"BERANI KERANA BENAR!" |
Salam Maulidur Rasul :Hayati perjuangan Rasulullah s.a.w. Posted: 13 Jan 2014 09:08 AM PST Oleh USTAZ NIK ZAWAWI NIK SALLEH SAMBUTAN Mauludil Rasul s.a.w. yang biasa disambut oleh umat Islam serta setiap tahun apabila menjelmanya bulan Rabiulawal.Bulan Rabiulawal ini adalah bulan Allah melahirkan seorang Nabi dan Rasul untuk memimpin umat. Allah membiarkan masyarakat zaman jahiliah dahulu hidup dalam keadaan tanpa panduan wahyu Allah.Dalam waktu yang sama Allah ingin tunjukkan kepada sekalian manusia betapa kekal manusia gagal untuk mentadbir urus muka bumi Allah SWT. Waktu di Makkah Al-Mukaramah, Allah menjadikan ramai tokoh yang sangat hebat seperti Abu Jahal, Abu Lahab, Abu Suffian, Umar Al-Khatab, Khalid Al-Walid dan semua ini adalah ahli fikir yang sangat hebat yang mentadbir dan mengurus, kewangan, pentadbiran, kerajaan, pemerintahan di kota suci Makkah Al-Mukarramah.Ketika mereka mengurus Allah tonjolkan bagaimana kegagalan akal manusia memimpin manusia. Walaupun mereka hebat tetapi mereka tidak boleh lari daripada wahyu Allah SWT. Jadi ketika mereka memimpin di Makkah biarpun di sudut ekonomi mereka mampu menarik pelabur daripada asing untuk datang berniaga di Mekah tetapi dalam waktu yang sama, kita kena ingat moral dan peradapan manusia hancur berkecai di Makkah sehingga wujudnya sistem hamba abdi yang begitu dahsyat. Wujud satu suasana pembunuhan anak-anak perempuan dan Wujud situasi golongan miskin terpaksa menjadi hamba abdi. Semua ini bukti yang sangat jelas bahawa manusia walau bijak sekalipun mereka tidak mampu untuk mengurus sesama manusia. Ekoran daripada kegagalan inilah Allah SWT mengutus Rasulullah s.a.w. datang ke dunia untuk memimpin dunia dan menyelesaikan konflik kemanusiaan yang sangat serius. Dalam sejarah kita lihat konflik kemanusiaan di Mekah pernah ada percubaan dari negara luar termasuk Rom, Parsi, Yaman, India. Mereka cuba menyelesaikan isu pembunuhan kanak-kanak perempuan di Makkah tetapi mereka gagal. Walaupun kuasa besar mereka ada tentera yang ramai, kewangan yang besar, rakyat yang ramai dan mempunyai kekuatan tetapi mereka gagal. Allah membawa Rasulullah s.a.w. datang ke Makkah dalam keadaan tidak mempunyai apa-apa. Baginda anak yatim, keluarga yang tidak kaya, tidak ada pengaruh dan dalam waktu yang sama Rasulullah adalah ummi seorang yang buta huruf tidak tahu menulis dan membaca. Tetapi keistimewaannya, Rasulullah s.a.w. ada al- Quran, ada wahyu daripada Allah SWT. Akibatnya, waktu itu yang menentukan kejayaan yang maksima kepada Rasulullah s.a.w. Rasulullah s.a.w. membawa al- Quran dan bawa petunjuk daripada Allah, Rasulullah s.a.w. berhadapan dengan masyarakat jahiliah di Mekah dan Baginda berjaya mengubah budaya jahiliah menjadi budaya manusia yang beriman kepada Allah yang mengikuti syariat Allah dan masyarakat bertukar daripada masyarakat yang gelap gelita itu bertukar kepada masyarakat Islam yang mempunyai cahaya dan petunjuk di dalamnya. Jadi kelahiran Rasulullah s.a.w. apabila kita sambut dan kita mesti ingat sambutan kita untuk disambut dan mengikuti syariat yang dibawa Rasulullah. Bukan disambut Maulidur Rasul itu untuk mengetahui bulan Rasulullah dan kerana itu sahaja tidak ada gunanya. Mustahak sekali iaitu kita tengok bagaimana Islam yang dibawa Rasulullah s.a.w. dan sejauh mana diamalkan dalam kehidupan. Jika kita pada hari ini berhadapan dengan situasi negara yang sangat yang kucar-kacir dan negara yang ada penindasan. Kita harus ingat Rasulullah s.a.w. dahulu mengbah masyarakat jahiliah dengan Islam. Kembali kepada Islam, nescaya kekusutan negara boleh diselesaikan oleh Islam.Jadi apa kita sambut Maulidur Rasul pada zaman ini, kita kena ingat apa jua masalah yang melanda negara termasuk ekonomi, pendidikan, moral, masalah ahklak, pengurusan, sebenarnya tidak ada jalan lain kecuali kita balik kepada Islam sebagaimana Nabi s.a.w. Kita harus kembali kepada syariat yang diturunkan kepada Rasulullah s.a.w. itu sendiri. Jadi baharu kita sambut Maulidul Rasul mempunyai ertinya khusus kepada generasi yang cinta kepada perjuangan Islam. Apabila kita sambut Maulidur Rasul sebagaimana Rasulullah memperjuangkan Islam. Walau susah walau senang, Rasulullah s.a.w. meneruskan perjuangan dan Allah menyebut dalam al-Quran yang berbunyi: Sekiranya jalan Islam ini satu perjalanan yang boleh dituju dengan dekat, satu keuntungan yang boleh dicapai dengan cepat nescaya ramai manusia akan mengikut kamu wahai Muhammad. Akan tetapi Islam ini jalan yang sukar, jauh, penuh dengan onar dan duri. Apabila duduk dalam perjuangan Islam kita ambil intipati daripada perjuangan Rasulullah. Maknanya Islam mesti diperjuangkan dan mesti ditegakkan dan mesti ada generasi yang bersungguh untuk membawa Islam. Kerana ini sirah yang ditunjuk oleh Rasulullah. Jadi apabila kita ambil intipati ini kata kita sambut Maulidur Rasul itu akan mempunyai makna yang sangat besar dan erti yang sangat besar dalam kehidupan kita. Insya-Allah. » Ustaz Nik Zawawi adalah Setiausaha Majlis Syura Ulama PAS |
You are subscribed to email updates from "BERANI KERANA BENAR!" To stop receiving these emails, you may unsubscribe now. | Email delivery powered by Google |
Google Inc., 20 West Kinzie, Chicago IL USA 60610 |
Tiada ulasan:
Catat Ulasan