Addin |
- Patutlah Anwar Bersungguh-Sungguh Nak Bertanding Di DUN Kajang.. Ini Penjelasan Dari YB Khalid Samad
- PKR Dedah Individu Paling Tertekan Dalam Umno Ekoran Anwar Bertanding Di DUN Kajang
- Ini Penjelasan Anwar Berkenaan Keputusannya Bertanding Di DUN Kajang
Patutlah Anwar Bersungguh-Sungguh Nak Bertanding Di DUN Kajang.. Ini Penjelasan Dari YB Khalid Samad Posted: 30 Jan 2014 08:24 AM PST Ancaman berterusan Umno untuk menawan kembali Selangor menjadi punca PKR meletakkan Ketua Pembangkang Datuk Seri Anwar Ibrahim untuk bertanding di kerusi Dewan Undangan Negeri (DUN) Kajang, kata ahli Parlimen PAS. Ahli Parlimen Shah Alam Khalid Samad (gambar) berkata, ancaman dan sabotaj Umno untuk memastikan Selangor tidak berada di bawah kuasa Pakatan Rakyat (PR) bagi penggal ketiga semakin jelas, sekaligus memerlukan campur tangan Ketua Umum PKR itu dalam pentadbiran kerajaan Selangor. "Ancaman Umno tahap maksimum. Beliau tidak boleh benarkan Selangor dimenangi PR untuk sesi penggal ketiga," kata Khalid ketika sidang media di ibu pejabat beliau di Shah Alam, petang tadi. "Anwar boleh campur tangan pentadbiran negeri jika jadi Adun. Boleh jumpa pegawai kerajaan untuk elakkan sabotaj," katanya. Beliau turut berkata, Umno kini dipercayai sedang mengukuhkan usaha mereka dalam cubaan merampas Selangor melalui usaha sabotaj. "Sangat kuat ancaman Umno di Selangor. Usahanya satu usaha yang akan dan sedang dipertingkatkan," kata Ahli Jawatankuasa PAS Pusat itu lagi. Anwar pada Selasa telah mengesahkan akan bertanding di kerusi DUN Kajang selepas Lee Chin Cheh melepaskan kerusi berkenaan untuk membolehkan beliau bertanding di kawasan itu. Kawasan DUN Kajang membentuk populasi sejumlah 48% berbangsa Melayu, 40% Cina, 10% India, dan bakinya lain-lain kaum. Barisan Nasional (BN) jelas Khalid berupaya merampas Selangor melalui kemarahan rakyat dengan berlakunya beberapa peristiwa, termasuk menggagalkan beberapa projek negeri. Malah, krisis dalaman PKR juga jelasnya akan dapat dikekang dengan meletakkan Anwar dalam pentadbiran kerajaan negeri. "Krisis Mohamed Azmin dan Abdul Khalid, ini menjejaskan operasi. Dengan adanya Anwar dalam kerajaan mungkin masalah ini akan dikurangkan dan ditambah baik perjalanan kerajaan termasuk mengatasi usaha sabotaj yang kita nampak sedang berlaku. "Ada projek kerajaan negeri yang tak bergerak. Ada projek tergendala," katanya. Khalid turut memuji tindakan Lee yang sanggup melepaskan kerusinya bagi memberi laluan kepada Anwar, meskipun tindakan berkenaan menerima kecaman banyak pihak. "Ini berbeza dengan melompat parti ataupun khianat. Beliau telah berkorban. Kalau orang Umno, berebut nak kerusi jadi Adun...sogoklah, rasuah nak jadi Adun. Ini dah jadi Adun dia berkorban atas arahan parti. "Rayuan saya kepada pengundi di Kajang, setelah Lee buat pengorbanan sedemikian rupa, janganlah mempersia-siakan pengorbanan beliau," katanya lagi, dan menambah Lee turut berkorban dengan memberikannya kepada calon yang dianggap lebih baik daripada dirinya. ~tmi Iklan C (ii) |
PKR Dedah Individu Paling Tertekan Dalam Umno Ekoran Anwar Bertanding Di DUN Kajang Posted: 30 Jan 2014 04:25 AM PST Ketua Pemuda Umno, Khairy Jamaluddin Abu Bakar tidak dapat menyembunyikan tekanan dengan langkah politik PKR hari ini. Rakyat secara umum mengetahui PKR, dengan dukungan Parti Islam SeMalaysia (PAS) dan Parti Tindakan Demokratik (DAP) bersetuju bersama atas semangat Pakatan Rakyat untuk meletakkan Ketua Umum Keadilan, Datuk Seri Anwar Ibrahim sebagai calon Dewan Undangan Negeri (DUN) N25 Kajang, yang kosong akibat peletakan jawatan Lee Chin Cheh. Reaksi pantas Khairy Jamaluddin sebagai selebriti media sosial dijangka, dengan segera memperolok-olokkan Anwar atas keputusan tersebut yang secara jelas mendedahkan bahawa Umno Barisan Nasional cuba mengalihkan perhatian rakyat yang berminat untuk mengetahui senario politik di Selangor ini. Saya tidaklah memandang berat komen kosong Khairy Jamaluddin tersebut, tetapi inilah bentuk tekanan awal yang dizahirkan oleh pimpinan Umno Barisan Nasional. Sejak awal lagi, Umno Barisan Nasional cuba membina persepsi negatif terhadap perkembangan tersebut melalui tweet dan sebaran media sosial kerana menyedari impak penyertaan Anwar ke dalam kancah politik Selangor secara khususnya, yang hampir pasti memberi pukulan lebih hebat kepada mereka pada masa ini sudah tidak lagi relevan di Selangor. Anwar mahu jadikan Selangor sebagai model pentadbiran di Putrajaya Memang wujud tekanan dan persepsi berbeza daripada semua golongan, dan PKR berbesar hati untuk menerima perbezaan tersebut. Benar akan berlaku sebuah pilihan raya kecil yang menurut sesetengah pihak, sebagai membazirkan wang rakyat, namun, meneliti keperluan dan permintaan untuk menyediakan perkhidmatan lebih efektif kepada rakyat, maka Anwar mengambil langkah progresif dan berani sebagai persediaan Selangor menjadi model pentadbiran di Putrajaya kelak. Tindakan ini mungkin tidak popular, tetapi PKR yakin ia adalah strategi terbaik dan penuh perancangan serta dedikasi supaya apa yang diperjuangkan selama ini kembali ke landasan yang tepat dan ini adalah harga yang perlu dibayar untuk sebuah perubahan. Anwar Ibrahim dan PKR komited dengan janji untuk sebuah pentadbiran yang lebih telus dan berani walaupun berdepan kritikan dan teguran. Pentadbiran Pakatan Rakyat yang memasuki usia enam tahun di Selangor serta Pulau Pinang bukanlah sepertianak kecil yang merangkak.This child is growing, dan bersedia menempuh fasa baru yang lebih matang dan mencabar. Anwar kini adalah pemimpin, yang bersedia berkongsi pengalaman luasnya di dunia politik untuk manfaat bersama rakyat Selangor. Kini, beliau berpeluang berperanan lebih jelas dalam pentadbiran Pakatan Rakyat Selangor. Hubungan Pakatan Rakyat erat dan tidak mudah goyah PKR menelusuri 15 tahun penubuhannya dengan isu dan cubaan politik yang pelbagai. Malah dari tempoh waktu itu, 6 tahun parti ini membina setiakawan dan pakatan yang erat dengan PAS dan DAP. PKR menerima baik perbezaan pendapat dan yakin bahawa hubungan ini sangat erat dan tidak mudah goyah dek satu lagi cubaan politik baru. Saya menyedari wujud usaha untuk menggeserkan hubungan erat dalam Pakatan Rakyat, namun meyakini bahawa setiakawan yang terbina sejak penggal lalu akan menjadi sandaran untuk Pakatan bersama menempuh sekali gus meningkatkan kembali pemahaman dan keyakinan rakyat terhadap matlamat kami. Iltizam untuk memberikan reformasi pentadbiran kepada rakyat Malaysia, nyata mengatasi segala-galanya. PKR bersama PAS dan DAP tidak akan layu dek kerana label dan momokan kosong yang menjadi acahan Umno Barisan Nasional bagi mengalih isu semasa. Khairy, dalam peranan sebagai Ketua Pemuda Umno dan Menteri Belia Sukan tidak harus ghairah menjadi populis, sedangkan pentadbiran kerajaan persekutuan Umno Barisan Nasional lebih tenat dan melupakan kepentingan dan kebajikan rakyat. Khairy boleh memilih untuk menghiburkan pengikutnya di laman sosial dan menjadi selebriti politik, tetapi jangan sesekali cuba menyembunyikan tekanan dan keresahan dengan penyertaan Anwar ke DUN Selangor. Tekanan Khairy begitu dirasai, dan saya yakin tekanan ini sedang membara dan sedikit masa lagi Umno Barisan Nasional akan berhabis-habisan menyerang peribadi calon PKR di N25 Kajang. PKR komited untuk terus melawan bagi menjadi pemangkin perjuangan rakyat. Lawan tetap lawan! Manivanan Gowin Ahli PArlimen Kapar Iklan C (ii) |
Ini Penjelasan Anwar Berkenaan Keputusannya Bertanding Di DUN Kajang Posted: 29 Jan 2014 07:38 PM PST Selepas diserang bertalu-talu di media sosial berhubung keputusannya untuk bertanding di kerusi Dewan Undangan Negeri (DUN) Kajang, Datuk Seri Anwar Ibrahim mengatakan beliau akan menjelajah kawasan tersebut bagi memberikan penerangan. Anwar juga berkata beliau akan menjelaskan mengenai keputusan dan strategi seterusnya dalam menjadikan kerusi DUN Kajang bagi melonjak Pakatan Rakyat (PR) ke Putrajaya. "Kita perlu lonjakan sekarang." Ketua Pembangkang itu mengakui keputusan bertanding dalam pilihan raya kecil (PRK) Kajang sebagai batu loncatan ke Putrajaya, selepas gagal dalam pilihan raya umum ke-13 lalu. Anwar berkata, sekiranya menang di Kajang, misi pertamanya adalah untuk menjadikan Selangor sebagai sebuah negeri contoh dan kemudiannya menakluk Putrajaya. "Dalam perbincangan awal, konsensusnya kita perlu bergerak dan meluaskan tahap pencapaian sebagai sebuah negeri bersederhana dan dilihat mampu menggunakan kepimpinan Pakatan secara keseluruhan sebagai batu loncatan untuk menakluk ke Putrajaya," katanya. Anwar mengakui berhutang dengan rakyat dan penyokong parti terhadap keputusannya bertanding di Kajang, bagaimanapun perkara tersebut akan diterang semasa berlangsung pilihan raya nanti. "Beberapa kebimbangan adalah adil dan kami berhutang penjelasan dengan mereka. "Kami perlu jelaskan beberapa isu yang dibangkitan dan mereka mahu dengar daripada saya, kenapa saya terima dengan cadangan untuk berpindah ke Dewan Undangan Negeri," kata Anwar. Beliau juga berkata akan menemui DAP dan PAS bagi menjelas lebih lanjut tentang langkah mengosongkan kerusi di Kajang. "I informed PAS and also DAP that because of the tekanan, tak beri ruang bincang lebih panjang. Saya terima teguran itu dengan baik dan saya juga tahu perlu ada penjelasan lebih lanjut dan akan saya lakukan dalam masa terdekat," katanya . PKR di Selangor ketika ini sedang bergolak selepas dikatakan wujud usaha untuk menjatuhkan menteri besar penggal kedua, Tan Sri Abdul Khalid Ibrahim daripada tampuk pemerintahan. Krisis dan kontroversi tercetus sejak pengumuman kenaikan gaji oleh Abdul Khalid yang dikatakan tidak dibuat secara konsensus. Kemudian disusuli insiden pengguguran Timbalan Presiden PKR, Mohamed Azmin Ali daripada anak syarikat negeri Perbadanan Kemajuan Negeri Selangor (PKNS) baru-baru ini. Kemelut PKR berterusan selepas Ahli Dewan Undangan Negeri (Adun) Kajang, Lee Chin Cheh mengosongkan kerusinya pada Isnin. Semalam, pengumuman dibuat PKR untuk meletak Anwar sebagai calon di kerusi yang dianggap selamat untuk dimenangi. Langkah meletak Anwar dilihat pengkritik sebagai usaha meredakan ketegangan antara kem Abdul Khalid dan Azmin yang menyukarkan pentadbiran Selangor. ~tmi Iklan C (ii) |
You are subscribed to email updates from Addin To stop receiving these emails, you may unsubscribe now. | Email delivery powered by Google |
Google Inc., 20 West Kinzie, Chicago IL USA 60610 |
Tiada ulasan:
Catat Ulasan