Isnin, 20 Januari 2014

DUNIACACAMARBA

DUNIACACAMARBA


Harga Kereta Akan TURUN "Menjelang" PRU14

Posted: 19 Jan 2014 10:28 PM PST


Harga Kereta Turun Hingga 30% Menjelang 2018

Dasar Automotif Nasional (DAN) 2014 yang diumumkan hari ini dijangka turut membabitkan penurunan harga kereta antara 20 hingga 30 peratus bagi harga kereta yang dipasang dalam negara (CKD) menjelang 2018.

Bagi membolehkan harga lebih kompetitif, kerajaan dijangka menyediakan insentif bagi menggalakkan syarikat automotif pembukaan kilang pemasangan di negara ini, lapor Berita Harianhari ini.

Laporan itu menyebut, semakan semula DAN menggariskan pelbagai langkah serta insentif menjadikan industri automotif negara lebih berdaya saing, menggalakkan pelaburan lebih besar dan merangsang pembangunan teknologi baru.

Dasar itu bertujuan meningkatkan penyertaan Bumiputera dalam industri automotif secara berterusan, menaikkan standard keselamatan dan menjadikan harga kereta lebih mampu untuk dibeli.

"Fokus utama NAP 2014 adalah menangani isu berkaitan pengguna, peserta automotif serta masalah umum dalam industri itu.

" Dari segi industri, antara isu utama ialah penggunaan teknologi yang masih rendah dalam kalangan vendor, eksport rendah, permit import (AP) dan pekerja asing kurang mahir.

" Dari segi pengguna pula, kita tahu keluhan mereka adalah mengenai harga yang tinggi. Antara isu umum pula berkaitan standard bahan api yang rendah, faktor keselamatan serta kesan alam sekitar," kata seorang peserta industri seperti yang dilaporkan.

Dalam laporan yang sama menyebut beberapa pengeluar yang memasang kereta dalam negara sudah mengurangkan harga secara berperingkat seperi Honda Jazz dikurangan hingga 17 peratus, Nissan Sentra (13%), Proton Saga (12%) dan Proton Alza (12%).


P/s: Sebelum PRU13, mereka berdegar-degar mengataklan akan menurunkan harga kereta. Selepas PRU13, ada laporan mengatakan harga kereta tidak akan turun dan selepas melihat rungutan dan desakan rakyat, maka timbul pula kenyataan bahawa harga kereta akan turun menjelang tahun 2018 - tahun PRU14 mungkin diadakan.

Pada tahun itu, SEMUAnya akan TURUN!!! Pada masa itu, Melayu seperti biasa mudah lupa.

DCM tidak pernah lupa. Anda?


 

PERKASA Luah Rasa Kesal Filem 'Lucah' Syarikat Anak Rosmah, Tuan Mufti & Agamawan Masih Membisu??

Posted: 19 Jan 2014 10:22 PM PST


PERKASA Kesal Filem 'Lucah' Syarikat Anak Rosmah

[MK] PERKASA melahirkan rasa kesal kerana banyak adegan "lucah" dipaparkan dalam filem The Wolf of Wall Street yang dilapor diterbitkan syarikat yang diasaskan rakyat Malaysia Riza Aziz.


Setiausaha Agungnya Syed Hasan Syed Ali berkata kejayaan di peringkat global tidak bermaksud perlu menurut rencah negara Barat.

"Jika benarlah filem ini diterbitkan orang orang Melayu, PERKASA rasa sangat sedih. Di sini bila Melayu bermakna ia Islam. PERKASA hairan mengapa orang Islam tergamak buat filem yang banyak adengan-adegan lucah dalamnya.

"Jangan ajak kami umat Islam negara ini terima segala apa sahaja yang global. Kita disaran supaya maju dalam negara dan menerokai hingga peringkat antarabangsa dengan jayanya," kata beliau dalam SMS kepada Malaysiakini.

Beliau berkata demikian bagi mengulas keputusan kerajaan mengharamkan tayangan filem itu baru-baru ini.

Portal hiburan The Hollywood Reporter (THR) kelmarin melaporkan, The Wolf of Wall Street kelmarin dilaporkandiharamkan di Malaysia ekoran kandungan dan bahasa yang eksplisit.


Riza dikatakan anak kepada isteri Perdana Menteri Datin Seri Rosmah Mansor bersama bekas suami pertamanya yang sebelum ini dilaporkan membeli satu unit kondominium mewah berharga RM 100 juta di New York.

Akhbar Daily Mail melaporkan negara UAE telah memotong satu pertiga filem tersebut lantaran aksi lucah serta dialog mengandungi perkataan kurang sopan diucapkan yang tidak bersesuaian dengan budaya Timur Tengah.


Pengkritik filem turut menyatakan filem yang keterlaluan mengangkat citra 'dadah, seks dan wang' itu turut merakamkan lebih 500 kali penggunaan perkataan lucah dan kurang sopan.

Justeru Syed Hasan berkata, PERKASA menyokong pengharaman filem kerana ia pastinya dilakukan dengan teliti oleh pihak berwajib negara.

"Negara ini bukan negara yang mudah mahu mengharamkan sesuatu perkara terutama filem luar tetapi semua filem luar perlu faham tapisan sesebuah filem perlu dilakukan sebelum dibenarkan ditayangkan.

"Difahamkan filem tersebut terlalu banyak adegan-adegan lucah dan ia tidak sesuai sekali ditayangkan di panggung-panggung di negara ini," kata beliau. - 20/1/14


[Video] Hajah Rosmah Kena Boo

Posted: 19 Jan 2014 10:12 PM PST




P/s: Apa sebab orang boo? Apa sebab isu kangkung menjadi "hot"? Orang tidak berbuat sesuatu tanpa sebab. 

Fikir!

Tiada ulasan: