Jumaat, 17 Januari 2014

MIMPI SENJA

MIMPI SENJA


PDRM nafi beri latihan UTK pada Farid Kamil

Posted: 17 Jan 2014 08:32 PM PST

Farid Kamil.
KUALA LUMPUR: Polis Diraja Malaysia (PDRM) menafikan pihaknya ada memberikan latihan Unit Tindakan Khas (UTK) kepada selebriti Farid Kamil seperti yang dilaporkan sebuah akhbar tempatan, Jumaat.
Penolong Ketua Urus Setia Ketua Polis Negara (KPN) (Komunikasi Korporat) Ibu Pejabat PDRM Bukit Aman ACP Datin Asmawati Ahmad turut menegaskan bahawa pihaknya juga tidak memberi sebarang bentuk latihan UTK atau seumpamanya kepada mana-mana orang awam.
"PDRM menasihatkan agar mana-mana pihak tidak mengaitkan jabatan ini denganapa juga maklumat yang tidak tepat bagi mengelakkan timbulnya sebarang kekeliruan," katanya melalui laman sosial PDRM malam Jumaat.
Akhbar itu pada Jumaat melaporkan pengarah dan pelakon filem, Farid Kamil Zahari menjadi selebriti tempatan pertama yang mengikuti sesi latihan UTK PDRM bagi memantapkan staminanya yang telah dijalani sejak minggu lalu.
Farid dipetik sebagai berkata dia memohon untuk menyertai latihan itu selama tiga bulan atas inisiatif sendiri untuk mendisiplinkan diri serta meningkatkan kecergasan badan bagi membantu kerjayanya sebagai pengarah dan pelakon di negara ini. - BERNAMA

Dubai padam ‘adegan lucah’ dalam filem terbitan anak Rosmah

Posted: 17 Jan 2014 05:17 AM PST

daily_mail_anak_rosmah_banned_dubaiKUALA LUMPUR 17 JAN: Kira-kira 45 minit adegan lucah dalam filem 'The Wolf Of Wall Street' terbitan Riza Aziz, anak kepada Datin Seri Rosmah Mansor dipadamkan kerajaan Dubai, lapor portal Britain, Daily Mail.
Daily Mail melaporkan, selain aksi lucah, turut dipadamkan dalam filem tersebut ialah dialog mengandungi perkataan kurang sopan diucapkan yang tidak bersesuaian dengan budaya Timur Tengah.
Pengkritik filem menyatakan filem yang keterlaluan mengangkat citra 'dadah, seks dan wang itu turut merakamkan lebih 500 kali penggunaan perkataan kurang sopan, yang diistilahkan sebagai 'f-bomb'.
Juma al-Leem, pengarah kandungan media National Media Center berkata, penapis filem di UAE termasuk Dubai lazimnya membuang babak atau penggunaan bahasa yang dianggap mencela, berbahaya kepada keselamatan negara selain adegan keterlaluan.
Laporan Daily Mail turut memetik komen penonton wanita di laman Facebook Reel Cinemas, pengendali dua pawagam di Dubai yang terpaksa keluar selepas 40 minit tayangan, kerana filem tersebut disifatkannya menjengkelkan dan 'tidak boleh ditonton'.
Filem 'The Wolf Of Wall Street' lakonan bintang Hollywood, Leonardo DiCaprio Jonah Hill, Margot Robbie and Matthew McConaughey.menelan belanja USD100 juta (RM325 juta)
Ketika hangat diperkatakan media barat, 'The Wolf Of Wall Street' menjadi lebih panas di Malaysia apabila spekulasi mengatakan filem terbitan Riza Aziz itu dibiayai ibunya, Datin Seri Rosmah Mansor.
Riza merupakan anak Rosmah bersama bekas suami pertamanya, Abdul Aziz Nong Chik yang sebelum ini dilaporkan membeli satu unit kondominium mewah berharga RM 100 juta di New York.
Short URL: http://www.keadilandaily.com/?p=58385

Spekulasi Rosmah taja filem anaknya, SPRM perlu siasat – Jingga 13

Posted: 17 Jan 2014 03:46 AM PST

(Azuan Ab Rahman)
anak-rosmahKUALA LUMPUR 17 JAN: Ketua Koordinator Jingga 13, Fariz Musa mahu Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia menyiasat spekulasi media bahawa isteri Perdana Menteri, Datin Seri Rosmah Mansor Rosmah terlibat membiayai filem anaknya Riza Aziz.
Spekulasi tersebut seperti yang dilaporkan
Portal Mstar Online sebelum in melaporkan Riza enggan mengulas kontroversi berhubung filemnya yang menelan belanja hampir RM326 juta selain dakwaan mendapat sumbangan kewangan daripada ibunya.
"SPRM harus melakukan siasatan terhadap rosmah untuk mengetahui apakah dakwaan tersebut benar atau tidak.
"Sebelum ini, anaknya didakwa telah membeli sebuah rumah penthouse mewah, kini menghasilkan pula sebuah filem dengan kos yang sangat besar.
"Sudah pasti rakyat mahu tahu apakah kekayaan dan kemewahan luar biasa anak isteri perdana menteri itu datangnya dari ibunya yang kita tahu mengamalkan cara hidup yang mewah dan berprestij," kata Fariz kepada Keadilandaily.
Namun menurut ahli Majlis Pimpinan Pusat KEADILAN itu, walaupun Jingga 13 sendiri sebelum ini telah beberapa kali membuat laporan kepada SPRM berhubung isteri perdana menteri itu, malangnya tidak satu siasatan pun yang dilakukan.
"Ini mengecewakan dan memberi gambaran ketidaktelusan SPRM.
"Dalam keadaan rakyat tertekan dengan kos hidup, keluarganya dan beberapa Menteri terus berbelanja mewah. SPRM perlu siasat," tegas Fariz.
Short URL: http://www.keadilandaily.com/?p=58376

Perbincangan perpaduan gagal, Najib hadapi pemberontakan dalaman, lapor The Edge Review

Posted: 17 Jan 2014 03:21 AM PST

JANUARY 17, 2014
LATEST UPDATE: JANUARY 17, 2014
Selepas lapan bulan berbincang, usaha Umno untuk berbincang ke arah perpaduan dengan Pakatan gagal menyebabkan Perdana Menteri Datuk Seri Najib Razak (gambar) kini terdedah kepada pemberontakan daripada kalangan Umno sendiri, lapor The Edge Review.
Mingguan online dalam laporannya bertajuk "When talk fails" (Bila perbincangan gagal) melaporkan, Najib gagal meyakinkan pimpinan tertinggi Umno untuk mewujudkan perpaduan dengan Pakatan pimpinan Datuk Seri Anwar Ibrahim.
"Perbincangan itu… telah digunakan sebagai senjata untuk Najib menghadapi musuhnya di dalam partinya sendiri," katanya.
"Perbincangan itu tidak pergi ke mana-mana kerana pandangan umumnya Umno tidak pernah jujur," kata rakan karib Anwar yang terlibat dalam perbincangan sulit berkenaan kepada mingguan itu.
Najib telah menggunakan perbincangan itu untuk membentuk kerajaan perpaduan selepas pencapaian buruk BN dalam pilihan raya umum lalu.
Pengundi telah memberikan undi popular kepada Pakatan dalam pilihan raya umum lalu, memberikan mesej mereka sudah bosan dengan cara BN mentadbir negara.
Isu yang utama adalah rasuah yang melampau dalam sektor awam dari pegawai rendah sehingga kepada pemimpin politik.
Perbincangan perpaduan yang diketuai Datuk Seri Dr Ahmad Zahid Hamidi bagi pihak kerajaan telah membawa beliau kepada pemimpin pembangkang termasuk dari PAS.
Bagaimanapun, sesetengah pihak dalam Umno tidak berminat dengan laporannya dan meningkatkan serangan ke atas Najib, lapor mingguan itu.
Serangan berterusan ke atas Najib juga tidak dipertahankan oleh rakan-rakannya dalam Kabinet.
"Hanya sedikit sahaja keraguan bahawa Najib berada di kedudukan paling lemah dari segi politiknya dan sebahagian besar dari masalah berpunca dari dirinya sendiri," kata seorang ahli perniagaan yang rapat dengan Najib sebagaimana dilaporkan The Edge Review.
Dalam menghadapi kedua-dua musuh iaitu pembangkang dan pihak dalam Umno sendiri, mingguan itu menyifatkan keputusan Najib sebagai "strategi risiko tinggi untuk hadapi krisis" dalam kepimpinan.
Tetapi selepas lapan bulan ke sana ke mari, pembangkang akhirnya letih dengan cakap-cakap Najib untuk membentuk kerajaan perpaduan.
"Berdasarkan pengalaman lalu, ia adalah silap. Anwar menyertai perbincangan ini atas keyakinan ia boleh membawa agenda pembaharuan," lapor mingguan itu berdasarkan kenyataan seorang pemimpin pembangkang.
Bagaimanapun, kata The Edge Review, rundingan berpanjangan Najib ini tidaklah sia-sia.
Perdana menteri sentiasa saja meniupkan berita perbincangan setiap kali berlakunya krisis kepimpinan, termasuk ketika kemungkinan kepimpinan beliau tercabar misalnya menjelang pembentangan Bajet 2014 Oktober lalu.
Bagaimana mingguan ini berkata, taktik Najib kali ini tidak akan berjaya lagi.
Ia termasuklah kerana kekurangan sokongan kepada Najib dari kerajaannya sendiri dan juga meningkatnya kemarahan awam terhadap kepimpinan beliau, kata The Edge Review, lebih-lebih lagi apabila banyak janji menjelang pilihan raya yang tidak tertunai dan kelemahan pengurusan telah menyusahkan Najib.
Artikel itu juga memetik kenyataan Ibrahim Sufian dari Merdeka Center yang berkata,"Pada masa ini, dia kelihatan lumpuh tanpa sebarang tindakan terhadap kesemua isu panas. Beliau sepatutnya berbesar hati bahawa dia memenangi pilihan raya umum dan kepimpinan parti. Dia sepatutnya memenuhi mandat yang diterima itu".
Mingguan itu memetik Ibrahim yang mencadangkan supaya Najib turun menerangkan kepada rakyat kedudukan kewangan negara dan penyelesaian yang diperlukan untuk meneguhkan ekonomi negara.
Beliau berkata, Najib juga patut memimpin melalui tauladan misalnya dengan memotong gaji anggota Kabinet termasuk dirinya.
Yang paling penting, mingguan itu meminta Najib membawa semula agenda kesederhanaannya itu.
"Dia kena tunjukkan keberaniannya untuk melawan tekanan itu hatta jika ia diketuai sendiri oleh bekas perdana menteri. Dia kena tunjukkan bahawa dia adalah pemimpin bukan sekadar ahli politik biasa," katanya.
"Bagi Malaysia, apa berlaku selepas ini adalah pilihan Najib." – 17 Januari, 2014.- TMI

Tiada ulasan: