Selasa, 21 Januari 2014

Anak Sungai Derhaka

Anak Sungai Derhaka


Bukan AMK bakar dan pijak poster Jepun di kedutaan Jepun.. Tapi.. (Video Inside)

Posted: 21 Jan 2014 04:23 AM PST


Inilah yang orang utara kata "tak dak pasai pi cari pasai".. Demo nak 'Boikot Barangan Jepun' itu satu hal, bakar pula poster bendera Jepun lagi satu hal..

Jika selam ini kita menganggap sesiapa sahaja terutamanya macai yang memijak dan membakar poster atau bendera PKR atau lain-lain parti dalam Pakatan Rakyat sebagai bangang, bodoh, biadap, kurang ajar, tak bertamaddun dan berbagai-bagai lagi..

Apa pula anggapan kita terhadap sekumpulan individu yang mengiringi Ketua AMK ke Kedutaan Jepun menyerahkan memo bantahan ini?

Adakah mereka tidak bangang? tidak bodoh? tidak biadap? bersopan? dan bertamaddun?

Tindakan mereka ini telah meletakkan kita penyokong PR khususnya PKR sama tarafnya dengan macai yang kita kutuk selama ini..

Penyokong Shamsul Iskandar juga dilaporkan bertindak agresif memijak dan membakar poster yang menggambarkan bendera Jepun akibat berang dengan tindakan Kerajaan Jepun yang menghalang Anwar Ibrahim memasuki negara tersebut. .


Walaupun kejadian ini dinafikan dilakukan oleh Ahli AMK dan gambar-gambar serta video menunjukkan mereka bukanlah ahli AMK, sebab nampak dah tua.. ahli AMK bawah 35 tahun.

Tetapi mereka-mereka ini adalah individu-individu yang telah mengiringi Ketua AMK sendiri dalam misi menyerahkan memo bantahan tersebut..

Oleh itu Ketua AMK, Shamsul Iskandar sila bertanggungjawab!

Ini video kejadian..

 

Kerja bodoh sebelum ini sila lihat di SINI

Ling Liong Sik kata Peguam Negara bodoh?

Posted: 21 Jan 2014 02:16 AM PST


Bekas Menteri Pengangkutan, Tun Dr Ling Liong Sik yang dibebaskan atas dakwaan menipu Kabinet berhubung pembelian tanah untuk Zon Bebas Pelabuhan Klang (PKFZ) menggelar peguam negara bodoh.

Dr Ling berkata, Kabinet sebenarnya membuat keputusan yang betul untuk membeli tanah bagi projek tersebut.

"Dalam hal ini hanya peguam negara yang beranggapan keputusan itu salah, mereka adalah bodoh," katanya pada satu sidang media di Kajang, hari ini.

Baru-baru ini Peguam Negara,Tan Sri Abdul Gani Patail gagal dalam dakwaan ke atas Dr Ling dan seorang lagi bekas menteri pengangkutan, Tan Sri Chan Kong Choy dalam kes penipuan terhadap kerajaan dalam pembelian tanah PKFZ.

Dr Ling adalah menteri pengangkutan dari 1986 hingga 2003 mengatakan harga tanah PKFZ kini sudah meningkat dan melihat kembali pembelian tanah ketika itu, ia adalah sesuatu yang menguntungkan. 

"Tanah dijual kepada PKFZ dengan harga RM21 kaki persegi dan itu adalah harga jualan. Hari ini, ia berharga di antara RM70 dan RM80 kaki persegi. Itu sudah menunjukkan keuntungan," katanya.

Dr Ling juga menggesa media menemuramah pihak pengurusan PKFZ tentang bagaimana ia berjaya sekarang.

Ini merupakan kali kedua Dr Ling menyerang Abdul Gani selepas minggu lepas.

Dr Ling dalam temuramah bersama akhbar berbahasa Cina minggu lepas menuduh Peguam Negara memandang rendah pemimpin Cina yang pernah menyumbang kepada pembangunan ekonomi negara. 

Bekas presiden MCA itu mengatakan beliau cuba untuk hidup seperti biasa selepas menjalani perbicaraan yang beliau anggap sebagai "kesilapan pendakwaan" akan tetapi mengakui sudah hilang kepercayaan terhadap sistem perundangan negara.

Bekas perdana menteri Tun Dr Mahathir Mohamad yang hadir ke mahkamah untuk memberi keterangan dalam kes Dr Ling mengatakan beliau tidak pernah ditipu oleh bekas menteri pengangkutan itu ~ The Malaysian Inisder

Boikot Barangan Jepun?.. Buat malu PKR saja depa nih!

Posted: 20 Jan 2014 10:58 PM PST


Agak-agakla kalau nak protes macam manapun.. ini tidak main hentam keromo saja.. datang dengan kereta buatan Jepun tapi keluar plakad 'Boikot Barangan Jepun'.

Lain kali kalau datang nak protes 'Boikot Barangan Jepun' tu datanglah dengan kereta kuda atau kereta lembu, baru orang tak pertikaikan.

Tak salah kalau nak tunjuk kesetiaan melampau kepada Anwar Ibrahim.. tapi janganlah sampai memalukan Anwar Ibrahim..

Tanya dulu dan tunggu penjelasan dari pihak berkuasa Jepun tentang mengapa Anwar dilarang memasuki Jepun..

Bukannya terus serbu membabi buta macam ni, dah tu nak boikot barangan Jepun pula, setakat 30 orang yang boikot tu Jepun gelak sajalaa...

Kalau nak cari publisiti untuk pemilihan inipun janganlah sampai jadi bahan tawa rakyat 1Malaysia.. buat bagi rasional dan nampak proffesional sikit..


Ini tidak.. buat malu PKR saja depa ni...

Laporan berkaitan...

KUALA LUMPUR: Around 30 Parti Keadilan Rakyat (PKR) Youth members staged a protest outside the Japanese embassy here after their Datuk Seri Anwar Ibrahim was barred from entering the country and subsequently deported on Jan 19. 
The group, led by Youth chief Shamsul Iskandar Mohd Akin also handed a memorandum of protest to the Japanese Ambassador Shigeru Nakamura, calling for an explanation on the incident, since the Opposition leader had no problems entering the country in 2009 and 2012. 
Though he said it was not an official stance by the party wing, some members were seen carrying and burning placards with messages calling for a boycott of Japanese products. 
The group dispersed peacefully at around 12.30pm. 
"We strongly believe that the Japan Government's actions were extraordinary, unwarranted and violates Article 13 of the Universal Declaration of Human Rights," said the Bukit Katil MP. 
Anwar arrived at the Narita International Airport in Tokyo at 6.45am Sunday and was to present a paper on Muslim Democrats. 
He said the Japanese Immigration officials had explained that he was denied entry because of a previous conviction in 1999, and was asked to board the first flight back. 
Shamsul Iskandar said he had questioned embassy officials on who was updating the Japanese authorities on Anwar's cases, to which he said no answer was given. 
"I fully agree that his was politically motivated. We would like to known who is updating them on the case against Anwar, because he was allowed to enter the country before without issues. 
"We are worried why Japan is following this trend when it is a democratic country?" he said, referring to the barring of Australian independent Senator Nick Xenophon in Kuala Lunpur last year. 
PKR Youth also called on the Foreign Affair Ministry to issue a strong statement against the deportation of one of its citizens ~ The Star

Kena 'Boo' bukti rakyat dah muak dan menyampah dengan Najib dan Rosmah kata Pemuda UMNO

Posted: 20 Jan 2014 07:03 PM PST


Sudah sampai masanya bagi Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Tun Razak berundur.

Menurut bekas calon Ketua Pemuda Umno Malaysia, Syed Rosli Syed Harman al Jamalulail, rakyat kecewa dengan kenaikan harga barang yang melanda negara sejak akhir-akhir ini dan secara spontan mereka melahirkan rasa tidak puas hati kepada Perdana Menteri dan isteri di majlis penyampaian hadiah di pertandingan akhir badminton Malaysia Open semalam .

"Sekali tengok nampak mereka biadab apabila mereka menyorak (boo) Datin Seri Rosmah Mansor yang memberikan kalungan bunga kepada Datuk Lim Chong Wei, tetapi sebenarnya mereka kecewa dengan apa yang berlaku pada negara," kata beliau kepada FMT mengulas isu Rosmah diboo dan Najib tidak diberi tepukan ketika menyampaikan hadiah kepada pemenang.

Katanya, jangan salahkan mereka tidak hormati pemimpin negara kerana mereka melihat pemimpin negara mewah berbelanja, suka membazir sedangkan rakyat disuruh berjimat cermat.

Syed Rosli menambah insiden yang tidak disangka-sangka itu membuktikan rakyat sudah muak dan menyampah dengan pemimpin negara yang gagal menangani masalah kenaikan kos sara hidup.

Sehubungan dengan itu beliau bersetuju dengan pandangan Menteri Besar Kedah, Datuk Seri Mukhriz Mahathir bahawa jika isu ini gagal ditangani kerajaan, BN akan kalah pada PRU ke 14 nanti.

Dalam wawancara dengan sebuah akhbar tempatan semalam , Mukhriz berkata jika kerajaan mengekalkan tindakan yang tidak popular ini, BN akan tewas pada PRU akan datang yang dijangka diadakan pada tahun 2018.

Syed Rosli berharap makmal yang akan diadakan untuk menangani masalah ini dapat dihidupkan segera dan dapat mencari jalan penyelesaian secepat mungkin.

"Rakyat tertekan dengan apa yang berlaku seperti kenaikan harga minyak, kenaikan harga gula, kenaikan harga barang serta ura-ura kenaikan harga tol yang mana mereka lihat kerajaan gagal menangani isu ini secara berkesan," katanya lagi ~ Free Malaysia Today

Ni videonya..

   

Tiada ulasan: