Anak Sungai Derhaka |
- Wah! wala' nya pemuda-pemuda PAS ni...
- Gara-gara sibuk nak bodek Anwar, Shamsul Iskandar kena sound dengan Azmin..
- TS Khalid umum Anwar Ibrahim sebagai calon DUN Kajang..
- Gerakan Anwar kejutkan kumpulan Azmin..
- Kemelut di Selangor : Ni nasihat buat Anwar Ibrahim..
Wah! wala' nya pemuda-pemuda PAS ni... Posted: 28 Jan 2014 02:15 AM PST Benarlah bagai dikata suatu masa dahulu oleh seorang sahabat yang seorang aktivis PAS Zainulfaqar yang juga Admin Blog Faqar, Wala' atau taat termaktub kepada ahli sahaja bukan pemimpin.. Jadi kalau dah jadi pemimpin hatta Ketua Pemuda sekalipun tak perlu wala' kepada pemipin atasan lagi, sebab Ketua Pemuda itu dah tinggi tarafnya... Dalam PRU13 lalu, Ketua Pemuda PAS Pulau Pinang telah membuktikan akan sifat wala' yang ada pada dirinya dengan turut bertanding di Sungai Acheh. Hari ini pula Ketua Pemuda PAS sendiri membuktikan sifat wala' memang menebal dalam dirinya dengan melanggar keputusan Naib Presiden PAS, Salahudin Ayub dalam satu sidang media di HQ PKR pagi tadi.. Dalam sidang media itu Naib Presiden PAS, Salahudin Ayub dilaporkan berkata, PAS sebagai sebuah komponen dalam Pakatan Rakyat sentiasa mendokong semangat kebersamaan dan muafakat bersama PKR dan juga DAP. Oleh itu beliau mengatakan PAS memberi sokongan penuh terhadap keputusan PKR yang meletakkan Ketua Umumnya Datuk Seri Anwar Ibrahim sebagai calon Pilihan Raya Kecil (PRK) Dun Kajang. "Ini semangat yang ada dalam Pakatan Rakyat, setiap parti akan memberi sokongan sepenuhnya bagi memastikan kemenangan itu milik Pakatan Rakyat, khususnya (kali ini) PKR," jelas beliau. Turut hadir pada sidang media itu Ketua Pengarah Pilihan Raya PAS Dr Mohd Hatta Ramli, Penasihat DAP Lim Kit Siang dan Setiausaha Organisasi DAP Kebangsaan Anthony Loke. Mengulas lanjut, Salahudin berkata memang sudah menjadi kebiasaan mana-mana parti dalam Pakatn Rakyat yang bertanding, akan disokong oleh rakan parti yang lain dengan mengambil semangat calon itu adalah calon Pakatan Rakyat. Mengulas pemilihan Anwar pula, Salahuddin berkata, ianya adalah keputusan terbaik yang dirasakan oleh PKR bagi menyelesaikan masalah dalaman parti itu, dan menerima secara terbuka. "Pencalonan Anwar itu bagi saya isu dalaman PKR dan ia sebagai penyelesaian terbaik, kita diberitahu kekosongan dan tanggungjawab sebagai rakan Pakatan Rakyat kita akan memberi sokongan. Ini pula kenyataan beberapa Ketua Pemimpin PAS yang dipetik dari Free Malaysia Today... PETALING JAYA: PAS kesal dengan tindakan bekas Adun Kajang Lee Chin Cheh dari PKR yang meletakkan jawatan tanpa sebab yang munasabah. Ketua Penerangan Dewan Ulamak PAS Pusat Dr Mohd Khairuddin Aman Razali at-Takiri berkata, pihaknya menuntut penjelasan munasabah daripada PKR kerana pilihanraya kecil akan mengorbankan banyak masa, tenaga dan harta rakyat. "Rakyat melihat situasi ini dengan penuh prihatin. "Pergolakan kecil politik Selangor melibatkan jawatan Menteri Besar dan isu PKNS ditambah pula dengan perletakan jawatan ini boleh memualkan rakyat di saat rakyat dibelenggu dengan pelbagai isu negara khususnya melibatkan peningkatan kos hidup," katanya dalam satu kenyataan hari ini. Menyifatkannya sebagai politik picisan, Mohd Khairuddin turut mengingatkan isu ini mampu menggugat keyakinan rakyat kerana Pakatan Rakyat sepatutnya fokus kepada mendedahkan kegagalan kerajaan Barisan Nasional (BN) mengurus ekonomi negara. Katanya, Pakatan Rakyat perlu menilai semula sejarah Pilihan Raya Umum ke-12 (PRU12) yang menyaksikan beberapa wakil rakyat dari PKR melompat dan meninggalkan parti yang telah merugikan dan menggugat keutuhan Pakatan Rakyat. Manakala sejarah PRU ke-13 pula dimulakan dengan perletakan jawatan Adun. Sementara itu Ahli Parlimen Temerloh Nasruddin Hassan Tantawi berkata, pihaknya kecewa kerana PKR tidak pernah berbincang dengan PAS mengenai konflik di Selangor sehingga menyebabkan berlakunya pilihan raya kecil Kajang. "PAS ini apa ? Parti Tupper Ware? Tak bincang sepatah? Tak runding sikit pun? Politik apa ini? Cara dan skil mana digunakan," soalnya. Katanya, PKR tidak sepatutnya mempermainkan amanah rakyat yang berkerja, berjuang dan mengundi bersungguh-sungguh dalam PRU lalu. "Saat rakyat berhempas pulas mencari sesuap nasi berdepan dengan kos sara hidup yang tinggi, kenaikan harga barang yang melambung. "Tak pasal-pasal cipta pilihanraya kecil dengan drama realiti perletakan jawatan," katanya. Manakala Pengarah Jabatan Pilihanraya Dewan Pemuda PAS Malaysia Mohd Sany Hamzan berkata, pihaknya menuntut penjelasan yang munasabah daripada Lee terhadap perletakan jawatan beliau secara bertulis kepada Ketua Dewan pemuda PAS Malaysia dengan kadar segera. "Sekiranya penjelasan yang diberikan tidak munasabah maka Jabatan Pilihanraya Dewan Pemuda PAS Malaysia memberi amaran akan mengeluarkan arahan kepada seluruh jentera pilihanraya pemuda PAS di semua peringkat untuk tidak memberikan kerjasama di dalam Pilihanraya Kecil DUN Kajang nanti sekiranya calon yang ditentukan masih lagi dari kalangan calon PKR," tegasnya. Beliau menganggap tindakan Lee sebagai satu pengkhianatan amanah yang diberikan rakyat Selangor serta membelakangkan semangat 'syura' di kalangan Pakatan Rakyat Selangor. Beliau juga kecewa terhadap pimpinan PKR Selangor yang mengamalkan agenda 'politik egois' dan 'besar kepala' dengan membelakangkan PAS dan DAP Selangor di dalam kerja buat mereka di Selangor. "PKR Selangor berlagak seperti 'boss besar' yang boleh mengambil apa saja tindakan politik yang menguntungkan mereka tanpa persetujuan dan pandangan rakan-rakan parti PAS dan DAP sedangkan PKR Selangor hanyalah 'pemegang saham minoriti' di dalam Kerajaan PR Selangor," katanya. Kawan aku yang dulu Ketua AMK Pulau Pinang yang namanya Amir Ghazali post ayat ni kat wall Facebook aku.. FIQH MUWAZANAT "Menolak kemudharatan yang pasti mendatang dengan melaksanakan kemudharatan yang paling kecil(di antara semua kemudharatan)" Mudharat 1):: Membiarkan perpecahan kepimpinan terus berlaku memungkinkan tumbangnya kerajaan Rakyat Selangor. Atau Mudharat 2):: Mengosongkan kerusi Kajang untuk Ikon ketiga demi design semula kebersamaan semula Kerajaan Selangor. Aku tak setuju langsung dengan hujah dia untuk menyokong ADUN Kajang letak jawatan bagi membolehkan satu PRK diadakan untuk membolehkan Anwar berada dalam Kerajaan Negeri Selangor.. Sebabnya hal dalaman PKR sepatutnya diselesaikan oleh PKR secara dalaman bukannya melibatkan kepentingan rakyat Selangor dan menghabiskan lagi duit negara yang dah semakin tak ada duit ni.. Sepertimana yang di cadangkan oleh Cucu Mat Kilau di SINI |
Gara-gara sibuk nak bodek Anwar, Shamsul Iskandar kena sound dengan Azmin.. Posted: 27 Jan 2014 10:48 PM PST Semalam Ketua AMK, Shamsul Iskandar yang baru-baru ini yang telah mengepalai sekumpulan penyokongnya membantah tindakan Kerajaan Jepun menghalang kemasukkan Anwar kenegara tersebut telah mengeluarkan satu kenyataan media. Dalam kenyataan media yang dianggap oleh banyak pihak terutamanya dikalangan AMK sendiri sebagai usaha membodek Anwar Ibrahim sempena pemilihan PKR dalam masa terdekat ini, beliau menyokong Anwar Ibrahim sebagai MB Selangor. Kenyataan media tersebut telah disiarkan oleh The Malaysian Insider semalam dan disiarkan oleh Malaysiakini hari ini. Katanya "Berdasarkan pengalaman dan kewibawaan beliau memimpin negara, AMK percaya Anwar adalah calon terbaik untuk bertanding kerusi DUN dan seterusnya diangkat sebagai menteri besar," "AMK percaya kepimpinan Anwar dapat menggerakkan lebih pantas agenda reformasi di Selangor dan menterjemahkan agenda konsensus nasional." "Mereka menghormati keputusan Bendahari AMK Lee Chin Cheh yang meletakkan jawatan. Menurut Shamsul, ia dibuat demi kepentingan negeri dan rakyat serta mengatasi sebarang pertimbangan peribadi. "Ini membuka ruang untuk PKR dan Pakatan menawarkan pemimpin yang lebih berkaliber dan berpengalaman untuk memimpin negeri Selangor sebagai menteri besar," katanya yang juga anggota Parlimen Bukit Katil. Kenyataan media beliau telah dikeluarkan sebelum nama Anwar Ibrahim dipersetujui oleh Majlis Pimpinan PKR Negeri Selangor.. Ini kenyataan media Ketua AMK itu.. KENYATAAN MEDIA AMK HANYA SETUJU ANWAR IBRAHIM MENJADI CALON Angkatan Muda Keadilan (AMK) menghormati keputusan dan tindakan Bendahari AMK Malaysia, Lee Chin Cheh meletakkan jawatan sebagai Ahli Dewan Undangan Negeri Selangor bagi kawasan Kajang. Ini membuka ruang untuk Parti Keadilan Rakyat (PKR) dan Pakatan Pembangkang menawarkan pemimpin yang lebih berkaliber dan berpengalaman untuk memimpin Negeri Selangor sebagai Menteri Besar. Berdasarkan pengalaman dan kewibawaan beliau memimpin negara, AMK percaya YB Dato' Seri Anwar Ibrahim adalah calon terbaik untuk bertanding kerusi Dewan Undangan Negeri Selangor dan seterusnya diangkat sebagai Menteri Besar. AMK percaya dengan kepimpinan beliau akan dapat menggerakkan dengan lebih pantas agenda reformasi di Selangor dan menterjemahkan konsensus nasional. Oleh yang demikian AMK mengambil pendirian hanya Dato' Seri Anwar Ibrahim sesuai menjadi calon mewakili Pakatan Rakyat dalam Pilihan Raya Kecil DUN Kajang. Jentera pilihan raya AMK akan digerakkan untuk bersama-sama jentera Pakatan Rakyat bagi memastikan keputusan terbaik dalam pilihan raya kecil ini. Shamsul Iskandar Mohd Akin Malangnya.. tindakan tergesa-gesa untuk menunjukkan kesetiaan yang tak berbelah bagi kepada Ketua Umum PKR DS Anwar Ibrahim dan dalam masa yang sama membodek Anwar telah dibidas oleh Azmin Ali. Melalui kenyataan medianya Mohamed Azmin bin Haji Ali, Pengerusi Majlis Pimpinan Negeri Selangor telah memaklumkan Majlis Pimpinan PKR Negeri Selangor akan mengadakan Mesyuarat Tergempar dalam masa terdekat untuk mencadangkan nama a calon yang layak untuk diluluskan oleh Majlis Presiden Pakatan Rakyat bertanding kerusi N25 DUN Kajang. Sehubungan dengan itu, pihak MPN mohon agar Angkatan Muda Keadilan Malaysia jangan sesekali mencampuri urusan Majlis Pimpinan PKR Negeri Selangor... Dalam bahasa mudahnya Shamsul Iskandar jangan dok menyibuk hal Selangor.. Ni Kenyataan medianya.. KENYATAAN MEDIA PKR SELANGOR BELUM PUTUSKAN CALON DUN N.25 KAJANG Majlis Pimpinan PKR Negeri Selangor belum memutuskan siapakah calon yang layak untuk menggantikan YB Tuan Lee Chin Cheh, Adun Dewan Undangan Negeri N25 Kajang yang telah secara rasmi meletakkan jawatannya hari ini. Pihak Majlis Pimpinan PKR Negeri Selangor juga TIDAK pernah menyokong Kenyataan Media oleh Angkatan Muda Keadilan (AMK) Malaysia yang mahu mencadangkan Dato Seri Anwar Ibrahim sebagai calon untuk Pilihan Raya Kecil N25 DUN Kajang. Calon yang akan menggantikan YB Tuan Lee Chin Cheh semestinya anak jati negeri Selangor. Sehubungan dengan itu, kami mohon agar Angkatan Muda Keadilan Malaysia jangan sesekali mencampuri urusan Majlis Pimpinan PKR Negeri Selangor. Adalah dimaklumkan bahawa Majlis Pimpinan PKR Negeri Selangor akan mengadakan Mesyuarat Tergempar pada 29 Januari 2014 untuk mencadangkan nama a calon yang layak untuk diluluskan oleh Majlis Presiden Pakatan Rakyat bertanding kerusi N25 DUN Kajang. Mohamed Azmin bin Haji Ali Tapi... kenyataan media Azmin ini dah bercanggah dengan apa yang dah berlaku hari ini.. sila lihat di SINI |
TS Khalid umum Anwar Ibrahim sebagai calon DUN Kajang.. Posted: 27 Jan 2014 07:53 PM PST Menteri Besar Selangor, Tan Sri Abdul Khalid Ibrahim mengumumkan bahawa Penasihat Parti Keadilan Rakyat (PKR), Datuk Seri Anwar Ibrahim akan bertanding bagi merebut kerusi Dewan Undangan Negeri (DUN) Kajang pada pilihan raya kecil akan datang. Kerusi DUN Kajang kosong selepas penyandangnya, Lee Chin Cheh meletak jawatan petang Isnin, bagi memberi laluan kepada Anwar untuk bertanding sekaligus menggantikan tempat Abdul Khalid sebagai Menteri Besar Selangor seperti yang dispekulasikan. Apa yang ahli-ahli PKR seluruh Malaysia perlu tahu ialah... Tindakan yang dilakukan oleh Tan Sri Khalid Ibrahim ini, iaitu mengumumkan nama DS Anwar Ibrahim sebagai calon bagi DUN Kajang ini adalah bercanggah dengan apa yang telah diluluskan dalam pindaan perlembagaan PKR baru-baru ini.. Dimana dalam satu Kongres Nasional Khas yang telah dihadiri oleh lebih dari 1,000 perwakilan seluruh negara itu satu rombakan yang diluluskan oleh perwakilan telah menetapkan.. Keputusan untuk menentukan siapa yang sesuai dan layak untuk dijadikan calon akan ditetapkan oleh ahli dari akar umbi bukannya pihak pimpinan. Pindaan perlembagaan parti tersebut bertujuan memberikan lebih kuasa kepada anggota di peringkat akar umbi membuat keputusan untuk hala tuju parti dan memilih calon yang dirasakan sesuai. Dimana suara akar umbi dalam hal ini?.. dah terbenam dipijak ke? Dan dalam masa yang sama sidang media ini telah membelakangkan suara dari Majlis Pimpinan PKR Negeri Selangor yang dipengerusikan oleh Azmin Ali. Pihak Majlis Pimpinan PKR Negeri Selangor dalam satu kenyataan media telah menetapkan akan mengadakan Mesyuarat Tergempar pada 29 Januari 2014 untuk mencadangkan nama calon yang layak untuk diluluskan oleh Majlis Presiden Pakatan Rakyat bertanding kerusi N25 DUN Kajang. Lihat di SINI kenyataan media tersebut.. Apa sudah jadi??? |
Gerakan Anwar kejutkan kumpulan Azmin.. Posted: 27 Jan 2014 06:39 PM PST Pengumuman pengunduran wakil rakyat Kajang semalam menggemparkan banyak pihak, termasuk pemimpin kanan dalam PKR, dan menjadikan mereka semua sangat serba salah. Gerakan yang mendadak ini dipercayai datang daripada beberapa pihak yang dekat dengan Ketua Umum Anwar Ibrahim sendiri, bukan kumpulan Timbalan Presiden Azmin Ali. Kumpulan Azmin sendiri, yang digambarkan sangat ghairah ingin mengambil tampuk kekuasaan di Selangor, dikhabarkan terperanjat dengan gerakan mengejut semalam. Tindakan ini bertujuan "menyelesaikan" persaingan antara PKR Selangor, yang diketuai Azmin, dengan Menteri Besar Selangor Khalid Ibrahim. Walaupun PKR negeri masih utuh di belakang Azmin, mereka tidak sempat berbuat apa-apa untuk mengelak pengumuman pengunduran CC Lee, bekas pemimpin Gerakan yang dikaitkan dengan Azmin. Difahamkan, keputusan itu belum mendapat persetujuan PKR Selangor yang masih berusaha untuk menentukan perjalanan parti dalam krisis terbaru ini. PKR negeri dikatakan mengambil strategi berbeza untuk menangani kemelut ini -- strategi akibat tidak menduga langkah mendadak pasukan Anwar. DAP, PAS tunggu & lihat Gerakan mengejut pasukan Anwar, disertai beberapa pemimpin kanan dan muda PKR termasuk Setiausaha Agung Saifuddin Nasution Ismail, dapat dijayakan susulan pertemuan ketua pembangkang itu dengan Khalid pada hujung minggu dan Lee semalam. Pasukan Anwar juga cuba memberikan gambaran kepada beberapa pemimpin PKR bahawa proses biasa parti tidak sesuai untuk gerakan ini. Malah, lebih elok jika diuruskan oleh pasukan kecil mereka. Sama ada pasukan ini berjaya dalam misinya akan dapat dinilai mulai hari ini. Jika pasukan Azmin terkejut dengan gerakan pantas kumpulan Anwar, rakan-rakan Pakatan Rakyat juga belum tentu bersetuju dengan percubaan PKR itu. Yakni, percubaan untuk mengundurkan Khalid dengan menggantikan calon baru (bukan Azmin) melalui satu pilihan raya kecil DUN Kajang. Akibat tiada sokongan awal DAP dan PAS sebelum peletakan jawatan Lee, dua parti ini tidak menyatakan sokongan segera semalam selepas pengunduran Lee. Kedua-dua parti masih mengambil sikap "tunggu dan lihat" tindakan lanjut PKR. Sikap ini diambil dipercayai akibat pemimpin-pemimpin kanan mereka tidak dirujuk lebih awal oleh PKR. Mereka dikatakan tidak selesa dengan gerakan pasukan Anwar yang tidak merundingi mereka sebelum keputusan besar itu. Persetujuan malam tadi Sekiranya dua rakan Pakatan menyatakan sokongan pada gerakan menggemparkan Anwar ini, persetujuan ini baru dicapai malam tadi atau pagi ini. Pasukan Anwar dikatakan giat menyusun strategi malam tadi untuk mendapatkan sokongan bulat Setiausaha Agung DAP Lim Guan Eng dan Presiden PAS Abdul Hadi Awang. (Setakat artikel ini ditulis, sikap kedua-dua parti itu terhadap projek Anwar ini masih belum jelas) Sementara itu, pagi ini, pasukan Anwar dijadual mengadakan beberapa siri pertemuan saat akhir, termasuk dengan Khalid dan Azmin, sebelum pengumuman rasmi yang dijadualkan jam 11 pagi. Pengumuman ini dijangka menyentuh rancangan pengunduran Khalid dalam tempoh sebulan dua ini. Ia juga akan menjawab teka-teki siapakah calon DUN Kajang -- yang disebut-sebut mahu diangkat sebagai menteri besar baru -- sama ada Anwar sendiri atau seorang tokoh lain. Namun, semua ini tergantung sejauh mana Khalid bersetuju dengan pelan permainan pasukan Anwar dan bagaimana pula sikap Azmin dalam rencana Anwar yang menggemparkan ini. Setakat malam tadi, sikap tokoh nombor dua dalam PKR masih belum jelas -- sama ada bersama pasukan Anwar atau mengambil jalan lain. Gerakan Azmin selanjutnya bergantung pada siri pertemuan pagi ini dan pengumuman penting selepasnya. Jika Khalid degil... Khalid sendiri belum menunjukkan sikap yang jelas, sama ada mahu mengikut sahaja arahan ketua umum atau membantah. Sikap ini dapat dilihat jika beliau sendiri hadir di mesyuarat pagi ini dan menyuarakan isi hatinya. Jadi, sidang media Anwar berhubung isu-isu Selangor pagi ini akan mendedahkan sedikit bagaimana pintar (atau, tidak) pasukan Anwar. Pasukan Anwar ini, nanti, akan menentukan kepintaran mereka sama ada berjaya mengatasi kemelut di Selangor atau menambahkan lagi kerumitan sedia ada. Langkah bijak atau langkah dungu akan terlihat mulai hari ini, menjelang pilihan raya kecil DUN Kajang dan juga dukungan istana. Proses panjang ini, seperti diingatkan Khalid semalam, tidak mudah tanpa konsensus Pakatan dan restu istana. Tugas ini tentunya lebih rumit daripada meyakinkan peguam Edmund Bon dan Wan Saiful Wan Jan, ketua kumpulan pemikir IDEAS. Malah, apabila diketahui Anwar akan mengadakan sidang media berhubung isu-isu Selangor, Wan Saiful dengan sinis mengtuit: I thought Azmin heads PKR Selangor? Jika Pakatan dan istana di belakang pasukan Anwar, apa akan jadi jika Khalid berdegil? ~ FATHI ARIS OMAR |
Kemelut di Selangor : Ni nasihat buat Anwar Ibrahim.. Posted: 27 Jan 2014 04:30 PM PST Dah lama dah aku tengok PKR Selangor ni.. kepada penyokong pandai pula diberikan nasihat selesaikan segala isu melibatkan parti secara dalaman tapi mereka pula sebaliknya.. Kalau kita baca kebanyakkan komen warga internet dalam berbagai portal yang ada, majoriti rakyat amat menyanjungi TS Khalid sebagai Menteri Besar Selangor.. Tapi kalau kita tanya pula pemimpin-pemimpin PKR Selangor sendiri, boleh dikatakan ramai yang tak menyenangi kepimpinan TS Khalid ini, sebab utamanya ialah kedekut! Kedekut kepada parti bukan kedekut kepada rakyat.. salahke? Tertanya-tanya juga aku kenapa perkara ini tidak diselesaikan secara dalaman?.. susah sangat ke Azmin dan TS Khalid hendak dipertemukan? Kenapa tidak Anwar yang rapat dengan Azmin dan Wan Azizah yang rapat dengan Faekah temukan mereka dan selesaikan masaalah antara mereka secara dalaman? Dan aku setuju dengan kenyataan Cucu Mat Kilau ni.. Susulan kemelut dalaman PKR, antara Azmin Ali (Timbalan Presiden) dan Tan Sri Khalid Ibrahim (MB Selangor) maka NGO Angkara terpanggil utk beri nasihat dan teguran buat Ketua Umum PKR, Datuk Seri Anwar Ibrahim. Kadang-kadang kesian melihat sahabat-sahabat dlm Pakatan Rakyat terutamanya dr PAS yg trpaksa menonton adengan memualkan Tan Sri Khalid vs Azmin Ali. Dok bercakaran dr dulu tak habis2.. Mana Anwar Ibrahim yg sepatut jd ORANG TRNGAH?. Ajak2 lar dua2 pemimpin tu duduk semeja, bincang empat mata.. cakap mcm adik beradik.. Itu guna Ketua Umum.. Jgn membela sebelah pihak jer (Azmin Ali). Tgok dulu masa Pemilihan PKR 2010, sama jugak, Azmin Ali vs Zaid Ibrahim. Anwar kata dia berkecuali, tp belakang sibuk dok kempen Azmin. Mcm mana PKR tak berkecamuk kalau mcm ni. So, nasihat utk Anwar jdlah pemimpin yg hebat bercakap dan mendamaikan anak2 buah. Jgn buat kenyataan yg menyokong sebelah pihak hingga menyinggung perasaan pihak yang lain. Berlaku adil jika benar nak buat rakyat percaya kpd keADILan. Kes Azmin vs Khalid Ibrahim ni boleh selesai jika Anwar panggil kedua2nya bersemuka kat rumah beliau dan bg nasihat supaya tak jatuhkan imej PKR dan Pakatan Rakyat. Dok berentakan sesama sendiri dlm media namanya MEMBUKA PEKONG DI DADA. Sengaja bg peluru kpd musuh utk menyerang. Jgn smpai rakyat jemu dan muak melihat adengan ini. Belum dpt kuasa di pusat PKR dah bercelaru. Demi rakyat, lakukan sesuatu dgn berlapang dada. Malu kat rakan2 dlm Pakatan Rakyat lain yang menonton adengan ini. Byk isu rakyat diselesaikan, kenapa harus disajikam dgn isu2 peribadi seperti ini?. MOHD SHUKRI MOHD RAMLI Penyelaras NGO Angkara (Angkatan Pembela Rakyat) |
You are subscribed to email updates from Anak Sungai Derhaka To stop receiving these emails, you may unsubscribe now. | Email delivery powered by Google |
Google Inc., 20 West Kinzie, Chicago IL USA 60610 |
Tiada ulasan:
Catat Ulasan