DIALOG RAKYAT |
- Putrajaya rancak kempen hidupkan semula ISA
- Cadangan laksana semula ISA terletak di tangan kerajaan, kata Peguam Negara
- Pandangan lain mengenai tindakan JAIS terhadap Kristian
- Kes Altantuya: Hukuman harus diteruskan tanpa keterangan Musa Safri, kata Putrajaya
- Buka mulut luas-luas, nak tengok lidah didalamnya jenis apa
- Kalau Tukar Kerajaan Tidak Jamin Harga Turun, Tentulah Jawapannya Tukar PM...
- Najib jadikan negara kalut, rakyat marhaen ikat perut
- Cessna terhempas, tiga cedera, dua parah
- Perkenal kembali ISA orang habis modal – TG Nik Aziz
- Pelaburan di Pulau Pinang meningkat 100 peratus
- Sekali lagi Zahid Hamidi, Utusan disaman fitnah
- Masih bergunakah Perdana Menteri kepada kita?
- AAB: 'Titah sultan tak relevan pada kepercayaan bukan Islam'
- S'gor beku kenaikan gaji MB, exco
- PAS: Holy Water tak akan tukar Muslim jadi Kristian
- Setiap kenaikan bebankan rakyat, Najib faham tak?
- Penduduk Berhimpun Bantah Pembinaan Gereja di Tanjung Karang
- Rampasan Bible : NGO Selangor Berkumpul Sokong Tindakan JAIS
- Berpantang maut sebelum ajal
- 20 SJKT perlu dipindahkan
- Dr Maszlee: Menteri pun kena ‘ikat perut’
Putrajaya rancak kempen hidupkan semula ISA Posted: 11 Jan 2014 04:56 AM PST Putrajaya dipercayai sedang berkempen untuk menghidupkan semula Akta Keselamatan Dalam Negeri (ISA) apabila ketua polis negara, timbalan menteri dalam negeri dan akhbar Umno Utusan Malaysia melahirkan hasrat agar ia dihidupkan semula secara serentak. Ketika Tan Sri Khalid Abu Bakar berharap agar ISA dihidupkan semula, akhbar Umno pula menyokong agar ia dikembalikan manakala timbalan menteri KDN berkata, Sosma yang rangka untuk menggantikan ISA tidak bertaring. Utusan Malaysia hari ini menyokong supaya ISA dikembalikan semula kerana pemansuhannya menyebabkan keharmonian kaum dan agama di negara tergugat. Penulis ruangan kolum Awang Selamat, berkata cadangan tersebut akan menimbulkan kemarahan di kalangan pejuang hak asasi manusia. "Awang yakin kenyataan ini pasti akan menimbulkan kemarahan mereka yang kononnya memperjuangkan hak asasi manusia. "Takut-takut kedua kenyataan ini akan mendorong kerajaan mengkaji semula pemansuhan ISA," kata Awang Selamat hari ini. Awang Selamat berkata, pemansuhan undang-undang tahanan tanpa bicara tersebut sebagai punca keharmonian kaum dan agama di dalam negara tergugat oleh tangan-tangan yang tidak bertanggungjawab. "Namun kita harus akui bahawa tanpa ISA, pelbagai insiden berlaku sehingga menggugat keharmonian kaum dan agama di negara ini," katanya. Katanya, ketiadaan undang-undang ISA menyebabkan sesetengah pihak mengambil kesempatan untuk membangkitkan isu sensitif yang tidak pernah dibangkitkan ketika undang-undang tersebut masih berkuatkuasa. "Pemansuhan ISA diambil kesempatan oleh golongan tertentu untuk membangkitkan isu yang satu ketika dahulu takut mereka sentuh. "Ini termasuklah perkara yang sudah termaktub dalam Perlembagaan seperti kedudukan orang Melayu dan agama Islam," katanya. Awang Selamat turut memberi amaran supaya mana-mana pihak tidak lagi memainkan isu sensitif yang menyentuh orang Melayu dan agama Islam sekirannya tidak mahu ISA dikembalikan semula. "Kalau tidak mahu ISA diwujudkan semula, maka belajarlah menghormati apa yang termaktub dalam undang-undang dan Perlembagaan negara. "Janganlah melakukan tindakan yang boleh mengundang petaka," katanya. Akta tahanan tanpa bicara, ISA dimansuhkan oleh Perdana Menteri, Datuk Seri Mohd Najib Razak pada 2011 bagi digantikan dengan undang-undang baru yang lebih bersesuaian dengan hak asasi manusia. Ia digantikan dengan Akta Kesalahan Keselamatan (Langkah-langkah Khas) Sosma yang diwartakan pada 2012. Sementara itu, Timbalan Menteri Dalam Negeri, Datuk Wan Junaidi Tuanku Jaafar dalam mengulas isu sama mengakui Sosma tiada taring kerana tiada memiliki kuasa setanding dengan ISA. "Tetapi malangnya, segelintir rakyat Malaysia yang diterajui oleh pihak tertentu tetap mahu melakukan perkara tidak matang termasuk membuat bantahan di jalanan sekali gus membelakangi aspirasi yang dibawa Sosma. "Disebabkan tiada kuasa seperti ISA, Sosma tidak mempunyai taring," katanya yang dipetik dalam Utusan Malaysia mengulas tentang cadangan agar ISA dikembalikan semula. Cadangan agar ISA dikembalikan semula disuarakan oleh bekas perdana menteri, Tun Dr Mahathir Mohamad baru-baru ini yang mahu pihak ekstrem untuk menjatuhkan kerajaan supaya diberikan kesedaran. "Saya faham apa yang dikatakan oleh Tun Dr Mahathir tetapi perkara ini masih terpulang kepada kerajaan kepimpinan perdana menteri, Najib," kata Wan Junaidi. Sementara itu, Ketua Polis Negara, Tan Sri Khalid Abu Bakar juga senada dengan menyokong cadangan untuk mengembalikan semula ISA. "Ya, Akta Kesalahan Keselamatan (Langkah-Langkah Khas) 2012 (Sosma) mencukupi tetapi apa salahnya ISA?" "Kedua-dua undang-undang itu sesuai dengan sebab tertentu. Apa sahaja undang-undang diperkenalkan yang membantu saya dalam keselamatan dalam negeri dan orang awam, saya alu-alukan," katanya. Pada 5 Januari baru-baru ini, enam tahanan ISA terakhir di kem tersebut dibebaskan berikutan pemansuhan akta itu dan digantikan dengan penguatkuasaan Sosma. Ia sekaligus menyaksikan berakhirnya undang-undang tanpa bicara yang diperkenalkan pada 1969. Akta ISA menerima kritikan kerana digunakan secara konsisten terhadap mereka yang mengkritik kerajaan selain tidak berlandaskan kepada asasi manusia. Pelbagai usaha dan cara digerakkan oleh rakyat dan kumpulan sivil untuk memansuhkan ISA dan menutup kem tahanan ini, antaranya penubuhan Gerakan Mansuhkan ISA (GMI) di samping mengadakan demonstrasi jalanan dan kempen lain bagi membantah akta tersebut. | ||
Cadangan laksana semula ISA terletak di tangan kerajaan, kata Peguam Negara Posted: 11 Jan 2014 04:53 AM PST Peguam Negara Tan Sri Abdul Gani Patail (gambar) berkata keputusan sama ada untuk melaksanakan semula Akta Keselamatan Dalam Negeri (ISA) terletak di tangan kerajaan. "Itu adalah urusan kerajaan, kerajaan harus memutuskan sama ada ia (ISA) dilaksanakan semula atau tidak," katanya kepada pemberita selepas menghadiri Perasmian Tahun Perundangan 2014 di Putrajaya hari ini. Sebelum ini, bekas perdana menteri Tun Dr Mahathir Mohamad mencadangkan pelaksanaan semula ISA bagi menangani tindakan puak ekstremis minoriti yang menjejas kestabilan negara. Dr Mahathir menyifatkan segelintir puak pelampau ini sebagai kumpulan yang tidak matang dan sanggup mengeluarkan kenyataan menyakitkan hati yang mengganggu keharmonian dan sensitiviti kaum-kaum di negara ini. Turut menyokong cadangan itu Ketua Polis Negara Tan Sri Khalid Abu Bakar yang menyifatkan ia perlu bagi memastikan keselamatan dan ketenteraman awam negara dapat dikekalkan. - Bernama | ||
Pandangan lain mengenai tindakan JAIS terhadap Kristian Posted: 11 Jan 2014 04:43 AM PST MSO Tindakan Jabatan Agama Islam Selangor (JAIS) menyerbu dan merampas kitab Bible dalam bahasa Melayu di pejabat Persatuan Bible Malaysia (PBM) di Damansara Kim menjadi isu hangat di awal Januari ini. Berbagai pihak memberi pandangan pro dan kontra mengenainya. Ada yang menyokong tindakan Jais itu sebagai tepat dan mengikut peraturan. Ada sebaliknya menyatakan kekesalan kerana ia sebagai pencabulan hak asasi dan kebebasan beragama yang dibenarkan menurut Perlembagaan. JAIS sendiri mempertahankan tindakannya berdasarkan enakmen yang sedia ada yang digubal pada tahun 1988, iaitu Enakmen Agama Bukan Islam Selangor (Kawalan Penyebaran Kepada Umat Islam). Isu itu menjadi makin panas apabila ada wakil rakyat DAP mencandangkan agar enakmen yang sedia itu dipinda. Cadangan itu disifatkan sebagai gopoh oleh ketua pembangkang Anwar Ibrahim. Cadangan sebegitu seperti sengaja mencurahkan api ke atas minyak dan bukan bijaksana. Seharusnya wakil rakyat DAP memerhati sahaja dan tidak mudah melatah kerana ia boleh memborakkan keadaan. Memerhati kepada apa yang berlaku sedikit memelikan, apabila pihak kerajaan Selangor menyatakan mereka tidak diberi tahu mengenai serbuan berkenaan. Exco agama, Salehen Mukhyi menyatakan beliau tidak dimaklumkan. Keadaan ini menyebabkan tindakan itu diterjemahkan ianya dibuat atas pandai-pandai JAIS tanpa mendapat restu atau pemakluman kepada kerajaan Selangor sebagai pihak berkuasa. Sikap tidak berhemah atau tidak mengikut standard operasi itu menyebabkan ada kalangan beranggapan tindakan JAIS itu mengikut telunjuk kerajaan Umno-BN, bukan dari arahan kerajaan Selangor yang sepatutnya lebih tepat dirujuk. Atas apa yang berlaku tentulah pihak Kristian kecewa dan marah. Ia dianggap sebagai satu pengkhianatan dan pencabulan. Kita tidak fikir mereka sengaja melakukan (menyimpan Bible berbahasa Melayu) tanpa mengetahui hujung jatuhnya. Ini kerana sebelum itu sultan Selangor sudah memberi nasihat keras agar kalimah Allah tidak dibenarkan digunakan di gereja di Selangor. Sepatunya pihak persatuan itu maklum dan mendengar nasihat itu. Namun di sini saya tidak mahu memihak kepada mana-mana pihak, tetapi apa yang ingin disuluh apakah tujuan dan motif serbuan itu dibuat. Sejauh mana ia benar untuk membendung pengaruh Kristian di kalangan orang Islam seperti mana didakwa serta dibimbangi oleh sesetengah pihak. Ini perkara perlu dihalusi. Rampasan kitab-kitab Bible berbagai versi dalam bahasa Melayu itu boleh dielakkan, dan ia tidak menjadi isu kalau kedua-dua pihak bersikap terbuka, profesional dan saling hormati menghormati dan tahu tanggungjawab dan peranan masing-masing. JAIS boleh bertindak sekiranya enakmen itu memberi jalan dan ruang betul berbuat begitu. Apakah Jais atau mana-mana penguatkuasa ada hak untuk memasuki ke sesebuah premis agama lain tanpa kebenaran? Tetapi tindakan itu akan dipertikaikan kalau ia bercanggah dengan perlembagaan Persekutuan yang merupakan ibu dalam segala rujukkan dan percedent dalam apa juga hal selama ini. Menjadi musykil pula apabila orang Islam sendiri beranggapan cara JAIS itu sebagai memalukan Islam kerana membelakangkan sikap toleransi. Begitu juga pihak Kristian boleh bantu meredakan keadaan kalau sesetengah dari penganutnya yang berkedudukan tidak perlu lantang dalam menyuarakan hak-hak mereka dari segi perundangan. Contohnya tidak perlu pengarang majalah mingguan Kristian, Herald menyatakan ketegasan untuk tetap menggunakan kalimah Allah secara umum. Kalau pun mereka ingin menggunakannya, tetapi tidak perlu disebut secara terang-terangan kerana ia boleh membakar jiwa orang lain. Di sini ada benarnya kata Dr Mahathir Mohamad, Kristian tidak akan kurang apa-apa kalau mereka tidak menggunakan kalimah Allah. Tetapi disebabkan kedua-dua kurang cermat dan tidak bijak maka meletuslah isu rampasan itu sehinggakan memberikan tanggapan buruk kepada pihak JAIS dan menjadikan umat Islam lain yang menerima kalimah Allah itu hanya mutlak untuk mereka saja marah kepada tindak tanduk sesetengah individu Kristian yang mempertahankan hak mereka tanpa diplomasi dan pengertian itu. Baiklah di sini saya ingin menyuluh di sebalik tabir isu berkenaan. Apakah yang berlaku sebenarnya di sebalik kejadian itu? Jika dijelujuri kenapa JAIS berani bertindak walaupun ia sudah merasakan tindakannya akan menimbulkan masalah, saya bersetuju dengan anggapan tindakan itu adalah atas kehendak kerajaan UBN. Mustahil Bukit Aman tidak mengetahu tindakan JAIS itu. Zahid Hamidi walaupun ketika itu tidak berada dalam negara, namun sebagai menteri KDN beliau mesti tahu. Saya bersetuju dengan tanggapan bahawsa kerajaan UBN memberi restu atas apa yang berlaku. Penarikan balik hasrat Umno untuk membantah secara besar-besaran ke atas kebiadaban pihak Kristian menampakkan ada sandiwara di sebalik isu itu. Kenapa ditarik balik untuk berdemon di hadapan gereja? Mungkin kerana Umno dapat merasai tindakan itu banyak memberi keburukan daripada kebaikan. Tiba-tiba sahaja Pengerusi Umno Selangor, Noh Omar mengumumkan pelarangan untuk Umno berdemonstrasi. Lantaran itu semacam ada agenda dan perancangan tertentu di sebalik penyerbuan dan rampasan kitab-kitab itu. Ia seolah-olah senagaja dilakukan untuk menimbulkan keadaan tegang di kalangan penganut Kristian dan Islam. Motif jauh disebalik agenda itu adalah kerana ada agenda lain yang lebih penting dan utama. Yang mungkin diramalkan di sini berdasarkan kepada kemunasabahan dan ketempangan kejadian itu, apakah kerajaan UBN pimpinan Najib Razak mahu mencetuskan keadaan tidak tenteram dari tindakan Jais itu. Apa diharap daripada suasana itu kemudiannya akan wujud persefahaman di antara aliran agama Islam yang dipisah menerusi parti politik di negara ini. Orang Islam dalam Umno akan bergabung dengan orang Islam dalam Pas bagi menghadapi kemelut itu yang akan dicapturekan sebagai masalah bersama. Apakah inilah yang diharapkan. Fahamlah bila disebut orang Islam didalam Umno dan orang Islam didalam Pas. Boleh jadi Najib sudah membaca situsi dirinya yang dalam bahaya waktu ini. Pengaruh dan keyakinan rakyat terhadap Najib dan Umno makin menirus dan bakal berhadapan dengan ancaman rakyat secara menyeluruh. Makanya sesuatu perlu dibuat bagi memulihkan kekuatan dirinya dan juga Umno. Semua orang tahu hari ini Najib dan Umno diserang oleh rakyat dengan pelbagai isu baik yang baru maupun isu yang belum selesai. Kenaikan harga barang dan kos sara hidup adalah ancaman baru yang bakal memporak perandakan Najib. Isu-isu sosial, ekonomi, jenayah masih belum ada tanda-tanda untuk berkurangan. Kejadian tembak menembak berlaku hampir setiap hari. Kekurangan jenayah hanya dapat dilihat dalam media PB menerusi kenyataan menteri dan ketua polis, tetapi realitinya tidak. Justeru kerana sudah membaca ancaman dan serangan itu boleh mengugatkan kedudukannya, maka satu makenisme perlu dicari untuk menyelamatkan keadaan. Salah satu cara ialah dengan 'merekayasakan' kedaan agar timbul perbalahan dan ketegangan antara kaum dan fahaman agama dengan harapan penyatuan atas nama agama boleh berlaku kelak. Boleh jadi Najib tidak tahu palanning untuk menyelamatkan Umno dan dirinya itu. Ianya dikerjakan oleh pasukan khas. Tetapi melihat kepada sikap Najib yang tidak begitu bimbang dalam mengulas kejadian itu semacam dia sudah faham dengan apa yang berlaku dan hanya pura-pura tidak tahu. Persoalanya apakah agenda itu, penyatuan orang Islam Pas dan orang Islam Umno dan orang Islam dalam PKR dan mana-mana akan berlaku? Penyatuan atau kerjasama dari sudut mana sekalipun perlu dibuat dengan keikhlasan dan penuh kejujuran. Kalau ia dibuat atas motif dan tujuan-tujuan tertentu bersifat kepentingan diri, penyatuan diharapkan itu tidak akan berlaku. Kalaulah tindakan Jais itu merupakan agenda ke arah itu, ia tidak akan berjaya kerana ia dibuat berdasarkan matlamat menghalalkan cara, dan bukan secara nature. Tindakan Jais itu merosakkan nama baiknya saja. Orang Islam Pas tidak akan mudah untuk menerima ajakan Umno menerusi planning itu kerana mereka sudah ada pengalaman bagaimana mereka dipermain-mainkan. Adalah payah bagi orang Pas untuk terjun ke dalam lubang yang sama sekali lagi, melainkan di dalam lubang itu menyediakan ganjaran besar untuk mereka. Sebaik-baiknya kalau Najib untuk menyelamatkan diri dan maruah dari situasi yang berlaku hari ini, lepaslah jawatan perdana menteri, tiru langkah Abdullah Ahmad Badawi. Sesungguhnya musim-musim indah berbulan madu bagi Najib sudah tiada lagi | ||
Kes Altantuya: Hukuman harus diteruskan tanpa keterangan Musa Safri, kata Putrajaya Posted: 11 Jan 2014 04:40 AM PST Walaupun tanpa keterangan pembantu Datuk Seri Najib Razak, Mahkamah Rayuan harus tetap menjalankan hukuman kepada dua komando polis terhadap pembunuhan peragawati warga Mongolia, Altantuya Shaariibuu. Dalam rayuan Putrajaya ke atas sabitan dua pegawai polis itu, pembantu Najib, DSP Musa Safri tidak diperlukan di mahkamah untuk memberikan keterangan kerana beliau bukan orang terpenting dalam kes ini. Dalam petisyen rayuan yang difailkan pada 3 Januari, peguam negara menyenaraikan enam sebab mengapa ketiga-tiga Hakim Mahkamah Rayuan itu bersalah daripada segi undang-undang dan fakta bagi membenarkan anggota polis itu bebas daripada hukuman gantung. Dakwaan dalam petisyen mengatakan walaupun tanpa Musa, semua keterangan dakwaan itu dibuat sewaktu perbicaraan mahkamah. Mahkamah Rayuan pada 23 Julai tahun lalu memutuskan bahawa kegagalan pendakwa untuk memanggil Musa melemahkan kes Putrajaya terhadap dua pegawai polis itu. Timbalan Pendakwa Raya, Manoj Kurup berkata, Mahkamah Rayuan memutuskan kes harus ditarik balik kerana kegagalan untuk memanggil Musa bagi memberi keterangan. Manoj berkata, afidavit bagi penganalisis politik, Abdul Razak Baginda mendedahkan atas sebab inginkan ikat jamin, peranan Musa hanya setakat memperkenalkan beliau kepada ketua polis Bricksfield. "Setelah itu, Musa tidak mempunyai sebarang peranan untuk dipanggil sebagai saksi. Tambahan lagi, Azilah memberitahu mahkamah bahawa sebarang tindakan atau keputusan adalah kehendak beliau sendiri. "Sedangkan Sirul sendiri yang memberikan kenyataan di mahkamah berkata bahawa Musa tidak ada kaitan mahupun memberikan sebarang arahan," kata Manoj dalam petisyen rayuan sepanjang 10 muka surat itu. Ketua Inspektor Azilah Hadri dan Korporal Sirul Azhar Umar dibebaskan selepas rayuan mereka terhadap keputusan hukuman Mahkamah Tinggi diluluskan oleh Mahkamah Rayuan. Dua pegawai polis yang sebelum ini bertugas di Unit Tindakan Khas (UTK) itu didapati bersalah atas tuduhan membunuh Altantuya pada 2006. Razak, yang merupakan kekasih Altantuya dibebaskan oleh Mahkamah Tinggi pada 2009 atas sebab subahat tanpa dipanggil membela diri. Namun, ketika perbicaraan berlangsung, mahkamah diberitahu bahawa Razak yang menjadi rakan Najib, meminta pertolongan Musa kerana sudah tidak tahan dengan gangguan daripada Altantuya. Manoj berkata, sebab kedua adalah mahkamah rayuan tersalah faham apabila para hakim menekankan bahawa nota hakim perbicaraan tidak membincangkan sama ada tertuduh mempunyai niat yang sama untuk membunuh. "Mahkamah Rayuan menganggap tiada rancangan awal daripada tertuduh oleh kerana hakim perbicaraan tidak membuat analisis mendalam mengenai perkara itu," katanya. Manoj berkata, sebab ketiga ialah Azilah memberikan notis membuktikan beliau tidak berada di tempat jenayah menjadikan rayuan mahkamah memindahkan beban kepada bukti dakwaan. Dalam pembelaannya Azilah berkata, beliau ketika itu berada di Bukit Aman dan hujah pendakwa adalah pembela harus membawa saksi untuk menyokong alibi. Manoj berkata, catatan dalam buku diari masuk bukan merupakan bukti bahawa Azilah berada di Bukit Aman. Katanya, sebab keempat ialah Mahkamah Rayuan juga tersilap ketika menolak ketepatan rakaman panggilan telefon yang dikemukakan saksi daripada syarikat telefon bimbit. Dalam Mahkamah Tinggi, pihak pendakwa menyerahkan bukti catatan tarikh untuk membuktikan pergerakan Azilah pada malam pembunuhan. Bagaimanapun, pembela berkata bukti tersebut harus ditolak atas sebab ia diubah suai lantas keaslian data tersebut menjadi tanda tanya. Manoj berkata, sebab kelima ialah menyentuh informasi yang diberikan kedua-dua tertuduh yang menyebabkan penemuan polis kepada barangan milik Altantuya dan tempat sebenar jenayah itu dilakukan. Pendakwa berkata, informasi diberikan daripada kedua-dua yang dituduh secara sukarela manakala pihak pembela pula berkata polis sudah mendapat tahu informasi itu terlebih dahulu dan membawa Azilah dan Sirul ke tempat jenayah hanyalah sebuah 'drama'. Manoj berkata, sebab keenam adalah kerana mahkamah rayuan tidak mempertimbangkan bahawa Sirul memiliki bahan letupan jenis C4 yang beliau boleh perolehi dari tempat kerja. Katanya, bukti yang dikumpulkan serta laporan pakar patologi yang mengatakan mangsa mati kerana letupan membuktikan Sirul memiliki bahan letupan itu. Peguam utama Sirul, Datuk Hazman Ahmad, berkata Mahkamah Persekutuan akan menetapkan tarikh rayuan melalui pengurusan kes. Bagi memastikan penyelesaian kes yang cepat di Mahkamah Persekutuan, Ketua Hakim Negara, Tun Arifin Zakaria, berkata rayuan penjenayah akan dilakukan tiga bulan selepas laporan rayuan lengkap diterima. Azilah dan Sirul didakwa membunuh Altantuya di Mukim Bukit Raja, Shah Alam di antara jam 10 malam pada 19 Oktober sehingga 1 pagi pada 20 Oktober 2006 sementara Razak pula didakwa atas tuduhan bersubahat. Razak dibebaskan oleh Mahkamah Tinggi pada Oktober 2008 selepas pendakwa gagal membuktikan kes prima facie terhadap beliau. Enam bulan kemudian, Azilah dan Sirul dijatuhkan hukuman mati namun pada 23 Ogos 2009, sebelum Mahkamah Rayuan membenarkan rayuan mereka dan membebaskan mereka atas sebab kekurangan bukti. - | ||
Buka mulut luas-luas, nak tengok lidah didalamnya jenis apa Posted: 11 Jan 2014 02:26 AM PST Sementara tahun 2014 ini masih baru kita perlu menyingkap kejadian-kejadian pada tahun lepas dan apa yang berbezanya diantara 2014 dengan tahun sebelumnya. Jika dihimpun dan dibariskan perkara dan isu yang perlu ditangani, ia tidak terkira dan dibariskan lagi. Isu yang timbul terlalu banyak dan kita sudah berkeyakinan yang segala isu terhadap kerajaan sekarang tidak akan selesai kerana dalam kemunculan tahun yang baru ini banyak lagi isu-isu baru yang timbul. Isu lama tidak selesai ditambah pula dengan isu baru yang lain yang datang tanpa sekatan itu. Dihari pertama tahun baru sahaja timbul isu Najib hilang dari tanahair sejak Christmas dan hanya timbul kembali pada 5hb tahun baru ini. Rupa-rupanya beliau suami isteri ke Sydney dan selepas itu ke AS untuk merayakan tahun baru di kedua-dua tempat itu. Mereka menyambut dua tahun baru dan menyaksikan dua perayaan tahun baru di dua lokasi di dunia ini. Terlupa pula saya yang dunia ini bulat. Malam ini perayaan tahun baru di Australia dan malam besoknya adalah malam tahun baru di Barat AS kerana perbezaan waktu di antara kedua-dua lokasi itu. Kalau Mohd Sabu ada jet tentu beliau boleh melihat juga matahari tahun baru naik di dua lokasi. Selepas Mat Sabu melihat matahari tahun baru naik di Penang, beliau boleh terbang dan melihat pula matahari tahun baru di AS. Tetapi Mat Sabu hanya ada kemudahan naik Firefly sahaja dan tidak memungkinkan beliau sempat melihat matahari tahun baru naik di dua lokasi di dunia ini. Tidak ada satu pun janji-janji pilihanraya UMNO dan BN telah ditunaikan sejak memenangi pilihanraya yang lalu, malahan apa yang sebaliknya berlaku rakyat telah dihadapkan dengan masalah kepimpinan dan kerajaan itu sendiri. Rakyat tidak menyebabkan masalah-masalah itu. Kerajaan pimpinan hari ini yang bermasalah tetapi masih lagi duduk tercegat di Putrajaya itu semata-mata kerana memenangi sedikit lebih kerusi dalam PRU yang lalu. BN bernasib baik kerana semasa pilihanraya itu, rakyat masih lagi teragak-agak dan kurang keyakinan terhadap Perdana Menteri pilihan semasa itu. Pembangkang telah memaparkan pimpinan yang tidak 'viable' politiknya dan tidak diasaskan kepada perjuangan rakyat yang sebenar. Dengan penonjolan pimpinan 'alternative' oleh pihak pembangkang yang menjadi persoalan rakyat ramai maka UMNO dan BN telah mendapat keuntungan dalam pilihanraya itu. Rakyat belum lagi berkeyakinan yang pimpinan 'alternative' anjuran pembangkang itu boleh memberikan kelainan kepada negara. Hakikat tetap hakikat. Masalah negara kita bukan sahaja memilih siapa yang kita suka untuk mentadbir kita. Masalah negara ialah masalah kepimpinan yang mempunyai 'magnanimity'. Memilih ketua pembangkang bukan pemilihan orang yang mempunyai 'magnanimity'. Dalam kita hendak membetulkan negara yang sudah tidak dikenali lagi ini. Oleh kerana budaya politik negara kita ini 'winner takes all and loser looses all' tidak akan menjadikan negara kita ini aman seperti yang diimpikan rakyat. Selagi kita tidak membuat pencarian terhadap kepimpinan seperti ini rakyat boleh memberikan kuasa kepada pembangkang, negara tetap tidak berubah budaya politiknya dan masalah akan tetap wujud seperti yang kita alami sekarang. Contohnya yang menggantikan itu tidak akan dapat menyelesaikan masalah perkauman kerana isu 'multiracialism' itu hanya retorik politik yang sudah terlalu biasa kita dengar dan tidak sedikit pun dibuktikan oleh parti itu. Rakyat jangan sekali-kali ditipu dan dimuslihatkan dengan isu keperbilangan kaum itu kerana ia hanyalah isu pilihanraya semata-mata yang tidak akan terbukti kebenarannya. Kita elakkan memilih pelakon-pelakon handalan untuk memilih kepimpinan negara semata-mata kerana kepimpinan sekarang begitu jahil dan tidak semenggah ini. Dalam keadaan sekarang kedua-dua belah pihak telah terbukti berbohong semata-mata untuk mengambil hati dihari mengundi. Ramai percaya yang wujud sejumlah 40000 orang Bangladesh yang telah dibawa masuk untuk mengundi oleh Ketua Pembangkang, tetapi akhirnya beliau menafikan berkata demikian sedangkan kita telah mendengar sendiri tuduhan itu dibuat secara terbuka.. Kita sudah letih dan jemu ditipu dan dibohongi oleh pimpinan utama UMNO, takkan lah pula kita hendak memilh orang yang sama-sama berbohong dan tidak mengakui pula pembohongan secara terbuka pembangkang itu. 'Once a liar he or she remains a liar, and forever'. Kita mahukan kepimpinan yang mempunyai kredibiti peribadi yang boleh memperbaiki keadaan kita yang tidak mempunyai kepimpinan lagi ini. Kita mahukan pemimpin yang tidak mempunyai kecenderungan untuk memberikan perhatian kepada kehendak kaum keluarga mereka baik dari parti mana sekali pun. Pemimpin yang mempunyai kecenderungan untuk mengutamakan kepentingan peribadi dan kaum keluarganya, mereka tidak akan membuat keputusan dengan baik dan sempurna. Keputusan pemimpin seperti ini tidak akan tepat dan betul kerana setiap keputusan itu mesti diselitkan kepentingan anak bini dan kaum keluarga mereka, atau setidak-tidaknya untuk kroni-kroni belaan mereka. Itu sebabnya buat masa sekarang ini, dalam kita melakukan 'soul searching' ini elok pula kita memilih untuk memberikan kepercayaan kepada pemimpin yang tidak ada anak untuk diturunkan warisan kuasa samada dalam politik atau kerajaan. Di antara pembangkang dan kerajaan sekarang, 'seorang memanjat tiang dan satu lagi memanjat bendul'. Susah hendak dicari perbezaannya. Najib dan Anwar jika ada kesempatan, berbarislah dan bukalah mulut seluas yang mungkin, sebab hendak tengok lidah di dalamnya itu lidah jenis apa.... | ||
Kalau Tukar Kerajaan Tidak Jamin Harga Turun, Tentulah Jawapannya Tukar PM... Posted: 11 Jan 2014 02:11 AM PST Ahli Parlimen Pulai yang juga Pengerusi Jawatankuasa Kira-Kira Wang Negara, Nur Jazlan Mohamed telah bertindak dengan sewajarnya ketika berhujah mengenai kenaikan harga barang dalam forum anjuran Sinar Harian, semalam. Atas kapasitinya sebagai pemimpin UMNO dan BN, walaupun agak lantang dan banyak mengkritik kerajaan sejak kebelakangan ini, beliau pada hakikatnya tidak lupa akan kedudukan dirinya yang sebenar. Di pentas forum yang turut dihadiri oleh Rafizi Ramli daripada PKR dan seorang pensyarah, Prof Dr Amir Husin Baharuddin itu, ramai yang mengharapkan Nur Jazlan kekal mengkritik kerajaan berhubung beberapa langkah yang menyebabkan kenaikan harga barang ini sebagaimana beberapa kenyaaannya sebelum ini. Malah, mungkin ramai yang turut mengharapkan beliau akan mengkritik cara kepimpinan Najib secara lebih khusus dan keras. Namun, Nur Jazlan pada hakikatnya telah menunjukkan kewarasan dan kematangannnya sebagai pemimpin. Dalam kenaikan harga barang ini, beliau berkata, pertukaran kerajaan bukanlah penyelesaiannya dan ia tidak menjamin harga akan turun kerana kerajaan telah menangguhkan kenaikan itu sejak sekian lama. Apa yang sepatutnya dilakukan olah kerajaan, menurut Nur Jazlan ialah kerajaan bersifat telus dan memberitahu hakikat sebenar mengenai kenaikan yang mahu dilakukan, termasuk mengumumkan apa kenaikan yang akan dilakukan pada tahun 2014, 2015 dan seterusnya supaya rakyat dapat bersedia dengan perubahan harga itu. Dalam beliau mengkritik cara kerajaan bertindak, beliau tetap mempertahankan bahawa pertukaran kerajaan bukanlah penyelesaiannya. Sebagai pemimpin UMNO dan BN, memanglah hak dan kewajarannya bercakap demikian walaupun dalam manifesto dan Buku Jingga yang dibentangkan oleh PR kepada rakyat sebelum PRU 13 lalu terdapat beberapa idea cemerlang dari segi mengurangkan beban hidup rakyat seperti pendidikan percuma, penurunan harga kereta menerusi penghapusan AP dan sebagainya. Bagi sesetengah pihak, tidak salah memberi peluang kepada PR memerintah negara ini berdasarkan idea-idea dan keprihatinan mereka yang tinggi dalam membela rakyat dan pada hakikatnya kesungguhan ke arah itu telah pun ditunjukkan melalui perolehan undi popular sebanyak 51 peratus berbanding BN yang cuma 47 peratus. Apa yang menyelamatkan BN hanyalah sistem pilihanraya yang diamalkan di negara ini. Selepas pilihanraya dan dengan kedudukan yang kekal rapuh disisi rakyat, tindakan kerajaan menaikkan harga minyak, menghapuskan subsidi gula, membenarkan kenaikan tarif letrik dan sebagainya telah menyebabkan berlakunya rantaian peningkatan dalam banyak harga barang, sekaligus menyebabkan kos sara hidup menjadi semakin mahal. Dalam masa yang sama, kemewahan dan pemborosan pemimpin, terutamanya Perdana Menteri tidak pernah berubah. Kecintaan kepada gaya hidup mewah, memiliki barang-barang mahal, jamuan dan perjalanan dengan kos yang tinggi, terus juga bermaharajalela. Seruan berjimat, mengikat perut dan berubah hanyalah ditujukan kepada rakyat marhaen tetapi tidak kepada diri mereka sendiri. Secara nyatanya, kelemahan kerajaan sekarang adalah berpunca daripada kelemahan yang ada pada Najib sebagai Perdana Menteri. Beliau telah gagal melonjakkan ekonomi dan menambah pendapatan negara sehingga yang terfikir di kepalanya untuk mengelakkan kewangan negara terus merudum ialah dengan menaikkan cukai, menghapuskan subsidi dan mengambil lebih banyak wang daripada poket rakyat. Tetapi oleh kerana pendapatan negara tidak diseimbangkan dengan kemewahan dan pemborosn, dalam masa yang sama hutang negara terus juga meningkat. Ketika Najib mengambil alih kepimpinan pada 2009, hutang negara hanyalah RM362 bilion tetapi kini telah meningkat sekali ganda menghampiri RM600 bilion. Di samping kedudukan ekonomi makin merudum dan gagal dipertingkatkan, kelemahan kepimpinan Najib juga telah menyumbang kepada munculnya pelbagai isu dan kekalutan dalam negara. Semua ini menambahkan lagi keresahan hidup seharian rakyat. Walaupun Nur Jazlan menyatakan pertukatan kerajaan tidak menjamin penurunan harga barang dan kenyataan itu lebih memperlihatkan kewajarannya dalam memberikan pendapat bersesuaian dengan kedudukannya sebagai pemimpin UMNO dan BN, namun secara tersiratnya beliau mungkin mahu berkata, pertukaran Perdana Menteri adalah penyelesaian yang munasabah untuk menurunkan harga barang. Ini kerana kenaikan kos sara hidup rakyat lebih berpunca daripada cara kepimpinan dan pendekatan yang digunakannya dalam mengurus ekonomi dan kerajaan. Kata-kata itu mungkin sudah ada dalam pemikiran Nur Jazlan, cuma tidak mampu diluahkannya pada forum tersebut. Tetapi beliau sebenarnya sedang berkongsi pemikiran itu dengan majoriti rakyat ketika ini. | ||
Najib jadikan negara kalut, rakyat marhaen ikat perut Posted: 11 Jan 2014 02:09 AM PST KUALA LUMPUR: Selepas pilihanraya dan dengan kedudukan yang kekal rapuh di sisi rakyat, tindakan kerajaan menaikkan harga minyak, menghapuskan subsidi gula, membenarkan kenaikan tarif elektrik dan sebagainya telah menyebabkan berlakunya rantaian peningkatan dalam banyak harga barang, sekaligus menyebabkan kos sara hidup menjadi semakin mahal. Dalam masa yang sama, kemewahan dan pemborosan pemimpin, terutamanya Perdana Menteri tidak pernah berubah, tulis Shahbudin Husin. Katanya, kecintaan kepada gaya hidup mewah, memiliki barang-barang mahal, jamuan dan perjalanan dengan kos yang tinggi, terus juga bermaharajalela. Baginya, seruan berjimat, mengikat perut dan berubah hanyalah ditujukan kepada rakyat marhaen tetapi tidak kepada diri mereka sendiri. Secara nyatanya, menurut beliau kelemahan kerajaan sekarang adalah berpunca daripada kelemahan yang ada pada Najib sebagai Perdana Menteri. "Beliau telah gagal melonjakkan ekonomi dan menambah pendapatan negara sehingga yang terfikir di kepalanya untuk mengelakkan kewangan negara terus merudum ialah dengan menaikkan cukai, menghapuskan subsidi dan mengambil lebih banyak wang daripada poket rakyat," tulisnnya lagi di dalam blognya, semalam. Tambahnya, tetapi oleh kerana pendapatan negara tidak diseimbangkan dengan kemewahan dan pemborosan, dalam masa yang sama hutang negara terus juga meningkat. Menurutnya, ketika Najib mengambil alih kepimpinan pada 2009, hutang negara hanyalah RM362 bilion tetapi kini telah meningkat sekali ganda menghampiri RM600 bilion. Di samping kedudukan ekonomi makin merudum dan gagal dipertingkatkan, kelemahan kepimpinan Najib juga telah menyumbang kepada munculnya pelbagai isu dan kekalutan dalam negara. | ||
Cessna terhempas, tiga cedera, dua parah Posted: 11 Jan 2014 02:04 AM PST MALAYSIAKINITiga individu yang menaiki pesawat Cessna 172 yang terhempas berhampiran Empangan Batu, Ulu Yam setelah dilapor hilang Jumaat petang ditemui selamat kira-kira jam 5 pagi ini.Ketua Polis Daerah Gombak ACP Abdul Rahim Abdullah yang mengesahkan perkara itu ketika dihubungi hari ini berkata ketiga-tiga mangsa itu ditemui dengan bantuan masyarakat Orang Asli di kawasan itu. Beliau berkata dua orang cedera parah manakala seorang lagi cedera ringan dan kesemua mereka dihantar ke Hospital Selayang pada pukul 7.45 pagi untuk rawatan. "Maklumat penuh mengenai mereka belum kami peroleh," katanya. Pesawat itu dilapor terputus hubungan dengan menara kawalan Jabatan Penerbangan Awam (DCA) ketika di kawasan Batu Caves kira-kira 5.15 petang semalam. Bagaimanapun juruterbang pesawat itu dari Kelab Penerbangan Diraja Selangor (KPDS) yang hanya dikenali sebagai Kapten Saiful dilapor berjaya menghubungi Tentera Udara Diraja Malaysia (TUDM) untuk memaklumkan lokasi, sebelum terputus panggilan dipercayai kehabisan bateri telefon. - Bernama | ||
Perkenal kembali ISA orang habis modal – TG Nik Aziz Posted: 11 Jan 2014 02:00 AM PST KUALA LUMPUR: Musyidul Am PAS, Tuan Guru Datuk Nik Abdul Aziz Nik Mat menyifatkan cadangan untuk memperkenalkan kembali Akta Keselamatan Dalam Negeri (ISA) ialah cadangan orang yang kehabisan modal untuk bercakap. "Bayangkan sendiri jika anda ataupun anak-anak ditangkap di bawah ISA tanpa diberikan ruang untuk membela diri, apa perasaan pada masa itu?" tanya beliau menerusi tulisan di facebook. Beliau menegaskan bahawa ISA ialah undang-undang kejam dan tidak bertamadun. Justeru, kata beliau, untuk menyelesaikan konflik, boleh gunakan saluran undang-undang yang ada. Jelasnya, Islam sendiri mengajar tiga kaedah perlu diambil apabila berlaku pertembungan; menyeru dan menjelaskan dengan berhikmah, menggunakan peringatan yang baik dan berdebat dengan menggunakan hujah. "Ini yang disyorkan oleh Islam. Jika segala ruang perbincangan telah digunakan, saluran undang-undang menjadi pilihan. Itupun melalui perbicaraan yang adil," ujarnya. Masalahnya, kata beliau ruang perbincangan tidak dibuka, perdebatan yang matang langsung tidak berlaku bahkan perbicaraan yang adil hanya tinggal mimpi sahaja, alih-alih ISA mahu digunakan. | ||
Pelaburan di Pulau Pinang meningkat 100 peratus Posted: 11 Jan 2014 01:58 AM PST GEORGE TOWN,: Pelaburan di Pulau Pinang meningkat 100 peratus dalam tempoh lima tahun iaitu RM36.1 bilion antara 2008 hingga 2012 berbanding tempoh yang sama antara 2003 dan 2007 hanya mencatat RM18.7 bilion. Ketua Menteri Pulau Pinang, Lim Guan Eng berkata, tempoh lima tahun adalah ukuran yang lebih tepat dan selaras bagi prestasi pelaburan daripada sekadar merujuk prestasi setahun atau sebulan. Beliau berkata, Pulau Pinang berada pada kedudukan teratas dalam carta pelaburan dalam tempoh antara 2010 dan Ogos 2013. "Saya tidak akan mengulas kenaikan harga petrol tetapi berdasarkan beberapa laporan akhbar menyatakan pelaburan di Pulau Pinang dalam keadaan kritikal, jelas bertujuan mengalihkan perhatian daripada kenaikan harga gula, petrol, tarif elektrik dan tol oleh kerajaan Persekutuan BN. "Hal ini berbeza dengan Kerajaan Negeri Pulau Pinang yang tidak mengenakan apa-apa peningkatan dalam tarif air, cukai tanah dan taksiran pada 2014," katanya dalam kenyataan media, hari ini. Guan Eng berkata, bagi rekod, beliau ingin merujuk kepada satu jawapan bertulis Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Razak kepada Ahli Parlimen DAP Kuching, Chong Chien Jen di Parlimen pada September tahun lalu. "Bagi tempoh 2010 hingga Ogos 2013, sejumlah 3,023 projek perkilangan dengan pelaburan berjumlah RM174.3 bilion diluluskan. Daripada jumlah itu, sebanyak RM102.9 bilion (59 peratus) adalah pelaburan asing, manakala RM71.3 bilion (41 peratus) adalah pelaburan tempatan. "Dalam tempoh yang sama, lima negeri mencatat jumlah pelaburan asing tertinggi adalah seperti berikut: • Pulau Pinang (RM19.7 bilion daripada 186 projek perkilangan). • Johor (RM16.7 bilion daripada 374 projek perkilangan). • Sarawak (RM15.6 bilion daripada 54 projek perkilangan). • Selangor (RM15 bilion daripada 439 projek perkilangan). • Kedah (RM8 bilion daripada 79 projek perkilangan). Bagi tempoh Januari hingga Ogos 2013 pula, sejumlah 463 projek perkilangan dengan pelaburan berjumlah RM29.9 bilion telah diluluskan. Daripada jumlah itu, RM18.8 bilion (62.9 peratus) adalah pelaburan asing, manakala RM11.1 bilion (37.1 peratus) pelaburan tempatan. Dalam tempoh itu, lima negeri mencatat jumlah pelaburan asing tertinggi iaitu: • Johor (RM6.6 bilion daripada 63 projek perkilangan). • Sarawak (RM4.2 bilion daripada 10 projek perkilangan). • Melaka (RM2.7 bilion daripada 10 projek perkilangan). • Selangor (RM1.1 bilion daripada 58 projek perkilangan). • Pulau Pinang (RM1 bilion daripada 28 projek perkilangan)."-Roketkini.com | ||
Sekali lagi Zahid Hamidi, Utusan disaman fitnah Posted: 11 Jan 2014 01:46 AM PST KUALA LUMPUR: Anggota Parlimen Petaling Jaya Utara Tony Pua Kiam Wee (gambar) memfailkan saman fitnah terhadap Menteri Dalam Negeri Datuk Seri Dr Ahmad Zahid Hamidi, Kumpulan Utusan Melayu (M) Berhad dan satu pihak lagi berhubung penerbitan sebuah artikel yang disiarkan akhbar Utusan. Dalam saman itu, Pua menamakan Ahmad Zahid, yang ketika itu Menteri Pertahanan, Kumpulan Utusan Melayu dan Ketua Pengarang Kumpulan Utusan Melayu Datuk Abdul Aziz Ishak sebagai defendan pertama hingga ketiga. Beliau memfailkan saman itu di pejabat Pendaftar Mahkamah Tinggi di sini melalui Tetuan Thomas Philip pada 9 Dis tahun lepas dan media memperoleh salinan pernyataan tuntutan itu semalam ketika kes disebut di dalam kamar di hadapan Penolong Kanan Pendaftar Norliza Hussin. Peguam Choo Shi Jin, yang mewakili Kumpulan Utusan Melayu, memberitahu pemberita bahawa Norliza menetapkan 11 Feb untuk pengurusan kes sementara menunggu kesemua defendan memfailkan pernyataan pembelaan mereka. Dalam pernyataan tuntutannya, Pua mendakwa Ahmad Zahid menyebabkan kata-kata fitnah dalam artikel bertajuk 'Tony Pernah Ditahan di Singapura' itu diterbitkan, dan defendan kedua dan ketiga gagal untuk mengambil langkah menyiasat terlebih dahulu sebelum menerbitkannya pada 18 Mac 2011. Beliau turut mendakwa artikel itu memberi gambaran seoalah-olah bahawa beliau pernah ditangkap oleh polis di Singapura kerana melakukan kesalahan jenayah dan pernah dituduh di mahkamah. Pua yang juga Setiausaha Publisiti Kebangsaan DAP, mendakwa ekoran artikel fitnah itu, reputasi dan kredibilitinya sebagai anggota Parlimen telah terjejas dan kesemua pihak gagal menarik balik artikel berkenaan walaupun notis tuntutan telah dihantar pada 17 Jun tahun lepas. Beliau menuntut satu perintah injunksi dikeluarkan bagi menghalang kesemua defendan menerbitkan kata-kata fitnah yang sama terhadapnya selain menuntut ganti rugi am, ganti rugi tambahan, faedah, kos atau relif lain yang difikirkan sesuai. - Bernama | ||
Masih bergunakah Perdana Menteri kepada kita? Posted: 11 Jan 2014 01:45 AM PST Kedudukan penyandang jawatan Perdana Menteri paling dipertikaikan ketika ini. Ketika rakyat bergelut dengan bermacam-macam masalah dan kesulitan, di samping isu demi isu yang muncul serta menjadi perdebatan ramai, seorang Perdana Menteri yang seharusnya memainkan peranan meredakan keadaan dan menunjuk jalan penyelesaian lebih banyak membisu dan menghilangkan diri daripada memainkan peranan yang sewajarnya. Ketika rakyat bising dengan kenaikan harga barang dan melakukan demonstrasi bantahan mengenainya, Najib yang menjadi Perdana Menteri lebih selesa menghabiskan masanya bercuti bersama keluarga. Sehingga kini ke mana percutian hujung tahun Najib, sama ada ke Sydney, Los Angelas atau hujung dunia yang lain, masih lagi menjadi misteri. Tapi yang pastinya, ketika rakyat bising, merungut dan digelar bughah, beliau sedang bersenang-lenang di luar negara. Ketika isu kalimah Allah muncul kembali dan menghangatkan pertikaman antara Islam dan Kristian, walaupun beliau ada di dalam negara tetapi keberadaannya tidak memberi erti. Sudah berminggu-minggu isu ini menjadi perdebatan, apa pendirian Najib sebagai Perdana Menteri langsung tidak diketahui. Beliau bukan saja tidak mahu menyatakan pendiriannya, malah tidak mahu bercakap dengan media mengenainya. Begitu juga, walaupun beliau turut mempengerusikan mesyuarat mingguan kabinet ketika isu kalimah Allah ini sedang hangat diperkatakan, kita juga tidak tahu sama ada ia dibincangkan atau tidak. Yang kita tahu, sehingga ini Najib masih membisu mengenai isu Allah ini sedangkan sebahagian punca timbulnya masalah ini adalah daripada tindakannya menyetujuinya formula 10 perkara dengan penganut agama Kristian pada 2010 dahulu. Begitu juga, ketika harga barang naik, kos sara hidup meningkat dan rakyat dipaksa mengikat perut, apa yang kita dengar perbelanjaan kerajaan untuk menampung kehidupan keluarga Perdana Menteri terus bertambah, termasuk bertambahnya jet mewah yang disewa. Hutang negara yang semakin membesar dan hampir mencecah tahap 55 peratus iaitu kategori yang boleh dianggap muflis, ia langsung tidak menzahirkan perubahan kepada gaya hidup, gaya perbelanjaan dan langkah berjimat cermat Perdana Menteri dan kerajaan. Dalam analogi yang mudah, Perdana Menteri adalah umpama nakhoda bagi sebuah kapal. Dalam pelayarannya kapal itu, nakhoda inilah yang semestinya memainkan peranan untuk memastikan perjalanan sentiasa selamat, cukup bekalan makanan, anak-anak kapal terpelihara, tiada kemalangan atau kecederaan apabila ribut dan badai melanda serta menentukan pelbagai perkara lagi. Yang penting, nakhoda mesti tahu peranannya dan sentiasa berperanan ketika saat-saat genting. Tidak dikatakan nakhoda yang baik apabila seseorang nakhoda itu tidak memainkan peranan sepanjang pelayaran sehingga kapal sering terumbang-ambing, dimasuki air dah tidak tentu hala tujunya. Dalam kedudukan Najib yang sering tidak berperanan, membisu dan mendiam diri terhadap berbagai isu yang muncul sedangkan beliau sebagai nakhoda begitu dituntut peranannya, beliau kini tidak ubah seperi nakhoda yang gagal dan tidak berguna. Tindakannya yang tidak mahu bersuara atau takut bersuara di ketika rakyat dibebankan dengan banyak permasalahan menjadikan beliau semakin tidak berperanan di mata rakyat. Negara seolah-olah tiada Perdana Menteri ketika isu kalimah Allah ini hangat diperkatakan. Ia seperti dibiarkan begitu saja tanpa sebarang kawalan dan panduan. Semua orang boleh bercakap, menuduh, mengkritik, menghentam dan melemparkan tuduhan kepada sesiapa saja. Amatlah malang dalam keadaan yang boleh mencetuskan perbalahan bila-bila masa ini, Mahathir terpaksa bersuara dan mengajar Najib seperti menyarankan supaya kerajaan berjimat cermat dan mengurangkan kos serta meminta pihak swasta menyuarakan kebimbangan dalam isu kenaikan kos sara hidup rakyat dan mengembalikan ISA dalam menangani kemelut isu kalimah Allah yang kian memuncak sekarang ini. Ini nyata berbeza ketika era Mahathir dulu. Semua perkara dalam kawalannya dan semua isu yang berbangkit akan mendapat perhatian daripadanya. Tidak pernah, walau sekecil mana sesuatu isu itu yang tidak mendapat perhatian daripadanya. Begitu juga ketika zaman Pak Lah, walaupun beliau dituduh lemah dan tidak sepantas Mahathir tetapi dalam semua isu yang berlaku, suaranya tetap kedengaran. Apabila seorang Perdana Menteri bersuara dan memberi kenyataan dalam sesuatu isu, sekurang-kurangnya petunjuk kepada jalan penyelesaian dapat dilihat. Berbanding sekarang, dalam isu kalimah Allah misalnya, oleh kerana Najib memilih untuk berdiam diri dan membisu, ke arah mana penyelesaiannya masih lagi menjadi kabur dan tidak ketahuan. Semua orang seperti dibiarkan menyalakan api dan mencurahkan minyak. Dalam hal ini, kedudukan Najib sebagai Perdana Menteri atau nakhoda kepada sebuah kapal, hampir tidak ada. Oleh kerana peranan Perdana Menteri lebih terlihat dalam aspek perbelanjaan mewah dan pemborosan sahaja, kelakuannya tidak ubah seperti nakhoda yang asyik tidur ketika kapal sedang belayar tetapi hanya muncul ketika waktu makan sahaja. Sungguh jelek nakhoda seperti itu. Di mata rakyat, itulah kedudukan Najib sekarang. Ada atau tiada beliau, hampir tiada bezanya. Kedudukan Perdana Menteri sebagai nakhoda, penunjuk jalan dan pembimbing dalam meredakan keadaan apabila berlaku krisis, nampaknya sudah tidak berfungsi lagi. Malah dalam banyak keadaan, kedudukan Najib sebagai Perdana Menteri lebih merupakan beban dan masalah kepada rakyat. Sudah ramai yang menyoal, apa gunanya seorang Perdana Menteri kepada kita sekarang ini? Selagi Najib atau yang sefesyen dengannya menjadi nakhoda negara ini, jawatan Perdana Menteri bukan saja tidak memberi manfaat kepada rakyat, malah lebih dianggap beban yang hanya meningkatkan kos saraan semata-mata. - http://shahbudindotcom.blogspot.com/ | ||
AAB: 'Titah sultan tak relevan pada kepercayaan bukan Islam' Posted: 11 Jan 2014 01:41 AM PST MALAYSIAKINITitah Sultan berkaitan kepercayaan masyarakat bukan Islam adalah tidak relevan dan oleh itu, tidak terguna pakai ke atas mereka, kata pakar perlembagaan Dr Abdul Aziz Bari. Ini kerana katanya, titah itu tidak boleh mengarahkan golongan bukan Islam bagaimana urusan agama mereka perlu dilakukan. Beliau mengulas titah Sultan Selangor tahun lalu yang mengharamkan penggunaan kalimah 'Allah' oleh bukan Islam, dan sekarang ia digunakan Jabatan Agama Islam Selangor (JAIS) untuk mewajarkan rampasan Bible menggunakan kitab 'Allah'. Dalam soal ini, beliau fikir soal titah itu tidak relevan baik dalam konteks negeri Selangor atau di mana-mana yang ada sultan atau tidak ada sultan. Jika tidak ia akan merupakan titah Yang Dipertuan Agong. "Saya fikir itu hanya terpakai pada orang Islam sahaja. Ia tak boleh masuk campur atau beritahu orang lain umpamanya orang Hindu atau Buddha bagaimana mereka nak sembahayang," katanya. "Jadi titah itu - maaf tak bolehlah - saya fikir ia sudah melepasi garisan," katanya dalam forum "Polemik 'Allah' dan rampasan Bible: Antara undang-undang dan sensitiviti agama" di ibu negara malam tadi. | ||
S'gor beku kenaikan gaji MB, exco Posted: 11 Jan 2014 01:33 AM PST MALAYSIAKINISelangor telah memutuskan untuk membekukan kenaikan gaji untuk menteri besar, exco, speaker dan timbalan speaker. Bagaimanapun, ahlil exco, Ean Yong Hian Wah dilaporkan hari ini sebagai berkata bahawa kenaikan gaji Ahli Undangan Negeri (ADUN) kekal seperti yang diumumkan sebelum ini. Keputusan itu dibuat selepas tercetus kontroversi ekoran kenaikan gaji yang diumumkan November lepas. Keputusan itu dibuat dalam Dewan Undangan Negeri, yang meluluskan kenaikan gaji daripada 87 peratus kepada 373 peratus | ||
PAS: Holy Water tak akan tukar Muslim jadi Kristian Posted: 11 Jan 2014 01:30 AM PST MALAYSIAKINITanggapan bahawa seorang Muslim akan menjadi Kristian jika terkena 'holy water' (air suci penganut Kristian) atau menjejakkan kaki ke dalam gereja adalah karut, kata Ahli Parlimen Parit Buntar, Dr Mujahid Yusof Rawa. "Tidak wujud langsung pergi ke gereja tiba-tiba jadi Kristian. Ini adalah karut. "Ada yang kata kalau orang Kristian bagi 'holy water' - sekali minum, 'habis'. "Kita mungkin ketawa, tetapi cuba fikir kembali berapa ramai di luar sana mempercayainya?" katanya dalam satu forum di ibu negara semalam. Beliau bercakap kepada kira-kira 150 orang yang terdiri daripada penganut pelbagai agama di forum "Polemik 'Allah' dan rampasan Bible: Antara undang-undang dan sensitiviti agama, anjuran Dewan Pemuda PAS Lembah Pantai. Mujahid yang merupakan ketua biro perpaduan nasional PAS berkata kerisauan yang sama turut wujud di kalangan orang Islam terhadap penggunaan kalimah 'Allah' oleh penganut Kristian. | ||
Setiap kenaikan bebankan rakyat, Najib faham tak? Posted: 10 Jan 2014 04:24 PM PST HARAKAHDAILY KUALA LUMPUR: Kenyataan Perdana Menteri Datuk Seri Najib bahawa kerajaan BN akan memastikan kadar kenaikan tol- yang belum dimuktamadkan itu- tidak akan membebankan rakyat, sekali lagi mengguris hati rakyat terbanyak. Ketua Pemuda PAS Malaysia, Suhaizan Kaiat berkata, pemimpin BN seharusnya memahami bahasa rakyat bahawa 'setiap kenaikan adalah membebankan'. Menurutnya, pada rakyat tiada istilah 'kenaikan yang tidak membebankan' dan kenyataan itu hanya keluar dari mulut-mulut menteri BN sejak sekian lama, sedangkan rakyat yang menanggung beban. "Kita masih ingat, sebelum pilihan raya dahulu mereka janji akan menurunkan tol secara berperingkat. "Tapi hari ini, mereka tidak menunaikan janji itu apabila bertindak mahu menaikkan lagi kadar tol tersebut," katanya kepada Harakahdaily. Perdana Menteri semalam menegaskan bahawa kerajaan belum membuat keputusan mengenai kenaikan kadar tol dan pertimbangan mengenai perkara itu hanya akan diputuskan selepas kajian makmal secara mendalam dilakukan. Najib berkata, kajian makmal itu penting kerana kerajaan mahu pendekatan terbaik bagi memastikan 'pengguna tidak terbeban' jika pengumuman kadar baharu tol terpaksa dibuat kerana penangguhan kenaikan seperti dituntut konsesi telah dilaksanakan sejak 2008 lagi. Mengulas lanjut perkara itu, Suhaizan berkata, jika BN sebuah kerajaan yang bertanggungjawab menjaga kebajikan rakyat, langkah yang sewajarnya diambil adalah mengkaji untuk menurunkan harga sekaligus menghapuskan tol pada masa akan datang dan bukannya mengkaji untuk terus dinaikkan. "Inilah yang kita lihat kelemahan ketara kerajaan BN hari ini. Semua benda yang dibuat kajian oleh makmal kajian adalah untuk tujuan dinaikkan harga. " Petrol naik, tol naik, gula naik, elektrik naik, gas memasak naik, ais naik dan kita jangka beberapa barangan lagi akan naik. "Ini tidak termasuk kesan berantai dari kenaikan itu yang menyebabkan kos perkhidmatan, barangan keperluan harian serta harga makanan meningkat mendadak," katanya. Beliau juga menegaskan,jika pemimpin BN sukar baham bahasa keluhan rakyat, maka rakyat bersedia untuk menggunakan bahasa 'jalan raya' untuk membuat bantahan. | ||
Penduduk Berhimpun Bantah Pembinaan Gereja di Tanjung Karang Posted: 10 Jan 2014 04:09 PM PST Mahirah Zakaria TANJUNG KARANG - Kira-kira 200 penduduk di sini berhimpun secara aman bagi membantah pembinaan Gereja Methodist di Lot 178 Taman Tanjung Karang. Pengerusi Ketua Jawatankuasa Penduduk (JKKP) Kampung Sg Tengi Kiri, Johari Md. Nooh berkata, umat Islam di kawasan tersebut mempunyai hak untuk menentang pembinaan gereja tersebut. "Setelah 15 tahun kami mempertahankan kampung ini.Mereka tidak memberi sebarang maklumat mengenai pembinaan gereja ini. "Kami menentang pembinaan ini kerana majoriti penduduk di kawasan ini merupakan umat Islam dan hanya 1 atau 2 peratus sahaja yang beragama Kristian," katanya kepada pemberita ketika ditemui di lokasi pembinaan hari ini. Tambahnya,permohonan membina gereja ini diluluskan sejak parti pembangkang mengambilalih tampuk pimpinan negeri selepas memenangi Pilihan Raya Umum ke-12 (PRU12). "Dulu kita pertahankan supaya gereja ini tidak dibina,tapi selepas tukar pemerintahan,mereka buat apa yang mereka suka tanpa berbincang terlebih dahulu. "Kita,penduduk kampung yang rasa kesannya.Kalau nak buat (bina gereja),buatlah di kawasan mereka...bukan ditempat kita," katanya. Johari turut berharap agar umat Islam menilai sendiri keadaan yang berlaku kini kerana tindakan pihak yang memberikan kelulusan pembinaan gereja ini seolah-olah mencabar masyarakat Islam. Sementara itu,memorandum bantahan pembinaan gereja turut diserahkan kepada Majlid Daerah Kuala Selangor, Azahari Sairin dan diterima oleh Setiausaha MDKS bagi pihak YDP MDKS,Noraini Roslan. Azahari berkata, pihaknya akan meneliti memorandum yang diserahkan oleh wakil penduduk kampung kepada pihaknya. | ||
Rampasan Bible : NGO Selangor Berkumpul Sokong Tindakan JAIS Posted: 10 Jan 2014 04:07 PM PST Hafiz Roslan SHAH ALAM - Pertubuhan Bukan Kerajaan (NGO) Selangor hari ini berarak dari Masjid Negeri dan berhimpun di hadapan Bangunan Sultan Idris Shah bagi menyerahkan memorandum tanda sokongan kepada terhadap Jabatan Agama Islam Selangor (JAIS). Pengerusi Sekretariat, Datuk Jamal Md Yunos berkata, NGO di Selangor menyokong tindakkan JAIS menguatkuasakan Enakmen Syariah Negeri Selangor kerana selari dengan titah Sultan Selangor, Sultan Sharafuddin Idris Shah sebagai Ketua Negeri dan Agama Islam. "Kepimpinan NGO juga yakin dan percaya bahawa tindakan yang dilakukan itu adalah berdasarkan peruntukkan perundangan yang menjadi bidang kuasa JAIS dan penguatkuasa bertindak berdasarkan keperluan penguatkuasaan undang-undang tanpa dipengaruhi oleh campur tangan mana-mana parti politik.," katanya kepada media selepas menyerahkan memorandum kepada wakil JAIS. Jelasnya lagi, NGO Selangor mahu penguatkuasaan dijalankan mengikut peruntukkan perundangan sedia ada untuk mempertahankan kesucian Islam dan menangani segala usaha yang boleh mengugat kedudukan serta kesucian Agama Islam sebaiknya. "Kepimpinan NGO juga berharap agar kerajaan negeri Selangor tidak mempolitikkan isu penggunaan kalimah Allah oleh gereja serta tindakan JAIS merampas cetakkan kitab bible bahasa Melayu sehingga menafikan peruntukkan perundangan yang sedia ada. "Kepimpinan NGO mendesak agar pihak JAIS dan Polis harus menyiapkan laporan siasatan dengan segera dan mendakwa paderi Lawrence Andrew kemuka keadilan," ujarnya. Tambah Jamal, pihaknya mengutuk sikap Menteri Besar Selangor, Tan Sri Abdul Khalid Ibrahim yang dilihat lebih mengambil pertimbangan politik dan tidak mempedulikan agama Islam di negeri Selangor. Sebelum itu, selepas selesai solat Jumaat, Jamal telah menyerahkan memorandum sokongan kepada Sultan Selangor di Masjid Negeri. | ||
Posted: 10 Jan 2014 04:03 PM PST MUAR - Seorang lelaki terselamat meskipun kereta mewah dipandunya remuk dan terputus dua dalam kemalangan berhampiran kawasan Rehat dan Rawat (R&R) Pagoh, dekat sini, semalam. Lim Lik Wei, 40. yang memandu kereta Lotus, dipercayai hilang kawalan, terbabas dan melanggar kawasan tinggi di sebelah kiri lebuh raya. Akibat rempuhan itu, mangsa yang dalam perjalanan dari Johor Bahru ke utara, cedera parah di kepala dan badan. Dia dihantar ke Hospital Pakar Sultanah Fatimah (HPSF) untuk rawatan kecemasan. Difahamkan, mangsa akan dipindahkan ke hospital di Johor Bahru. Kejadian di Kilometer 147.2 Lebuhraya Utara Selatan menyebabkan kesesakan teruk sepanjang dua kilometer di kedua-dua belah lebuhraya. Ketua Polis Daerah Muar, Asisten Komisioner Azman Ayob mengesahkan kejadian itu. | ||
Posted: 10 Jan 2014 04:01 PM PST PETALING JAYA - Sebanyak 20 Sekolah Jenis Kebangsaan Tamil (SJKT) di kawasan estet akan dipindahkan ke kawasan baharu bagi mengatasi masalah kekurangan murid, kata Timbalan Presiden MIC Datuk Seri Dr S. Subramaniam. Subramaniam yang juga Menteri Kesihatan berkata sekolah berkenaan merupakan antara 25 SJKT yang mempunyai bilangan pelajar kurang daripada 60 orang, untuk tahun ini. Pada tahun lepas, sebanyak 19 SJKT telah dipindahkan ke kawasan baharu yang mempunyai kepadatan penduduk India yang lebih tinggi, katanya kepada pemberita pada majlis jamuan makan malam amal anjuran Tamil Foundation Malaysia di sini, malam ini. "Ada SJKT mengalami masalah di mana bilangan murid berkurangan berikutan perpindahan penduduk keluar dari kawasan perladangan, sehingga tinggal lima atau lapan keluarga saja dalam satu-satu kawasan itu," katanya. - Bernama | ||
Dr Maszlee: Menteri pun kena ‘ikat perut’ Posted: 10 Jan 2014 03:57 PM PST SHAH ALAM - "Nak suruh rakyat ikat perut, kerajaan dan menteri juga perlu lakukan perkara sama," kata penganalisis politik, Dr Maszlee Malik. Beliau berkata demikian ketika mengulas soal fenomena kenaikan harga yang kian menjerut rakyat. Selepas pengurangan subsidi minyak dan gula, rakyat menyaksikan beberapa siri kenaikan harga barang dan perkhidmatan yang lain secara mendadak. Meskipun Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Razak mengumumkan 11 langkah penjimatan sektor kerajaan, Dr Maszlee berpendapat gaji atau elaun langsung kegunaan menteri yang wajar dipotong. "Perdana Menteri mengumumkan 11 perkara tapi kalau kita lihat perkara pertama itu, hanya satu saja yang melibatkan menteri dan timbalan menteri. Itu pun berkaitan elaun keraian, sedangkan elaun keraian itu milik rakyat. "Kalau nak, potong gaji atau elaun langsung kegunaan mereka. Itu mungkin rakyat akan nampak pengorbanan mereka di situ. Setakat ini yang kita nampak 11 langkah itu lebih berkaitan dengan pegawai-pegawai kerajaan tapi di pihak yang lebih tinggi, tidak berlaku," katanya kepada Sinar Harian Online. Menurutnya, kerajaan meminta rakyat berjimat namun pada masa sama, kerajaan masih mengamalkan gaya hidup yang mewah. "Saya rasa, bagi rakyat pun, realiti harga barang telah naik. Perkara itu sudah berlaku. Tapi, yang mungkin rakyat agak sensitif ialah dalam keadaan sebegini. "Rakyat disuruh mengikat perut, mengubah cara hidup dan sebagainya tapi pada masa sama, kerajaan, pemimpin-pemimpin, menteri-menteri masih mengamalkan gaya hidup mewah serta perbelanjaan banyak juga sambutan-sambutan yang memakan perbelanjaan besar. "Kalau nak ikutkan, nak suruh rakyat ikat perut, ubah gaya hidup dan sebagainya, di pihak kerajaan, menteri-menteri perlu melakukan perkara sama," katanya. |
You are subscribed to email updates from DIALOG RAKYAT To stop receiving these emails, you may unsubscribe now. | Email delivery powered by Google |
Google Inc., 20 West Kinzie, Chicago IL USA 60610 |
Tiada ulasan:
Catat Ulasan