Khamis, 23 Januari 2014

DUNIACACAMARBA

DUNIACACAMARBA


[Video] Pelaksanaan GST Cadangan Daim Bukan Anwar - Rafizi Ramli

Posted: 23 Jan 2014 08:16 AM PST


[SH] PETALING JAYA - Ahli Parlimen Pandan, Rafizi Ramli hari ini menjelaskan bahawa cadangan pelaksanaan cukai barangan dan perkhidmatan (GST) di negara ini adalah bermula daripada Tun Daim Zainuddin bukannya daripada Datuk Seri Anwar Ibrahim.

Jelas Rafizi yang juga merupakan Pakar Strategik PKR itu, Datuk Seri Anwar Ibrahim hanya mewarisi cadangan tersebut, namun pun begitu ketika Anwar menjadi Menteri Kewangan, beliau tidak melaksanakan GST tersebut.

"Ramai yang salah anggap bahawa Datuk Seri Anwar yang bertanggungjawab dalam pengenalan GST di Malaysia.

"...namun itu cuma salah faham kerana, cadangan GST bermula ketika Tun Daim Zainuddin menjadi menteri kewangan iaitu selepas krisis ekonomi pada tahun 1985 hingga 1987.

"...Anwar menjadi menteri kewangan ketika tahun 1991, beliau (Anwar) hanya mewarisi undang-undang tersebut... namun begitu ketika awal 1990 ekonomi kita semakin meningkat... oleh itu tiada keperluan untuk dilaksanakan GST, jadi bukan Datuk Seri Anwar yang mencadangkan GST ini sebaliknya Tun Daim Zainuddin," katanya pada Taklimat Faham GST Tolak GST di auditorium MBPJ, hari ini.

Pelaksanaan GST yang akan dilaksanakan pada 1 April 2015 ini, menjadi kontroversi apabila banyak pihak mendakwa GST akan memberi bebanan kepada rakyat. - 23/1/14







Isu Rampasan Bible: Putrajaya Kekal Penyelesaian 10 Perkara, Apakah Penyelesaian 10 Perkara?

Posted: 23 Jan 2014 07:48 AM PST



Putrajaya Kekal Penyelesaian 10 Perkara, Serah Isu Rampasan Bible kepada Selangor

[TMI] Kerajaaan persekutuan komited dengan Penyelesaian 10 Perkara yang menyatakan bahawa Alkitab boleh menggunakan kalimah Allah namun berhubung isu rampasan bible terletak di bawah kuasa kerajaan negeri, kata Khairy Jamaluddin Abu Bakar.

Ketua Pemuda Umno itu berkata, Putrajaya "mahu meredakan ketegangan" perdebatan kalimah Allah meskipun penyelesaian 10 perkara sudah dimeterai pada 2011 bersama pemimpin Kristian membenarkan penggunaan bible dalam bahasa Melayu, Alkitab.

"Kurang komen isu ini lebih baik. Sudah tentu kerajaan persekutuan komited kepada penyelesaian 10 perkara dan perkara itu jelas.

"Apabila berkata tentang enakmen, ia sepenuhnya di bawah pertimbangan kerajaan negeri," katanya ketika ditemui media di Kuala Lumpur hari ini.

Sebelum ini, Putrajaya mengambil pendekatan berdiam diri meskipun ketegangan agama memuncak oleh pertubuhan Islam dalam penerbitan dan khutbah terhadap penggunaan kalimah Allah.

Khairy berkata Kabinet telah membincangkan isu pertelingkahan kalimah Allah dalam mesyuaratnya semalam.

Berhubung tawaran rundingan bersama Pakatan Rakyat (PR) berhubung beberapa isu, Khairy berkata isu kalimah Allah harus diselesaikan dahulu oleh kerajaan negeri Selangor.

Katanya, Selangor menghangatkan isu kalimah Allah dengan serbuan Jabatan Agama Islam Selangor (Jais) ke atas Pertubuhan Bible Malaysia (BSM) pada awal bulan ini.

Dalam serbuan berkenaan, Jais merampas lebih 300 bible berbahasa Melayu dan Iban yang dikatakan akan diedarkan ke Sabah dan Sarawak.

"Isu itu perlu diselesaikan dahulu sebelum sebarang dialog di antara Barisan Nasional (BN) dan PR. Tiada apa yang boleh dilakukan.

"Dalam kes BSM, serbuan dijalankan oleh pihak berkuasa agama negeri maka penyelesaian 10 perkara tidak boleh menggantikan enakmen negeri," katanya. 

Enakmen Agama Bukan Islam Selangor (Kawalan Penyebaran Kepada Umat Islam) 1988 dipinda pada November 2013 melarang bukan Islam menggunakan 35 kalimah termasuk "Allah".

Khairy berkata meskipun Menteri Besar Selangor Tan Sri Abdul Khalid Ibrahim menasihatkan Jais berpandukan kepada penyelesaian 10 perkara, namun jabatan itu tidak dapat mematuhinya kerana terikat dengan enakmen negeri.

"Kerajaan negeri Selangor telah berunding dengan Jais dan cuba menyelesaikan isu ini," katanya.

Beliau berkata Putrajaya perlu menghormati undang-undang negeri semasa kerana Malaysia adalah sebuah persekutuan.

"Lain negeri, lain undang-undang. Kita perlu menghormati negeri kerana mereka mempunyai undang-undang sendiri," katanya yang memberikan contoh penduduk Semenanjung perlu menunjukkan MyKad ketika memasuki Sabah dan Sarawak. – -TRINNA LEONG/23 Januari, 2014.


Apakah Penyelesaian 10 Perkara?




Berkaitan:

"Antara persetujuan yang dicapai adalah; Al-Kitab dalam apa-apa bahasa boleh dibawa masuk ke Malaysia, termasuk dalam Bahasa Malaysia dengan syarat – bagi Semenanjung Malaysia, naskhah itu perlu diletakkan lambang Salib dan 'Christian Publication' pada muka depannya." - Roket Kini


P/s: Moga-moga tiada pihak yang menuding jari kepada PAS atau PR dalam hal yang berkaitan.


[Video] MB Selangor Dedah Dokumen Berkaitan dengan Penamatan Perkhidmatan Azmin di PKNS

Posted: 23 Jan 2014 07:21 AM PST


MB Dedah Dokumen Isu Ahli Perbadanan PKNS

[Selangorku] SHAH ALAM 22 JAN: Menteri Besar, Tan Sri Abdul Khalid Ibrahim telah mengarahkan Ketua Setiausaha Sulit supaya mendedahkan dokumen mengikut kronologi yang berkaitan isu Ahli Lembaga Pengarah Perbadanan Kemajuan Negeri Selangor (PKNS).

Dokumen sulit seperti keputusan Majlis Mesyuarat Kerajaan Negeri (MMKN) dan surat menyurat antara Pejabat Menteri Besar, PKNS dan Setiausaha Kerajaan Negeri ini didedahkan menggunakan kuasa Menteri besar yang diperuntukkan mengikut Seksyen 2 (C) Akta Rahsia Rasmi.

Sekretariat Akhbar Menteri Besar dalam satu kenyataan media menyatakan dokumen itu dikeluarkan untuk membolehkan orang ramai meningkatkan kefahaman dan berhenti membuat spekulasi kerana dikhuatiri menjejaskan siasatan dalaman yang sedang dijalankan oleh Kerajaan Negeri.

"Kerajaan Selangor berpegang kepada prinsip pentadbiran yang telus dan bertanggungjawab dengan rakyat berhak diberitahu kedudukan sebenar tentang sesuatu isu," kata kenyataan itu.

Yang berikut adalah 11 lampiran berkenaan kronologi kes penamatan perkhidmatan sebagai ahli PKNS.















Lanjut di sini.

Berkaitan:



[Video] Cerita Sebenar Fasal Video Lelaki Tumbuk Polis

Posted: 23 Jan 2014 06:47 AM PST

RAKAMAN video pada 2011 tersebar di media sosial.

Kes Tumbuk Polis Sudah ke Mahkamah

[HM] Kuala Lumpur: Satu rakaman video menunjukkan seorang lelaki dipercayai penceroboh sebuah kawasan ladang milik FELDA di Sabah menendang dan memaki hamun seorang anggota polis bantuan FELDA kini tersebar di media sosial.

Difahamkan, kejadian berkenaan berlaku pada 2011 bagaimanapun video berkenaan baru disebarkan semalam. 

Rakaman video durasi 2.12 minit itu menunjukkan seorang lelaki menaiki sebuah kenderaan pacuan empat roda memarahi beberapa anggota polis bantuan dalam satu kawasan ladang. 

Rakaman itu bermula ketika lelaki berkenaan mendakwa pondok miliknya dirobohkan, namun ia dinafikan anggota polis bantuan terbabit dan seterusnya bertanyakan bagaimana lelaki itu tahu perbuatan meroboh itu dilakukan pihaknya.

Lelaki terbabit kemudian mendakwa ada melihat kesan tapak kasut anggota polis bantuan di kawasan berkenaan sebelum anggota itu bertanyakan sekiranya ada bukti lain seperti cap jari mereka di kawasan itu.


Berang dengan jawapan diberikan anggota itu, lelaki terbabit turun daripada kenderaannya sebelum menendang dan menumbuk seorang daripada anggota berkenaan. 

Selepas itu , lelaki terbabit mengarahkan mereka untuk membuat laporan polis sebelum anggota itu memberitahu akan membawa perkara itu ke mahkamah. 

Selain itu, lelaki berkenaan bagai mencabar anggota berkenaan dengan mengarahnya untuk menumbuk mukanya, namun anggota berkenaan tidak melayan provokasi lelaki terbabit. 

"Kita jumpa di mahkamah. Ini bukan cara untuk menyelesaikan masalah. Kami cuma mahu berunding dan menjalankan tugas," kata anggota itu. 

Meskipun anggota polis bantuan itu cuba diprovokasi namun dia tidak melawan. 
Ini menyebabkan lelaki itu seperti tidak berpuas hati dan cuba sekali lagi untuk menumbuk anggota berkenaan, namun diselamatkan anggota lain. 

"Kau tengok muka saya," kata lelaki itu selepas anggota berkenaan tekad dengan keputusan untuk membawa kes itu ke mahkamah. 

Sementara itu, sumber polis yang mengesahkan rakaman video itu menyatakan kejadian itu berlaku di Lahad Datu, Sabah pada 2011 dan kes berkenaan sudah dibawa ke mahkamah. -  Fardy Bungga dan Kalidevi Mogan Kumarappa/23/1/14



Gara-Gara Ponteng Tuisyen, Pelajar Tingkatan 3 Dirogol di dalam Kereta

Posted: 23 Jan 2014 06:42 AM PST



[The Borneo Post] SIBU – Seorang lelaki berumur 27 tahun ditangkap polis selepas disyaki merogol seorang gadis bawah umur di dalam sebuah kereta, baru-baru ini.

Kejadian tersebut dipercayai berlaku antara jam 7 malam hingga 8 malam ketika mangsa berumur 15 tahun dikatakan ponteng kelas tuisyen untuk berjumpa dengan seorang lelaki yang baharu dikenalinya di sebuah pusat siber lewat tahun lepas.

Terdahulu, bapa mangsa menghantar anak gadisnya ke pusat tuisyen itu, namun sebaik sahaja bapanya beredar dari situ, mangsa dipercayai berjumpa dengan suspek yang sedang menantinya di bahagian belakang pusat tuisyen tersebut.

Difahamkan, mangsa bersembang dengan suspek yang kemudian mengajaknya masuk ke dalam kereta jenis Toyota Avanza.

Suspek kemudian membawa mangsa ke tempat lain yang tidak dapat dipastikan sebelum berjaya memujuk mangsa untuk melakukan seks di dalam kereta itu.

Selepas memuaskan nafsunya, suspek telah menghantar mangsa kembali ke pusat tuisyen, tetapi mangsa bertukar fikiran dan berjalan kaki pulang ke rumahnya tidak jauh dari situ.

Difahamkan, mangsa yang serba-salah telah memberitahu teman lelakinya yang datang ke rumahnya pada malam tersebut.

Tindakan tersebut telah membuat teman lelakinya marah dan memaklumkan perkara itu kepada bapa mangsa.

Kesal dengan apa yang berlaku terhadap anaknya, bapa mangsa telah bertindak membuat laporan polis.

Polis yang dimaklumkan mengenai kes tersebut, bertindak mencari suspek dan berjaya menahan seorang lelaki yang tinggal di Jalan Lada, petang kelmarin.

Turut dirampas ialah sebuah kereta Toyota Avanza.

Pihak polis forensik yang kebetulan berada di sini turut menjalankan pemeriksaan terhadap kereta Avanza tersebut di Balai Polis Sentral petang kelmarin.

Suspek kini ditahan reman selama tujuh hari untuk membantu siasatan lanjut. - 23/1/14



Bengang Ditipu, Orang Ramai BELASAH Staf Gores dan Menang Sampai Pengsan

Posted: 23 Jan 2014 06:39 AM PST


[HM] SEREMBAN – Angkara disyaki melakukan banyak penipuan terhadap mangsa menerusi kegiatan gores dan menang membabitkan jutaan ringgit, empat kakitangan syarikat penganjurnya teruk dibelasah sekumpulan 30 lelaki dalam kejadian di sebuah premis di Bandar Senawang, di sini, semalam.

Dalam kejadian jam 5.40 petang itu, kumpulan 30 lelaki terbabit yang berang penipuan terhadap anggota keluarga mereka menyerbu premis terbabit sebelum melakukan rusuhan dan memukul empat pekerja syarikat itu.

Menurut sumber, rusuhan berlaku sejurus kumpulan berkenaan berang kerana ramai sudah tertipu terutama warga emas yang membabitkan jutaan ringgit.

Saksi kejadian mahu dikenali Firdaus, 20 berkata, ketika rusuhan kumpulan berkenaan memasuki premis terbabit dan mengamuk meminta semula dikembalikan wang penipuan ahli keluarga mereka.

Katanya, penipuan dilakukan sejak setahun lalu terhadap ratusan mangsa membabitkan puluhan ribu seorang.

Ketua Polis Daerah Seremban Asisten Komisioner Zainal Abu dihubungi mengesahkan kejadian dan menasihatkan orang ramai tidak lagi terpedaya dengan penipuan itu.

Katanya, kes terbabit turut disiasat Kementerian Perdagangan Dalam Negeri, Koperasi dan Kepenggunaan (KPDNKK). – 23/1/14

Jenis Kereta Mungkin Menjadi Penentu Sama Ada Boleh Atau Tidak Beli RON95 Selepas Ini....

Posted: 23 Jan 2014 06:36 AM PST


RON95 Harga Subsidi Akan Dihadkan Kepada Yang Layak Sahaja – Tengku Adnan

[The Star] PETALING JAYA – Dalam usaha untuk mengurangkan perbelanjaan kerajaan dan memastikan semua subsidi kerajaan dinikmati rakyat Malaysia yang layak sahaja, harga subsidi bagi bahan api RON 95 dijangka hanya disediakan untuk golongan miskin.

Menteri Wilayah Persekutuan Datuk Seri Tengku Adnan Tengku Mansor membuat pendedahan ini pada Khamis sambil menambah dasar harga baru akan berkuatkuasa pada Mei atau Jun tahun ini.

"Kami mahu mengenakan kenaikan hanya kepada mereka yang mampu. Seseorang mungkin memandu (Toyota) Alphard ataupun Mercedes (Benz) tetapi mereka masih menggunakan petrol RON95."

Beliau berkata mungkin mereka yang tidak layak untuk membeli minyak RON95 pada harga subsidi, hanya layak untuk membeli petrol RON97.

Pada masa ini harga RON95 adalah RM2.10 seliter (63 sen subsidi) dan harga RON97 adalah RM2.80.

Harga runcit RON97 ditetapkan berdasarkan apungan terurus dengan harga bulanan ditentukan oleh kuasa pasaran.

"Malah negara-negara jiran dari Singapura dan Thailand dan juga warga asing yang tinggal dan bekerja di negara ini juga sedang menikmati kadar bahan api dengan harga subsidi," katanya.

Beliau berkata pendekatan baru itu masih dalam kajian oleh Datuk Seri Abdul Wahid Omar dari Jabatan Perdana Menteri.

"Walaupun perkara ini telah dicdangkan beberapa kali pada masa lalu tetapi kita akan melaksanakannya sekarang selepas kami mencari kaedah betul untuk menggunakannya," katanya selepas majlis penyerahan 100 surat tawaran kepada penduduk yang layak untuk menyewa di projek perumahan kos rendah di sini.

"Kami sedang melakukan ini untuk masa depan negara. Kita boleh menerima pakai pendekatan populis dan menyelesaikan masalah-masalah hari ini tetapi ia mungkin berakhir dengan membunuh masa depan kita sebagai sebuah negara," katanya. -23/1/14


P/s: ...atau anda mungkin perlu membawa resit gaji atau buku bank untuk isi minyak RON95.  Jika tidak, apa mekanisme yang akan digunakan untuk mengenal pasti orang miskin atau kaya? Siapa yang bakal memeriksa hal ini? Adakah Malaysia akan menggubal undang-undang yang boleh menghalang orang membeli minyak tertentu?

Kalau kangkung, kangkung juga!!!


Jawaban Balas Marinatasha terhadap Alasan Castmet

Posted: 23 Jan 2014 06:24 AM PST



[HD] 23/1/14 - Saya dengan ini menafikan sekeras-kerasnya dakwaan Pengarah Urusan CASTMET, Tan Keh Wah dan Pengawah Kewangan CASTMET, Yong Pey Ling (Shannon Yong) berhubung insiden saya dimalukan dengan diarahkan turun daripada pentas utama ketika majlis Makan Malam Tahunan CASTMET 2014 di Pusat Konvensyen Sime Darby pada malam Sabtu lalu.

Saya ingin memperbetulkan persepsi awam dan media yang mungkin tersalah anggap dan tersalah lapor insiden berkenaan. Saya mengetengahkah isu rasis dan diskriminasi perkauman yang diperbuat Shannon Yong tidak membenarkan saya menyanyi semata-mata kerana saya bertudung. Jadi tidak timbul isu syarikat berkenaan tidak rasis kepada pekerja-pekerjanya.

Dalam pertemuan selepas sidang media saya, Tan Keh Wah mengundang saya ke pejabat untuk bertanya kepada pekerja yang syarikat beliau tidak rasis. Soalnya bukan layanan dia kepada pekerjanya tetapi layanan Pengarah Kewangannya, Shannon Yong kepada saya.

Saya menghargai keprihatinan yang ditunjukkan oleh CASTMET melalui jawapan mereka kepada media yang kononnya imej saya bertudung tidak bersesuaian dan akan mengundang sensitiviti keagamaan jika saya beraksi pada malam tersebut.

Soalnya adakah mengarahkan saya turun daripada pentas ketika saya akan memulakan persembahan itu tidak bersifat sensitif? Mengapa saya tidak diberitahu hal-hal tersebut ketika hari kejadian? Mengapa semua alasan-alasan ini diberikan selepas sidang akhbar bersama Karyawan dan saya langsung tidak mengetahui mengenainya sebelum ini?


Saya melihat jawapan yang diberikan kepada media adalah untuk mengalihkan perhatian daripada isu sebenar. Ironisnya mereka sanggup membenarkan saya membuat persembahan jika saya tidak bertudung.

Pelbagai alasan yang diberikan adalah saling bercanggah termasuk laporan polis Shannon Yong pada 20 Januari lalu. Sehingga ke hari ini jawapan versi CASTMET tidak disahkan oleh Mohd Solih Toha daripada syarikat pengurusan acara Red On Black dan Nazri daripada band Rufus. Jika terdapat sebarang salah faham antara mereka sekalipun adalah tidak adil untuk saya dijadikan mangsa tindakan rasis sebegini.

Secara konsisten, saya tidak menyalahkan sama sekali syarikat tersebut. Isunya adalah perkataan dan tindakan rasis yang diperbuat oleh Pengarah Kewangannya, Shannon Yong terhadap saya, iaitu menyatakan bahawa saya tidak boleh menyanyi kerana saya bertudung. Ini adalah satu diskrimasi jika dilihat dalam apa keadaan sekalipun.

Kerjaya saya sebagai penyanyi adalah kerjaya profesional. Majlis CASTMET bukanlah persembahan pertama saya. Saya telah berpengalaman mengendalikan acara lebih besar dengan syarikat-syarikat bukan Islam dan mereka tiada sebarang masalah dengan penampilan saya.

Berikut saya sertakan jawapan balas saya bersama beberapa keping gambar acara berkenaan untuk penilaian semua.

Alasan adanya minuman keras


Saya terkejut dengan alasan Pengarah Urusan CASTMET, Tan Keh Wah bahawa keputusan membatalkan penampilan saya kerana majlis menghidangkan minuman keras. Alasan Tan Keh Wah ini adalah perkara baru. Dalam laporan polis Shannon Yong tidak diberikan alasan minuman keras ini dan saya tidak perasaan kemunculan minuman keras kerana lebih setengah daripada tetamu adalah orang Islam.

Malah Tan Keh Wah menyatakan bahawa ianya untuk tujuan menjaga sensitiviti umat Islam. Etika pakaian saya adalah bersesuaian dengan majlis-majlis keraian. Jika mereka sensitif tentang keIslaman saya maka adakah mereka tidak tahu yang tetamu utama ialah Pengerusi CASTMET, Tan Sri Mohd Anuar Mohd Nor juga seorang Islam dan ramai tetamu lain yang berhijab dan berkopiah.

Alasan adanya tarian

Sebagai seorang penyanyi berpengalaman, saya sudah berhadapan dengan pelbagai ragam majlis dan tetamu. Apabila mengambil keputusan berhijab 2 tahun lalu, saya telah menyesuaikan persembahan saya dengan imej saya. Malah saya sendiri menolak tawaran apabila merasakan imej saya tidak bersesuaian.

Alasan perlu menari dan berinteraksi dengan tetamu bukan soalnya. Ketika Zafarina Jamhari atau Farina dari Akademi Fantasia 8 (AF8) membuat persembahan kemudian, dia juga tidak menari bersama tetamu sebagaimana yang didakwa menjadi permintaan CASTMET.

Jika benar ada aksi-aksi sebagaimana yang didakwa yang telah dibuat oleh penyanyi ganti, maka saya minta gambar atau rakaman video didedahkan untuk rakyat Malaysia menilai sendiri acara tersebut. Pada saya, majlis tersebut adalah seperti majlis makan malam syarikat-syarikat korporat lain yang biasa saya tangani.

Alasan adanya kontrak

Shannon Yong dan Tan Keh Wah mendakwa bahawa saya bukanlah penyanyi yang dipersetujui dan tidak berada dalam kontrak asal antara CASTMET dengan pembekal acara. Hakikatnya tiada sebarang kontrak bertulis, sebaliknya band Rufus dipilih kerana band ini membuat persembahan di Cafe Daud yang terletak bersebelahan dengan pejabat CASTMET di Plaza Damas. Band Rufus yang menyediakan penyanyi, pemuzik dan alat muzik pada malam tersebut.


Mohd Solih Toha daripada syarikat pengurusan acara Red On Black telah mengesahkan bahawa persembahan ini adalah secara rundingan terus daripada CASTMET dengan band Rufus. Kontrak saya pula adalah sebagai penyanyi band Rufus untuk persembahan pada malam tersebut.

Tiada sebarang perjanjian hitam putih sebagaimana yang didakwa, termasuk permintaan untuk penyanyi tidak bertudung atau artis AF. Dalam pertemuan semalam, Tan Keh Wah telah menunjukkan kepada saya satu salinan invois yang sekadar menunjukkan butiran band Rufus sahaja. Tiada nama individu diletakkan kecuali nama pengacara majlis Amber Wong. Saya adalah sebahagian daripada band Rufus kerana dipanggil oleh band tersebut untuk menjadi penyanyi utama mereka pada malam itu.

Jika benar dakwaan mereka bahawa sejak awal mereka telah meminta Farina AF8 tetapi mengapa nama Farina sendiri tiada dalam invois seperti mana nama Amber Wong? Malah Farina memberitahu saya bahawa dia baru dihubungi pada hari kejadian secara tiba-tiba beberapa jam sebelum acara bermula. Setelah sampai ke majlis itu barulah dia mengetahui perkara sebenar dan atas rasa simpati kepada saya sebagai mangsa diskriminasi, maka dia menjemput saya menyanyi secara spontan.

Lebih pelik, CASTMET mendakwa saya adalah penyanyi pengganti untuk sesi latihan pada 16 Januari di studio dan sesi raptai pada petang 18 Januari beberapa jam sebelum majlis berlangsung. Adakah saya terlalu bodoh untuk menerima tempahan menyanyi untuk sesi latihan dan sesi raptai tetapi tidak untuk majlis sebenar? Dan mengapa saya tidak diberitahu oleh mana-mana pihak termasuk CASTMET dan wakilnya sebelum insiden tersebut berlaku?

Akhirnya saya melihat jawapan-jawapan CASTMET, sama ada melalui Shannon Yong dan Tan Keh Wah adalah isu-isu baru yang ditimbulkan dan tidak relevan. Tindakan terdesak ini adalah memperlekehkan profesionalisme saya sebagai seorang penyanyi profesional dan seorang pemakai hijab.

Sekian, terima kasih.

Marinatasha Isnariah Mustapar

Semakan di Mahkamah Sahkan Nurul Mohon Cerai

Posted: 23 Jan 2014 06:21 AM PST


[Bernama] Semakan fail di Mahkamah Rendah Syariah Kuala Lumpur hari ini mengesahkan Ahli Parlimen Lembah Pantai daripada PKR, Nurul Izzah Anwar telah memfailkan permohonan cerai terhadap suaminya, Raja Ahmad Shahrir Iskandar Raja Salim. 

Nurul Izzah, 34, anak sulung Ketua Pembangkang, Datuk Seri Anwar Ibrahim, memfailkan permohonan itu pada awal bulan ini.

Nurul Izzah memfailkan permohonan itu mengikut Seksyen 47 Enakmen Undang-Undang Keluarga Islam Wilayah Persekutuan 1984.

Seksyen itu merupakan pembubaran perkahwinan yang memperuntukkan perceraian dengan talak atau dengan perintah mahkamah.

Kes itu pertama kali disebut di hadapan Hakim Syarie Ab Malek Awang dua hari lepas. Mahkamah menetapkan 18 Feb ini untuk sebutan semula kes itu.

Pasangan itu berkahwin pada 9 Mei 2003 dan dikurniakan seorang anak perempuan berumur tujuh tahun dan seorang lelaki berumur empat tahun. -23/1/14


Respons Nurul Izzah dan Suami:

Kami amat sedih dengan cubaan gangguan yang menyentuh perkara peribadi kami apabila kami gigih berusaha untuk memastikan kelangsungan perkahwinan ini.

Keluarga kami menjadi keutamaan.

Kami ucapkan terima kasih kepada semua yang melahirkan keprihatinan, dan kami memohon semua pihak agar diberikan ruang peribadi pada waktu-waktu ini.

Raja Ahmad Shahrir Raja Salim dan Nurul Izzah Anwar

Nama Anak Hajah Rosmah Digugurkan daripada Senarai Pencalonan Oscar

Posted: 23 Jan 2014 12:33 AM PST


[MK] Membeli hak dan membiayai pembikinan sesebuah filem sebenarnya tidak melayakkan seseorang itu menjadi seorang produser.

Ini menurut pandangan Academy of Motion Picture Arts and Sciences Hollywood.


Berikutan itu, dalam apa yang dilihat sebagai "satu tindakan yang jarang berlaku", semalam Akademi itu menggugurkan nama Riza Aziz - anak tiri Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Tun Razak - daripada senarai pencalonan Oscar bagi kategori filem terbaik bagi filem Wolf of Wall Street.

Sebaliknya, senarai produser yang dicalonkan bagi filem berharga AS$100 juta itu ialah pengarah Martin Scorcese, pelakon utama Leonardo DiCaprio, rakan kongsi perniagaan Riza, Joey McFarland dan rakan Scorsese, Emma Tillinger Koskoff.

Senarai produser yang dicalonkan bagi filem Wolf of Wall Street itu dimuktamadkan oleh Akademi tersebut semalam, seminggu selepas pencalonan yang lain diumumkan. - 23/1/14


Nurul Izzah Tuntut Fasakh daripada Suami?

Posted: 23 Jan 2014 12:27 AM PST



[TMI] Naib Presiden PKR, Nurul Izzah Anwar dikatakan memfailkan permohonan cerai secara fasakh terhadap suaminya selepas perkahwinan selama 10 tahun.

Permohonan berkenaan dikatakan dibuat pada Disember tahun lalu di Mahkamah Syariah.

Nurul Izzah, 33, bagaimanapun ketika ditemui sempena Sidang Strategi Asli ke-16 hari ini enggan mengulas lanjut isu berkenaan.


"Terima kasih kerana menghormati privasi saya," katanya, yang bergegas pergi selepas perbincangan berkenaan politik baru Malaysia selesai.

Suami kepada anak Ketua Pembangkang, Datuk Seri Anwar Ibrahim itu, Raja Ahmad Shahrir Iskandar, 35 dikatakan menerima notis berkenaan pada 16 Januari dan memohon penangguhan perbicaraan cerai di mahkamah, Isnin lalu.

Pasangan itu mendirikan rumah tangga pada Mei 2003 dan mempunyai dua anak.

Ahli Parlimen Lembah Pantai itu bagaimanapun menafikan perkara berkenaan di laman mikro blog Twitter miliknya, @n_izzah apabila pengguna Twitter bertanyakan berkenaan perkara itu.

"Wasalam. Nope," kata Nurul Izzah menjawab pertanyaan pengguna Twitter dengan nama Mohd Saiful Ahmad.


Sementara itu, pengguna Twitter dengan nama Ibnu K, @ibnukhusairi juga menuntut Nurul Izzah mengeluarkan kenyataan berhubung perkara itu.

"Harap YB boleh keluarkan statement berkenaan kekecohan ini. Terima kasih @n_izzah @msaiful82." – 23 Januari, 2014.


Tiada ulasan: