Sabtu, 11 Januari 2014

Kerabu Bersuara ®

Kerabu Bersuara ®


Pesawat Cessna hilang ditemui, semua penumpang selamat

Posted: 10 Jan 2014 04:20 PM PST

KUALA LUMPUR: Pesawat ringan jenis Cessna yang dilaporkan hilang di sekitar kawasan Ampangan Batu dekat Batu Caves pada petang semalam telah dijumpai kira-kira pukul 5 pagi ini.

Tiga individu yang berada dalam pesawat itu turut dilaporkan selamat dan usaha mengeluarkan pesawat berkenaan sedang giat dijalankan.

Operasi mencari dan menyelamat yang dihentikan jam 9 malam tadi sepatutnya disambung semula 7 pagi ini di mana operasi tertumpu di sekitar Rawang dan Gombak membabitkan gerakan di darat dan udara.

Pesawat berkenaan dilaporkan hilang kira-kira pukul 6 petang semalam selepas terputus hubungan dengan menara kawalan.

Operasi mencari dan menyelamat kemudian digerakkan oleh pasukan bomba dan polis kira-kira tiga jam selepas pesawat berkenaan tidak kembali ke pangkalan, lapor New Straits Times.

Pesawat milik Kelab Penerbangan Diraja Selangor itu dilaporkan berlepas dari pangkalan Tentera Udara Diraja Malaysia (TUDM) di Subang kira-kira pukul 5.20 petang


Read more at: http://www.astroawani.com/news/show/pesawat-cessna-hilang-ditemui-semua-penumpang-selamat-28136?cp

Tiada ulasan: