Rabu, 22 Januari 2014

Addin

Addin


Berita Terbaru Yang Menggemparkan Dari Keluarga Taib Mahmud

Posted: 22 Jan 2014 06:50 AM PST

Selain memiliki pegangan saham dalam 49 buah syarikat yang dianggarkan bernilai lebih daripada RM1 bilion, anak Ketua Menteri Sarawak juga dilaporkan memiliki sebanyak 85% saham dalam syarikat antarabangsa menurut akauntan Edward Heng.

Heng memberitahu kepada Hakim Syarie Muhamad Abdul, 85% saham itu termasuklah hasil pembabitan Datuk Seri Mahmud Abu Bekir Abdul Taib sebagai pengarah urusan dalam syarikat Sakti International Corporation (SIC) yang berpangkalan di California, Amerika Syarikat.H

Heng juga berkata, saham 85% itu kemungkinan juga tidak hanya terhad kepada negara Australia, Kanada, United Kingdom dan Amerika Syarikat.

"Hasil siasatan, kami telah menerima sebuah dokumen permohonan yang menunjukkan defendan sebagai pemegang saham," katanya kepada hakim di Mahkamah Syariah Kuala Lumpur hari ini. ~tmi



Iklan C (ii)



Rupanya Ini Punca Sebenar Anwar Tidak Boleh Memasuki Jepun

Posted: 22 Jan 2014 03:58 AM PST

Takahari Suegami, dari Kedutaan Jepun telah memberikan sebab kenapa Anwar tidak dibenarkan masuk ke negara itu empat hari yang lepas. Penyebabnya bukannya kerajaan Malaysia atau UMNO. Penyebabnya adalah Anwar sendiri. Setiausaha Kedua Kedutaaan Jepun itu telah menyatakan Anwar tidak memohon visa untuk masuk ke negara Jepun. Di negara Jepun jika seseorang itu pernah di penjarakan perlu memohon visa dahulu sebelum memasuki negara itu.

Walaupun rakyat lain seperti Azeez Rahim dan Shahidan Kasim atau Shahrizat Jalil boleh memasuki Jepun tanpa visa tetapi kepada sesiapa yang telah di sabitkan kesalahan jenayah seperti Anwar mesti memberitahu Kedutaan Jepun sebelum berangkat dan meminta visa kemasukan beliau ke negara itu.

Itu sebabnya pihak Imigresen Jepun telah memberitahu Anwar yang penyekatan kemasukan beliau ke Jepun itu adalah di sebabkan pensabitan kesalahan beliau pada tahun 1999 dahulu. Kemasukan Anwar beberapa kali sebelum ini dibenarkan oleh pihak Imigresen Jepun kerana semasa itu ada pihak yang telah menyediakan visa untuk Anwar.

Sekira Anwar telah meminta dan memohon visa kemasukan ke Jepun dalam kes terakhir ini Kedutaan Jepun boleh membuat 'special arrangement' untuk Anwar masuki Jepun dan memenuhi jemputan Nippon Foundation itu.

Anwar sepatutnya memohon visa itu di Kedutaan Jepun dari menuduh pihak kerajaan memainkan peranan untuk sekatan terhadap kemasukan beliau ke Jepun itu. Jangan memohon visa itu dari UMNO atau kerajaan Malaysia. Minta visa itu dari Kedutaan Jepun.

Anwar sekarang sepatutnya sedar yang kegagalan beliau memasuki Jepun bukannya salah kerajaan kita. Ia adalah kesalahan beliau sendiri. Anwar tidak boleh membuat 'equation' dirinya sama dengan Azeez Rahim atau Shahrizat Jalil kerana mereka berdua ini belum sabit dengan apa-apa kesalahan dimahkamah.

Walaupun ramai pemimpin UMNO, termasuk Presidennya sendiri diketahui umum banyak melakukan kesalahan tetapi mereka belum lagi disabitkan kesalahan mereka dalam mahkamah. Itu sebabnya Rosmah dan ramai yang lain boleh masuk negara Jepun tanpa halangan kerana mereka ini belum lagi didapati bersalah di mahkamah. Negara Jepun bergantung sepenuhnya kepada sistem pentadbiran yang mantap.

Itu sebabnya negara itu boleh maju dan terus maju walaupun pernah bertukar Perdana Menteri setiap tahun, malahan ada ketikanya Perdana Menterinya bertukar dua kali dalam setahun. Perdana menteri boleh datang dan pergi, negara itu tetap berjalan kerajaannya tanpa gangguan seperti biasa kerana ber'sistem' yang mantap. Itu sebabnya negara itu kekal stabil dan aman politiknya. Di negara kita Perdana Menteri tidak mahu berhenti. Hendak berhenti dari jawatan itu 'ibarat memisahkan kulit dengan dagingya'.

Di sini sistem ada, tetapi tidak terpakai kerana kerakusan pemimpin boleh mengenepikan sistem untuk kepentingan mereka dengan menghormati pengasingan kuasa di negara ini. Kita juga ada sistem pengasingan kuasa di antara Legislatif, Eksekutif dan Judiciari nya, tetapi tidak terpakai kerana Eksekutif telah merampas semuanya dan menentukan perjalanan Badan Kehakiman.

Pernah dahulu Eksekutif menubuhkan Tribunal dalam tempoh sehari pada hari cuti umum pada tahun 1988 dahulu untuk membuang Ketua Hakim Negara. Sistem itu ada, tetapi dicerobohi oleh politik. Tribunal itu di tubuhkan pada hari Ahad dan juga Hari Buruh.

Mungkin Anwar terlupa yang negara yang beliau lawati itu adalah negara yang ber'sistem'. Mungkin beliau menganggap sistem di Jepun sama seperti sistem disini. Mungkin Anwar merasakan yang di Jepun politik boleh menceroboh bidang undang-undang seperti yang beliau sokong Dr Mahathir melakukannya pada tahun 1988 dahulu.

Sebagai Ketua Pemuda UMNO semasa itu, Anwar menyokong kuat tindakan Dr Mahathir mencerobohi Badan Kehakiman semasa itu. Hanya sejak dibuang oleh Dr Mahathir sahaja Anwar bercakap tentang sistem dan perkara-perkara yang lain yang berhubung kait dengan sistem berkerajaan ini.

Sekarang kita sudah tahu cerita sebenarnya kenapa Anwar tidak dibenarkan masuk ke Jepun. Tetapi jika minggu hadapan Anwar memohon visa untuk ke negara itu saya yakin beliau tidak akan dihalang lagi oleh pihak Imigresen di sana.

Pencerahan Setiausaha Kedua Kedutaan Jepun itu boleh diyakini, kerana di negara yang ber'sistem' itu apa yang diperkatakan oleh pegawainya itu selalunya tidak berubah, Ia tidak seperti di negara kita ini yang sentiasa berubah kenyataan pegawai dan pemimpinnya. Sebab ia berlaku begini, ialah kerana kita tidak menghormati sistem sebaliknya kita utamakan politik peribadi. ~aspan alias


Iklan C (ii)



Gempar!! Koperal Sirul Azhar Hilang

Posted: 21 Jan 2014 09:04 PM PST

Peguam Kamarul HIsham Kamaruddin memberitahu Koperal Sirul Azhar Umar tidak pernah menghubunginya sejak dibebaskan. 

Rayuan Putrajaya di Mahkamah Persekutuan terhadap kes pembunuhan berprofil tinggi warga Mongolia, Altantuya Shaariibuu mungkin terhalang kerana salah seorang daripada dua anggota polis yang dibebaskan berhubung jenayah berkenaan dilaporkan hilang, kata sumber.

Koperal Sirul Azhar Umar dibebaskan selepas rayuannya terhadap sabitan Mahkamah Tinggi diketepikan Ogos lalu.Sejak itu, anggota polis berkenaan tidak menghubungi peguamnya, Kamarul Hisham Kamaruddin yang mewakili beliau semasa perbicaraan dan di Mahkamah Rayuan, kata sumber.

Kamarul memberitahu The Malaysian Insider dalam rekod beliau masih mewakili Sirul di Mahkamah Persekutuan "sehingga dan melainkan jika dimaklumkan sebaliknya".

Peguam itu enggan mengulas ketika ditanya sama ada beliau sudah dihubungi Sirul atau jika bekas anggota polis itu menghubungi peguam bagi arahan untuk mengekalkan beliau sebagai peguam di Mahkamah Persekutuan.

Bagaimanapun, peguam utama, Datuk Azman Ahmad yang mewakili Ketua Inspektor Azilah Hadri berkata, anak guamnya sudah diberikan kelulusan untuk mengekalkan peguam yang sama.Azman berkata, Mahkamah Persekutuan memberikan salinan petisyen rayuan pendakwa awal bulan ini.

Kedua-dua Sirul dan Azilah masih dalam penggantungan daripada perkhidmatan polis. Mereka sebelum ini bertugas sebagai komando dengan Skuad Unit Tindakan Khas (UTK) Bukit Aman.

Peguam dalam kes prosedur jenayah berkata, adalah lebih baik bagi peguam untuk mendapatkan kebenaran daripada anak guam untuk menentukan sama ada  perkhidmatan mereka masih diperlukan atau tidak."Anak guam mungkin ingin menukar peguam dan itu adalah hak mereka. 

Peguam tidak boleh menganggap anak guam tetap  mahu mengekalkan perkhidmatan mereka," kata seorang peguam yang enggan dikenali .Kebiasaannya, rayuan kes jenayah tidak akan diteruskan jika responden tidak menghadirkan diri.

Pendakwa raya booleh memohon waran tangkap daripada Mahkamah Rayuan untuk mencari responden dan membawanya ke mahkamah. Jika ini gagal, mahkamah akan membatalkan rayuan pendakwa raya.

Satu contoh ialah kes di Mahkamah Rayuan pada November 2010 membebaskan dua bekas pengawal peribadi seorang ahli perniagaan yang dituduh membunuh seorang remaja Cina.

Pada 20 September 2005, Mahkamah Tinggi membebaskan Resty Agpalo, Mohamad Najib Zulkifli dan ahli perniagaan Koh Kim Teck bagi kes pembunuhan anak saudara Koh, Xu Jian Huang, 14, seorang pelajar di sebuah banglo di Jalan Mengkuang, off Jalan Ampang, Kuala Lumpur pada 2004.

Mahkamah sebelum ini menolak rayuan pihak pendakwaan terhadap pembebasan Koh berikutan kegagalan pendakwa untuk menghadirkan ahli perniagaan itu di mahkamah beberapa kali.

Memandangkan Koh tidak dapat dikesan dan dibebaskan, kedua-dua Resty dan Najib juga dibebaskan.Semasa perbicaraan yang berlangsung 36 hari itu, kes pendakwaan adalah berhubung seksaan dan pembunuhan remaja lelaki itu kerana mencuri RM30,000 milik bapa saudaranya.

Dalam kes Altantuya, pendakwa raya memfailkan petisyen daripada perayu pada 3 Januari dengan mendedahkan secara terperinci yang bertujuan membatalkan pembebasan Sirul dan Azilah.

Antaranya ialah bahawa sabitan kesalahan kedua-dua komando polis tetap tidak terjejas walaupun tanpa keterangan daripada pembantu peribadi bekas timbalan perdana menteri, DSP Musa Safri kerana beliau hanya sebagai periferal dalam kes berkenaan.

Mahkamah Rayuan pada 23 Ogos 2013 memutuskan kegagalan pendakwaan untuk memanggil Musa melemahkan kes Putrajaya terhadap kedua-dua polis itu.Pihak pendakwa raya  menyenaraikan lima sebab hakim Mahkamah Rayuan adalah salah, daripada segi undang-undang dan fakta, membenarkan kedua-dua polis bebas.

Anggota polis itu didapati bersalah membunuh Altantuya di Mukim Bukit Raja, Shah Alam antara jam 10 malam 19 Oktober, dan 1 pagi 20 Oktober 2006.Kedua-duanya didapati bersalah dan dihukum mati tetapi pada 23 Ogos 2013, Mahkamah Rayuan membenarkan rayuan mereka dan melepaskan mereka kerana kekurangan bukti. ~tmi

Iklan C (ii)



Tiada ulasan: