Rabu, 22 Januari 2014

Anak Sungai Derhaka

Anak Sungai Derhaka


Oooo.. Patutlah tambang bas sekolah naik..

Posted: 22 Jan 2014 06:30 AM PST


Tan Sri Syed Hamid Albar hari ini mendakwa isu kenaikan tambang bas sekolah juga berpunca daripada kesanggupan ibu bapa membayar kadar baharu tersebut.

Pengerusi Suruhanjaya Pengangkutan Awam Darat (Spad) itu berkata, tidak timbul isu kedegilan pengendali bas sekolah yang tetap ingin menaikkan kadar tambang sebanyak 40%, kerana akhirnya ibu bapa terpaksa akur apabila tiada alternatif lain untuk menghantar anak mereka ke sekolah.

Beliau berkata, Spad membuka talian bebas tol untuk ibu bapa membuat laporan, agar tindakan dapat diambil.

"Kadar kenaikan ini tidak akan berlaku kalau tidak kerana ibu bapa yang sanggup membayar, dan selama ini pun yang kedengaran hanya rungutan namun tidak ada tampil membuat laporan," katanya dalam satu sidang media selepas melancarkan program kempen kesedaran dan pematuhan Spad ICOP di Stesyen Bandar Tasik Selatan.

Sebelum ini Persekutuan Persatuan Bas Sekolah Malaysia (PPBSM) tetap akan menaikkan surcaj tambang bas sekolah bermula Januari ini sebanyak 40%, walaupun Spad masih tidak membuat keputusan tentang tambang baru bas sekolah.

Presiden PPBSM Amali Munif Rahmat berkata, kenaikan itu merupakan satu keperluan setelah kerajaan mengumumkan kenaikan harga diesel sebanyak 20 sen pada September.

Oleh kerana tiada ibu bapa yang tampil membuat laporan, beliau berkata Spad tidak dapat mengambil tindakan terhadap pemilik bas sekolah yang menaikkan kadar tambang.

Katanya, keadaan pasti bertambah sukar bagi ibu bapa sekiranya Spad bertindak menggantung lesen bas sekolah.

Kalau kita ambil tindakan batalkan lesen pengusaha bas sekolah jadi bagaimana budak hendak pergi sekolah? " soalnya.

"Sekiranya ibu bapa tampil membuat aduan berserta bukti, maka perkara ini pasti boleh dibawa ke mahkamah."

Syed Hamid berkata Spad kini dalam usaha memikirkan cadangan bagi mengurangkan kos kenaikan kepada pengusaha bas sekolah.

Salah satu cadangan yang mungkin dikemukakan adalah penggunaan iklan bergerak sebagai pendapatan lebih bagi pengusaha bas, supaya mereka tidak menaikkan tambang bas sekolah, katanya.

Apabila ditanya adakah kemungkinan akan berlakunya kenaikan kadar tambang pada pengangkutan awam lain, beliau berkata pihaknya cuma menyelaraskan, bukannya menaikkan.

"Ada perbezaan antara menaikkan dan menyelaraskan, dan kita lebih senang dengan terma penyelarasan kadar," katanya.

Tambahnya, kuasa untuk menaikkan kadar pengangkutan awam juga tidak terletak pada Spad.

"Kita tidak ada kuasa untuk itu, tapi kita akan menyelaraskan, dengan erti kata lain, melihat kadar yang boleh diterima semua.

~ The Malaysian Insider

Anwar Ibrahim bantah penyokong Shamsul Iskandar pijak bendera Jepun ketika demo

Posted: 22 Jan 2014 02:02 AM PST


Ketua Umum PKR Datuk Seri Anwar Ibrahim hari ini menyuarakan bantahan terhadap tindakan sayap pemuda PKR, Angkatan Muda Keadilan (AMK) dalam demonstrasi di Kedutaan Jepun semalam dengan memijak dan membakar bendera Jepun.

Ketua Pembangkang itu bagaimanapun berkata, beliau menyokong tindakan AMK berkenaan membantah keputusan kerajaan Jepun menghalang Anwar memasuki Negara Matahari Terbit berkenaan dengan mengadakan demonstrasi tersebut.

"Saya setuju hak ketua AMK membantah keputusan kerajaan Jepun. Tapi saya tak setuju tindakan memijak bendera Jepun," kata Anwar dalam sidang media di Ibu Pejabat PAS selepas mesyuarat Majlis Pimpinan Pakatan Rakyat (PR) di Kuala Lumpur.

Ditanya sama ada PKR akan mengambil tindakan terhadap Ketua AMK Shamsul Iskandar Mohd Akin ekoran tindakan berkenaan, Anwar hanya berkata,"Cukuplah... saya dah kata tak setuju, cukuplah tu."

Sayap pemuda PKR semalam mengadakan bantahan terhadap kerajaan Jepun dan menuntut penjelasan larangan mereka terhadap Anwar untuk memasuki negara berkenaan.. lihat videonya di SINI

Halangan berkenaan jelasnya tidak wajar kerana Anwar difahamkan tidak mempunyai sebarang halangan atau isu sebelum ini dengan negara tersebut.

Dalam demonstrasi itu, turut kelihatan beberapa poster bendera Jepun dipijak dan dibakar oleh peserta demonstrasi.

Kedutaan Jepun semalam dalam satu kenyataan mengesahkan Anwar memerlukan kebenaran khas bagi mengunjungi negara itu setelah beliau pernah dipenjarakan di Malaysia.

Jurucakap kedutaan, Tomoko Nagai berkata, Anwar sebelum ini memasuki Jepun pada 2011 dan 2012 melalui kebenaran khas dan kedatangannya baru-baru ini tidak melalui proses tersebut.

"Sesiapa yang pernah dipenjarakan sebelum ini sama ada di Jepun atau negara lain selama setahun atau lebih akan dinafikan memasuki Jepun.

"Anwar sebelum ini memasuki Jepun pada 2011 dan 2012 dengan kebenaran khas tetapi beliau tidak membuat permohonan sama pada kali ini," katanya.

Anwar pada Ahad mendakwa beliau dihalang memasuki Jepun oleh pihak imigresen negara itu setelah tiba di Lapangan Terbang Antarabangsa Narita pada jam 6.45 pagi.

Katanya, beliau bukan sahaja gagal melepasi pemeriksaan imigresen bahkan diarahkan pulang menaiki penerbangan pertama dari Tokyo.

Nagai berkata, tindakan yang diambil itu selari dengan Akta Imigresen Jepun (Pengenalan Pelarian dan Kawalan) yang terpakai kepada mereka yang pernah dipenjarakan dan berhasrat memasuki negara itu.

Semalam, Menteri Luar, Datuk Seri Anifah Aman berkata, kerajaan Malaysia tidak ada kena mengena dengan keputusan kerajaan Jepun menghalang Anwar memasuki negara tersebut.

Beliau berkata, setiap negara mempunyai hak kedaulatan untuk menghalang sesiapa sahaja yang mereka fikirkan tidak diingini daripada memasuki negara mereka atas apa jua sebab.

Anifah menyifatkan dakwaan "ada tangan tersembunyi" yang mungkin memainkan peranan dalam keputusan kerajaan Jepun sebagai sesuatu tidak masuk akal kerana sepanjang pengetahuannya, beliau tidak mempunyai kedudukan untuk mempengaruhi negara seperti Jepun menyekat individu daripada memasuki negara itu.

~ The Malaysian Insider

Mengapa gerai di Teluk Bahang dirobohkan?.. Ini penjelasan oleh TKM1 Pulau Pinang.. Bacalah!

Posted: 21 Jan 2014 11:51 PM PST


Semalam dilaporkan telah beraku satu kekecohan bilamana pihak Penguatkuasa MPPP menjalankan operasi merobohkan beberapa gerai disepanjang Jalan Hassan Abbas, Teluk Bahang, Pulau Pinang.

Dalam kekecohan itu Ketua Penolong Pegawai Daerah Barat Daya, Encik Abu Hassan Omar telah dibelasah sehingga menyebabkan bajunya terkoyak.


Encik Abu Hassan dan anggotanya sedang menjalankan tugas penguatkuasaan dan diarahkan untuk merobohkan gerai haram yang kosong, yang sedang dibina dan baru dibina.

Oleh itu, tindakan penguatkuasaan semalam ditujukan kepada 14 buah gerai kosong, sedang dibina dan yang baru dibina.

Seperti biasa penguatkuasaan ini dijadikan isu perkauman oleh kebanyakkan Blog macai..

Dan untuk kesekian kalinya lagi Kerajaan Pakatan Rakyat Pulau Pinang dituduh mengamalkan perlaksanaan undang-undang kuku besi dan berat sebelah.

Sungguhpun terdapat seramai 35 orang anggota polis, mereka tidak dapat melindungi seorang pegawai awam kanan ataupun memastikan undang-undang ditegakkan.

Orang Penang tentu kenal siapa ahli UMNO yang juga Ahli Perkasa ini..


Berikut adalah kenyataan Akhbar oleh Timbalan Ketua Menteri (1) Pulau Pinang, Dato' Hj Mohd Rashid bin Hasnon Mengenai Tindakan Penguatkuasaan ini..

Kerajaan Negeri Pulau Pinang mengecam dan memandang berat tindakan ganas oleh sekumpulan individu yang tidak bertanggungjawab yang telah memukul Ketua Penolong Pegawai Daerah Barat Daya, Encik Abu Hassan Omar sehingga menyebabkan bajunya terkoyak di Teluk Bahang, semalam. 
Ahli-ahli pertubuhan seperti Perkasa dan UMNO berada di kawasan tersebut semasa kejadian ganas berlaku. Encik Abu Hassan dan anggotanya sedang menjalankan tugas penguatkuasaan dan diarahkan untuk merobohkan gerai haram yang kosong, yang sedang dibina dan baru dibina. 
Oleh itu, tindakan penguatkuasaan semalam ditujukan kepada 14 buah gerai kosong, sedang dibina dan yang baru dibina. 
Sungguhpun terdapat seramai 35 orang anggota polis, mereka tidak dapat melindungi seorang pegawai awam kanan ataupun memastikan undang-undang ditegakkan. 
Tidak ada seorang pun ditahan sungguhpun rakaman video adalah amat jelas sekali tentang siapa yang melakukan tindakan jenayah tersebut. 
Tindakan boleh diambil di bawah Seksyen 186 Kanun Keseksaan yang membawa hukuman penjara selama 2 tahun atau denda sebanyak RM10 ribu atau kedua-duanya sekali kerana menghalang seorang penjawat awam menjalankan tugas dan Seksyen 332 Kanun Keseksaan yang boleh membawa kepada hukuman 3 tahun penjara atau denda atau kedua-duanya sekali jika disabitkan kesalahan kerana mencederakan penjawat awam. 
Adalah dikesali bahawa tindakan penguatkuasaan semalam yang tidak melibatkan gerai haram sedia ada yang sudah lama berniaga telah dihalang oleh sekumpulan individu yang tidak bertanggungjawab. 
YAB Ketua Menteri Pulau Pinang Lim Guan Eng telah menghubungi Ketua Polis Negeri, Senior DCP Dato' Abdul Rahim bin Haji Hanafi untuk meminta tindakan tegas diambil kerana ia adalah perkara amat serius yang melibatkan kewibawaan pentadbiran kerajaan dan seorang pegawai awam. 
Dasar Kerajaan Negeri adalah memberikan kuasa budi bicara kepada Pegawai Daerah untuk menguatkuasakan undang-undang untuk gerai haram yang sedang dibina, baru dibina atau kosong. 
Pejabat Daerah hanya bertindak selepas menerima aduan daripada penduduk tempatan. Bagi gerai haram yang sudah berniaga untuk tempoh melebihi setahun, ia bukanlah dalam budi bicara Pegawai Daerah. 
Maka tindakan penguatkuasaan diserahkan kepada keputusan Kerajaan Negeri atau ahli EXCO berkenaan. 
Kerajaan Negeri kesal bahawa parti politik dan pertubuhan telah memainkan sentimen perkauman yang bahaya dan jahat untuk menghalang setiap tindakan penguatkuasaan. 
Baru-baru ini tindakan penguatkuasaan telah diambil di Bukit Mertajam terhadap penjaja haram yang berniaga ditengah jalan dan menghalang lalu lintas. 
Penjaja haram tersebut telah diminta untuk berpindah ke bahagian tepi jalan dan tiada tindakan penguatkuasaan diambil terhadap mereka. 
Sungguhpun ada juga penjaja haram bukan Melayu terlibat, mereka masih terus berniaga tetapi perniagaan tersebut adalah di bahagian tepi dan bukan di tengah jalan raya tetapi pertubuhan dan ahli parti politik berkenaan membakar sentimen perkauman dengan mendakwa hanya gerai Melayu dirobohkan. 
Kejadian berulang di Teluk Bahang apabila 14 buah gerai kosong dan sedang dibina pula dihalang tindakan penguatkuasaan. 
Hanya siasatan tegas oleh pihak polis dapat mengatasi masalah yang berleluasa ini.

MOHD RASHID BIN HASNON 

Kes Bunuh Altantuya: Sirul Azhar hilang?

Posted: 21 Jan 2014 08:55 PM PST


Rayuan Putrajaya di Mahkamah Persekutuan terhadap kes pembunuhan berprofil tinggi warga Mongolia, Altantuya Shaariibuu mungkin terhalang kerana salah seorang daripada dua anggota polis yang dibebaskan berhubung jenayah berkenaan dilaporkan hilang, kata sumber.

Koperal Sirul Azhar Umar dibebaskan selepas rayuannya terhadap sabitan Mahkamah Tinggi diketepikan Ogos lalu.

Sejak itu, anggota polis berkenaan tidak menghubungi peguamnya, Kamarul Hisham Kamaruddin yang mewakili beliau semasa perbicaraan dan di Mahkamah Rayuan, kata sumber.

Kamarul memberitahu The Malaysian Insider dalam rekod beliau masih mewakili Sirul di Mahkamah Persekutuan "sehingga dan melainkan jika dimaklumkan sebaliknya".

Peguam itu enggan mengulas ketika ditanya sama ada beliau sudah dihubungi Sirul atau jika bekas anggota polis itu menghubungi peguam bagi arahan untuk mengekalkan beliau sebagai peguam di Mahkamah Persekutuan.

Bagaimanapun, peguam utama, Datuk Azman Ahmad yang mewakili Ketua Inspektor Azilah Hadri berkata, anak guamnya sudah diberikan kelulusan untuk mengekalkan peguam yang sama.

Azman berkata, Mahkamah Persekutuan memberikan salinan petisyen rayuan pendakwa awal bulan ini. 

Kedua-dua Sirul dan Azilah masih dalam penggantungan daripada perkhidmatan polis.

Mereka sebelum ini bertugas sebagai komando dengan Skuad Unit Tindakan Khas (UTK) Bukit Aman. 

Peguam dalam kes prosedur jenayah berkata, adalah lebih baik bagi peguam untuk mendapatkan kebenaran daripada anak guam untuk menentukan sama ada perkhidmatan mereka masih diperlukan atau tidak.

"Anak guam mungkin ingin menukar peguam dan itu adalah hak mereka. Peguam tidak boleh menganggap anak guam tetap mahu mengekalkan perkhidmatan mereka," kata seorang peguam yang enggan dikenali .

Kebiasaannya, rayuan kes jenayah tidak akan diteruskan jika responden tidak menghadirkan diri

Pendakwa raya booleh memohon waran tangkap daripada Mahkamah Rayuan untuk mencari responden dan membawanya ke mahkamah.

Jika ini gagal, mahkamah akan membatalkan rayuan pendakwa raya .

Satu contoh ialah kes di Mahkamah Rayuan pada November 2010 membebaskan dua bekas pengawal peribadi seorang ahli perniagaan yang dituduh membunuh seorang remaja Cina.

Pada 20 September 2005, Mahkamah Tinggi membebaskan Resty Agpalo, Mohamad Najib Zulkifli dan ahli perniagaan Koh Kim Teck bagi kes pembunuhan anak saudara Koh, Xu Jian Huang, 14, seorang pelajar di sebuah banglo di Jalan Mengkuang, off Jalan Ampang, Kuala Lumpur pada 2004.

Mahkamah sebelum ini menolak rayuan pihak pendakwaan terhadap pembebasan Koh berikutan kegagalan pendakwa untuk menghadirkan ahli perniagaan itu di mahkamah beberapa kali.

Memandangkan Koh tidak dapat dikesan dan dibebaskan, kedua-dua Resty dan Najib juga dibebaskan. 

Semasa perbicaraan yang berlangsung 36 hari itu, kes pendakwaan adalah berhubung seksaan dan pembunuhan remaja lelaki itu kerana mencuri RM30,000 milik bapa saudaranya.

Dalam kes Altantuya, pendakwa raya memfailkan petisyen daripada perayu pada 3 Januari dengan mendedahkan secara terperinci yang bertujuan membatalkan pembebasan Sirul dan Azilah.

Antaranya ialah bahawa sabitan kesalahan kedua-dua komando polis tetap tidak terjejas walaupun tanpa keterangan daripada pembantu peribadi bekas timbalan perdana menteri, DSP Musa Safri kerana beliau hanya sebagai periferal dalam kes berkenaan.

Mahkamah Rayuan pada 23 Ogos 2013 memutuskan kegagalan pendakwaan untuk memanggil Musa melemahkan kes Putrajaya terhadap kedua-dua polis itu.

Pihak pendakwa raya menyenaraikan lima sebab hakim Mahkamah Rayuan adalah salah, daripada segi undang-undang dan fakta, membenarkan kedua-dua polis bebas.

Anggota polis itu didapati bersalah membunuh Altantuya di Mukim Bukit Raja, Shah Alam antara jam 10 malam 19 Oktober, dan 1 pagi 20 Oktober 2006.

Kedua-duanya didapati bersalah dan dihukum mati tetapi pada 23 Ogos 2013, Mahkamah Rayuan membenarkan rayuan mereka dan melepaskan mereka kerana kekurangan bukti.

~ The Malaysian Insider

Bukan saja Kangkung turun harga, Getah pun turun .. Terima kasihlah Najib...

Posted: 21 Jan 2014 04:30 PM PST


"Nak beli ikan pun tak lepas, sekarang ikan kembung sekilogram RM10 sehingga RM12, harga getah baru RM2.90 sekilogram.

"Itu belum lagi bahagi dua dengan tuan tanah," luah penoreh getah, Hasma Aziz, 52.

Menetap di Kampung Keda Ulu Legong, Hasma bersama suaminya, Habali Yaakub, 57, mengusahakan tanaman getah di Lubuk Legong Legong sejak lebih 30 tahun dlu.

Kini, kebanyakan penoreh menghadapi tekanan setelah harga getah semakin merudum sejak beberapa minggu lalu.

Ibu kepada empat anak itu berkata, walaupun terdapat kenaikan, ia tidak banyak iaitu dalam kenaikan 20 sehingga 30 sen sahaja.

Sementara itu, seorang lagi penoreh, Alias jareh, 56, dari Kampung Weng Luar berkata, harga paling rendah setakat ini adalah RM2.85.

"Harga memang berubah-ubah, kenaikan tak banyak, tapi turunnya banyak dan mendadak," katanya ketika ditemui Ladang Getah Lubuk Legong.

Tinjauan mendapati, semua penoreh meluahkan rasa tertekan berikutan harga getah yang sangat rendah sehingga menjejaskan kemampuan mereka untuk membeli barang keperluan yang kian meningkat.

Bukan itu sahaja, kebanyakan penoreh di daerah ini sekadar bekerja di kebun orang lain.

Keadaan itu ternyata lebih memeritkan, kerana setiap hasil jualan yang tidak seberapa akan dibahagi dengan pemilik kebun.

Perlu kawal harga getah

Sementara itu, Pengerusi Biro Pertanian Umno Baling, Mohd Taufik Yaakub turut mengakui penoreh sedang terhimpit berikutan harga getah yang semakin merudum.

Menurutnya, keadaan itu ternyata memberikan kesan kepada mereka yang menjadikan perusahaan getah sebagai punca pendapatan utama.

"Itulah hakikat yang dilalui oleh penoreh getah sekarang, hasil yang diperoleh tidak seberapa dengan perit jerih mereka," katanya.

Taufik berkata, harga getah seharusnya dikawal bagi mengelakkan penoreh berhadapan dengan kesan kejatuhan harga yang melampau.

"Kita menghargai jasa kerajaan yang turut membantu memberikan wang bantuan kejatuhan harga getah kepada pemilik kebun.

"Tetapi, perlu ingat, yang yang menerima wang bantuan itu adalah pemilik kebun, bukannya penoreh getah atau mereka yang bekerja di pemilik kebun itu," katanya.

Cadang penoreh getah diberikan bantuan

Menurutnya, beliau berharap kerajaan dapat mengkaji semula mekanisme pemberian bantuan bagi memastikan ia adil kepada penoreh getah.

"Berbanding memberikan bantuan penuh kepada pemilik kebun ataupun mereka yang berdaftar dengan pihak Risda, bantuan juga wajar diberikan kepada mereka yang bekerja di kebun," katanya.

Taufik berkata, antara mekanismenya adalah pemilik kebun boleh menyenaraikan nama penoreh yang bekerja di kebun mereka bersama dengan keluasan kebun mereka kepada Risda.

"Wang bantuan pula wajar diberikan mengikut keluasan kebun, kerana tidak wajar tanah kecil dapat bantuan sama dengan tanah yang luas. Kerana tanah luas pastinya memerlukan penoreh yang ramai.

"Justeru, wang bantuan yang diberikan itu dapat diagihkan sama rata kepada pemilik kebun termasuk mereka yang bekerja di kebun itu," katanya.

Lebih 50 peratus penoreh bukan pemilik kebunSementara itu, Pembantu Tadbir Kanan Risda Baling turut mengakui lebih 50 peratus penoreh di daerah bukan pemilik kebun tetapi sekadar pekerja.

Menurutnya, terdapat seramai kira-kira 10,982 pemilik kebun yang berdaftar dengan Risda pada tahun 2012, manakala bagi tahun 2013 masih lagi dalam proses bancian.

"Bagi bilangan lot, Risda mencatatkan sebanyak 14,286 lot di tanah seluas 20,583.185 hektar melibatkan lapan mukim seluruh Baling bagi tahun 2012," katanya lapor SInar Harian


*** Untuk makluman semua.. gambar kat atas tu sekadar hiasan... tak ada kena mengena dengan laporan ini***

Tiada ulasan: