Isnin, 13 Januari 2014

Anak Sungai Derhaka

Anak Sungai Derhaka


Kangkung: Khairy Muncul Pertahan Najib..

Posted: 13 Jan 2014 07:32 AM PST


Sayur kangkung tiba-tiba menjadi popular gara-gara ucapan Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Tun Razak pada majlis penyampaian bantuan kepada mangsa banjir di Kemaman, semalam.

Beliau mengambil contoh sayur kangkung antara harga barangan yang turun dalam kemelut ekonomi negara.

Katanya, sebelum ini harga sayur kangkung mahal tetapi kini sudah turun harga namun kerajaan tidak dipuji.

Ekoran kenyataan itu, kecoh di laman sosial Facebook dan Twitter seolah-olah 'menyindir' kenyataan tersebut.

Ada yang mengemas kini status memberitahu sayur kangkung menjadi menu hari ini serta memuat naik gambar masakan sayur tersebut.

Dalam perkembangan sama, Menteri Belia dan Sukan, Khairy Jamaluddin menyifatkan isu itu tidak perlu dibesarkan.

"Tak perlu kecoh tentang kangkung. Najib bagi contoh bukan semua benda naik harga. Ada yang naik sebab faktor cuaca dan lain-lain Rasional sedikitlah," katanya yang dipetik melalui laman mikro, Twitter, hari ini lapor Sinar Harian


Video ucapan Najib itu sila lihat di SINI

Trending di FB Hari ini : Najib Kangkung...

Posted: 13 Jan 2014 01:18 AM PST


SUSULAN tersebarnya video penuh ucapan Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Tun Razak pada majlis penyampaian bantuan kepada mangsa banjir di media sosial yang turut menyebut mengenai harga sayur kangkung, hari ini trending Facebook adalah berkaitan sayur tersebut.

Sinar Harian Online mendapati pengguna laman Facebook telah mengemaskini status dengan nama sayur kangkung beserta gambar sayur itu yang dijadikan pelbagai jenis hidangan.


Isu sayur kangkung itu juga turut mendapat perhatian Ketua Penerangan Pas, Datuk Mahfuz Omar yang turut berkongsi menu makan tengahari "pilihan", pada hari ini.

"Apa menu makan tengahari anda hari ini?...saya makan kangkung masak kurma!," tulisnya.

Semalam Najib dipetik sebagai berkata: "...ada yang dah turun, kangkung yang dulunya naik sekarang sudah turun. "Bila turun kenapa tak puji kerajaan, masa naik dipersalahkan kerajaan," katanya lapor Sinar Harian.

Sementara itu, menteri belia dan sukan yang juga ketua Pemuda Umno Khairy Jamaluddin tampil menyelar tindakan warga maya itu yang menurutnya tidak rasional.

"Tak payah kecoh pasal kangkung. @NajibRazak (Najib) bagi contoh bukan semua benda naik harga. "Ada yg naik sebab faktor cuaca dan lain-lain. Rasional sikitlah," tulisnya di Twitter..

Dalam pada itu satu laporan mendedahkan bahawa Makmal kos sara hidup yang diilhamkan Najib telah berjaya menemui sejenis tumbuhan yang boleh digunakan sebagai salah satu inisiatif kerajaan untuk meringankan beban rakyat.

Tumbuhan yang dikenali kangkung atau nama saintifiknya Ipomoea aquatica ini ditemui sekitar longkang makmal tersebut oleh beberapa orang pakar kos sara hidup yang dilantik beliau... lapor Biaqpila di SINI


Gambar dari MiloSuaM dan MalaysianGags , Video berkenaan sila lihat di SINI

Najib mahu rakyat berterima kasih kepada BN kerana harga kangkung turun.. (Video Inside)

Posted: 12 Jan 2014 07:28 PM PST


Mula-mula baca dulu apa yang BERNAMA laporkan ini, mungkin sebab malu dengan apa yang Najib katakan BERNAMA tak laporkan...

Datuk Seri Najib Tun Razak berkata adalah tidak adil menyalahkan kerajaan semata-mata apabila berlaku kenaikan harga barangan.

Ini kerana, kata Perdana Menteri, kerajaan telah dan sedang melakukan pelbagai inisiatif dalam usaha mentransformasikan ekonomi negara bagi memastikan rakyat sentiasa menikmati kehidupan lebih baik. 

"Kerajaan sentiasa bersama rakyat, janganlah dipersalahkan kerajaan kalau harga barang naik, dan kerajaan Barisan Nasional pula dimomokkan sebagai "Barang Naik'," katanya ketika berucap pada majlis penyampaian bantuan kepada mangsa banjir dan meraikan sukarelawan peringkat nasional di sini, Ahad. 

Beliau menjelaskan harga barangan meningkat kerana pelbagai sebab dan faktor termasuk keadaan semasa, ekonomi dunia, faktor cuaca serta fenomena cuaca ekstrem yang menyebabkan barangan mengalami kekurangan bekalan.

"Bukan semua harga naik sebab kerajaan. Harga ikan naik sebab ikan kurang, harga sayuran naik disebabkan bekalan kurang. Masa harga (barangan) turun, tak puji kerajaan tetapi masa naik, kerajaan dikeji," katanya.

Najib berkata kerajaan sedar bahawa kos sara hidup semakin meningkat dan kerajaan telah mengambil pelbagai langkah dalam usaha mengurangkan bebanan rakyat.

"Kerajaan lakukan transformasi untuk ekonomi negara, dah hasilnya nanti akan dipulangkan semula kepada rakyat," katanya ~ sebahagian dari laporan oleh BERNAMA..

Apa yang BERNAMA tidak laporkan, ialah Najib berkata: "Kalau harga sayuran naik, sawi naik, kangkung naik, ada masa dia naik, ada masa dia turun. Hari ini dalam surat khabar, saya baca, ada yang dah turun.

"Kangkung dulu naik, sekarang ini dah turun. Bila turun apa pasal tak puji kerajaan? Bila naik salahkan kerajaan. Ini tidak adil sebab ini adalah (ekoran) keadaan, cuaca...".. sila lihat video di bawah ini..

   

Ni video versi pendek..


Jadi... lepas ni kita semua pakat makan kangkunglaaa... 

GEMPAR!! Pemuda UMNO tumbuk Timbalan Menteri Pelajaran..

Posted: 12 Jan 2014 04:30 PM PST


TIMBALAAN Menteri Pendidikan II, P.Kamalanathan diserang oleh seorang lelaki ketika beliau menghadiri sebuah program di Pusat Khidmat di Hulu Selangor hari ini.

Menurut saksi, kejadian itu berlaku kira-kira pukul 2 petang ketika Ahli Parlimen Hulu Selangor itu tiba di Pusat Khidmat Parlimen beliau untuk berjumpa dengan sekumpulan anggota Pergerakan Pemuda UMNO Bahagian Hulu Selangor yang dipercayai mengadakan mesyuarat bahagian.

Penyerang itu dikatakan seorang yang mempunyai jawatan penting dalam Pemuda Bahagian Hulu Selangor dipercayai telah menumbuk muka Kamalanathan ketika Ahli Parlimen itu sedang berjabat tangan dengan sebilangan anggota pergerakan itu sejurus tiba di pusat khidmat sebelum program bermula.

Difahamkan punca suspek menumbuk Kamalanathan ada kaitan dengan isu permohonan pertukaran tempat kerja dari Johor ke Hulu Selangor melibatkan salah seorang saudara dalam keluarganya yang dipercayai bekerja sebagai guru di Johor.

Ekoran insiden mengejut itu, program yang sepatutnya berlangsung terpaksa dibatalkan dan Kamalanathan telah membuat laporan mengenai kejadian berkenaan di Balai Polis Bukit Sentosa, Rawang.

Menurut sumber, difahamkan suspek yang menyerang Kamalanathan telah ditahan polis dan kes itu akan disiasat mengikut Seksyen 323 Kanun Keseksaan.

Ni beritanya...

Free Malaysia Today
Samsengnya dia.. ha..ha..ha.. masa kempen pemimpin Pakatan Rakyat jadi sasaran.. sekarang pemimpin sendiri pulak jadi mangsa..

Tiada ulasan: