Anak Sungai Derhaka |
- Mahathir bidas Ahli UMNO yang demo depan PWTC ke ni?
- Sultan Johor beli nombor plat W1N RM748,000 demi kepentingan rakyat?
- RON95 mungkin akan dijual kepada yang miskin sahaja ..
- Tuntut Fasakh: Serangan Cyber besar-besaran dirancang terhadap Nurul Izzah?
Mahathir bidas Ahli UMNO yang demo depan PWTC ke ni? Posted: 24 Jan 2014 03:47 AM PST Petang tadi The Malaysian Insider melaporkan... Ratusan ahli Umno Bahagian Pasir Salak berdemonstrasi di hadapan bangunan Pusat Dagangan Dunia Putra (PWTC) meminta Perdana Menteri Datuk Seri Najib Razak supaya mempertahankan isu kalimah Allah. Menurut Pengerusi Tetap Umno Bahagian Pasir Salak, Ramli Yusuf berkata mereka akan turut menghantar memorandum sebagai memberi sokongan penuh kepada perdana menteri dalam mempertahankan kalimah Allah daripada terus dipermainkan pihak yang tidak bertanggungjawab. Selain melaungkan slogan "Hidup Umno", "Selamat Melayu", "Selamatkan Islam dan Allah", peserta demonstrasi itu turut menjulang sepanduk yang tertera perkataan "Save Kalimah Allah untuk Umat Islam", "Hapuskan Petualang Negara " juga " Kembalikan ISA", "Kalimah Allah khusus Untuk Agama Islam Bukan Trinity Seperti Tuhan Agama Lain" dan "Melayu Jangan Tak Faham Sejarah". Memorandum itu dikatakan bakal diserahkan oleh Ketua Umno Bahagian Pasir Salak Datuk Tajuddin Abdul Rahman sebaik sahaja selesai mesyuarat Majlis Tertinggi (MT) Umno... Ini pula ulasan Tun Mahathir pasal demo... Budaya demonstrasi jalanan yang semakin diangkat golongan tertentu untuk menyatakan ketidakpuasan hati mereka adalah suatu tindakan yang mencabul hak masyarakat majoriti. Bekas Perdana Menteri Tun Dr Mahathir Mohamad berkata ini kerana senario semasa menampakkan bahawa tindakan itu hanya membawa suara kumpulan minoriti atau individu tertentu sahaja sehingga menjejaskan kumpulan majoriti, menyebabkan mereka menerima pelbagai tempias negatif. "Umpamanya bila berlaku demonstrasi, ini mengganggu perniagaan orang lain, ini bermakna kita telah menghapuskan hak orang lain, ini tidak harus dilakukan," katanya pemberita selepas melancarkan Forum Kebangsaan dan Buku "Hak Asasi Kemanusiaan Dalam Tradisi Islam" di Pusat Islam di Kuala Lumpur. Dr Mahathir turut memberi contoh demonstrasi rakyat di Bangkok, Thailand, yang semakin meruncing sehingga pusat perniagaan lumpuh dan menjejaskan mata pencarian rakyat terutama golongan peniaga. Beliau turut menegaskan pelaksanaan hak asasi perlu mempunyai keseimbangan kerana keutamaan kepada hak individu dan kumpulan minoriti semata-mata akan memusnahkan keamanan negara. Dr Mahathir juga menyeru semua pihak agar tidak berpegang kepada fahaman barat yang mementingkan kebebasan dan hak individu serta kumpulan minoriti semata-mata kerana konsep kebebasan ada batasannya. "Hakikatnya kebebasan mempunyai batasan kerana kepentingan majoriti juga harus dijaga tanpa menekankan keperluan minoriti," katanya. – Bernama .. Dia kata kat Ahli UMNO yang demo depan PWTC tu ke? |
Sultan Johor beli nombor plat W1N RM748,000 demi kepentingan rakyat? Posted: 23 Jan 2014 11:52 PM PST Sultan Johor, Sultan Ibrahim Sultan Iskandar berjaya membida nombor plat W1N dengan harga RM748,000. Akhbar bahasa Inggeris, New Straits Times, melaporkan Sultan Ibrahim bertitah, baginda tidak keberatan membayar jumlah wang tersebut untuk nombor plat yang diingininya. Sultan Ibrahim bertitah, wang yang dibelanjakan tersebut akhirnya akan dikembalikan kepada rakyat. "Rakyat akan mendapat manfaat daripadanya. Jadi, jumlah yang dibayar adalah kecil berbanding dengan faedah yang rakyat akan terima," titahnya, dipetik daripada akhbar berkenaan. Tambahnya, proses pembidaan yang dilakukan itu mengikut prosedur yang betul. "Saya bukan jenis yang suka melangkau prosedur untuk mendapatkan sesuatu. Ini adalah 'cara Johor' untuk membayar apa yang kita mahukan kerana semua perlu mendapat peluang yang adil dan seperti kata pepatah 'the best man wins'," katanya. Semalam, pengerusi badan pemantau jenayah Mywatch, R Sri Sanjeevan mendedahkan bahawa Sultan Johor membelanjakan RM174,000 dalam bidaan nombor plat pendaftaran kenderaan. "DYMMM Sultan Ibrahim sekali lagi menang bidaan untuk W1N, sebelum ini WWW1," kata Sanjeevan. ~ The Malaysian Insider |
RON95 mungkin akan dijual kepada yang miskin sahaja .. Posted: 23 Jan 2014 07:12 PM PST Menteri Wilayah Persekutuan, Datuk Seri Tengku Adnan Tengku Mansor hari ini memaklumkan bahawa petrol RON95 hanya akan dijual kepada golongan yang layak sahaja. Katanya untuk memastikan semua subsidi kerajaan dinikmati rakyat Malaysia yang layak sahaja, harga subsidi bagi RON95 dijangka hanya disediakan untuk golongan miskin. Jelas Tengku Andan, pendekatan itu antara lain sebagai usaha mengurangkan perbelanjaan kerajaan dan dasar harga baru itu dijangka berkuatkuasa pada Mei atau Jun tahun ini. "Kami mahu mengenakan kenaikan hanya kepada mereka yang mampu… seseorang mungkin memandu (Toyota) Alphard ataupun Mercedes (Benz) tetapi mereka masih menggunakan petrol RON95," katanya kepada pemberita. Tambah beliau, mungkin mereka yang tidak layak untuk membeli petrol RON95 pada harga subsidi, hanya layak untuk membeli petrol RON97. Pada masa ini harga RON95 adalah RM2.10 seliter (63 sen subsidi) dan harga RON97 adalah RM2.80. Harga runcit RON97 ditetapkan berdasarkan apungan terurus dengan harga bulanan ditentukan kuasa pasaran. Beliau bagaimanapun memberitahu pendekatan baru itu masih dalam kajian oleh Datuk Seri Abdul Wahid Omar dari Jabatan Perdana Menteri. Tengku Adnan ditemui selepas majlis penyerahan 100 surat tawaran kepada penduduk yang layak untuk menyewa di projek perumahan kos rendah di Petaling Jaya ~ AstroAwani |
Tuntut Fasakh: Serangan Cyber besar-besaran dirancang terhadap Nurul Izzah? Posted: 23 Jan 2014 04:30 PM PST Beberapa pimpinan dari PKR termasuk yang berjawatan tinggi dilaporkan telah merancang mahu menjatuhkan kedudukan Nurul Izzah dalam pemilihan parti yang dijadualkan akan berlangsung pada tahun ini. Tanpa menamakan pihak yang terbabit untuk menjatuhkan Nurul Izzah, sebuah portal mendakwa pimpinan PKR bercadang menggunakan isu perceraian ini untuk menjatuhkan nama baik dan kredibliti Nurul Izzah. Serangan berbentuk peribadi, dengan mengaitkan Nurul Izzah mempunyai hubungan akrab dengan seseorang dalam PKR akan dimainkan di internet. Jadi isu perceraian (permohonan fasakh) ini akan dijadikan peluru/senjata oleh mereka untuk memulakan serangan cyber besar-besaran ke atas Nurul Izzah. Difahamkan juga yang Anwar Ibrahim sedang melatih dan mendidik Nurul Izzah agar dapat menerajui kepimpinan utama parti (pelapis). Namun perkara ini menimbulkan rasa ketidakpuasan ahti sesetengah pimpinan dalaman PKR yang beranggapan Nurul Izzah masih terlalu mentah untuk diberikan peranan yang besar. Dipercayai, pimpinan senior dalaman PKR adalah dalang kepada konspirasi serangan cyber ke atas Nurul Izzah. Maka atas sebab itu la serangan (isu perceraian) ini dimainkan. Difahamkan juga yang Anwar Ibrahim telah menasihati Nurul Izzah agar mempertimbangkan keputusan untuk bercerai (tarikbalik)... Kat atas tu apa yang telah disiarkan oleh AmenoWorld di SINI Berikut adalah laporan asal.. Nurul files for annulment. Dad wants her to reconsider PETALING JAYA (Jan 23): Parti Keadilan Rakyat (PKR) vice-president and Lembah Pantai MP, Nurul Izzah Anwar, 33, filed for "fasakh" (annulment of marriage) at the Syariah Lower Court in Taman Sri Hartamas, here sometime in early January this year. It is learnt that her husband, Raja Ahmad Shahrir Iskandar, 37, received the summons notice on Jan 16 and had asked the court for a two weeks postponement to enable him to prepare for the case. He had submitted the request to the court on Jan 21. In his request to the court, he also informed the court that his wife, through her lawyers had consented to the postponement. Raja Ahmad is being represented by Azzmi Mawaddah Rizz and Associates. The couple who tied the knot on May 9, 2003 have two children - Raja Nur Safiyah (born 2007) and Raja Harith (born 2009). It is learnt that both Nurul Izzah's parents, Datuk Seri Anwar Ibrahim and Datin Seri Dr Wan Azizah Ismail are aware of the situation and Anwar had since been trying to convince his daughter to reconsider. Meanwhile it is learnt that several leaders in PKR are planning to use this issue to "diminish" Nurul's rising power in the party. It is learnt that a full cyber campaign may be launched against her on the alleged "friendship" in the coming weeks and a senior leader within the party was behind it. It is widely believed that Anwar was grooming her to one day take over the helm of the party and this has caused some uneasiness among certain leaders, who felt she was too young to rise so soon in the party. Nurul is already a party vice-president now and the plan is to make sure she loses in the party polls later this year ~ FZ |
You are subscribed to email updates from Anak Sungai Derhaka To stop receiving these emails, you may unsubscribe now. | Email delivery powered by Google |
Google Inc., 20 West Kinzie, Chicago IL USA 60610 |
Tiada ulasan:
Catat Ulasan