Anak Sungai Derhaka |
- Sebab ADUN Kajang letak jawatan didedahkan!!
- ADUN Kajang letak jawatan!.. untuk beri laluan kepada Anwar atau Rafizi sebagai MB?
- Game KangKung pulak muncul dipasaran..
- Tiga Kapal Perang China menceroboh, Menteri buat bodoh?
Sebab ADUN Kajang letak jawatan didedahkan!! Posted: 27 Jan 2014 06:11 AM PST Bekas Ahli Dewan Undangan Negeri (Adun) Kajang dari PKR Lee Chin Cheh yang meletakkan jawatan hari ini mengatakan beliau mengosongkan kerusi Dewan Undangan Negeri (DUN) untuk kepentingan Pakatan Rakyat (PR) di Selangor. Lee yang baru sahaja menjadi Adun selepas pilihan raya 5 Mei lalu juga mengucapkan terima kasih kepada pengundi Kajang yang memberikan kepercayaan kepadanya untuk berkhidmat. "Keputusan saya untuk mengosongkan kerusi DUN N25 Kajang adalah untuk kepentingan bersama dan mengukuhkan kebolehan Pakatan Rakyat berkhidmat untuk rakyat Selangor," kata Lee dalam satu kenyataan. "Saya mengucapkan jutaan terima kasih dan terhutang budi kepada semua pengundi di Kajang yang telah memberi peluang kepada saya menjadi wakil rakyat DUN N25 Kajang." Sumber PKR mengatakan peletakan jawatan Lee bertujuan untuk memberi laluan kepada Datuk Seri Anwar Ibrahim bertanding di kerusi tersebut bagi membolehkan Ahli Parlimen Permatang Pauh itu menggantikan Tan Sri Abdul Khalid Ibrahim sebagai menteri besar Selangor. Bagaimanapun satu lagi sumber mengatakan Pengarah Strategi PKR Rafizi Ramli bakal mengisi kekosongan kerusi DUN tersebut. Surat peletakan jawatan Lee diserahkan kepada Speaker DUN Selangor Hannah Yeoh hari ini. Lee, 42, merupakan seorang peguam dan bekas ahli parti Gerakan selama 10 tahun. Bekas Ahli Majlis Bandaraya Petaling Jaya itu menggantikan Lee Kim Sin yang popular sebagai Adun Kajang dalam PRU13. Dalam PRU13, Lee mendapat 19,571 undi berbanding calon Barisan Nasional Lee Ban Seng yang mendapat 12,747 undi. Menurut undang-undang, kata Yeoh, Suruhanjaya Pilihan Raya harus mengadakan pilihan raya di kerusi DUN Kajang dalam tempoh 60 hari. The Star Online melaporkan pagi ini Abdul Khalid sudah bersetuju untuk meletak jawatan sebagai menteri besar dalam masa terdekat. Laporan yang memetik sumber dalaman PKR itu menyebut Abdul Khalid dijangka akan mengumumkan keputusan berkenaan pada Rabu ini. Mereka berkata, Anwar akan menggantikan Abdul Khalid sebagai menteri besar. Bagaimanapun, kedua-dua Abdul Khalid dan Anwar menafikan laporan itu. Peletakan jawatan Lee sebagai Adun Kajang menguatkan lagi dakwaan tersebut. Lewat petang tadi Abdul Khalid mengatakan beliau bersedia melepaskan jawatannya sekiranya PR sudah mencapai konsensus mengenai penggantinya. "Saya boleh berundur sekiranya pakatan pembangkang mencapai konsensus untuk menggantikan saya tetapi tiada perbincangan mengenainya sehingga kini," katanya kepada pemberita selepas menghadiri majlis pelancaran buku 'Maps of Malaya and Borneo: Discovery, Statehood and Progress' di Kuala Lumpur, hari ini. Selepas pilihan raya umum ke-13, PKR hanya mendapat 14 kerusi DUN berbanding DAP dan PAS yang masing-masing mendapat 15 kerusi ~ The Malaysian Insider Apa kata Dr. Maza?.. tengok kat bawah.. Betullah Dr. Maza kata tu.. siapa terasa nasiblaaa.. |
ADUN Kajang letak jawatan!.. untuk beri laluan kepada Anwar atau Rafizi sebagai MB? Posted: 27 Jan 2014 01:25 AM PST Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) Kajang dari PKR, Lee Chin Cheh hari ini mengosongkan kerusinya.. Ini dipercayai bagi membolehkan pilihan raya kecil diadakan untuk memberi laluan kepada Anwar Ibrahim atau Rafizi bertanding dan menjadi Menteri Besar Selangor yang baru jika menang. Speaker DUN Selangor, Hannah Yeoh dalam sidang media tergemparnya mengumumkan sudah menerima surat perletakan jawatan daripada Lee sebentar tadi. "Ini selaras dengan Undang-Undang Tubuh Kerajaan Selangor Perkara 68 bahawa seseorang ahli dewan negeri boleh melepaskan keahliannya melalui surat di bawah tanda tangannya dan ditujukan kepada Speaker. "Selaras dengan Fasal 5 Perkara 70 Undang-undang Tunjh Kerajaan Selangor sesuatu kekosongan luar jangka hendaklah diisi dalam masa 60 hari dari tarikh kekosongan itu berlaku dan saya akan memaklumkan secara bertulis kepada Suruhanjaya Pilihan Raya esok," katanya dalam sidang media hari ini. Dalam pada itu Hannah enggan mengulas mengenai desas-desus peletakan jawatan Lee ini ada kaitan dengan Anwar yang mahu menggantikan Tan Sri Abdul Khalid Ibrahim sebagai menteri besar. Lee memenangi kerusi Kajang dalam Pilihan Raya Umum ke-13 tahun lalu dengan mendapat majoriti 6,824 undi. Beliau yang memperoleh 19,571 undi menewaskan calon BN Lee Ban Seng yang mendapat 12,747 undi sementara empat calon lain hilang deposit. Terdahulu Ketua Pembangkang dijangka menjadi Menteri Besar Selangor baru menggantikan Khalid yang bersetuju untuk meletakkan jawatan, lapor The Star Online hari ini. Khalid dipercayai akan mengumumkan keputusannya Rabu ini dan perbincangan dalam PKR kini bertumpu untuk mengatur pilihanraya kecil peringkat DUN bagi membolehkan Anwar dinobat sebagai MB. KUALA LUMPUR - Kajang assemblyman Lee Chin Cheh has tendered his resignation, triggering red-hot speculation he is paving the way for Opposition Leader Anwar Ibrahim to contest the seat so as to take over the job of Selangor chief from the fumbling Khalid Ibrahim. However, before the dust could even settle on the shock resignation news, there was further speculation as to who else could Anwar's PKR party nominate to contest the Kajang seat. Among the hottest names are Rafizi Ramli, the fast-rising and multi-talented Member of Parliament for Pandan. "Rafizi has got everything going for him. He would be front-runner for job if Anwar is convinced he can cope with the magnitude of the office. But there's no reason why Rafizi cannot as he has been a top corporate man and should be able to handle it like Lim Guan Eng, who had even less experience when DAP swept Penang in 2008," a PKR insider told Malaysia Chronicle. Malaysia Chronicle could not reach Rafizi for his comment. Other PKR leaders including Anwar have yet to respond. No longer tenable for Anwar to defend Khalid While the biggest bets are for Anwar to take over as the Selangor Mentri Besar, many believe he would prefer to pass the hot potato to Rafizi or some other PKR candidate. "Anwar is for the whole country. I think he wants to maintain that national perspective. Unless, there is no choice, we don't expect Anwar to accept the Kajang seat," said the PKR insider. It is not clear yet why Lee has decided to resign but Selangor Speaker Hannah Yeoh has confirmed the news. Hannah declined to comment on whether it was related to the perceived differences between Khalid and Anwar, which Anwar had earlier today denied. "That is the wrong view of the situation. Anwar would actually like Khalid to stay but Khalid made too many mistakes and it is no longer tenable for Anwar to defend him. Yes, Selangor has a huge surplus reserve cash but so what. Khalid should be spending the money wisely to re-generate the economy, mend the roads, improve facilities and the lives of the poor in the state. But it is not happening," the source said. "At the same time, he and his aides, Faekah and Arfa, have become too arrogant and bold. But they fumbled when they tried to straddle different boats at the same time. "The mistakes were with the late response to the JAIS raid, the crazy pay hike for the Exco, the sudden withdrawal in the Syabas water takeover deal and of course the PKNS ouster of Azmin Ali, which has got the whole Selangor PKR riled up and threatening to resign if Khalid is not punished for the perceived backstabbing. "That was totally unprovoked and may finish off Khalid. But anyway he is nearing 70 and the most he can do is complete his term till GE14. So it is better he make way for someone dynamic now, who can ensure Selangor stays with Pakatan." It must be noted that Khalid himself has denied he was being pushed to quit. "I am still the Selangor Menteri Besar and I am not going anywhere. I strongly deny these rumours and I hope that the media is more careful in its speculation. Do your research first. There is a process that has to be done first if change was to take place," Khalid told reporters this morning. "I have spoken to Anwar before, but our discussions were on other matters. This (his resignation) did not crop up." ~ Malaysia Chronicle Sebab-sebab ADUN Kajang ini meletakkan jawatannya sila baca di SINI |
Game KangKung pulak muncul dipasaran.. Posted: 26 Jan 2014 10:57 PM PST Menurut Qotak Company yang mengeluarkan produk ini.. " Kami membina game sekadar suka-suka dan tema Kangkung menjadi pilihan kami kerana ia topik terhangat kini di Malaysia. "Game ini dibuat untuk dimainkan secara santai-santai -- tak perlu tension! Tugas anda mudah saja, kumpul seberapa banyak kangkung yang boleh. Cubalah hari ini! Sementara itu Malaysiakini melaporkan.. Kenyataan Perdana Menteri Datuk Seri Najib Razak berhubung penurunan harga kangkung bukan sahaja dipermain-mainkan pelbagai pihak, malah ia kini benar-benar dijadikan permainan. Permainan bertemakan sayur popular itu kini mempunyai aplikasi permainan di sistem pengoperasian Android kelolaan gergasi Internet Google yang digunakan meluas di telefon pintar dan tablet. Permainan yang diberi nama "KangKung" itu dibangunkan oleh kumpulan yang dikenali Qotak Company pada 23 Januari lalu, antara lain didorong oleh popularitinya selepas 'flash mob kangkung' anjuran wakil rakyat PKR Lee Khai Loon. "Kami membina game (permainan) ini sekadar suka-suka dan tema kangkung menjadi pilihan kami kerana ia topik terhangat kini di Malaysia. "Game ini dibuat untuk dimainkan secara santai-santai – tak perlu tension! Tugas anda mudah saja, kumpul seberapa banyak kangkung yang boleh. Cubalah hari ini!" demikian menurut penjelasan permainan itu yang boleh dimuat turun melalui laman Google Play. Setakat berita ini ditulis, seramai 17 orang telah mengulas mengenai aplikasi permainan itu yang rata-ratanya terhibur sementara 15 daripadanya memberi lima bintang. "Sempoi bag (beritahu) hang. Terbaik dari ladang," kata pengulas yang dikenali sebagai Hairi. "Wakakakakaka, patutnya kena letak Najib yang kumpul kangkong-kangkung," ulas Salmah Sulaiman pula. 'Kangkung Converter' Selain permainan, terdapat juga aplikasi lain yang mana pengguna boleh memuat turun pelbagai wallpaper bertemakan kangkung, termasuk 'Lenggang Kangkung' dan 'Kangkung McKangKung'. Malah, ada juga aplikasi dikenali 'Kangkung Converter' yang membolehkan pengguna mengira harga sesuatu barang dengan nilai berat sayur itu. Antara contoh diberikan, pengiraan sebuah telefon pintar berharga RM1,489 yang bersamaan dengan 496kg kangkung. Sebelum ini terdapat sebuah permainan lain yang menjadi popular kerana menyindir isteri perdana menteri Rosmah Mansor yang dikaitkan dengan pembelian cincin mahal RM24 juta – dakwaan yang dinafikannya. |
Tiga Kapal Perang China menceroboh, Menteri buat bodoh? Posted: 26 Jan 2014 08:22 PM PST Mungkin bagi mereka mempertahankan Najib dari serangan 'Kangkung' lebih penting dari mempertahankan kedaulatan negara.. Maka tak ada siapa yang peduli dengan pencerobohan kali kedua Tentera Laut China ini.. Semalam agensi berita Xinhua melaporkan... Tiga kapal China pada hari Ahad dilaporkan meronda James Shoal , kawasan yang juga dituntut oleh Malaysia, James Shoal , kira-kira 80 km ( 50 batu) dari Sarawak di pulau Borneo. Di mana dalam insiden pencerobohan terbaru ini tentera dan pegawai-pegawai di atas kapal bersumpah untuk melindungi kedaulatannya , dalam tanda terbaru ketegasan wilayah Beijing di Laut China Selatan. Kumpulan itu terdiri daripada sebuah kapal amfibia pendaratan, Changbaishan , dan dua kapal pemusnah. " Pada majlis itu diadakan di kawasan Zengmu Reef, tentera dan pegawai-pegawai di atas kapal bersumpah dengan keazaman untuk melindungi kedaulatan negara dan kepentingan maritim, " kata Xinhua. Zengmu Reef adalah istilah Cina untuk James Shoal. Xinhua berkata panglima armada Jiang Weilie " menggesa tentera dan pegawai-pegawai untuk sentiasa bersedia untuk melawan, meningkatkan keupayaan pertempuran dan memimpin bala tentera untuk membantu membina negara ini menjadi sebuah kuasa maritim. " China dalam pertikaian semakin memuncak dengan negara jiran terhadap dakwaan bahagian minyak dan gas yang kaya di Laut China Selatan yang berpotensi. China meletakkan tuntutan kepada hampir seluruh laut, yang direntasi oleh laluan perkapalan penting. Beijing menganggap James Shoal sebagai bahagian selatan wilayah negara. Mac tahun lalu, Malaysia membantah kemasukan empat kapal Cina di James Shoal... Ini laporan dari Reuters.. (Reuters) - Three Chinese ships on Sunday patrolled the James Shoal, an area also claimed by Malaysia, and soldiers and officers on board swore to safeguard its sovereignty, in the latest sign of Beijing's territorial assertiveness in the South China Sea. The group was made up of an amphibious landing craft, the Changbaishan, and two destroyers, state news agency Xinhua said. "During the ceremony held in the Zengmu Reef area, soldiers and officers aboard swore an oath of determination to safeguard the country's sovereignty and maritime interests," Xinhua said. Zengmu Reef is the Chinese term for James Shoal. Xinhua said the fleet commander Jiang Weilie "urged soldiers and officers to always be prepared to fight, improve combat capabilities and lead the forces to help build the country into a maritime power". China is in an increasingly angry dispute with its neighbors over claims to parts of the potentially oil and gas-rich South China Sea. China lays claim to almost the whole of the sea, which is criss-crossed by crucial shipping lanes. Beijing regards the James Shoal as the southernmost part of the country's territory. Last March, Malaysia protested against the incursion of four Chinese ships in James Shoal, about 80 km (50 miles) off Sarawak on Borneo island. Chinese sailors fired guns in the air during the visit to the shoal. In April, a Chinese maritime surveillance ship returned to James Shoal to leave behind steel markers to assert its claim. China upset the Philippines and the United States this month when rules went into force demanding fishing boats seek permission to enter waters under the jurisdiction of China's southern province of Hainan, an area the provincial government says covers much of the South China Sea. Vietnam, Taiwan, Brunei, Malaysia and the Philippines also claim other parts of the South China Sea. China has a separate dispute with Japan in the East China Sea. Mana Pak Menteri?.. Nak biar jadi macam Lahad Datu jugak ke?.. musuh dah bertapak hingga siap mendirikan khemah dan memasang jerangkap samar baru nak bertindak? |
You are subscribed to email updates from Anak Sungai Derhaka To stop receiving these emails, you may unsubscribe now. | Email delivery powered by Google |
Google Inc., 20 West Kinzie, Chicago IL USA 60610 |
Tiada ulasan:
Catat Ulasan