengan gamabr Najib Razak. Belajarlah bersabar dan tenang daripada pembangkang. Kita tahu tindakan membela Najib itu adalah untuk membodek Najib. Mereka sendiri sebenarnya tidak ikhlas untuk membantu perdana menteri. Kalau mereka jujur untuk membela perdana menteri, menjaga maruah Najib, mereka boleh nasihat Najib berundur dan serahkan kerusi kepada Muhyiddin Yassin. Cara itu lebih praktikal dan dapat menyelesaikan masalah. Hanya dengan memaki hamu acara itu dan menganggap ianya tidak memberi bekas, sama dengan tindakan Umno membela Najib itu juga tidak memberi bekas. Sikap pemimpin Umno Pulau Pinang itu memperjelaskan mereka sangat terdesak dan sudah habis ikhtiar untuk bermain politik secara baik. Tindakan memarah kumpulan yang memberi makan kangkung kepada Najib ia memberi publisiti percuma dan provokasi terhadap Perdana Menteri itu berjaya kerana ia diberi reaksi sedemikian rupa. Tentu kumpulan itu dan Adun Machang Bubuk sangat gembira kerana ocahan mereka diberi reaksi. Elok juga polis jalankan siasatan dan mereka terlibat didakwa kerana kita mahu dengar di mahkamah nanti apakah sebab mereka memberi patung Najib 'mentankedarah' kangkung. Dan pastinya pendakwaan gara-gara memberi patung PM makan kangkung akan mendapat perhatian dunia, dan Malaysia dalam keadaan ekonomi robek dan merudum ini dapat mencipta rekod baru, kerana berjaya mengadakan perbicaraan ke atas orang memberi makan kangkung kepada replika perdana menteri, manakala orang yang membunuh Altantuya terlepas begitu saja. -msomelayu |
Filem Anak Rosmah Diharamkan DI Malaysia Kerana Lucah & Untuk Tutup Skandal? Posted: 18 Jan 2014 10:24 PM PST Fiilem tersohor tetapi sarat dengan kontroversi 'The Wolf of Wall Street' dilaporkan diharamkan tayangannya di Malaysia ekoran bahasa dan kandungan yang lucah. "Sumber-sumber dalaman pejabat filem kerajaan Malaysia memaklumkan THR yang pengedar filem itu sedia maklum yang mereka akan berhadapan masalah besar dengan lembaga penapisan kerana kelucahan, babak bogel serta seks sewaktu tayangannya," lapor laman web hiburan The Hollywood Reporter. Filem itu diterbitkan Red Granite Pictures, syarikat yang dimiliki bersama oleh Riza Aziz yang merupakan anak Datin Seri Rosmah Mansor, hasil daripada perkahwinan pertamanya. Filem Hollywood yang diarahkan Martin Scorcese itu menyaksikan pelakon utamanya, Leonardo DiCaprio memenangi anugerah pelakon terbaik bagi kategori komedi dan muzikal pada anugerah Golden Globe ke-71 Ahad lalu. Presiden Red Granite Pictures, Christian Mercuri dipetik oleh THR sebagai berkata kandungan filem itu bermasalah bagi wilayah-wilayah tertentu . "Sebahagian daripada kandungan dalam filem itu menjadikannya sukar dibenar tayang di wilayah tertentu di mana mereka membuat tapisan dan boleh mengharamkan tayangan sesebuah filem," beliau dipetik sebagai berkata. "Anda cuba membuat filem untuk penonton di seluruh dunia . Ini sebuah filem yang menakjubkan sepanjang tiga jam tayangannya. Adalah mengecewakan apabila negara-negara tertentu tidak membenarkan seni ditayangkan secara keseluruhan," katanya. Filem, yang merupakan pesaing untuk Academy Award tahun ini, mencipta rekod penggunaan perkataan lucah 'F' paling banyak dalam filem R-rated. Menurut Variety, perkataan 'F' itu didiucapkan 506 kali dalam filem itu, atau 2.81 kali seminit. Red Granite Pictures membenarkan kandungan tertentu filem itu dipotong untuk melepasi proses tapisan di beberapa negara. Sebagai contoh, bagi tayangan di India, tiga babak terpaksa dipotong iaitu adegan pesta seks gay liar, adegan onani di tempat awam dan satu lagi adegan melibatkan aksi Leonardo DiCaprio menghembus kokain ke dalam punggung seorang perempuan. Setakat ini, filem itu telah mengutip AS $80 juta di Amerika Syarikat dan AS$40 juta di peringkat antarabangsa. -mk
|
YB Fuziah Mahu Heret Blogger Pro-UMNO Kerana Memfitnahnya Posted: 18 Jan 2014 06:18 PM PST Shah Alam – Ahli Parlimen Kuantan, Fuziah Salleh akan mengambil tindakan undang-undang terhadap blogger MyMassa yang didakwa memfitnahnya melalui penerbitan satu artikel, baru-baru ini. Beliau berkata, laporan polis yang dibuat pada 14 Januari lalu di Ibu Pejabat Polis Daerah (IPD) Kuantan akan diserahkan kepada peguam dalam masa terdekat untuk tindakan lanjut. "Laporan polis yang dibuat sebelum ini akan diserahkan kepada peguam dalam rangka untuk menyaman blogger MyMassa yang sudah memfitnah saya," katanya melalui laman Facebook. Fuziah berkata, tindakan itu diambil susulan blog pro-Umno berkenaan yang secara jelas sengaja menghasilkan artikel untuk menjejaskan karier politiknya. Penulis blog itu mendakwa Fuziah menyalahgunakan duit banjir yang diperuntukkan Menteri Besar Selangor, Tan Sri Abdul Khalid Ibrahim dan Ketua Umum Parti Keadilan Rakyat (PKR), Datuk Seri Anwar Ibrahim untuk berjoli di Ghuangzhou, China. Tuduhan itu dinafikan Fuziah kerana tegasnya tidak ada pindahan wang dilakukan ke dalam akaun beliau, sebaliknya bantuan disalurkan dalam bentuk barangan, menurut sumber Selangorkini. |
[ISU KANGKUNG] Salah Najib Sendiri, UMNO Tidak Wajar Melenting.. Posted: 18 Jan 2014 08:30 AM PST Kemarahan Umno terhadap isu kangkung serlah pemisahan daripada realiti Ketidakmampuan Umno untuk melihat sisi lawak parodi kangkung mempersendakan Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Razak adalah tanda bahawa mereka hilang sentuhan dengan perasaan rakyat dan enggan mengiktiraf kuasa media sosial, kata penganalisis. Penganalisis berkata, keadaan itu menunjukkan parti ahli Melayu dan penyokongnya masih berpegang kepada mentaliti bahawa pemimpin mereka tidak boleh dikritik. Pengarah Merdeka Center, Ibrahim Suffian, berkata cara pemikiran ini kebanyakannya didorong oleh struktur dan sejarah parti Melayu itu, penetapan tradisional yang ada kaitan kuat dengan budaya feudal. "Mereka datang daripada pelbagai rangka fikiran, mereka mempunyai cara berbeza memandang pemimpin. Ia dipengaruhi kuat oleh feudalism dalam budaya Melayu, maka budaya mencium tangan sering dilihat antara ahli dengan pemimpin," katanya kepada The Malaysian Insider. Ahad lalu, Najib berkata kerajaan persekutuan Barisan Nasional (BN) tidak pernah dipuji apabila harga barangan turun. Menggunakan kangkung sebagai contoh, beliau berkata harga sayuran sudah turun tetapi Putrajaya tidak menerima sebarang pujian. Kenyataannya disiarkan oleh siaran televisyen tempatan TV3 dan dimuat naik ke You Tube, mencetuskan kritikan daripada pengguna laman sosial, dengan kebanyakannya menyatakan kebodohan perdana menteri menggunakan kos sayuran yang tumbuh liar di tepi jalan sebagai contoh kerajaan memahami. Sejak itu, kenyataan kangkung tersebar luas di media sosial hingga ada yang memuat naik video, gambar, parodi, jenaka dan flash mob yang mempersendakan Najib. Ini menyebabkan ahli Umno mengkritik mereka yang tidak menunjukkan rasa syukur kerana harga sayur yang lebih murah dan mengejek kerajaan. Bagaimanapun, keadaan bertukar menjadi ada unsur perkauman apabila blogger Umno, Dr Novandri Hassan Basri membelasah ahli pembangkang berbangsa Cina. "Pakatan (Rakyat) Cina menjadi lebih ekstrem dan biadap. Mereka secara terbuka menghina perdana menteri dengan memasukkan kangkung ke dalam mulut replica Najib," katanya selepas Ahli Dewan Undangan Negeri Machang Bubuk dari PKR, Lee Khai Loon menganjurkan bantahan di Pulau Pinang yang memaparkan patung Najib disumbat dengan kangkung. Ibrahim berkata, reaksi daripada Umno menunjukkan bahawa BN mempunyai masalah berdepan dengan golongan lebih muda yang tidak berkaitan terhadap pemimpin. Katanya, mereka tidak selesa mereka mereka tidak biasa dengan maklum balasan seumpama itu. Beliau berkata, masalahnya menjadi lebih teruk kerana pemimpin selalu dilihat lebih hebat daripada hakikat dan dengan mengejek pemimpin, ia menjadikan lebih sukar untuk mereka meyakinkan rakyat Malaysia mengenai polisi pada masa depan dan ia bahaya. "Internet adalah landasan untuk rakyat menyuarakan kesedihan dan Umno tidak bersedia untuk melihat penentangan sudah sampai ke peringkat itu," katanya. Penganalisis politik dari Universiti Monash Malaysia, Profesor James Chin, berkata sokongan di sekeliling Najib oleh ahli parti dan penyokong berhubung isu itu adalah konsisten dengan kemampuan Umno untuk berdepan degan media baru. Beliau berkata, BN tewas dalam perang sosial media sejak pilihan raya umum 2008. "Umno tidak faham bahawa parodi kangkung adalah jenaka. Mereka jadi defensif. Mereka sepatutnya perlu diam sahaja atau menghasilkan idea jenaka lain untuk mengalihkan perhatian," katanya. Beliau berpendapat, dilema Umno disebabkan fakta bahawa mereka melayan media sosial sebagai satu lagi bentuk media tradisional, dan kejahilan seumpama itu boleh menjejaskan parti. "Mereka tidak sepatutnya mewujudkan kontroversi, ia akan menguatkan jenama buruk yang Umno ada," katanya. Ketua Pegawai Operasi Institut Hal Ehwal Demokrasi dan Ekonomi (Ideas), Tricia Yeoh, berkata ia ironi kerana Umno dan penyokongnya marah meluap-luap terhadap warga internet mengenakan Najib apabila mereka melakukan perkara serupa terhadap pemimpin Pakatan Rakyat. "Mengapa mereka senyap apabila penyokong atau mereka daripada kumpulan lain melakukan helah yang sama terhadap pemimpin pembangkang? "Mereka boleh meluahkan rasa marah yang serupa, tetapi mereka tidak melakukannya," katanya dan menambah mereka sepatutnya konsisten dengan pendirian. Berdepan dengan kenaikan kos sara hidup berikutan pemotongan subsidi dan kenaikan harga, Yeoh berkata, rakyat Malaysia menggunakan jenaka untuk membantu mereka menangani masalah. "Tidak banyak yang boleh dilakukan, sama ada anda ketawa atau menangis, jadi adalah lebih baik ketawa," katanya. -TMI
ULASAN GB Sapa yang mulakan isu kangkng ni kalau bukan Najib sendiri? Mengapa pula bila sudah menjadi satu "fenomena" sampai ke peringkat antarabangsa tiba-tiba UMNO melenting? Seiap buat demo di Pulau Pinang dengan MP-MP UMNO yang kangkung berucap memperingatkan tentang 13 Mei? Bukankah itu lebih bersifat hasutan perkauman? Diprovokasikan? Tetapi ingat, hukum kebenaran dan keadilan berjalan. Tidak ingatkah peristiwa penyokong UMNO mebakar patung pengarang akhbar mingguan Katolik, Paderi Lawrence Andrew dibakar di Kuala Langat bulan lepas? Bukankah itu lebih teruk dan lebih dasyat daripada menyuapkan mulut Najib dengan kngkung? Islam ajar begitukah? "Don't do unto others what you don't want others to do unto you." - Confucius |
You are subscribed to email updates from KELAB GREENBOC To stop receiving these emails, you may unsubscribe now. | Email delivery powered by Google |
Google Inc., 20 West Kinzie, Chicago IL USA 60610 |
Tiada ulasan:
Catat Ulasan