Isnin, 27 Januari 2014

.

.


Nasib Husam seperti nasib Hang Tuah yang diperintan bunuh

Posted: 27 Jan 2014 01:23 AM PST

ULASAN ISU                                                                                         

Hari ini Exco Kerajaan Kelantan yang bertanggungjawab dengan amanah untuk membina lebuh raya rakyat Kelantan, Hanifa Ahmad telah memberi penjelasan berhubung tindakan saman dikemukakan syarikat (kontrektor) Dae Hanguru Indfra Sdn Bhd ke atas kerajaan Kelantan dengan nilai tuntutan sebanyak RM230 juta.

Husam: Khidmatnya diperlukan.
Antara lain Hanifa menjelaskan seperti dipetik, kerajaan tidak menanda tangani apa-apa kontrek dengan syarikat dari Korea itu dan apa yang ada hanyalah surat tawaran (LOI). Mungkin bagi mereka yang kurang mahir dengan teknikal mahkamah dan perundangan merasa lega dengan penjalasan Hanifa itu. Penjelasan itu merasakan kerajaan Kelantan terselamat dari membayar satu sen pun daripada tuntutan sebanyak RM230 juta itu.

Bagaimana pun bagi mereka yang memahami perundangan, serta seluk beluk mahkamah tentu tidak mudah merasa lega dengan penjelasan Hanifa itu. Secara logiknya saja sudah dapat merasakan bahawa konrektor itu tentu mempunyai hujah dan fakta kemas untuk membolehkan mereka mengemukakan saman. Kalau tidak ada persiapan rapi mereka tidak sama sekali mencabut keris dari sarungnya.

Sebagai syarikat antarabangsa mereka tidak sebodoh atau se'cakduh' itu untuk mengambil tindakan mahkamah. Tentu mereka sudah membuat kajian seteliti mungkin. Pastinya mereka tidak sama dengan sebuah syarikat yang melakukan usahasama ternakan kambing Japnapari bertujuan membugarkan politik Pas beberapa tahun lalu.

Saya mengakui bukan seorang pengamal undang-undang, tetapi mengikut logik, saman oleh syarikat itu valid dan ada asasnya. Seperti mana diakui oleh syarikat itu yang mereka sudah membelanjakan RM5,488,477 untuk urus kerja-kerja awal pembinaan lebuh rakyat berkenaan. Bagaimana dan untuk apa syarikat itu sanggup menghabiskan wang sebanyak itu kalau mereka tidak mempunyai apa-apa pegangan dan jaminan dari kerajaan?

Upacara pecah tanah projek pembinaan lebuh raya itu benar-benar berlaku. Ia dilakukan pada 20 Mei 2012 di Machang. Jarak lebuh raya itu sejauh 68 km dengan nilai RM1.8 billion.
Ia dihadiri dan upcara pecah tanahnya dilakukan sendiri oleh bekas MB Nik Abdul Aziz Nik Mat.
Beberapa orang Exco dan wakil rakyat (termasuk yang senget dan sakit ketika itu) juga hadir sama.

Apakah majlis itu bukan boleh dijadikan bukti bahawa kerajaan negeri Kelantan bertanggungjawab dan komited dengan majlis berkenaan? Apakah syarikat Korea berkenaan mengigau dan hanya mengikut telunjuk Husam Musa saja yang menjadi taukeh kepada projek berkenaan, mengadakan majlis gimik pecah tanah itu?

Hanifa mengakui ada surat tawaran (LOI). Apakah pengertian dan maksud surat tawaran itu. Siapakah yang menanda tangani surat tawaran berkenaan? Apakah ianya dibuat oleh Husam Musa atas nama peribadinya sebagai Adun Salor atau sebagai Naib Presiden Pas atau Exco pada masa itu? Atau pun ianya ditanda tangani oleh syarikat Baldah Toyibbah Infra ataupun oleh pihak Perbadanan Menteri Besar Kelantan (PMBK)?

Kalau surat itu ditanda tangan oleh PMBK atau Baldah Toyibbah, maka jelas ianya berurusan dengan kerajaan kerana kedua-dua agensi atau institusi itu kepunyaan Kerajaan. Sudah pasti didalam surat harat itu ada syarat-syarat tertentu, termasuk mungkin juga permulaan untuk memulakan projek itu seperti majlis pecah batu berkenaan?

Yang jelasnya syarikat itu sudah mengalami kerugian. Ia sudah menanggung kos-kos awal memulakan projek termasuk membawa kenderaan pembinaan masuk ke tapak projek. Semua itu dilakukan setelah wujudnya surat tawaran itu. Jika tidak ada surat tawaran itu tidak mungkin syarikat itu sedia menanggung risiko buta. Di sini, soal ianya sudah ada kontrek atau belum, tidak timbul yang pasti ia sudah mengeluarkan perbelanjaan bagi tujuan itu.

Kerajaan Kelantan adalah kerajaan (yang mengaku) berlandaskan prinsip Islam. Ia perlu bertanggungjawab. Kontrek dan juga surat tawaran itu hanya formaliti sahaja menurut undang-undang. Tetapi hakikatnya syarikat itu dah memulakan kerja. Apabila ia sudah memulakan kerja maka ia harus dibayar secara setimpal. Agama Islam menyuruh setiap boroh dibayar upahnya sebelum keringat kering dibadan. Apa maksud itu? Rasanya semua pempinan Pas Kelantan memahami akan seruan ini. Atau hanya faham dan tahu bagaimana nak makan komisyen balak saja?

Begitu juga kalau ada pihak mengelak hendak meletakkan perkara itu, kerugian syarikat Korea itu atas bahu Husam Musa seorang ia juga tidak betul. Sebagai individu bertindak untuk kebaikan kerajaan, apa-apa masalah perlulah ditanggungjawab bersama. Ia tidak boleh melepaskan tanggungjawab itu dengan mengatakan apa yang berlaku itu adalah urusan Husam?

Siapakah Husam? Saya yakin dan percaya kalau projek itu berjaya, semua orang akan ramai-ramai mengaku, projek itu adalah idea bersama. Mungkin bukan Nik Amar saja, Abdullah Yaakub yang kini menjadi Speaker juga akan mengaku dialah punya idea. Selalu berlaku begitu di dalam politik, tidak ada sesiapa yang sanggup mengaku dan bertanggungjawab kalau sesuatu menimbulkan masalah. Masing-masing akan lepas tangan dan membisu. Tetapi kalau sesuatu berjaya, mendatangkan wang dan untung semua akan mengaku, kononya akulah yang buat akulah yang sokong. Akulah yang itu dan ini. Tahi!

Dan khabar terbaru katanya pihak Pas Kelantan sudah mula kelam kabut selepas kecurnya berita Dea Hanguru SB telah saman kerajaan Kelantan RM230 juta. Mungkin Tokguru Nik Abdul Aziz juga terkejut sama. Ikan-ikan besar dan kecil dalam kolong Pas juga sudah melilau dalam botol untuk mencari dan mengodam sesiapa yang mengungkitkannya. Kenapa? Sabar brother?

Khabarnya ada orang-orang tertentu telah menghubungi Husam agar menyediakan dokumen mengenai projek berkenaan dan bawa ke mesyuarat. Khabarnya hal saman itu akan dibincang dalam mesyuarat Badan Perhubungan Pas bersama Penyelia Dun dalam masa terdekat? Husam Musa diminta memberi penjelasan dan menceritakan kronologinya.

Anih dan inilah sikap buruk. Saya tidak mahu membela Husam Musa di dalam hal ini dan tidak juga bermaksud mengatakan dia tidak bersalah. Tetapi suka melihat kepada tindakan dilakukan Ahmad Yaakub sebelum ini kepada Husam yang telah memecat Husam daripada terus menguruskan pembinaan projek lebuh raya. Sebaik Ahmad Yaakub mengambil alih jawatan MB, kedudukan Husam terus digugurkan sebagai Pengerusi Baldah Toiyabah. Sementara di dalam dalam hirearki PMBK Husam tidak ada, dia hanya pengerusi PMBK Sawit. Itupun telah dipecat diganti dengan Che Abdullah. Orang-orang yang utama dalam PMBK ialah Nik Abdul Aziz Nik Mat, Ahmad Yaakub dan Mohd Amar Nik Abdullah.

Hari ini Nik Abdul Aziz tidak ada, kekosongan itu diisi oleh Zulkefli Mamat.

Di sinilah tindakan Ahmad Yaakub itu boleh dipersoalkan dan ia tidak bijak. Sepatutnya sebelum menyingkirkan Husam dari kedudukan itu penyelesaian tuntas segala tugas-tugas dan urusan projek itu termasuk penyerahan dokumen diuruskan dengan baik dan teratur. Kalau hendak nafikan usaha Husam pun buatlah majlis serah tugas bagi mengelakkan tindak termamah garam di dalam air kopi seperti hari ini terjadi. Kini susudah kerajaan Kelantan disaman RM230 juta baru Husam dicari dan diminta penjelasan.

Apabila berlaku keadaan gawat baru ingatkan Husam. Baru susah payah telefon orang itu dan orang ini minta Husam memberi penjelasan berhubung sejarah projek berkenaan. Nampak sangat perangai jahat dan busuk hati. Apakah kata kalau Husam tidak sedia membantu, menjelaskan duduk perkara tentang projek itu? Tidak menjadi satu dosa buat Husam kalau beliau tidak hadir dan memberi penjelasan kerana beliau sudah dilucutkan segala tanggungjawab. Jadi kalau Husam tidak sedia memberi kerjasama janganlah salahkan dia. Cukuplah dengan apa dilakukan ke atasnya.

Sebelum ini Ahmad Yaakub mempercayai kepada keterangan dan penjelasan Hanifa bahawa tindakan menggugurkan kontrektor dari Korea itu tidak ada apa-apa masalah berbangkit. Itulah sebab dan natijah kalau mempercayai kepada seseorang dan tidak sedia mendengar dan akur kepada permintaan seseorang yang lain. Hari ini bila padah datang ke riba tanggunglah sendiri. Mungkin Ahmad merasakan Husam buruk perangai, tetapi Ahmad juga dengan tindakan itu dua kali lima saja.

Tampaknya nasib Husam sudah jadi semacam Hang Tuan di zaman sultan Mahmud Shah di Melaka lebih 500 tahun lalu. Sultan atas nasihat orang yang jahat dan busuk hati telah memfitnah Hang Tuah sehinggakan Sultan memerintah Hang Tuah dibunuh. Tetapi nasib baik bendahara Melaka seorang yang berpandangan jauh dan berhemah tinggi. Bendahari tidak akur kepada perintah sultan sebaliknya menyembunyikan Hang Tuah di Hulu Melaka.

Sehingga kebenaran akhirnya tiba, tatkala Hang Jebat mengamuk disebabkan hendak membela atas kematian Hang Tuah, sahabatnya, baru Sultan teringat kepada seseorang yang berjasa dan boleh menyelamatkan Melaka. Tanpa sedar Sultan merunggut dan mengeluh kepada Bendahari; "kalulahlah Hang Tuah masih hidup, tidak begini jadinya Melaka."

Sebegitu mendengar keluhan itu Bendahara yang bijaksana itu menyembah derhaka kepada Sultan; "ampun Tuanku, bagaimana hemat Tuanku kalau Hang Tuah masih hidup?" Sultan terkaget dan merasa tersindir dengan sembah Bendahara sambil berkata; "Bendahara jangan persendakan beta." "Ampun Tuanku, Hang Jebat sesungguhnya masih hidup, ampun Tuanku," jelas Bendahara bersulam rasa takut dan garum.

Mendengar itu serta merta muka sultan cerah dan ceria dan meminta Bendahari segara membawa Hang Tuah untuk mengekang amukan Hang Jebat yang makin menjadi-jadi. Nah, begitu juga nasib malang dihadapi Husam yang digugurkan segala jawatan dan kedudukan kerana fitnah dan salah anggap akhirnya mahu juga digunapakai apabila keadaan sudah terdesak.

Akhirnya dia diperlukan juga bila mana kerajaan berdepan dengan masalah. Husam sebagai seorang pejuang sejati meletakkan pejuang daripada kepentingan diri saya pasti akan berrsikap seperti Hang Tuah itu juga. Dia tidak kesal dan kecewa atas apa yan berlaku. Dia akan memberi kerjasama, kerana bagi seorang pejuang tulen akan melupai segala perbuatan huduh terhadapnya, dan sebagai orang Islam tidak akan ada dendam sekuman kurus pun didalam hati.

Hendaknya Ahmad Yaakub atau mana-mana pihak yang mengaharapkan bantuan Husam bagi menghadapi saman RM230 juta terimalah Husam sebagai saudara sendiri, dan buanglah segala dendam, kebencian dan hentikan adu domba. Buang yang keruh ambil yang jernih kerajaan Pas harus ditegakkan selepas pilihan raya ke 14 kelak. [wm.kl.4:45 pm 27/01/14]

Kadang kala kita membodohkan diri sendiri

Posted: 26 Jan 2014 11:16 PM PST

MEWARAS AKAL                                                                                

Hari ini riuh randah dengan laporan liar yang dilaporkan oleh mereka yang jahil mengenai politik dan sistem pemerintah negara ini, kononnya Anwar Ibrahim akan menggantikan Abdul Khalid Ibrahim sebagai Menteri Besar Selangor.

Khalid Ibrahim dilaporkan akan melepaskan jawatan MB Rabu ini, iaitu lusa. Semalam lagi saya sudah menerima beberapa SMS menceritakan perkara ini tetapi akal dan naluri politik saya menolak kerana ia diluar logikal politik saya. Jadi saya tidak berminat mengulas sesuatu yang bodoh.

Bagi saya tidak ada sebab dalam situasi hari ini Khalid hendak melepaskan jawatan sebagai MB. Walaupun ada keperluan untuk beliau berbuat begitu, dan juga ada desakan halus, tetapi ia bukan sesuatu yang membebankan jiwanya sehingga dia akan angkat kaki meninggalkan bangunan Sultan Abdul Aziz Shah di Shah Alam itu. Khalid masih lega dan selesa dengan kedudukan itu dan tampak tidak terjejas dengan psywar kononnya dia akan melepas jawatan.


Ternyata hari ini beliau membuat penafian terhadap laporan terawal mengenainya, bahawa dia tidak menunjukkan gambaran akan meletak jawatan. Katanya dia masih di pejabat dan tidak ke mana-mana. Begitu juga Anwar Ibrahim yang pagi ini hadir ke mahkamah untuk perbicaraan saman malu ke atas bloger Papagomo turut dikerumuni oleh wartawan untuk mendapat kepastian.

Anwar juga menafikan laporan mengatakan dia akan mengganti Khalid Ibrahim. Jadi dengan penafian kedua pihak bersangkutan, jelas bahawa berita Khalid akan lepas jawatan, dan Anwar akan mengganti tempatnya Rabu ini ada bohong dan merupakan berita dari wartawan si luncai dengan labu-labu sahaja.

Berita itu tidak lebih dari hendak mengalutkan keadaan sahaja. Dalam kata lain hendak tekan Khalid saja. Tetapi sayang ianya tidak ada kemunasabahan. Kenapa saya kata begitu, mustahil si yang menulis berita dan menyiarkannya tidak faham mengenai sistem pentadbiran atau proses perlantikan jawatan MB di dalam sesebuah negeri di negara ini.

Mungkin ada sumber dalaman yang membocorkan perkara itu, tetapi sebagai pengamal media yang perlu tahu atika kewartawanan harus menapis sebelum menyiarkannya. Percayalah Khalid tidak mudah tumbang setakat disembur dengan kipas angin berbilah tiga. Khalid akan tumbang apabila ada taufan 'kuning' yang melanda Selangor.

Menteri Besar bagi sesebuah negeri dilantik dari mana-mana Adun di dalam sesebuah negeri itu bukannya ahli parlimen. Anwar bukan Adun di mana-mana kerusi di dalam negeri Selangor, dia ahli parlimen, itu pun di Pulau Pinang. Jadi di mana logiknya Anwar akan mengganti Khalid. Baghal betul orang membuat cerita ini. Atau pun Anwar akan bertanding di mana-mana pilihan raya kecil, begitukah prosesnya?

Kalau pun begtu masakan Selangor akan ketiadaan MB selama sebulan, sebab proses untuk mengadakan pilihan raya kecil setidak-tidak memerlukan masa tiga minggu dari tarikh pengosongan mana-mana kerusi. Dan apakah tidak rosak imej Anwar sebagai bakal PM kalau dia menjadi MB Selangor. Satu hal lagi apakah Sultan Selangor bersetuju memberi perkenan?

Lainlah kalau yang dikatakan akan mengganti Khalid adalah Timbalan Presiden PKR Mohamed Azmin Ali ada 'kuliha'nya kerana Azmin adalah Adun Bukit Antarabangsa, yang terletak di dalam negeri Selangor dan sosok yang dikira layak untuk menjabat jawatan itu baik dari segi seniroiti atau pun ketampanan. Atau pun yang akan mengganti Khalid ialah Iskadar Abdul Samad (Adun Cempaka) atau pun Sallehen Mukhyi (Sabak) kedua-dua wakil rakyat Pas. Sebab mereka merupakan Adun dalam negeri Selangor.

Lain kalai jangan muda mempercayai dengan berita-berita yang tidak masuk akal. Teliti dan semak dahulu sebelum kita cuba menguar-uarkan kepada umum. Nampak sangat kita sendiri kadang-kadang menyusah dan membodohkan diri sendiri dengan berita berkenaan. Lama-lama kita akan jadi terus dungu kalau kita suka membodohkan diri sendiri. Titik. [wm.kl.3:08 pm 27/01/14]

Saigon bandar motosikal

Posted: 26 Jan 2014 04:12 AM PST

MENJENGUK VIETNAM                                                                  
(Siri Kedua)

Perkara pertama yang kita dapat rasai sebaik menjejak kaki ke negara delta, Vietnam dan memasuki ke bandaraya Ho Chih Minh (Saigon) akan teruja dengan jutaan motosikal yang memenuhi segenap jalan di bandaraya berkenaan.

Pemandangan sebegini dapat dilihat disemua jalan di Saigon.
Tidak ada sebatang jalan yang tidak dipenuhi dengan motosikal. Semuanya 'pepak' dengan bunyi motosikal. Setiap kali berhenti di lampu isyarat kita akan menyaksikan deratan panjang motosikal bagaikan satu perarakan besar yang tidak ada perberhentian.

Pemandangan sebegitu dapat dilihat di negara kita hanya apabila ada pesta atau pun majlis-majlis di pekan dan pinggir bandar yang dihadiri ahli politik untuk berkempen semasa pilihan raya. Selalunya para 'berjouis' akan disambut dengan perarakan motosikal oleh 'mat-mat rempit' yang dupah seringgit dua atau dikontra dengan sehelai t-shirt dan sebiji topi. Itu pun dalam jumlahnya hanya puluhan dan kalau banyak pun jumlahnya ratusan saja. Jumlah motosikal di bandaraya Kuala Lumpur pun rasanya tidak sampai 5% apa yang ada di Ho Chin Minh.



Bayangkan kalau hanya sejuta buah motosikal berlegar di tengah-tengah bandar Kuala Lumpur, di Jalan Tuanku Abdul Rahman atau Jalan Raja Laut sudah dapat dirasakan kesesakannya. Kita sudah merasa lemas dan bosan dengan kebingitannya. Dan mungkin juga jalan raya akan mengalami kesesakan berjam-jam.

Para penjaja santai meniagakan barangan mereka.
Sesuatu yang menghairankan, kandati banyak jumlah motosikal yang memenuhi jalan-jalan di bandaraya Ho Chi Minh, tetapi tidak berlaku kesesakan jalan yang lama. Dalam masa tidak sampai lima atau kurang 10 minit keadaan jalan raya 'clear' dan terurai dengan mudah. Polis trafik juga tidak perlu bersusah payah menguruskan aliran trafik, para pemandu masing-masing tahu menyelesaikannya.

Pemeliharaan pokok di bandaraya Saigon.
Menurut penjelasan pemandu pelancong, Cik Allan, ketika ini terdapat 5 juta buah motosikal di bandaraya Saigon. Ia mewakili kira-kira 55% daripada jumlah 9 juta penduduk Saigon. Pemandangan ini sesuatu yang baru buat saya. Selalunya bandaraya akan dipenuhi dengan motokar yang menjadi lambang status, tetapi tidak di Saigon. Jumlah kereta relatif kecil sekali jumlahnya. Kalau ada pun kereta ianya merupakan teksi bandaraya dan juga bas pengangkutan awam.


Keayuan seorang peniaga jalanan. 
Mulanya saya terfikir, kenapa begitu ketinggalan sekali rakyat Vietnam dalam memiliki kenderaan mewah. Apakah negara itu miskin sedang pengembangan ekonominya hampir sama saja dengan negara-negara membangun yang lain termasuk negara kita, Indonesia ataupun Thailanad.

Tetapi setelah menyedari sistem pemerintah Vietnam yang diamalkan
 di negara itu berbeza dengan negara-negara di rantau sebelah sini baru saya memahaminya.

Peniaga jalan akan menyerbu pelancong.
Vietnam merupakan sebuah negara berfahaman komunis. Dalam sebuah negara komunis rakyat tidak dibenarkan memiliki harta dan kekayaan. Semua kekayaan milik negara. Rakyat bekerja bukan untuk kelebihan dan kemewahan diri tetapi untuk negara. Kekayaan dibahagikan sama rata? Inilah konsep negara komunis.

Ia berlainan dengan negara demokrasi yang mengamalkan sistem kapitalis seperti negara kita. Rakyat diberikan kebebasan untuk berkerja dan berusaha memajukan diri. Sesiapa yang rajin, gigih dan kuat berkerja dia berhak mendapat hasil yang banyak. Lagi bijak menipu atau pandai memanipulasikan sistem ekonomi, lagi tambah kaya.

Sebab itu di negara kita ada orang kaya sampai memiliki puluhan motokar mewah, puluhan unit rumah teras, banglow, rumah kedai atau kondominum. Manakala yang miskin masih terus menyewa di kloni-kloni setinggan di pinggir bandar.

Justeru tidak pelik kalau rakyat tidak memiliki harta dan kemewahan seperti kereta dan rumah besar di Vietnam. Ada baiknya apabila rakyat tidak digalakkan memiliki kenderaan mewah kerana ia boleh mengatasi masalah kesesakan dalam bandar. Sebab itu dalam tilikkan saya kesesakan dalam bandaraya Saigon tidak serius. Tetapi ada kesan tidak baiknya apabila rakyat diminta berkerja untuk negara keadilan dalam erti kata yang berhak mendapat haknya tidak mendapat haknya.

Pemilikan kereta di Vietnam juga dihadkan kepada sebuah untuk saya keluarga saja. Sebaliknya mereka boleh memiliki motosikal lebih dari satu. Sebab itu kalau diperhatikan bentuk rumah di Vietnam tidak ada halaman, maksudnya ruang kosong yang luas untuk parking kereta atau kenderaan kerana pemilikikan kenderaan dikawal. Ia berbeza dengan negara kita, di sesebuah rumah sampai 10 buah kereta sehinggakan untuk parking pun susah.

Walaupun rakyat dihalang untuk memiliki kenderaan, tetapi kerajaan menyediakan pengakutan awam seperti bas, teksi. Masih kedapatan kenderaan seperti becak, digunakan di Saigon. Seperkara lagi merujakan saya ialah keadaan teksi di sana boleh dianggap sebagai ada kelas. Rata-rata teksi yang dilihat semuanya baru dan selesa. Ini menunjukkan kerajaan memberi keutamaan dan prihatin kepada keperluan awam.

Merasai kopi di warung kopi kaki lima.
Perkara lain yang menyentuh perasaan apabila kita berada di Saigon dan menjelajahi ke beberapa sudut di bandaraya berkenaan, kita akan melihat di sana banyak taman-taman rekreasi dibina. Pokok-pokok kayu (dipercayai sejak zaman Peranchis) dijaga dan dirawat dengan baik menjadi taman rekreasi. Kelestarian alam masih diberi keutamaan. Suasana ini sesuai dengan sikap orang Vietnam yang suka beriadah dan melakukan senaman.

Walaupun kemudahannya tidak canggih tetapi mereka memanfaatkan sebaik mungkin. Pagi petang kita akan melihat ramai orang berihat di taman-taman yang terdapat di bandaraya Ho Chin Minh. Waktu pagi dan petang mereka akan memasuki ke taman dan melakukan senaman. Nampaknya orang Vietanam menjaga kesihatan mereka.

Hanya satu perkara yang agak kurang menyenangkan dan kurang enak di pandang mata ialah kewujudkan kedai-kedai kopi di kaki-kaki lima tepi jalan. Di mana-mana sahaja kaki lima dipenuhi dengan kedai-kedai kopi dan penjaja yang memikul atau mengandar barang jajah mereka. Tidak perlu ruang besar untuk mereka menjalankan perniagaan cukup ruang kecil, muat sebiji meja berukur 2' kali 2' kaki atau sekadar boleh meletakkan bakul ataupun periuk menjeram air panas untuk menyediakan kopi.

Ruang terbuka ini membimbangkan kita untuk menjamah makanan di sini kerana disangsi kebersihannya. Jalan-jalan raya pula senantiasa dibersihkan. Sekurang-kurang dua kali pekerja bandaraya akan membersih jalan yang dilakukan secara manual. Tidak kelihatan mesen pembersih jalan moden digunakan.

Sesuai dengan Saigon sebagai bandar yang menjadi pusat pemerintah Perancis semasa bangsa Eropah itu menguasai negara itu ianya dirancang demikian rupa. Jalan-jalan di Saigon semuanya lurus dalam keadaan besar sedarhana. Bentuk jalan ini juga meyumbang kepada kebebasan kesesakan di Saigon.

Masalah yang sering dihadapi pelancong di lokasi visata di negeri-negeri Asia seperti di Indonesia, khasnya, iaitu serbuah oleh para peniaga jalanan juga tidak terelak di Saigon. Di mana saja ada tetamu di situ ada kumpulan peniaga ini yang membawa barang jualan mereka. Mereka agresif dan berani sanggup melompat ke atas bas. Sebaik kita turun atau keluar dari hotel mereka terus menyerbu agar membeli barangan mereka.

Kita perlu berhati-hati membeli barangan yang ditawarkan kerana harganya yang berbeza-beza dan mengenai kualiti barang yang dibawa sangat berbeza dengan harga di dalam pasar atau mall. Bersambung. [wm.kl.8:07 pm 26/01/14]

Tiada ulasan: