Kerabu Bersuara ® |
- Respon TG Nik Aziz Isu Kajang
- PAS setuju Anwar jadi ADUN, bukan MB
- Kenapa Anwar bertanding di Kajang?.. Ini penjelasan dari Pengarah Strategi PKR..
- Kenyataan Media Ketua Wanita PKR Selangor
Posted: 28 Jan 2014 11:39 PM PST Nik Abdul Aziz Nik Mat Ramai yang menghubungi saya untuk bertanyakan pandangan tentang isu DUN Kajang yang dikosongkan oleh wakil rakyatnya. Saya tidak tahu menahu tentang strategi atau isu yang berlaku sehingga membawa kepada pengosongan tersebut. Justeru, saya perlu menunggu penjelasan dari pihak PKR sendiri yang tentunya mempunyai sebab-sebab tertentu sehingga langkah ini terpaksa dilakukan. Dalam hal ini, sikap PAS tentunya lebih wajar diputuskan oleh Tuan Guru Presiden PAS selaku kuasa eksekutif di dalam parti berdasarkan pertimbangan-pertimbangan semasa. Bagaimanapun, saya muak dengan akhbar-akhbar pro UMNO yang memainkan isu kononnya langkah mengosongkan kerusi itu ialah langkah memanipulasi demokrasi. Barangkali UMNO lupa, langkah mereka di Perak pada tahun 2009 itulah langkah yang benar-benar jijik iaitu membelakangkan terus demokrasi dan merampas kerajaan melalui pintu belakang. UMNO jangan berlagak baik sedangkan dosa-dosa mereka di Perak masih segar dalam ingatan. Saya suka mencabar UMNO dan Barisan Nasional, jika mereka berpandangan pengosongan kerusi di DUN Kajang itu satu pembaziran dan penghinaan terhadap proses demokrasi, jangan sekali-kali mereka meletakkan calon di dalam pilihanraya kecil itu nanti |
PAS setuju Anwar jadi ADUN, bukan MB Posted: 28 Jan 2014 11:22 PM PST Ikhwan Zulkaflee PKR harus berbincang dengan semua parti komponen PR yang lain sekiranya ingin menggantikan kerusi menteri besar. PETALING JAYA: Tiada masalah bagi PAS untuk menerima Datuk Seri Anwar Ibrahim sebagai calon Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) Kajang lantaran kerusi tersebut merupakan kerusi PKR. Namun, menurut Naib Presiden PAS Datuk Tuan Ibrahim Tuan Man, PKR harus berbincang dengan semua parti komponen Pakatan Rakyat (PR) yang lain sekiranya ingin menggantikan menteri besar popular Selangor Tan Sri Abdul Khalid Ibrahim dengan Anwar. "KIta melihat keputusan yang diambil oleh PKR ini merupakan hak mereka kerana itu memang kerusi PKR. Kita tiada masalah mereka meletakkan mana-mana calon pilihan mereka. "Tapi sekiranya melibatkan perubahan jawatan menteri besar ia perlu dibincangkan dahulu dengan PAS dan DAP sebelum buat apa-apa keputusan," katanya apabila dihubungi FMT hari ini. Sambil menegaskan bahawa PKR tidak boleh membuat keputusan bersendirian dalam mentadbir Selangor, Tuan Ibrahim mengakui terkejut mengenai perkembangan terbaru yang berlaku di Selangor. "Kita pun rasa terkejut dengan keputusan tersebut. Kita sedar ada beberapa masalah dalaman yang berlaku di Selangor seperti isu Jabatan Agama Islam Selangor (JAIS) dan beberapa lagi, tapi tak sangka sampai melibatkan perubahan kerusi menteri besar," katanya. Beliau bagaimanapun mengakui hubungan PAS dalam PR tidak terjejas dengan isu yang berbangkit. "Kita yakin akan ada perbincangan selepas ini dalam persiapan mengahadapi pilihan raya kecil (PRK) Kajang nanti dan pimpinan PR akan membincangkan mengenai isu ini," jelasnya. Sementara itu, seorang lagi Naib Presiden PAS Salahuddin Ayub, menerusi satu kenyataan berkata PAS telah menunaikan tanggungjawab sebagai rakan dalam PR dengan memberikan pandangan dan nasihat yang sewajarnya kepada Anwar. "Apabila PKR telah membuat keputusan untuk bertanding dan meletakan Anwar sebagai calon , PAS sekali lagi telah menyatakan sokongan diatas semangat kerjasama PR," katanya. Tambahnya lagi, PAS bersedia membantu PKR dan Anwar dalam PRK Kajang di saat rakyat dilihat marah dengan tindakan parti itu yang dilihat seperti membazirkan wang rakyat. "Dalam keadaan seperti ini saya rasa pastinya PAS terus menunjukan sikap jiwa besarnya untuk menghulurkan tangan bagi membantu apa saja cara dan pendekatan untuk memastikan kejayaan PR mempertahan kerusi DUN Kajang. "Adalah penting disaat-saat sukar begini Pas terus dilihat sebagai rakan yang setia dalam persahabatan. Sekiranya isu dan masalah dalaman yang melibatkan PR ada yang PAS tidak puas hati, PAS akan menggunakan saluran sewajarnya untuk menyatakan sikap dan pendirian kita," jelasnya lagi. Ketua Penerangan PAS Datuk Mahfuz Omar bagaimanapun enggan mengulas isu ini. Semalam, PKR dalam satu sidang media mengumumkan bahawa Anwar akan dicalonkan bagi merebut kerusi Kajang yang kosong setelah penyandangnya Lee Chin Cheh, juga dari PKR, meletakkan jawatan. Tindakan Lee itu menghangatkan spekulasi bahawa Anwar bakal mengambil alih jawatan menteri besar bagi meleraikan pergelutan kuasa di Selangor di antara Abdul Khalid dan Pengerusi PKR Selangor Azmin Ali walaupun Anwar menafikannya. Azmin, yang juga timbalan presiden PKR berkata tindakan tersebut merupakan strategi PKR untuk mengukuhkan kekuatan parti tersebut di Selangor. |
Kenapa Anwar bertanding di Kajang?.. Ini penjelasan dari Pengarah Strategi PKR.. Posted: 28 Jan 2014 10:29 PM PST Rentetan dari pengumuman TS Khalid Ibrahim yang menamakan DS Anwar Ibrahim sebagai calon bagi PRK DUN Kajang semalam ekoran dari perletakan jawatan ADUN sedia ada, boleh dikatakan kebanyakkan rakyat memperikaikan tindakan itu. Manakala yang menyokong membabi buta tindakan drastik Khalid Ibrahim menamakan Anwar itu boleh dikatakan hanya individu-individu yang mencari makan dengan menggunakan PKR. Contohnya ialah Ahli Majlis, Ketua WHIP, ADUN-ADUN, Ahli Parlimen, dan berbagai lagi jawatan yang dipegang mereka kerana PKR. Ahli-ahli PKR yang langsung tidak punya kepentingan dalam PKR dalam lain ayat bukan mencari makan dalam PKR majoriti mempertikaikan tindakan yang dianggap buang duit dan buang masa itu. Malahan tindakan TS Khalid melakukan pengumuman itu adalah bercanggah dengan apa yang telah diluluskan dalam Konvensyen Khas PKR baru-baru ini. Dan ada yang mengatakan "Depa dah buat PKR ni macam mak bapak depa yang punya.. apa nak buat ikut suka depa saja.." Anwar bagaimanapun menjelaskan melalui Twitter miliknya "Politik sama macam peperangan, Tak semua strategi boleh didedahkan, yang penting kena patuh pada strategi pemimpin". Itu penjelasan Anwar yang tak mendedahkan apa sebabnya.. berikut pula adalah penjelasan Pengarah Strategi PKR sendiri mengenai perkara ini... Menurutnya Datuk Seri Anwar Ibrahim sebagai calon adalah langkah menghadapi plot menyingkirkan Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Razak dari dalam Umno oleh kem Tun Dr Mahathir Mohamad. Pengarah Strategi PKR, Rafizi Ramli, berkata usaha untuk menyingkirkan Najib mula dijalankan kem bekas perdana menteri itu yang juga merupakan musuh utama kepada Anwar dalam kes pemecatan bekas timbalan perdana menteri itu pada 1998. "Sudah menjadi rahsia terbuka langkah untuk menyingkirkan Najib kini bermula. "Sebagai seorang anggota strategi parti, saya tidak boleh menolak kemungkinan Najib disingkir dan Umno jatuh kepada kem ultra Dr Mahathir," katanya dalam satu kenyataan hari ini. Rafizi membayangkan perkara lebih buruk berlaku sebaik usaha tersebut berjaya kerana usaha untuk merampas negeri Selangor akan dilakukan sedaya upaya sebaik sahaja Najib tersingkir. "Serangan dan rancangan tidak bermoral untuk sedaya upaya merampas Selangor akan bermula selepas Najib yang lemah disingkirkan," katanya. Ahli Parlimen Pandan itu berkata, kontroversi agama dan perkauman yang dimainkan oleh Umno dan sekutu mereka sejak kebelakangan ini adalah isyarat jelas bahawa perkara di luar jangkaan mungkin berlaku. "Jika Najib jatuh, diramalkan isu manipulasi perkauman dan agama akan dicipta untuk mewujudkan ketidakpercayaan dan kekecewaan kepada kerajaan negeri Selangor," katanya. Rafizi berkata, langkah meletakkan Anwar bertanding di Kajang juga adalah sebagai batu loncatan kepada Pakatan Rakyat (PR) dalam usaha merampas pentadbiran Putrajaya daripada Barisan Nasional (BN). "Istanbul menjadi batu loncatan kepada Erdogan dan Jakarta kepada Jokowi, Selangor boleh menjadi batu loncatan kepada Pakatan untuk merampas Putrajaya," katanya. Sementara itu, katanya, PR memerlukan pemimpin tertinggi dan berkemampuan untuk mempertahankan Selangor daripada dirampas BN kerana negeri tersebut dianggap mutiara kepada mana-mana parti politik di Malaysia. "Kita perlukan sebanyak mungkin pemimpin tertinggi di Selangor untuk mempertahankannya kerana ia merupakan mutiara kepada mana-mana gabungan parti politik di dalam negara," katanya. Rafizi berkata, tidak mustahil suatu hari nanti kontroversi PKR di Kajang akan mengubah rentak strategi menuju ke Putrajaya. "Kita boleh imbau ketika saat sukar yang akan dikenang sebagai 'Langkah Kajang' sebagai penentu dalam usaha menawan Putrajaya,” katanya. Rafizi turut meminta maaf kepada pengundi Kajang kerana terpaksa berdepan satu lagi pilihan raya dan menegaskan PKR sedia menerima akibat sekiranya pengundi menghukum mereka. Sepenuhnya.. bacalah.. ... I am aware that there is a lot of explanation that has to be made on the decision to vacate the Kajang seat to force a by-election. I am also acutely aware of Dato’ Ambiga’s advice communicated personally to me that we have to be as honest as possible with the people. Apology to the public So let me begin by offering the sincerest apology to the Malaysian public especially the voters of Kajang. There is no excuse for wasting public money except to offer my sincerest apology and for the party to be prepared if the voters of Kajang decide to punish us. Dynamics in Umno, racial and religious controversies Yet precisely because we are honest to ourselves and the people, we have to acknowledge that there are problems and challenges that we are facing in Selangor that require intervention. While Khalid Ibrahim’s administration has shown sterling performance over the last 6 years that endears him to the public, there are rooms for improvement in many areas especially given the latest dynamics in Umno. It is an open secret that the move to remove Najib Razak has begun. As a party strategist, I cannot rule out the possibility that Najib is removed and Umno falls to the ultras led by Mahathir Mohamad’s faction. The unscrupulous attack and schemes to take Selangor by hook or by crook will begin the moment the weak Najib is removed. Even as we speak, Umno’s cards are all too obvious in the latest round of racial and religious controversies stirred up in Selangor in the last few months. Should Najib fall, expect a full blown manipulation of racial and religious issues to create mistrust and frustration with the Selangor government. While Khalid Ibrahim’s administration has set a gold standard in integrity and prudence in managing public funds, we also have to admit there are also other areas that we can improve. We need radical approach to solving the traffic woes, the pace of affordable public housing has to pick up. There is a need for more rigorous forward planning of water resources in Selangor and some hard decisions have to be made soon. We have to vigorously protect the rights of the minorities who are the targets of Umno’s political game. As an MP, I certainly believe we can do better especially with regards to cleanliness and livelihood of the people. We have the potential to be a model state with least potholes in densely populated areas. In other words, Selangor has to be doubly better than what it is today if it were to become a showcase for Pakatan in its quest for Putrajaya. Just as Istanbul was a launchpad for Erdogan and Jakarta is a launchpad for Jokowi, Selangor can be a great launchpad for Pakatan to take over Putrajaya. Fortification of Pakatan in Selangor The job is not done and we are about to face another round of onslaught from Umno. Therefore, while it is certainly inexcusable to spend public fund unnecessarily in a by-election, it is an even bigger dereliction of public duty if we do not do anything, knowing that this round is going to be tougher. What PKR and Pakatan Selangor need is a fortification so that we can expedite reforms and simultaneously fend off political attacks and manouvres from Umno. We need as many of our top leaders around Selangor to defend Selangor because it remains the crown jewel of any political coalition in the country. Hence the decision to field Anwar Ibrahim for a state seat as this provides an option that we can readily exercise should the need arise. Does this mean there will be a change of stewardship of Selangor government? Maybe yes, maybe no. But we do have the option to optimize our leadership potential if Umno stirs up more trouble. Avoid the Kedah experience At the end of the day, I know no amount of explanation can sooth the public anger. I only appeal for time to let the rationale sink in and space for us to do the necessary. I also have to apologise on behalf of my party for the differences we have among ourselves that are seen as factional and often frustrates the public. Yet we trying our best to resolve it now for the sake of Malaysians, because not doing it now will certainly condemn us to the same experience of Pakatan in Kedah. We learn the lesson bitterly that differences must be managed early because the party always has to be whole to face Umno. The game-changing Kajang Move Throughout the last few days, I reassured myself that it was Churchill who chose to be unpopular and remained a minority voice of alarm against the advancing Nazis till the end despite a public popularity to appease the Nazis. An the height of Nazi’s power, Churchill stood alone when every one else in Europe bowed to Hitler. The conviction of doing the right thing, in the face of extreme criticism and public anger, remains a yardstick of what an honest leadership is. I thank the top leadership of Pakatan who understand the necessity of doing this. I thank my comrades in the second leadership line up of Pakatan who have given the moral and political support for us to proceed. I hope that one day when we are in Putrajaya, we can look back to the difficult days of what will be called the “Kajang Move” as the game changer in our quest for Putrajaya. I honestly hope that it will our defining moments that allow us one step closer to Putrajaya. Rafizi Ramli Director of Strategies |
Kenyataan Media Ketua Wanita PKR Selangor Posted: 28 Jan 2014 05:20 PM PST Kenyataan Media Ketua Wanita Selangor Parti Keadilan Rakyat, Yang Berhormat Puan Hajah Rodziah binti Ismail 29 Januari 2014 Mengekalkan Kemenangan di Kajang Wanita Parti Keadilan Selangor akan memberikan sepenuh sokongan dan mobilisasi jentera pilihan rayanya bagi mengekalkan kemenangan Pakatan Rakyat untuk pilihan raya kecil di N25 Kajang nanti. Pergolakan politik sentiasa menjadi cabaran dan lumrah untuk diatasi oleh para ahli politik. Yang penting ialah memastikan bahawa kita tidak dikalahkan oleh sebarang unsur yang ingin menggagalkan agenda reformasi. Parti Keadilan Rakyat adalah parti termuda di kalangan Pakatan Rakyat. Setiap yang menginginkan yang terbaik akan melalui beberapa proses dan cabaran. Pimpinan Parti Keadilan Rakyat yang mendokong dan menginginkan reformasi itu menjadi kenyataan akan meneruskan usaha yang diperlukan bagi merealisasikannya. Lumrah juga dalam arena politik bahawa lawan akan menggunakan apa saja untuk memusnahkan apa yang ada di dalam genggaman kita. Tidak kurang juga mereka yang menangguk di air keruh, sering mengambil kesempatan dalam setiap krisis dan kekurangan. Wanita Parti Keadilan Rakyat Negeri Selangor menyeru anggota parti dan rakyat fokus hanya terhadap meraih kemenangan bagi Dato’ Seri Anwar Ibrahim di N25 Kajang. Reformasi! Membujur lalu, melintang patah. Rodziah Ismail |
You are subscribed to email updates from Kerabu Bersuara To stop receiving these emails, you may unsubscribe now. | Email delivery powered by Google |
Google Inc., 20 West Kinzie, Chicago IL USA 60610 |
Tiada ulasan:
Catat Ulasan