Selasa, 28 Januari 2014

DUNIACACAMARBA

DUNIACACAMARBA


Kalut yang Berlaku Selepas ADUN Kajang Letak Jawatan

Posted: 28 Jan 2014 07:30 AM PST


Macam-macam isu timbul, macam-macam persoalan timbul. 

Antaranya, ada yang mempersoal kesalahan dan kelemahan Tan Sri Khalid dan keperluan ADUN Kajang meletakkan jawatan bagi memberikan ruang kepada DSAI bertanding sehingga mencetuskan spekulasi bahawa beliau akan mengambil alih jawatan MB atau sekurang-kurangnya mempengaruhi Tan Sri Khalid dalam pentadbiran di negeri Selangor. 

Namun, ramai yang berpendapat jika DSAI mahu mempengaruhi Tan Sri Khalid, mengapa perlu bertanding di kerusi DUN sedangkan beliau ialah Penasihat Ekonomi Selangor, malah beliau ialah bos Tan Sri Khalid jika dilihat dari skop parti? 

Atas alasan itu, ramai yang percaya tindakan DSAI bertanding di DUN Kajang adalah untuk mengambil alih jawatan MB serta menyelesaikan kemelut/krisis Azmin-Tan Sri Khalid yang dikatakan oleh pemerhati politik semakin meruncing. 

Selain persoalan, timbul juga beberapa isu berkaitan dengan PRK DUN Kajang yang perlu dijalankan dalam tempoh 60 hari dari tarikh peletakan jawatan Lee Chin Cheh yang menduduki kerusi DUN itu sebelum ini. Antaranya isu pembaziran wang rakyat yang didakwa oleh ramai pihak bakal digunakan untuk menyelesaikan masalah dalaman PKR, ancaman boikot oleh pemimpin dan pengundi DUN Kajang, peringatan PAS Selangor bahawa mereka akan masuk campur jika jawatan MB disentuh oleh PKR, serta kredibiliti dan pengkhianatan ADUN kepada pengundi. Isu ini juga sudah menjadi bahan jenaka pemimpin dan macai BN yang sebelum ini gagal memanipulasikan insiden DSAI dihalang masuk ke Jepun. Sindir Khairy:

jadi sultan melaka

Sekarang sudah ada poster:

siap blushing lagi


Baca:

Guan Eng: Anwar Tidak Maklum Apa-apa

[SH] GEORGETOWN - Ketua Menteri Pulau Pinang, Lim Guan Eng berkata, beliau tidak dimaklumkan peletakan jawatan Adun Kajang dari PKR, Lee Chin Cheh atau tentang jawatan Menteri Besar Selangor.

Katanya, disebabkan tidak dimaklumkan mengenai sebarang perkembangan di negeri yang dipimpin oleh PKR, rakan sekutu DAP dalam PR, maka tidak sesuai bagi beliau membuat sebarang kenyataan. 

"Saya tidak dimaklumkan oleh Datuk Seri Anwar tentang apa-apa kemajuan atau perkembangan itu di Selangor... saya rasa segala soalan harus ditujukan kepada (Datuk Seri) Anwar.

"Tidak sesuai untuk saya buat sebarang kenyataan atau pandangan tentang apa yang berlaku di Selangor... apa perasaan saya sekarang tidak penting kerana yang penting bagi saya adalah pastikan keselamatan dan keamanan di Pulau Pinang," katanya.

Guan Eng diminta mengulas mengenai Anwar, Ahli Parlimen Permatang Pauh, yang dinamakan PKR sebagai calon, seandainya pilihan raya kecil diadakan, untuk Dun Kajang...-28 Januari 2014

ADUN Kajang Khianat kepada Pengundi, Kata Bersih

[AA] KUALA LUMPUR: Badan pemantau pilihan raya Bersih 2.0 hari ini membidas Parti Keadilan Rakyat apabila menyifatkan perletakan jawatan Ahli Dewan Undangan Negeri Kajang,Lee Chin Chehsebagai "tidak ubah satu pengkhianatan" kepada pengundi.

Dalam satu kenyataan yang dikeluarkan oleh Jawatankuasa Pemandu Bersih, badan itu menegaskan ia tidak dapat menerima alasan seorang ADUN meletakkan jawatan "demi kepentingan parti".

"Alasan perletakan jawatan Lee pada 27 Januari 2014 seperti yang dilaporkan oleh media sebagai "demi kepentingan PKR secara keseluruhannya" mencerminkan pandangan yang salah pada pihak beliau dan parti yang diwakilinya," kata Bersih.

Menurut Bersih, adalah sesuatu yang mengejutkan apabila PKR menerima perletakan jawatan Lee dan meletakkan ketua umumnya,Datuk Seri Anwar Ibrahimsebagai calon dalam pilihan raya kecil nanti.

"Ini membayangkan politik kotor dan harus dikutuk," kata badan gabungan itu dalam satu kenyataan yang keras.

Bersih berpendapat tugas utama seseorang wakil rakyat ialah kepada rakyat di kawasan pilihan rayanya dan bukan kepada parti politik.

Oleh itu, satu-satunya alasan yang boleh diterima untuk wakil rakyat meletakkan jawatan ialah beliau tidak lagi dapat menjalankan tugas dan tanggungjawab mengikut mandat yang diberi iaitu berkhidmat kepada rakyat.

"Alasan Lee meletakkan jawatan tidak meletakkan keutamaan kepada kepentingan rakyat," kata Bersih.

Merujuk kepada krisis perlembagaan di Perak pada 2009, Bersih berpendapat tindakan Lee itu sama dengan apa yang dilakukan oleh wakil rakyat DAP ketika itu, Hee Yit Foong apabila beliau bertindak lompat parti.

"Kedua-dua tindakan itu adalah dikesali. Adalah mengecewakan apabila PKR, antara yang menjadi mangsa dalam krisis perlembagaan iyu, kini adalah pemain utama dalam kisah panjang yang menyedihkan ini."

Menurut Bersih, ia kesal kerana pilihan raya kecil harus diadakan dan wang rakyat akan terbazir begitu saja "kerana tindakan sesuka hati segelintir."

"Tidak ada putar belit politik yang boleh menyembunyikan hakikat bahawa pada 27.1.2014, kepentingan penduduk Kajang telah dibelakangkan."

Bersih menyifatkan apa yang berlaku ini sebagai "langkah ke belakang bagi demokrasi kerana ia memberikan gambaran salah bahawa pilihan raya ada tentang parti politik dan ahli politik, dan bukannya tentang rakyat." ...-28/1/14


Jangan 'Sentuh' Kerusi MB - PAS Selangor

[Mstar] PETALING JAYA: PAS Selangor memberi kata dua kepada Parti Keadilan Rakyat (PKR) supaya kontroversi kekosongan kerusi Dewan Undangan Negeri (DUN) Kajang tidak dikaitkan dengan konflik dalaman parti itu berhubung kedudukan Menteri Besar.

Setiausahanya, Mohd Khairuddin Otman berkata, PAS akan menuntut hak mereka sekiranya kekosongan berkenaan bakal membawa kepada pertukaran Menteri Besar kerana parti itu mempunyai jumlah kerusi yang melebihi PKR dan DUN Selangor.

"Sekiranya berlaku kekosongan pada jawatan Menteri Besar, maka PAS Selangor akan mengambil bahagian dalam menentukan siapa calon yang akan diterima oleh rakyat.

"PAS Selangor akan turut menghantar senarai calon Menteri Besar yang dirasakan layak dan sesuai. Ini termasuk menamakan Pesuruhjaya PAS Selangor (Dr Abdul Rani Osman) sebagai calon utama kita. Mengapa kita hantar calon kita? Kerana kita juga memiliki kerusi terbanyak dalam DUN," katanya pada Selasa....

"Apa saja keputusan PKR untuk mengosongkan kerusi Adun atau menentukan siapa calon, adalah hak PKR untuk menentukannya dan PAS Selangor tidak akan masuk campur.

"Selagi isu jawatan Menteri Besar Selangor tidak dikaitkan, maka PAS hanya menjadi pemerhati sahaja," katanya. -28/1/14

Pemuda PAS Selangor Ugut Pulau Kempen, Desak PKR Beri Penjelasan

[AA] KUALA LUMPUR: Dewan Pemuda PAS Selangor mendesak Parti Keadilan Rakyat (PKR) supaya mengemukakan penjelasan bertulis yang munasabah atas pengosongan kerusi Dewan Undangan Negeri (DUN) Kajang.

Ketua Pemuda PAS Selangor, Syarhan Humaizi Abdul Halim menegaskan jika PKR gagal berbuat demikian Pemuda PAS Selangor akan memboikot Pilihan Raya Kecil DUN Kajang.

"Merujuk kenyataan Pengarah Jabatan Pilihan Raya Dewan Pemuda PAS Malaysia, Mohd Sany Hamzan yang menuntut agar PKR mengemukakan penjelasan bertulis yang munasabah kepada Ketua Pemuda Dewan Pemuda PAS Malaysia.

"Pemuda PAS Selangor sebulat suara bersetuju sekiranya PKR gagal berbuat demikian maka arahan akan dikeluarkan kepada seluruh jentera Pemuda PAS Selangor untuk tidak memberikan kerjasama dalam kempen Pilihan Raya Kecil DUN Kajang jika calon yang dikemukakan adalah daripada PKR," katanya dalam satu kenyataan media hari ini.

Mengulas lanjut, Syarhan Humaizi menjelaskan Pemuda PAS Selangor kesal dan kecewa dengan tindakan PKR membuat keputusan yang dilihat membelakangkan rakan daripada Pakatan Rakyat.

"Melihat situasi yang berlaku, perletakan jawatan itu hanya semata-mata untuk memberi laluan kepada Dato' Seri Anwar Ibrahim bertanding sepertimana yang telah diumumkan Menteri Besar Selangor, Tan Sri Khalid Ibrahim.

"Tindakan untuk menyelesaikan masalah dalaman dan pentadbiran parti tidak seharusnya membabitkan pembaziran wang rakyat," katanya....-28/1/14


PKR Mempermainkan Pilihan Raya, Kata Bekas Mufti Perlis

[TMI] Tindakan PKR meletakkan Datuk Seri Anwar Ibrahim sebagai calon Dewan Undangan Negeri (DUN) Kajang hari ini menunjukkan mereka tidak sensitif terhadap kepentingan rakyat, kata Datuk Dr Mohd Asri Zainul Abidin.

Bekas Mufti Perlis itu berkata, sekiranya benar PKR menggantikan Lee Chin Cheh dengan Anwar semata-mata mahu menyelesaikan kemelut dalaman antara Menteri Besar, Tan Sri Abdul Khalid Ibrahim dan Timbalan Presiden PKR, Mohamed Azmin Ali, jelaslah parti itu sanggup gadai kepentingan rakyat demi beberapa individu dalam parti.

"Kalau itu benar, mereka sanggup korbankan kepentingan rakyat daripada beberapa orang dalam parti," katanya kepada The Malaysian Insider, di Kuala Lumpur.

Mohd Asri berkata, dengan tindakan sedemikian, pilihan raya kecil (PRK) hanya akan menjadi "mainan" kepada parti tersebut.

"PRK melibatkan perbelanjaan orang awam. Lama-lama nanti pilihan raya hanya akan jadi mainan," katanya. - 28/1/14


P/s: Bagi TM, jika MB sedia ada lemah dan kononnya ada masalah sikap, hal ini sepatutnya diselesaikan sebelum PRU13 bukannya sekarang. Tempoh 5 tahun sebelum PRU13 sudah memadai untuk menilai beliau. Namun, mengapa empunya diri dipuji dan masih diberi mandat untuk mentadbirkan Selangor?

Untuk rekod DSAI sudah beberapa kali menafikan  spekulasi dirinya akan mengambil alih jawatan MB Selangor. Jika bukan mengambil alih jawatan, apa strategi ADUN PKR meletakkan jawatan bagi memberikan laluan kepada DSAI bertanding dan apa pula maksud Azmin bahawa mencalonkan DSAI di Kajang merupakan langkah taktikal PKR untuk mengukuhkan PR di Selangor?

Walaupun mempersoal tindakan PKR di Selangor, TM masih menunggu penjelasan lanjut tentang hal ini.


Kes Bunuh 3 Beradik di Kedah: remaaj 19 Tahun Didakwa Hari Ini

Posted: 28 Jan 2014 12:08 AM PST


Bunuh: Remaja dihadap ke mahkamah

[Bernama] ALOR SETAR - Seorang remaja lelaki dihadapkan ke Mahkamah Majistret di sini hari ini atas tuduhan membunuh seorang remaja perempuan November tahun lalu.

Mohd Firdaus Mohd Faridul, 19, dituduh membunuh Noor Syafikah Nadia Abdullah, 14, di kampung Alor Senibong, Mukim Tajar dekat sini, antara jam 9.30 malam dan 11.30 malam pada 29 November 2013.

Tertuduh yang berbaju kemeja-T kuning berbelang mengangguk faham mengenai pertuduhan yang dibacakan ke atasnya mengikut Seksyen 302 Kanun Keseksaan.

Tiada pengakuan direkodkan semasa pertuduhan dibacakan.

Majistret Mohd Khairul Hafizuddin Ramli menetapkan tarikh sebutan semula kes pada 4 Mac ini.

Mohd Firdaus hadir ke mahkamah tanpa diwakili peguam manakala pendakwaan dilakukan Timbalan Pendakwa Raya Wan Noor Hasnita Wan Daud.

Mayat Noor Syafikah Nadia ditemui di kawasan sawah Alor Senibong kira-kira 3.45 petang pada 30 November tahun lalu selepas dilaporkan hilang bersama dua lagi adiknya Nur Izzati Husna Rusdi, 12, dan Puteri Nurul Akma Rusdi, 3, pada 29 November 2013.

Pada 1 Disember 2013, mayat adik-adiknya pula ditemui kira-kira 4 petang di gigi air sungai di Kampung Padang Tani, Langgar kira-kira 3.5 kilometer dari tempat mayat kakak mereka ditemui.

Tiga beradik itu dikatakan keluar dari rumah mereka dengan menaiki sebuah motosikal kira-kira jam 7.30 malam pada 29 November untuk ke rumah seorang rakan Noor Syafikah Nadia di Kampung Gelam yang tidak jauh dari kampung mereka, dan tidak pulang-pulang sehingga mayat mereka ditemui.

Difahamkan Mohd Firdaus akan turut dituduh membunuh dua adik Noor Syafikah Nadia pada tarikh yang lain. - 28/1/14


Bahana Mabuk, Wanita Dirogol Rakan Suami

Posted: 27 Jan 2014 10:00 PM PST

Sekadar hiasan.

[BorneoPost] SIBU: Seorang isteri pekerja sebuah tapak pembinaan di Jalan Lanang di sini menjadi mangsa rogol sekumpulan lelaki pada malam Sabtu lalu.

Menurut sumber, mangsa yang berusia dalam lingku-ngan 20-an dikatakan meng-ikuti satu sesi minum ber-sama suami dan dua rakan lelaki mereka di kuarters pekerja di situ.

Difahamkan, selepas dua rakan lelaki berkenaan ber-edar dari situ pada jam 10.30 malam, pasangan suami isteri tersebut dikatakan mengajak beberapa orang rakan sekerja di tapak pembinaan tersebut untuk meneruskan sesi minum di bilik mereka.

Sesi minum tersebut dikatakan semakin rancak sehingga pasangan suami isteri terebut dikatakan tidak sedarkan diri sehingga keesokan pagi-nya.

Apabila si isteri terbangun pada pagi Ahad itu, dia mendapati pakaiannya berada dalam keadaan tidak teratur dan kusut.

Si isteri berasa hairan kerana dia tidak mungkin melakukan hubungan seks dengan suaminya kerana suaminya sudah tertidur terlebih da-hulu.

Bimbang dan curiga sesuatu yang buruk telah berlaku kepadanya, si isteri kemudian bertanya kepada suaminya sama ada mereka berdua ada melakukan persetubuhan pada malam itu.

Selepas mendapati suami-nya tidak menyetubuhinya pada malam itu, dia terus memberitahu suaminya bahawa dia mungkin dirogol secara bergilir-gilir oleh rakan sekerja di situ ketika dia berada dalam keadaan tidak sedarkan diri kerana sudah mabuk.

Satu laporan polis telah di-buat oleh pengadu di Balai Polis Sentral Sibu kelmarin. -28/1/14



Sah, Anwar Ibrahim Bertanding di DUN Kajang

Posted: 27 Jan 2014 08:12 PM PST


[SH] PETALING JAYA - Ketua Pembangkang Datuk Seri Anwar Ibrahim akan menjadi calon untuk bertanding di Dun Kajang.

Pengumuman tersebut telah dibuat oleh Menteri Besar Selangor, Tan Sri Khalid Ibrahim di Pejabat Pusat PKR sebentar tadi.

Menurut Khalid, PKR dan rakan komponennya iaitu Pas dan DAP bersetuju untuk meletakkan Anwar sebagai calon di Dun tersebut.

"Selepas perbincangan dilakukan, PKR dan rakan parti komponen yang lain, kami telah bersetuju untuk meletakkan Datuk Seri (Anwar) sebagai calon di Dun tersebut.

"...kita letak calon PKR, kerana itu bekas kerusi PKR sebelum ini," katanya. - 28/1/14


P/s: Apa nasib Tan Sri Khalid? Tunggu dan lihat.


Susan Boyle Mohon Kerja Juruwang

Posted: 27 Jan 2014 08:03 PM PST


[HM] Edinburgh: Walaupun bergelar jutawan dan menempa nama sebagai penyanyi, Susan Boyle masih memerlukan pekerjaan.

Malah baru-baru ini dia didapati memohon kerja sebagai juruwang separuh masa di syarikat perjudian Ladbrokes. 

Susan, 52, yang memiliki kekayaan dianggar bernilai £20 juta (RM111 juta) memohon jawatan itu di cawangan syarikat berkenaan di Scotland. 

Penolong Pengurus David Corr berkata, mereka terkejut apabila dikunjungi Susan.

Mereka kemudian menasihati Susan - juga dikenali sebagai SuBo - membuat permohonan secara dalam talian. 

Seorang penduduk setempat berkata, Susan benar-benar berminat untuk bekerja di situ. 

"Sudah pasti dia tidak perlukan wang. 

"Bagi saya itu mungkin satu cara untuk dia keluar dari rumahnya dan kurangkan berfikir," katanya. 

Jurucakap Ladbrokes berkata, Susan pernah memohon bekerja di situ sebelum menjadi terkenal. 

"Mungkin ada sesuatu yang istimewa mengaitkan kami dengan juara Britain's Got Talent kerana seorang jurinya Alesha Dixon juga pernah bekerja dengan kami sebelum terkenal!" katanya dalam satu kenyataan. - Agensi - 28/1/14


Ibu Tunggal ‘Diratah’ Anak Saudara

Posted: 27 Jan 2014 05:40 PM PST

Sekadar hiasan.

[HM] Kuala Lumpur: Seorang ibu tunggal berusia 46 tahun mendakwa menjadi mangsa nafsu buas anak saudara lelakinya sendiri berusia 22 tahun dalam kejadian di sebuah rumah di ibu negara, kelmarin.

Lebih mengejutkan, suspek turut membawa rakannya untuk merogol mangsa selain merakam gambar bogel mangsa untuk simpanannya serta mengugut mangsa untuk terus melayan nafsunya jika tidak mahu gambar bogel berkenaan disebarkan.

Menceritakan semula kejadian malang itu, mangsa dikenali sebagai Siti, seorang pekerja am berkata, dia tinggal serumah dengan anak saudaranya itu sejak kematian suami dua tahun lalu tidak pernah menyangka anak saudaranya itu tergamak melakukan perbuatan itu terhadapnya.

Menurutnya, anak saudaranya itu dipelihara seperti anak sendiri.

"Bagaimanapun, minggu lalu, saya menemui klip video lucah dalam telefon bimbitnya dan apabila ditegur dia marah kepada saya sebelum hanya mendiamkan diri selepas itu.

"Kelmarin, ketika kami berdua sedang menonton televisyen di rumah, dia yang baru pulang selepas melepak bersama rakan-rakannya tiba-tiba meminta maaf dengan saya atas kelakuannya tempoh hari sebelum membawa air minuman berkarbonat untuk saya," katanya.

Katanya, selepas meminum air yang diberikan anak saudaranya itu, tiba-tiba dia berasa pening sebelum tidak sedarkan diri dan apabila tersedar selepas beberapa jam selepas itu mendapati dirinya berada di sebuah rumah lain dan lebih mengejutkan, dia turut tidur bersama anak saudaranya serta rakan lelakinya.

"Ketika itu, baru saya sedar menjadi mangsa nafsu buas kedua-dua lelaki itu dan apabila saya memarahinya, dia menunjukkan gambar bogel saya yang dirakam ketika saya dalam keadaan tidak sedarkan diri.

"Dia turut mengugut saya supaya melayan nafsunya lagi jika tidak mahu dicederakan dan bimbang dengan keselamatan diri, saya membuat aduan di Balai Polis Salak Selatan," katanya. - Kalidevi Mogan Kumarappa/27/1/14

P/s: GILA!!!



Tiada ulasan: