Jumaat, 24 Januari 2014

Addin

Addin


Mahathir Belasah Penyokong Najib

Posted: 24 Jan 2014 10:00 AM PST

Budaya demonstrasi jalanan yang semakin diangkat golongan tertentu untuk menyatakan ketidakpuasan hati mereka adalah suatu tindakan yang mencabul hak masyarakat majoriti.

Bekas Perdana Menteri Tun Dr Mahathir Mohamad berkata ini kerana senario semasa menampakkan bahawa tindakan itu hanya membawa suara kumpulan minoriti atau individu tertentu sahaja sehingga menjejaskan kumpulan majoriti, menyebabkan mereka menerima pelbagai tempias negatif.

"Umpamanya bila berlaku demonstrasi, ini mengganggu perniagaan orang lain, ini bermakna kita telah menghapuskan hak orang lain, ini tidak harus dilakukan," katanya pemberita selepas melancarkan Forum Kebangsaan dan Buku "Hak Asasi Kemanusiaan Dalam Tradisi Islam" di Pusat Islam di Kuala Lumpur.

Dr Mahathir turut memberi contoh demonstrasi rakyat di Bangkok, Thailand, yang semakin meruncing sehingga pusat perniagaan lumpuh dan menjejaskan mata pencarian rakyat terutama golongan peniaga.

Beliau turut menegaskan pelaksanaan hak asasi perlu mempunyai keseimbangan kerana keutamaan kepada hak individu dan kumpulan minoriti semata-mata akan memusnahkan keamanan negara.

Dr Mahathir juga menyeru semua pihak agar tidak berpegang kepada fahaman barat yang mementingkan kebebasan dan hak individu serta kumpulan minoriti semata-mata kerana konsep kebebasan ada batasannya.

"Hakikatnya kebebasan mempunyai batasan kerana kepentingan majoriti juga harus dijaga tanpa menekankan keperluan minoriti," katanya. ~tmi

Iklan C (ii)



Gambar Terbaru Ust Harun Taib Kini Terlantar Tidak Sedarkan Diri Di HKT

Posted: 24 Jan 2014 07:52 AM PST


Untuk makluman, TG Ust Harun Taib (Ketua Dewan Ulamak PAS Pusat) sedang uzur dan tidak sedarkan diri. Beliau kini dirawat di Hospital Sultanah Nur Zahirah, Kuala Terengganu.




Beliau dilaporkan masih tidak sedarkan diri sejak dimasukkan ke hospital petang semalam.Sama2 kita doakan kesembuhan dan kesihatan kepada beliau. Allahumma amin...


Iklan C (ii)



Mahathir Cakap BN Akan KALAH TERUK Pada PRU14..

Posted: 24 Jan 2014 05:59 AM PST

Bekas Perdana Menteri, Tun Dr Mahathir Mohamed tidak menolak kemungkinan BN akan kalah teruk pada pilihan raya akan datang sekiranya isu kenaikan harga barangan dan perkhidmatan tidak diatasi dengan segera.

Menurutnya, biarpun kerajaan kini giat menjalankan operasi pemantauan dan kawalan harga di seluruh negara, namun jika kerajaan gagal menangani kemarahan rakyat itu, peluang mempertahankan kerusi kerajaan dikhuatiri tipis.

"Ya boleh, tapi sekarang ini saya nampak ada sedikit kawalan harga yang dilakukan oleh pemerintah, ini adalah usaha yang baik tetapi pendapat Tun Daim itu memanglah mempunyai asasnya," katanya kepada pemberita selepas merasmikan forum yang bertajuk 'Hak Asasi Kemanusiaan Dalam Tradisi Islam' di Pusat Islam, di sini, hari ini.

Beliau berkata demikian mengulas lanjut kenyataan bekas menteri kewangan, Tun Daim Zainuddin pada Selasa lalu meramalkan BN akan tumbang sekiranya pilihan raya diadakan ketika kemarahan sedang memuncak berikutan isu kos sara hidup.

Kata Daim lagi, kerajaan BN pimpinan Datuk Seri Najib Tun Razak yang tidak cekap dan boleh mendatangkan mudarat hilangnya kuasa BN dalam PRU14 akan datang.

"Kerajaan gagal mengawal isu kenaikan harga barang.

"Isu pengurangan subsidi yang selama ini dinikmati rakyat perlu diteruskan dengan mengurangkan perbelanjaan kerajaan di mana rakyat nampak kerajaan boros dalam perbelanjaan negara," katanya.

Dalam pada itu, mengulas isu kalimah ALLAH, Mahathir menegaskan, kerajaan perlu mengembalikan keputusan asal hanya penganut Kristian di Sabah dan Sarawak sahaja yang diberi kebenaran menggunakan Bible dalam Bahasa Melayu.

"Ketika saya dalam kerajaan, penyelesaiannya ialah kitab Bible berbahasa Melayu itu hanya digunakan di Sabah dan Sarawak.

"Cuma kita tidak perlukannya di Semenanjung Malaysia," katanya lagi. ~sh


Iklan C (ii)



Ratusan Ribu Ahli Umno Berdemo Depan PWTC.. Saksikanlah Gambar Ni

Posted: 24 Jan 2014 04:53 AM PST


Ratusan ahli Umno Bahagian Pasir Salak berdemonstrasi di hadapan bangunan Pusat Dagangan Dunia Putra (PWTC) meminta Perdana Menteri Datuk Seri Najib Razak supaya mempertahankan isu kalimah Allah.

Menurut Pengerusi Tetap Umno Bahagian Pasir Salak, Ramli Yusuf berkata mereka akan turut menghantar memorandum sebagai memberi sokongan penuh kepada perdana menteri dalam mempertahankan kalimah Allah daripada terus dipermainkan pihak yang tidak bertanggungjawab.

Selain melaungkan slogan "Hidup Umno", "Selamat Melayu", "Selamatkan Islam dan Allah", peserta demonstrasi itu turut menjulang sepanduk yang tertera perkataan "Save Kalimah Allah untuk Umat Islam", "Hapuskan Petualang Negara " juga " Kembalikan ISA", "Kalimah Allah khusus Untuk Agama Islam Bukan Trinity Seperti Tuhan Agama Lain" dan "Melayu Jangan Tak Faham Sejarah".


Memorandum itu dikatakan bakal diserahkan oleh Ketua Umno Bahagian Pasir Salak Datuk Tajuddin Abdul Rahman sebaik sahaja selesai mesyuarat Majlis Tertinggi (MT) Umno.

Semalam Setiausaha Agung Umno Datuk Seri Tengku Adnan Tengku Mansor berkata mesyuarat MT Umno antaranya akan membincangkan dialog yang ditawarkan Pakatan Rakyat untuk menyelesaikan isu-isu perkauman. ~tmi


Iklan C (ii)




Berita Yang Tidak Sanggup Anda Semua Dengari..

Posted: 24 Jan 2014 01:02 AM PST

Sultan Johor, Sultan Ibrahim Sultan Iskandar berjaya membida nombor plat W1N dengan harga RM748,000.

Akhbar bahasa Inggeris, New Straits Times, melaporkan Sultan Ibrahim bertitah, baginda tidak keberatan membayar jumlah wang tersebut untuk nombor plat yang diingininya.

Sultan Ibrahim bertitah, wang yang dibelanjakan tersebut akhirnya akan dikembalikan kepada rakyat.

"Rakyat akan mendapat manfaat daripadanya. Jadi, jumlah yang dibayar adalah kecil berbanding dengan faedah yang rakyat akan terima," titahnya, dipetik daripada akhbar berkenaan.

Tambahnya, proses pembidaan yang dilakukan itu mengikut prosedur yang betul.

"Saya bukan jenis yang suka melangkau prosedur untuk mendapatkan sesuatu. Ini adalah 'cara Johor' untuk membayar apa yang kita mahukan kerana semua perlu mendapat peluang yang adil dan seperti kata pepatah 'the best man wins'," katanya.

Semalam, pengerusi badan pemantau jenayah Mywatch, R Sri Sanjeevan mendedahkan bahawa Sultan Johor membelanjakan RM174,000 dalam bidaan nombor plat pendaftaran kenderaan.

"DYMMM Sultan Ibrahim sekali lagi menang bidaan untuk W1N, sebelum ini WWW1," kata Sanjeevan. ~tmi

Addin:

Kenapa tidak memberi bantuan secara terus kepada rakyat, adakah itu lebih baik kepada rakyat..


Iklan C (ii)




Di Malaysia, Menjenguk Tahanan Di Penjara Akan Di Penjara.. Ini Buktinya

Posted: 23 Jan 2014 11:12 PM PST


Menjadi kesalahan kepada seorang ahli parlimen yang menjenguk tahanan himpunan Bersih 3.0 Duduk Bantah di Pulapol sehingga dipenjara, namun 'pencuri lembu' dilepaskan, kata Setiausaha Agung KEADILAN Datuk Saifuddin Nasution.

Beliau menyelar hukuman penjara sebulan dan denda RM1,000 yang dijatuhkan Mahkamah Sesyen Kuala Lumpur terhadap Naib Presiden KEADILAN, Tian Chua.

"Kesalahan Tian adalah pergi jengok orang yang ditangkap di Pulapol (Pusat Latihan Polis). Kalau Tian balik ke rumah, dia akan selamat.

"Sebagai seorang ahli parlimen, dia bersama dengan rakyat (peserta) perhimpunan yang ditangkap berada di balai polis.

"Menjadi satu sifat dan tabiat bagi Tian Chua berada di balai polis, di Pulapol untuk beri sokongan moral kepada peserta yang ditahan.

"Rupanya berada di tempat macam itu menjadi satu kesalahan," kata Saifuddin pada sidang media di ibu pejabat KEADILAN, hari ini.

Kata Saifuddin sistem perundangan di Malaysia berat sebelah, yang jelas membela kesalahan besar yang dilakukan oleh pemimpin Umno-BN.

"Di negara kita ini kalau curi duit lembu RM 250 juta tidak dikenakan apa-apa (tindakan)

"Tapi kalau kamu jenguk orang yang sudah ditangkap, kamu kena penjara," katanya.

Dalam himpunan 'Bersih 3.0 Duduk Bantah' pada 28 April 2012 itu, lebih 250,000 rakyat Malaysia dari pelbagai latar umur, bangsa dan agama hadir bagi menuntut reformasi sistem pilihan raya.

Pada perhimpunan bersejarah itu juga wartawan dan jurugambar termasuk media asing dipukul dan dirampas peralatan media oleh anggota polis bertugas. ~kd


Iklan C (ii)




Berita Lawak Dari KDN.. Saksikanlah

Posted: 23 Jan 2014 06:51 PM PST


Tindakan menggelapkan gambar dua ekor babi dalam akhbar The New York Times adalah satu tindakan yang melucukan dan tidak perlu kerana hanya melibatkan haiwan biasa yang tidak memaparkan aksi melampau.

Pengarah Komunikasi KEADILAN, Fahmi Fadzil ketika dihubungi menyatakan, tindakan lucu tersebut adalah bukti, sikap dan tindakan tidak logik Kementerian Dalam negeri (KDN) melaksana tapisan sesuatu bahan untuk disiarkan.

"Ini melucukan, bukti sikap tidak logik KDN melaksanakan tapisan yang kita anggap tidak menyeluruh.

"Dalam kes ini gambar haiwan tersebut digelapkan tetapi dalam sesetengah majalah hiburan tiada penapisan dibuat terhadap gambar yang kurang sopan.

"Seringkali bila ada sesuatu berita atau rencana yang disiarkan dapat memberi kesan kurang baik kepada kerajaan, ia sering digelapkan.

"Sebelum ini beberapa perkataan dan paparan contohnya dalam majalah The Economist digelapkan kerana memberi terhadap tanggap tertentu terhadap kerajaan," katanya.

Pada 2011 KDN memadam laporan perhimpunan Bersih 2.0 dalam majalah The Economist keluaran 16 Julai dengan menggunakan dakwat hitam kekal.

"Kenapa digelapkan mereka tidak jelaskan," kata Fahmi.

Justeru, kata Fahmi, Menteri Dalam Negeri, Datuk Seri Zahid Hamidi perlu tampil menjawab mengapa sesetengah perkara walaupun tidak perlu ditapis namun digelapkan

Sedangkan dalam hal lain dibiarkan walaupun seharusnya kandungan yang dipaparkan itu memerlukan tapisan.

Muka haiwan berkenaan dalam artikel bertajuk "Demand grows for pigs raised outside" (Permintaan untuk babi yang diternak di luar kian meningkat) serta satu lagi gambar di muka surat 19 dihitamkan serta menimbulkan persoalan apakah haiwan itu terlalu sensitif sehingga perlu digelapkan. ~kd


Iklan C (ii)




Petanda Kiamat Muncul Di Negara Kita

Posted: 23 Jan 2014 06:12 PM PST

KOTA BHARU - Keadaan suhu sejuk dan mendung seharian mencetuskan suasana baharu yang tidak pernah dialami masyarakat negara ini.

Tidak terkecuali di Kelantan, apabila beberapa lokasi di negeri ini mencatatkan suhu terendah dalam sejarah.

Pengarah Pejabat Meteorologi Kelantan dan Terengganu, Jenuwa Husin berkata, penurunan suhu dan udara yang sejuk dialami beberapa daerah di negeri ini merupakan satu rekod baharu.

Menurutnya, daerah Kuala Krai mencatatkan suhu penurunan minimum sehingga 17 darjah Celsius pada jam 7 pagi kelmarin berbanding 21.8 Celsius suhu purata.

"Penurunan suhu di Kuala Krai itu adalah yang paling minimum manakala Pasir Putih pula mencatatkan bacaan 19 darjah Celsius selain Kota Bharu dan Gong Kedak dengan purata 20 hingga 25 darjah Celsius.

"Di antara punca utama penurunan suhu itu ialah disebabkan tekanan suhu sejuk di tanah besar China yang memasuki Laut China Selatan selain daripada keadaan musim tengkujuh yang melanda kawasan Pantai Timur yang masih belum tamat," katanya.

Menurutnya, fenomena tekanan suhu dari China itu terjadi semasa monsun timur laut dan tiupan angin kencang tersebut berlaku apabila kurangnya awan terbentuk pada waktu malam di kawasan Pantai Timur Semenanjung.

Beliau berkata, disebabkan penurunan itu penduduk di kawasan berhampiran pantai terutamanya akan mengalami suhu sejuk yang terlampau berbeza dengan keadaan biasa.

Dalam masa sama, Jenuwa berkata, amaran ketiga angin kencang dan laut bergelora dikeluarkan pihak Meteorologi kepada nelayan dan orang awam bagi mengurangkan sebarang aktiviti pantai.

"Angin kencang Timur Laut dengan kelajuan dari 60 kilometer sejam dengan ketinggian ombak melebihi 5.5 meter yang berlaku di kawasan perairan Kelantan, Terengganu, Pahang, Johor Timur, Sabah Wilayah Persekutuan Labuan dan Sarawak dijangka berterusan sehingga Sabtu ini.

Untuk rekod, suhu di tanah tinggi Cameron Highland purata sekitar 12 hingga 26 darjah Celsius manakala 13 -16 darjah Celsius pada waktu pagi.

Sementara itu, tinjauan Sinar Harian di negeri ini mendapati keadaan cuaca sepanjang hari redup dan sejuk. Orang ramai dan murid-murid sekolah yang mengenakan baju sejuk di luar bangunan walaupun pada jam 11 pagi.

Seorang penduduk di Kuala Krai, Rosdi Ismail, 49, berkata, perubahan mendadak suhu sejak selepas banjir gelombang kedua begitu dirasai.

Menurutnya, kedudukan kampung berkenaan yang dikelilingi bukit menyebabkan kesannya begitu terasa.

"Setiap kali keluar rumah untuk ke tempat kerja saya akan memakai baju sejuk kerana tidak tahan dengan cuaca sejuk sekarang," katanya.
Suhu di Besut

19 darjah Celsius

Suhu di kawasan Besut pula mencatatkan penurunan sehingga 19 darjah Celsius pagi kelmarin, menjadikan ia rekod suhu terendah yang pernah dicatatkan di daerah itu.

Jenuwa berkata, suhu itu disifatkan sebagai satu rekod kerana suhu biasa yang dicatatkan paling minimum bagi dua kawasan itu sebelum ini hanyalah sekitar 23 darjah Celsius.

Katanya, daerah lain di Terengganu iaitu Kuala Terengganu, Marang dan Kemaman mencatatkan sedikit penurunan iaitu sekitar 21 darjah Celsius berbanding hari biasa.

Selain itu katanya, Jabatan Meteorologi turut memaklumkan, angin kencang timur laut berkelajuan dari 60 kilometer sejam dengan ombak melebihi 5.5 meter yang berlaku di kawasan perairan Terengganu dan Kelantan dijangka berterusan sehingga Sabtu ini.

Menurut beliau, kawasan pantai di Kelantan, Terengganu, Pahang dan Johor Timur turut terdedah kepada kejadian kenaikan paras air laut dan keadaan itu dijangka berterusan sehingga Sabtu ini.

"Angin kencang dan laut bergelora ini berbahaya kepada semua aktiviti pantai dan perkapalan termasuk pekerja di pelantar minyak," katanya.

Seorang penduduk di Besut, Yusof Ali, 72, berkata, keadaan suhu sejuk dirasakan sejak beberapa hari lalu, memaksa dia memakai baju lebih tebal.

Menurutnya, seingatnya, kali terakhir suhu sejuk berlaku di daerah ini ketika dia berusia 15 tahun, kira-kira 57 tahun lalu dan tidak berlaku lagi selepas itu sehinggalah ia berulang sekarang. ~sh


Iklan C (ii)




Perlis Di Jangka Tempat Paling Sejuk Di Malaysia

Posted: 23 Jan 2014 04:08 PM PST

Perlis yang terletak di utara Semenanjung sekali lagi berdepan cuaca luar biasa.  Berlainan tahun lalu yang menyaksikan kepanasan melampau melanda Perlis, kini penduduk berdepan 'musim dingin' pada sebelah malam.

Kesejukan luar biasa itu dijangka berlarutan sehingga Tahun Baru Cina sekali gus membolehkan penduduk negeri itu merasai cuaca tanah tinggi buat sementara waktu.

Untuk tempoh dua minggu akan datang, Perlis dijangka mencatatkan suhu antara 24 darjah celsius hingga 34 darjah celsius.

Menurut laporan kaji cuaca, Perlis mungkin mengalami hari paling sejuk pada Sabtu ini (25 Januari) apabila Kangar dijangka mencatat suhu paling rendah 20 darjah celsius.

Jurucakap Jabatan Meteorologi pula memberitahu bahawa Perlis sedang mengalami musim berangin dan keadaan itu akan mempengaruhi 'rasa sejuk' penduduk negeri tersebut.

Untuk maklumat, Perlis sebelum ini turut mengalami cuaca luar biasa pada tahun lalu apabila mencatatkan suhu tinggi yang mencecah 36 darjah celsius pada April, Mei dan Jun.

Pada masa itu, terdapat penduduk Perlis yang bertindak 'memasak' telur separuh masak dengan cara meletakkan telur ayam dalam kereta.

Pada 9 April 1998 pula, Perlis berjaya mencipta rekod paling panas apabila mencatatkan suhu 40.1 darjah celsius sekali gus mendapat jolokan negeri ketuhar.

Tanpa disangkakan pada tahun ini, cuaca negeri itu tiba-tiba berubah sejuk sehingga ramai penduduknya terpaksa memakai pakaian tambahan ketika keluar rumah pada waktu malam.

Sumber: Roapers

Iklan C (ii)




Tiada ulasan: