Ahad, 5 Januari 2014

Biaqpila

Biaqpila


KALAU TAK SUKA PERHIMPUNAN SILA PI DOK DALAM HUTAN...KAH! KAH! KAH!

Posted: 04 Jan 2014 10:00 PM PST



Himpunan: DBKL ada bukti bergambar
WARTAWAN SINAR HARIAN
5 Januari 2014
Ahmad Phesal Ahmad Phesal

KUALA LUMPUR - Dewan Bandaraya Kuala Lumpur (DBKL) telah menyiapkan laporan berserta bukti bergambar berhubung perhimpunan haram yang dibuat pada malam sambutan tahun baharu di Dataran Mereka, baru-baru ini.

Datuk Bandar Kuala Lumpur, Datuk Seri Ahmad Phesal Talib berkata, pihaknya akan mengatur perbincangan bersama pihak polis bagi memutuskan sebarang tindakan yang boleh diambil kerana ia dibuat tanpa permohonan, termasuk mengenal pasti penganjur bertanggungjawab.

Menurutnya, DBKL mempunyai bukti berdasarkan koleksi gambar yang diambil dari pelbagai sudut termasuk dari atas Menara DBKL.

"Pada masa ini kami telah pun menghimpunkan bukti melalui gambar yang kita ada dan akan berbincang dengan pihak polis apakah langkah yang boleh kita ambil di bawah peraturan yang ditetapkan.

"Mungkin pihak polis ada bukti yang kita boleh kongsi bersama, dan apakah tindakan sepatutnya yang perlu diambil terhadap mereka sekiranya berlaku pelanggaran peraturan," katanya.

Beliau berkata, setakat ini tiada sebarang laporan kerugian yang diterima atau perlu ditanggung DBKL ekoran daripada himpunan berkenaan.

"Tetapi kita akan lihat kemungkinan untuk ambil tindakan jika mereka yang terlibat didapati mengganas.

"Secara kasar tiada kerugian, namun hanya menimbulkan gangguan kepada aktiviti yang orang ramai menunggu. Itu yang menyebabkan saya tidak pulang awal pada malam itu. Jika saya keluar, adalah tidak bertanggungjawab sebagai Datuk Bandar meninggalkan orang ramai dalam keadaan tertanya-tanya. Jadi saya mengambil keputusan untuk cuba redakan keadaan," katanya.

Tambah Ahmad Phesal, penelitian bagi mengenal pasti penganjur bertanggungjawab juga akan dibuat bersama pihak polis.

SH

LAWAK AHAD: BR1M

Posted: 04 Jan 2014 08:52 PM PST




Perbualan di sebuah warung kopi di sebuah Felda.  Seorang pak cik leka membelek akhbar Utusan Meloya sambil hisap rokok daun di sebuah meja.  Datang seorang anak muda duduk di hadapannya sambil memesan segelas air dari tokeh warung.  Dialog seterusnya...

Anak Muda:  Assalamualaikum, Pak cik

Orang Tua:  Waalaikum Salam...(sambil terus belek akhbar utusan dan geleng2 kepala)

Anak Muda:  Nape pak cik geleng2 kepala tu?  Ada berita buruk ke pak cik akhbar hari ni?

Orang Tua:  (letak akhbar, hirup kopi dan memasang rokok daunnya) Ermm..aku pelik dengan Pembangkang ni...Semua yg Najib buat semua salah...Naik harga gula utk kebaikan rakyat pun mereka bantah...pelik betul!!  Gula tu memang penyebab kencing manis...memang patut dinaikkan pun..

Anak Muda:  Ohh...pasal tu.  Abis tu, pak cik setuju ke gula dinaikkan 35 sen?

Orang Tua:  Memang setuju asalkan rakyat kita terjaga kesihatannya.  Najib bagus..ambik berat hal rakyat. 

Anak Muda:  Pak cik sekarang ni ada alami sebarang penyakit tak?  (Sambil hirup teh yang baru sampai)

Orang Tua:  Pak cik sejak dulu memang kurang minum manis2 ni.  Sbb tu pak cik takde kencing manis.  Jadi langkah najib tu tepat lah..

Anak Muda:  Penyakit apa yang Pak Cik ada sekarang ni? 

Orang Tua:  Cuma darah tinggi je lah...kencing manis memang takde...

Anak Muda:  Cehh..tak adil Najib ni.  Sian orang macam Pak cik ni...

Orang Tua:  ehhh...nape pulak? 

Anak Muda:  Kenapa dia hanya jaga orang kencing manis je...abis tu darah tinggi macam mana pulak?  Patutnya Najib naikkan harga garam juga....baru adil..Dalam masakan yg paling banyak orang guna adalah garam bukan gula...

Orang Tua:  Aaahhh...ko memang sengaja nak cari salah Najib...Aku dah kata pembangkang macam tu...cari salah je pandai...semua nak komplen...kasi BR1M sapu gak!! (sambil jeling tajam kat Anak Muda)

Anak Muda:  Ehhh...BR1M?  Saya boleh kasi Pak Cik BR1M bukan setahun sekali...setiap bulan saya boleh kasi pak cik?  Sebut saja pakcik nak berapa?  Setiap bulan saya boleh kasi pakcik...betul ni, bukan main2..

Orang Tua:  Eleehhh...ko nak kasi aku BR1M?  hahaha...rokok pun beli batang...hahaha (sambil ketuk2 meja..)

Anak Muda:  Serius ni pakcik...Pakcik sebut je berapa BR1M pakcik nak...saya boleh kasi tiap2 bulan!!  Bukan setahun sekali macam Najib tu.  Ni hah...(sambil tunjuk pada tokeh kedai yang mendengar perbualan) Pak Ali tokeh kedai ni boleh jadi saksi...cakap lah, berapa BR1M pak cik nak dari saya tiap2 bulan?

Orang Tua:  Ok..ok..(sambil berdiri nak marah).  Aku tak mahu banyak dari kau.  Kau kasi aku tiap2 bulan hanya RM 100 je.  Boleh?  Hahahaha...baru nak hidup dah nak tunjuk pandai ngan aku...

Anak Muda:  Alaaa...nape sikit sangat Pak Cik mintak?  Up la sikit....

Orang Tua:  Tak payahhhhh....ko kasi aku seratus ringgit je sebulan cukup lahh...jangan berlagakkk!! 

Anak Muda:  Ok, baiklah.  Saya akan kasi pakcik tiap2 bulan seratus ringgit....tapi dengan satu syarat...

Orang Tua:  Laaa...syarat apa pulak?  Mana boleh syarat2 plak...nak kasi..kasi je lahhh...Jangan nak belit2...

Anak Muda:  Memang la ada syarat.  Najib pun camtu...sebelum dia umum nak kasi BR1M, sebelum pilihanraya dia kata...undi BN..kita kasi BR1M...kita naikkan jumlah BR1M...itu kira macam syarat la tu...

Orang Tua:  Ok lahhh...apa syaratnya?

Anak Muda:  Syaratnya, setiap hari pakcik kasi saya lima puluh ringgit...cukup sebulan saya kasi pakcik BR1M seratus ringgit, amacam?  Setuju?

Orang Tua:  Woiii...ko ingat aku bodoh ke?  Ko ambik duit dari aku tiap2 hari lima puluh rtinggit, sebulan ko kasi aku seratus?  Ko ingat aku ni bodoh sangat?  Ko guna duit aku, bayar pulak kat aku hanya seratus?  Ko untung pulak lagi....jangan nak bodohkan aku...aku tak la bodoh sangat ok..

Anak Muda: Haaaa...kalau tak bodoh baguslah!!  Macam tu lah Najib punya cara kasi BR1M, tau tak?  Hahahaha... (sambil bangun dari kerusi menuju ke tokeh kedai untuk bayar minuman) 

Orang Tua:  (terkebil2 sambil pandang Tokeh Kedai yang ketawa besar) Kurang ajar budak nihhhh....!!!
THE END!!!



Tiada ulasan: