Khamis, 30 Januari 2014

Anak Sungai Derhaka

Anak Sungai Derhaka


Alahai Macai... ADUN letak jawatan pun lapor Polis?

Posted: 30 Jan 2014 07:58 AM PST


Dua laporan polis dibuat oleh enam badan bukan kerajaan (NGO) dan penduduk tempatan hari ini bagi membantah peletakan jawatan Adun Kajang, Lee Chin Cheh pada Isnin lepas dan menolak Ketua Pembangkang Datuk Seri Anwar Ibrahim bertanding di kawasan itu.

Enam NGO berkenaan ialah Badan Amal Tarbiah Sejagat (Batas), Permuafakatan Wangsa Malaysia (Pewangsa), Gagasan Anti Penyelewengan Selangor (Gaps), Majlis Belia Selangor, Cahaya Haluan Amanah Insan (Chai) dan Pertubuhan Pribumi Perkasa Malaysia (Perkasa) manakala Syed Mohamad Noor Syed Abu Bakar mendakwa mewakili penduduk Kajang.

Kedua-dua laporan itu, yang dibuat di Ibu Pejabat Polis Daerah (IPD) Kajang pada kira-kira 2 petang tadi, mendakwa peletakan jawatan Chin Cheh mempunyai unsur rasuah kerana memberi laluan kepada Ketua Pembangkang Datuk Seri Anwar Ibrahim untuk bertanding kerusi Dun Kajang itu.

Kira-kira 50 wakil NGO dan penduduk tempatan berkumpul di hadapan IPD Kajang sambil memegang kain rentang dan sepanduk yang menolak Anwar untuk menjadi calon PKR bagi pilihan raya kecil kawasan itu.

Wakil NGO, Zakaria Mohd Ali berkata, laporan itu dibuat kerana Batas dan NGO lain tidak mahu Adun PKR sewenang-wenangnya meletakkan jawatan kerana ia merugikan rakyat.

Pada 28 Januari lepas, Anwar dinamakan sebagai calon PKR bagi pilihan raya kecil Dun Kajang.

Chin Cheh memenangi kerusi itu pada pilihan raya umum Mei lepas dengan majoriti 6,824 undi dalam persaingan enam penjuru dengan BN, Berjasa dan tiga calon bebas. - Bernama

Tanding di Kajang sebabkan Majoriti Pengundi kecewa, Anwar kini tergugat di Permatang Pauh..

Posted: 30 Jan 2014 05:24 AM PST


Maklum balas daripada pengundi di Parlimen Permatang Pauh mendapati kebanyakan mereka tidak menyukai dan kecewa dengan keputusan Datuk Seri Anwar Ibrahim untuk bertanding dalam pilihan raya kecil Dewan Undangan Negeri Kajang di Selangor.

Ketua Umno Bahagian Permatang Pauh Mohd Zaidi Mohd Said berkata mereka berpendapat tindakan Anggota Parlimen Permatang Pauh itu adalah jelas demi kepentingan politiknya untuk memperoleh kuasa tanpa memikirkan kepentingan rakyat.

Beliau berkata seluruh masyarakat Permatang Pauh menyedari bahawa selama Anwar menjadi anggota Parlimen di sini beliau gagal melaksanakan amanah yang diberi dan pencapaiannya amat teruk sekali.

"Sebanyak 70,760 pengundi di Permatang Pauh sudah semestinya amat terkilan dengan keputusan Anwar itu kerana selama ini beliau tidak pernah mengambil tahu masalah rakyat malahan tidak berminat langsung untuk membantu dan tiba-tiba mahu bertanding di Kajang," katanya pada sidang akhbar di sini hari ini.

Beliau berkata demikian ketika diminta mengulas tindakan PKR yang menamakan Anwar untuk mengisi kekosongan kerusi DUN Kajang, sekiranya ada pertandingan, selepas penyandangnya Lee Chin Cheh meletak jawatan sebagai wakil rakyat kawasan itu pada Isnin.

Sementara itu, Mohd Zaidi berkata Umno bahagian Permatang Pauh secara sukarela akan menghantar 30 petugas sepenuh masa sepanjang kempen pilihan raya kecil DUN Kajang jika Barisan Nasional menghantar calon untuk bertanding.

"Kami akan hadir di sana dengan segala maklumat, bahan dan fakta mengapa Anwar tidak boleh dimenangkan di Kajang dan dalam masa yang sama satu lagi pasukan akan mengumpul segala maklumat daripada penduduk di Permatang Pauh bagi mendedahkan masalah rakyat yang anggota Parlimen itu tidak selesaikan sekian lama," katanya ~ Bernama


Kah.. kah.. kah.. entah bila pihak UMNO ni bergerak mengumpul maklum balas dari 70,760 pengundi itu aku pun tak tahu..

Sebabnya salah seorang dari 70,760 pengundi itu ialah aku... tak ada siapapun dari UMNO yang datang berjumpa aku bertanyakan pendapat tentang Anwar bertanding di Kajang tu..

Bukan saja aku, Isteri aku, emak aku, bapa aku dan adik beradik aku serta kawan-kawan aku yang mengundi di Permatang Pauh ni tak ditemui oleh wakil UMNO bertanyakan pendapat tentang perkara ini.

Jadi dalam hal ini Ketua Bahagian UMNO Permatang Pauh ini telah berbohong dan cuba untuk memperbodohkan seluruh rakyat Malaysia dengan cerita bohongnya itu..

Lagipun dari 70,760 pengundi di Permatang Pauh itu bukan semuanya telah mengundi Anwar Ibrahim / PKR dalam PRU13 yang lalu..

25,369 orang dari mereka telah mengundi BN manakala 37,090 orang lagi telah mengundi PKR/PR dan 201 orang pengundi lagi telah mengundi calon Bebas.

Kalau Ketua Bahagian UMNO itu bertanyakan pendapat kepada 25,369 orang pengundi yang mengundi BN itu.. apa saja Anwar Ibrahim buat semuanya mengecewakan mereka.. tak ada yang tak mengecewakan selain dari mengecewakan belaka..

Tapi adakah mungkin pihak UMNO mampu menemui 25,369 orang pengundi mereka itu dalam masa yang begitu singkat ini?.. jawapannya tentu tidak..

Jadi dalam hal ini mengapa dikatakan kebanyakkan pengundi Permatang Pauh kecewa dengan tindakan Anwar bertanding di Kajang itu?

Mungkin 'mereka' yang dimaksudkan oleh Cikgu Zaidi di atas adalah ahli-ahli UMNO.. jadi tak hairanlah jika mereka tidak menyukai dan kecewa dengan keputusan Datuk Seri Anwar Ibrahim..




Anwar menang, harga satay turun?.. Biar betul Azmin ni..

Posted: 29 Jan 2014 07:46 PM PST


Timbalan Presiden PKR, Azmin Ali hari ini mengandaikan bahawa sekiranya Datuk Seri Anwar Ibrahim memperoleh kemenangan di Dun Kajang bukan setakat harga satay Kajang akan turun sebaliknya kerajaan Barisan Nasional (BN) juga turut akan turun daripada tampuk pemerintahan.

Menurut Azmin, pihak BN, selalu 'membuat lawak' dengan mengatakan bahawa Anwar akan berjanji untuk turunkan harga satay Kajang sekiranya beliau memenangi kerusi tersebut.

"Hari ini saya hendak beritahu kepada orang Umno-BN, kalau Anwar menang di Dun Kajang, bukan setakat harga satay Kajang akan turun sebaliknya BN juga akan turun," katanya dalam majlis taklimat PKR sempena PRK Dun Kajang, di Dewan Orang Ramai Sungai Sekamat, di sini.

Pencalonan Anwar di Dun Kajang mencetuskan pelbagai polemik, ada yang menyifatkan peletakan jawatan penyandangnya Lee Chin Cheh di kerusi tersebut untuk memberi laluan kepada Ketua Pembangkang bertanding di situ sebagai satu pengkhianatan kepada penduduk Kajang.

Peletakan jawatan Chin Cheh sebagai Adun diumumkan oleh Speaker Dun Selangor, Hannah Yeoh kelmarin.

Semalam, PKR mengumumkan untuk meletakkan Ketua Umum PKR, Datuk Seri Anwar Ibrahim sebagai calon untuk mempertahankan kerusi itu ~ Sinar Harian

Mustafa Ali pula sound Pemuda PAS yang nak boikot PRK Kajang..

Posted: 29 Jan 2014 04:30 PM PST


Setiausaha Agung PAS, Datuk Mustafa Ali mengingatkan para pemimpin dan ahli-ahli PAS supaya tidak membuat sebarang kenyataan bersifat spekulatif berhubung isu kekosongan kerusi Dewan Undangan Negeri (Dun) Kajang dan isu kedudukan Menteri Besar Selangor.

Menurut beliau, sehingga kini PAS dan Pakatan Rakyat tidak pernah membincangkan isu berkaitan kedudukan Menteri Besar Selangor malah apa yang dibincangkan hanyalah tentang kekosongan Dun Kajang ekoran tindakan Adun daripada PKR yang meletakkan jawatan.

"Secara amalan yang berlaku dalam Pakatan Rakyat, mana-mana kerusi yang dikosongkan atas apa juga sebab sekalipun, calon yang akan mengisi kekosongan itu adalah daripada parti yang bertanding di kawasan itu sebelumnya.

"Oleh kerana Dun Kajang pada pilihan raya umum lalu ditandingi oleh calon PKR, maka calon yang dipilih untuk mengisi kekosongan itu mestilah daripada PKR," tegas beliau.

Menurut Mustafa, siapa pun calon yang dicadangkan oleh PKR untuk mengisi kekosongan itu akan disokong oleh parti-parti komponen Pakatan Rakyat seperti amalan yang berlaku sebelum ini.

Sehubungan itu, beliau sekali lagi mengingatkan para pemimpin dan ahli-ahli PAS agar mematuhi keputusan yang telah dicapai secara konsensus oleh Pakatan Rakyat bagi pilihan raya kecil (PRK) Dun Kajang dan tidak membuat sebarang kenyataan mahupun ulasan berunsur spekulatif berhubung kedudukan Menteri Besar Selangor.

Speaker Dun Selangor, Hannah Yeoh Isnin lalu mengumumkan perletakan jawatan Adun Kajang, Lee Chin Cheh dalam satu surat yang diterimanya pada hari yang sama.

Semalam, Pakatan Rakyat mengumumkan Ketua Umum PKR, Datuk Seri Anwar Ibrahim dipilih untuk bertanding pada PRK Dun Kajang.

Suruhanjaya Pilihan Raya (SPR) akan bermesyuarat 5 Februari ini bagi membincangkan tarikh dan persiapan PRK tersebut ~ Harakahdaily

Siapa sound Pemuda PAS yang nak boikot PRK DUN Kajang sebelum ini sila baca di SINI

Tiada ulasan: