Addin |
- Anwar Bidas Kegopohan JAIS Dan DAP
- Benarkah Harussani Berbohong?
- Pegawai Agama KDN Sokong Fatwa Songsang
- (Gambar) Proton Preve Kemalangan.. Enjin Tercabut Tapi Pemandu Terselamat
- Berita Menggemparkan Dari Klang..
- Zahid Hamidi Singkir Ketua Setiausaha KDN?
Anwar Bidas Kegopohan JAIS Dan DAP Posted: 05 Jan 2014 08:27 AM PST Ketua Umum PKR, Datuk Seri Anwar Ibrahim menyifatkan serbuan Jabatan Agama Islam Selangor (Jais) terhadap premis Persatuan Bible Malaysia (BSM), Jumaat lalu sebagai tindakan gopoh kerana ia telah mencetuskan ketengangan antara agama di negara ini. Menurut Anwar, tindakan itu bukan sahaja mengundang persepsi negatif orang bukan Islam terhadap Islam bahkan mendapat kecaman pelbagai pihak khususnya penganut Kristian. Beliau menegaskan Jais sepatutnya mengadakan pertemuan dengan pihak gereja terbabit dan membuat siasatan sebelum menyerbu premis dan merampas Bible mereka. "Kalau ia dianggap melanggar undang-undang, maka Jais patut panggil orang yang bertanggungjawab itu untuk memberikan penjelasan ataupun siasatan. "Tak payah ambil tindakan yang menimbulkan reaksi dan ketegangan antara agama," katanya selepas memberikan syarahan di Centre For Reform, di sini, hari ini. Anwar juga tidak bersetuju dengan tindakan Ahli Dewan Undangan Negeri (Adun) Selangor dari DAP yang turut mengeluarkan kenyataan gopoh bersabit perkara itu. "Saya juga tidak setuju dengan usul yang dikemukakan Adun DAP, sementara kita tidak setuju dengan tindakan gopoh, kita juga jangan beri pandangan gopoh. "Jangan gopoh minta pindaan dan sebagainya kerana ada saluran, kita kena bincang, kerajaan negeri pula kerajaan Pakatan Rakyat," katanya lagi. Khamis lalu, penguat kuasa Jais menyerbu dan merampas 351 salinan naskhah Bible versi Bahasa Malaysia dan Bahasa Iban yang dipercayai mengandungi kalimah ALLAH daripada BSM, di Jalan Gasing, Petaling Jaya. ~sh |
Posted: 05 Jan 2014 06:40 AM PST Alasan TS Mufti Perak sbb tak mau jumpa Pemuda PAS Perak.. Seingat saya, sudah 3x saya bersama rakan² pemuda Perak berjumpa dan berdialog dgn beliau....tak pernah sama sekali kami tinggi suara dgn beliau.... Pernah la jg kami terbatuk beberapa kali ketika pertemuan....mungkin batuk ini di anggap tinggi suara?... Tak kan lah seorang mufti sanggup berbohong.... Kenapa beliau sanggup buat tuduhan melulu kononnya kami dtg nak buat kacau.... subhanallah...!!! Beginikah cara mufti...? Saya dah sebut pd wartawan Sinar td kami sedia bermuzakarah dgn beliau dlm bahasa arab secara terbuka.... Jika perlu kami akn dedahkn isi pertemuan kami yg lepas².... Timbalan Ketua Pemuda PAS Perak Mohd Akmal Kamaruddin |
Pegawai Agama KDN Sokong Fatwa Songsang Posted: 04 Jan 2014 10:18 PM PST Pertubuhan Ahli Sunnah Waljamaah (Aswaja) menyokong kenyataan Mufti Perak Tan Sri Harussani Zakaria yang melabelkan peserta himpunan Turun 31 Disember lalu sebagai penderhaka kepada kerajaan dan 'dihalalkan darah pemberontak (bughah)' . Presiden Aswaja Dr Zamihan Mat Zain Al Ghari berkata, Harussani mengeluarkan kenyataan selepas menilai beberapa pertimbangan sepanjang himpunan berlangsung. Katanya, tindakan 'guling kerajaan' boleh dianggap sebagai subversif kerana bersifat kekerasan."Siri rusuhan dan rampasan kuasa di negara kita kelihatan tak berjaya tetapi bibitnya sudah ada dan kesan kerosakan serta kecederaan sudah nyata. "Jadi hukumnya adalah haram. Jika pihak berkuasa diserang dengan senjata atau kekerasan maka pihak berkuasa boleh mempertahankan diri."Inilah yang dimaksudkan dengan halal darah bughah itu," katanya dalam kenyataan semalam. Demontransi aman bertukar keras Beliau yang juga Pegawai Agama Kementerian Dalam Negeri (KDN) berkata, pendapat peribadi Harussani dibuat berdasarkan ada kronologi bahaya yang dimunculkan puak pelampau di sebalik tabir susulan penemuan beberapa alat senjata dan insiden kecederaan yang berlaku memperlihatkan demontransi aman bertukar keras. Menurut beliau, demonstrasi Turun secara realitinya tidak bawa senjata tetapi sebilangan kecil mereka menyimpannya ditempat strategik tertentu yang berjaya ditemui Polis Diraja Malaysia (PDRM). Disebab itu katanya, kebarangkalian penggunaan senjata seperti ini bila-bila masa saja boleh berlaku kerana ada kumpulan yang ikhlas mahukan keadilan, tetapi ada juga yang mengambil kesempatan menangguk di air keruh. "Demontrasi Turun hanya kosmetik kerana di belakang tabirnya adalah guling kerajaan."Lihatlah seruannya di media sosial dan maklumat ini juga telah diklasifikasikan oleh sumber risikan PDRM. Bukan semata-mata provokasi media," jelasnya. Namun katanya klasifikasi bahaya ini sukar didedahkan kepada umum memandangkan ia berkait dengan bukti risikan. 'Anggap tahzir' "Jadi anggaplah pandangan Mufti itu sebagai tahzir (peringatan) untuk umat Islam yang lalai dan ghairah mencari perubahan yang akhirnya bakal mengundang mudarat yang lebih besar pada kita," katanya. Beliau turut menyeru orang ramai supaya bersangka baik kerana Harussani, sebagai seorang ulamak yang mempunyai hubungan baik dengan Sultan dan pemerintah itu cuma menyampaikan satu nasihat agama untuk panduan umat Islam. "Beliau juga sudah mempunyai kedudukan yang baik di mata masyarakat. Justeru beliau bukan pengampu politik kepartian sebagaimana yang ditohmah sesetengah pihak yang sakit hati dengan beliau. "Mengapa kita begitu teruja untuk menyerang mufti umat Islam? Adakah dengan mufti berkenaan mengharamkan ajaran Wahabi, Syiah, dan liberal di Perak lalu kita terus berteriak histeria mencercanya sekehendak hati? "Atau hati kita ini telah lama bergelap dengan hijab kepartian lalu kita hanya nampak kebenaran dicelah-celah politik yang sempit," soalnya. Sehubungan itu, Zamihan berkata pihaknya menyokong penuh pandangan Harussani dalam isu golongan bughah ini supaya dikenakan tindakan tegas memandangkan perbuatan guling kerajaan mampu mendatangkan ancaman keselamatan dan menggugat kedaulatan sesebuah negara. ~fmt |
(Gambar) Proton Preve Kemalangan.. Enjin Tercabut Tapi Pemandu Terselamat Posted: 04 Jan 2014 09:56 PM PST Walau pun enjin terpisah dari badan namun pemandunya sedikit pun tidak mendapat sebarang kecederaan Macam tak percaya jer .. macam tipu jer ... macam kelakar jer ... Tetapi itulah kenyataannya . Semalam berlaku kemalangan jalanraya di Lebuhraya Pantai Timur 2 (LPT 2) berhampiran Ajil Terengganu melibatkan sebuah kereta Proton Preve yang dipandu oleh seorang wanita Melayu terbabas lalu melanggar penghadang jalan dan menyebabkannya terbalik beberapa kali. Keadaan kereta agak teruk hinggakan enjin tercampak keluar. Namun, pemandunya (wanita berbaju oren) selamat dan tidak mengalami kecederaan. Mangsa dalam perjalanan dari Kg Serdang ke Jerteh, Besut. Moralnya .. kereta ini untuk keselamatan penumpang dan pemandu kira ok .. keselamatan enjin kira hampeh. ~omakkau |
Berita Menggemparkan Dari Klang.. Posted: 04 Jan 2014 08:21 PM PST Sekumpulan penganut Islam menyertai perhimpunan bagi menunjukkan solidariti bersama penganut Kristian di perkarangan sebuah gereja di Klang, susulan ancaman dari satu kumpulan NGO Islam yang merancang untuk membuat bantahan di hadapan rumah ibadat tersebut tersebut hari ini. Turut hadir ke perhimpunan tersebut ialah anak kepada bekas perdana menteri, Datuk Marina Mahathir, yang membawa bunga sambil berdiri di hadapan gereja Our Lady of Lourdes yang sedang mengadakan satu upaca agama Kristian. Ia berikutan ancaman NGO Solidariti Ummah Selangor yang mengumumkan untuk mengadakan bantahan di luar gereja tersebut selepas pengarang penerbitan The Herald, Lawrence Andrew membuat kenyataan menegaskan orang Kristian akan terus menggunakan kalimah Allah. ~mk |
Zahid Hamidi Singkir Ketua Setiausaha KDN? Posted: 04 Jan 2014 06:35 PM PST Di suatu majlis kenduri di Shah Alam tengah hari tadi saya berbual-bual dengan dua orang pegawai di bawah Kementerian Dalam Negeri (KDN). Seorang pegawai polis dan seorang pegawai Imigresen. Entah macam mana tiba-tiba keluar cerita nama Abdul Rahim Mohamad Radzi (foto) yang mengumumkan kononnya KDN ada 10 bukti grea B mengenai pembabitan Mohamad Sabu dengan faham Syiah, telah tidak lagi berada di pejabat KDN sebagai Ketua Setiausaha (KSU). Menurut pegawai polis itu Abdul Rahim telah diberhentikan dua tiga hari lepas. Pegawia polis itu tidak menyebut siapa pengganti Abdul Rahim, cuma menyebut Rahim diberhentikan kerana menteri tidak mahukan dia lagi. Kemudian semasa berbual dengan pegawai Imigresen, beliau menceritakan hal yang sama. Katanya dia sendiri terkejut dengan pertukaran Rahim itu. Katanya dia mengetahui apabila semasa menghadiri mesyuarat jabatannya beliau diberitahu oleh rakannya di jabatan berlainan yang Abdul Rahim sudah tidak menjadi KSU di KDN lagi. Menurut pegwai ini pertukaran itu pada 1 Januari lepas dan orang baru dari mengganti Rahim adalah dari Kementah, Kementeri Pertahanan mengisi tempat Rahim itu. Kedua pegawai berkenaan tidak mengetahui ke mana Rahim dicampak, tetapi ada kemungkinan dia dinaikkan pangkat untuk membolehkan berlaku 'pembuangan' dari KDN. Proses naik pangkat adalah diplomasi dalam membaung atau memecat atau menunkar pegawai tinggi kerajaan. Baru-baru ini Abdul Rahim dianggap telah menjadi galang ganti kepada Ahmad Zahid Hamidi apabila mendedahkan dakwaan penglibatan Mohamad Sabu dengan fahaman Syiah. Tindakan Abdul Rahim mengambil alih tugas Zahid itu memelikkan pemerhati politik kerana yang mencanangkan isu itu Zahid bukannya pegawai kerajaan. Jarang berlaku KSU di mana-mana kementerian diarah atau mengambil tugas mendedahkan isu politik yang dibangkit oleh menteri. Gara-gara itu ada orang menganggap Zahid Hamidi ada agenda tertentu dengan membuat arahan itu kepada bekas KSU itu agar imej bekas KSU itu tercemar. Apakah ianya sebuah permainan licit Zahid Hamidi? Kalau iya betapa dahsyatnya campur tangan politician dalam pentadbiran negara. ~mso |
You are subscribed to email updates from Addin To stop receiving these emails, you may unsubscribe now. | Email delivery powered by Google |
Google Inc., 20 West Kinzie, Chicago IL USA 60610 |
Tiada ulasan:
Catat Ulasan