Isnin, 13 Januari 2014

DUNIACACAMARBA

DUNIACACAMARBA


Anak 'Harumkan' Nama Negara, Si Ibu Sumbang RM326 Juta???

Posted: 13 Jan 2014 07:43 AM PST

Riza (paling kiri) bersama penerbit Joey McFarland dan para pelakon filem The Wolf of Wall Street iaitu Margot Robbie, Leonardo DiCaprio ketika tayangan perdana filem berkenaan di Leicester, London pada 9 Januari lalu. - Foto Mstar Online.

Anak Rosmah, Riza Aziz 'Harumkan' Nama Negara

[SH] LOS ANGELES - AMERIKA SYARIKAT. Produser filem Hollywood kelahiran Malaysia, Riza Aziz mencipta nama menerusi kejayaan filem terbitannya, The Wolf Of Wall Street yang menggondol Anugerah Golden Globes kategori Pelakon Lelaki Terbaik menerusi lakonan mantap Leonardo DiCaprio.

Filem yang menelan belanja RM326 juta itu didakwa hasil sumbangan kewangan daripada ibunya, Datin Seri Rosmah Mansor yang juga isteri kepada Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Tun Razak.

Dipetik Mstar Online, Riza dikatakan enggan mengulas lanjut mengenai kontroversi yang melanda filemnya itu.

Riza merupakan anak Rosmah bersama bekas suami pertamanya, Abdul Aziz Nong Chik.

Filem penuh kontroversi itu berdasarkan kisah benar mengenai broker saham Wall Street, Jordan Belfort lakonan DiCaprio yang dipenjarakan kerana rasuah dan jenayah perdagangan.

Filem itu turut membariskan bintang-bintang Hollywood terkenal seperti Jonah Hill, Margot Robbie and Matthew McConaughey.

Mengulas mengenai kemenangan DiCaprio, Riza akui sangat berbangga dengan bakat dan dedikasi bintang 'superstar' Hollywood itu.

"Saya senang bekerjasama dengan Leo. Dia seorang pelakon yang sangat profesional dan komited terhadap tugasnya.

"Leo seorang bintang filem ternama yang sangat merendah diri dan baik hati," kata Riza.

DiCaprio dikatakan bersetuju berlakon filem The Wolf Of Wall Street di atas dasar persahabatannya yang sudah terjalin dengan Riza sejak beberapa tahun yang lalu. - 13/1/14


P/s: Wow, banyaknya duit tabung Hajah Rosmah!!!!

Berita Sinar ini saya salin daripada Malaysian Chronicle. 

Pautan di sumber asal TERGENDALA...klik sini.


Berkaitan:

Rosmah Biaya Filem Anak di Hollywood RM326 juta?

[KD] KUALA LUMPUR 13 JAN: Produser filem Hollywood kelahiran Malaysia, Riza Aziz dilapor mencipta nama menerusi kejayaan filem terbitannya, The Wolf Of Wall Street yang menggondol Anugerah Golden Globes kategori Pelakon Lelaki Terbaik menerusi lakonan pelakon terkenal, Leonardo DiCaprio.

Bagaimanapun, persoalan timbul berikutan spekulasi media mendakwa filem itu dibiayai ibunya, Datin Seri Rosmah Mansor yang juga isteri perdana menteri, Datuk Seri Najib Razak.

Dipetik Mstar Online, Riza dikatakan enggan mengulas kontroversi yang melanda filemnya yang menelan belanja US$100 juta (RM326 juta) itu termasuk tuduhan sebuah 'portal pro-pembangkang' yang mendakwa produser itu mendapat sumbangan kewangan daripada ibunya.

Bagaimanapun, portal MStar tidak menjelaskan portal pembangkang yang dimaksudkan.

Riza merupakan anak Rosmah bersama bekas suami pertamanya, Abdul Aziz Nong Chik yang sebelum ini dilaporkan membeli satu unit kondominium mewah berharga RM 100 juta di New York.

Filem penuh kontroversi itu berdasarkan kisah benar mengenai broker saham Wall Street, Jordan Belfort lakonan DiCaprio yang dipenjarakan kerana rasuah dan jenayah perdagangan.

Filem itu turut membariskan bintang-bintang Hollywood terkenal seperti Jonah Hill, Margot Robbie and Matthew McConaughey. 13/1/14




Gaji MB, Speaker, Timbalan, Exco Selangor Dipotong, Kenaikan Diteruskan - Exco

Posted: 13 Jan 2014 01:06 AM PST


[TMI] Kerajaan Pakatan Rakyat negeri Selangor mengesahkan gaji menteri besar, speaker dan timbalan speaker serta exco akan dipotong dan dimasukkan ke dalam tabung kebajikan untuk membantu rakyat negeri itu.

Ia dibuat selepas pentadbiran kerajaan negeri dikritik hebat kerana kenaikan terlalu mendadak. Namun, gaji Ahli Dewan Undangan Negeri (Adun) akan dikekalkan.

Exco Perumahan, Pengurusan Bangunan dan Peneroka Bandar, Iskandar Abdul Samad bagaimanapun berkata, kenaikan yang diputuskan dalam Dewan Undangan Negeri (DUN) tetap kekal.


"Kenaikan gaji masih kekal seperti yang diluluskan DUN bagaimanapun dipotong untuk dimasukkan ke tabung negeri bagi melaksanakan program kebajikan demi kesejahteraan rakyat Selangor," kata Iskandar yang dipetik dalam akhbar Sinar Harian hari ini.

Iskandar berkata, kadar pemotongan tersebut berbeza-beza tetapi kadarnya masih lagi belum dimuktamadkan.

"Peratusan memotong untuk setiap jawatan berkenaan adalah berbeza-beza," katanya.

Iskandar memberi alasan langkah untuk mengubah gaji baru perlu melalui proses rumit, oleh sebab itu kaedah pemotongan adalah jalannya.

"Kalau hendak ubah gaji kena pinda dalam DUN, ia terlalu rumit.

"Oleh itu, dimuktamadkan sebulat suara gaji menteri besar, speaker, timbalan speaker dan exco dipotong untuk disalurkan ke tabung kebajikan untuk tujuan kebajikan," katanya.

Beliau juga menafikan laporan gaji dibekukan seperti yang dilaporkan oleh media sebelum ini.

Persidangan DUN Selangor pada November lalu meluluskan kenaikan gaji untuk semua 56 Adun berkuatkuasa 1 Januari 2014, dengan timbalan speaker DUN mendapat kenaikan tertinggi sebanyak 373.3%.

Ia melanggar ranking perjawatan sebelum ini kerana biasanya gaji menteri besar paling mahal diikuti exco, speaker dan timbalan speaker.

Rang undang-undang Enakmen Anggota Pentadbiran dan Anggota Dewan Negeri (Saraan) (Pindaan) 2013 juga memperuntukkan kenaikan gaji menteri besar Selangor, speaker DUN dan barisan exco kerajaan negeri.

Gaji menteri besar dinaikkan daripada RM14,175.15 kepada RM29,250; anggota exco kerajaan negeri daripada RM6,109.29 kepada RM20,250; speaker DUN (RM6,109.29 kepada RM22,500); timbalan speaker (RM3,327.50 kepada RM15,750) dan Adun (RM6,000 kepada RM11,250).

Bagaimanapun, langkah tersebut menerima kritikan hebat daripada pemimpin PR sendiri.

Ketua Pembangkang, Datuk Seri Anwar Ibrahim yang juga penasihat ekonomi negeri Selangor berkata, kenaikan gaji pemimpin tertinggi kerajaan dan Adun di Selangor terlalu tinggi dan dibuat secara mendadak.

Katanya, walaupun setuju dengan cadangan kenaikan gaji itu, beliau berpendapat kadar kenaikannya tidak munasabah. - 13 Januari 2014.

Tragedi dan Drama PKFZ - TMI

Posted: 13 Jan 2014 12:52 AM PST


[TMI] Bekas Menteri Pengangkutan, Tun Dr Ling Liong Sik turut bebas daripada skandal PKFZ. Gambar fail.Ini adalah fakta mengenai politik di Malaysia: selain daripada sasaran kegemaran kerajaan iaitu Datuk Seri Anwar Ibrahim, tiada seorang pun menteri atau bekas menteri lain yang pernah melihat apa isi penjara.

Ada beberapa kes yang hampir, antaranya adalah pembunuhan ahli politik Umno pada 1982 namun tiada satu pun yang membayar apa yang dilakukannya ketika masih memegang jawatan.

Hari ini, bekas menteri dan timbalan presiden MCA, Tan Sri Chan Kong Choy menyertai senarai panjang bekas menteri yang terlepas daripada dipenjarakan selepas pihak pendakwa menarik balik tuduhan menipu berhubung Zon Bebas Pelabuhan Klang (PKFZ).

Projek tersebut pada mulanya bernilai RM1.1 bilion apabila ia diilhamkan pada 1997, tetapi menjadi berlipat ganda kepada RM4.6 bilion pada 2007. Kos muktamad kepada pembayar cukai dianggarkan sebanyak RM12.5 bilion.

Tiada siapa pun yang dihukum dalam skandal ini.

Laporan PwC pada 2009 menyifatkan Chan, Puan O C Phang dan bekas pengurus besar Lembaga Pelabuhan Klang dan lembaga pengarah agensi pelabuhan itu sebagai tidak menjalankan tugas dengan sepenuh perhatian.

Namun kes ini nampaknya harus berakhir secara mendadak.

Kalau tidak, ia akan memalukan mantan Perdana Menteri Tun Abdullah Badawi, yang sepatutnya menjelaskan mengapa keputusan tertentu dibuat oleh kerajaan beliau dan mengapa tandatangan beliau berada di perjanjian tertentu dan sama ada rakan Kabinet beliau dimaklumkan atas beberapa keputusan yang dibuat PKFZ.

Pendek kata, Chan tidak patut menjadi satu-satunya yang dibawa ke muka pengadilan.

Abdullah, rakan-rakan Kabinet beliau dan beberapa ahli politik termasuk seorang di Malaysia Timur yang baru-baru ini diberi tugasan berat oleh Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Razak, juga harus menjawab soalan yang timbul daripada skandal ini.

Contohnya, bagaimana tanah yang dibeli pada 1990-an pada harga RM96 juta atau sekurang-kurangnya RM3 satu kaki persegi, dijual pada harga RM1 bilion atau RM25 satu kaki persegi.

Mengapa penjual diberi hak tunggal untuk membangunkan zon bebas perdagangan tanpa membuka tender.

Dan bagaimana pula mereka mampu mengumpul dana melalui perjanjian yang dipertahankan oleh "surat pujukan" daripada menteri pengangkutan Malaysia.

Tetapi pihak pendakwa datang menyelamatkan hari. Satu lagi tertuduh daripada skandal PKFZ dibebaskan. Tiada siapa pun yang tinggal untuk menanggung salah selain daripada rakyat Malaysia, yang akan melihat duit cukai dibayar habis dibazirkan.

Betullah kata Karl Marx, sejarah akan berulang, pada mulanya sebuah tragedi, kemudian menjadi sandiwara. Inilah penyudahnya skandal PKFZ. – 13 Januari, 2014.



Tiada ulasan: