Selasa, 21 Januari 2014

DUNIACACAMARBA

DUNIACACAMARBA


[PANAS] Identiti Individu Didakwa Paksa Artis Buka Tudung Didedahkan dalam Sidang Media, Individu Tersebut Buat laporan Polis

Posted: 21 Jan 2014 07:01 AM PST


Kali keempat suruh saya buka tudung - Marinatasha

[HD] KUALA LUMPUR: Persatuan Karyawan Malaysia (Karyawan) menggesa mana-mana pihak yang menjemput artis wanita untuk membuat persembahan perlu menghormati hak mereka yang berhijab.

Presidennya, Datuk Freddie Fernandez memberitahu mereka yang mempertikaikan hak tersebut merupakan satu pencabulan hak asasi serta tidak peka dengan hak kaum dan agama.

Jelasnya lagi, kejadian yang menimpa penyanyi Marinatasha Isnariah Mustapar yang telah dihalang mengadakan persembahan kerana berhijab tidak seharusnya berlaku apatah lagi negara ini telah mencapai kemerdekaan lebih 50 tahun.

Kata beliau, pihaknya telah menerima laporan rasmi daripada Marianatasha apabila beliau telah dihalang dari melakukan persembahan di satu majlis keramaian anjuran sebuah syarikat atas alasan kerana berhijab.

"Ini merupakan satu pencabulan hak asasi serta tidak peka kepada sensitiviti masyarakat Islam, ia tidak sepatutnya berlaku apatah lagi kita telah merdeka lebih 50 tahun.

"Beliau membuat persembahan yang merupakan kerjayanya dan berhijab mengikut apa yang dituntut oleh agama Islam, sepatutnya kita perlu peka dalam hal ini," jelasnya dalam sidang media di sebuah restoran di Bukit Damansara.

Freddie menegaskan isu ini akan menjadi lebih parah seandainya ia dimanupulasikan oleh pihak yang tidak bertanggungjawab dan boleh menimbulkan prasangka di kalangan anggota masyarakat pelbagai kaum dan agama.

"Tindakan memperlekehkan seseorang individu di atas sebab-sebab yang tidak munasabah sebegini amatlah dikesali dan pastinya memberi impak yang amat negetif jika ianya dipanjangkan.

"Semua pihak disarankan mempelajari dan meraikan perbezaan fahaman dan warna kulit demi mewujudkan sebuah masyarakat yang harmoni dan aman.

"Karyawan menawarkan jalan penyelesaian atas konfliks yang berlaku agar perkara ini dapat diredakan secepat yang mungkin," sambungnya.

Sementara itu, Marinatasha turut kesal dengan apa yang berlaku dan ia merupakan insiden keempat ke atas dirinya yang menyuruh beliau membuka tudung jika mahu membuat persembahan.

"Saya kesal dengan apa yang berlaku, suatu yang amat memalukan, tapi ini bukan kali pertama berlaku dan ia merupakan kali keempat berlaku sebelum ini sudah ada yang suruh saya buka tudung jika ingin menyanyi.

"Dalam industri tidak sepatutnya berlaku sedemikian, wanita yang berhijab juga mempunyai hak mereka dan sepatutnya hak itu dihormati.

"Saya harap agar ia tidak berlaku lagi terhadap wanita berhijab dan insiden ini perlu menadi pengajaran kepada pihak-pihak lain," jelasnya.

Beliau yang sepatutnya mengadakan persembahan pada majlis makan malam tahunan CASTMET pada 18 Januari lalu telah diarahkan turun dari pentas ketika ingin memulakan persembahan olah Pengarah Kewangan CASTMET, Shannon Yong dengan alasan beliau berhijab.

Selain itu juga, beliau turut dimarahi oleh Shannon kerana terus mengadakan persembahan setelah dijemput oleh rakan artis lain yang turut bersimpati atas apa yang berlaku terhadap dirinya. - MUHAMMAD FAIZAL-21/1/14


Berkaitan:

Untuk berlaku adil, baca laporan polis yang dibuat oleh Shannon Yong untuk mendengar penjelasan di pihaknya.


Sumber di sini.



[Video] Tindakan Bakar Bendera Jepun, Jatuhkan Imej PKR

Posted: 21 Jan 2014 06:42 AM PST


Tindakan rombongan AMK memijak, mengoyak, dan membakar poster bendera Jepun di luar Kedutaan Jepun tidak sepatutnya berlaku kerana tindakan itu menyerlahkan ketidakmatangan mereka berhadapan dengan sesuatu isu. Banyak lagi tindakan matang yang boleh dibuat daripada bertindak demikian. Tambahan pula isu yang dihadapi bukanlah isu besar sehingga menghalalkan mereka berbuat demikian.

Walaupun dinafikan oleh pihak AMK, namun jelas mereka yang terlibat dalam insiden itu mengiringi Ketua AMK menyerahkan memorandum tersebut. 

Apabila tindakan agresif yang menyerlahkan ketidakmatangan mereka ini berlaku, maka sudah tentu tindakan itu menjadi peluru politik pelbagai pihak. Malah tindakan mereka menjadi sindiran macai BN. Ada yang menyindir rombongan AMK ini yang datang menaiki kereta dan menggunakan kamera jenama Jepun, namun terpekik terlolong mahu memboikot barangan Jepun. 

Kamera digantung di leher itu jenama apa?
Yang di depan mata itu kereta negara mana?
Selain memalukan PKR, tindakan mereka ini sebenarnya boleh menjejaskan hubungan politik dan ekonomi antara negeri PR dengan Jepun. Untuk rekod, Tan Sri Khalid mendedahkan bahawa Jepun merupakan negara asing yang paling banyak pelaburan di Selangor. Adakah tindakan menghina dan membakar poster bendera Jepun itu berbaloi  dan sepadan dengan tindakan Jepun menghalang DSAI memasuki Jepun?

Bagi TM, tindakan menghantar memorandum sudah memadai dalam membantah tindakan Jepun itu, bukannya bertindak tidak matang seperti lelaki-lelaki tua dalam video di bawah ini. -DCM


P/s: Apa beza mereka dalam video ini dengan macai BN dan Perkasa? Adakah tindakan bodoh ini ada kaitan dengan pemilihan parti tidak lama lagi?


Berkaitan:

Poster Jepun dibakar, dipijak di kedutaan

[MK] Pemuda PKR (AMK) hari ini menghantar memorandum bantahan ke kedutaan Jepun di Kuala Lumpur berhubung sekatan yang dikenakan ke atas Ketua Pembangkang Datuk Seri Anwar Ibrahim memasuki negara itu pada 19 Januari lalu.


Ketuanya Shamsul Iskandar Mohd Akin berkata, mereka menuntut kedutaan Jepun menjelaskan perkara tersebut dan menyatakan permohonan maaf kepada Anwar kerana telah bertindak sebegitu.

Tambahnya lagi, halangan tersebut disifatkan tidak wajar kerana Anwar difahamkan tiada sebarang isu melibatkannya dengan negara itu.

"Amat mengejutkan, berdasarkan rekod Anwar tidak ada sebarang isu sebelum ini dengan negara itu sehingga menghalang beliau memasuki Jepun minggu lalu oleh imigresen negara itu.


"Kita percaya tindakan kerajaan Jepun itu berlebihan, tiada jaminan dan menyalahi Artikel 13 Hak Asasi Manusia," katanya.

Sementara itu, penghantaran memorandum ke kedutaan Jepun itu melibatkan 30 orang peserta bantahan sambil memegang poster yang bertulis "boikot barangan Jepun".

Ada antara mereka memijak poster, yang mirip bendera Jepun tersebut, dan membakarnya di hadapan kedutaan itu.

Shamsul juga memaklumkan memorandum tersebut diterima oleh wakil kedutaan, Masa Hiro dan dua orang lagi wakil kedutaan itu.

Dalam perkembangan terbaru, AMK menafikan pihak yang membakar poster itu merupakan anggota sayap PKR itu. - 21/1/14

'Kerana TUDUNG, Penyanyi Diarah TURUN Pentas'

Posted: 21 Jan 2014 06:23 AM PST


[MK] Setelah 12 tahun bergelumang sebagai anak seni, penyanyi Marinatasha Isnariah Mustapar bersuara lantaran dikriminasi yang dihadapi.

Siapa yang tidak berasa malu apabila diarahkan turun dari pentas di hadapan ratusan penonton hanya kerana kepercayaan dan pakaian mencerminkan peribadi dan agama.


"Saya rasa terhina dan malu, perkara sedemikian tak patut berlaku," kata beliau dalam dada sebak di sidang media di Shah Alam hari ini.

Ini merupakan kes ketiga tahun ini setelah graduan Mira Kamil tidak diterima bekerja di Suria KLCC kerana bertudung dan guru mualaf Choi Yi Shan diarah membuka tudung beliau.

Marinatasha yang sepatutnya melakukan persembahan di majlis makan malam tahunan sebuah syarikat di Kuala Lumpur pada 18 Januari baru-baru ini diarah menghentikan persembahan.

Beliau malah mendakwa diminta turun dari pentas oleh seorang pegawai kanan syarikat itu kerana memakai hijab.

Buat laporan polis

Beliau digantikan oleh penyanyi lain dan hanya dibenarkan menjadi penyanyi latar sahaja selepas itu.

"Dia (pegawai itu) mengatakan saya tidak sepatutnya memakai tudung.

"Semasa mengadakan raptai dengan pemuzik pada 16 Januari lalu, wakil syarikat yang hadir tidak pernah mengisukan hal tudung," kata beliau.

Marinatasha mendakwa beliau turut dimarahi selepas persembahan itu tetapi mendapat bayaran seperti yang dijanjikan.

Satu laporan polis juga telah dibuat beliau pada jam 2:40 pagi Ahad di balai polis Sentul berikutan insiden itu.

Malaysiakini sedang mendapatkan reaksi syarikat berkenaan berhubung dakwaan itu.

KARYAWAN tuntut maaf

Sementara itu, Pengerusi Persatuan Karyawan Malaysia (KARYAWAN) Datuk Freddie Fernandez menuntut syarikat itu memohon maaf atau berdepan tindakan undang-undang kerana mendisriminasi anak seni.

"KARYAWAN rasa untuk selesaikan masalah ini kami ingin jemput syarikat itu memohon maaf dan sedia tawarkan jalan penyelesaian.

"Bagi kami ia pengajaran kepada pihak lain agar tak diskriminasi artis bertudung," kata beliau. - 21/1/14


Kemas Kini:

Laporan polis dibuat oleh Shannon Yong boleh dibaca di sini.



Ribuan Orang Muat Turun Nada Dering "Kangkung"

Posted: 20 Jan 2014 10:49 PM PST



[HD] KUALA LUMPUR: Seramai 3,464 orang pengguna telefon Android telah memuat turun nada dering 'Najib Kangkung' melalui aplikasi Zedge di 'Google Play Store' sehingga hari ini semenjak fenomena kangkung melanda di negara ini.

Remix nada dering tersebut diubah dari ucapan Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Razak di Kemaman, Terengganu yang memberi contoh harga kangkung turun biarpun harga sayuran lain naik sebagai mengulas kenaikan harga barang.

Nada dering itu turut berada pada kedudukan pertama dalam aplikasi tersebut dan mendapat undian lima bintang (Five Star) dari pengguna.

Fenomena kangkung tiba-tiba menjadi popular gara-gara ucapan Najib yang menempelak orang ramai yang gelisah dengan kenaikan harga barang serta sentiasa menyalahkan kerajaan dengan perkara itu.

Dalam ucapannya, Najib dilaporkan berkata "kangkung naik, ada masa dia naik, ada masa dia turun. hari ini dalam surat khabar saya baca, ada yang dah turun. kangkung dulu naik, sekaang ini dah turun. bila turun apasal tak puji keraajan?"

Fenomena tersebut telah menjadi perbualan hangat di laman sosial 'Facebook' serta menjadi bahan lawak di laman tersebut.

Warga maya menggunakan pelbagai kaedah kreatif membidas kenyataaan Najib itu. - MUHAMMAD FAIZAL/21/1/14


Tiada ulasan: