Nuffnang

Pengikut

Kelab Greenboc

sumber :-

Kelab Greenboc


[DASYAT] Ibu Sediakan Tempat Untuk Anak & Teman Lelakinya Di Rumah

Posted: 18 Jan 2014 12:15 AM PST

Nusajaya : Untuk mengelakkan anak perempuannya dicekup melakukan maksiat kali kedua, seorang ibu bukan saja bersubahat membenarkan anaknya itu membawa pulang teman lelaki, malah turut menyediakan tempat tidur di rumah mereka di Taman Nusantara di sini.

Beberapa bulan lalu pasangan berkenaan pernah ditangkap khalwat di pusat riadah kawasan perumahan itu, namun tidak insaf, sebaliknya meneruskan kegiatan sumbang dengan ibu si perempuan turut bersekongkol.

Bagaimanapun, kelakuan mengaibkan dua beranak itu terbongkar hasil intipan penguat kuasa Jabatan Agama Johor dengan kerjasama Jawatankuasa Penduduk Biro Keselamatan dan Jawatankuasa Surau Taman Nusantara, baru-baru ini.

Pengerusi Biro Keselamatan Taman Nusantara, Ismail Rejab, 46, berkata serbuan dijalankan ke rumah dua beranak itu kira-kira jam 5 pagi dan ketika diserbu teman lelaki gadis itu tidur di tingkat bawah manakala teman wanitanya di tingkat atas.

“Pasangan berusia 20-an itu seolah-olah mendapat lesen daripada ibu gadis itu apabila kerap membawa balik teman lelaki pada siang mahupun malam. Kami juga difahamkan ibu itu membenarkan mereka berdua-duaan di rumah.

“Ibu gadis itu berusia 50-an mengakui kesilapan membiarkan anaknya bebas bergaul hingga membawa balik teman lelaki dan berjanji akan mengawasi kegiatan anak perempuannya,” katanya sambil memaklumkan anak wanita itu juga diberi kaunseling supaya tidak mengulangi perbuatannya.

Sementara itu, Ismail berkata, terdahulu, pihaknya membuat serbuan ke sebuah kediaman seorang gadis, 20, yang tinggal bersama rakannya, kira-kira jam 3.30 pagi.

Menurutnya, gadis itu mengambil masa setengah jam membuka pintu rumah.

“Selepas diberi amaran, gadis itu memakai kemeja-T dan berseluar pendek membuka pintu sebelum pemeriksaan mendapati seorang lelaki berusia 23 tahun berasal dari Kampung Melayu, Gelang Patah berada di dalam bilik tidurnya.

“Pasangan itu diserahkan kepada pegawai pencegah maksiat Jabatan Agama Johor manakala teman serumah wanita itu diambil keterangan kerana disyaki bersubahat,” katanya.

Sementara itu, Imam 1 Taman Nusantara, Samsul Adha, 40, berkata pihaknya sentiasa berusaha membanteras kegiatan tidak bermoral di kalangan anak muda di kawasan perumahan itu.

“Kami berharap supaya golongan anak muda tidak memandang ringan usaha membanteras maksiat yang dijalankan,”

ULASAN GB

Seolah-olah sudah menjadi kebiasaan akhir-akhir ibu bapa membenar dan merelakan perbuatan maksiat yang dilakukan oleh anak-anak mereka dengan mengizinkan anak-anak mereka membawa pulang pasangan masing-masing dan tidur dirumah mereka.

Lebih dasyat lagi mereka menyediakan segala kemudahan untuk anak-anak mereka melakukan maksiat dengan menyediakan bilik tidur, makan-minum, kenderaan untuk ke hulu hilir, wang belanja malah kad kredit untuk anak-anak mereka bermalam di hotel-hotel mewah.

Perbuatan bersubahat para ibubapa terhadap maksiat yang dilakukan oleh anak-anak mereka bakal menjadikan institusi keluarga anak-anak mereka itu sendiri goyah dan rapuh kerana ianya bermula dengan sesuatu yang tidak baik dan bertentangan dengan nilai-nilai luhur yang diajarkan Islam.

Maka tidak hairan kita melihat pasangan yang sebegini begitu kerap dilanda masalah rumahtangga sehingga berakhir dengan porak-peranda serta penceraian lantaran tiada keberkatan.

Referendum Kudeta Tidak Dapat Sambutan, "Media Kangkung" Mesir Bikin Sandiwara

Posted: 17 Jan 2014 04:31 PM PST


Kaherah - Di banyak wilayah, referendum konstitusi kudeta pada hari Selasa (14/1/2014) terlihat sepi. Untuk menutupi rasa malunya, pemerintah kudeta di beberapa tempat telah membuat sandiwara yang diproduksi oleh stesyen-stesyen pemerintah untuk menggambarkan kepada publik Mesir dan dunia kononnya rakyat Mesir berbondong-bondong mendatangi Tempat Pemungutan Suara (TPS), demikian lapor dakwatuna.com.

Misalnya yang berlaku di TPS sekolah Muhammad Farid, Syahid Ahmad Kamal dan Sayidah Aisyah, di provinsi Gharbiyah. Pemerintah kudeta mengerahkan fulul (anggota Partai Nasional Demokrat yang telah dibubarkan) beserta keluarganya. Mereka sudah berdatangan sejak pukul 7 pagi. Lalu berkumpul di depan TPS yang sudah didatangi para petugas media kudeta. Polis dan militer melarang para hakim memulai proses referendum. Mereka hanya dibolehkan memulakan pada pukul 9.30. Hal ini tentu menyebabkan terjadinya keramaian yang cukup besar. Seperti itulah pemerintah kudeta membuat sandiwara.

Anshar Portsaid memberitakan bahawa banyak TPS kelihatan sepi. Ditampilkan juga foto membuktikan hal tersebut.

Fanspage Ikhwanul Muslimin (MBN) menampilkan foto sebuah TPS yang benar-benar padat warga yang akan memberikan suaranya. Tapi terlihat para wanita yang hadir kebanyakan tidak mengenakan jilbab dan berambut pendek, yang menandakan mereka adalah para wanita Kristen Koptik. MBN hanya bertanya, "Apa yang boleh anda perhatikan dalam foto ini?"

Fanspage Shuqur Ishlah menyindir media Bawwabah Qahirah yang menampilkan gambar bagaimana orangramai berbaris di sebuah TPS yang bertempat di sebuah sekolah. Tapi ternyata foto tersebut menggambarkan situasi pada musim panas. Keraa cahaya matahari yang sangat terik, dan orangramai memakai baju pendek dan tipis.

Media Al-Youm As-Sabi' juga memberitakan bagaimana referendum di Nasr City. Diberitakan bahwa warga berdatangan dari pagi hari ke berbagai sekolah untuk memberikan suara. Namun dalam foto yang dipasangnya, terlihat polis yang bertugas mengenakan pakaian seragam musim panas. Sehingga dapat diketahui bahawa berita itu tidak benar.

Foto yang dipasang "Al-Youm As-Sabi'" yang menurutnya menunjukkan orangramai gembira datang ke TPS di Nasr City. Padahal setelah diperhatikan, polis yang menjaga TPS mengenakan seragam musim panas. (al-yaoum as-sabi')

TPS di sebuah sekolah di Doki. Lamanweb "Bawwabah Qahirah" menyebutnya sebagai bukti referendum kueta ramai didatangi penduduk. Padahal foto yang dipasang menunjukkan situasi musim panas, bukan sekarang (shuqur ishlah)

Sebuah TPS yang tidak disebutkan lokasinya. terlihat ramai dengan umat Kristiani Koptik. (MBN)

TPS SMP Qanah di kota Port Said yang terlihat sangat sepi (ansarportsaid)



Referendum Mesir hambar, kudeta didakwa menipu

KAHERAH: Ikhwan Muslimin semalam membuat kenyataan menolak keputusan pungutan suara bagi meminda perlembagaan negara itu.

Mereka melalui Gabungan Kerjasama Kebangsaan Bagi Menentang Rampasan Kuasa, berkata pihaknya tidak akan mengiktiraf apa-apa keputusan berkaitan sepertimana tindakan-tindakan yang dilakukan oleh kudeta sebelum ini kerana menganggap kerajaan Mesir hari ini tidak sah.

Menurut mereka, hasil kajian yang dillakukan mendapati hari akhir pungutan suara iaitu 15 Januari lalu menyaksikan sambutan hambar dari kalangan rakyat awam dan jumlah mereka tidak melebihi hanya 8% dan seakan-akan tiada pengundi pada waktu petangnya.

Pihak mereka meyakini, kudeta akan melakukan penipuan dalam pengumuman keputusan berdasarkan bilangan mereka yang keluar mengundi terlalu sedikit yang tentu memberi tamparan hebat kepada mereka.

Sejak dari awal, majoriti rakyat Mesir menyatakan bantahan terhadap kudeta, dan mereka memboikot pungutan suara yang diadakan.

Media-media pro kudeta bagaimanapun didakwa cuba menipu dengan menyiarkan gambar-gambar lama ketika pungutan suara pada 2012 bagi menampakkan ramai rakyat keluar mengundi.

Semalam, media kudeta turut melaporkan peratusan yang ramai keluar mengundi dan majoriti daripadanya iaitu hampir 99 peratus memilih bersetuju meminda perlembagaan itu.

Bagaimanapun, media antarabangsa menyiarkan laporan penuh perbandingan keputusan dua pungutan suara iaitu pada tahun 2012 (pemerintahan Presiden Mursi) dengan yang terbaru Selasa dan Rabu lalu.

Peratusan rakyat yang keluar mengundi bagi pindaan perlembagaan Mesir di bawah kudeta kali ini adalah hanya 11.03 peratus berbanding 2012 iaitu sebanyak 32.9 peratus.

Suruhanjaya Tinggi Pilihan Raya Mesir dijangka mengumumkan keputusan penuh pengundian pungutan suara ini pada Sabtu, 18 Januari 2014.
-HD


Comments (0)

BLOG - BLOG PAKATAN RAKYAT