Isnin, 20 Januari 2014

DIALOG RAKYAT

DIALOG RAKYAT


Kegagalan UMNO tangani jenaka ‘kangkung’

Posted: 20 Jan 2014 06:14 AM PST


kangkung

Izmil Amri


HAMPIR satu minggu saya menanti apa agaknya reaksi pemimpin dan penyokong United Malays National Organisation terhadap isu
kangkung yang saban hari menjadi bahan ketawa, bukan sahaja di Malaysia malah di kalangan masyarakat antarabangsa.

Di media sosial, jenaka mengenai kangkung tidak henti-henti. Ada muzik parodi di Youtube yang boleh dimuat turun bikin ringtone, ada visual kelakar di Facebook serta perkongsian jenaka dengan hashtag #kangkung yang bertali arus di Twitter.

Di dunia offline, kian banyak aksi rakyat membabitkan kangkung termasuk bergambar dengan kangkung, beli kopi dengan bayaran kangkung, malah balut topi keledar dengan kangkung dalam Community Ride hujung minggu lalu. (lihat gambar). Hatta apabila Datuk Seri Anwar Ibrahim dihalang masuk ke Jepun juga dikatakan kerana tidak membawa kangkung ke sana.

Satu minggu saya tunggu apa reaksi UMNO. Saya sangkakan mereka ini akan buat tak reti sahaja.
Tapi saya salah. UMNO dan juaknya tidaklah begitu bijak dalam menangani situasi sebegini. Justeru setiap langkah yang diambil menemui jalan buntu dan ada yang menuju kelingkupan.

Kalau untuk 'handle' benda macam ini pun saya kena ajar, alahai. Teruk sangat la.

Reaksi terhadap isu kangkung mulanya berkisar penjelasan. Ini saya puji. Betul dah tu. Apabila sesuatu yang disebut pemimpin kita dikerat-kerat dan dijadikan bahan propaganda, kita tampil untuk berikan penjelasan. Saya harus puji Ketua Pemuda UMNO, saudara Khairy Jamaluddin kerana bingkas memperjelaskan kekeliruan umum mengenai kenyataan bosnya.

Cuma yang menjadi masalah ialah penjelasan sahaja tidak mencukupi. Mudahnya disebabkan soal 'kangkung' ini tidak memerlukan sebarang penjelasan lanjut. Videonya ada, kita boleh tonton sama-sama. Sumbernya juga daripada TV3. Jadi tak perlu banyak penjelasan. Nampak sangat macam terlalu jenuh mencuba.

Yang menjadikan keadaan bertambah parah ialah reaksi melebih-lebih daripada sektor penyokong UMNO yang pedih bontot dengan jenaka yang terkena kepada pemimpin mereka ini. Jadi disebabkan sudah pedih maka tindak balasnya jadi melampau. Daripada isu ekonomi dan betapa susahnya Perdana Menteri hendak memahami sengsara rakyat, terus dilambung menjadi isu perkauman.

Bila sampai tahap ini, saya sekadar boleh tepuk dahi dan berbisik perlahan kepada diri sendiri, 'Aku dah agak dah'. Itu belum diambil kira lagi soal sekatan akses internet ke laman laporan berita BBC tentang jenaka kangkung ini.

Kangkung = Cina = DAP

Sifirnya mudah. Kangkung makanan orang Cina, yang banyak berniaga kangkung selalunya orang Cina; jadi kalau Cina saja mesti DAP, kalau DAP ni mesti anti Melayu-Islam dan justeru wajar 'diperangi'. Lalu timbullah perhimpunan kangkung di Bukit Mertajam dengan poster menampilkan seorang brader siap berpakaian tradisional dan menghunus parang.

Mudah sungguh kerja begini. Asal Cina saja DAP, asal DAP saja anti Islam. Jadi bikin demo di Pulau Pinang kerana negeri itu dipimpin Ketua Menteri daripada DAP. Malah ADUN Machang Bubuk daripada KEADILAN yang bikin flashmob sumbat kangkung dalam mulut Najib itu juga dilabel DAP tanpa usul periksa. Mudahnya kerana Lee Khai Loon itu orang Cina.

Ini bagi saya sangat kelakar. Buat perhimpunan kangkung ini untuk apa sebenarnya? Apa mesej yang mahu disampaikan selain ancaman dan ugutan kepada bukan Melayu-Islam supaya tidak mencabar kesabaran Melayu-Islam. Supaya gerun dan ingat kembali kisah parang terbang. Ini kedangkalan yang menghina intelek Melayu zaman ini. Sebagai seorang Melayu saya rasa ini sangat merendahkan akal. Dan mereka yang terjerumus ke lembah kebodohan ini adalah daripada kalangan manusia yang malang.

Sebelum ini pun amaran diberi beberapa pemuka orang muda UMNO supaya jangan menghina dan mengejek Perdana Menteri. Dan bagi saya amaran begini tambahlah kelakar.

Dulu lembu, sekarang kangkung

Dulu perkataan seperti cincin, Altantuya, C4, mongolia, kapal selam, semuaaaaanya jadi bahan jenaka. Malah akan terus jadi bahan jenaka. Pemuda UMNO boleh ugut macam-macam tetapi ia harus sedar, kerajaan yang mahu diam punya itu hanya menang 47% sokongan rakyat.

Menteri Wilayah Persekutuan, Datuk Seri Tengku Adnan Mansor pula dilaporkan berkata, "Saya sudah beritahu mereka ini bodoh. Main isu kangkung ini bodoh. Dia tidak tahu konotasi maksudnya kerana kangkung ni jenis sayuran yang murah dan boleh ditanam di merata-rata."

Maksud dan konotasi tu tak penting, Ku Nan. Yang penting kelakar. Jenaka. Kalau sebut perkataan 'kangkung' pun sudah pedih, nasiblah. Bodoh atau pandai bukan soalnya. Yang penting bila sebut kangkung semua orang ketawakan Perdana Menteri. Macam bila sebut 'lembu' semua orang ketawa.

Amat malang bagi UMNO kerana tidak mampu menangani jenaka politik seperti ini, malah memilih untuk mengambil pendekatan gasar. Apa sahaja isu akan dijadikan modal untuk membakar sentimen perkauman dan akhirnya meletakkan slogan '13 Mei' di hujung lidah. Ini sangat malang dan celaka sekali kepada gagasan 1Malaysia yang dibawa Perdana Menteri. Tidak lain, inilah dalil kegagalan dasar kerajaan ditafsirkan pendokong yang akhirnya bertindak menggagalkan dasar itu.

Saya pasti di dalam pejabat Perdana Menteri itu ada ramai sekali orang cerdik pandai yang dibayar gaji beribu-ribu untuk memberi nasihat kepada Perdana Menteri mengenai hal seperti ini. Kalau minggu depan pilihan raya, kalah teruklah Barisan Nasional.

Persoalan besarnya ialah; kos sara hidup meningkat. Harga barang tak ada yang turun. Malah harga kangkung pun sebenarnya tidak turun. Najib manalah nak tahu, dia bukan pergi pasar. Bil elektrik anda hujung bulan ini entah bagaimana keadaannya. Perbelanjaan bulanan akibat daripada kenaikan harga gula dan bahan bakar pastinya akan terkesan. Itu pokok pangkal isunya.

Yang mesti lari daripada isu kegagalan mengurus ekonomi dan bikin demo kangkung untuk cetus ketegangan kaum ini kenapa? Sebab sudah putus asa menguruskan ekonomi dan membela nasib rakyat terbanyak? Adakah dengan mencetuskan huru hara maka harga minyak akan turun? Adakah dengan mengugut dengan sentimen perkauman maka seluruh sokongan orang Melayu akan kembali kepada UMNO?

Ini yang kelakarnya dengan parti United Malays National Organisation ini, ia gemar berbuat perkara berasaskan emosi dan tidak merancang teliti dengan akal waras dan memandang jauh ke hadapan. Ini punca kegagalannya di Pulau Pinang, Selangor dan ini dipertimbangkan pengundi di semua kawasan parlimen bandar dan sub-bandar yang punya akses maklumat kepada kegagalan ini.

Apa lagi yang UMNO tahu buat selain mencetuskan masalah? UMNO pastinya akan menjadi johan kalau rancangan televisyen Pencetus Ummah itu ditukar jadi Pencetus Masalah. Betul-betul 'kangkung'. – Roketkini.com

Kenyataan Nancy bukti penguatkuasa agama negeri boleh cabuli Penyelesaian 10 Perkara

Posted: 20 Jan 2014 06:09 AM PST


teresa kok

KUALA LUMPUR: Naib Pengerusi DAP Kebangsaan, Teresa Kok Suh Sim mempertikaikan kenyataan Menteri di Jabatan Perdana Menteri, Nancy Shukri seolah penguatkuasa agama negeri berkuasa mencabuli Penyelesaian 10 Perkara yang diputuskan Kabinet.

Beliau merujuk kenyataan Nancy dua hari lalu bahawa kerajaan negeri tidak tertakluk kepada Penyelesaian 10 Perkara itu.

Nancy turut dilaporkan berkata, penganut Kristian asal Sabah dan Sarawak yang berada di Selangor bebas mengamalkan agama mereka 'di premis mereka sendiri, serta selagi tidak cuba menarik orang lain menganut agama itu'.

"Adakah Nancy sudah jadi jurucakap kepada Penyelesaian 10 Perkara dan Kabinet memutuskan penyelesaian itu boleh dicabuli penguatkuasa agama negeri?" katanya dalam satu kenyataan hari ini.

Penyelesaian 10 Perkara diumumkan kerajaan pada 2 April 2011 sebagai penyelesaian kepada isu Al-Kitab Bahasa Melayu.

Dalam pada itu, Ahli Parlimen Seputeh itu turut mengkritik tindakan membisu Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Razak berhubung kontroversi itu, namun cepat melatah dengan isu kangkung yang menyerangnya.

"Sudah 17 hari sejak Jabatan Agama Islam Selangor (JAIS) mencabuli Penyelesaian itu (dengan menyerbu premis Bible Society of Malaysia), namun beliau masih belum menunjukkan kepimpinannya dan bersuara.

"Namun tiga hari lalu, beliau begitu cepat memberi reaksi terhadap isu kangkung yang kini jadi bahan cemuhan terhadapnya. Ramai yang keliru dengan apa yang menjadi keutamaannya," katanya lagi.

Katanya lagi, tindakan membisu Najib itu hanya membuatkan hubungan antara agama menjadi semakin tegang, selain menguatkan persepsi bahawa beliau adalah seorang pemimpin lemah yang tidak layak menjadi Perdana Menteri.

Selepas diserang hebat berhubung kenyataan 'kangkung'nya, Najib membela dirinya dengan mengatakan beliau menggunakan contoh itu kerana ia sayuran yang popular.

"Saya suka makan kangkung, anda semua suka makan kangkung…Jika saya guna burung puyuh sebagai contoh, hanya segelintir yang memakannya," katanya. -Roketkini.com

[VIDEO & GAMBAR] Kumpulan "Bughah" UMNO Belasah Orang Awam

Posted: 20 Jan 2014 04:33 AM PST

KELAB GREENBOC



Umno balas "flash mob kangkung" dengan bertindak ganas, kata Adun PKR


Ahli Dewan Undangan Negeri (Adun) Machang Bubuk dari PKR Lee Khai Loon yang dikecam Umno gara-gara tarian parodi "flash mob" kangkung minggu lalu mendakwa pengikut parti itu bukan sahaja bertindak ganas malah turut memainkan isu perkauman dan agama sebagai serangan balas kepada Pakatan Rakyat (PR).

Beliau berkata, biarpun menghormati hak berhimpun bagi Umno dan pengikutnya, tindakan ganas memukul dua orang awam dalam kejadian pagi tadi merupakan perkara yang amat dikesali.

Selain menjulang sepanduk yang berunsurkan provakatif, Lee berkata pengikut Umno juga memainkan isu rusuhan 13 Mei sambil melaungkan kenyataan rasis dan keagamaan.

"Saya menghormati hak berhimpun dan berdemo untuk Umno dan penyokongnya akan tetapi, tindakan mereka yang seringkali mengambil langkah yang ganas serta kasar dalam demonstrasi mereka amat dikesali.

"Salah satu contoh risalah memanggil orang ramai menghadiri demonstrasi di mana menunjukkan seorang lelaki yang membawa senjata parang malah bahasa tertera dalam risalah berkenaan juga berbau ugutan dan provokasi," katanya dalam satu kenyataan hari ini.

Kenyataan Lee itu mengulas mengenai dua siri bantahan yang diadakan pengikut Umno pada semalam di Bandar Sunway Seberang Jaya dan pagi ini di Alma, Pulau Pinang, di hadapan pusat khidmat masyarakatnya.

Beliau turut kesal apabila "flash mob kangkung" yang dianjurkannya itu biarpun diadakan secara aman dan kreatif diputarbelit oleh Umno.

Tambahnya tindakan Umno itu yang mencemarkan bantahan itu dengan kegananasan dan kekerasan menyebabkan politik negara ini telah mundur ke belakang.

"Demonstrasi Umno yang berlangsung di Bandar Sunway Seberang Jaya malam tadi serta Pusat Khidmat Masyarakat saya pada pagi ini telah menunjukkan bahawa ugutan tentang rusuhan 13 Mei selalu diungkitkan kembali oleh pihak mereka.


"Matlamat gerakan kami adalah bertujuan untuk berbincang secara membina tentang isu-isu berkaitan dengan kehidupan harian rakyat, tetapi Umno dan penyokong mereka telah berulang-kali menjadikan sesuatu demonstrasi tersebut kepada keganasan dan kekerasan dan hal ini tidak boleh dibiarkan begitu sahaja," katanya.

Lee pada masa sama mempertahankan tindakannya yang menganjurkan "flash mob" tersebut dengan menyatakan ia sebahagian daripada usaha membantah sikap tidak bertanggungjawab kerajaan persekutuan yang tidak ke atas siri kenaikan harga barangan.

"Saya menyeru seluruh rakyat Malaysia tanpa mengira kaum dan bangsa bersatu hati membantah kenaikan harga barang serta cukai GST supaya fokus perjuangan rakyat tidak dialihkan oleh segelintir ahli politik perkauman sempit," katanya.

Pada Rabu lalu, Lee menganjurkan parodi "flash mob kangkung" disertai hampir 15 orang di Alma Bukit Mertajam sebagai bantahan kepada kenaikan harga barang.

Kumpulan tersebut berhimpun di tengah laluan trafik sesak sambil melakukan adegan menyumbat kangkung ke dalam mulut ternganga replika Najib sambil diiringi lagu kanak-kanak yang diubahsuai iaitu "Lenggang-Lenggang Kangkung".

Semalam Ketua Pembangkang Datuk Seri Anwar Ibrahim mempertahankan tindakan ahli partinya dengan berkata terdapat perbuatan teruk dilakukan Umno berbanding dengan "flash mob" tersebut. -TMI


SAMSENG PRO KANGKUNG BELASAH WARGA YANG TIDAK BERSALAH DEPAN PUSAT KHIDMAT ADUN


Sekumpulan penyokong Pro Kangkung kelmarin diberitakan telah membelasah seorang warga yang tidak bersalah ketika membuat demo haram tanpa permit didepan Pusat Khidmat ADUN PKR Machang Bubuk.

Apalah kita nak hairan rakyat yang bertaraf kangkung bertindak ...

Anggota Umno Pulau Pinang dan sekutu mereka hari ini menganjurkan sebuah lagi perhimpunan membantah flash mob wakil rakyat PKR yang menyindir kenyataan 'kangkung' perdana menteri di Bukit Mertajam.

Kali ini, peserta himpunan itu membakar patung dengan gambar Anggota Dewan Undangan Negeri (ADUN) Lee Khai Loon.

Tidak cukup dengan itu, mereka juga meludah dan memijaknya.

Bila himpunan dianjurkan oleh Umno, maka ia secara automatik menjadi himpunan aman. Akta Perhimpunan Aman menetapkan notis sepuluh hari sebelum sebuah perhimpunan boleh dianjurkan.

Tapi Himpunan Pertahankan Najib ini tercetus selepas ADUN Machang Bubuk, Lee Khai Loon menyumbat kangkung ke dalam mulut replika PM tiga hari lalu. Ini bermakna belum sampai seminggu pun himpunan ini dirancang.


Tapi biasalah, faham-faham sahajalah, Umno buat apa pun halal. Dulu kata himpunan jalanan bukan budaya kita kononnya, tapi bila Umno berhimpun terus himpunan jalanan diangkat jadi adat Melayu kah kah kah...


LIHAT VIDEO DI SINI


ULASAN GB

Ada beberapa isu yang timbul ekoran insiden di atas.

Pertama, polis perlu menjawab mengenai "perhimpunan" yang selama ini mmenurut polis perlu memerlukan notis 10 hari sebelum sebarang perhimpunan diadakan. Sekarang apakah mereka yang menganjurkan perhimpunan Pro-Kangkung itu sudah membuat notis tersebut sedangkan flashmob yang dibantah berlaku hanya 3 hari sebelum mereka melakukan perhimpunan?

Kedua, kepada Mufti yang sebelum ini menyatakan perhimpunan aman TURUN sebagai "bughah" (pemberontak) sedangkan perhimpunan TURUN dahulu lansung tidak ada pemberontakan dan lansung tidak ada unsur menggugat keselamatan awam. Tetapi perhimpunan UMNO pro-kankung kelmarin jelas merupakan satu "pemeberontakan" yang mengancam keselamatan orang awam. Bukankah itu lebih jeloas "bughah"nya?

Hukum kebenaran dan keadilan akan tetap berjalan. Si bughah yang sebenar akan tetap terhukum sekalipun pihak berkuasa melindungi mereka.

Bukit Tabur: 'Over confident' bawa padah

Posted: 20 Jan 2014 04:20 AM PST


 Mohd Albar Mohd Noor Ramai yang tidak faham permukaan geografi Bukit Tabur menyebabkan mereka tersalah langkah. - Mohd Albar Mohd Noor


SHAH ALAM - Perasaan "over confident" atau terlebih yakin untuk mendaki secara bersendirian walhal baru sekali mendaki Bukit Tabur, Taman Melawati secara berkumpulan mungkin antara punca kemalangan mudah menimpa pendaki.

Menurut seorang  juru pandu bukit berpengalaman, Mohd Albar Mohd Noor, 29, sikap "over confident" kononnya tahu tentang selok-belok di Bukit Tabur boleh mengundang bahaya kerana terdapat struktur permukaan bukit yang licin, menjunam serta batu mudah terlerai sekiranya dipijak.

"Bukit Tabur ini sesetengah permukaannya nampak kukuh, tetapi kalau silap pijak kontur tanahnya mudah terlerai, selain licin dan menjunam, kawasannya juga hanya ditaburi dengan pokok-pokok renek sahaja.

"…jadi saya fikir perasaan "over confident" inilah yang bayak menjerat pendaki bukit tersebut," katanya yang bertugas sebagai Jurulatih Akademi Menyelamat Akuatik Putrajaya.

Bulan ini sahaja, dua kemalangan berlaku di Bukit Tabur, salah satunya membawa maut kepada pendaki wanita berusia 25 tahun.

Soleha Abd Rahman meninggal dunia di Hospital Kuala Lumpur (HKL) kira-kira 4 petang, 14 Januari lalu dan dilaporkan mengalami pendarahan dalaman akibat terjatuh ke dalam gaung sedalam kira-kira 60 meter itu.

Pada 5 Januari lepas, Noor Hasmahani Hashim, 28, dari Kampung Baru dipercayai mendaki secara bersendirian sebelum dia tergelincir ke dalam gaung sedalam kira-kira 10 meter. Hasmahani mengalami kecederaan bahagian tulang belakang, tangan dan muka serta patah gigi.

Sebelum itu, insiden maut turut dilaporkan berlaku di Bukit Tabur membabitkan dua orang doktor yang ditemui mati di dalam gaung berhampiran Klang Gates di Ulu Ampang selepas mengikuti ekspedisi mendaki bukit berkenaan.

Kedua-dua mangsa Dr Haliza Mohd Shafie, 53, seorang pakar kanak-kanak dan Dr Amin Tai Abdullah @ Tai Yen Ming, seorang pakar bedah kanak-kanak dilaporkan tergelincir dan jatuh sejauh 500 meter.

Premis judi wujud sebab dapat sambutan

Posted: 20 Jan 2014 04:14 AM PST


Adzaman Mohd Jan Adzaman Mohd Jan


ALOR SETAR - Sambutan ramai daripada kaki judi yang menjadi pelanggan di premis perjudian haram sekitar bandar ini menjadi punca lubuk ini terus wujud.

Ketua Polis Daerah Kota Setar, Asisten Komisioner Adzaman Mohd Jan berkata, pihaknya sentiasa memberi keutamaan untuk menghapuskan pusat judi haram yang wujud di kawasan itu.

Menurutnya, jika mendapat maklumat mengenai aktiviti tersebut, pihaknya tidak teragak-agak untuk menyerbu dan menyita premis serta mengambil tindakan undang-undang terhadap mereka yang terbabit.

"Kewujudan premis judi haram ini adalah disebabkan adanya permintaan. Pengusaha judi akan meneruskan operasi mereka walaupun secara bersembunyi dan mengaburi mata pihak berkuasa.

"Kunjungan mereka (kaki judi) seolah-olah satu sokongan kepada kegiatan itu," katanya kepada Sinar Harian, semalam.

Adzaman berkata, pihaknya juga mendapat maklumat mengenai kegiatan perjudian yang dibuka dengan berselindung di sebalik hotel bajet.

"Pihak polis sentiasa memantau kegiatan judi dan mengambil tindakan tegas dari semasa ke semasa.

"Kita juga mengalu-alukan maklumat daripada orang ramai yang mengetahui kewujudan pusat-pusat judi di daerah ini," katanya.

Tak perlu ke Antartika, tengok kampung sendiri

Posted: 20 Jan 2014 04:09 AM PST


Datuk Raja Kamarul Bahrin Shah Raja Tengku Ahmed Shah Datuk Raja



KUALA TERENGGANU – Pemimpin Pas mempersoalkan kepakaran dan latar belakang Menteri Besar, Datuk Seri Ahmad Said yang mengetuai lawatan kerja melibatkan kajian kesan perubahan cuaca dan alam sekitar ke Antartika bermula 18 Januari lalu hingga 2 Februari ini.

Ahli Parlimen Kuala Terengganu, Datuk Raja Kamarul Bahrin Shah Raja Tengku Ahmed Shah berkata, perkara itu menjadi tanda tanya memandangkan ia dianjurkan Kementerian Sains, Teknologi dan Alam Sekitar yang sepatutnya diketuai menteri atau pakar berkaitan.

Menurutnya, jika benar Ahmad prihatin terhadap alam sekitar, tindakan yang perlu diambil adalah melihat kampung sendiri di Kemaman terlebih dahulu dan prihatin terhadap isu alam sekitar di Terengganu termasuk Tasik Kenyir.

"Projek yang diilhamkan sendiri oleh Menteri Besar di Kenyir iaitu projek Kompleks Bebas Cukai bernilai beratus juta tetapi dilakukan dengan cara tidak betul sehingga menjejaskan alam sekitar kawasan hutan semula jadi Kenyir.

"Saya tengok sendiri tahun lepas. Untuk projek di kawasan eko-tourism sebegini sepatutnya pokok diselamatkan dan dikekalkan dan bangunan hanya dibina di celah pokok hijau. Ini adalah prinsip utama garis panduan projek di kawasan hutan eko-tourism," katanya kepada pemberita di Pejabat Parlimen Kuala Terengganu, di sini, semalam.

Jelasnya, banyak isu alam sekitar di peringkat tempatan khususnya di negeri ini yang perlu ditangani tetapi tidak diambil perhatian termasuk penambakan muka kuala yang tiada kajian secara menyeluruh.

Begitu juga katanya, dengan pencemaran alam di Kemaman di bawah projek Tioxide, Perwaja Steel dan syarikat besi dari China yang mungkin akan menyebabkan kandungan kimia racun lebih tinggi apabila proses bijih besi Bukit Besi ini dibakar di Kemaman.

"Australia dan Brazil yang beratus kali lebih besar dari Malaysia tidak membenarkan pembakaran besi dengan sulfur yang tinggi dilakukan di negara mereka tetapi dieksport dan dibakar di China kerana itulah pencemaran alam negara China amat buruk.

"Kalau prihatin pencemaran alam, Menteri Besar tidak patut menerima projek yang ditolak negara lain. Beliau kerap ke China dan sedia maklum pencemaran yang teruk di sana, belajarlah dari contoh ini, tidak perlu ke Antartika untuk kaji alam sekitar atau pemanasan global. Tengok kampung dahulu," katanya.

Ahmad mengetuai delegasi Malaysia dalam lawatan kerja tersebut yang merupakan program inisiatif Yayasan Diraja Sultan Mizan (YDSM) anjuran Kementerian Sains, Teknologi dan Alam Sekitar bertujuan membuka laluan bagi kerajaan menubuhkan sebuah stesen penyelidikan kendalian bersama dengan Instituto Antartico Chileno (Inach), Chile.

Ia juga akan meletakkan Malaysia sebagai sebuah negara yang mampu menyumbang dari segi penyelidikan berkaitan perubahan cuaca dunia yang semakin tidak menentu.

Anwar diusir Jepun: Desak penjelasan Wisma Putra

Posted: 20 Jan 2014 04:08 AM PST


Anwar Ibrahim Anwar Ibrahim


SHAH ALAM - Ketua Umum PKR, Datuk Seri Anwar Ibrahim mendesak Kementerian Luar Negeri memberi penjelasan di sebalik sandiwara kerajaan yang didakwa mendalangi pengusiran beliau dari Jepun.

Anwar mendakwa kerajaan telah memberikan 'laporan terbaru' termasuk skandal kepada kerajaan Jepun hingga menghalang beliau daripada memasuki negara terbabit secara sah hari ini.

"Apa peranan Wisma Putra hingga menyebabkan saya terpaksa diusir dari Jepun.

"Ketika ditahan pihak berkuasa Jepun, saya meminta penjelasan, mereka akhirnya memberitahu saya bahawa mereka terpaksa mengambil tindakan ini "kerana laporan terkini" mungkin pada lalu," katanya memetik kenyataannya dari akaun laman sosial Facebook, hari ini.

Mengulas lanjut, Anwar membantah sekeras-kerasnya tindakan kerajaan Jepun yang menghalang beliau memasuki negara itu secara sah sekali gus menafikan haknya untuk mendapatkan perjalanan bebas tanpa sebarang halangan.

Tambah beliau, tindakan pihak berkuasa Jepun itu mengejutkannya kerana sebagai sebuah negara demokrasi terkemuka di dunia, perkara tersebut tidak pernah berlaku dengan hanya alasan yang berasas dan lemah.

"Saya mengesyaki ada tangan tersembunyi yang mendalangi kemasukan saya ke Jepun.

"Sebelum ini saya telah memasuki Tokyo tanpa halangan sebanyak tiga kali pada 2006, 2009, dan 2012, namun kali ini dihalang pula," katanya.

Memetik kenyataannya lagi, Anwar telah tiba di Lapangan Terbang Antarabangsa Narita pada jam 6.45 pagi, hari ini dari Kuala Lumpur tetapi telah dihalang daripada memasukinya oleh pihak berkuasa imigresen Jepun.

Beliau kemudiannya diarah pihak berkuasa Jepun untuk mengambil penerbangan pulang ke Kuala Lumpur pada jam 10.45 pagi, hari ini.

Mat Sabu: PM patut rasa terhina, bukan Melayu

Posted: 20 Jan 2014 03:58 AM PST

MALAYSIAKINI




Ahli politik Melayu Pakatan Rakyat hari ini tampil mempertahankan 'flash mob kangkung' anjuran Anggota Dewan Undangan Negeri (ADUN) Machang Bubuk Lee Khai Loon yang dikatakan menghina Melayu.


Timbalan Presiden PAS Mohamad Sabu berkata, beliau tidak terasa terhina dengan tindakan itu kerana ia melibatkan isu ekonomi yang menjejaskan semua bangsa dan bukan sahaja Melayu.

"Orang yang patut rasa hina adalah Perdana Menteri Datuk Seri Najib Razak yang memulakan isu ini dan Umno yang menjadikannya isu kaum," kata Mohamad.

Pesuruhjaya PAS Pulau Pinang itu berkata, menggunakan kangkung sebagai contoh tidak tepat kerana ia bukan makanan asasi seperti beras.

Beliau yang lebih dikenali sebagai Mat Sabu turut mengkritik polis yang sepatutnya lebih menjaga keselamatan orang awam dan bukannya menjadi alat Umno.

PERKASA kesal filem 'lucah' syarikat anak Rosmah

Posted: 20 Jan 2014 03:32 AM PST

MALAYSIAKINI




PERKASA melahirkan rasa kesal kerana banyak adegan "lucah" dipaparkan dalam filem The Wolf of Wall Street yang dilapor diterbitkan syarikat yang diasaskan rakyat Malaysia Riza Aziz.


Setiausaha Agungnya Syed Hasan Syed Ali berkata kejayaan di peringkat global tidak bermaksud perlu menurut rencah negara Barat.

"Jika benarlah filem ini diterbitkan orang orang Melayu, PERKASA rasa sangat sedih. Di sini bila Melayu bermakna ia Islam. PERKASA hairan mengapa orang Islam tergamak buat filem yang banyak adengan-adegan lucah dalamnya.

"Jangan ajak kami umat Islam negara ini terima segala apa sahaja yang global. Kita disaran supaya maju dalam negara dan menerokai hingga peringkat antarabangsa dengan jayanya," kata beliau dalam SMS kepada Malaysiakini.

Beliau berkata demikian bagi mengulas keputusan kerajaan mengharamkan tayangan filem itu baru-baru ini.

Portal hiburan The Hollywood Reporter (THR) kelmarin melaporkan, The Wolf of Wall Street kelmarin dilaporkan diharamkan di Malaysia ekoran kandungan dan bahasa yang eksplisit.

Riza dikatakan anak kepada isteri Perdana Menteri Datin Seri Rosmah Mansor bersama bekas suami pertamanya yang sebelum ini dilaporkan membeli satu unit kondominium mewah berharga RM 100 juta di New York.

Akhbar Daily Mail melaporkan negara UAE telah memotong satu pertiga filem tersebut lantaran aksi lucah serta dialog mengandungi perkataan kurang sopan diucapkan yang tidak bersesuaian dengan budaya Timur Tengah.

Pengkritik filem turut menyatakan filem yang keterlaluan mengangkat citra 'dadah, seks dan wang' itu turut merakamkan lebih 500 kali penggunaan perkataan lucah dan kurang sopan.

Justeru Syed Hasan berkata, PERKASA menyokong pengharaman filem kerana ia pastinya dilakukan dengan teliti oleh pihak berwajib negara.

"Negara ini bukan negara yang mudah mahu mengharamkan sesuatu perkara terutama filem luar tetapi semua filem luar perlu faham tapisan sesebuah filem perlu dilakukan sebelum dibenarkan ditayangkan.

"Difahamkan filem tersebut terlalu banyak adegan-adegan lucah dan ia tidak sesuai sekali ditayangkan di panggung-panggung di negara ini," kata beliau.

PERKASA: Jangan buang masa layan Anwar

Posted: 20 Jan 2014 03:31 AM PST

MALAYSIAKINI




PERKASA hari ini berkata, Wisma Putra tidak perlu melayan tuntutan Ketua Pembangkang Datuk Seri Anwar Ibrahim yang mahukan penjelasan berhubung larangan memasuki Jepun terhadapnya semalam.

"Tidak perlu buang masa periksa semula, (saya) terkejut dia menyalahkan Wisma Putera, sebaliknya Wisma Putra tiada kena mengena dengan imigresen...

"Dia pergi pun tidak beritahu Wisma Putra.

"Bila tidak boleh masuk, (baru) dia cari Wisma Putra," katanya dalam sidang media di ibu negara petang ini," kata ketua penerangannya Muhammad Zahid Md Arip

Bercakap dalam sidang media di Kuala Lumpur hari ini, Zahid berkata, Anwar sepatutnya mendapatkan penjelasan terus daripada kedutaan atau imigresen Jepun yang menghalangnya.

Zahid berpendapat, sekatan tersebut menunjukkan bahawa Jepun tidak memerlukan anggota Parlimen Permatang Pauh di negara matahari terbit itu.

"Saya bersimpati, kasihan dia," sindir pemimpin Pemuda PKR itu.

Sementara itu, beliau juga berkata, Anwar sengaja mahu menimbulkan kontroversi sekali gus mahu membesar-besarkan cerita.

"Dia (Anwar) rasa ini satu peluang baik untuk dapat publisiti murahan dan rasa diri dia hebat sangatlah. Isu ini bukan satu isu besar tetapi sengaja diperbesarkan Anwar," katanya lagi.

Pemecatan Azmin kekal, bos PKNS dipindah keluar

Posted: 20 Jan 2014 03:26 AM PST

MALAYSIAKINI




Keputusan pemecatan Azmin Ali sebagai ahli lembaga pengarah Perbadanan Kemajuan Negeri Selangor (PKNS) kekal sementara menunggu siasatan lanjut berhubung perkara itu, kata menteri besar.

Dalam masa yang sama Pengurus Besar Datuk Othman Omar dan Setiausaha Eksekutif PKNS Norita Mohd Sidek dipindahkan serta merta ke pejabat setiausaha kerajaan negeri (SUK) sepanjang siasatan dilakukan.

Tan Sri Khalid Ibrahim berkata, siasatan itu dibuat kerana surat pemecatan Azmin yang dikeluarkan oleh Othman dibuat pada 8 Januari lalu tanpa pengetahuan beliau.

"Sementara itu kedudukan ahli lembaga pengarah PKNS berkenaan kekal seperti yang diarahkan oleh pengurus besar PKNS pada 8 Januari lepas untuk mengelakkan sebarang komplikasi perundangan," katanya.

Khalid berkata, beliau telah berbincang dengan pegawai kanan kerajaan tentang perkara itu dan menyerahkan surat kuasa kepada SUK Datuk Mohamed Khusrin Munawi untuk melaksanakan tindakan pentadbiran.

Perkara itu dimaklumkan melalui kenyataan medianya petang ini.

Khalid sebelum itu bermesyuarat panjang kira-kira empat jam sehingga jam 7 petang bersama PKNS hari ini.

Sementara itu, dalam reaksi segera di laman twiternya, Azmin, timbalan presiden PKR dan ahli parlimen Gombak berkata :

"#PKNS Board; Jangan buat spekulasi. Saya masih terkeluar."

Tiada ulasan: