Ahad, 5 Januari 2014

Anak Sungai Derhaka

Anak Sungai Derhaka


Hard Rock Cafe di Putrajaya: Aseh Che Mat buat 'U' Turn setelah teruk dihentam..

Posted: 05 Jan 2014 06:34 AM PST


Semalam dengan bangganya Presiden Perbadanan Putrajaya,Tan Sri Aseh Che Mat mengumumkan, Restoran Hard Rock Cafe akan dibuka di Pusat Pentadbiran Kerajaan, di sini, selepas dipersetujui Pengerusi Hard Rock Cafe Malaysia Tan Sri Syed Yusof Tun Syed Nasir.

Pembukaan Hard Rock Cafe di Putrajaya akan dilakukan secepat mungkin antara tempoh tiga hingga empat bulan tahun ini.

Menurutnya, restoran itu bakal beroperasi di Menara Ikhlas Presint 3 di sini, iaitu berdekatan pejabat dan bangunan kementerian.

"Pembukaannya akan membabitkan pelaburan tinggi kerana kita mahu Hard Rock Cafe menjadi tarikan baru kepada orang ramai ke Putrajaya.

"Pada masa sama, pembukaan ini boleh menarik peminat motosikal Harley Davidson untuk datang ke sini," katanya kepada pemberita ketika ditemui selepas bersarapan pagi bersama Syed Yusof dan pihak media Putrajaya di sini, semalam.

Aseh berkata, pembukaan Hard Rock Cafe diharap menjadi tarikan baru di Putrajaya, sekali gus meningkatkan lagi kehadiran pengunjung ke sini.

"Pada awalnya, saya mempelawa beliau (Syed Yusof) membuka satu Hard Rock Cafe di Putrajaya dan beliau kemudian menyatakan persetujuan," katanya...


Itulah kebiasaan atau lumrah pemimpin-pemimpin UMNO yang ada, bangga dengan sesuatu yang tak sepatutnya dibanggakan.

Bercakap tanpa memikirkan apakah implikasi tentang apa yang dirancangnya, sedangkan kita tahu Putrajaya telah dibangunkan sebagai pusat Pentadbiran Kerajaan Persekutuan kerana Kuala Lumpur telah sesak.

Ini memudahkan hal-hal kerajaan diuruskan di suatu tempat lain sebagai kemudahan kepada rakyat dan juga anggota kerajaan, samada pelancong mahu mengunjunginya atau tidak itu bukan matlamat penubuhan Putrajaya.

Pengumuman Presiden Perbadanan Putrajaya telah mengundang kemarahan ramai dan dipersoalkan oleh banyak pihak.

Antaranya ialah Shahbudin Husin...

Putrajaya adalah pusat pentadbiran kerajaan Malaysia yang senibina bangunannya banyak bercirikan Islam, sesuai dengan kedudukan Malaysia yang meletakkan Islam sebagai agama rasmi.

Lebih dari itu, di Putrajaya juga dibina masjid-masjid yang indah di tepi tasik dan sebuah lagi masjid pula menggunakan sistem penyejukan semulajadi yang menjadi tarikan serta kebanggaan semua.

Di Putrajaya, selain sebagai pusat pentadbiran kerajaan, juga terletak kediaman Perdana Menteri, Timbalan Perdana Menteri dan sebahagian besar menteri-menteri kabinet. Kakitangan kerajaan di Putrajaya pula lebih 90 peratus adalah golongan Melayu dan Islam, begitu juga kakitangan kerajaan yang mendiami kuarters kerajaannya.

Malah Tun Dr Mahathir Mohamad yang mengasaskan Putrajaya juga mempunyai pejabatnya di Yayasan Kepimpinan Perdana. Imej Melayu dan Islam dengan Putrajaya sebenarnya begitu rapat dan hampir tidak dapat dipisahkan.

Selain itu, Putrajaya juga mempunyai beberapa tarikan lain yang sudah cukup menarik seperti tasik buatan, taman-taman, kapal persiaran, jambatan dan sebagainya.

Jadi, apa perlunya ada Hard Rock di Putrajaya lagi? Tidak cukupkah tarikan sedia ada untuk Putrajaya sehingga Aseh seperti pendek akal merestui kewujudan Hard Rock itu?

Walaupun Hard Rock hanyalah sebuah restoran tetapi ia hukan restoran biasa, ia juga menyajikan hiburan rock dan muzik keras, persembahan artis yang terkinja-kinja dan minuman keras.

Sebagaimana empat buah restoran tersebut yang sudah dibuka di negara ini, itulah eleman wajibnya.

Tanpa hiburan, muzik tanpa batas, pergaulan bebas dan minuman keras, bukanlah Hard Rock Cafe namanya. Persinggahan mat-mat motor yang menunggang motor besar hanyalah salah satu tarikannya, tetapi tarikan utamanya ialah minuman keras dan hiburan yang mengkhayalkan.

Dengan kedudukan dan imej Putrajaya, selain penduduk dan warga kerjanya adalah majoriti Islam dan Melayu, membenarkan pembukaan Hard Rock adalah suatu penghinaan sebenarnya.

Apakah Hard Rock sedang diperalatkan untuk memancing anak-anak muda Melayu dan Islam di pusat pentadbiran kerajaan yang selama ini tenang dan damai waktu malamnya supaya beralih kepada kehidupan bebas, tanpa batas dan akses yang yang terbuka kepada minuman keras?

Sedarkah Aseh yang menjadi Presiden Putrajaya mengenai perkara ini? Apakah Putrajaya sedang cuba dirosakkan secara perlahan-lahan dan kedudukan Najib dan kerajaan yang sudah sedia goyah dengan pelbagai isu dan kontroversi, cuba disabotaj lagi.

Dengan adanya Hard Rock, Putrajaya selepas ini mungkin turut dikenali sebagai pusat pergaulan bebas, kemeriahan hiburan malam dan tempat untuk mabuk-mabuk.

Rentetan dari bercakap dulu berfikir kemudian yang mengundang kemarahan ramai itu, walaupun secara rasminya Ahad ialah hari cuti bagi Perbadanan Putrajaya, tapi satu kenyataan media telah dikeluarkan..

Pada awalnya diumumkan akan dibina secepat mungkin tapi dah tukar jadi akan dikaji...


Sambutan Harijadi Menteri Dalam Negeri di Hotel Mewah dibidas Ahli UMNO..

Posted: 05 Jan 2014 12:00 AM PST


Rakyat Malaysia di kejutkan sebaik sahaja tamat perbahasan dan juga kelulusan Bajet@Belanjawan bagi tahun pentadbiran 2014 dengan pengumuman demi pengumumkan akan kenaikan beberapa harga perkhidmatan saperti tarif letrik, air dan tol dan juga kenaikan mendadak barang-barang keperluan hidup saperti gula dan makanan lain termasuk makanan saperti ikan, ayam dan daging.

Kenyataan dan alasan yang diberikan oleh Kerajaan kerana kenaikan harga ialah setaraf melayan budak-budak seusia budak yang belum boleh berjalan atau dalam klas tadika. Maka rakyat yang sudah ditingkatkan ilmu dan tidak ada lagi buta huruf menjadi marah. Marah bukan kerana harga barang naik atau harga perkhidmatan naik tetapi saperti di tipu hidup-hidup, tidak saindah slogan 'rakyat di dahulukan dan prestasi di utamakan.

Rakyat memang tahu dari segi pembacaan dan juga berita yang didengar bahawa ekonomi dunia tidaklah begitu baik dan pasti akan merebak ke Malaysia dan seterusnya menjejaskan ekonomi negara termasuk pendapatannya. Tetapi beberapa alasan itu saperti mempermainkan rakyat. Bagi satu kerajaan yang punya cerdik pandai dan khasnya orang politik yang berkuasa, sewajarnya memikirkan setiap patah ayat untuk disampaikan kepada rakyat, sebaliknya bila main sedap mulut. akhirnya Kerajaan Barisan Nasional pun di cemuh.

Sebenarnya tidak perlu untuk di umumkan langkah 11 perkara sebagai tanda prihatin kerajaan terhadap kenaikan harga. lagi pun semua potongan itu tidak akan membawa ke arah turunnya harga barang dan perkhidmatan sebaliknya menjadi bahan perdebatan antara rakyat dan kerajaan yang memerintah. Kenapa tidak, berapa sen sangatlah jumlah semua itu jika dipotong. Ada RM100juta? ada RM1Billion hanya dalam kadar tak lebih RM20juta.

Sepatutnya kerajaan banyakkan ucapan menasihatkan rakyat supaya bersedia berkorban dalam keadaan ekonomi tidak begitu kuat dan bersedia menghadapi dalam keadaan sementara. Bukanya membuat ucapan atau retorik yang menjadi rakyat marah. Dan yang terpenting ialah nasihatkan rakyat mulakan berjimat dan berbelanja hanya perlu.

Ayat yang paling mudah mempengaruhi fikiran rakyat dan rakyat akan menerima tindakan kerajaan dengan berlapang dada ialah nyatakan secara terus terang bahawa bajet atau belanjawan negara akan di potong dan akan di kecilkan. Kita kena menerima realiti bahawa soal hutang luar negeri kita adalah antara penyebab kerajaan tidak lagi mampu memberi subsidi perkara-perkara perlu dan juga perdagangan kita yang agak kurang khasnya barang-barang utama kita.. saperti minyak kelapa sawit, getah kecuali minyak mentah dan sektor pembuatan untuk export.

Dan inilah masa yang sesuai perkataan wasitiyah digunakan menggalakan rakyat supaya hidup sederhana. Jika saya seorang Menteri, saya akan membuat kenyataan satelah berunding dengan rakan-rakan kabinet yang lain mengumumkan bahawa kami Menteri-Menteri dan juga Timbalan Menteri mencadangkan kepada Perdana Menteri bahawa kemudahan2 kami dengan sukarela di potong, termasuk beberapa elaun yang hak Menteri untuk perolehi dan tidak akan bercuti di luar negeri.

Tetapi apa yang berlaku? Beberapa Menteri dan keluarganya terus bercuti diluar negeri yang setiap Menteri akan ditanggung tiket kapal terbang dan makan minum tidak kurang dibayar kerajaan hampir RM150ribu.. Jadi apa maknanya semua ini? pembohongan yang kita lakukan kepada rakyat dalam keadaan sedar.

Dan dalam keadaan rakyat miskin dan klas menengah mengalir alir mata, berdukacita atas kesengsaraan hidup tanpa wang tunai yang cukup di awal tahun dengan berbagai perbelanjaan yang kos hidup meningkat mendadak, ada Menteri yang buat hari jadi di hotel lima bintang.

Di dalam media sosial.. tersiar photo Menteri di raikan hari jadinya. Meraikan hari jadi memang tak salah tetapi amalan menyambut hari jadi biasanya dikalangan budak-budak dan remaja atau orang muda dibawah usia 40tahun. Bagi mereka yang 40tahun keatas, kebiasaannya hari jadi hanya di raikan oleh kaum keluarga yang terdekat atau rakan-rakan di tempat kerja. Kerana sambutan hari jadi memang dia akui akan mengiratkan keluarga dan juga persahabatan.


Hari ini menjelang tengah hari ini, ada seorang Menteri yang juga seorang Naib Presiden UMNO tertinggi akan menyambut hari jadi atau Birthday yang mungkin ke 60 tahun. Memang tak salah juga meraikan hari jadi tetapi bila di buat di hotel mewah dalam keadaan sekarang, maka dia menjadi persoalannya ialah dimana wasitiyahnya atau kesederhanaan beliau sebagai seorang Menteri?

Mungkin ada alasan diberikan, bukan saya yang buat dan adakan majlis itu. Kawan-kawan saya yang buat dan adakan majlis hari jadi saya. Alasan itu itu hanya boleh diterima oleh mereka yang otaknya di kepala lutut. Bagi mereka yang otak dalam temporong kepala yang otaknya ada kiri dan kanan, mungkin sukar untuk menerimanya.

Pertama sebagai anggota pertadbiran awam, sewajarnya kita mengelak menerima sebarang jamuan yang diberikan oleh orang awam yang di panggil oleh Menteri itu 'sebagai kawan'. Dalam Akta SPRM pun ada ada menyebutkan soal rasuah ini termasuk memberikan jamuan. Kenalah kita berfikir kenapa 'tempua bersarang rendah'

Yang kedua.. adakah kawan kita melakukan setiap tahun sejak berpuluh tahun dulu macam Almarhum Tunku Abdullah kawan Mantan PM Dr Mahathir Mohemad yang mengadakan jamuan hari jadi kedua mereka sebelum PM Dr Mahathir Mohamad jadi Menteri dan Perdana Menteri. Jika sekarang Tunku Abdullah lakukan, SPRM tidak boleh mengatakan Tunku Abdullah memberi rasuah kepada PM Dr Mahathir Mohamad kerana jamuan meraikan itu sudah bertahun dilakukam.

Ketiga ialah kenapa buat di hotel.. kenapa tak buat di rumah?. Rumah Menteri itu bukannya saperti rumah pangsa PPR saperti yang terdapat di Parlimen Bandar Tun Razak. Pengalaman penulis sejak ada hubungan peribadi dengan Perdana Menteri Najib Tun Razak dan tersenarai sebagai sahabat beliau seingat penulis sekian lama dan entah berapa kali majlis hari jadi beliau, semuanya buat di rumah termasuk di kediaman rasmi yang didahulukan sembahyang berjemaah.

Dan akhirnya keperluan apa untuk menyambut hari jadi dalam usia 60 tahun.. sebagai berlatar belakangkan pengetahuan agama, bukan kah setiap usia kita meningkat sebenarnya usia semangkin tiada dan berkurangan. Bukankah lebih sesuai dari membazir wang jamuan dan beri makan kepada orang yang memang dah kenyang itu, kita adakan kunjungan kerumah anak-anak yatim dan membantu mereka yang miskin. Lagi berkah doa mereka kepada kita.

Oleh itu adakah kawan kawan kita yang berbelanja sampai berbelas dan berpuluh ribu RM untuk hari jadi kita hanya suka suka membuang wang begitu sahaja dan tidak mahu mendapat apa-apa balasan atau pernah mendapat balasan atau jasa kita. wallahu'alam bissawab.


Dicatat oleh ahli UMNO sejak 1972 Zaharin Mohd Yasin @ Sang Kelembai

Ni sikit gambar untuk dikongsi bersama.. tapi tajuknya dah ditukarlaa...

Marina Mahathir hantar bunga ke Gereja tanda sokongan kepada penganut Kristian

Posted: 04 Jan 2014 07:49 PM PST


Hampir 1,000 orang menyertai himpunan hari Ahad di Gereja Katolik Our Lady of Lourdes Klang di pagi yang dijangka bakal menghadapi beberapa kumpulan Islam yang marah dengan mereka, tetapi dengan tidak disangka sekumpulan Islam datang membawa bunga untuk mereka.

Antaranya yang datang adalah aktivis sosial Datin Paduka Marina Mahthir, yang mebawa sejambak bunga dan menjadi sebahagian daripada yang datang untuk memberikan sokongan moral kepada penganut Kristian.

Namun di Padang Kelab Sultan Sulaiman, sekumpulan kumpulan konservatif Islam berhimpun bagi membantah penggunaan nama Allah oleh Kristian.


Mereka juga menyokong serbuan yang dibuat oleh Jais terhadap Persatuan Bible Malaysia di Damansara Kim yang merampas kira-kira 300 Bible berbahasa Melayu dan Iban serta menahan dua pemimpinnya.


"Saya di sini atas nama peribadi..ramai di sini adalah Muslim tetapi apa yang kami mahu katakan adalah Islam agama keamanan," kata Marina di depan Gereja Katolik Our Lady of Lourdes Klang sambil memegang bunga di tangan yang dikhaskannya untuk penganut Kristian di situ.

"Kami bukan pencetus peperangan seperti sangkaan sesetengah pihak," tambahnya.

Menyifatkan protes adalah hak setiap individu namun, "tidaklah wajar berlebihan sehingga memasuki rumah ibadat pihak lain."

Beliau menyifatkan serbuan Jais sangat mencurigakan dan kesal dengan tindakan mendiamkan diri pihak kerajaan.

Marina dan rakannya Nik Elin kemudiannya pergi menemui penganut Kristian di situ dan memberikan bunga untuk mereka dengan diringi sorakan daripada orang ramai.

~ The Malaysian Insider

Tiada ulasan: