Isnin, 13 Januari 2014

DIALOG RAKYAT

DIALOG RAKYAT


Fama akui perbezaan harga

Posted: 13 Jan 2014 04:07 PM PST


Fama akui perbezaan harga  
Harga sotong yang dijual di pasar tani sekitar Kluang semalam.

KLUANG - Tinjauan Sinar Harian ke sebuah pasar tani dan pasar awam, di sini, mendapati ada perbezaan pada harga barangan basah dijual di kedua-dua tempat itu.

Harga ikan menunjukkan perbezaan, dengan selar kuning dijual pada harga RM10 sekilogram, udang putih (RM20), sotong (RM20), pelaling (RM10), selar papan (RM12), cencaru (RM9) dan ayam proses (RM7.50).

Di Pasar Awam Kluang pula, selar kuning dijual RM8 sekilogram, udang putih (RM18), sotong (RM15 hingga RM16), pelaling (RM8), cencaru (RM8) dan ayam proses (RM6.80 hingga RM7.20).

Pegawai Lembaga Pemasaran Pertanian Persekutuan (Fama) Kluang, Abdul Rahman Mohd Noor akui perbezaan harga di dua tempat itu.

Menurutnya, perlaksanaan program Jimat Belanja Dapur yang diperkenalkan Kementerian Pertanian dan Industri Asas tani minggu lalu belum dilaksanakan di lima pasar tani di bawah pentadbiran Fama Kluang.

"Pihak kami akan memberikan penerangan kepada peniaga pasar tani sepanjang minggu ini dan perlaksanaan program Jimat Belanja Dapur hanya akan mula dilaksanakan minggu hadapan.

"Sebanyak 22 barang keperluan harian akan dijual pada harga antara lima dan 20 peratus lebih rendah daripada harga pasaran akan dipatuhi oleh peniaga," katanya.  

Abdul Rahman berkata, harga barangan yang diletak oleh peniaga agak tinggi disebabkan hampir semua peniaga di pasar tani itu mendapat bekalan daripada pembekal yang membekalkan barang-barang ke Pasar Awam Kluang.

"Mengenai kegagalan peniaga meletakkan tanda harga adalah berpunca daripada sikap peniaga itu sendiri kerana arahan dan pemantauan sentiasa dilakukan, namun ia tetap berulang setiap kali operasi pasar tani diadakan.

"Apa yang saya harap selepas ini peniaga akan mematuhi arahan yang diberikan dan menjual harga barangan basah mereka dengan berpatutan," katanya.

Pasukan khas siasat anggota polis rasuah

Posted: 13 Jan 2014 04:07 PM PST

SINAR HARIAN


Rasuah


KUALA LUMPUR - Satu pasukan petugas khas ditubuhkan di Jabatan Peguam Negara untuk menyiasat beberapa anggota polis yang dipercayai terlibat dalam aktiviti pengubahan wang haram dan rasuah.

Ketua Pesuruhjaya Suruhanjaya Pencegahan rasuah Malaysia (SPRM) Tan Sri Abu Kassim Mohamed berkata pasukan petugas itu, yang ditubuhkan oleh SPRM dan agensi-agensi lain seperti Bank Negara Malaysia, dipertanggungjawab untuk menyiasat kes itu.

"Setiap kali kami mengendalikan kes berprofil tinggi, kami akan menubuhkan satu pasukan petugas khas. Dan, saya mahu menjelaskan bahawa penyiasatan oleh pasukan petugas khas di Jabatan Peguam Negara melibatkan banyak agensi lain.

"Adalah tidak adil untuk menyatakan hanya SPRM yang berbuat demikian bagi mendapatkan pujian atau sebagainya. Bagi saya, adalah lebih baik memberi kenyataan sewajarnya untuk menjelaskan perkara ini," katanya kepada pemberita selepas melancarkan Laporan Kaji Selidik Penipuan, Sogokan dan Rasuah KPMG 2013 di sini, hari ini.

Abu Kassim berkata dengan penubuhan pasukan petugas khas itu, SPRM berharap dapat memperoleh lebih banyak maklumat berhubung kes itu.

Pada 7 Januari lepas, media melaporkan bahawa aduan seorang anggota polis yang tidak berpuas hati dengan SPRM kira-kira enam bulan lepas, telah membawa kepada penyiasatan terhadap beberapa anggota polis yang dipercayai terlibat dalam pengubahan wang haram dan rasuah.

Sementara itu, Abu Kassim enggan mengulas keputusan Mahkamah Tinggi melepaskan dan membebaskan bekas menteri pengangkutan Tan Sri Chan Kong Choy hari ini setelah pihak pendakwaan menarik balik tiga pertuduhannya menipu bekas perdana menteri Tun Abdullah Ahmad Badawi berhubung projek Zon Perdagangan Bebas Pelabuhan Klang (PKFZ).

Chan menghadapi tiga pertuduhan menipu Abdullah dengan memperdayakannya (Abdullah) untuk meluluskan Kuala Dimensi Sdn Bhd (KDSB) sebagai pemaju siap guna bagi menjalankan pembangunan projek hub penghantaraan di Zon Bebas Pulau Indah dan kerja pengubahsuaian di tapak PKFZ antara 2004 dan 2006 bernilai RM1.9 bilion.

Beliau didakwa melakukan kesalahan itu di Tingkat 4, Blok Utama di Pejabat Perdana Menteri Bangunan Perdana Putra, Putrajaya.

Chan didakwa mengikut Seksyen 417 Kanun Keseksaan yang membawa hukuman penjara lima tahun atau denda atau kedua-duanya, jika sabit kesalahan.

Terdahulu, ketika berucap pada majlis itu, Abu Kassim berkata SPRM bersedia membantu semua syarikat yang berpejabat di Malaysia untuk membangunkan program kesedaran serta menyediakan modul pencegahan rasuah dan modul pembangunan kapasiti.

"Dengan rasa besar hati, kami menawarkan Akademi Pencegahan Rasuah Malaysia (MACA) sebagai sumber untuk latihan modul atau siri program yang boleh dihasilkan mengikut keperluan sesebuah syarikat," katanya.

Beliau berkata MACA telah mendapat pengiktirafan Pejabat Pertubuhan Bangsa-bangsa Bersatu mengenai Dadah dan Jenayah (UNODC). - Bernama

Harga ayam dijangka naik

Posted: 13 Jan 2014 04:03 PM PST


Harga ayam dijangka naik Zainordin menunjukkan ayam yang dijualnya pada harga RM7.80 sekilogram.


ALOR SETAR - Kebanyakan peniaga di Pasar Besar Alor Setar, di sini, menjangkakan berlaku kenaikan harga barangan mentah khususnya ayam menjelang sambutan Tahun Baru Cina.

Difahamkan, harga ayam pada minggu lalu dijual pada harga RM7.50 sekilogram, bagaimanapun ia kini naik kepada RM7.80 sekilogram.

Peniaga, Zainordin Zainol, 31, berkata, kenaikan itu tidak dapat dielakkan terutama menjelang sambutan Tahun Baru Cina tidak lama lagi.

"Ayam pada masa kini masih dijual dengan harga berpatutan. Walaupun harganya naik turun, tetapi ia tidaklah terlalu membebankan pengguna.

"Bagaimanapun, harga ayam mungkin naik antara 10 sen sehingga 20 sen lagi menjelang Tahun Baru Cina nanti," katanya kepada Sinar Harian, semalam.

Menurutnya, kenaikan harga tidak dapat dielakkan kerana berlaku permintaan yang terlalu tinggi daripada pengguna setiap musim perayaan.

Penasihat Undang-Undang dan Pengarah JAIS baru mengangkat sumpah

Posted: 13 Jan 2014 03:17 AM PST

Oleh: Remy Arifin


SHAH ALAM: DYMM Sultan Selangor, Sultan Sharafuddin Idris Shah hari ini berkenan melantik Penasihat Undang-Undang Negeri dan Pengarah Jabatan Agama Islam Selangor (JAIS) yang baru.

Sultan Sharafuddin Idris Shah menerima sembah menghadap daripada Datuk Nik Suhaimi Nik Sulaiman yang menggantikan Zauyah T. Loth Khan sebagai Penasihat Undang-Undang Negeri dan Ahmad Zaharin Mohd Saad yang menggantikan Marzuki Hussin sebagai Pengarah JAIS.

a2
Datuk Nik Suhaimi Nik Sulaiman 

a3
Ahmad Zaharin Mohd Saad 

Kedua-dua mereka turut dilantik sebagai ahli Majlis Agama Islam Selangor (MAIS) berkuatkuasa 2 Januari lalu sehingga Disember tahun ini selaras dengan Seksyen (2) Enakmen Pentadbiran Agama Islam Selangor 2003.

Turut hadir dalam majlis itu Menteri Besar ,Tan Sri Abdul Khalid Ibrahim dan Ahli Majlis Mesyuarat Kerajaan Negeri dan Ahli Dewan Diraja Selangor yang berlangsung di Istana Bukit Kayangan, di sini.EZY

MB: Kerajaan Selangor bina projek HORAS pasti bekalan air berterusan

Posted: 13 Jan 2014 03:14 AM PST

Oleh: Mohd Ezli Mashut


SHAH ALAM : Kerajaan Negeri mengeluarkan arahan untuk memulakan projek HORAS (Hybrid Off River Augmentation System) di Sungai Selangor yang mampu membekalkan air bersih antara 600 hingga 700 juta liter sehari (MLD).

Menteri Besar, Tan Sri Abdul Khalid Ibrahim, berkata Kerajaan Negeri melaksanakan usaha itu bagi memastikan pengguna terus mendapat bekalan air sementara menunggu Kerajaan Persekutuan menguatkuasakan Seksyen 114 Akta Industri Perkhidmatan Air (WSIA) yang bertujuan menyusun semula industri perkhidmatan air di Selangor.

air-syabas_MB1

Katanya, dengan adanya HORAS ini, rakyat Selangor tidak akan terlalu bergantung kepada projek loji Langat 2 sebagai satu jaminan atau kepastian bahawa pengguna air di Selangor, Kuala Lumpur dan Putrajaya akan mendapat bekalan air berterusan.

"Sistem ini melibatkan penakungan stormwater dari Sungai Selangor di kawasan bekas lombong di Bestari Jaya.

"Berdasarkan data limpahan di Baraj Bestari Jaya, didapati sumber stormwater Sungai Selangor adalah mencukupi ketika berlaku lebihan daripada penggunaan loji di Sungai Selangor.

"Keupayaan takungan ini dianggarkan mencukupi untuk 4 bulan tanpa aliran dari Sungai Selangor ketika musim kemarau pertengahan tahun," kata Abdul Khalid dalam kenyataan medianya.

Beliau berkata majlis pecah tanah bagi pembinaan HORAS ini dirancang diadakan dalam waktu terdekat ini dan akan menjemput Suruhanjaya Perkhidmatan Air Negara (SPAN) untuk bersama-sama menjayakan projek itu.

"Kita mengarahkan Lembaga Urus Air Selangor (LUAS) supaya menyelaraskan pengeluaran lesen air mentah untuk diberikan kepada syarikat milik penuh kerajaan negeri, Kumpulan Darul Ehsan Berhad (KDEB), selari dengan rancangan penyusunan semula industri air Selangor.

"Sehubungan itu, lesen air mentah yang diberikan kepada syarikat konsesi termasuk Puncak Niaga akan ditamatkan," kata beliau.

Abdul Khalid berkata, beliau yakin Kerajaan Persekutuan mampu menguatkuasakan Seksyen 114 WSIA dengan lancar bagi memberi laluan kepada penyusunan semula industri perkhidmatan air di negeri itu.EZY

Jangan sambut Maulidur Rasul seperti Abu Jahal

Posted: 13 Jan 2014 03:10 AM PST



Oleh MUHAMMAD HAZIM MOHD NOH


Firman Allah swt dalam Al-Quran (maksudnya): "Demi sesungguhnya, adalah bagi kamu pada diri Rasulullah itu contoh ikutan yang baik, iaitu bagi orang yang mengharapkan (keredhaan) Allah dan (balasan baik) hari akhirat, serta dia pula menyebut dan mengingati Allah banyak-banyak (dalam masa susah dan senang)." (Surah Al-Ahzab: 21

Alhamdulillah kerana Allah masih lagi memberi kita nafas yang cukup baik untuk kita meneruskan hidup di muka bumi Allah. Sangat banyak nikmat Allah sehingga kita tidak mampu untuk menghitung nikmat Allah apatah lagi membayar semula. Bertepatan dengan firman Allah swt (maksudnya): "..dan jika kamu menghitung nikmat Allah nescaya lemahlah kamu menentukan bilangannya.." (Surah Ibrahim: 34)

Hanya yang mampu untuk kita lakukan adalah dengan bersyukur di atas nikmat yang dikurniakan oleh Allah swt. Bersyukur bagaimana? Dengan melakukan segala apa yang diperintahkan oleh Allah dan meninggalkan segala yang dilarang oleh Allah swt. Bagi manusia yang tidak bersyukur dengan nikmat dan kurniaan Allah swt, maka Allah akan mengazab mereka.

Firman Allah yang bermaksud: "Dan (ingatlah) ketika Tuhan kamu memberitahu: Demi sesungguhnya! Jika kamu bersyukur nescaya Aku akan tambahi nikmat-Ku kepada kamu dan demi sesungguhnya, jika kamu kufur ingkar sesungguhnya azabKu amatlah keras." (Surah Ibrahim: 7)

Hari ini kita telah menjejak ke dalam bulan Islam iaitu hari kelahiran Rasul junjungan mulia Nabi Muhammad s.a.w. Semestinya hari ini merupakan antara hari yang sangat istimewa buat seluruh umat Islam terutama yang mencintai diri Rasulullah itu.

Tetapi apa yang menjadi persoalan dalam benak pemikiran saya adalah, benarkah umat Islam Islam benar-benar mencintai Rasulullah  s.a.w.? Kalau benar mereka mencintai Rasulullah, kenapa masih ada yang menyambut Maulidur Rasul dalam keadaan mereka tidak menepati ciri-ciri aurat yang ditentukan oleh Islam? Kenapa yang menyambut Maulidur Rasul yang dikatakan mencintai Rasulullah s.a.w. tetapi masih lagi tidak menjalankan hukum-hukum Allah?

Saya boleh simpulkan bahawa hari ini ramai kalangan umat Islam yang menyambut Maulidur Rasul bukan datang dari perasaan kasih sayang yang sangat mencintai Rasulullah akan tetapi mereka hanya menyambut sekadar adat sahaja. Orang lain buat, kenapa tidak untuk aku membuatnya?

Apabila tiba hari kelahiran Nabi s.a.w, umat Islam bertungkus lumus membuat bermacam-macam program untuk membangkitkan rasa cinta kepada Rasulullah saw. Ini usaha yang sangat baik tetapi sama seperti program-program yang birthday party yang dianjurkan oleh manusia lain.

Saya berkata begini kerana, yang menyambut Maulidur Rasul ada kalangan manusia yang buka aurat, tutup aurat pun masih lagi tidak menepati ciri-ciri yang digariskan untuk Islam, pemimpin Islam tetapi masih lagi menolak hukum Allah dan masih tidak melaksanakan.

Adakah tindakan ini seakan-akan menyamai Abu Jahal, bapa saudara Nabi saw yang pada mula kelahiran Nabi saw, dialah antara orang yang paling gembira dengan menyembelih beratus-ratus ekor unta? Dengan erti kata lain Abu Jahal menyambut Maulidur Rasul (kelahiran) pada ketika itu.

Abu Jahal sangat mencintai Nabi s.a.w. tetapi apabila Nabi s.a.w. mula menyampaikan risalah Islam, Abu Jahal mula membenci Nabi s.a.w. Sedangkan dahulunya dialah antara orang yang paling gembira menyambut Maulidur Rasul.

Oleh itu, bagi saya ulang tahun kelahiran Nabi s.a.w. ini adalah untuk kita semakin kuat mengingati Rasulullah sebagai penyelamat umat. Bukan hanya sekadar berarak ketika Maulidur Rasul tetapi kita perlu menghayati peritnya perjuangan Rasulullah dalam menyebarkan Islam.

Seterusnya kita melaksanakan apa yang disuruh oleh Allah dan tinggalkan apa yang di larang. Rata-rata umat Islam hari ini juga suka menyambut Maulidur Rasul tetapi pada masa yang sama tidak menutup aurat , melanggar hukum-hukum Allah, menolak hukum Allah, tidak mengikut garis panduan Islam dan sebagainya maka samalah seperti perangai Abu Jahal.

Akhir kata muhasabah untuk diri saya dan seluruh umat Islam bahawa kita menyambut Maulidur Rasul dengan penuh menghayati perjuangan Rasulullah s.a.w. dalam menyebarkan Islam dan sekaligus cuba untuk menjadi umat Islam yang lebih baik dengan tidak menjadikan sambutan Maulidur Rasul itu sebagai adat yang mesti dibuat. Salam Maulidur Rasul buat seluruh umat Islam.

(*) Penulis ialah bekas Presiden PMIUPM. Artikel ini ditulis ketika beliau memimpin PMIUPM

Selamatkan negara dahulu, baru selamatkan parti

Posted: 13 Jan 2014 03:05 AM PST


Oleh Aspan Alias


Isu Allah sudah menjadi isu yang tidak mungkin selesai. Saya tidak berani memberikan pandangan tentang hukum dan hakam kepada persoalan ini. Tetapi yang saya tahu penyelesaian tidak akan dapat dicari kerana saya cenderung untuk menuduh isu Allah ini adalah isu yang dipolitikkan oleh setengah pihak untuk kepentingan politik mereka. 

Mungkin ramai yang membantah apa yang ada dalam pemikiran saya, tetapi saya juga tahu Tuhan menyuruh kita mengenali di antara satu dengan lain serta menghormati di antara kaum dan agama. Di negara lain tidak timbul isu ini dan tidak pernah pula kita mendengar isu ini merebak dimana-mana negara diseluruh dunia ini.

Apabila ada pihak yang menyangkutkan nama Allah ini dengan akidah, maka ia tidak akan selesai kerana selama ini banyak agama menggunakan nama Allah ini dalam agama mereka sejak dari dulu lagi. Tidak usah kita menjadikan isu ini lebih berat dari apa yang kita hadapi sekarang ini.

Kita khuatir isu ini akan membawa padah kepada negara kerana ia amat sensitif. Yang melanggar hukum agama pun menjadi sibuk membahaskan isu ini tanpa mengetahui dan tidak mampu membezakan di antara sifat dengan zat Tuhan itu. Mahu tidak mahu kita perlu selesaikan isu ini dengan baik dan harmonis.

Elok dihimpunkan semua ulamak dan sadiqiah Islam di seluruh dunia bersama dengan ketua-ketua agama lain dan adakan perhimpunan itu di Kuala Lumpur kerana isu ini hanya berlaku di sini. Ambil keputusan yang boleh diterima dan difahami oleh semua pihak tentang isu ini. Kita tidak boleh mengharapkan kerajaan hari ini untuk menyelesaikannya kerana tidak ada pemimpin kerajaan yang tahu untuk menyelesaikannya termasuk Menteri yang bertanggungjawab tentang agama dalam kabinet kerajaan sekarang ini.

Kenapa tidak ada seorang pun yang boleh memberikan pandangan yang tepat sedangkan kita mempunyai Mufti-Mufti, Majlis Fatwa Kebangsaan dan Majlis Raja-Raja dan berbagai-bagai lagi. Kenapa isu ini ditentukan oleh mahkamah dan yang lebih mengaibkan kerajaan isu agama seperti ini diselesaikan oleh mahkamah sivil.

Dimanakah kredibiliti kerajaan pimpinan Perdana Menteri Najib kerana tidak mampu menyelesaikan masalah ini? Masalah dan hal ehwal agama adalah dibawah bidang kuasa Raja-Raja Melayu dan elok kita bertanya kepada Perdana Menteri Najib apakah nasihat beliau sebagai Perdana Menteri kepada Majlis Raja-Raja kita tentang hal ini. Bukankah Perdana Menteri sewajarnya memberikan nasihat kepada Raja-Raja apa yang perlu dilakukan oleh mereka dalam penyelesaian masalah dan isu yang amat merbahaya ini.

Ini juga masalah keselamatan negara selain dari masalah agama kita. Siapa pula yang menasihatkan kabinet dalam isu ini? Adakah Jamil Khir Baharom? Atau siapa?

Dalam sejarah negara merdeka, pentadbiran Najib ini merupakan pentadbiran yang paling lemah yang tidak ada tolok bandingnya. Kita seolah-olah tidak ada kerajaan. Ditempat-tempat awam dan dimana-mana sahaja kita kedengaran orang ramai memberikan ejekan terhadap Najib dan itu jelas menunjukkan betapa rendahnya seorang pemimpin utama negara di mata rakyat yang beliau pimpin. Tidak ada siapa yang 'accountable' terhadap banyak isu hangat sekarang ini.

Semalam keluar pula satu kenyataan bekas ahli jemaah kabinet Zainuddin Maidin menyeru supaya Dr Mahathir kembali kePutrajaya untuk memberikan jawapan kepada masalah negara hari ini. Kenyataan Zainudin ini jelas sekali adalah tindakan undi tidak percaya terhadap kepimpinan Najib dan ini tidak berlaku keatas mana-mana Perdana Menteri sebelum ini.

Walaupun menjemput Dr Mahathir kembali ke Putrajaya itu merupakan satu tindakan yang boleh dianggap 'pandir' tetapi ia merupakan satu manifestasi buruk terhadap Najib dan dari sudut moralnya tidak boleh menunggu siang untuk keluar dari Seri Perdana itu. Dari sudut semangat demokrasinya semua ahli-ahli kabinet negara juga perlu berundur sekali kerana mereka adalah kabinet lantikan Mohd Najib.

Semua ahli kabinet perlu bersama-sama mengiringi Najib keluar dari Putrajaya dan laksanakanlah kaedah memilih Perdana Menteri seperti yang termaktub dalam perlembagaan negara, iaitu kepada sesiapa yang mendapat kepercayaan Parlimen walaupun dengan undi 'simple majority'.

Kaedah memilih Perdana Menteri secara convention yang memilih sesiapa yag memegang teraju UMNO itu tidak dapat dilaksanakan lagi. Ini disebabkan Muhyidin sendiri adalah salah seorang lantikan Najib dalam kabinet negara kita yang sepatutnya bersama-sama mengiringi Najib keluar dari Putrajaya itu.. Yang pentingnya seorang Perdana Menteri itu wajar dari kalangan Ahli-Ahli Legilatif Persekutuan dan seorang Melayu beragama Islam dipilih walaupun dalam perlembagaan tidak termaktub PM itu seorang Melayu.

Terpulang kepada siapa dilantik dan dipilih mentadbir negara itu untuk mengambil kembali mana-mana ahli kabinet yang berhenti itu untuk dilantik kembali ke kabinet oleh pemimpin yang baru dipilih oleh Parlimen itu. Pada pendapat saya yang tidak sepertinya ini, saya beranggapan tindakan ini perlu dilakukan semata-mata untuk mengelak negara ini jatuh kekancah yang lebih hina lagi.

Hentikan 'partisan politics' buat sementara ini kerana hakikatnya masih ada pemimpin-pemimpin yang berbakat dalam UMNO sekarang. Ramai juga yang berbakat dalam PAS dan begitu juga dalam PKR serta parti-parti lain yang wujud dan bergerak dinegara ini. Selamatkan negara dahulu sebelum kita selamatkan parti. Tidak guna parti selamat sedangkan negara hancur lebur. Hanya mereka tidak mempunyai seorang yang mempunyai seorang pemimpin yang boleh mengetuai mereka dengan sifat 'magnanimous' dan berpengalaman serta berwibawa.

Sesiapa yang tidak lagi menjadi pemimpin mereka tidak kesaorangan. Mereka boleh bersama saya dikedai mamak minum kopi atau teh tarik dan berikan sokongan kepada siapa yang terpilih melalui Parlimen itu. Setakat secawan dua teh dan sebiji dua karipap, saya boleh belanja.

Seperti yang saya sebut ratusan kali dalam blog ini, 'let's start this nation anew'. Masanya sudah tiba dan tidak boleh ditangguh lagi.http://aspanaliasnet.blogspot.com/

Timb Menteri Pendidikan Kena Tumbuk Dengan Bapa Mertua Guru

Posted: 13 Jan 2014 02:58 AM PST

KELAB GREENBOC


 
 
Hulu Selangor: Timbalan Menteri Pendidikan II, P. Kamalanathan membuat laporan polis setelah didakwa ditumbuk oleh seseorang lelaki di pejabat beliau pada Ahad.

Menurut laporan laman web Majlis Ahli Parlimen Barisan Nasional, insiden diberlaku pada jam 2.30 petang ketika ayah pemuda berkenaan berjumpa dengan Kamalanathan untuk memohon supaya menantu beliau yang mengajar di Johor ditukarkan ke Hulu Selangor.

Namun, ahli Parlimen itu memberitahu hanya boleh memberi sokongan sahaja kerana menantu beliau mengajar Bahasa Inggeris dan sukar mendapat kelulusan bertukar.

Dalam laporan polis beliau di balai Bukit Sentosa, Kamalanathan mendakwa pemuda itu kemudian berjumpanya dengan sekumpulan pemuda lain di pejabat beliau melepaskan satu tumbukan ke bahagian lehernya.

Polis Kuala Kubu Bahru juga mengesahkan menerima laporan timbalan menteri itu. -astroawani

Tidak Perlu Layan Desakan Wujud Semula ISA - Musa Hitam

Posted: 13 Jan 2014 02:49 AM PST

 MSTAR ONLINE
 
 
MARAN: Bekas Timbalan Perdana Menteri Tun Musa Hitam berkata kerajaan tidak perlu melayan desakan mana-mana pihak untuk mewujudkan semula Akta Keselamatan Dalam Negeri (ISA).

Beliau berkata kerajaan juga tidak perlu mewujudkan semula ISA sebaliknya harus memberi tumpuan kepada aspek pelaksanaan dan penguatkuasaan undang-undang sedia ada.

"Isunya sekarang bukan undang-undang atau akta tertentu yang perlu diperkenalkan atau dilaksanakan, tetapi kaedah dalam melaksanakan atau menguatkuasakan undang-undang sedia ada.

"Malaysia sebenarnya sudah mencapai tahap kemajuan tersendiri apabila kerajaan mengumumkan keputusan memansuhkan ISA. Jadi, apa keperluan untuk membawa balik ISA?," katanya kepada pemberita selepas menghadiri sesi dialog dan ramah mesra bersama 400 pelajar sempena Program Mengubah Destini Anak Bangsa (MDAB) tajaan Yayasan Sime Darby di Universiti Teknologi MARA (UiTM) Kampus Jengka, di sini, Isnin.

Pada majlis itu, mereka berpeluang berdialog bersama Musa mengenai pelbagai isu semasa dan perkembangan program MDAB, yang dilancarkan Perdana Menteri Datuk Seri Najib Tun Razak pada 2010.

Mengulas lanjut, Musa berkata pasukan keselamatan negara juga cukup matang untuk berdepan dengan pelbagai provokasi dan ini terbukti dengan kejayaan mereka menangani krisis dalam negara.

"Kita lihat sendiri bahawa pasukan keselamatan yang ada sekarang mampu menyelesaikan pelbagai krisis dan menangani ancaman. Sudah tentu semua ini mematangkan mereka dalam menguatkuasakan undang-undang," katanya.

Sebelum ini, bekas Perdana Menteri Tun Dr Mahathir Mohamad mencadangkan kerajaan supaya melaksanakan semula ISA bagi menangani ekstremis minoriti yang semakin melampau di negara ini. - BERNAMA

Pekerja Asing Sedang Berkerja Di Restoran Makanan Segera Boleh Teruskan Tugas - Ahmad Zahid

Posted: 13 Jan 2014 02:48 AM PST




Ahmad Zahid
 
 
PUTRAJAYA: Pekerja asing yang sudah bekerja di restoran makanan segera boleh meneruskan tugas mereka sehingga tempoh permit kerja mereka tamat, kata Menteri Dalam Negeri Datuk Seri Dr Ahmad Zahid Hamidi.

Walau bagaimanapun, kementerian tidak akan memperbaharui permit mereka atau mengeluarkan permit baru kepada pekerja asing yang ingin bekerja di premis-premis ini.

Dr Ahmad Zahid berkata, permit kerja tersebut mempunyai tempoh sah maksimum selama tiga tahun.

"Mereka masih boleh terus bekerja (di restoran makanan segera) sehingga permit mereka tamat," kata Dr Ahmad Zahid dalam sidang akhbar selepas menerima lawatan rasmi daripada rakan sejawatannya dari Uganda di pejabatnya, di sini, Isnin.

Siasatan Di Hospital Sungai Buloh Beri Tumpuan Insiden Di Bilik Bedah - Dr Subramaniam

Posted: 13 Jan 2014 02:46 AM PST

 MSTAR ONLINE
 
 
SUNGAI BULOH: Siasatan yang diumumkan awal minggu ini bukan secara keseluruhannya dibuat terhadap Radicare, tetapi memberi tumpuan terhadap insiden bilik pembedahan di Hospital Sungai Buloh, jelas Menteri Kesihatan, Datuk Seri Dr S. Subramaniam.

"Insiden tersebut akan disiasat. Kami mempunyai audit bulanan Radicare dan sudah tentu mereka yang bertugas di hospital menjalankan pemantauan dalaman setiap hari," katanya.

Beliau memberitahu pemberita pada sidang akhbar di Hospital Sungai Buloh bahawa bilik bedah akan boleh digunakan dalam masa kira-kira 10 hari.

Ketua Pegawai Operasi Radicare Halwah Abdul Manaf menggesa kakitangan hospital yang mempunyai aduan mengenai perkhidmatan untuk menghubungi syarikat itu secara langsung.

Ini berikutan laporan masalah pemungutan sampah oleh Radicare yang menukar kontraktor pembersihan di beberapa hospital yang membawa kepada longgokan sampah dan tandas kotor serta penutupan 12 daripada 22 bilik bedah di hospital selepas berlaku kebakaran.

Subramaniam menekankan bahawa masalah bilik pembedahan bukan disebabkan oleh Radicare tetapi disebabkan oleh kebakaran elektrik.

60 Lagi KR1M Dibuka Tahun Ini - Hasan Malek

Posted: 13 Jan 2014 02:43 AM PST

 MSTAR ONLINE
 
 
KUALA LUMPUR: Kerajaan akan membuka 60 lagi Kedai Rakyat 1Malaysia (KR1M) di seluruh negara tahun ini dengan tumpuan kepada Sabah dan Sarawak.

Menteri Perdagangan Dalam Negeri, Koperasi dan Kepenggunaan Datuk Seri Hasan Malek berkata KR1M yang menawarkan harga sehingga 50 peratus lebih rendah daripada harga runcit biasa mendapat sambutan tinggi rakyat.

"Kementerian sedang mengenal pasti lokasi yang sesuai untuk membuka KR1M di negara ini, terutama Sabah dan Sarawak," katanya kepada pemberita selepas melakukan tinjauan mesra di Pusat Transformasi Bandar (UTC) Kuala Lumpur di Pudu Sentral di sini, Isnin.

Setakat ini, kerajaan membuka 125 KR1M di seluruh negara dan menawarkan 397 produk berjenama 1Malaysia.

Beliau juga berkata KR1M bukan sahaja membantu meringankan beban sara hidup rakyat, malah turut membantu peniaga kecil mengurangkan kos pembelian dengan mendapatkan barangan perniagaan secara borong pada harga berpatutan.

Hasan berkata kementerian komited untuk menyampaikan maklumat secara berterusan kepada rakyat bagi memastikan tidak ada rakyat yang ketinggalan atau salah faham dengan inisiatif-inisiatif yang disediakan oleh kerajaan.

Beliau berkata rakyat juga terbuka untuk memberi maklum balas, pandangan atau aduan terhadap semua inisiatif itu bagi tujuan penambahbaikan dan kesejahteraan rakyat.

Selain KR1M, kerajaan turut memperkenalkan antaranya Kedai Kain Rakyat 1Malaysia, Klinik 1Malaysia, pakej Menu Rakyat 1Malaysia dan Kedai Buku 1Malaysia. - BERNAMA

Biro Politik Bincang Isu Azmin Selasa Malam

Posted: 13 Jan 2014 02:42 AM PST




PETALING JAYA: Isu pengguguran Timbalan Presiden Parti Keadilan Rakyat (PKR), Mohamed Azmin Ali sebagai ahli lembaga pengarah Perbadanan Kemajuan Negeri Selangor (PKNS) dijangka akan dibincangkan dalam mesyuarat Biro Politik parti itu pada Selasa malam.

Ketua Penerangan PKR, Dr Muhammad Nur Manuty ketika mengesahkan mengenai mesyuarat berkenaan bagaimanapun berkata, beliau tidak mengetahui mengenai agenda mesyuarat tersebut.

"Kebiasaannya mesyuarat Biro Politik diadakan pada Selasa malam, jadi malam esoklah. Tapi mengenai agenda mesyuarat, saya masih belum tahu, kena tanya setiausaha agung," katanya kepada mStar Online pada Isnin.

Bagaimanapun Setiausaha Agung PKR, Datuk Saifuddin Nasution ketika dihubungi berkata beliau kini masih bercuti.

"Saya belum ada maklumat, saya sedang bercuti," katanya.

Terdahulu ini Setiausaha PKR Selangor, Amirudin Shari memberitahu mStar Online bahawa kepimpinan parti itu di peringkat negeri mahu campur tangan segera Biro Politik PKR berhubung isu melibatkan kepimpinan Menteri Besar, Tan Sri Abdul Khalid Ibrahim.

Menurut Amirudin, keputusan Abdul Khalid menggugurkan kedudukan Mohamed Azmin dalam PKNS serta kesediaan kerajaan negeri menjalinkan kerjasama dengan Kerajaan Persekutuan mengenai isu air di negeri itu dibuat dengan membelakangkan kepentingan parti.

Pengguguran Mohamed Azmin daripada PKNS berkuatkuasa 10 Januari lalu dilihat banyak pihak sebagai perang politik antara kedua-dua pemimpin berpengaruh itu.

Keputusan itu juga dianggap sebagai tindakan drastik Abdul Khalid dalam usaha 'menyepit sayap' Ahli Parlimen Gombak dan Adun Bukit Antarabangsa itu menjelang pemilihan parti pertengahan tahun ini.

Harga naik: Pengguna perlu boikot?

Posted: 13 Jan 2014 02:40 AM PST



Nadzim Johan  
Nadzim Johan


SHAH ALAM - Tindakan memboikot barangan sebagai bantahan harga naik perlu dilakukan secara bersama dan serius supaya peniaga terlibat sedar akan kuasa yang dimiliki pengguna.

Ketua aktivis Persatuan Pengguna Islam Malaysia (PPIM), Datuk Nadzim Johan berkata, sekiranya perkara itu menjadi pilihan, semua pihak mesti ada jalinan kerjasama dan tidak dilakukan sekadar hangat-hangat tahi ayam.

"Boikot boleh, tapi kena buat betul-betul, berpakat dan jangan buat sekejap-sekejap sahaja.

"Kalau mahu buat sekalipun, perlu perancangan yang jelas supaya ia mencapai sasaran dan memberikan kesan selepas boikot," katanya, semalam.

Menurutnya, sebelum memboikot sesuatu produk, pengguna perlu perancangan yang baik supaya tidak pula mendatangkan masalah kepada mereka.

"Kalau betul-betul mahu boikot dengan mengambil contoh ayam, jika pengguna boikot tidak beli ayam hanya untuk seminggu rasanya (daripada) pengeluar hingga peniaga akan mengalami kerugian.

"Sekurang-kurangnya mereka tahu akan hak pengguna yang tidak mahu lagi ditipu oleh peniaga dan orang tengah," katanya.

Menurutnya, kerajaan juga tidak boleh lepas tangan, sebaliknya menubuhkan satu suruhanjaya pemantau bagi mengelakkan pengguna dibebani kenaikan harga berganda akibat ditipu peniaga.

"Kerajaan perlu proaktif dengan menghalang kenaikan harga barang sebelum menjadi semakin parah. Selain itu, pengguna juga perlu merancang perbelanjaan mereka dan sering menyemak harga barangan," katanya.

Mangsa banjir di Kelantan terus meningkat

Posted: 13 Jan 2014 02:35 AM PST

SINAR HARIAN


banjir gelombang kedua  
Ketua Polis Kelantan, Datuk Jalaluddin Abdul Rahman (belakang) meninjau keadaan banjir berhampiran sempadan Malaysia-Thailand di Kampung Renat, Bukit Bunga, di Tanah Merah semalam. - FOto Bernama


KOTA BHARU - Bilangan mangsa banjir yang dipindahkan di Kelantan terus meningkat pagi ini manakala keadaan di Pahang semakin pulih dengan hanya 57 orang masih berada di pusat-pusat pemindahan.

Bilangan mangsa banjir di Kelantan meningkat kepada 1,423 orang berbanding 1,188 malam tadi dengan seramai 1,224 daripada jumlah itu adalah di Rantau Panjang.

Menurut portal rasmi kerajaan negeri sebanyak lapan pusat pemindahan dibuka di jajahan itu bagi menempatkan 532 keluarga yang terjejas dengan banjir gelombang kedua itu.

Selain Rantau Panjang, satu lagi daerah yang terlibat banjir ialah Tanah Merah dengan jumlah mereka yang dipindahkan ke lima pusat pemindahan ialah 199 orang daripada 54 keluarga.

Kesemua mereka kini ditempatkan di pusat pemindahan di Hulu Kusial, Jedok dan Bukit Panau.

Paras air Sungai Golok, Rantau Panjang dilapor bertahan pada paras 10.42 meter iaitu melepasi bahaya sembilan meter.

Keadaan itu menyebabkan zon bebas cukai Rantau Panjang yang terkenal kini digenangi air dan kenderaan ringan dinasihat tidak melaluinya buat masa ini.

Dua jalan alternatif iaitu Jalan Rantau Panjang ke Panglima Bayu untuk ke Jeli dan Jalan Tanah Merah ke Kusial ditutup kepada kenderaan ringan.

Cuaca di Kelantan pagi ini adalah cerah.

Di    KUANTAN, bilangan mangsa banjir yang ditempatkan di pusat pemindahan di Pahang pagi ini berkurangan kepada 57 orang berbanding 136 orang petang semalam.

Menurut Jurucakap Bilik Gerakan Banjir Ibu Pejabat Polis Kontinjen Pahang, sehingga 9 pagi ini, seramai 50 orang daripada 13 keluarga ditempatkan di dua pusat pemindahan di daerah Lipis.

Di Jerantut pula seramai tujuh orang daripada dua keluarga masih berada di pusat pemindahan di Balai Raya Kampung Paya Teh. - Bernama

Gaji MB, speaker, timbalan, exco Selangor dipotong, kenaikan diteruskan, kata exco

Posted: 12 Jan 2014 09:27 PM PST


Oleh Md Izwan

Dewan Undangan Negeri Selangor luluskan kenaikan gaji menteri besar, speaker, timbalan speaker dan exco. Gambar fail.Dewan Undangan Negeri Selangor luluskan kenaikan gaji menteri besar, speaker, timbalan speaker dan exco. Gambar fail.

























Kerajaan Pakatan Rakyat negeri Selangor mengesahkan gaji menteri besar, speaker dan timbalan speaker serta exco akan dipotong dan dimasukkan ke dalam tabung kebajikan untuk membantu rakyat negeri itu.

Ia dibuat  selepas pentadbiran kerajaan negeri dikritik hebat kerana kenaikan terlalu mendadak. Namun, gaji Ahli Dewan Undangan Negeri (Adun) akan dikekalkan.

Exco Perumahan, Pengurusan Bangunan dan Peneroka Bandar, Iskandar Abdul Samad bagaimanapun berkata, kenaikan yang diputuskan dalam Dewan Undangan Negeri (DUN) tetap kekal.

"Kenaikan gaji masih kekal seperti yang diluluskan DUN bagaimanapun dipotong untuk dimasukkan ke tabung negeri bagi melaksanakan program kebajikan demi kesejahteraan rakyat Selangor," kata Iskandar yang dipetik dalam akhbar Sinar Harian hari ini.

Iskandar berkata, kadar pemotongan tersebut berbeza-beza tetapi kadarnya masih lagi belum dimuktamadkan.

"Peratusan memotong untuk setiap jawatan berkenaan adalah berbeza-beza," katanya.

Iskandar memberi alasan langkah untuk mengubah gaji baru perlu melalui proses rumit, oleh sebab itu kaedah pemotongan adalah jalannya.

"Kalau hendak ubah gaji kena pinda dalam DUN, ia terlalu rumit.

"Oleh itu, dimuktamadkan sebulat suara gaji menteri besar, speaker, timbalan speaker dan exco dipotong untuk disalurkan ke tabung kebajikan untuk tujuan kebajikan," katanya.

Beliau juga menafikan laporan gaji dibekukan seperti yang dilaporkan oleh media sebelum ini.

Persidangan DUN Selangor pada November lalu meluluskan kenaikan gaji untuk semua 56 Adun berkuatkuasa 1 Januari 2014, dengan timbalan speaker DUN mendapat kenaikan tertinggi sebanyak 373.3%.

Ia melanggar ranking perjawatan sebelum ini kerana biasanya gaji menteri besar paling mahal diikuti exco, speaker dan timbalan speaker.

Rang undang-undang Enakmen Anggota Pentadbiran dan Anggota Dewan Negeri (Saraan) (Pindaan) 2013 juga memperuntukkan kenaikan gaji menteri besar Selangor, speaker DUN dan barisan exco kerajaan negeri.

Gaji menteri besar dinaikkan daripada RM14,175.15 kepada RM29,250; anggota exco kerajaan negeri daripada RM6,109.29 kepada RM20,250; speaker DUN  (RM6,109.29 kepada RM22,500); timbalan speaker (RM3,327.50 kepada RM15,750) dan Adun (RM6,000 kepada RM11,250).

Bagaimanapun, langkah tersebut menerima kritikan hebat daripada pemimpin PR sendiri.

Ketua Pembangkang, Datuk Seri Anwar Ibrahim yang juga penasihat ekonomi negeri Selangor berkata, kenaikan gaji pemimpin tertinggi kerajaan dan Adun di Selangor terlalu tinggi dan dibuat secara mendadak.

Katanya, walaupun setuju dengan cadangan kenaikan gaji itu, beliau berpendapat kadar kenaikannya tidak munasabah.

Adakah Shafee ‘layak dan sesuai’ ketuai pendakwaan kes liwat Anwar

Posted: 12 Jan 2014 09:24 PM PST

OLEH V Anbalagan, PENOLONG Pengarang BERITA

Peguam negara diminta mengkaji semula kelayakan Tan Sri Muhammad Shafee Abdullah dalam mengetuai kes liwat Datuk Seri Anwar Ibrahim. Gambar fail.Peguam negara diminta mengkaji semula kelayakan Tan Sri Muhammad Shafee Abdullah dalam mengetuai kes liwat Datuk Seri Anwar Ibrahim. Gambar fail.



























Peguam Negara (AG) perlu mengkaji sama ada Tan Sri Muhammad Shafee Abdullah "layak dan sesuai" untuk mengetuai pasukan pendakwaan bagi  mengetepikan pembebasan Datuk Seri Anwar Ibrahim dalam kes liwat selepas mahkamah memutuskan peguam Umno itu bersalah kerana salah laku profesional, kata sekumpulan peguam.

Penasihat Peguam untuk Kebebasan, Eric Paulsen, berkata walaupun pelanggaran peraturan publisiti yang dihadapi Shafee bukan satu kesalahan serius, ia adalah satu tambahan untuk Tan Sri Abdul Gani Patail membuat pertimbangan.

"Abdul Gani perlu mengkaji sama ada Shafee merupakan seorang yang layak dan sesuai, tambahan kepada senarai panjang persepsi negatif terhadap peguam Umno itu untuk mengetuai pasukan pendakwaan," katanya kepada The Malaysian Insider.

Paulsen berkata, pelanggaran kepada peraturan "kenyataan yang bersifat pujian" tidak berapa serius berbanding melanggar peraturan yang mengawal konflik kepentingan.

Beliau berkata, Shafee adalah seorang peguam Umno yang terkenal dan muncul dalam mahkamah dan nasihat yang ditawarkan dalam beberapa perkara membimbangkan pihak berkepentingan.

Katanya, Shafee bertindak sebagai penasihat kepada bekas Perdana Menteri, Tun Dr Mahathir Mohamad, Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Razak dan isteri, Datin Seri Rosmah Mansor, semuanya musuh ketat Anwar.

Beliau berkata, Shafee juga mewakili pihak defendan  berprofil tinggi dalam kes fitnah yang difailkan oleh Anwar.

"Walaupun Pendakwa raya tidak bertanggungjawab untuk menentukan bersalah atau tidak bersalah pihak dituduh tetapi  dia perlu memastikan bahawa tertuduh menerima perbicaraan yang adil," kata peguam hak asasi manusia itu.

Paulsen mempersoalkan mengapa Shafee dipilih untuk memimpin pasukan pendakwaan ini walaupun jelas dia ada konflik kepentingan, dan tidak sesuai, di samping Jabatan Peguam Negara mempunyai sumber tenaga yang ramai dan Timbalan Pendakwa Raya (DPP) berkelayakan untuk berhujah dalam rayuan kes liwat itu.

Dalam permohonan kedua untuk membatalkan Shafee, Anwar berkata, peguam kanan itu juga melanggar Akta Profesion Undang-undang (LPA) kerana peranannya sebagai DPP akan menimbulkan percanggahan kepentingan.

Pada Jumaat lalu, Mahkamah Tinggi menolak rayuan Shafee terhadap Lembaga Tatatertib Peguambela dan Peguamcara yang mengenakan denda kepadanya sebanyak RM5,000 kerana melanggar peraturan publisiti di bawah LPA.

Hakim Datuk Zaleha Yusof, berkata adalah tidak perlu untuk "mengganggu" penemuan lembaga yang mendapati Shafee bersalah atas salah laku profesional.

Pada 27 September 2009, akhbar The Star memaparkan artikel mengenai Shafee yang dikatakan "bersifat pujian" terhadap peguam Umno.

Pada 2010, pengerusi Majlis Peguam ketika itu Ragunath Kesavan melaporkan perkara itu kepada Lembaga Tatatertib berikutan penerbitan artikel berkenaan.

Shafee diheret ke depan lembaga dan didenda RM5,000 pada 5 Oktober 2012, kerana salah laku.
Shafee dilantik sebagai DPP pada Ogos 2013 dengan alasan rayuan kes liwat adalah kes khas yang memerlukan kepakaran luar.

Anwar mulanya mencabar kesahihan pelantikan Shafee di bawah Kanun Tatacara Jenayah tetapi ditolak oleh Mahkamah Persekutuan pada 20 November.

Permohonan kedua untuk membatalkan Shafee dibuat berdasarkan kepada akuan berkanun (SD) bekas Ketua Jabatan Siasatan Jenayah Kuala Lumpur, Datuk Mat Zain Ibrahim, namun ia juga ditolak pada 20 Disember oleh Mahkamah Rayuan.

Antara lain, Mat Zain, di dalam 31 muka surat SD itu berkata, dia bertemu Shafee dan bekas Pengarah Jabatan Siasatan Jenayah Komersial, Datuk Ramli Yusof dan kemudiannya ke rumah Dr Mahathir tahun lalu, di mana mereka didakwa membincangkan salah laku Peguam Negara.

Sejak itu Anwar memfailkan rayuan kepada Mahkamah Persekutuan untuk membatalkan pelantikan Shafee tetapi belum ada tarikh ditetapkan bagi mendengar kes itu.

Pada 9 Januari 2012, Anwar , 66, dibebaskan oleh Mahkamah Tinggi atas dakwaan meliwat bekas pembantunya Mohd Saiful Bukhari Azlan di sebuah kondominium di Bukit Damansara pada 2008.
Rayuan akan didengar pada 12 Februari ini.

Tragedi dan drama PKFZ

Posted: 12 Jan 2014 09:18 PM PST

Komentar oleh The Malaysian Insider


Bekas Menteri Pengangkutan, Tun Dr Ling Liong Sik turut bebas daripada skandal PKFZ. Gambar fail.Bekas Menteri Pengangkutan, Tun Dr Ling Liong Sik turut bebas daripada skandal PKFZ. Gambar fail. 


























Ini adalah fakta mengenai politik di Malaysia: selain daripada sasaran kegemaran kerajaan iaitu Datuk Seri Anwar Ibrahim, tiada seorang pun menteri atau bekas menteri lain yang pernah melihat apa isi penjara.

Ada beberapa kes yang hampir, antaranya adalah pembunuhan ahli politik Umno pada 1982 namun tiada satu pun yang membayar apa yang dilakukannya ketika masih memegang jawatan.

Hari ini, bekas menteri dan timbalan presiden MCA, Tan Sri Chan Kong Choy menyertai senarai panjang bekas menteri yang terlepas daripada dipenjarakan selepas pihak pendakwa menarik balik tuduhan menipu berhubung Zon Bebas Pelabuhan Klang (PKFZ).

Projek tersebut pada mulanya bernilai RM1.1 bilion apabila ia diilhamkan pada 1997, tetapi menjadi berlipat ganda kepada RM4.6 bilion pada 2007. Kos muktamad kepada pembayar cukai dianggarkan sebanyak RM12.5 bilion.

Tiada siapa pun yang dihukum dalam skandal ini.

Laporan PwC pada 2009 menyifatkan Chan, Puan O C Phang dan bekas pengurus besar Lembaga Pelabuhan Klang dan lembaga pengarah agensi pelabuhan itu sebagai tidak menjalankan tugas dengan sepenuh perhatian.

Namun kes ini nampaknya harus berakhir secara mendadak.

Kalau tidak, ia akan memalukan mantan Perdana Menteri Tun Abdullah Badawi, yang sepatutnya menjelaskan mengapa keputusan tertentu dibuat oleh kerajaan beliau dan mengapa tandatangan beliau berada di perjanjian tertentu dan sama ada rakan Kabinet beliau dimaklumkan atas beberapa keputusan yang dibuat PKFZ.

Pendek kata, Chan tidak patut menjadi satu-satunya yang dibawa ke muka pengadilan.

Abdullah, rakan-rakan Kabinet beliau dan beberapa ahli politik termasuk seorang di Malaysia Timur yang baru-baru ini diberi tugasan berat oleh Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Razak, juga harus menjawab soalan yang timbul daripada skandal ini.

Contohnya, bagaimana tanah yang dibeli pada 1990-an pada harga RM96 juta atau sekurang-kurangnya RM3 satu kaki persegi, dijual pada harga RM1 bilion atau RM25 satu kaki persegi.

Mengapa penjual diberi hak tunggal untuk membangunkan zon bebas perdagangan tanpa membuka tender.

Dan bagaimana pula mereka mampu mengumpul dana melalui perjanjian yang dipertahankan oleh "surat pujukan" daripada menteri pengangkutan Malaysia.

Tetapi pihak pendakwa datang  menyelamatkan hari. Satu lagi tertuduh daripada skandal PKFZ dibebaskan. Tiada siapa pun yang tinggal untuk menanggung salah selain daripada rakyat Malaysia, yang akan melihat duit cukai dibayar habis dibazirkan.

Betullah kata Karl Marx, sejarah akan berulang, pada mulanya sebuah tragedi, kemudian menjadi sandiwara. Inilah penyudahnya skandal PKFZ.

Terbitkan Fatwa Halang Comango

Posted: 12 Jan 2014 09:14 PM PST

alt

Syafiq Syazwan

 
KUALA LUMPUR - Majlis Fatwa Kebangsaan perlu mengeluarkan fatwa bagi menghalang tuntutan gabungan Badan Bukan Kerajaan (NGO) Comango yang memperjuangkan hak asasi bagi golongan Lesbian, Gay dan Transgender (LGBT).

Pengerusi Majlis Ulama Majlis Ikatan Muslimin Malaysia (ISMA) Prof Dr Aznan Hasan berkata, Comango jelas bertentangan dengan tuntutan Syarak Islam dan dengan menerbitkan fatwa menghalang tuntutan tersebut, aqidah Islam akan terpelihara.

Majlis Ulama ISMA sebelum itu mengadakan muzakarah bertajuk Tuntutan Comango Mengikut Tuntutan Syarak yang dihadiri pakar agama dan Mufti-Mufti negara.

Jelas Aznan, ahli-ahli politik juga perlu memainkan peranan dalam menghalang tuntutan Comango disamping penerangan daripada ulama-ulama kepada rakyat mengenai bahayanya tuntutan pertubuhan tersebut.

"Kerajaan (juga) hendaklah bertanggungjawab menghalang Comango daripada memberikan persepsi negatif kepada masyarakat antarabangsa terhadap Perlembagaan Persekutuan terutama undang-undang Islam.

"Mereka ini bukan sahaja menuntut hak sama rata dalam Islam tetapi banyak lagi agenda untuk menghina agama Islam," ujarnya lagi.

Perkasa Mahu Kerajaan Kaji Semula Pemansuhan ISA

Posted: 12 Jan 2014 09:12 PM PST

Rakyat News

Alif Mustapha


KUALA LUMPUR - Perkasa mencadangkan kerajaan supaya membuat kajian semula mengenai pemansuhan Akta Keselamatan Dalam Negeri (ISA) berdasarkan kepada pendirian rakyat atau suara majoriti.

Presiden Pertubuhan Pribumi Perkasa (Perkasa) Datuk Ibrahim Ali berkata segelintir rakyat sudah tidak mempedulikan lagi isu-isu sensitif sekaligus menyukarkan pihak berkuasa untuk bertindak akibat daripada pemansuhan ISA.

"Paling baik adalah kerajaan mengadakan kajisemula, ambil kira suara majoriti," katanya kepada pemberita dalam sidang media selepas menghadiri Mesyuarat Ahli Dewan Tertinggi (ADT) Perkasa yang pertama bagi penggal 2013 - 2016.

Hadir sama Timbalan Presiden Datuk Abdul Rahman Abu Bakar, Naib Presiden Syed Osman Syed Mansor dan Bani Yusop Abdullah serta Ketua Wiranita Datin Paduka Norkhaila Jamaluddin.
 
Rakyat News
 
Jelas Ibrahim, ISA disifatkan masih lagi relevan bagi menjamin keselamatan negara, tambahan negara-negara lain termasuk Singapura masih lagi mengekalkan undang-undang seperti ISA.

Sehubungan itu adalah wajar kerajaan kajisemula akta tersebut bagi memelihara keselamatan negara yang dilihat kian rapuh bahkan dapat menyelamatkan amalan demokrasi.

"Demokrasi dapat berjalan dengan baik dalam negara yang aman.

"Adakan pengundian (kajisemula ISA) seperti pilihanraya, boleh diurus oleh Suruhanjaya Pilihanraya (SPR), atau lantik mana-mana badan untuk mengendalikan pengundian," tegas beliau yang sebelum ini pernah ditahan dibawah ISA sebanyak dua kali dan antara Ahli Parlimen yang lantang menentang permansuhan ISA.

Selain memberi fokus kepada isu berkaitan ISA, Perkasa yang baru sahaja selesai mengadakan Mesyuarat Agung kali ke-4 pada 22 Disember lalu turut mengesahkan perlantikan biro dan ADT mereka yang baru.

NFC saman Nurul Izzah, Saifuddin isu Eco City

Posted: 12 Jan 2014 08:59 PM PST

MALAYSIAKINI




National Feedlot Corporation Sdn Bhd (NFC) dan pengerusinya Mohamad Salleh Ismail memfailkan saman fitnah terhadap Naib Presiden PKR Nurul Izzah Anwar dan Setiausaha Agung Datuk Saifuddin Nasution Ismail.

Saman itu difailkan bulan lalu di Mahkamah Tinggi Kuala Lumpur ekoran sidang media kedua-dua pemimpin PKR itu pada Mac tahun lalu berhubung dakwaan pembelian lapan unit KL Eco City dengan harga RM12 juta.

Salleh, yang juga suami Ketua Wanita Umno Datuk Seri Shahrizat Jalil, berkata, dakwaan itu menggambarkan dirinya tidak boleh dipercayai, penjenayah, tamak atau menggunakan kedudukan isteri untuk mendapat faedah.

Katanya, ia juga menggambarkan dirinya menggunakan wang rakyat untuk kekayaan sendiri dan syarikat itu telah menipu atau menyalah guna dana kerajaan atau wang rakyat.

Pengurusan kes itu ditetapkan pada 27 Februari yang mana Nurul Izzah dan Saifuddin akan menyerahkan penyataan pembelaan mereka.

PKR S'gor mahu penjelasan gugur Azmin

Posted: 12 Jan 2014 08:58 PM PST

MALAYSIAKINI




PKR Selangor menuntut penjelasan daripada Menteri Besar Tan Sri Abdul Khalid Ibrahim berhubung pengguguran Timbalan Presiden PKR Azmin Ali sebagai ahli lembaga pengarah Perbadanan Kemajuan Negeri Selangor (PKNS ).

Perkara itu, menurut setiausahanya Amiruddin Shari (bawah) dibuat tanpa memaklumkan kepada mereka walaupun kongres tahunan parti itu pada Oktober lalu memutuskan semua lantikan politik, termasuk penggantian dan pengguguran perlu mendapat sokongan parti.


"Jadi kami mahu tahu adakah ibu pejabat (parti) dan presiden sudah diberitahu (mengenai keputusan itu)?" kata Amiruddin kepada pemberita selepas mesyuarat tiga jam perhubungan negeri di ibu pejabat PKR di Petaling Jaya malam tadi.

Azmin yang bergegas untuk pulang selepas itu menolak memberi sebarang komen kepada media dan hanya mengucapkan "selamat malam" sebelum melambai dan menaiki kenderaan.

Memetik sumber, Malaysiakini pada 11 Januari melaporkan Azmin digugurkan dari jawatan ahli lembaga pengarah PKNS berikutan keputusan Khalid.

Sumber itu berkata penyingkiran itu dibuat walaupun penasihat undang-undang negeri dan PKNS menasihatkan supaya Azmin yang juga ADUN Bukit Antarabangsa, dikekalkan.

Lantikan Faekah turut dibincang

Sementara itu, menurut Amiruddin lagi, PKR Selangor juga mahukan penjelasan berhubung isu pengambilalihan perkhidmatan air negeri itu oleh Suruhanjaya Perkhidmatan Air Negara (SPAN) dan kenaikan harga lesen perniagaan pihak berkuasa tempatan.

Khalid pada 8 Januari lalu mencadangkan pelantikan dua pentadbir syarikat konsesi air bagi menguruskan perjalanan syarikat itu sebagai syarat untuk kerjasama penuh dengan kerajaan pusat jika pengambilalihan berlaku menerusi Akta Industri Perkhidmatan Air (WSIA).

Dua nama dicadangkan kepada Suruhanjaya Perkhidmatan Air Negara (SPAN), iaitu Ketua Pegawai Eksekutif MBI yang juga bekas setiausaha politiknya Faekah Husin (kanan) dan Presiden Kumpulan Darul Ehsan Berhad (KDEB) Suhaimi Kamarulzaman.

Amiruddin bagaimanapun enggan mengulas lanjut berhubung lantikan Faekah tetapi menegaskan "sesiapa yang dilantik jadi pegawai perlu berintegriti penuh dan mempunyai prinsip untuk kebaikan rakyat".

"Yang penting bagi kita ialah isu Rakyat. Sesiapa pun yang Dilantik bagi kita, Faekah ke Suhaimi ke. Pada dasarnya harus ada integriti dan kelayakan," kata beliau.

Alahai ekonomi rakyat Malaysia...

Posted: 12 Jan 2014 04:36 PM PST



Oleh Shirzad Lifeboat


PENDAPAT dan tekaan mengenai keputusan kerajaan menaikkan atau membiarkan kenaikan harga itu dan ini adalah banyak dan pelbagai. Ada yang mengatakan kerajaan Umno-BN mahu menjimatkan dana sedia ada bagi mengurangkan beban hutang yang kini mempercepat pada kadar fenomena.

Jika tindakan pengurangan hutang ini tidak dilakukan, pengkadaran kredit negara di mata dunia akan terus merudum dan tidak mustahil Malaysia bakal menyertai senarai negara membangun yang keupayaan mereka menjelaskan ansuran diragukan.

Tidak kurang juga mengatakan kenaikan harga barangan dan perkhidmatan berpunca dari kerajaan sendiri adalah untuk menyelamatkan sekian banyak dana agar ia dapat digunakan untuk membiayai BRIM, lain-lain pemberian one-off (sekaligus) serta kos semakan gaji atau bonus kakitangan awam – yang mana semuanya dilihat sebagai langkah populis dalam usaha mengelakkan sokongan rakyat/pengundi BN dari terus terhakis.

Tentu sekali terdapat pula tekaan lebih nakal mengatakan kerajaan BN berbuat demikian agar lebihan dana berkenaan dapat diagihkan kepada syarikat-syarikat (dibaca juga, pemilik syarikat) yang mempunyai hubungan istimewa dengan pemimpin Umno-BN. Spekulasi seperti ini melahirkan pula spekulasi lain betapa matlamat menaikkan harga barangan dan perkhidmatan secara maharajalela itu mempunyai kesan 'gergaji tiga mata' – maksudnya keuntungan kepada syarikat/pemilik syarikat, habuan untuk sesiapa yang bertanggungjawab meluluskan kenaikan harga dan sumbangan untuk parti bagi pelbagai tujuan.

Sementara spekulasi terakhir ini tidak berasas dan tidak boleh dibuktikan secara objektif, tetapi pada waktu sama sukar juga untuk menolaknya begitu sahaja.

Namun bagi kebanyakan pemimpin Umno dalam kerajaan dan termasuk Perdana Menteri Najib Razak sendiri, kononnya semua kenaikan itu memberikan kesan jangka panjang yang positif terhadap ekonomi Malaysia.

KESAN POSITIF EKONOMI 

Begitupun, di sebalik penjelasan demi penjelasan pemimpin kerajaan Umno-BN, pelbagai pihak tertanya kesan positif ekonomi yang bagaimanakah yang dimaksudkan? Apakah kesan jangka panjang yang disebut-sebut oleh Najib dan menteri Umno-BN lain akan mengambil bentuk betapa dengan kenaikan pelbagai komoditi dan perkhidmatan utama akan menyebabkan dalam, katakan lima tahun akan datang ini, rakyat Malaysia akan menikmati pendapatan sahih tinggi di luar jangkaan mereka sehinggakan semua akan hidup dalam kemewahan dan kesejahteraan ekonomi?

Jika itulah maksud dan tujuan Najib, maka nampaknya dia bakal menjadi perintis ekonomi baru abad ini dan satu-satunya manusia dengan pengetahuan bidang ekonomi ala kadar tetapi boleh menukarkan keadaan tiada atau 'nothing' kepada sesuatu yang besar atau 'big thing'.

Rasanya dalam sejarah ekonomi dan sejarah pentadbiran ekonomi makro baik dalam negara demokratik, sosialis atau komunis sekalipun belum ada lagi yang dapat melakukannya.

Barangkali inilah yang dikatakan oleh Najib sebagai 'transformasi' ekonomi. Dulu kita miskin, tetapi bila semua harga barangan dan perkhidmatan dinaikkan, kita tiba-tiba menjadi kaya raya.

Seakan-akan kian jelas betapa ekonomi Malaysia di bawah kerajaan Umno-BN pimpinan Najib dipacu oleh hutang isi rumah/rumah tangga.

Dalam masa sedekad lalu kita telah melihat betapa hutang isu rumah Malaysia mencecah kadar 80 peratus dari KDNK. Hampir 80 peratus dari kalangan rakyat Malaysia yang mana pendapatan keluarga kurang dari RM4,000 sebulan sebagaimana disebut oleh Perdana Menteri sendiri dalam perutusan tahun barunya terpaksa mengenepikan 70 peratus dari pendapatan tersebut bagi menjelaskan ansuran pelbagai hutang.

Dengan mengandaikan angka RM4,000 sebagai pendapatan tertinggi sesebuah keluarga maka ini bermakna sebanyak RM2,800 perlu digunakan untuk menjelaskan ansuran hutang dan baki RM1,200 untuk meneruskan kehidupan sebelum hari gaji selanjutnya.

Setelah ditolak perbelanjaan minyak/tambang kenderaan ke tempat kerja, bayaran tol, bayaran utiliti, perbelajaan persekolahan harian dan bulanan anak-anak, maka bayangkan berapa lagi berbaki untuk digunakan untuk membeli makanan dan keperluan lain?

Bagi yang ada kad kredit, berhutang lagilah jawabnya. Bagi yang tiada, terpaksalah pinjam dengan kawan atau saudara mara.

Beginilah senario kehidupan rakyat Malaysia sederhana dan ke bawah. Semakin hari keadaannya semakin sempit dan parah?

Apakah ini transformasi ekonomi yang dikatakan oleh Najib dan apakah keadaan seperti ini boleh mengubah nasib mereka dalam jangka panjang?

Tentu sekali Najib memiliki semua jawapannya.

Wasatiyah Najib tercalar jika masih iktiraf judi

Posted: 12 Jan 2014 04:29 PM PST

Nuruddin Bashah


Syariah di negara ini sekali lagi dihina dan diperlekeh oleh penganut Islam sendiri apabila sebuah kerajaan yang dipimpin oleh kaum Iam kerajaan meluluskan tambahan permit cabutan judi kepada Syarikat Magnum, Damacai dan Sports Toto.

Gerakan Sokong Syariah melihat perkara ini sebagai suatu yang amat serius.


Ketiga-tiga syarikat perjudian ini akan mengadakan cabutan khas melibatkan 22 hari Selasa sepanjang tahun 2014 yang mana menyaksikan tahun ini sebagai tahun naik kos sara hidup dan rakyat digesa hidup secara wasatiyah (sederhana).

Ini bermaksud terdapat tambahan sebanyak 66 kali cabutan nombor ekor untuk diperjudikan di Semenanjung Malaysia untuk tahun ini sahaja. Malah untuk Sabah dan Sarawak, jumlah cabutan adalah lebih banyak kerana terdapat 3 lagi syarikat perjudian NFO yang hanya beroperasi di Sabah dan Sarawak.

Tema sambutan Maulidur Rasul tahun 1435H atau tahun 2014 yang jatuh pada 14 Januari 2014 bersamaan dengan 12 Rabiulawal 1435H ialah "WASATIYYAH TONGGAK KESATUAN UMMAH". Tema ini adalah amat baik dan bertepatan dengan sikap cintakan syariah. Mengapa penulis memberi komen begitu? Perhatikan hadis di bawah.

Imam Ahmad meriwayatkan dari Abu said Sabda Rasulullah SAW:

Nabi Nuh a.s akan dipanggil pada hari kiamat lalu baginda berkata Labbaik dan Sa'daik wahai tuhan. Lalu dikatakan kepada Nabi Nuh a.s "adakah kau telah menyampaikan?" Nabi Nuh a.s berkata "ya". Lalu ditanya kepada umatnya,"adakah dia telah menyampaikan kepada kamu?". Mereka berkata :"Tidak ada peringatan yang datang kepada kami". Lalu Allah s.w.t bertanya kepada Nabi Nuh a.s :
"siapa saksimu?". Nabi Nuh a.s berkata : " Muhamad dan umatnya". Lalu umat Nabi Muhammad s.a.w menjadi saksi bahawa Nabi Nuh a.s telah menyampaikan."Dan Rasul(Muhammad) menjadi saksi atas ( perbuatan) kamu"

(Rasulullah kemudian membaca ayat ini) Itulah yang dimaksudkan oleh Allah SWT di dalam Quran

"Dan demikian (pula) kami telah menjadikan kamu (umat Islam) umat yang adil(wasatan)dan pilihan agar kamu menjadi saksi atas (perbuatan) manusia dan agar Rasul menjadi saksi atas (perbuatan) kamu". (Al Baqarah 143)

Istilah wasatiyyah adalah adil. Adil dalam ertikata menerima hukum Islam. Meletak syariah Islam di tempat paling tinggi semampu yang mungkin. Kerajaan Malaysia yang gemar menggunakan istilah wasatiyyah seolah-olah faham bahawa umat wasatiyyah akan menjadi saksi kepada dakwah Nabi Nuh di akhirat kelak. Adakah umat yang pernah melulus, mengaut hasil judi dan menambah permit judi layak menjadi saksi Nabi Nuh?

Inilah maksud penghinaan dan sikap memperlekeh istilah syariah dan meletak terma Al Quran untuk jajaan menarik sokongan rakyat semata-mata.

Allah telah berfirman di dalam Surah al-Maidah ayat 90-91 yang bermaksud :

" Wahai orang-orang yang beriman, sesungguhnya arak dan judi, pemujaan berhala dan mengundi nasib dengan batang-batang anak panah adalah semata-mata kotor dari perbuatan syaitan. Oleh itu, hendaklah kamu menjauhinya supaya kamu berjaya. Sesungguhnya syaitan itu hanyalah bermaksud mahu menimbulkan permusuhan dan kebencian antara kamu dengan sebab arak dan judi adan mahu memalingkan kamu daripada mengingati Allah dan dari mengerjakan sembahyang. Oleh itu mahukah kamu berhenti daripda melakukan perkara keji dan kotor itu atau kamu masih berdegil ?".

Jika pemerintah masih menganggap judi adalah ajaran serta tabiat kaum bukan Islam sebenarnya mereka juga jahil berkenan ajaran agama lain. Dalam agama Kristian, perjudian dikutuk keras sebagai amalan diskriminatif yang menguntungkan satu pihak dan menganiaya satu pihak yang lain hingga meleburkan nilai-nilai kehormatan dan kemanusiaan seseorang sebagaimana yang tercatat dalam kitabnya The New Testament (Mark 12:31)

Demikian juga agama Buddha, perjudian dikutuk sebagai amalan yang jahat kerana ia meruntun kepada pelbagai natijah negatif yang mampu memporak-perandakan kehidupan. Dalam sebuah teks Buddha, Digha Nikaya, disebutkan bagaimana amalan perjudian mampu menjelmakan krisis moral yang parah termasuklah mencetuskan kebencian sesama manusia, menghancurkan harta benda dan menghakis kepercayaan masyarakat dan kerabat terhadap seseorang.

Pengharaman judi turut disebut dalam teks agama Hindu yang dikaitkan dengan pelbagai krisis nilai dan pendangkalan moral seperti hancurnya nilai amanah, hilangnya perasaan kasih sayang pada masa yang sama membiak amalan penyelewengan, menggejala nilai pembaziran dan membudaya pengabaian tanggungjawab dalam masyarakat (Tirukkural, 94: 931-940).

Ahli Majlis Tertinggi (MT) Umno Datuk Dr Mohd Puad Zarkashi kelihatan lantang menentang cadangan lesen judi diberikan kepada orang Islam. Malah kata beliau agama sendiri (Islam) kita dianjurkan untuk berniaga dengan perkara-perkara yang halal, bukan yang haram. Tetapi ironinya kerajaan sendiri yang memasukkan hasil cukai judi dalam akuan disatukan yang digunakan untuk mengurus perbelanjaan ter,asuk gaji penjawat awam!

Kerajaan yang suka mengguna istilah wasatiyyah ini juga sangat bergantung kepada hasil perjudian untuk menampung pendapatan negara.

Dengan tidak mengambil kisah langsung musibah akibat judi sebenarnya pertambahan haricabutan perjudian hanya akan menambahkan tempoh kerugian pelanggan dan mendorong kepada peningkatan kes hutang Ah Long dengan jumlah hari perjudian cabutan nombor ekor 178 hari tahun ini.

Berdasarkan jawapan Menteri Kewangan pada sidang Parlimen September 2013, kerajaan Malaysia telah mengutip RM70.8 juta untuk cukai cabutan khas bagi tempoh Januari hingga Jun 2013.

Jawapan Parlimen pada 31 Oktober 2013 juga menjelaskan jumlah cukai pertaruhan daripada enam syarikat operator nombor ramalan bagi tahun 2008 hingga 2012 adalah RM6.3 bilion.

Ini bermakn Secara purata kerajaan mengutip RM1.26 bilion setiap tahun daripada perjudian nombor ramalan tidak termasuk daripada Kasino Genting Highlands dan mesin slot di kelab persatuan atau persendirian.

Untuk mesin slot, cukai yang dikutip kerajaan RM73.6 juta, pada tahun 2010, RM77.3 juta (2011) dan RM82.4 juta (2012).

Jelas jika ada yang beranggapan bahawa Malaysia merupakan salah satu pusat judi yang hebat seperti Las Vegas ia bukan suatu mitos atau fitnah.

Cukup memalukan apabila beberapa ahli Parlimen berbangsa Cina menekan Parlimen bersetuju agar akuan wang disatukan tidak dimasukkan wang judi.

Sikap menambah permit cabutan judi adalah sama seperti sikap kerajaan cuba melulus lesen judi bola pada tahun 2010 semata-mata mengaut keuntungan dicelahan musim Piala Dunia dan ia suatu sikap amat tidak bertanggungjawab, menghina syariah dan menunjukkan mereka tidak layak mengalung istilah wasatiyyah ke leher.

*Penulis adalah seorang jurutera pengeluaran serta aktivis Gerakan Sokong Syariah (Gesa)

Betulkah sasterawan bersama kerajaan BN?

Posted: 12 Jan 2014 04:24 PM PST


Oleh Abd Shukur Harun 

Kita tidak pasti daripada mana maklumat diperolehi Timbalan Perdana Menteri, Tan Sri Muhyiddin Yassin, yang kedengarannya seolah-olah amat pasti, apabila menegaskan bahawa golongan sasterawan sentiasa bersama kerajaan, dan tidak pernah bersama pembangkang dalam membangunkan Malaysia.

Menurutnya, jika ada pihak yang mendakwa golongan sasterawan berada di haluan sana, manakala pemimpin negara berada di haluan sini , ia adalah dakwaan tidak benar, dan dipercayai beliau memaksudkan 'haluan sana' sebagai pembangkang, dan 'haluan sini' sebagai kerajaan.

Beliau berkata demikian dalam ucapannya sewaktu majlis penyampaian hadiah Sayembara Penulisan Cerpen-Puisi dan Novel ITBM-Pena-BH di kediaman rasmi beliau, Seri Satria, Putrajaya.

Persoalan yang timbul daripada kenyataannya itu ialah jika tidak ada fakta meyakinkan mengenainya, maka ia termasuk dalam istilah 'isapan jempol', kata orang Indonesia. 'Isapan jempol' ini sama ertinya dengan 'agak-agak' atau kenyataan bohong, tidak ada asas, tidak ada fakta kukuh dan tentunya tidak wajar dipercayai, walaupun datang daripada orang besar.

Kenyataan bahawa 'Golongan sasterawan sentiasa bersama kerajaan dan tidak pernah bersama pembangkang' memberikan gambaran seolah-oleh semua sasterawan menyokong kerajaan. Benarkah begitu? Ini tanda tanya yang sangat besar dan perlu dijawab dengan fakta, bukan dengan kenyataan politik.

Tidak ada lansungkah di negara ini sasterawan yang tidak sehaluan dengan kerajaan? Sejak bila sasterawan sentiasa memihak kepada kerajaan? Tidak adakah sasterawan yang tidak memihak ke mana-mana, berdiri secara bebas mengungkapkan sesuatu yang difikirkannya benar walaupun bertentangan dengan pihak tertentu?  Atau tidak adakah sasterawan yang sangat kritikal dengan kerajaan sepanjang sejarah kesusasteraan Melayu, katakanlah sepanjang tempoh sekitar 60 tahun, hingga kini?

Lupakah Muhyiddin akan nama Ishak Haji Muhamad (Pak Sako), Ruhy Hayat (Ahmad Boestamam), Shahnon Ahmad (hingga lahir novel Shit), karya penyair Usman Awang (puisi Teluk Gong, Keranda 152, Pak Uteh) dan A Samad Said, Azizi Abdullah serta beberapa orang lagi sasterwan?

Tidak syak lagi tentu ada di kalangan sasterawan yang rasa sangat terhina dengan kenyataan timbalan perdana menteri ini. Begitu mudah meletakkan jenama sasterawan dalam dua kelompok yang bertentangan.

Inilah pandangan pemimpin politik yang 'buntu fikiran' dalam menghadapi situasi gawat sekarang, di mana mereka sentiasa khuatir akan kehilangan pengaruh dan kuasa, menyebabkan mereka merasakan semua golongan memihak kepadanya.

Semuanya ini mengingatkan saya kepada zaman komunis menguasai pemerintah Indonesia pada tahun 1960-an, hingga sasterawan di negara itu menjadi dua kelompok. Satu kelompok sasterawan berada dalam Lekra (Lembaga Kebudayaan Rakyat) yang dianggotai oleh sasterawan kiri pro-komunis, sementara satu lagi kelompok sasterawan Manifes Kebudayaan (Manifesto Kebudayaan) yang bersikap bebas.

Anggota Lekra yang didukung oleh pemerintah pro-komunis bertarung sengit dengan anggota Manifes Kebudayaan. Dalam pertarungan itu, sasterawan daripada Manifesto Kebudayaan sentiasa dikecam, dihina dan berlaku diskriminasi.

Pertentangan ini menjadi sejarah hitam dunia sastera Indonesia. Sudah tentu kita tidak mahu peristiwa seperti ini berlaku di negara ini. Apa perlunya ada kelompok dalam dunia sastera, maka jika berlaku, ia hanya menggambarkan kemunduran dunia intelektual penulis. Biarkanlah sasterawan menikmati kebebasannya, menulis apa yang difikirkannya benar. Jikapun ada sasterawan yang menyokong kerajaan atas keyakinannya sendiri, biarkanlah kerana itu adalah haknya.

Tetapi untuk mengatakan semua sasterawan menyokong kerajaan, maka itu adalah kenyataan palsu yang merendah-rendahkan daya intelek sang sasterawan.

Sejarah merakamkan bagaimana pada suatu hari Sultan Melaka memanggil Tun Sri Lanang supaya mengadapnya. Pengarang yang bergelar penulis istana itu lalu pergi ke istana dan mengadap. Sultan pun menitahkan Tun Sri Lanang, "Tulislah yang baik-baik saja mengenai negeri Melaka ini, supaya dapat diketahui oleh anak cucu kita kemudian hari."

Ini adalah kehendak dan arahan pihak yang berkuasa ke atas seorang pengarang. Sultan tentu sekali tidak mahu Tun Sri Lanang mengkritik pemerintahan baginda dan ini bermulanya sensorship dan arahan kepada penulis oleh pihak pemerintah di negeri Melayu sejak zaman dahulu.

Sasterawan adalah insan yang tinggi daya intelektualnya, sinsitivitinya, sangat sedar fungsinya sebagai jurubicara rakyat, perakam zamannya, menegakkan keadilan sosial sejak zaman berzaman, menjadi pengkritik yang serius terhadap kelemahan sesebuah pemerintahan di mana-mana pun. Kini sudah ada 12 sasterawan yang dinobatkan sebagai Sasterawan Negara, beberapa orang daripadanya meninggal dunia. Adakah semua sasterawan besar ini dan juga sasterawan yang tidak dinobatkan memihak kepada kerajaan BN?

Sepanjang sejarahnya, kita mulakan dengan zaman Ishak Haji Muhanmad, ramai pengarang yang sangat kritikal terhadap kerajaan. Bagaimana dengan karya A Samad Said, Ruhy Hayat, Shahnon Ahmad dan beberapa penulis lagi yang tidak memihak kepada kerajaan, di samping ramai juga penulis menyokong kerajaan atas sebab tertentu.

Masalahnya di sini ialah ada pemimpin politik yang tidak memahami peranan sasterawan sebagai jurubicara masyarakatnya, malah sangat berjauhan dengan golongan penulis, kecuali pada masa-masa tertentu dan jika ada kepentingan politik mereka terutama apabila hampir pilihan raya.

Muhyiddin yang membuat kenyataan tidak munasabah itu perlu memahami kedudukan dan tugas sasterawan dan jangan sama sekali menganggap sasterawan demikian rendah tahap pemikiran mereka. Demikian juga pemimpin politik jangan merasa diri serba tahu hanya kerana mereka bergelar pemimpin.

Kesimpulannya biar sasterawan bebas berkarya dan menentukan sikapnya, jangan menganggap mereka mudah dikelompok-kelompokkan dan menurut saja apa yang dikatakan oleh pemimpin.

Kata novelis Pramoedya Ananta Toer, "Kesalahan orang-orang pandai ialah menganggap yang lain bodoh, dan kesalahan orang-orang bodoh ialah menganggap orang-orang lain pandai".

Tiada ulasan: