Isnin, 27 Januari 2014

Addin

Addin


Ini Penjelasan Adun Kajang Berkenaan Perletakan Jawatannya

Posted: 27 Jan 2014 03:00 PM PST

Bekas Ahli Dewan Undangan Negeri (Adun) Kajang dari PKR Lee Chin Cheh yang meletakkan jawatan hari ini mengatakan beliau mengosongkan kerusi Dewan Undangan Negeri (DUN) untuk kepentingan Pakatan Rakyat (PR) di Selangor.

Lee yang baru sahaja menjadi Adun selepas pilihan raya 5 Mei lalu juga mengucapkan terima kasih kepada pengundi Kajang yang memberikan kepercayaan kepadanya untuk berkhidmat.

"Keputusan saya untuk mengosongkan kerusi DUN N25 Kajang adalah untuk kepentingan bersama dan mengukuhkan kebolehan Pakatan Rakyat berkhidmat untuk rakyat Selangor," kata Lee dalam satu kenyataan kepada The Malaysian Insider.

"Saya mengucapkan jutaan terima kasih dan terhutang budi kepada semua pengundi di Kajang yang telah memberi peluang kepada saya menjadi wakil rakyat DUN N25 Kajang."

Sumber PKR mengatakan peletakan jawatan Lee bertujuan untuk memberi laluan kepada Datuk Seri Anwar Ibrahim bertanding di kerusi tersebut bagi membolehkan Ahli Parlimen Permatang Pauh itu menggantikan Tan Sri Abdul Khalid Ibrahim sebagai menteri besar Selangor.

Bagaimanapun satu lagi sumber mengatakan Pengarah Strategi PKR Rafizi Ramli bakal mengisi kekosongan kerusi DUN tersebut.

Surat peletakan jawatan Lee diserahkan kepada Speaker DUN Selangor Hannah Yeoh hari ini.

Lee, 42, merupakan seorang peguam dan bekas ahli parti Gerakan selama 10 tahun.

Bekas Ahli Majlis Bandaraya Petaling Jaya itu menggantikan Lee Kim Sin yang popular sebagai Adun Kajang dalam PRU13.

Dalam PRU13, Lee mendapat 19,571 undi berbanding calon Barisan Nasional Lee Ban Seng yang mendapat 12,747 undi.

Menurut undang-undang, kata Yeoh, Suruhanjaya Pilihan Raya harus mengadakan pilihan raya di kerusi DUN Kajang dalam tempoh 60 hari.

The Star Online melaporkan pagi ini Abdul Khalid sudah bersetuju untuk meletak jawatan sebagai menteri besar dalam masa terdekat.

Laporan yang memetik sumber dalaman PKR itu menyebut Abdul Khalid dijangka akan mengumumkan keputusan berkenaan pada Rabu ini.

Mereka berkata, Anwar akan menggantikan Abdul Khalid sebagai menteri besar.

Bagaimanapun, kedua-dua Abdul Khalid dan Anwar menafikan laporan itu.

Peletakan jawatan Lee sebagai Adun Kajang menguatkan lagi dakwaan tersebut.

Lewat petang tadi Abdul Khalid mengatakan beliau bersedia melepaskan jawatannya sekiranya PR sudah mencapai konsensus mengenai penggantinya.

"Saya boleh berundur sekiranya pakatan pembangkang mencapai konsensus untuk menggantikan saya tetapi tiada perbincangan mengenainya sehingga kini," katanya kepada pemberita selepas menghadiri majlis pelancaran buku 'Maps of Malaya and Borneo: Discovery, Statehood and Progress' di Kuala Lumpur, hari ini.

Selepas pilihan raya umum ke-13, PKR hanya mendapat 14 kerusi DUN berbanding DAP dan PAS yang masing-masing mendapat 15 kerusi. ~tmi

Iklan C (ii)




Dr. Asri Kritik Perletakan Jawatan Adun Kajang

Posted: 27 Jan 2014 08:00 AM PST

Profesor Madya Datuk Dr Mohd Asri Zainul Abidin hari ini menyatakan tidak wajar sekiranya seseorang Adun itu meletakkan jawatan tanpa alasan yang kukuh.

Menurutnya Pilihan Raya Kecil (PRK) membabitkan wang rakyat yang agak banyak, jadi sekiranya seseorang Adun itu hendak meletakkan jawatan, adalah tidak wajar sekiranya hanya ingin memberi ruang kepada kawan dalam partinya untuk bertanding dan mengambil kerusi tersebut.

"...pilihan raya kecil membabitkan wang rakyat yang agak banyak..kalau jadi tabiat wakil rakyat letak mudah-mudah maka banyaklah wang rakyat dibazirkan.

"...kalau ada alasan kukuh seperti kesihatan bolehlah diterima tapi kalau sekadar nak beri ruang kawan-kawan maka itu satu pembaziran.. kenapa yang sepatutnya tidak bertanding dari awal?," katanya yang dipetik menerusi laman Facebooknya.

Media hari ini melaporkan Adun Kajang dari PKR, Lee Chin Cheh telah meletakkan jawatan sebagai Adun di kerusi itu.

Peletakan jawatan tersebut menguatkan desas desus bahawa Datuk Seri Anwar Ibrahim akan menjadi menteri besar Selangor dan dipercayai untuk memberi laluan kepada Anwar bertanding di kerusi tersebut.

Antara nama lain yang dipercayai bakal bertanding selain Anwar adalah Ahli Parlimen Pandan penggal pertama Rafizi Ramli.

Terdahulu Chin Cheh sudahpun menyerahkan surat peletakan jawatannya kepada Speaker Dun Selangor, Hannah Yeoh yang baru sahaja mengesahkan kekosongan kerusi itu. ~sinar

Iklan C (ii)




Rafizi Ramli Bakal MB Selangor Yang Baru?

Posted: 27 Jan 2014 05:23 AM PST

Dewan Undangan Negeri (Adun) Kajang dari PKR Lee Chin Cheh meletakkan jawatan untuk memberi laluan kepada Datuk Seri Anwar Ibrahim bertanding di kerusi tersebut, kata satu sumber parti.

Diantara yang dipercayai bakal bertanding selain Anwar adalah Ahli Parlimen Pandan penggal pertama Rafizi Ramli.

Sumber dalaman PKR itu memberitahu The Malaysian Insider, Lee sudahpun menyerahkan surat peletakan jawatannya kepada Speaker Dewan Undangan Negeri (DUN) Selangor Hannah Yeoh yang baru sahaja mengesahkan kekosongan kerusi itu.

Lee, 42, yang merupakan seorang peguam dan bekas ahli parti Gerakan selama 10 tahun.

Selepas pilihan raya umum ke-13, PKR hanya mendapat 14 kerusi DUN berbanding DAP dan PAS yang mendapat 15 kerusi DUN.Bekas Ahli Majlis Bandaraya Petaling Jaya itu menggantikan Lee Kim Sin yang popular sebagai Adun Kajang dalam PRU13.

Dalam PRU13, Lee mendapat 19,571 undi berbanding calon Barisan Nasional Lee Ban Seng yang mendapat 12,747 undi.Berhubung sebab peletakan jawatan itu, Yeoh berkata perkara itu harus diajukan kepada Lee sendiri.

Menurut undang-undang, kata Yeoh, Suruhanjaya Pilihan Raya harus mengadakan pilihan raya di kerusi DUN Kajang dalam tempoh 60 hari. ~tmi


Iklan C (ii)




DUN Kajang Di Isytihar Kosong, Pilihanraya Kecil Pertama Tahun Ini

Posted: 27 Jan 2014 04:00 AM PST

Speaker Dewan Negeri Selangor (DNS), Hannah Yeoh mengisytiharkan kerusi DUN Kajang dikosongkan dan Suruhanjaya Pilihan Raya (SPR) harus mengadakan pilihan raya kecil dalam masa 60 hari.

Perkara itu diumumkan Hannah petang ini dalam satu sidang media khas di Dewan Annex dan akan dimaklumkan secara rasmi kepada SPR esok.

Ia berikutan Adun Kajang dari PKR, Lee Chin Cheh meletakkan jawatan sebagai wakil rakyat serta merta dalam satu surat bertulis yang diserahkan secara peribadi kepada Speaker hari ini.

"Ini selaras dengan Undang-undang Tubuh Kerajaan Selangor Perkara 68 bahawa seseorang Ahli Dewan Undangan Negeri (Adun) boleh melepaskan jawatannya melalui surat di bawah tandatangannya yang ditujukan kepada Speaker.

"Selaras dengan Fasal 5 Perkara 70 Undang-undang Tubuh Kerajaan Selangor, sesuatu kekosongan luar jangka hendaklah diisi dalam masa 60 hari dari tarikh kekosongan itu berlaku dan saya akan maklumkan secara bertulis kepada SPR esok pagi.

"Dengan ini saya mengisytiharkan kerusi N25 Kajang telah dikosongkan pada hari ini," katanya.Bagaimanapun sebab perletakan jawatan itu tidak dinyatakan dan Hannah meminta supaya perkara itu ditanya secara peribadi kepada Lee sendiri.

Beliau berkata keputusan menempatkan calon baru untuk bertanding di kerusi itu juga akan ditentukan oleh pucuk pimpinan PKR.

Dalam pilihan raya umum lalu, Lee sebagai calon PKR menang dengan majoriti 6,824 undi dalam pertembungan enam penjuru dengan BN, BERJASA dan tiga calon bebas.Kawasan itu mempunyai 38,965 pengundi dengan 48 peratus Melayu, 41 peratus Cina dan India sebanyak 10 peratus. ~selangorkini

Iklan C (ii)




Inilah Wajah Papagomo Yang Pucat Lesi Ketika Hadir Kes Saman Fitnah RM100 Juta Oleh Anwar

Posted: 27 Jan 2014 02:42 AM PST


Pagi ini di Mahkamah Tinggi Jalan Duta, Kuala Lumpur, Papagomo atau nama sebenarnya Wan Muhammad Azri bin Wan Deris seorang bekas konstable polis trafik RF 142863 yang kena buang kerja sebab rasuah kes RM400 keatas seorang penagih dadah dan disumbat dalam penjara 14 hari dan denda RM10,000 telah hadir untuk bicara kes kena saman fitnah jahat jijik RM100juta dari DSAI.

Beliau hadir dengan beberapa kerat penyokongnya .. muka pucat lesi .. berbeza dengan DSAI yang tersenyum dan tenang.

Ketua Pembangkang, Datuk Seri Anwar Ibrahim pada 21hb Mac 2013 telah memfailkan saman fitnah RM100 juta terhadap pemblog Papa Gomo berhubung penyiaran perkataan dan beberapa keping gambar 'intim' yang mengaitkan dirinya dengan seorang lelaki.


Writ saman itu difailkan di Pejabat Pendaftar Mahkamah Tinggi dengan menamakan pemilik dan pengendali blog tersebut yang dikenali sebagai Wan Muhammad Azri Wan Deris sebagai defendan.

Menurut peguam R. Surendran, tindakan saman itu diambil selepas tamat notis 48 jam yang diberikan kepada Papa Gomo, tidak dibalas.

Menurut Surendran, Anwar mengambil tindakan saman ke atas defendan kerana menyiarkan perkataan dan gambar di laman blognya bahawa terdapat video seks Anwar dengan lelaki gay.

"Defendan dengan lantang dan jahat mendakwa lelaki dalam video tersebut adalah Anwar Ibrahim. Ini adalah penipuan yang amat besar dan serius dan fitnah jahat oleh blogger Umno". ~omakkau


Iklan C (ii)



Ini Penjelasan Khalid Samad Berkenaan Debat Dengan Noh Omar Yang Di Batalkan

Posted: 26 Jan 2014 11:08 PM PST


Saya dimaklumkan lewat malam tadi oleh pihak penganjur iaitu Sinar Harian bahawa debat saya dengan Noh Omar telah dibatalkan atas sebab tertentu.

Saya sampaikan berita pembatalan ini kepada sahabat-sahabat saya dan ramai yang berkata "seperti dijangka". Tidak kurang juga yang berpendapat bahawa pihak di sebelah sana tidak yakin dengan kebolehan Noh berhujjah secara ilmiah.

Saya sendiri sebenarnya malas membuat sebarang andaian, namun saya bertambah hairan kerana inilah peluang keemasan untuk mereka membuktikan (kononnya) saya 'jahil' dan telah 'gadaikan agama'. Mengapa mereka lepaskan peluang ini?

Mungkin kerana mereka pun sudah tahu bahawa sebenarnya apa yang mereka buat tiada asas yang kukuh. Ianya hanya satu ijtihad yang tidak berasaskan kefahaman yang tepat terhadap masalah murtad ummat Islam di negara ini.

Punca sebenar murtad ialah kejahilan agama dan kelemahan kepimpinan pemerintah yang beragama Islam tetapi tidak mampu menzahirkan kehebatan dan kebenaran Islam.

Tidak mengapa, jika diizinkan Allah lain kalilah pula. Tetapi untuk santapan dan 'sentapan' hari ini, saya kongsikan gambar laman web kedutaan Arab Saudi yang jelas terpapar gambar bendera negara tersebut.

Sila lihat terjemahan rasmi kalimah syahadah yang di buat oleh mereka. Bila agaknya PERKASA dan JATI bercadang untuk buat demo di hadapan kedutaan Arab Saudi pula? Ajar mereka bahasa Arab yang betul dan perbetulkan terjemahan mereka!

WaLlahu 'Alam

KHALID SAMAD


Iklan C (ii)



Panas!! Kumpulan Penyanjung Umno Kini Buat U-Turn..

Posted: 26 Jan 2014 10:59 PM PST

Islam serang daripada pelbagai sudut, Ini berita yang terbaru daripada Pulau Pinang, tertera di beberapa kawasan di bahagian Pulau, terdapat bena bena yang menyatakan JESUS ANAK ALLAH. Ini sudah pasti mencabar orang orang islam. Apakah motif sebenar disebalik bena bena tersebut.

Sedangkan undang undang Negara ini ada dalam perlembagaan Negara Fasal 11 (4) tidak boleh agama lain mengajar kepercayaan mereka terhadap orang orang yang beragama Islam.

Apakah agama kristian tidak mengajar umatnya menghormati agama lain? Betapa biadapnya agama ini. Kami umat islam diajar menghormati agama orang lain.

Sedangkan dalam mahkamah rayuan telah menyatakan bahawa Allah adalah khusus kepada umat Islam. DYMM Seri Paduka Yang Dipertuan Agong juga telah menyatakan pendirian bahawa Allah adalah khusus untuk umat islam dan baginda bertitiah atas Ketua Agama dan Ketua Negara.

Kita dapat melihat kepimpinan Negara amat lemah sehinggakan tidak dapat mempertahankan kalimah ini lalu menjualnya kepada Agama lain pada April 2011. Secara terang Perdana Menteri tidak tahu apakah tugasnya selaku Perdana Menteri.

Sepatutnya segala tentang hal ehwal Agama hendaklah dirujuk kepada Majlis Raja raja selaku ketua Agama. Bukan Perdana Menteri yang membuat keputusan soal Agama. Ini mendukacitakan umat Islam yang mempunyai Perdana Menteri yang tidak bijak menangani permasalahan Negara.

Bukan sahaja ini boleh mengundang ketidak stabilan Negara dan ianya boleh mengundang huru hara. Sebelum ini mantan Perdana Menteri dan IGP ada menyatakan baik jika ISA dikembalikan. Inilah antara hasil apabila kerajaan memansuhkan ISA.

Umat Islam semakin bimbang dengan isu kalimah Allah ini berlarutan. Rakyat semakin jelak melihat pemimpin yang tidak tegas dalam tindakan dan membelakangi undang undang. Rakyat mahu melihat sebuah kerajaan yang tegas.

Apakah kesilapan rakyat mengundi mereka mereka ini dan di amanahkan untuk menjadi kerajaan? Ataupun pemimpin sudah lupa pada AKU JANJI sebelum ini atau hanya sekadar pandai berjanji? Sudah sudahlah rakyat sudah mula benci pada kerajaan yang sedia ada kerana tidak cekap dalam mengurus takbir Negara. Ingatlah jika kami ditipu hanya sekali sahaja.

Irwan Fahmi Ideris

Ketua Wira Perkasa Malaysia


Iklan C (ii)



Noh Omar Lari Lintang Pukang?.. Apa Puncanya?

Posted: 26 Jan 2014 07:58 PM PST


Debat Sinar Harian mengenai isu kalimah ALLAH antara Pengerusi Umno Selangor, Datuk Seri Noh Omar dan Ahli Jawatankuasa Pas Pusat, Khalid Samad yang dijadualkan hari ini (27 Januari 2014) terpaksa dibatalkan.

Penasihat Eksekutif Editorial Kumpulan Media Karangkraf, Datuk Abd Jalil Ali berkata, keputusan di saat akhir ini dibuat setelah mengambil kira pelbagai sudut situasi terkini.

"Setelah meneliti pandangan dan nasihat daripada tokoh-tokoh agama, beberapa pertubuhan bukan kerajaan (NGO) dan juga mereka yang prihatin, kami mengambil keputusan untuk membatalkan debat ini," katanya.

Beliau berkata, pandangan dan nasihat telah disuarakan pelbagai pihak menerusi akhbar, media sosial, e-mel dan surat-surat yang dihantar ke pejabat Sinar Harian.

"Kami memahami perasaan dan sentimen umum semasa dan justeru itu kami mengambil keputusan ini," tegas beliau.

Sinar Harian turut memohon maaf kepada mereka yang telah bersedia untuk mengikuti wacana ini tetapi keputusan dibuat walaupun berat atas semangat keharmonian dan perpaduan. ~sh


Iklan C (ii)



Foto Yang Menggemparkan Seluruh Dunia.. Saksikanlah

Posted: 26 Jan 2014 06:20 PM PST


Apabila manusia itu dibelenggu kemiskinan, apa sahaja cara akan digunakan demi untuk mencari makanan untuk mengenyangkan perut yang sedang lapar.

Seorang kanak-kanak berusia lapan tahun di Bangladesh, menjadikan ruang internet gempar apabila fotonya sedang meminum susu dari seekor ibu anjing tersebar luas.

Kejadian itu berlaku di sebuah daerah di bahagian utara Bangladesh yang dikenali sebagai Gaibandha.

Shakil Ahmed dilahirkan dalam sebuah keluarga yang miskin dan dia sering kelaparan apabila ibunya meninggalkannya di rumah untuk bekerja sebagai pembantu rumah.

Tabiat Shakil bermula dengan meminum susu daripada ibu anjing peliharaannya sendiri, walaupun ditegur ibu bapa dan jiran, Shakil tetap melakukannya.

Biarpun kini, anjing peliharaannya itu telah mati, Shakil masih tidak dapat berhenti daripada meminum susu anjing.

Dia kini meminum susu anjing daripada ibu anjing yang ditemuinya di jalanan. ~mynewshub


Iklan C (ii)



Rayuan Dari Anak Almarhum Tuan Guru Harun Taib

Posted: 26 Jan 2014 04:57 PM PST


Rayuan dari YB Ust Hilmi Harun, anak sulung Allahyarham Tuan Guru Datuk Harun Taib. Atas sikap tanggungjawab semua. 

Sesiapa yang ada gambar Allahyarham Datuk Harun Taib yang nampak muka, mohon dipadam.

Al-Fatihah…


Iklan C (ii)



Tiada ulasan: